Sistem Reproduktif
-
Upload
gobi-krrish -
Category
Documents
-
view
50 -
download
3
description
Transcript of Sistem Reproduktif
Sistem reproduktif amat berkait rapat dengan pembentukan gamet
Pembentukan gamet dinamakan sebagai gametoginesis.
Gamet lelaki dikenali sebagai sperma manakala gamet perempuan dikenali sebagai ovum.
Pembentukan sperma dinamakan sebagai spermatogenesis dan pembentukan ovum dinamakan sebagai oogenesis.
Organ reproduktif lelaki terdiri daripada:- Sepasang testis- Saluran-saluran kelamin- Kelenjar-kelenjar tambahan - Penis
Setiap organ ini mempunyai fungsinya tersendiri untuk memastikan sistem reproduksi berfungsi dengan baik
Testis: kelenjar kelamin yang menghasilkan sperma dan hormon testosteron
Saluran kelamin- Vasa eferentia: menampung sperma- Epididimis : meresap sperma hingga
kental dan menyimpan sperma sementara (3 minggu)
- Vasdeferens : saluran penghubung epididimis dengan uretra pada penis. Dibahagian hujungnya terdapat saluran ejakulasi
Uretra merupakan saluran untuk mengeluarkan sperma dan air kencing
Kelenjar tambahan:- Vesika seminalis:
Merupakan kantong semen (mani) yang dindingnya menghasilkan cecair lendir yang mengandungi fruktosa, asid askorbat dan asid amino sebagai makanan dan pelindung sperma sebelum membuahi ovum
Semen (mani): adalah cairan yang terdiri dari sperma dan cairan yang dihasilkan oleh beberapa kelenjar
Kelenjar tambahan:- Kelenjar prostat:Menghasilkan cecair berwarna putih
susu. Cairan ini berfungsi untuk meneutralkan sifat asid pada saluran vasa eferentia dan cecair pada vagina sehingga sperma dapat bergerak dengan aktif
Sistem reproduksi lelaki berhubungan kait dengan sistem ekskresi urinari.
Testis menghasilkan jutaan sperma setiap hari mulai dari masa akil baligh sampai meninggal dunia. Jika tidak dikeluarkan, sel-sel sperma akan mati dan diserap kembali oleh tubuh
Alat reproduksi perempuan terdiri darpada:
- Sepasang ovari- Tiub falloppio- Uterus- Vagina- Organ kelamin bahagian luar
Ovari:Merupakan kelenjar kelamin yang menghasilkan ovum (sel telur) dan menghasilkan hormon estrogen dan progesteron
Tiub fallopio (saluran telur):Berfungsi menyalurkan sel telur ke
uterus (rahim) dengan gerakan peristaltik dan dibantu oleh gerakan silia pada dindingnya
Uterus (rahim):Tempat perkembangan embrio. Semasa kehamilan isipadu uterus mampu mengembang sehingga 500 kali.
Vagina:Tempat penis semasa kopulasi dan sebagai jalan keluar bayi semasa proses kelahiran
Pembentukan Sperma (spermatogenesis)berlaku di dalam testis.
Spermatogonium bersifat diploid dan membahagi secara mitosis untuk menghasilkan banyak sel.
Sebahagian spermatogonium membesar menjadi spermatosit primer.
Spermatosit primer terus membahagi secara meiosis membentuk spermatosis sekunder.
Spermatosit sekunder membahagi kembali secara meiosis menjadi spermatid.
Spermatid berkembang menjadi sperma
Setiap sperma memiliki jumlah kromosom setengah daripada jumlah kromosom spermatogonium
Pembentukan Ovum (oogenesis) berlaku di dalam ovarium.
Oogonium bersifat diploid.
Oogonium membahagi diri secara mitosis untuk menghasilkan lebih banyak sel.
Oogonium berkembang menjadi oosit primer.
Oosit primer membelah diri secara meiosis menjadi oosit sekunder dan badan kutub pertama.
Oosit sekunder mengandung kuning telur dan sitoplasma, badan kutub pertama merupakan inti sel yang kemudian membelah diri menjadi dua.
Oosit sekunder membelah diri secara meiosis menjadi otid dan badan kutub ke dua.
Otid berkembang menjadi ovum yang haploidSetiap oosit primer menghasilkan satu ovum.