Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British _ Izanoriza

download Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British _ Izanoriza

of 12

description

sejarah

Transcript of Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British _ Izanoriza

  • 7/15/2014 Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British | Izanoriza

    http://izanoriza.wordpress.com/2012/05/10/sistem-pendidikan-sebelum-kedatangan-british/ 1/12

    Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British

    IZANORIZA MAY 10, 2012 LEAVE A COMMENT

    Pendidikan sebelum kedatangan British banyak dipengaruhi oleh adat resam dan budayamasyarakat setempat. Pendidikan tradisional ini lazimnya diajar oleh ahli agama atau ibu bapakanak-kanak dalam membentuk perkembangan mereka. Pendidikan pada zaman ini terbahagikepada lima iaitu:

    1. pendidikan agama2. madrasah3. pendidikan tidak formal4. pendidikan istana5. penglipur lara.

    Pendidikan agama

    Mulai kurun ke-15 hingga kurun ke-17, orang Melayu telah mula mendapat pendidikan agama.Pendidikan agama disampaikan oleh guru-guru al-Quran di kampong-kampung. Selain itu,pendidikan agama juga disampaikan oleh mereka yang berketurunan Sayyid. Sebahagian besardaripada guru agama ini mengajar menyampaikan pengajarannya di surau atau masjid. Padamasa yang sama, guru agama itu menjadi imam kampong di mana dia menyampaikanpendidikan agama. Mereka mengajar perkara-perkara seperti kira-mengira, menulis Jawi, tajwid,fardu ain, rukun Islam dan rukun Iman. Dalam sehari muris-mrid belajar tiga pelajaran yangmengambil masa sejam bagi setiap pelajaran. Pelajaran pertama disampaikan di sebelah pagi iaituselepas sembahyang subuh, satu lagi selepas sembahyang zohor dan satu lagi pelajaran padasebelah petang. Seseorang murid akan memulakan pelajaran dengan mengulangi perkataan-perkataan Arab yang didengar pada awal pagi dan akhir bacaan al-Quran. Apabils telah mahirdengan hafazan itu, dia akan dapat membaca al-Quran dan doa-doa yang membolehkannyabersembahyang. Pelajar tidak dikenakan apa-apa bayaran, Sebaliknya, pelajar membantu gurumembersihkan tempat mereka belajar, mengambil air, kayu api dan membantu mengerjakansawah. Segala urusan ini dijalankan di antara waktu pelajaran. Urusan-urusan seperti ini dapatmembina kemahiran hidup bagi pelajar-pelajar berkenaan.

    Pada kurun ke-18, pendidikan agama telah meningkat maju kerana penghijrahan beberapa orangalim ulama dari Timur Tengah. Contohnya, Syarif Muhammad yang berasal dari Baghdad telahmengasaskan sekolah agama di Kuala Terengganu. Ketika berlaku kekacauan di Patani, lebihramai lagi alim ulama berpindah ke Terengganu dan Kelantan.

    Izanoriza

    SETIAP SESUATU YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA

  • 7/15/2014 Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British | Izanoriza

    http://izanoriza.wordpress.com/2012/05/10/sistem-pendidikan-sebelum-kedatangan-british/ 2/12

    Menjelang kurun ke-19, sekolah-sekolah pondok atau sekolah Arab telah di bina di merata temoatdi Tanah Melayu. Kedah, Perak, Kelanatan dan Pulau Pinang merupakan tempat-tempat di manaterdapat banyak sekolah pondok muncul.

    Madrasah

    Madrasah merupakan sekolah agama yang moden. Institusi ini lebih kemas dan teratur. Madrasahmenyampaikan pelajaran yang menekankan ajaran-ajaran reformis dari Asia Barat.

    Menurut Khoo Kay Kim, mata pelajaran latihan vokasional juga dikendalikan. Mata pelajaranseperti perdagangan, kira-kira dan cara tanaman padi serta membuat sabun juga diajar dimadrasah. Walau bagaimanapun, tumpuan pelajaran di kebanyakan madrasah ialah padapengajaran agama Islam.

    Taraf pendidikan di sesetengah madrasah adalah tinggi seperti di Madrasah al-Masyhur,PulauPinang dan Madrasah di Kota Bharu. Para lulusan dari madrasah-madrasah tersebut bolehmelanjutkan pelajaran ke peringkat universiti seperti Universiti al-Azhar, Mesir atau Masjidil-Haram, Makkah.

    Pendidikan Tidak Formal

    Pendidikan formal berlaku secara tidak langsung. Dalam kehidupan seharian, anak-anak terpaksamembantu ibu bapa dalam pelbagai tugasan sama ada di kebun atau di rumah. Dalam pada itu,mereka mempelajari kemahiran membuat atau membaiki alat-alat pertanian daripada ibu bapaatau orang kampong yang lebih tua.

    Selain itu, mereka juga berpeluang mempelajari kemahiran dalam kraftangan seperti membuatbakul, ukiran kayu, atau logam. Kebanyakan kemahiran ini diperoleh kerana kanak-kanakmembantu dan memerhati bagaimana sesuatu hasil itu dikendalikan.

