Sistem Pembumian 3 Fasa

download Sistem Pembumian 3 Fasa

of 7

description

nota KV

Transcript of Sistem Pembumian 3 Fasa

TAJUK : INSTALL INDUSTRIAL EARTHING SYSTEM

TUJUAN: Kertas penerangan ini digunakan untuk menerangkan sistem pemasangan sistem pembumian bagi pepasangan elektrik

PENERANGAN:

1. Sistem Pembumian

SISTEM PEMBUMIAN ( EARTHING system )

Takrif pembumian

Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan elektrik dengan jisim bumi.

Pentingnya pembumianPembumian bertujuan untuk memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik dan kebakaran apabila arus bocor ke bumi mengalir ke bahagaian-bahagian logam yang boleh membawa arus.

Kelebihan dan kelemahan sistem pembumian

a. Kelebihan sistem pembumian :i. Keseluruhan sistem adalah terikat dengan daya jisim umum bumi.ii. Semua logam yang telah dimasukkan, satu laluan yang disediakan bagi arus bocor ke bumi dan memutus litar.

b. Kelemahan sistem pembumian :i. Kos perbelanjaan untuk menyediakan satu sistem pembumian yang lengkap adalah mahal.ii. Bagi sistem TT (guna ELCB) di mana punca bumi tidak disediakan oleh pembekal, sekiranya salah satu pengalir bumi sambungan putus atau tercabut maka tidak ada lagi laluan arus bocor ke jisim bumi; ini membahayakan pengguna.

Pengalir Perlindungan

Pengalir perlindungan yang dulunya dikenali sebagai pengalir keterusan bumi. Ia adalah suatu pengalir yang menghubungkan semua bahagian pengalir (logam) dalam pemasangan ke terminal utama pembumian. Ini termasuklah pengalir pembumian dan pengalir ikatan. Cara untuk menentukan saiz luas keratan rentas pengalir perlindungan litar dalam sesuatu pemasangan pengguna.

Cara pertama : Dengan menggunakan jadual 54 F di bawah ini.

JADUAL 54 FLuas keratan rentas pengalir fasa (S)Luas keratan rentas minimum pengalir perlindungan litar (SP)

mm2S 1616 < S 35S > 35

mm2S16 S/2

Code No. B01-02-04-LE1-IS1eMuka : 3 drp : 11

Tentukan nilai k di jadual 54C, nilai k bagi kabel pvk dengan pengalir perlindungan sebagai teras ialah 115.

Bahan-bahan logam yang digunakan sebagai sistem pendawaian seperti paip, kotak sesalur atau salur, boleh dijadikan sebagai pengalir perlindungan tetapi mestilah mematuhi peraturan IEE yang berikut :Sekiranya luas keratan rentas pengalir kurang daripada 6 mm2, ia mestilah bertebat serta kuat dan kukuh.Bagi pengalir perlindungan yang tidak bertebat, ia mestilah dilindungi daripada tindak balas kimia.Setiap sambungan pengalir perlindungan mestilah dibuat supaya mematuhi kekuatan mekanikal dan elektrikal.

Konduit logam boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pengalir perlindungan. Pengalir perlindungan berasingan perlu diadakan.

Rintangan pengalir perlindungan adalah seperti berikut :a) Bagi pengalir jenis kumprum dan aluminium, mestilah tidak melebihi 1 ohm.b) Bagi pengalir jenis seperti paip kondit, kotak sesalur atau sulur mestilah tidak melebihi 0.5 ohm.

Perkara-perkara yang menyebabkan rintangan tinggiPerkara-perkara yang menyebabkan rintangan pengalir perlindungan menjadi tinggi adalah seperti berikut :

a. Punca earth lug karatb. Sambungan dawai longgar.c. Lapisan cat pada alat-alat elektrik.d. Sambungan kabel bumi pada palam dan soket keluaran longgar.e. Sambungan di antara konduit dan kotak terminal longgar.

Pembumian Berbilang Pelindung. PME (Multiple Protective Earthing) TN-C-S(Tidak guna ELCB)

Takrif pembumian berbilang pelindung.Alat ini digunakan apabila impedans bagi litar rosak ke bumi tidak cukup rendah untuk mengendalikan fius atau pemutus litar bocor ke bumi. Apabila ia hendak digunakan, kebenaran daripada pihak pembekal hendaklah diperoleh terlebih dahulu dan hanya digunakan pada voltan rendah sahaja.

