Sistem perbankan

5
SISTEM PERBANKAN Bank ialah satu bentuk institusi kewangan yang berfungsi menerima simpanan dari unitunit lebihan yang tidak mempunyai peluang pelaburan (termasuk membeli aset) dan mengeluarkan pinjaman kepada unit-unit kurangan yang mempunyai peluang pelaburan (termasuk membeli aset). Secara amnya, bank menjalankan urusniaga seperti menerima simpanan, memberi pinjaman, menjalankan perniagaan bil pertukaran, membuat pelaburan ekuiti dan menjalankan dasar kewangan kerajaan. Bank dikelaskan mengikut fungsi utamanya seperti bank pusat, bank perdagangan, bank saudagar, bank simpanan, syarikat kewangan, rumah diskaun dll. Bank Pusat Bank pusat di Malaysia agar terlewat ditubuhkan berbanding dengan negara yang telah maju. Bank pusat Sweden, Bank of Sweden ditubuhkan pada 1656, Bank pusat United Kingdom, Bank of England ditubuhkan pada 1694 dan Bank pusat Amerika Syarikat, Fedreal Reserve Bank ditubuhkan pada 1913. Bank pusat di Malaysia telah ditubuhkan pada 26 Januari 1959 berasaskan undang- undang Bank Negara Tanah Melayu 1958. Pada awal penubuhannya ia bernama Bank Negara Tanah Melayu, berikutan penubuhan Malaysia pada September 1963 namanya diubah kepada Bank Negara Malaysia. Bank Pusat bagi sesebuah negara atau Bank Negara bagi Malaysia, memainkan peranan untuk menyediakan bekalan wang yang cukup agar dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang cepat tanpa inflasi serta mencapai matlamat-matlamat ekonomi yang lain. Peraturan dan pengawalan oleh Bank Negara dijalankan dengan cara menggubal undang-undang yang mengatur kegiatan-kegiatan badan-badan kewangan dan dengan menjalankan dasar kewangan. Tujuan penubuhan Bank Pusat ialah; a. Sebagai pengeluar mata wang Malaysia dan menyimpan rizab yang menjaga nilai matawang tersebut. b. Sebagai bank dan penasihat kewangan kepada kerajaan; menguruskan akaun kerajaan, sumber kumpulan wang kepada kerajaan, menguruskan hutang negara c. Mengimbangi kestabilan kewangan dan struktur kewangan Malaysia. d. Mempengaruhi kedudukan kredit sehingga ia menguntungkan kepada ekonomi Malaysia. Secara amnya tujuan asas penubuhan bank pusat ialah untuk mencipta satu badan yang akan mengatur kegiatan sektor kewangan sehingga ia dapat berjalan dengan licin dan cekap dan membantu dalam usaha mengembangkan ekonomi negara. Fungsi dan Tugas Bank Pusat ialah; a. Menggalakkan kestabilan kewangan dan mewujudkan satu sistem kewangan yang stabil. b. Mempengaruhi kegiatan memberi pinjaman oleh institusi-institusi kewangan agar kegiatan tersebut menguntungkan negara. Pada umumnya BNM ditugaskan oleh kerajaan bagi menjalankan kegiatan berikut; a. Bertindak sebagai bank kepada kerajaan. b. Bertindak sebagai bank kepada bank perdagangan.

