Sistem Pembiakan Haiwan

29
PENGENALAN Pembiakan adalah salah satu daripada proses hidup. Hidupan tidak akan wujud jika tumbuhan dan haiwan tidak membiak untuk menghasilkan anak. Melalui pembiakan, organisma hidup memastikan ada individu baru untuk mengambil tempatnya. Dengan cara ini, sesuatu spesies menjamin kemandiriannya. Pembiakan perlu untuk kelangsungan spesies atau kemandirian spesies. Semua benda hidup perlu membiak. Pembiakan ialah proses biologi untuk melahirkan organisma baru. Proses yang berlaku pada organisma hidup untuk menyambung zuriat bagi mengekalkan keturunan. Terdapat dua jenis pembiakan haiwan iaitu pembiakan aseks dan pembiakan seks. Pembiakan aseks pada haiwan terbahagi kepada tiga cara iaitu belahan dedua, pertunasan dan penjanaan semula. Pembiakan seks pula melibatkan induk jantan dan induk betina yang akan menghasilkan gamet jantan dan gamet betina dan seterusnya melalui proses persenyawaan menghasilkan zuriat. Mengapa haiwan perlu membiak? Ini adalah untuk menambah bilangannya dan untuk memastikan spesies haiwan tersebut terus wujud di dunia ini. Terdapat dua jenis atau cara pembiakan haiwan ini iaitu pembiakan secara bertelur dan pembiakan secara melahirkan anak. Haiwan seperti gajah, ikan paus, lembu, harimau dan badak sumbu adalah contoh pembiakan haiwan secara melahirkan 1

description

Sistem Pembiakan Haiwan

Transcript of Sistem Pembiakan Haiwan

PENGENALAN

Pembiakan adalah salah satu daripada proses hidup. Hidupan tidak akan wujud jika tumbuhan

dan haiwan tidak membiak untuk menghasilkan anak. Melalui pembiakan, organisma hidup

memastikan ada individu baru untuk mengambil tempatnya. Dengan cara ini, sesuatu spesies

menjamin kemandiriannya.

Pembiakan perlu untuk kelangsungan spesies atau kemandirian spesies. Semua benda

hidup perlu membiak. Pembiakan ialah proses biologi untuk melahirkan organisma baru. Proses

yang berlaku pada organisma hidup untuk menyambung zuriat bagi mengekalkan keturunan.

Terdapat dua jenis pembiakan haiwan iaitu pembiakan aseks dan pembiakan seks.

Pembiakan aseks pada haiwan terbahagi kepada tiga cara iaitu belahan dedua, pertunasan

dan penjanaan semula. Pembiakan seks pula melibatkan induk jantan dan induk betina yang akan

menghasilkan gamet jantan dan gamet betina dan seterusnya melalui proses persenyawaan

menghasilkan zuriat.

Mengapa haiwan perlu membiak? Ini adalah untuk menambah bilangannya dan untuk

memastikan spesies haiwan tersebut terus wujud di dunia ini. Terdapat dua jenis atau cara

pembiakan haiwan ini iaitu pembiakan secara bertelur dan pembiakan secara melahirkan anak.

Haiwan seperti gajah, ikan paus, lembu, harimau dan badak sumbu adalah contoh pembiakan

haiwan secara melahirkan anak. Manakala haiwan seperti ayam, ikan, ular dan buaya adalah

contoh pembiakan haiwan secara bertelur.

Pembiakan adalah proses untuk menghasilkan zuriat dan menjamin kemandirian spesies.

Haiwan seperti serangga dan amfibia juga mengalami perubahan dalam kitar hidup mereka yang

dipanggil metamorfosis lengkap atau metamorfosis tidak lengkap.

1

PEMBIAKAN ASEKS

Pembiakan aseks ialah pembiakan yang tidak melibatkan induk jantan dan betina. Mana-mana

bahagian pada induk boleh berkembang menjadi individu yang baru (anak). Oleh itu, anak yang

terhasil mempunyai ciri-ciri yang sama dengan induknya yang disebut sebagai klon. Terdapat

tiga cara untuk pembiakan aseks dalam haiwan iaitu:

a) Belahan Dedua

Pembiakan melalui belahan dedua ialah pembelahan sel kepada dua sel anak yang serupa

dengan sel induk.

Berlaku pada organisma unisel seperti ameba, paramesium, dan bakteria.