Keperluan khas yang diambil ke atas pemasangan yang menggunakan sistem ini.

a) Syarat-syarat pemasangani. Dawai pembumi mestilah mempunyai rintangan yang tidak melebihi 10 ohm (dan pengalir keselanjaran bumi 0.5 ohm iaiatu apabila arus sebanyak 10A, 40V dialirkan selama seminit semasa ujian dengan menggunkan bekalan kuasa arus ulang alik).ii. Tidak dibenarkan sebarang fius, pemutus litar, penyambung atau suis satu hala dipasang di sebelah pengalir neutral.iii. Kesemua pengguna elektrik di kawasan itu mestilah dipasangkan dengan sistem pembumian berbilang pelindung.iv. Mestilah mendapat kebenaran daripada pihak yang berkenaan (penguasa elektrik) dan hanya dibuat untuk litar voltan rendah sahaja.

b) Tempat penggunaan

Sistem begini biasanya digunakan di tempat-tempat berikut :i. Kawasan atas bukit yang jauh dari pantai. Di sini rintangan bumi yang rendah sukar diperoleh.ii. Kawasan berbatu, berpasir dan kering. Rintangan bumi di sini juga tinggi.iii. Kawasan pedalaman. Kabel dalam tanah yang bersalutkan logam tidak digunakan sebagai sistem penghantaran (pengagih, pembekal).

Kebaikan dan keburukan sistem pembumian pelindung berbilang.

a) Kebaikani. Rintangan elektrod buminya rendah dan mudah diperoleh kerana setiap pengguna mencantumkan punca buminya kepada dawai neutral. Dengan ini perbelanjaan dapat dijimatkan kerana bilangan elektrod bumi tidak ditambah.Impedans gelung bumi rendah dan cukup untuk mengendalikan fius atau pemutus litar apabila arus bocor ke bumi berlaku. Dengan ini, pemutus litar bocor ke bumi tidak diperlukan.iii. Perbelanjaan dapat dijimatkan semasa memasang.

b) Keburukani.Renjatan akan dirasai jika kerja-kerja logam yang berhampiran tidak diikat bersama ke dawai neutral atau jika dawai neutral itu putus.ii. Arus bumi akan berputer di antara elektrod bumi dan ini menyebabkan sistem telefon terganggu.

Elektrod BumiPengenalanElektrod bumi ialah batang (rod), pelit atau jalur yang ditanam di dalam bumi untuk memberi sambungan yang berkesan ke jisim bumi.

Jenis-jenis elektrod bumiJenis elektrod bumi yang biasa digunakan ialah seperti berikut :a) Paip Galvani 2-3 m panjang x 8 mm garis pusat.b) Batang (rod) kuprum 2-3 m panjang x 4 mm garis pusat.c) Pelit 30 cm x 30 cm.d) Jalur kuprum (strip) 100 m x 0.4 cm x 3 cm.e) Struktur keluli bangunan.f) Pelapik plumbum dan bahan logam yang menutup kabel.g) Cara-cara memasang elektrod bumiTanah yang mengandungi gas atau oksigen tidak sesuai untuk kerja pembumian kerana boleh mengakibatkan karat. Elektrod bumi mestilah ditanam jauh ke dalam tanah dan hendaklah dijauhkan daripada paip gas, paip air atau kabel. Elektrod mestilah ditanam di dalam tanah yang mudah dibenamkan elektrod tersebut. Tanah yang berpasir dan berbatu juga tidak sesuai untuk kerja pembumian, oleh itu elektrod hendaklah ditanam di tempat lain yang tidak berpasir atau ditanam pada aras yang lebih dalam. Cara-cara mengurangkan rintangan elektrod bumiAntaranya ialah :a) Bubuh garam di sekeliling elektrod.b) Tanam pada tempat yang lembap.c) Tabur serbuk besi di sekeliling elektrod.d) Tabur arang batu di sekeliling elektrod.e) Bubuh larutan sulfat.f) Tanam dua batang elektrod secara selari.g) Elektrod dilubang-lubangkan.h) Menambahkan panjang atau luas muka keratan rentas elektrod