Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

16
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA KESINAMBUNGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA TERHADAP PEMERINTAHAN MASA KINI NAMA AHLI : THANALECHIME A/P MUNIAN FARIHIIN MOHD BT. RAZI NOOR SUWAIBAH BT. SULAIMAN OPSYEN : KPLI - SN/KH/PI (II) PENSYARAH : EN. RUSDI BIN ABU BAKAR

description

Y

Transcript of Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

Page 1: Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

PENDIDIKAN NEGARA BANGSA

KESINAMBUNGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

TERHADAP PEMERINTAHAN MASA KINI

NAMA AHLI : THANALECHIME A/P MUNIAN FARIHIIN MOHD BT. RAZI NOOR SUWAIBAH BT. SULAIMAN

OPSYEN : KPLI - SN/KH/PI (II)

PENSYARAH : EN. RUSDI BIN ABU BAKAR

Page 2: Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

KESINAMBUNGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA TERHADAP

PEMERINTAHAN MASA KINI

Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat

Lipatan. Sistem ini didahului oleh empat orang pembesar iaitu Bendahara,

Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Kumpulan pembesar ini

menjadi pegawai dan pentadbir sesebuah kerajaan. Para pembesar di peringkat

negeri diberi kuasa untuk mentadbir Muar dan Bentan, Penghulu Bendahari

mentadbir Sening Hujung dan Kampar, manakala Pulau Siantan dan Sungai

Raya (Batu Pahat) ditadbir oleh Laksamana. Kawasan-kawasan yang terletak di

bawah bidang kuasa politik Melaka diserahkan kepada para pembesar Melaka.

Kawasan-kawasan ini tadbiran ini dikenali sebagai kawasan-kawasan pegangan.

Para pembesar yang memegang kawasan diwajibkan menghadap sultan Melaka

pada setiap hari kebesaran adat ataupun agama. Selain itu, boleh dikatakan

bahawa pembesar ini mempunyai kuasa autonomi ke atas kawasan-kawasan

tadbirannya sama ada dari segi politik mahupun ekonomi.

Sebenarnya, terdapat para pembesar lain yang berperanan penting dalam

mentadbir negeri. Mereka termasuklah beberapa orang Syahbandar, Hulubalang

Besar dan Penghulu. Pembesar Empat ini akan dibantu oleh Pembesar Lapan

yang lebih rendah tarafnya. Salah satu contoh Pembesar Berlapan ialah

Syahbandar. Seterusnya mereka dibantu pula oleh Pembesar Enam Belas dan

Pembesar Tiga Puluh Dua. Sultan atau raja ialah ketua Negara merangkap ketua

Page 3: Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

politik atau pentadbiran. Dia menjadi lambang kekuasaan dan keagungan yang

tiada tolok bandingnya. Para pembesar pula bertindak membantu sultan

menjaga dan mentadbir negeri. Para pembesar ini mempunyai pengikut dan

hambanya sendiri.

Bagi memastikan segala bentuk pentadbiran berjalan dengan licin dan

teratur, terdapat satu perhimpunan para menteri yang disebut mesyuarat bicara.

Dalam mesyuarat bicara ini, semua pendapat dikemukakan untuk didengar dan

kemudian keputusan dibuat secara muafakat. Cara ini setidak-tidaknya dapat

menghalang raja atau sultan daripada bertindak sesuka hati. Proses membuat

keputusan secara muafakat ini mengelakkan sebarang tindakan sewenang-

wenangnya oleh raja serta menjamin sebarang keputusan yang diambil itu akan

dilaksanakan dengan jujur dan saksama. Meskipun terdapat jalan bagi

seseorang raja atau bangsawan yang pintar untuk menyelewengkan keputusan

yang dibuat oleh mesyuarat itu, tetapi dalam kebanyakan hal bentuk

pemerintahan ini berjalan dengan sempurna. Bentuk ini kemudiannya diterapkan

dalam sistem pemerintahan negeri-negeri Melayu. Mesyuarat bicara yang

diwujudkan pada masa itu boleh dianggap sebagai satu permulaan kepada

demokrasi, walaupun ia tidaklah dibuat secara menyeluruh. Namun begitu,

sekurang-kurangnya telah wujud satu bentuk pemerintahan yang berdasarkan

kepada pendapat dan suara ramai.

Page 4: Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

Pada masa kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, setiap pembesar

mempunyai pejabatnya sendiri yang disebut sebagai balai. Balai tersebut

berfungsi sebagai tempat rakyat mengadu jika berlaku pergaduhan, kecurian dan

sebagainya. Ia juga merupakan tempat membayar cukai di samping memberi

hadiah kepada pembesar atas jasa mereka. Balai tersebut bolehlah dikatakan

sebagai pejabat bagi menyelesaikan urusan pentadbiran terutamanya yang

berkaitan dengan aspek keselamatan masyarakat.

