Sistem Saraf Dan Deria

36
SISTEM SARAF DAN DERIA BBR 26303 PENGANTAR BIOLOGI * UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA ZURIAZANI BIN MAT YAJID * DB100411* PPG MATEMATIK SEKSYEN 4 PENSYARAH : EN. AHMAD ZAINAL

description

Pengantar Biologi. Sistem Saraf dan Deria.

Transcript of Sistem Saraf Dan Deria

  • 1.BBR 26303 PENGANTAR BIOLOGI * UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIASISTEM SARAF DAN DERIAZURIAZANI BIN MAT YAJID * DB100411* PPG MATEMATIK SEKSYEN 4PENSYARAH : EN. AHMAD ZAINAL

2. PENGENALAN SISTEM SARAF Sistem saraf merupakan sistem dalam badan yang menghubungkan semua bahagian tubuh dengan sistem saraf pusat. Ia berfungsi untuk menyelaras aktiviti-aktiviti badan dengan menghantar masej dalam bentuk impuls sebagai tindakbalas terhadap rangsangan. 3. SISTEM SARAFSistem Saraf manusia terdiri daripada 2 bahagian iaitu : 1. Sistem Saraf Pusat (CNS) yang terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Berfungsi sebagai pusat kawalan, intergrasi dan tafsiran. 2. Sistem Saraf Pinggir (PNS) yang terdiri daripada saraf cranium dan saraf spina. Berfungsi sebagai penerima dan penghantar maklumat dan bersambung kepada reseptor deria dan efektor. 4. SISTEM SARAF Sistem saraf terdiri daripada sel saraf yang dipanggil neuron.Fungsi Sistem Saraf : 1. Deria dijalankan oleh reseptor. 2. Intergrasi dijalankan oleh CNS. 3. Motor dijalankan oleh efektor 5. OTAKOtak manusia adalah lebih kurang 1.5kg dan mengandungi lebihkurang 10 000 juta neuron.Bahagian-bahagian otak ialah serebrum, serebelum, medulla oblongata, thalamus dan hipotalamus. 6. SEREBRUM 1. Terdiri daripada hemisfera kiri dan kanan.2. Hemisfera kanan menerima impuls daripda sebelah kiri badan dan mengawal pergerakan pada sebelah kiri badan. 3. Hemisfera kiri menerima impuls daripada sebelah kanan badan dan mengawal pergerakan pada sebelah kanan badan. 4. Bahagian luar sereblum dipanggil korteks serebrum. Permukaannya beralur untuk menambahkan luas permukaan untuk membolehkannya menampung lebih banyak neuron supaya boleh menyimpan lebih banyak maklumat. 5. Kaya dengan bekalan salur darah untuk membekalkan oksigen dan makanan ke neuron. 7. SEREBRUM 5. Sereblum adalah pusat untuk : i. Menerima dann mentafsir impuls daripada neuron deria. ii. Memulakan gerak balas motor. iii. Keupayaan mental seperti belajar, menghafal, menaakul, bertutur, berfikir dan keperibadian. iv. Kawalan tindakan terkawal dibawah kesedaran dan melibatkan otot terkawal seperti berjalan, menulis dan menyanyi. 7. Sereblum dibahagikan kepada kawasan mengikut fungsinya : i. Kawasan yang mengawal aktiviti mental seperti belajar, berfikir, emosi, analisis, ingatan dan imaginasi. ii. Kawasan deria yang menerima impuls daripada organ deria. iii. Kawasan motor yang mengkoordinasi pelbagai pergerakan. iv. Kawasan yang berkaitan dengan rasa dan bau. 8. SEREBELUM1. Permukaannya beralun seperti juga serebrum. 2. Fungsi Serebelum : i. Mengawal dan mengkoordinasi pergerakan otot. ii. Mengawal dan menetapkan keseimbangan badan dan postor. 9. MENDULA OBLONGATA1. Pusat yang mengawal tindakan tak terkawal seperti denyutan jantung, respirasi, peristalsis, menelan, batuk, bersin dan mengeluarkan air liur. 2. Membantu seseorang terus hidup walaupun serebrum dan serebelum otak tercedera. 10. HIPOTALAMUS1. Mempunyai pusat penting yang terlibat dalam homeostasis dan system endokrin. 2. Fungsinya adalah bagi menmelaras suhu badan, pengosmokawalaturaran, tekanan badan, fungsi seks, tidur, kehausan, kelaparan dan aktiviti emosi. 11. TALAMUS1. Terletak di hemisfera serebrum. 2. Berfungsi sebagai pusat perantaraan impuls, memproses impuls deria sebelum menghantarnya ke pelbagai bahagian korteks serebrum. 