2

b) Pertunasan

Pertunasan ialah pembentukan tunas baru pada induk yang akan berkembang dan

akhirnya terpisah dari induk untuk menjadi individu yang baru. Anak yang terhasil

mempunyai ciri yang serupa dengan induk (klon).

Contoh hidupan yang membiak melalui pertunasan ialah hidra (sejenis haiwan) dan yis

(sejenis organisma unisel).

c) Penjanaan Semula

Penjanaan semula merupakan pembentukan organisma yang baru apabila bahagian pada

induk rosak, pecah ataupun putus. Contoh hidupan yang menggunakan sistem pembiakan

penjanaan semula ialah tapak sulaiman dan cacing pipih (planarian).

3

PEMBIAKAN SEKS

Pembiakan seks melibatkan dua induk iaitu induk jantan dan induk betina. Kedua-duanya

menghasilkan gamet atau sel pembiakan. Gamet jantan dan gamet betina akan bersatu untuk

membentuk zigot. Proses ini di panggil persenyawaan. Zigot akan membesar membentuk

individu baru. Pada manusia, gamet dihasilkan dalam gonad, iaitu testis bagi lelaki dan ovari

bagi perempuan.

Pembiakan seks melibatkan induk jantan dan induk betina yang akan menghasilkan gamet jantan

dan gamet betina dan seterusnya melalui proses persenyawaan menghasilkan zuriat.

Terdapat 2 jenis persenyawaan iaitu:

a) Persenyawaan dalam

b) Persenyawaan luar

Persenyawaan Dalam

Berlaku di dalam badan haiwan betina.

Haiwan jantan memasukkan sel pembiakan jantan ke dalam sistem pembiakan betina.

Persenyawaan dalam berlaku pada mamalia, reptilia, burung dan serangga.

Persenyawaan Luar

Berlaku di luar badan haiwan betina.

Ovum dan sperma masing-masing dihasilkan oleh haiwan betina dan haiwan jantan pada

masa yang sama ke dalam air.

Persenyawaan luar berlaku pada ikan, katak dan kodok.

Kelemahan persenyawaan luar

Banyak sel pembiakan perlu dihasilkan.

Banyak sel pembiakan mati sebelum berlakunya persenyawaan.

Banyak ovum dan sperma dibazirkan kerana dihanyutkan oleh air.

Zigot atau embrio yang terhasil mungkin di makan oleh haiwan yang lain.

Hanya melibatkan satu individu sahaja tanpa melibatkan sel-sel pembiakan.

4

Organ Sistem Pembiakan Perempuan

Fungsi-fungsi setiap organ sistem pembiakan perempuan:

Gamet Betina : OVUM

Dikenali juga sebagai telur.

Berbentuk sfera dan mempunyai nukleus yang besar dan sitoplasma.

Ovum akan dihasilkan oleh ovari dan dilepaskan pada setiap bulan.

Ovum adalah sel yang paling besar dalam badan.

Ovum boleh hidup selama 24 jam (1 hari).

5

Organ Sistem Pembiakan Lelaki

Fungsi-fungsi setiap organ sistem pembiakan lelaki:

Gamet Jantan : SPERMA

Sperma dihasilkan selepas seorang lelaki mencapai akil baligh (puberty).

Sperma terbahagi kepada 3 bahagian iaitu KEPALA, LEHER, dan EKOR.

Bahagian kepala mengandungi nukleus yang berfungsi membawa maklumat genetik

(baka) daripada ayah kepada anak.

Bahagian leher pula berfungsi untuk menghasilkan dan membekalkan tenaga kepada

ekor.

Bahagian ekor pula membantu sperma untuk bergerak dan berenang.

Sperma boleh hidup di luar badan selama 72 jam (3 hari).

6

Proses Persenyawaan dan Kehamilan

Semasa pengovulan, ovari melepaskan ovum ke dalam tiub falopio.

Semasa ejakulasi, zakar (penis) memancutkan sperma ke dalam faraj (vagina).

Beribu-ribu sperma memasuki uterus melalui serviks dan kemudian terus berenang

memasuki tiub falopio.

Di tiub falopio, persenyawaan berlaku apabila hanya satu sahaja sperma dapat bergabung

dengan ovum. Nukleus sperma akan bercantum dengan nukleus ovum membentuk zigot.

Zigot akan berkembang membentuk bebola sel yang dikenali sebagai embrio.