Peranan sultan dalam masyarakat Melayu tradisi adalah sangat luas. Ia

meliputi pelbagai aspek ekonomi, politik dan kehidupan masyarakat. Dalam

aspek ekonomi, raja berkuasa mutlak dalam semua sumber ekonomi terutama

yang berkaitan dengan buruh, hasil pertanian, pedagangan dan pemungutan

cukai. Raja juga menyelaraskan system cukai dalam jajahan takluknya serta

mempunyai hak mendapatkan hasil pungutan cukai negaranya. Dari aspek

pertanian, hak ekonomi terletak ditangan sultan dan hanya sultan berhak

mengerah rakyat bertani.

Sebagai ketua pemerintah yang tertinggi, sultan merupakan lambang

perpaduan dan simbol penyatuan negara dan rakyat serta jajahan takluknya baik

di dalam mahupun di luar negeri. Secara tidak langsung dengan penyatuan

antara rakyat dengan negara, maka wujudlah keamanan dan ini menyelamatkan

kedudukan istana yang menjadi simbol kepada para pembesar dalam tanah

jajahannya.

Page 5: Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

Walau bagaimanapun, fungsi sultan tidak terhad kepada urusan di dalam

negeri sahaja. Sultan juga menjalankan urusan luar negeri seperti mengadakan

hubungan diplomatik dengan negara luar. Sebagai ketua negeri, sultan

bertanggunggjawab untuk mengetuai rundingan dengan ketua-ketua negeri

asing. Sebarang tindakan hal-ehwal luar negeri adalah tidak sah jika dilakukan

oleh para pembesar kecuali sultan turut hadir dalam persetiaan itu. Sesuatu

persetiaan memerlukan bukan sahaja tandatangan sultan tetapi juga

tandatangan dua belas orang atau lebih pembesar. Sultan merupakan ketua

kepada para pembesar.

Setelah kedatangan Islam, sultan menjadi ketua agama Islam dan segala

yang berkaitan dengan adapt istiadat Melayu. Selain ketua agama, sultan juga

memainkan peranan penting dalam menyebarkan agama Islam. Selain itu,

kebanyakan dari raja-raja Melayu yang terulung sering kali mengepalai angkatan

tenteranya dalam peperangan dengan negeri-negeri luar. Baginda juga

mengetuai rakyatnya dalam mempertahankan negeri daripada serangan musuh.

Seterusnya sultan mempunyai kuasa melantik pembesar lain daripada satu

keturunan lain atau terus mengosongkan jawatan itu dan membenarkan

pembesar daerah yang bersempadan dengannya menyerap masuk daerah yang

tidak lagi mempunyai pembesar itu ke dalam kawasan pemerintah pembesar

yang satu lagi. Sultan juga berhak melantik sesiapa sahaja memegang sebarang

jawatan pembesar negeri. Pada zaman kini sultan memainkan peranan dalam

kenalkan undang-undang, berkuasa ke atas parlimen, ketua angkatan tentera,

Page 6: Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

ketua agama islam, melantik hakim-hakim, mengisytihar undang-undang tentera

atau darurat

Seseorang pembesar yang layak dilantik menjadi Bendahara mestilah

terlebih dahulu memegang jawatan Penguhulu Bendahari dan Temenggung. Ini

bermakna beliau mestilah pembesar yang paling kanan. Dari segi kedudukan

pembesar, Bendahara dikatakan mempunyai kuasa yang lebih tinggi daripada

pembesar lain. Bendahara biasanya seorang yang agak berusia dan sangat

berpengalaman dalam selok-belok negeri dan hal-ehwal politik. Sekiranya

seseorang sultan itu lemah, tugasnya diserahkan kepada Bendahara dan

Laksamana. Bendahara bertanggungjawab menyelia hampir kesemua hal-ehwal

Negara dengan dibantu oleh pembesar lain. Bendahara mempunyai peranan

yang sama seperti Perdana Menteri pada masa kini.

Tugas utamanya ialah menjaga dan menyelia kewangan dan hasil mahsul

negara yang diperolehi daripada kutipan cukai yang dilaksanakan oleh

Temenggung dan Syahbandar. Penghulu Bendahari bertanggungjawab terhadap

Syahbandar-syahbandar dan bendahari-bendahari. Beliau juga menyimpan

daftar hamba-hamba raja. Beliau berperanan mewakili pemerintah menerima ufti

daripada wilayah-wilayah jajahan.