    Golongan muda juga mempelajari seni mempertahankan diri dan segelintir antara merekamempelajari ilmu sihir.

    Pendidikan Istana

    Menurut Sejarah Melayu, mulai kurun ke-15, pendidikan agama Islam mula dipelajari olehgolongan istana. Lazimnya sultan akan menyediakan satu ruangan di istana bagi membolehkanpengajaran agama Islam disampaikan.

    Tokoh-tokoh agama yang menyampaikan pengajaran di istana juga digalakkan menterjemahbuku-buku bahasa Arab kepada bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi. Bahasapengantar yang digunakan oleh guru-guru tersebut ialah bahasa Melayu kerana kebanyakankitab dalam bahasa Arab telahpun ditermahkan ke bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, bahasaArab juga diajar.

    Penglipur Lara

    Pada zaman dahulu, seseorang pencerita yang mahir dikenali sebagai penglipur lara. Diaberupaya bercerita sehingga Berjaya menarik minat ramai pendengar tetapi ramai daripadamereka adalah buta huruf. Lantaran itu, cerita-cerita mereka hanya disampaikan dalam bentuktulisan.

  • 7/15/2014 Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British | Izanoriza

    http://izanoriza.wordpress.com/2012/05/10/sistem-pendidikan-sebelum-kedatangan-british/ 3/12

    Penglipur lara memperoleh koleksi cerita daripada ibu bapanya dan dia menceritakan semulakepada anak-anaknya atau kanak-kanak lain. Melalui cara ini, cerita-cerita itu disampaikan darisatu generasi ke satu generasi yang lain.

    Cerita-cerita yang disampaikan terdiri daripada pelbagai jenis. Ada yang mengisahkanraja,pahlawan terkenal dan haiwan. Unsur-unsur dongeng diserapkan ke dalam sesetengah ceritatersebut. Selain itu, penyerapan nilai-nilai murni ke dalam cerita-cerita bertujuan mempengaruhitingkah laku pendengarnya.

    SISTEM PENDIDIKAN ZAMAN BRITISH

    Sekolah Agama

    Pada zaman British, sekolah agama terus berfungsi tanpa sebarang campur tangan. Ini keranapihak British tidak ingin campur tangan dalam hal-hal agama dan adat resam orang-orangMelayu. Dengan itu, pihak British tidak terlibat dalam pengelolaan dan pengendalian sekolah-sekolah agama.

    Sekolah agama yang ditubuhkan pada zaman British adalah lebih kemas pengelolaannya. Sekolahini lebih dikenali sebagai madrasah atau sekolah agama yang moden. Ia dipelopori oleh golonganmuda. Kurikulum sekolah agama moden ini merangkumi ilmu keduniaan dan ilmu akhirat.Madrasah banyak ditubuhkan di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Sekolah-sekolah agamamoden seperti ini dapat menandingi sekolah-sekolah Melayu yang disediakan oleh pihak British.Ini kerana mutu pendidikan yang disediakan oleh sesetengah sekolah agama moden ini baik. Initerbukti apabila pelajar-pelajar lepasan sekolah-sekolah agama itu dapat meneruskan pelajaran diUniversiti al-Azhar di Mesir dan university-universiti lain di Asia Barat.

    Sekolah Pondok

    Sistem pendidikan pondok didapati lebih tersusun dan teratur jika dibandingkan denganpendidikan agama di rumah atau surau. Pada awal kurun ke-19, sekolah pondok banyak didirikan

    di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

    Perkataan pondok sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermakna rumah-rumahkecil tempat tinggal pelajar-pelajar. Akan tetapi di Tanah Melayu, pondok membawa maknasebuah institusi pendidikan agama Islam bersendirian serta mempunyai asrama. Pendidikanpondok akan bermula sebaik sahaja tibanya seorang tuan guru atau alim ulama dari luar. Guru ituberhasrat untuk meyampaikan ilmu agama kepada orang kampong terutamanya kaum petani.Sebahagian besar daripada guru pondok merupakan individu yang berpengaruh dan biasanyamereka menyampaikan pelajaran secara suka rela. Orang kampong akan bekerjasama untukmenyediakan rumah tuan guru dan pondok untuk pelajar-pelajar. Pondok itu lazimnya dibinaberdekatan dengan rumah tuan guru.

    Di sekolah pondok, pelajr-pelajar duduk secara bersila di atas lantai. Meja dan kerusi tidakdisediakan. Mata pelajaran yang di ajar di sekolah pondok termasuk Hadis, Tasawuf, Fiqh, Tauhid,Tafsir dan doa-doa yang bersabit dengan kehidupan seharian. Selain itu, bahasa Arab dan tulisanJawi juga diajar. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar kerana kitab bahasa Arab telahpunditerjemahkan ke bahasa Melayu. Tempoh bagi mengikuti pelajaran di sekolah pondok tidak

  • 7/15/2014 Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British | Izanoriza

    http://izanoriza.wordpress.com/2012/05/10/sistem-pendidikan-sebelum-kedatangan-british/ 4/12

    terhad. Ada antara pelajar yang mengambil masa sehingga sepuluh tahun. Matlamat sebenarsekolah pondok ialah untuk melahirkan individu yang arif tentang hokum-hukum agama, tahuberibadat dengan betul dan bermoral tinggi.

