sistem penghantaran elektrik

download sistem penghantaran elektrik

of 27

  • date post

    06-Apr-2018
  • Category

    Documents

  • view

    439
  • download

    3

Embed Size (px)

Transcript of sistem penghantaran elektrik

  • 8/3/2019 sistem penghantaran elektrik

    1/27

    E2001/UNIT3/1PENGAGIHAN

    Objektif am : Mempelajari dan memahami rekabentuk dan binaan penebat; taburan

    voltan dalam rangkaian penebat, memperbaiki voltan dan kecekapan;

    binaan kabel bawah tanah dan sistem pengagihan domestik dan industri.

    Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

    1. Melakarkan serta melabelkan rajah garis tnggal sistem tiga fasa.2. Menakrifkan satu penyuap sebagai satu litar membawa kuasa dari satu titik ke satu titik

    yang lain dalam litar.

    3. Menakrifkan pengagihan sebagai satu litar membawa tenaga kepada pengguna.4. Menerangkan berdasarkan lakarkan penyuap jejarian, selari, gelang dan rangkaian

    mudah.

    5. Membicangkan kebaikan dan keburukan sistem pengagihan jejarian dan gelang dari segikos dan kesesuaian lokasi.

    6. Menerangkan kelebihan dan kekurangan sistem AU berbanding AT7. Menyatakan keperluan pembinaan kabel bawah tanah8. Menjelaskan cara penanaman kabel bawah tanah bagi pelbagai keadaan9. Menyatakan kelebihan dan kekurangan kabel bawah tanah berbanding penghantaran

    talian atas.

    10.Menerangkan sistem pengagihan domestik dan industri.

    DISTRIBUTION

    OBJEKTIF

  • 8/3/2019 sistem penghantaran elektrik

    2/27

    E2001/UNIT3/2PENGAGIHAN

    Rajah 3.0 Menunjukkan sistem pengagihan pada talian atas

    3.0 Pengenalan

    Sistem pengagihan merupakan satu sistem yang besar menghubungkan stesenpenjanaan kepada pengguna selepas sistem penghantaran. Jika sistem penghantaranmembekalkan jumlah tenaga yang besar daripada stesen janakuasa ke pusat-pusat beban.Sistem pengagihan pula akan membekalkan tenaga daripada sistem penghantaran danmengagihkannya kepada pencawang-pencawang utama dan pencawang kecil kepadapelbagai pengguna.

    Tenaga elektrik boleh dihantar dan diagihkan samada dalam bentuk arus ulang-alik (AU) atau arus terus (AT) . Dalam praktiknya sistem 3-fasa 3-talian dihantar melaluisistem pengahantaran manakala bagi sistem 3-fasa 4-talian A.U diagihkan melalui sistempengagihan. Walau bagaimanapun dalam bahagian ini kita akan menumpuhkan

    perbincangan kepada sistem pengagihan talian atas dan juga bawah tanah.

    3.1 Rajah Garis Tunggal Sistem Tiga Fasa

    Sistem talian yang digunakan untuk menyalurkan kuasa dari bahagian, iaitu

    sistem penghantaran dan sistem pengagihan. Sistem penghantaran terdiri dari penghantaran

    pertama dan penghantar sekunder manakala sistem pengagihan pula terdiri daripada

    Stesan

    Kuasa

    Penghantaran

    Pengagihan

    Pengguna

    ASAS PENGAGIHAN

  • 8/3/2019 sistem penghantaran elektrik

    3/27

    E2001/UNIT3/3PENGAGIHANpengagihan pertama dan pengagihan sekunder. Susunatur bagi sistem talian atas tiga fasa

    adalah seperti ditunjukkan dalam rajah 3.1.

    Rekabentuk sistem talian pengenghantaran akan memerlukan satu kajian bagi

    pemilihan yang berdasarkan kepada voltan penghantaran, kelakuan dan rekabentuk talian,gangguan dengan litar-litar perhubungan yang dekat selain daripada masalah-masalahkorona dan penebatan talian. Talian-talian penghantaran perlu juga ciri mekanikal seperti

    kekuatan penyokong, lendut, tegangan dan sebagainya di bawah syarat-syarat tertentu.