Transcript of Sistem perbankan

Page 1: Sistem perbankan

SISTEM PERBANKAN Bank ialah satu bentuk institusi kewangan yang berfungsi menerima simpanan dari unitunit lebihan yang tidak mempunyai peluang pelaburan (termasuk membeli aset) dan mengeluarkan pinjaman kepada unit-unit kurangan yang mempunyai peluang pelaburan (termasuk membeli aset). Secara amnya, bank menjalankan urusniaga seperti menerima simpanan, memberi pinjaman, menjalankan perniagaan bil pertukaran, membuat pelaburan ekuiti dan menjalankan dasar kewangan kerajaan. Bank dikelaskan mengikut fungsi utamanya seperti bank pusat, bank perdagangan, bank saudagar, bank simpanan, syarikat kewangan, rumah diskaun dll. Bank Pusat Bank pusat di Malaysia agar terlewat ditubuhkan berbanding dengan negara yang telah maju. Bank pusat Sweden, Bank of Sweden ditubuhkan pada 1656, Bank pusat United Kingdom, Bank of England ditubuhkan pada 1694 dan Bank pusat Amerika Syarikat, Fedreal Reserve Bank ditubuhkan pada 1913. Bank pusat di Malaysia telah ditubuhkan pada 26 Januari 1959 berasaskan undang-undang Bank Negara Tanah Melayu 1958. Pada awal penubuhannya ia bernama Bank Negara Tanah Melayu, berikutan penubuhan Malaysia pada September 1963 namanya diubah kepada Bank Negara Malaysia. Bank Pusat bagi sesebuah negara atau Bank Negara bagi Malaysia, memainkan peranan untuk menyediakan bekalan wang yang cukup agar dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang cepat tanpa inflasi serta mencapai matlamat-matlamat ekonomi yang lain. Peraturan dan pengawalan oleh Bank Negara dijalankan dengan cara menggubal undang-undang yang mengatur kegiatan-kegiatan badan-badan kewangan dan dengan menjalankan dasar kewangan. Tujuan penubuhan Bank Pusat ialah; a. Sebagai pengeluar mata wang Malaysia dan menyimpan rizab yang menjaga

nilai matawang tersebut. b. Sebagai bank dan penasihat kewangan kepada kerajaan; menguruskan akaun

kerajaan, sumber kumpulan wang kepada kerajaan, menguruskan hutang negara

c. Mengimbangi kestabilan kewangan dan struktur kewangan Malaysia. d. Mempengaruhi kedudukan kredit sehingga ia menguntungkan kepada

ekonomi Malaysia. Secara amnya tujuan asas penubuhan bank pusat ialah untuk mencipta satu badan yang akan mengatur kegiatan sektor kewangan sehingga ia dapat berjalan dengan licin dan cekap dan membantu dalam usaha mengembangkan ekonomi negara. Fungsi dan Tugas Bank Pusat ialah; a. Menggalakkan kestabilan kewangan dan mewujudkan satu sistem kewangan yang stabil. b. Mempengaruhi kegiatan memberi pinjaman oleh institusi-institusi kewangan agar kegiatan

tersebut menguntungkan negara. Pada umumnya BNM ditugaskan oleh kerajaan bagi menjalankan kegiatan berikut; a. Bertindak sebagai bank kepada kerajaan. b. Bertindak sebagai bank kepada bank perdagangan.

Page 2: Sistem perbankan

c. Mengawal kegiatan bank perdagangan dan badan kewangan yang lain. d. Mengawal keseimbangan perdagangan antarabangsa. e. Mengawal percetakan wang syiling dan kertas. f. Menjalankan dasar kewangan Dasar kewangan digunakan dalam mengawal penawaran dan edaran wang dalam ekonomi negara. Perubahan penawaran wang akan mempengaruhi kadar bunga di pasaran dan seterusnya mempengaruhi tabungan. Dasar kewangan terbahagi kepada dasar kewangan kuantitatif dan dasar kewangan kualitatif. Dasar kewangan kuantitatif seperti operasi pasaran terbuka, pendanaan, kadar bank, rizab berkanun dan nisbah kecairan. Dasar kewangan kualitatif pula seperti tempoh bayaran balik ansuran, mengubah bayaran pendahuluan pembelian secara ansuran dan pujukan moral oleh Bank Pusat. Untuk melaksanakan fungsi-fungsi penubuhan Bank Negara, Bank Negara telah menjalankan pelbagai bentuk dasar kewangan. Secara ringkas, bentuk-bentuk dasar kewangan yang dijalankan oleh Bank Negara adalah seperti berikut; a. Menentukan nisbah rizab atau cadangan; Peraturan mengenai rizab yang perlu disediakan

oleh bank-bank di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: keperluan rizab berkanun (statutory reserve requirements) dan keperluan mudahtunai minimum (minimum liquidity requirements).