Embrio akan bergerak sepanjang tiub falopio hingga ke uterus dan terbenam pada dinding

uterus. Proses ini dikenali sebagai proses penempelan.

Embrio akan terus berkembang dan membentuk fetus (janin). Fetus juga akan terus

berkembang sehingga dilahirkan yang panggil sebagai bayi.

7

Apabila sperma sampai ke faraj, sperma akan berenang menuju ke bahagian atas tiub falopia.

Sperma pertama yang menemui ovum akan bercantum dengannya dan proses persenyawaan

berlaku. Hanya satu sperma yang berjaya mensenyawakan ovum. Nukleus sperma akan

bercantum dengan nukleus ovum dan membentuk zigot. Ovum yang baru tersenyawa

membentuk membran disekelilingnya untuk menghalang sperma lain daripada menembusinya.

8

Fungsi plasenta:

Pertukaran bahan antara ibu dan fetus seperti makanan, bahan buangan dan oksigen. Ibu

memberikan makanan, antibodi, dan oksigen manakala bayi menyingkirkan bahan buangan

seperti karbon dioksida dan urea.

Fungsi tali pusat:

Menghubungkan fetus dengan ibu.

Memindahkan bahan antara fetus dan ibu.

Fungsi cecair amnion:

Sebagai penyerap hentakan.

Memberi perlindungan kepada fetus daripada kecederaan.

Membenarkan embrio/fetus bergerak bebas semasa pertumbuhan.

Pembentukan Gamet (Gametogenesis)

Gamet dihasilkan di dalam gonad melalui proses meiosis.

Testis menghasilkan sperma (gamet jantan) manakala ovari menghasilkan ovum (garnet

betina).

Proses penghasilan sperma dalam testis dipanggil spermatogenesis.

Proses penghasilan ovum dalarn ovari dipanggil oogenesis.

9

Pembentukan Sperma (Spermatogenesis)

Spermatogenesis berlaku di dalarn testis melalui proses meiosis.

Setiap testis terdiri daripada banyak tubul semen.

Setiap tubul semen dilindungi oleh satu lapisan epitelium germa yang terdiri daripada sel

germa primodium.

Pembentukan Ovum (Oogenesis)

Oogenesis berlaku di dalam ovari melalui proses meiosis.

Pembentukan ovum bermula di dalam ovari fetus.

Dinding ovari terdiri daripada satu lapisan epitelium germa. Lapisan ini terdiri daripada sel

germa prim odium.

Perbandingan antara Spermatogenesis dengan Oogenesis

Kedua-duanya berlaku di dalam gonad.

Kedua-duanya menghasilkan garnet.

Kedua-duanya melibatkan meiosis.

Kedua-duanya bermula dengan sel-sel germa primodium di dalam lapisan epitelium germa.

10

HAIWAN MEMBIAK SECARA BERTELUR

Penguin (Sphenisciformes, famili Spheniscidae) merupakan sejenis burung akuatik yang tidak

dapat terbang dan hidup di tempat yang sejuk seperti Kutub Selatan.  Penguin merupakan satu

spesis burung yang mempunyai tahap komunikasi yang paling tinggi berbanding spesis yang

lain. Spesis penguin yang terbesar adalah Emperor dan The King. Tinggi penguin adalah 4 kaki

(1.2 meter). Penguin mampu hidup selama 15 - 20 tahun dan beratnya adalah 40 kg. Setiap

penguin akan mengeluarkan bunyinya yang tersendiri sebagai tanda pengenalan. Setiap bunyi

yang dikeluarkan adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Penguin hanya akan bertelur

sebanyak dua atau sebiji sahaja. Pemangsa terbesar dan paling merbahaya bagi penguin adalah

singa laut.

Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang

dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas

berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Penyu digolongkan di dalam

11

haiwan vertabrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-

labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkarang),

bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur

dan merupakan haiwan marin. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Di Malaysia,

Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat

untuk bertelur.