3. Mengasingkan dan menggabungkan impuls daripada korteks dan bahagian otak yang lain. 4. Talamus memberikan impuls bagi menyedarkan kita untuk merasai kesakitan, sentuhan dan suhu. 12. KALENJAR PITUITARI1. Suatu kalenjar endokrin yang merembeskan hormone di bawah pengaruh hipotalamus. 2. Dikenali sebagai kelanjar endokrin utama kerana merangsang kelenjar endokrin lain untuk merembeskan hormone masing-masing. 13. SARAF TUNJANG1. Suatu tirus tisu saraf dari otak melalui turus vertebra.2. Dilindungi oleh vertebra, meninges dan bendalir spina yang juga berfungsi sebagai penyerap hentakan. 14. SARAF TUNJANG1. Struktur saraf tunjang adalah seperti berikut : i. Bahagian tengah saraf tunjang dipenuhi dengan jirim kelabu berbentuk Hyang mengandungi badan sel neuron motor dan neuron perantaraan. ii. Di sekeliling jirim kelabu ialah jirim putih yang mengandungi akson bermielin neuron. iii. Di kedua-dua belah saraf tunjang terdapat akar dorsal dan akar vebtral yang menuju keluar dan kedua-dua ini bersambung membentuk saraf spina. iv. Akar dorsal mengandungi akson neuron aferen daripada reseptor deria dengan badan selnya berkumpul di ganglion akar dorsal. v. Akar ventral mengandungi akson neuron eferen. 15. FUNGSI SARAF TUNJANG1. Menyambung otak dengan saraf ke seluruh badan. 2. Memproses maklumat deria dan mengeluarkan maklumat gerak balas ke efektor melalui neuron eferen. 3. Mengawal tindakan luar kawal yang dipanggil reflex. 16. NEURON 17. NEURON 1. Neuron atau sel saraf ialah unit asas system saraf. 2. Struktur neuron terdiri daripada : i. Badan Sel mengandungi nucleus dan sitoplasma. ii. Banyak unjuran sitoplasma yang dipanggil Dendron, dendrit dan akson. 3. Terdapat 3 jenis neuron : i. Neuron deria ii. Neuron motor iii. Interneuron (neuron perantaraan) 4. Dendron neuron deria dan akson neuron motor disalaputi dengan mielin. 5. Salut mielin ialah lapisan bahan berlemak yang bertugas sebagai penebat dan sumber makanan untuk Dendron dan akson. 6. Salut mielin ini terputus-terputus di sepanjang akson dan Dendron. Ini membenarkan impuls melompat dari satu nodus ke nodus lain untuk mempercepat proses penghantaran impuls. 18. NEURONSTRUKTUR NEURON MOTOR Badan selDendron (gentian saraf yang membawa impuls ke badan sel)nukleus sitoplasm aDendrit (Dendron kecil)Salur MielinAkson (gentian saraf yang membawa impuls keluar dari badan sel)Dendrit 19. PENGHANTARAN MAKLUMAT MERENTASI SINAP1. Sinap ialah tapak di mana satu neuron (neuron prasinaps) memindahkan impulsnya ke neuron lain (neuron possinaps) atau kepada efektor. 2. Terminal dendrit neuron prasinap diakhiri dengan bonggol sinaps. 3. Dua neuron tidak bersentuhan secara langsung tetapi dipisahkan ol;eh satu ruang sempit(ruang sinap). 4. Fungsi sinap : i. Mengawal dan mengintergrasikan impuls saraf. ii. Memudahkan penghantaran impuls sehala. 20. TINDAKAN TERKAWAL 1. Tindakan terkawal ialah tindakan gerak balas dalam kawalan kesedaran otak (korteks serebrum) dan terjadi m,engikut kehendak seseorang). 2. Contoh tindakan terkawal yang melibatkan otot rangka termasuklah berjalan, berlari, menari, memilih dan sebagainya. 21. TINDAKAN LUAR KAWAL 1. Tindakan luar kawal dikawal oleh sistem saraf automatik di dalam badan. Ia bukan bawah kawalan otak. la dikawal oleh medula oblongata dan saraf tu njang. 2. Contoh tindakan yang berlaku dalam badan kita yang tidak disedari termasuklah denyutan jantung, peristalsis dan perembesan jus pencernaan. 22. TINDAKAN REFLEKS 1. Tindakan refleks merupakan tindakan luar kawal yang berlaku secara automatik. 2. Tindakan refleks melindungi badan kita daripada kecederaan. 3. Laluan impuls dari reseptor ke efektor dinamakan arka refleks. 