b. Operasi pendiskaunan harta jangka pendek; Salah satu fungsi penting Bank Negara adalah menjadi "lender of last resort" iaitu menyediakan kemudahan pinjaman kepada badan-badan kewangan yang menghadapi masalah kekurangan rizab atau menghadapi masalah kecairan. Di Malaysia, fungsi ini dijalankan dengan memberi peluang kepada badanbadan kewangan untuk mendiskaunkan harta jangka pendek dan/atau memberi pinjaman pendahuluan (advances) kepada bank-bank yang menghadapi masalah.

c. Mengatur kadar bunga; Pada hakikatnya campurtangan Bank Negara dalam menentukan kadar bunga yang dikenakan oleh setiap bank perdagangan dan badan kewangan lain adalah terhad. Setiap bank diberi kebebasan untuk menentukan kadar bunga yang dikenakan kepada pelanggannya. Setiap bank akan menentukan Base Lending Rate (BLR) atau kadar bunga utama mereka bagi pelanggan -pelanggan utama mereka yang terdiri dari badan-badan kerajaan dan syarikat-syarikat besar. Peminjam lain akan dikenakan kadar bunga yang lebih tinggi sedikit dari BLR ini.

d. Pengawalan pinjaman; Tujuan utama dasar ini ialah untuk memastikan agar institusi-institusi kewangan mengalirkan pinjamannya kepada kegiatan ekonomi yang penting dalam pembangunan ekonomi negara dan peningkatan kemakmuran orang ramai.

e. Pujukan moral; Dasar kewangan ini merupakan tindakan Bank Negara secara lisan berkenaan dengan langkah-langkah yang perlu diambil oleh institusiinstitusi kewangan bagi menyesuaikan tindakan-tindakan mereka dengan dasar kerajaan. Dalam tahun 1980an dasar pujukan moral dijalankan terutama untuk menggalakkan institusi kewangan mengurangkan pinjaman untuk tujuan penggunaan dan spekulasi dan menggalakkan pemberian pinjaman ke sektor yang produktif. Dasar pujukan moral juga digunakan untuk memastikan dasar memberi pinjaman kepada pengusaha Bumiputera dan industri kecil diamalkan dengan baik oleh bank-bank perdagangan dan institusi kewangan lain.

Bank Perdagangan Bank ini memainkan peranan yang terpenting dalam ekonomi moden. Ia merupakan institusi yang terpenting dalam sistem kewangan di Malaysia. Bilangannya banyak dan melakukan berbagai-bagai

Page 3: Sistem perbankan

tugas penting ekonomi. Matlamat bank ini ialah untuk mendapatkan keuntungan dan sebahagian besarnya dimiliki oleh badan-badan persendirian atau swasta. Antara aktiviti-aktiviti bank ini ialah; a. Menerima Simpanan; Sebahagian besar daripada tanggungjawab bank terdiri daripada

simpanan yang diterima dari orang ramai. Simpanan yang diterima termasuk simpanan semasa, simpanan tabungan dan simpanan tetap. Akaun simpanan semasa boleh dikeluarkan serta-merta, tetapi penyimpan tidak mendapat sebarang faedah. Akaun tabungan dan simpanan tetap memerlukan notis untuk mengeluarkannya dan penyimpan mendapat faedah.