Platipus atau Mallangong (Orinithorhynchus anatinus) ialah mamalia separa-akautik kecil

endemik di bahagian timur Australia dan satu dari empat unjuran monotreme, kumpulan

mamalia tunggal yang bertelur dan bukannya beranak (tiga yang lain adalah echidnas). Ia

merupakan wakil tunggal bagi keluarga Ornithorhynchidae dan genus Ornithorhynchus,

walaupun fossil keluarga berkait telah dijumpai, sebahagian mereka juga tergolong dalam genus

Ornithorhynchus. Nama saintifik Ornithorhynchus secara harafiahnya bererti "hidung burung"

dalam bahasa Yunani dan anatinus bererti "itik". Nama biasanya bererti "kaki leper" dan asalnya

diberikan sebagai nama genus Linnaean, tetapi ia kemudiannya diketahui telah pun diberikan

nama kepada Kumbang Ambrosia pengorek kayu.

12

Burung Merak Hijau (bahasa Inggeris: Green Peafowl) ialah salah satu daripada haiwan yang

terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Pavo muticus. Burung Merak Hijau adalah haiwan yang

tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas

burung. Dalam aturan, tergolong dalam keluarga burung. Burung Merak Hijau adalah haiwan

berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai

paruh tanpa gigi. Jantung Burung Merak Hijau terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar

atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dekenali sebagai ventrikel. Sebagai burung,

Burung Merak Hijau membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai

cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Burung Unta merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengan ketinggian sehingga 2.5

meter (8 kaki). Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang

kurang dikenali iaitu ratit (Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus. Burung unta berasal

dari savana dan separa-gurun Afrika di utara dan selatan zon hutan khatulistiwa. Burung unta

adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Bulu

pelepah mereka tidak berfungsi sebagai kerajang utara, tetapi pernah popular sebagai hiasan topi

wanita dan sebagainya. Paruhnya tidak bergigi. Burung unta mempunyai leher yang panjang dan

mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam). Burung unta terkenal dengan

sarang masyarakat di mana beberapa ekor burung betina akan bertelur dalam satu sarang untuk

diramkan oleh betina alpha pada waktu siang dan jantan pada waktu malam. Telur burung unta

adalah telur terbesar. 

13

Haiwan Yang Bertelur Banyak

Sesetengah haiwan yang tidak menjaga telur-telur dan anak-anaknya. Haiwan-haiwan ini

memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara bertelur dengan banyak. 

Bilangan telur yang banyak ini akan memastikan sebahagian telur atau anaknya masih

berpeluang untuk hidup.

Sebagai contoh, penyu bertelur dengan banyak, lebih kurang 100 biji pada satu masa. Penyu

tidak menjaga telur-telurnya. Ini menyebabkan kebanyakan telurnya dimakan oleh haiwan

lain atau diambil oleh manusia sebelum sempat menetas. Sebahagian anak penyu yang baru

menetas juga menjadi makanan kepada haiwan lain. Akhirnya, hanya beberapa anak penyu

yang berjaya hidup dan membesar menjadi dewasa.

Contoh-contoh haiwan yang bertelur banyak adalah seperti:

Penyu bertelur dengan banyak. Penyu menyembunyikan telur-telurnya dengan menimbus

ke dalam pasir di tepi pantai. Telur penyu dilindungi oleh cangkerang yang lembut.

Katak bertelur dengan banyak di dalam air. Telur-telur katak diselaputi lendir yang

berbau busuk. Ini bagi mengelakkan telur-telurnya daripada dimakan oleh haiwan.

14

Ikan bertelur dengan banyak di celah-celah daun di dalam air untuk menyembunyikan

telur-telurnya. Sesetengah ikan meletakkan anak-anaknya di dalam mulut.

Siput bertelur dengan banyak di celah-celah batu. Ini dapat melindungi telur-telurnya

daripada musuh.

Rama-rama bertelur dengan banyak di bawah permukaan daun. Ini dapat melindungi

telur-telurnya daripada musuh.

Belalang betina bertelur dengan banyak di dalam tanah. Ini dapat melindungi telur-

telurnya daripada musuh.

HAIWAN MEMBIAK SECARA MELAHIRKAN ANAK

15

Kambing (goat) ialah salah satu haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Capra

aegagrus hircus. Kambing merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan

benda hidup, alam haiwan bertulang belakang (vertebrat), kelas mamalia. Kambing adalah

haiwan berdarah panas. Kambing membiak dengan cara melahirkan anak dan menjaga anaknya

sehingga dewasa. Penjagaan yang rapi serta betul perlulah diberikan sewaktu kambing ingin

melahirkan anak. Tindakan-tindakan kambing sewaktu melahirkan anak dan selepas melahirkan

anak ada menunjukkan perbezaan. Namun, terdapat juga kambing yang kurang mahir menjaga

anak yang baru dilahirkan kerana keletihan (kambing bunting kali pertama).