    Apabila sistem menjadi kompleks yang disebabkan keupayaan penjana besar dansaling sambungtara, masa kestabilan sistem perlu dikaji. Dalam rekabentuk rangka

    pengagihan sekunder, masalah utama ialah jenis sistem pengagihan. Sistem pengagihan

    Stesen Kuasa Elektrik 11 kV

    Pengubah 11/132 kV

    Penghantaran Utama

    (Voltan Tinggi)

    Pengubah 132 / 33 kV

    Pengubah 33 / 33 kV (11 kV)

    Pengubah 3.3 kV / 415 V

    Penghantaran Sekunder

    (Voltan Rendah)

    Pengagihan Utama

    (Voltan Tinggi)

    Pengagihan Utama

    (Voltan Rendah

    Rajah 3.1 Gambarajah garistunggal sistem tiga fasa AU

  • 8/3/2019 sistem penghantaran elektrik

    4/27

    E2001/UNIT3/4PENGAGIHANsekunder, masalah utama ialah pemilihan stesen pencawang pengagihan; jumlahnya,

    saiznya; tapaknya dan susunaturnya.Apabila keupayaan penjanaan adalah tinggi dan jangka penghantaran pun terlalu panjang,

    penghantaran voltan terlalu tinggi digunakan. Biasa sistem voltan terlalu tinggi Extra HighVoltage itu dipanggil Super-Grid.

    3.2 Sistem Penyuap.

    Penyuap merupakan talian, dawai atau kabel pengalir yang

    menghubungkan stesen penjana, pencawang atau titik pembekalan tenaga elektrik

    dalam sistem pengagihan kuasa elektrik. Pada bahagian ini tidak terdapat sadap

    yang boleh mengubah voltan kerana ia merupakan bahagian yang membenarkanvoltan melaluinya daripada pencawang sebelum diagihkan melalui sistem talian

    pengagihan.

    3.3 Pengagihan

    Pengagihan merupakan pengalir yang berpunca daripada pelbagai sadapdan membekalkan tenaga elektrik kepada pengguna. Pengagihan arus beban

    disepanjang talian adalah berubah-ubah berdasarkan kepada keperluan pengguna.

    Pengagihan direkabentuk daripada punca di mana mula-mula voltan dibekalkan

    kepadanya.

    Bahagian pengahgihan biasanya mempunyai pengubah yang terletak di

    luar daripada rumah atau bangunan pengguna. Kemudian voltan bahagian sekunder

    pengubah ini akan di bawah ke stesen pencawang dan seterusnya diagihkan kepadabeberapa peringkat pembekalan. Peringkat-peringkat pengagihan voltan kepada

    penggunakan dilakukan berdasarkan keperluan pengguna seperti 240 V, 415 V, 650V, 2 kV atau sebagainya. Dalam sistem pengagihan kepada pengguna adakalanya

    juga diberikan dalam bentuk arus terus dengan menukarkan arus ulangalik yang

    sediada dan ini bergantung kepada keperluan pengguna. Pengagihan tenaga elektrik

    kepada pengguna dilakukan dengan mengguakan sistem bekalan 2-dawai, 3-dawaidan 4-dawai, semua ini adalah untuk memenuhi keperluan pengguna. Bagi rumah-

    rumah seperti perkampungan sudah memadai dengan menggunakan sistem 2-dawai.

    Kerana ia hanya memerlukan satu julatan voltan sahaja iaitu 240 V. Manakala

    sebuah kilang pula memerluka sistem bekala 3-dawai dan 4-dawai dan voltan yang

    melebihi 2 kV.

    3.4 Susunan Pengagihan

    Terdapat beberapa cara sambungan pada sistem pengagihan bekalan kuasa kepada

    pengguna. Di antara cara yang paling lazim digunakan ialah sistem jejarian, selari, gelangdan rangkaian mudah.

