Sistem peredaran darah
Transcript of Sistem peredaran darah
Sistem Peredaran DarahBlood Circulatory System
Sistem Peredaran Darah Manusia terdiri
Jantung Darah Salur darah
Sistem Peredaran Darah berfungsi untuk membekalkan oksigen kepada semua sel badan dan menyingkirkan Karbon Dioksida mengangkut hasil perkumuhan seperti CO2 dan urea
Kapilari adalah salur darah yang paling kecil. Salur darah ini sangat nipis, dan ini membenarkan berlakunya pertukaran bahan-bahan antara darah dan badan.
Kapilari Darah
Arteri
Arteri adalah salur darah yang tebal dan membawa darah keluar dari jantung. Kenapa perlu tebal? Sebab tekanan tinggi diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh badan. Kalau nipis, mungkin salur akan pecah akibat tak mampu menanggung tekanan tersebut.
Vena
Vena adalah salur darah yang membawa darah ke jantung. Uniknya vena, kerana ia nya mempunyai struktur "penghalang" disebut sebagai injap. Injap akan menghalang darah tidak beroksigen daripada berpatah balik dan bercampur dengan darah yang beroksigen.
Sistem Peredaran Darah Dalam Badan Manusia
• Jantung merupakan antara organ yang paling penting dalam badan manusia. Jantung juga adalah organ yang tidak pernah berhenti berdegup dalam menjalankan tugas mengepam darah ke seluruh badan kecuali mati.
Jantung adalah berbentuk kon. Genggam jari anda sebesar penumbuk, dan itulah lebih kurang saiz jantung kita. Dikatakan bahawa jantung juga akan berhenti berdegup seketika semasa kita bersin. Jadi, jangan bersin lama-lama, takut nanti jantung berhenti terus. LOL!
Jantung
Struktur Jantung dan Fungsinya
• Jantung adalah satu organ berotot yang mengecut dan mengendur tanpa berhenti untuk mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan
• Jantung terletak di dalam rongga toraks antara peparu kiri dan peparu kanan
Jantung
• Jantung mempunyai 4 ruangan yang besar
atrium (aurikel ) kiri atrium (aurikel ) kanan ventrikel kiri ventrikel kanan
Jantung juga merupakan organ pertama yang tercipta saat pembentukan bayi, iaitu kira-kira 4 minggu setelah bercantumnya sperma dan ovum. Pusaran cap jari kita terbentuk kerana pergerakan dan saluran darah semasa kita bayi dulu!