Badak cipan berasal daripada famili Tapiridae dalam order Perissodactyla. Terdapat empat

spesies badak cipan yang boleh ditemui. Badak cipan Malaya (Tapirus indicus) boleh ditemui di

Asia Tenggara sementara tiga spesies lagi iaitu Mountain Tapir (Tapirus pinchaque), Lowland

Tapir (Tapirus terestis) dan Baird's Tapir (Tapirus bairdii) boleh ditemui di kawasan

"Neotropics". Badak cipan dipercayai hidup secara bersendirian. Hanya badak cipan betina dan

anaknya boleh dilihat bersama-sama. Secara umumnya seekor anak badak cipan akan lahir pada

setiap 2 tahun iaitu selepas 13 bulan bunting. Jangka hayat bagi haiwan ini dianggarkan 30

tahun. Struktur gigi dan sistem penghadzamannya adalah diadaptasi untuk meragut. Biasanya

badak cipan akan memakan puncak kayu pelbagai pokok dan belukar. Haiwan ini juga memakan

pokok yang berbuah dan berbiji.

16

Musang ialah sejenis mamalia jenis karnivor yang hidup didarat, sebahagian besarnya daripada

famili Viverridar. Ia sejenis binatang yang liar tetapi tidak buas, sangat licik dan pengecut.

Rupanya seperti kucing tetapi tubuhnya besar dan bertindak aktif pada waktu malam. Musang

adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak dan mempunyai bulu di badan.

Musang ini hidup di dalam hutan dan kadangkala memasukki perkampungan kecil mencari ayam

untuk dijadikan mangsanya. Ada sesetengah jenis musang hidup diatas pokok dan membuat

sarang di celah dahan pokok. Musang  aktif pada waktu malam untuk memburu mangsanya

seperti ayam, itik dan haiwan yang lebih kecil daripadanya. Bagi jenis musang pulut aktif  pada

siang hari di dalam hutan untuk mencari buah-buahan. Binatang jenis ini sangat pandai dan

cekap memanjat pokok.

Paus hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Ikan paus adalah mamalia dalam

kelompok cetacea. Sebagaimana haiwan mamalia yang lain, ikan paus mempunyai ciri-ciri

seperti bernafas melalui paru-paru, mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat, hampir

tiada bagi paus dewasa), berdarah panas, mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak

dan mempunyai empat ruang jantung. Pada masa kini, terdapat dua jenis ikan paus iaitu

paus Odontoceti (paus bergigi) dan paus Baleen (Mysticeti). Paus Odantoceti yang bergigi

merupakan pemangsa yang memakan ikan, sotong dan mamalia marin (laut), mempunyai satu

lubang pancut pernafasan. Paus Baleen bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai

struktur yang dikenali sebagai baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada

air dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan.

METAMORFOSIS

17

Perkataan “metamorfosis” berasal dari perkataan Greek “meta’ yang bermaksud perubahan dan

“morphe” yang bermaksud bentuk atau rupa. Metamorfosis merujuk pada perubahan bentuk dan

fisiologi yang berlaku dalam serangga dari peringkat larva ke peringkat dewasa. Terdapat dua

jenis metamorfosis iaitu metamorfosis lengkap dan metamorphosis tidak lengkap.

Metamorfosis Lengkap

Lebih kurang 88% daripada serangga menjalankan metamorfosis lengkap. Dalam metamorfosis

lengkap, serangga akan melalui empat peringkat iaitu telur, larva, pupa dan dewasa. Lihat

Rajah 1 di bawah yang menunjukkan kitar hidup rama-rama yang menjalankan metamorforsis

lengkap.

18

Rajah 1 :

Metamorfosis Tidak Lengkap

Lebih kurang 12% daripada serangga menjalankan metamorfosis tidak lengkap.

Metamorfosis tidak lengkap terdiri daripada tiga peringkat iaitu telur, nimfa dan dewasa.

Lihat Rajah 2 yang menunjukkan kitar hidup belalang yang menjalankan metamorfosis tidak

lengkap.

Rajah 2 : Metamorfosis tidak lengkap

Nimfa menyerupai dewasa tetapi adalah lebih kecil dan mempunyai sayap. Makanan nimfa

adalah sama seperti membesar melalui proses ekdisis.

