Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

17
PEMBENTUKAN NEGARA KOTA YUNANI Tamadun Yunani bermula drpd kampung- kampung kecil yang terletak berselerak di seluruh tanah besar Yunani dan pulau-pulau di selatan. Orang Yunani yang membina tamadun itu berbangsa Agean dan mereka dikatakan orang Yunani terawal memasuki tanah besar.

description

 

Transcript of Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

Page 1: Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

PEMBENTUKAN NEGARA KOTA YUNANI

• Tamadun Yunani bermula drpd kampung-kampung kecil yang terletak berselerak di seluruh tanah besar Yunani dan pulau-pulau di selatan.

• Orang Yunani yang membina tamadun itu berbangsa Agean dan mereka dikatakan orang Yunani terawal memasuki tanah besar.

Page 2: Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN YUNANI

PEMBENTUKAN NEGARA KOTA YUNANIEMPAYAR YUNANIPEMERINTAHAN DI YUNANIPROSES PERKEMBANGAN TAMADUN YUNANI

Page 3: Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

• Bagi penduduk Yunani, setiap negara kota atau polis mempunyai latar belakang sejarah, undang-undang dan tuhan mereka merupakan sesuatu yang unik dan menganggap mereka sebagai sebahagian drpd institusi tersebut.

• Negara kota Yunani biasanya tidak besar dengan purata penduduk setiap polis adalah antara 5000 - 10000 orang. Athens pada suatu masa mempunyai penduduk berjumlah 40000 orang.

• Orang Yunani mencurahkan perasaan kasih sayang dan kemesraan terhadap polis maka sanggup mempertahankan negara kota sepanjang hidup mereka dari waktu lahir hingga ke akhir hayat.

Page 4: Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

• Bagi Aristotle, negara kota Greek terbentuk daripada 3 institusi iaitu keluarga, kampung atau bandar dan negara kota.

• Fungsi negara kota ialah memelihara ketertiban dan penyusunan masyarakat dengan menjaga akhlak serta melindungi rakyatnya drpd kekasaran dari luar dan dalam kota itu.

• Tengah-tengah negara kota di Yunani terdapat sebuah acropolis yang menjadi pusat pentadbiran dan tumpuan aktiviti negara kota.

Aristotle

Page 5: Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

EMPAYAR YUNANI

• Raja Philip II meletakkan asas kekuatan ketenteraan Macedonia dan beliau berjaya menakluk wilayah-wilayah di Mediterranean, selatan Eropah dan beberapa kawasan di Timur Tengah.

• Beliau pernah menjadi tawanan perang tentera Thebes yang telah mengalahkan tentera Yunani, dan beliau pernah menyaksikan tentera Thebes melakukan pembentukan phalanx.

• Beliau menggunakan masa lebih 20 tahun untuk menjadi pemerintah semua negara kota Yunani.

Page 6: Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

• Beliau merancang menyerang Parsi tetapi rancangannya tidak tercapai kerana beliau mati dibunuh ketika sibuk mengendalikan majlis perkahwinan anak perempuannya.

• Iskandar Zulkarnian yang menggantikan bapanya sebagai pemerintah Yunani, telah mengembangkan pengaruh Yunani di benua Asia.

• Beliau berjaya menawan Asia Minor, sebuah wilayah jajahan Parsi dan kemudiannya berjaya menawan Parsi.

Iskander Zulkarnain

Page 7: Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

• Beliau bercita-cita menyatukan Eropah dengan Asia berdasarkan kebudayaan Yunani tetapi telah meninggal dunia ketika berusia 33 tahun dan cita-citanya membentuk empayar dunia dari Eropah ke Asia lenyap.

• Walau bagaimanapun, kewujudan kebudayaan baru iaitu kebudayaan Hellenistik yang menggabungkan budaya Yunani dan Parsi.

• Bandar Iskandariah di Mesir muncul sebagai pusat ilmu pengetuhuan yang penting di dunia pada masa itu sehingga berjaya mengambil alih peranan Athens dan Yunani.