b. Membuat bayaran bagi pihak pelanggan; Bank ini berbeza dengan institusi kewangan yang lain kerana ianya diberi hak oleh kerajaan untuk mengendalikan akaun semasa. Akibat daripada keistimewaan ini bank perdagangan sangat penting peranannya dalam menentukan jumlah bekalan wang pada satu-satu masa tertentu dan perubahannya dari masa ke semasa. Para pelanggan boleh mengeluarkan wang dari akaun semasa dengan serta merta melalui cek. Cek telah menjadi cara pembayaran yang lazim dan meluas sebagai ganti wang bagi negara yang mempunyai sistem kewangan yang telah maju dan mantap. Jurubank membuat pembayaran dengan memindahkan sejumlah wang daripada akaun seorang pelanggan kepada pelanggan yang lain. Pelanggan tidak perlu membawa tunai dan ianya lebih selamat. Di samping itu cara ini memberi faedah kepada bank kerana bank dapat mewujudkan lebih banyak kredit. Sekiranya nilai cek yang ditandatangani melebihi jumlah simpanan pelanggan tersebut, ia akan dikenakan surat amaran dan denda sebanyak RM50.00. Tiga kali selepas itu akaun semasanya akan ditutup dan ia tidak akan dibenarkan membuka akaun semasa dimana-mana bank perdagangan yang lain di Malaysia.

Sekiranya wang simpanan pelanggan tidak mencukupi untuk membayar cek yang telah ditandatangani, wang masih boleh diperolehi jika beliau memberitahu pihak bank. Bank akan mengenakan kadar bunga terhadap wang yang dipinjam ini bergantung kepada jumlah pinjaman dan bilangan hari pinjaman tersebut akan dibayar.

c. Menerima bayaran bagi pihak pelanggan; Bank perdagangan bukan sahaja membuat bayaran

bagi pihak pelanggan, tetapi juga menerima bayaran bagi pihak mereka. Jumlah kena bayar si berhutang atau dividen saham-saham boleh dibayar terus kepada bank pelanggan untuk dimasukkan kedalam akaunnya.

d. Membuat bayaran berulang (Standing Order); Bank ini juga membantu pelanggan

memyelesaikan sebarang bayaran yang dilakukan berulang-ulang seperti ansuran kereta, rumah, premiun insuran dll. Pelangan boleh mengarahkan bank membayar bagi pihaknya.

e. Mengeluarkan draf bank dan cek pelancong; Cek biasanya diterima apabila pelanggan

dikenali. Cek boleh ditolak apabila pelanggan tidak dikenali. Bagaimana pun pelanggan boleh mendapatkan draf bank daripada sesebuah bank sebagai tukaran dengan cek pembayaran kepada bank tersebut. Draf 12 bank ini diterima umum untuk membayar kerana ianya adalah cek bank dan tidak ada risiko. Bank juga mengeluarkan cek pelancong kepada pelanggannya bagi memudahkan pembayaran diluar negeri.

f. Memberi pinjaman dan pendahuluan; Bank memberi pinjaman kepada pelanggan dengan

mengenakan kadar bunga tertentu. Bunga yang dikenakan tertakluk kepada jangka masa membayar semula dan risiko. Lebih lama jangka masa lebih tinggi risikonya. Perbezaan

Page 4: Sistem perbankan

antara kadar bunga yang dibayar untuk simpanan pelanggan dengan kadar bunga dari pinjaman dan pendahuluan merupakan keuntungan kepada bank.