19

PERSAMAAN PEMBIAKAN ASEKS DAN SEKS

Kedua-dua proses menghasilkan individu baru.

Kedua-dua proses menambahkan bilangan individu sesuatu spesies.

PERBEZAAN PEMBIAKAN ASEKS DAN SEKS

PEMBIAKAN ASEKS PEMBIAKAN SEKS

1. Tidak melibatkan gamet jantan dan gamet betina. 1. Melibatkan gamet jantan dan gamet betina.

2. Berlaku pada haiwan tetapi tidak melibatkan

persenyawaan luar dan dalam.

2. Berlaku pada haiwan dan melibatkan

persenyawaan luar dan dalam.

3. Berlaku dengan kadar yang cepat. 3. Berlaku dalam kadar yang lambat.

4. Terdapat banyak jenis pembiakan seperti

pertunasan, belahan dedua, penjanaan semula,

batang rayap dan pengsporaan.4. Hanya melibatkan satu jenis pembiakan.

5. Tidak mempunyai struktur pembiakan khusus. 5. Mempunyai struktur pembiakan khusus.

6. Hanya satu induk terlibat. 6. Melibatkan dua indivudu induk.

7. Individu baru hanya daripada satu keturunan.7. Individu baru merupakan gabungan dua

keturunan induk.

20

KESIMPULAN

Pembiakan ialah proses biologi untuk melahirkan organisma yang baru. Ia merupakan ciri yang

asas bagi kesemua hidupan yang diketahui setiap organisma wujud sebagai hasil pembiakan.

Kaedah-kaedah pembiakan boleh digolongkan kepada dua jenis yang utama pembiakan

seks dan pembiakan aseks.

Dalam pembiakan aseks, suatu organisma dapat membiak tanpa melibatkan organisma

yang lain dalam spesiesnya. Pembahagian sel bakteria menjadi dua sel anak merupakan satu

contoh pembiakan aseks. Pembiakan aseks bukan sahaja terhad kepada organisma sel tunggal.

Kebanyakan tumbuhan mempunyai keupayaan untuk membiak secara aseks.

Pembiakan seks memerlukan penglibatan dua organisma, lazimnya satu organisma

daripada setiap jantina. Pembiakan manusia merupakan satu contoh pembiakan seks yang biasa.

Secara amnya, organisma yang lebih rumit akan membiak secara seks sedangkan organisma sel

tunggal akan membiak secara aseks. Pembiakan seks juga melibatkan cara haiwan membiak

seperti membiak secara bertelur, membiak secara melahirkan anak, metamorfosis lengkap dan

metamorfosis tidak lengkap.

Terdapatnya berbagai-bagai jenis strategi pembiakan yang digunakan oleh spesies-spesies

yang berbeza. Mana satu strategi yang lebih digalakkan oleh evolusi tergantung kepada pelbagai

keadaan. Haiwan yang mempunyai sedikit anak boleh menumpukan sumber-sumber mereka

kepada pembelaan dan perlindungan setiap anak supaya banyak anak tidak diperlui. Sebaliknya,

haiwan yang mempunyai banyak anak harus memberikan lebih kurang sumber kepada setiap

anak bagi jenis haiwan ini, adalah kejadian biasa bahawa banyak anak akan mati sebaik sahaja

selepas kelahiran mereka. Bagaimanapun, bilangan anak yang mencukupi akan hidup untuk

mengekalkan populasi spesies itu.

21

BIBLIOGRAFI

Eldon D. Enger, Frederick C. Ross, & David B. Bailey (2012). Concepts in biology. New York :

McGraw-Hill. No panggilan:QH308.2 .E53 2012

Sylvia S. Mader, & Michael Windelspecht (2012). Essentials of biology. New York, NY :

McGraw-Hill. No panggilan:QH308.2 .M325 2012

Mariëlle Hoefnagels (2012). Biology : concepts and investigations. New York, NY : McGraw-

Hill, No panggilan:QH307.2 .H63 2012

Sylvia S. Mader, Michael Windelspecht (2012). Human biology. New York, NY : McGraw-Hill.

No panggilan:QP36 .M32 2012

Gerald Audesirk, Teresa Audesirk, Bruce E. Byers (2011). Biology : life on earth. Boston :

Benjamin Cummings. No panggilan: QH308.2 .A924 2011

22