Page 8: Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

PEMERINTAHAN DI YUNANI

• Setiap persidangan mempunyai sebanyak lebih kurang 40000 warganegara dibenarkan hadir.

• Golongan tidak bertanah dan hamba tidak dibenarkan menghadiri Dewan Perhimpunan kecuali sewaktu pemerintahan Solon, apabila beliau meminda perlembagaan.

• Majlis dibentuk untuk melaksanakan keputusan-keputusan Dewan Perhimpunan.

Page 9: Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

• Oleh kerana Majlis diwakili oleh orang yang berlainan, maka sukar untuk melahirkan semangat kerjasama di kalangan ahli. Namun itulah tujuan sebenar Majlis ditubuhkan, iaitu supaya kuasanya tidak melebihi Dewan Perhimpunan.

• Kebanyakan jabatan kerajaan dikendalikan oleh ahli-ahli Majlis dan setiap tahun ahli-ahlinya digantikan dengan muka-muka baru.

• Majistret terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang diputuskan oleh Majlis. Peranan sama dengan kakitangan perkhidmatan awam di negara kita.

Page 10: Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

• Ada di kalangan mereka ini yang menjadi pendidik, pemungut cukai, tentera dan pembanci.

• Dari segi pengadilan, kuasanya terletak di tangan warganegara. Juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan pihak yang tertuduh tidak berpeluang untuk merayu.

• Jumlah juri adalah berbeza mengikut seriusnya sesuatu kes tersebut. Jumlah juri ialah antara 101 hingga 1001 orang.

Page 11: Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

PROSES PERKEMBANGAN TAMADUN YUNANI

• Bentuk pemerintahan dalam tamadun Yunani telah mengalami pelbagai perubahan daripada:

Monarki Oligarki

Demokrasi

Aristokrasi

Diktator (Tirani)

Page 12: Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

• Sebelum Sistem Demokrasi diperkenalkan, Athens mengamalkan Sistem Beraja.

• Dalam sistem ini, raja dibantu oleh sebuah badan yang dinamakan konsul.

• Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera, dan ketua agama.

• Apabila kuasa konsul menjadi kuat, lahirnya sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya amat terhad.

• Hal ini kerana pemerintahan yang dikuasai oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.

Page 13: Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

• Sistem pemerintahan oleh beberapa orang konsul dinamakan oligarki.

• Golongan aristokrat yang kuat dilahirkan daripada kalangan konsul tersebut.

• Golongan aristokrat memiliki kuasa yang besar dan pemerintahan ini dinamakan aristokrasi.

• Akibat rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi, muncul pula golongan yang menuntut hak dan keadaan ini telah menyebabkan berlakunya rampasan kuasa.

Page 14: Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

• Keadaan ini telah membawa kepada pemerintahan berbentuk tirani oleh diktator.

• Diktator biasanya terdiri daripada golongan kaya atau tentera.

• Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa tersebut, tindakan tersebut ditentang oleh golongan aristokrat.

• Dengan ini, sistem demokrasi dilahirkan.

Page 15: Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

Sistem Demokrasi

• Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis.• Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi

peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara 6 bulan hingga setahun.

• Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak 3 kali dalam sebulan.

• Setiap ahli Dewan ini boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.

• Segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis.

Page 16: Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

• Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan.

• Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga-tiganya.

• Walaupun sistem demokrasi diamalkan di Athens, tetapi sistem ini tidak berlaku di negara kota yang mengamalkan sistem beraja yang berkuasa mutlak.

• Jika demokrasi diamalkan di Athens, di Sparta pula, sistem pemerintahan tentera telah diamalkan.

• Dengan ini, sistem pertahanan diberikan perhatian yang penting.

Page 17: Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

• Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik dan sistem latihan ini telah menyebabkan Sparta berjaya melahirkan tentera yang bersemangat patriotik yang tinggi serta berani lagi handal.

• Sistem demokrasi yang diperkenalkan di Athens lebih kurang 3000 tahun dahulu telah diwarisi oleh hampir seluruh negara di dunia pada hari ini tetapi sistem ini berbeza antara negara-negara di dunia ini.