Bank perdagangan merupakan institusi kewangan yang mula-mula berkembang sejak zaman penjajah lagi. Pada mulanya ia merupakan cawangan bank perdagangan yang ditubuhkan di negara asing. Antara bank perdagangan yang terawal ditubuhkan ialah Standard Chartered Bank (1875), The Hongkong Shanghai Banking Corporation (1884), Algemene Bank Netherland (1888). Perkembangan ini dilengkapi dengan penubuhan bank-bank tempatan seperti Kwong Yik Bank (1913), Ban Hin Lee Bank (1935), Oriental Bank (1937). Sebahagian besar bank perdagangan ditubuhkan selepas tahun 1950 terutamanya selepas merdeka. Empat buah bank tempatan yang penting ditubuhkan selepas merdeka ialah Malayan Banking (1960), Public Bank (1966), Bank Bumiputera (1966), Development and Commercial Bank (D&C) (1966). Fungsi utama bank perdagangan di Malaysia tertumpu kepada penyediaan kemudahan akaun semasa dan bermasa serta mengeluarkan pinjaman kepada sektor awam dan swasta. Bilangan bank perdagangan yang beroperasi di Malaysia bertambah daripada 29 buah pada tahun 1959 kepada 38 buah pada akhir 1988. Daripada jumlah ini 16 buah terdiri dari cawangan bank asing dan 22 buah bank tempatan. Pada tahun 1990, angka ini berkurangan kepada 37 buah dengan penutupan sebuah cawangan bank asing. Bagi menggalakkan perkembangan bank perdagangan tempatan pada tahun 1966, BNM telah tidak membenarkan bank asing membuka cawangan baru di negara ini. Pada tahun 1988 jumlah cawangan bank tempatan ialah 749 buah dan 146 cawangan bank asing. Daripada jumlah ini (749+146) 246 buah terletak di bandar-bandar yang mempunyai penduduk kurang dari 10,000 orang, 300 buah terletak di bandar-bandar yang mempunyai bilangan penduduk antara 10,000 hingga 75,000 ribu orang dan 349 buah terletak di bandar-bandar utama. Pada tahun yang sama nisbah purata penduduk bagi sebuah bank ialah 19:171 orang, secara perbandingan nisbah ini agak rendah bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia. Pada akhir September 1988, 36 daripada 38 buah bank perdagangan di negara ini menggunakan komputer dalam operasi masing-masing bagi membolehkan pengiraan faedah (bunga) deposit tabungan pada asas harian dibuat. Pada masa yang sama, sebanyak 780 mesin ATM telah beroperasi di seluruh negara. Penubuhan rangkaian suis ATM (MEPS) juga telah membolehkan pemegang kad sesebuah institusi menjalankan urusniaga kewangan di terminal sesebuah institusi kewangan yang menjadi anggota. Bank perdagangan menerima empat jenis deposit utama, iaitu deposit semasa, tabungan, tetap dan Sijil Simpanan Boleh Niaga. Deposit merupakan sumber dana terbesar bank perdagangan. Pada tahun 1988, 60.9% daripada sumber dana bank perdagangan terdiri daripada deposit semasa, tetap dan tabungan. Daripada jumlah ini, 11.7% datangnya dari deposit semasa, 57.1% dari deposit tabungan dan 22.1% dari deposit tabungan. Kredit bank merupakan penggunaan dana bank perdagangan yang terbesar. Ia merangkumi 77% daripada penggunaan dana bank perdagangan. Kredit bank terbahagi kepada pelaburan (12.4%) dan pinjaman (64.6%). Dua keistimewaan bank perdagangan ialah; a. Bank perdagangan dapat menciptakan simpanan yang boleh digunakan dengan cara

mengeluarkan sekeping cek. b. Bank perdagangan mempunyai kuasa untuk mewujudkan wang, iaitu simpanan semasa dan

wang bank. Bank perdagangan mempunyai kemampuan untuk mencipta simpanan semasa

Page 5: Sistem perbankan

yang baru atau menghapuskan simpanan semasa. Kegiatan ini secara langsung akan menimbulkan perubahan wang yang tersedia dalam ekonomi. Jika bank perdagangan ingin melakukan pelaburan dan memberi pinjaman yang lebih banyak, ia dapat dilakukan dengan mewujudkan simpanan semasa kepada penerima pinjaman. Pemilik simpanan (peminjam) masih boleh mengambil wangnya dengan cek.

Keistimewaan bank perdagangan mewujudkan daya beli tambahan merupakan faktur utama menyebabkan bank perdagangan mempunyai kuasa yang dalam mempengaruhi kegiatan ekonomi negara.