Jawatan Temenggung samalah seperti jawatan seorang ketua polis yang

bertugas untuk mengawal keselamatan negeri di samping menjalankan undang-

Page 7: Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

undang mengikut arahan sultan. Sebagai ketua polis Negara, Temenggung

berkuasa untuk menangkap orang-orang yang bersalah, memasung dan

menghukum mereka. Dia juga bertanggungjawab terhadap pentadbiran penjara

dan mempunyai kuasa untuk menahan seseorang yang disyaki telah melakukan

kesalahan atau melanggar undang-undang dalam negeri.

Laksamana bertanggungjawab mengepalai angkatan pertahanan, baik di

laut mahupun di darat kerana pengawalan sempadan negara berada di bawah

tanggungjawabnya. Beliau menjadi ketua utusan politik dan perdagangan.

Tugasnya amat penting dari segi politik kerana kedudukan Melaka sebagai pusat

perdagangan dan kuasa kelautan. Jawatan Laksamana boleh disamakan

dengan Ketua Turus Angkatan Laut tetapi peranan dan fungsi yang dipegangnya

lebih berat daripada seorang Laksamana atau Admiral masa kini. Adalah

menjadi tanggungjawab Laksamana untuk menjaga keselamatan negeri bagi

memastikan keadaan negeri bebas daripada ancaman musuh dari dalam dan

luar Negara.

Syahbandar berperanan dalam hal-ehwal yang berkaitan dengan

perdagangan seperti memungut cukai kepala dan cukai perdagangan daripada

para pedagang yang datang dari luar negeri, mengawal lalu lintas perkapalan di

pelabuhan dan menentukan perdagangan berjalan dengan lancer. Syahbandar

bertugas menjaga urusan pentadbiran dan kepentingan para saudagar asing

serta perjalanan kapal-kapal dagang yang memasuki perairan Melaka.

Page 8: Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

Hubungan antara pemerintah dengan pembesar juga adalah amat penting dan ini

dapat dilihat dari dulu sampai sekarang. Pemerintah perlu menjaga hati pembesar-

pembesar atau dari ertikata moden 'YB', agar mereka tidak menderhaka atau tidak

menyokong parti atau pemerintah. Fahaman politik ini dikenali sebagai 'Orde Kosmos'.

Menurut sistem 'Orde Kosmos', keharmonian diantara kawasan-kawasan jajahan

atau pemakanan pembesar dalam jajahan-jajahan tertentu adalah amat

dipentingkan. Mana-mana kawasan yang memutuskan ikatannya dengan negara

kota (pusat) boleh mengakibatkan ikatan keseluruhan renggang dan akhirnya

boleh membawa kepada kehancuran seluruh sistem (empayar). Konsep Orde

Kosmos adalah brain-child kerajaan Sri Vijaya dan diteruskan oleh Kesultanan

Melayu Melaka. Malah ia masih tercermin dalam sistem politik masa kini. Hampir

semua negeri yang mempunyai kerusi banyak dan berpotensi menang dalam

pilihanraya mendapat perhatian lebih pemimpin atau bakal pemimpin. Misalnya,

Sabah, Sarawak dan Perak merupakan negeri-negeri yang paling banyak kerusi

parlimen, masing-masing dengan 22, 27 dan 23 kerusi. Penguasaan 3 negeri ini

akan memberikan 72 daripada 192 kerusi, lebih daripada 1/3 kerusi parlimen

Malaysia. Semata-mata untuk mendapatkan sokongan pemimpin dan rakyat

Sarawak, Dr. M khususnya menggunakan layanan yang berbeza berbanding

Sabah. Sabah dihancurkan '20 Perkara' yang merupakan keistimewaan

penduduk Sabah apabila menyertai Malaysia manakala, Sarawak pula terus

dibenarkan mengekalkan sistem ini. Malah sistem giliran jawatan Ketua Menteri

Sabah juga adalah satu bentuk paksaan yang dilakukan untuk memenangkan

hasrat beberapa pemimpin Sabah dan UMNO.

Page 9: Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

Layanan yang sedemikian juga dapat kita perhati wujud dalam Zaman

Kesultanan Melayu Melaka. Bukan sahaja satu-satu wilayah atau negeri

mendapat layanan yang lebih daripada yang lain, tetapi ada juga kawasan-

kawasan yang dikecualikan daripada cukai. Semua ini dilakukan untuk

mendapatkan sokongan rakyat dan pembesar.