    Sekolah Vernakular

    Sepertimana yang telah disebutkan, dasar pemerintahan British di Tanah Melayu ialah pecah danperintah. Dengan itu sikap seperti ini menyebabkan empat lagi sistem persekolahan wujud, selaindaripada sekolah agama. Sistem-sistem persekolahan tersebut ialah sekolah vernakular Melayu,sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah Inggeris. Selain daripada sikappihak British, juga tidak terdapat satu dasar pelajaran kebangsaan pada masa itu. Sikapkedaerahan yang diwarisi setiap kaum juga mendorong sistem persekolahan yang berlainan.Sekolah vernakular bermakna sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasapengantar dalam pengajaran dan pembelajaran.

    1.0 Sekolah Melayu

    Pada tahun 1854, Gabenor Jeneral di India menghantar perutusan Jemaah Pengarah melawatNegeri-negeri Selat untuk membuat laporan pendidikan di negeri-negeri tersebut. Pada tahun1855, sebuah sekolah Melayu telah didirikan di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pada tahunberikutnya,iaitu pada tahun 1856, dua buah sekolah lagi dibuka, iaitu di Teluk Belangah danKampung Gelam Singapura. Sekolah di Teluk Belangah, kemudiannya dijadikan maktabperguruan bagi guru-guru sekolah Melayu. Sekolah di Kampung Gelam pula berubah menjadisekolah Quran sehingga disusun semula. Pada tahun 1963, tiga buah sekolah Melayu telahdidirikan di Seberang Perai, iaitu di Penaga, Permatang Pauh dan Bukit Tambun. Pada tahun1868, kedua-dua sekolah di Penaga dan Permatang pauh ditutup, manakala sekolah di BukitTambun dijadikan sekolah Inggeris.

    Sekolah-sekolah Melayu yang didirikan di Melaka berjalan terus sehingga disusun semula olehnazir sekolah-sekolah selepas tahun 1872. Sekolah Melayu lebih Berjaya di Melaka kerana hampersemua penduduknya terdiri daripada orang Melayu dan juga kerana guru Melayu mudahdidapati. Pada tahun 1871, A.M Skinner telah memulakan sekolah-sekolah Melayu berdasarkankelas Quran dalam satu percubaan. Di sekolah pagi, pelajaran biasanya dijalankan, manakalapelajaran agana Islam diajar pada sebelah petang.

    Mata pelajaran yang dipelajari ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis,Ilmu Hisab, Ilmu Alamdan Latihan Jasmani. Mulai abad ke-20, pekebunan dan anyaman diperkenalkan. Ini berikutancadangan laporan oleh Winstedt pada tahun 1917. Guru-guru pelajaran biasanya dibiayai dan inimenyebabkan lima buah lagi sekolah Melayu didirikan. Dengan itu, Skinner telah dilantik sebagaiNazir Sekolah-sekolah.

    Bagi kanak-kanak perempuan Melayu, sekolah pertama didirikan di Teluk Belangah pada 1884.Sebuah lagi sekolah perempuan Melayu didirikan di Pulau Pinang pada tahun1889. Satu masalahutama yang dihadapi ialah kekurangan guru-guru perempuan. Pendidikan untuk perempuanMelayu mula bertambah baik setelah tamat Perang Dunia Pertama.

    Bagi menyediakan guru-guru Melayu, R.J. Wilkinson telah menubuhkan sebuah maktabperguruan di Melaka pada tahun 1907. Kursus perguruan selama dua tahun diadakan untuk guru-guru Melayu lelaki dari Negeri-negeri Selat.

  • 7/15/2014 Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British | Izanoriza

    http://izanoriza.wordpress.com/2012/05/10/sistem-pendidikan-sebelum-kedatangan-british/ 5/12

    Pada tahun 1913, sebuah lagi maktab didirikan di Matang,Perak. Walau bagaimanapun, kedua-dua maktab ini ditutup kemudiannya. Bagi menggantikan maktab-maktab tersebut, MaktabPerguruan Sultan Idris, Tanjung Malim( yang sekarang dikenali sebagai Univesiti PendidikanSultan Idris atau UPSI) telah didirikan pada tahun 1922. Kursus perguruan selama tiga tahun ituterdiri daripada empat bahagian iaitu bahagian akademik, pekebunan, pertukangan tangan danmembuat bakul serta teori dan latihan mengajar. Pendidikan Agama Islam diajar dua jamseminggu. Bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu.

    Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka dimulakan pada tahun 1935. Tempoh kursusperguruan ialah dua tahun pada mulanya, tetapi berubah menjadi tiga tahun. Pelatih-pelatihmaktab tersebut dating dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

    Walau bagaimanapun, sekolah Melayu terpaksa menghadapi pelbagai masalah pada mulanyakerana kepentingan pendidikan kurang disedari. Lagipun, jawatan-jawatan bagi calon yang tamatsekolah Melayu berpendapatan rendah berbanding dengan berkelulusan Inggeris. Dasarpentadbiran Inggeris memanglah untuk mendidik anak-anak Melayu supaya terus duduk dikampong. Pentadbir Inggeris juga bimbang bahawa meraka yang berpendidikan Inggeris akanbercita-cita tinggi serta akan timbul kesedaran politik dan hak-haknya.

    Dengan menggunakan dasar pecah dan perintah di kalangan orang Melayu, sebuah sekolah rajayang berasrama penuh di bina di Selangor pada tahun 1890. Sekolah ini hanya dibuka kepadaanak-anak raja sahaja. Empat tahun kemudian sekolah ini terpaksa ditutup. Pada tahun 1905,Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan.

    Dengan ini jelas, dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri.Pendidikan yang dibekalkan adalah setakat empat tahun sahaja, kecuali di tahap latihanperguruan. Orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar dan dengan itu, cuba memisahkan orangMelayu daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian. Dasar pendidikan seperti inimenimbulkan pelbagai masalah sosioekonomi sehingga terdapat jurang yang besar antaragolongan kaya dan miskin.

    2.0 Sekolah Cina

    Orang Cina ramai di lombong-lombong bijih timah di Perak dan Selangor. Ramai juga terdapat diNegeri-negeri Selat sebagai peniaga. Sekolah cina pertama dimulakan di Melaka pada tahun 1815oleh sekumpulan mubaligh dari Persatuan Mubaligh London. Pengajaran bahasa Cina dibuka olehindividu Cina, persatuan Cina daerah, persatuan suku kaum dan jabatan pentadbir. Individu danpersatuan-persatuan tersebut memberikan derma bulanan. Dalam hal pembinaan sekolah Cina,pentadbiran Inggeris bersikap tidak mahu campur tangan, malahan menentang keras pembiayaanuntuk pembinaan sekolah Cina. Kurikulum sekolah berbentuk klasik lama. Murid-murid jugamempelajari kaligrafi (tulisan tangan yang cantik) dan kira-kira. Biasanya rumah digunakansebagai sekolah. Dialek tempatan digunakan sebagai bahasa pengantar.

    Sejak tahun 1901, sekolah-sekolah Cina mula mendapat bantuan kewangan dari negera China dibawah pemerintahan Manchu. Guru-guru juga dibawa dari Negara China. Kurikulum barudimulakan. Pelajar-pelajar belajar teks klasik lama, Sejarah, Ilmu Alam, Sains, Pendidikan Moral,Bahasa Cina, Nyanyian, Latihan Jasmani dan Lukisan. Apabila tertubuhnya Republik RakyatChina pada tahun 1911, kerajaan tersebut member bantuan kewangan pada sekolah-sekolah Cinadi Negara ini. Ideologinya terus diserapkan ke dalam kurikulum sekolah-sekolah Cina.

  • 7/15/2014 Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British | Izanoriza

    http://izanoriza.wordpress.com/2012/05/10/sistem-pendidikan-sebelum-kedatangan-british/ 6/12

    Pada tahun 1914 dan 1915, wakil-wakil dari Negara China dihantar untuk melawat sekolah-sekolah Cina di Asia Tenggara. Berikutan dengan lawatan ini, sebuah sekolah Cina dibina diNanking (pada tahun 1918) untuk melatih guru-guru yang berkhidmat di sekolah Cina diseberang laut. Bilangan sekolah Cina pun meningkat.

    Pada Mei 1919, satu reformasi kebudayaan berlaku di Negara China. Ekoran ini, sekolah-sekolahCina di Tanah Melayu mula menggunakan bahasa Mandarin yang juga telah menjadi bahasapengantar rasmi di Negara China.

    Dengan adanya bantuan kewangan, pengaruh politik parti nasional, iaitu Kuomintang, terusberkembang di sekolah-sekolah Cina.

    Sementara itu, pentadbiran Inggeris menyedari bahaya pengaruh ideology kerajaan Chinaterhadap kaum Cinadi sini. Pada tahun 1920, Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuanutamanya untukmengawal perkembangan sekolah-sekolah Cina. Antara kandungan EnakmenPendaftaran Sekolah:

    1. Pengarah pelajaran berkuasa untuk menutup sebarang sekolah yang tidak mematuhiperaturan berkaitan dengan kurikulum,pentadbiran dan keadaan kesihatan yang ditetapkanoleh pentadbiran British.

    2. Semua guru serta pentadbirannnya hendaklah didaftar dan diselia oleh pengarah pelajaran.3. Setelah didaftar di bawah enakman tersebut, sekolah-sekolah Cina itu akan diberi bantuan oleh

    kerajaan Inggeris. Sekolah-sekolah yang layak mendapatkan bantuan ialah yangmenggunakan dialek tempatan sebagai bahasa pengantar. Sekolah yang menggunakanbahasa Mandarin sebagai bahasa pengantarnya dianggap sebagai agen kerajaan China.

