Sistem Penghawa Dingin kereta.docx

10
Sistem Penghawa Dingin kereta (air-cond) berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh pemampat (compressor). Gas ini akan mengalir melalui gegelung penyejukan (cooling coil) yang berada di dalam kabin kereta manakala blower akan meniup angin melalui gegelung penyejukan (cooling coil) ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator pemeluwap (condensor radiator) yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana penghawa dingin kereta berfungsi.

Transcript of Sistem Penghawa Dingin kereta.docx

Sistem Penghawa Dingin kereta(air-cond)berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh pemampat(compressor). Gas ini akan mengalir melalui gegelung penyejukan(cooling coil)yang berada di dalam kabin kereta manakala blower akan meniup angin melalui gegelung penyejukan(cooling coil)ini dan mengeluarkan angin yang sejuk.Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator pemeluwap(condensor radiator) yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana penghawa dingin kereta berfungsi.

Proses sistem gabungan antara sistem pemanas dan penyejuk ini dikenali sebagai sistempenghawa dingin(air-cond kereta). Masih ramai orang yang kurang memahami bagaimana sistem penghawa dingin ini berfungsi.Madzlan Aircond Specialistakan menerangkan lebih lanjut mengenai asas sistem penghawa dingin di bawah:Anda boleh lihat bagaimana proses sistem penghawa dingin berfungsi.Memiliki sistem penghawa dingin yang teratur dan baik akan memberikan kesan persekitaran yang selesa ketika dalam perjalanan dan mengurangkan kadar kemalangan yang tidak diingini.

Sistem penghawa dingin terdiri daripada tujuh komponen utama:* Pemeluwap (Condenser)* Kipas Pemeluwap (Condenser Fan)* Pemampat (Compressor)* Injap Pengembangan (Expansion Valve)* Penyejuk / Penyejat (Cooler / Evaporator)* Penapis / Penumpuk Kering (Filter / Accumulator Drier)* Kipas Blower (Blower Fan)Sistem penghawa dingin ini berfungsi dengan adanya tujuh komponen di atas. Komponen ini disambungkan oleh hos dan tiub fleksibel untuk membentuk satu litar tertutup. Dalam litar tertutup, penyejuk penghawa dingin berfungsi dengan mengalirkan penyejuk tersebut daripada tekanan gas yang dimampatkan oleh pemampat (compressor).

Seterusnya, bahagian di antara pemampat dan injap pengembangan dikenali sebagai sektor tekanan tinggi. Manakala bahagian antara injap pengembangan dan pemampat merupakan sektor tekanan rendah. Kemudian gas penyejuk yang dimampat di dalam pemampat akan mengalami pemanasan terlampau.

Pengaliran gas berlaku apabila disalurkan ke dalam pemeluwap di bawah tekanan dan suhu yang tinggi. Gas penyejuk dalam keadaan tekanan tinggi dan panas akan menghasilkan haba yang menyebabkan pemeluwapan berlaku. Manakala gas penyejuk tersebut berubah daripada gas kepada cecair. Fungsi penapis atau penumpuk kering pula adalah membersihkan dan mengeringkan bahan penyejuk yang kini dalam bentuk cecair.

Dari penapis atau penumpuk kering, cecair tersebut akan bergerak ke injap pengembangan dan akan bertukar menjadi cecair sejuk tekanan rendah dan kemudiannya disalurkan ke penyejat.

Selepas melalui penyejat, penyejuk penghawa dingin akan kehilangan haba lagi sehingga akhirnya menjadi gas tekanan rendah yang sangat sejuk. Kemudian, penyejat yang sangat sejuk tadi akan ditolak oleh motor blower ke kawasan dalam penumpang kereta untuk menghasilkan suhu yang menyejukkan dan nyaman di bahagian dalam kereta.

Bagi proses yang terakhir dalam sistem penghawa dingin, bahan dingin yang kini dalam bentuk gas tekanan rendah dan sejuk akan kembali ke pemampat untuk memulakan proses kitaran tersebut sekali lagi. Proses yang berulang dalam kereta anda mampu memberikan keselesaan yang nyaman ketika dalam perjalanan.Jadi, sekiranya ada kerosakan antara mana-mana komponen dalam sistem penghawa dingin seperti kehausan, tidak diselenggara dengan baik ataupun kekurangan gas bahan penyejuk merupakan punca sistem penghawa dingin (air-cond) kereta anda tidak berfungsi ataupun kekurangan kesejukan.Oleh itu, pemandu yang bijak akan sentiasa memastikan sistem penghawa dingin kereta mereka dalam keadaan sempurna dengan mendapatkan servis berk