Seperkara yang menarik untuk dibandingkan politik Zaman Kesultanan

Melayu Melaka dengan politik Malaysia masa kini ialah amalan kronisme dan

nepotisme. Kedua-dua agenda ini hanya boleh dilakukan sekiranya ada

pemusatan kuasa pada individu atau mana-mana satu institusi. Sekiranya pada

abad ke-15, kuasa mutlak berpusat ditangan Raja/Sultan, dewasa ini kuasa

berpusat ditangan PM. Disebabkan PM adalah ketua kerajaan, maka dia juga

mempunyai kuasa otonomi untuk mengiakan atau membantah sesuatu isu.

Kuasa yang mutlak - apabila pincang badan kehakiman dan YDPA, kerana parti

yang membentuk kerajaan mendapat undi majoriti lebih 2/3, memberi ruang

kepada pemimpin parti ini untuk mengeluarkan arahan-arahan tertentu. Kuasa ini

sekiranya disalah gunakan akan membawa kepada amalam nepotisme dan

kronisme - dua gejala yang sudah bersebati dalam sistem politik Malaysia masa

kini. Kedua-dua gejala ini pula selari dan berkait langsung dengan pecah

amanah, rasuah, penyelewengan dan berbagai jenis perlakuan tidak murni.

Sekiranya tidak ada sesiapapun yang berani menegur atau menjatuhkan Sultan

Mahmud yang terkenal dengan kronisme dan joliismenya, keadaan yang hampir

Page 10: Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

sama berlaku di abad ini. Meskipun terdapat beberapa bukti kukuh kroni-kroni

BN melakukan penyelewengan dan dipaparkan berserta dengan bukti-bukti

dokumentasi, ternyata mata kehakiman di Malaysia dikaburi oleh pihak-pihak

tertentu yang mempunyai kuasa. Berita skandal Mahathir Mohammad, Daim,

Rafidah Aziz, Eric Chia, Samy Vellu, Ling Leong Sik, Muhamad Taib Muhammad

dan ramai lagi yang dulunya terpapar dalam media cetak dan eletronik adalah

antara beberapa contoh. Apa pula tidak dengan pendedahan PM tentang

kronisme dan nepotisme Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Apabila menularnya penyelewengan dalam pemerintahan sesebuah

kerajaan, maka pembaziran boleh menyusuri. Perbelanjaan wang kerajaan

berbilion-billion ringgit semata-mata untuk meraih keuntungan dan untuk

menunjukkan megah diri, ternyata telah membawa padah kepada Malaysia

beberapa tahun yang lalu. Meskpiun perangkaan perkembangan ekonomi

negara dipaparkan sebagai positif oleh media perdana, hanya Tuhan sahaja

yang tahu berapa banyak hutang yang perlu kita jelaskan dan untuk berapa

puluh tahun lagi.Sultan Mahmud adalah salah seorang raja yang suka berbelanja

lebih daripada pendapatan dan juga menunjukan megah diri. Salah satu projek

mega yang dilakukan oleh Sultan Mahmud ialah pembinaan jambatan emas dari

melaka ke Guunug Ledang semata-mata kerana ia merupakan perminataan

Puteri Gunung Ledang sebagai hantaran perkhawinannya.

Page 11: Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

Refleksi yang lebih kurang sama kelihatan dalam politik masa kini.

Projek-projek mega yang dilakukan kerajaan BN, seperti Bangunan Berkembar

Petronas, Empangan Bakun dan Putra Jaya, sebenarnya tidak relevan dengan

keperluan masyarakat masa ini. Mungkin kerana inferioriti seorang pemimpin

yang hendak menunjukkan kepada dunia bahawa dia 'boleh', maka tergadailah

rakyat. Betapa miripnya pentadbiran Sultan Mahmud dengan pemimpin dewasa

ini. Dan sekiranya pemerintahan Sultan Mahmud adalah yang terakhir bagi

Kesultanan Melayu Melaka, apakah ini bermakna ini adalah ambang keruntuhan

BN? Sekiranya benar sistem tradisional merefleks sistem politik sekarang, maka

satu lagi kuasa baru akan bangun menggantikan kejatuhan BN, seperti juga

yang terjadi pada abad ke 16 dahulu. Jatuhnya Melaka ke tangan Portugis telah

membawa kepada kelahiran Kerajaan Melayu Johor.

Dari segi pungutan cukai juga ada kesinambungannnya dengan

Kesultanan Melayu Melaka di mana pada zaman tersebut rakyat perlu

membayar pelbagai cukai kepada Sultan. Hasil kutipan cukai tersebut digunakan

sebagai sumber pendapatan pembesar dan sebahagiannya disimpan sebagai

perbendaharaan Negara. Hal ini juga dapat dilihat pada masa kini di mana rakyat

juga perlu membayar pelbagai jenis cukai kepada kerajaan. Hasil kutipan cukai

tersebut digunakan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan dan selebihnya

disimpan sebagai perbendaharaan negara.