    Enakmen ini dipandang oleh masyarakat Cina sebagai sesuatu yang mencabuli hak asasi orangCina dalam pengurusan sekolah. Dengan itu, masyarakat Cina membantah enakmen tersebut.Tetapi rancangan pendaftaran itu diteruskan juga oleh pentadbiran Inggeris. Berikutan tindakantegas ini, hamper 315 buah sekolah dibatalkan pendaftrannya di antara tahun 1925 dan 1928.

    Pada tahun 1929, tindakan-tindakan yang lebih ketat dikenakan ke atas sekolah Cina olehGabenor Cecil Clementi. Tindakan-tindakan yang keras itu termasuklah perlantikan guru sekolahCina daripada kalangan orang tempatan iaitu mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu, danpengharaman buku teks yang mengandungi unsure anti- Inggeris.

    Satu pindaan dibuat kepada enakmen tersebut pada tahun 1925, yang membolehkan pengarahpelajaran membatalkan pendaftaran seseorang guru yang aktivitinya dianggap subvertif. Kawalanterhadap sekolah-sekolah Cina nampaknya kurang berkesan. Pada tahun 1932, bantuankewangan kepada sekolah-sekolah Cina dihentikan disebabkan kemelesetan ekonomi. Bantuankewangan disambung semula pada tahun 1935. Dasar pendtadbiran Inggeris seperti ini, secaralangsung atau tidak langsung akan mewujudkan jurang pendidikan antara anak-anak Melayudan Cina.

    3.0 Sekolah Tamil

    Sekolah-sekolah Tamil mula dibina di estet-estet kopi, kelapa, gula dan getah. Kebanyakan pekerjabertutur bahasa Tamil dan dengan itu, sekolah yang dibuka die stet menggunakan bahasa Tamilsebagai bahasa pengantarnya. Pentadbiran Inggeris mewajibkan tuan punya estet untuk

  • 7/15/2014 Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British | Izanoriza

    http://izanoriza.wordpress.com/2012/05/10/sistem-pendidikan-sebelum-kedatangan-british/ 7/12

    menyediakan sekolah Tamil. Ini juga merupakan dorongan bagi pekerja-pekerja India dating keNegara ini.

    Selain daripada majikan, sekolah Tamil juga dibina oleh mubaligh Kristian dan individu-individuyang berkemampuan. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad kepada peringkat dasar atausekolah rendah. Kurikulum serta gurunya didatangkan dari India.

    Sejak tahun 1902, kerajaan Inggeris mula member kemudahan untuk menubuhkan sekolah Tamilsama ada die stet atau di Bandar, khasnya untuk anak pekerja di Jabatan Kereta Api dan KerjaRaya.

    Menjelang tahun 1920, jumlah murid sekolah Tamil di persekutuan adalah lebih kurang 4000orang. Pada tahun 1925,Kod Buruh dikuatkuasakan dan setiap estet yang mempunyai 10 orangkanak-kanak dalam umur persekolahan diwajibkan untuk menyediakan sekolah dan guru bagikanak-kanak itu. Kod buruh ini kelasnya dapat menambahkan lagi bilangan sekolah Tamil diestet.

    Sedikit peruntukan wang tahunan juga diberikan kepada sekolah Tamil. Wang ini diberikanberdasarkan pencapaian murid dalam peperiksaan serta kehadiran mereka.

    Agar sistem sekolah Tamil bertambah baik, seorang Nazir Sekolah tamil dilantik pada tahun 1930untuk tujuan penyeliaan dan pengawasan. Jawatan tersebut dimansuhkan pada tahun 1932.Selepas itu, sekolah Tamil hanya bertujuan untukmembasmi buta huruf di kalangan kanak-kanakestet. Apabila ekonomi dunia pulih, kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk melatih guru-gurusekolah Tamil dimulakan pada tahun 1936. Pada tahun 1938, Nazir Sekolah Tamil dilantik semuladan peruntukan wang bagi sekolah Tamil ditambah lagi

    Dasar pemerintahan Inggeris terhadap sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikanantara tiga kaum utama di Negara kita iaitu Melayu, Cina dan India.

    4.0 Sekolah Inggeris

    Semasa penjajahan Inggeris, sekolah Inggeris terdiri daripada dua jenis, iaitu free school, yangmendapat bantuan daripada kerajaan, dan sekolah Inggeris separa bantuan, yang dimulakan olehbadan mubaligh Kristian dengan bantuan kewangan daripada kerajaan.

    Free school dinamai sedemikian bukan kerana tidak dikenakan bayaran yuran, tetapi kerana iaterbuka kepada murid dari semua bangsa tanpa mengira kaum dan taraf sosioekonomi. PenangFree School merupakan free school yang ulung, dimulakan pada tahun 1816 atas inisiatif Rev. R.Hutchings. Mulai tahun 1891, sekolah tersebut mula menyediakann pendidikan sekolahmenengah. Pada tahun 1920, sekolah tersebut diambil alih oleh kerajaan.