  • 8/3/2019 sistem penghantaran elektrik

    5/27

    E2001/UNIT3/5PENGAGIHAN

    3.4.1 Sistem Jejarian

    Sistem jejarian adalah sistem agihan yang disambungkan daripada sumber

    bekalan yang hanya mempunyai satu hujung sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawahujung yang paling dekat dengan sumber mengalami beban yang banyak. Sistem ini

    juga akan mengubah voltan pengguna dipasang pada jarak yang jauh dari sumber

    bekalan. Sistem jejarian merupakan cara yang termurah tetapi mendatangkan beberapakeburukan, di antaranya apabila satu daripada pengubah itu rosak pengubah-pengubah

    lain tidak boleh berfungsi.

    Sistem ini lazim digunakan untuk satu daerah kecil setelah sampai keperingkat bekalan tenaga elektrik atau sambungan bekalan ke rumah-rumah berderet.

    Namun begitu sistem ini masih boleh dibaiki dengan menggunakan pemutus litar di

    setiap pengubah agar pengubah yang rosak itu boleh di baiki tanpa mengganggu

    bekalan ke beban yang lain. Rajah 3.2 menunjukkan gambarajah garis tunggal sistemjejari.

    3.4.2 Sistem Selari

    Bagi mengatasi masalah yang terdapat pada sistem jejari, sistem penyuap

    selari diperkenalkan. Sistem ini hampir sama dengan sistem jejari iaitu pada bahagian

    utama pengubah mendapat bekalan daripada satu sumber sahaja, cuma pada sistemselalri pada bahagian sekunder pengubah disambungkan antara satu sama lain. Dengan

    sambungan demikian sekiranya salah satu pengubah mengalami keroskan sumber

    kuasa elektrik masih lagi boleh dibekalkan kepada pengguna melalui pengubah lainyang disambungkan selalri dengannya. Rajah 3.3 menunjukkan gambarajah sistem

    penyuap selalri.

    JANAKUASA

    Pengubah

    (P.B)P.B

    Rajah 3.2 Sistem jejari

    Dipasang ke Pengubah Penurun

    P.B

  • 8/3/2019 sistem penghantaran elektrik

    6/27

    E2001/UNIT3/6PENGAGIHAN

    3.4.3 Sistem Gelang

    Sistem penghantaran ini dibuat dengan menyambungkan kesemua pengubahpeninggi pada satu kawasan seperti kampung, Bandar atau negeri dalam litar gelang.

    Sambungan gelang ini melibatkan bahagian utama pengubah sahaja, manakala sebelah

    sekundernya dipasang terus ke pengubah-pengubah penurun yang lain. Sistem ini

    JANAKUASA

    Rajah 3.4 Sistem gelang

    P.B

    Pengubah

    (P.B)P.B P.B

    Pengubah Peninggi

    Pengubah Peninggi

    (Sulur)

    Dipasang ke Pengubah Penurun

    P.B

    JANAKUASA

    Pengubah

    (P.B) P.B

    Rajah 3.3 Sistem selari

    Dipasang ke Pengubah Penurun

  • 8/3/2019 sistem penghantaran elektrik

    7/27

    E2001/UNIT3/7PENGAGIHANboleh dianggap sebagai sistem penghantaran yang seimbang arusnya, meskipun

    terdapat perubahan beban.Susutan voltan di dalam penghantarannya dianggap tidak wujud. Sistem ini dapat

    menampung beban pengguna yang banyak walaupun saiznya kecil dan panjang

    tambahan beban mudah dibuat melalui salur ke litar gelang itu. Sistem ini dapat

    dikenalpasti seperti rajah 3.4.

    3.4.4 Sistem Rangkaian Mudah

    Sistem rangkaian mudah adalah campuran kebaikan sistem gelang dan bus-tie kerana itu gelang hanya dibuat pada bahagian sekunder pengubah sementara

    bahagian utamanya dibuat dalam sambungan jejari. Cara sambungan ini memberikanhasil yang sama seperti kebaikan litar gelang dan bus-tie. Diantaranya ialah apabila

    salah satu daripada pengubah itu rosak, bekalan elektrik ke kawasan pengubah