    Pada tahun 1923, sebuah lagi free school ditubuhkan di Singapura. Sekolah ini dikenali sebagaiRaffles dan ditukar namanya kepada Raffles Institution pada tahun 1863. Pada tahun 1826, sebuahlagi free school ditubuhkan di Melaka. Sekolah ini dikenali sebagai Malacca Free School;kemudiannya ditukar kepada Sekolah Tinggi Melaka. Sekolah ini merupakan sekolah Inggerispertama yang menjadi sekolah kerajaan. Antara free school yang lain ialah Sekolah Victoria, KualaLumpur yang dimulakan pada tahun 1894 dan Sekolah King Edward VII, Taiping yangditubuhkan pada tahun1906.

    Golongan sekolah-sekolah separa bantuan lebih dikenali sebagai sekolah mubaligh. Sekolah-

  • 7/15/2014 Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British | Izanoriza

    http://izanoriza.wordpress.com/2012/05/10/sistem-pendidikan-sebelum-kedatangan-british/ 8/12

    Golongan sekolah-sekolah separa bantuan lebih dikenali sebagai sekolah mubaligh. Sekolah-sekolah Inggeris ini ditubuhkan serta dibiayai oleh Persatuan Mubaligh London, MubalighMethodist, Gereja England dan Mubaligh Roman Katolik. Semua kanak-kanak, tanpa mengirabangsa atau agama, boleh memasuki sekolah mubaligh. Sekolah-sekolah ini bertujuan untukmenyediakan pendidikan am serta memperbaik akhlak mengikut ajaran agama Kristian.

    Sekolah Inggeris hanya terdapat di Bandar. Walaupun permohonan dibuat untuk menubuhkansekolah Inggeris di kawasan luar Bandar, ia ditolak kerana bertentangan dengan dasarpentadbiran Inggeris. Disebabkan orang Melayu terikat dengan undang-undanguntukmenghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu, maka ramai orang Melayu tidakberpeluang memasuki sekolah Inggeris. Walau bagaimanapun, pada penghujung tahun 1930-an,melalui cara peperiksaan, pelajar-pelajar Melayu dipilih memasuki sekolah Melayu khas (specialmalay class) setelah tamat empat tahun pendidikan dasar Melayu. Selepas dua tahun dalam kelasMelayu khas, murid berkenaan dinaik ke tahun empat di sekolah dasar Inggeris. Walaupun begitu,hanya sebilangan kecil sahaja anak-anak Melayu yang dapat memasuki sekolah dasar Inggeriskerana terlebih umur dan juga kerana sekolah Inggeris terletak di Bandar. Lantaran itu, ramaimurid Cina dan India berpeluang ke sekolah Inggeris. Lagipun, sekolah Melayu hanyamenyediakan pendidikan dasar, manakala sekolah Inggeris dan Cina telah mula menyediakanpendidikan menengah.

    Keadaan pendidikan di sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggerisdisengajakan oleh pentadbiran Inggeris untuk meneruskan dasar mentadbir secara pecah danperintah. Dengan dasar tersebut, anak-anak Melayu dikekalkan di desa, manakal yang bukanMelayu ditadbir secara berasingan. Situasi seperti ini mewujudkan berbagai-bagai kesulitan darisegi sosioekonomi. Tambahan lagi, terdapat berbagai-bagai bantahan daripada kaum bukanMelayu apabila cubaan dibuat untuk menyatukan semua sekolah vernacular iaitu Melayu, Cinadan India.

    Laporan Cheeseman

    Laporan Cheeseman merupakan antara langkah yang diambil oleh pihak British untuk membinasemula sistem pendidikan di Negara ini selepas pendudukan Jepun. Antara cadangan utamalaporan tersebut ialah:

    1. Semua kanak-kanak tidak perlu membayar yuran jika mereka menghadiri sekolah vernaculardi peringkat rendah.

    2. Semua pelajar di sekolah rendah berpeluang mempelajari bahasa Inggeris.3. Sekolah menengah terdiri daripada dua jenis sahaja.4. Pendidikan vokasional sepertimana yang termaktub dalam Laporan Pelajaran 1938 hendaklah

    dilaksanakan dengan sepenuhnya.

    Tujuan laporan tersebut ialah untuk membina semula sistem pendidikan. Selain itu, ia jugaberhasrat untuk mengembangkan setiap sistem persekolahan. Perpaduan kaum tidak disentuhlangsung. Walau bagaimanapun, syor-syor Laporan Cheeseman tidak dilaksanakan keranakerajaan sibuk membina semula sekolah yang telah musnah.

    Laporan Barnes

    Pada tahun 1949, Jawatankuasa Barnes ditubuhkan untuk menyatukan semua sekolah vernacular,

  • 7/15/2014 Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British | Izanoriza

    http://izanoriza.wordpress.com/2012/05/10/sistem-pendidikan-sebelum-kedatangan-british/ 9/12

    Pada tahun 1949, Jawatankuasa Barnes ditubuhkan untuk menyatukan semua sekolah vernacular,iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Laporan yang disediakan olehjawatankuasa tersebut dikenali sebagai Laporan Barnes dan bertujuan untuk membubarkan sistemsekolah vernacular yang berasingan dan menggantikannya dengan sekolah kebangsaan bagisemua kaum. Sekolah tersebut menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasapengantarnya. Satu daripada bahasa tersebut akan digunakan sebagai bahasa kedua. Bahasa Cinadan bahasa Tamil akan terus diajar sebagai mata pelajaran sahaja di sekolah. Rasional yangdigunakan untuk menukarkan bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dan bahasa Melayuialah untuk mencapai perpaduan di kalangan kanak-kanak berbilang kaum. Cadangan-cadanganutama lain dalam Laporan Barnes termasuk:

    1. Pembinaan sekolah vokasional yang moden.2. Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang Sijil Persekolahan.3. Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.4. Penubuhan Penguasa Pelajaran Tempatan untuk mengembangkan pendidikan sekolah

    rendah.5. Di semua sekolah rendah kebangsaan, pendidikan adalah percuma bagi semua kanak-kanak

    dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Sekolah kebangsaan tersebut ditanggung oleh kerajaan danLembaga Pelajaran Tempatan.

    6. Selepas sekolah rendah kebangsaan, murid-murid boleh melanjutkan pelajaran ke sekolahmenengah dan bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris.

    7. Kurikulum hendaklah menekankan mata pelajaran seperti Sains, Seni Perusahaan dan SainsRumah Tangga.

    Laporan Fenn-Wu

    Pada tahun 1951, dua penasihat dari Negara China telah dijemput untuk mengkaji pendidikanCina di negara ini. Kedua-dua penasihat itu ialah Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu The Yau. Tujuanutama jawatankuasa tersebut ialah untuk merapatkan jurang antara sekolah Cina dengan sistempendidikan yang bercorak perpaduan. Di samping itu, jawatankuasa tersebut juga memberbimbingan tentang penyediaan buku-buku teks sekolah Cina yang seharusnya mengandungiunsure-unsur kehidupan di Taman Melayu. Hasil kajian Laporan Fenn-Wu adalah seperti berikut:

    1. Jika kaum Cina memilih untuk menguasai ketiga-tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasaCina dan bahasa Inggeris, amalan ini hendaklah digalakkan oleh kerajaan Inggeris.

    2. Di Persekutuan Tanah Melayu, sistem pendidikan hendaklah menghala kea rah matlamatmembentuk identiti kebangsaan. Matlamat sekolah hendaklah menyediakan kanak-kanaksupaya menempuh semua bidang kehidupan berlandaskan latar belakang kehidupanmasyarakat mereka.

    3. Apa sahaja tindakan untuk memaksa rakyat berbilang kaum supaya mempelajari satu ataudua bahasa sahaja akan mengancam perpaduan kaum.

    4. Kekurangan guru terlatih bagi sekolah Cina.5. Penubuhan maktab perguruan untuk melatih guru sekolah Cina amat diperlukan. Maktab ini

    hendaklah menjalankan kursus-kursus dalam perkhidmatan di hujung minggu.6. Bantuan kewangan untuk sekolah Cina hendaklah ditambah.7. Buku-buku teks sekolah Cina, terutamanya dari Negara China atau Hong Kong hendaklah

    diselidiki dan dibaiki dengan dimasukkan unsur-unsur masyarakat tempatan.8. Pengajaran bahasa, iaitu bahasa Cina, bahasa Inggeris dan Melayu hendaklah diperbaiki.

    Ordinan Pelajaran 1952

  • 7/15/2014 Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British | Izanoriza

    http://izanoriza.wordpress.com/2012/05/10/sistem-pendidikan-sebelum-kedatangan-british/ 10/12

    Apabila didapati pandangan-pandangan dalam Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu ituberlainan,kerajaan Inggeris kemudian menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk mengkajikedua-dua laporan tersebut. Jawatankuasa khas ini mengemukakan cadangan-cadangan berikut:

    1. Dua jenis sistem persekolahan hendaklah ditubuhkan, satu jenis sekolah yang menggunakanbahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu jenis sekolah lain menggunakan bahasaInggeris sebagai bahasa pengantar.

    2. Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid yangingin belajar bahasa ibunda mereka.

    3. Bahasa Melayu adalah wajib di sekolah Inggeris manakala bahasa Inggeris adalah wajib disekolah Melayu.

    Laporan Jawatankuasa Khas dibentangkan di Majlis Perundangan Persekutuan dan telahdiluluskan pada bulan September dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952. Ordinantersebut menetapkan sekolah kebangsaan sebagai sistem pendidikan di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, cadangan-cadangan Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan keranamasalah kewangan. Dengan itu, satu lagi jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkajibagaimana cadangan-cadangan itu boleh dilaksanakan.

    Kesimpulan

    Kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa antara tujuan utama di sebalik pendidikan semasazaman penjajahan British ialah untuk:

    1. Memastikan penjajahan Inggeris berterusan.2. Mengekalkan eksplotasi ekonomi Negara ini.3. Memastikan bekalan tenaga kerja peringkat bawah untuk memenuhi keperluan British.4. Mengawal perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan.

    Dengan dasar terbuka dan tidak campur tangan British, maka telah wujud lima jenis sistempersekolahan iaitu sekolah agama, sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolahInggeris. Sistem pelbagai ini menjejaskan perpaduan kaum.

    SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS ZAMAN BRITISH

    Apabila Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan turut berubah.Tujuan perubahan ini dilakukan adalah untuk melaksanakan pendemokrasian pendidikan.Peluang pendidikan diwujudkan untuk kanak-kanak yang telah mencapai umur tujuh tahun.Hasrat ini dapat direalisasikan dengan adanya Ordinan Pelajaran 1957. Sistem ini memberjaminan bahawa kanak-kanak berhak mendapat pendidikan sekurang-kurangnya dalam tempohenam tahun. Dengan itu, jelaslah kerajaan mengakui pendidikan sebagai satu hak asasi bagisemua penduduk Negara kita. Namun begitu, pelajar masih lagi dikehendaki membayar yuranpersekolahan. Ini bermakna masih ada lagi kanak-kanak yang tidak berpeluang ke sekolahdisebabkan kemiskinan.

    Pelaksanaan Laporan-laporan Pendidikan

    Sistem pendidikan yang diwarisi dari pihak British jelas tidak menggalakkan perpaduan kaum.Oleh yang demikian, tugas kerajaan di peringkat awal kemerdekaan ialah untuk mewujudkansatu sistem pendidikan tunggal yang boleh menyatukan semua sistem persekolahan yang berbeza-beza.

  • 7/15/2014 Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British | Izanoriza

    http://izanoriza.wordpress.com/2012/05/10/sistem-pendidikan-sebelum-kedatangan-british/ 11/12

    Penyata Barnes dan Penyata Fenn-Wu merupakan dua penyata utama peringkat awal, yangmengemukakan syor-syor kea rah mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan disatukan.Penyata Barnes mengesyorkan agar semua sekolah vernacular dimansuhkan dan digantikandengan sekolah kebangsaan bagi semua kaum. Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris akandigunakan. Satu daripada bahasa tersebut dijadikan bahasa kedua. Bahasa Cina dan bahasa Tamilakan terus diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Sebaliknya, Penyata Fenn-Wu mengesyorkansupaya tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina dan Inggeris digunakan di sekolah-sekolah. Satulagi jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji syor-syor yang berlainan itu. Kemudian, OrdinanPelajaran 1952 yang telah mengambil kira syor-syor dalam Penyata Barnes dan Fenn-Wu telahdiluluskan. Konsep sekolah kebangsaan diterima, satu jenis yang menggunakan bahasa Melayusebagai bahasa pengantar dan satu lagi bahasa Inggeris.

    Pada tahun 1955, Parti Perikatan telah mencapai kemenangan yang mengagumkan dalam pilihanraya. Secocok dengan janjinya untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang sama bagi semuapenduduk, sebuah Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telahditubuhkan. Jawatankuasa ini menghasilkan Penyata Razak 1956.

    Penyata Razak

    Penyata ini menekankan perpaduan kaum dan penghasilan tenaga kerja. Penyata Razak ini telahditerima oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disahkan Ordinan Pelajaran Tahunan 1957.Tujuan utama Penyata Razak adalah seperti berikut:

    1. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.2. Untuk memenuhi keperluan Negara yang merdeka dan mengembangkan sistem pendidikan.3. Untuk melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu.4. Untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu.5. Untuk mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.6. Untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi.7. Untuk mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan progresif.

    Kesan-kesan Pelaksanaan Syor-syor Penyata Razak adalah seperti berikut:

    1. Tertubuhnya Kementerian Pelajaran untuk melaksanankan sistem pentadbiran pendidikansecara berpusat.

    2. Penggunaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum yang seragam di semua sekolah diNegara ini.

    3. Aliran persekolahan dipelbagaikan untuk memenuhi keperluan Negara dan dengan ituwujudlah aliran akademik, aliran teknik dan aliran vokasional.

    4. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama manakala bahasa Inggeris adalah bahasarasmi yang kedua.

    5. Wujudnya peluang pelajaran yang lebih luas bagi pelajar-pelajar sekolah kebangsaan hinggake pusat pengajian tinggi.

    6. Wujudnya satu jenis sekolah menengah, iaitu sekolah menengah kebangsaan bagi semuapelajar.

    7. Wujudnya peperiksaan awam yang sama iaitu peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan SijilPersekutuan Tanah Melayu untuk semua calon sekolah menengah.

    8. Tertubuhnya Jemaah Nazir Bebas untuk menjamin mutu pelajaran yang tinggi.

    POSTED IN: PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEKOLAH DAN MASYARAKAT

  • 7/15/2014 Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British | Izanoriza

    http://izanoriza.wordpress.com/2012/05/10/sistem-pendidikan-sebelum-kedatangan-british/ 12/12

    TAGGED: PENDIDIKAN SEBELUM ZAMAN PENJAJAH, PENDIDIKAN TIDAK FORMAL,PENDIDIKAN ZAMAN TRADISIONAL

    BLOG AT WORDPRESS.COM. THE SHAAN THEME.

    Follow

    Follow Izanoriza

    Powered by WordPress.com