23. PENYAKIT SISTEM SARAF 1.Seorang penghidap penyakit Parkinson mengalami tanga dan kaki yang menggeletar, ketegangan bahagian tertentu badan kerana kekurangan penghasilan sejenis neurotransmiter, iaitu dopamine dalam otak.2.Sklerosis berganda disebabkan oleh kerosakan salut myelin neuron. Penghidap penyakit ini bergerak dengan perlahan.3.Epilepsi (atau sawan) bercirikan pembebasan cas elektrik daripada neuron secara tiba-tiba.4.Penyakit Alzheimer disebabkan oleh kemerosotan neuron otak apabila tua. Penghidap penyakit ini mengalami gangguan daya fikir, kehilangan ingatan dan kebingungan.5.Poliomielitis disebabkan oleh jangkitan virus pada sistem saraf pusat. 24. PENGENALANDERIADeria ialah perasaan atau kesedaran yang berlaku di otak hasil daripada pentafsiran utusan deria yang sampai ke otak dari struktur-struktur lain, seperti kulit tubuh, otot dan sendi dan dari organ-organ deria istimewa. Struktur-struktur yang menimbulkan deria adalah seperti berikut : 1. Hujung gentian saraf yang menerima rangsang deria itu. 2. Saraf deria yang membawa utusan deria itu ke otak. 3. Pusat deria di otak yang mentafsirkan utusan itu dan menyimpannya sebagai ingatan. 25. DERIA5 Komponen deria manusia ialah : 1. Rasa (kulit) 2. Mata 3. Telinga 4. Lidah 5. Hidung 26. DERIA RASA (KULIT)1. Kulit merupakan organ terbesar dan terberat sekali di dalam badan manusia. Deria Sentuhan menggunakan kulit sebagai organ deria.Rangsangan yang diperlukan adalah haba, sejuk, sakit, tekanan dan sentuhan. Setiap rangsangan itu akan dikesan oleh reseptor yang khas. 2. Bahagian badan paling sensitif pada diri manusia ialah hujung jari, bibir, kelopak mata manakala bahagian badan kurang sensitif pula ialah tapak tangan, tapak kaki dan belakang badan 27. DERIA BAU1. Deria bau adalah deria yang boleh mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung. 2. Kepekaan (sensitivity) hidung kepada rangsangan adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut: i. Kekuatan bau. ii. Kehadiran mukus dalam hidung. 28. DERIA RASA 1. Deria rasa adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia berperisa).Lidah merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia / bahan berperisa. Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut. 2. Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam bentuk cecair. 3. Apabila makanan dimakan, air liur (saliva) dirembeskan di dalam mulut untuk melarutkan makanan. 4. Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang tunas rasa (taste buds) untuk mencetuskan impuls. 5. Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk ditafsirkan sebagai rasa. 6. Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat jenis rasa 29. DERIA PENDENGARAN 1.2.BahagianTelinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam. Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala telinga dalam dipenuhi dengan cecairStruktur / Ciri-ciriFungsiTelinga luar:Berbentuk corong dan terdiri daripada tulangMengumpul dan mengarahkanCuping telingarawan.gelombang bunyi ke dalam telinga.Salur telingaTiub sempit yang menghala ke arah gegendangMenghantar gelombang bunyi ke(Ear canal)telinga.gegendang telinga.Gegendang telingaMembran nipis yang memisahkan bahagianBergetar dan menghantar gelombang(Eardrum)telinga luar daripada telinga tengah.bunyi ke osikel.(Pinna) 30. DERIA PENDENGARANTelinga tengah:Terdiri daripada tiga tulangMempertingkatkan getarankecil:gelombang bunyi sebanyakOsikelTukul (Hammer): Menyentuh22 kali sebelum(Ossicles)gegendang telinga.menghantar ke tingkapAndas (Anvil):bujur.Menyambungkan tulang tukul kepada tulang rakap.Rakap (Stirrup): Melekat pada tingkap bujur. Tiub EustachiaTiub sempit yangMengimbangi tekanan(Eustachian tube)menyambungkan bahagianudara di kedua-dua belahtelinga tengah ke tekak.gegendang telinga.Tingkap bujurMembran nipis yangMenghantar getaran bunyi(Oval window)berbentuk bujur antara telingadari bahagian telingatengah dan telinga dalam.tengah ke telinga dalam. 31. DERIA PENDENGARANTelinga dalam:Tiub bergelung yang penuhMengubah getaran bunyidengan cecair. Dindingkepada impuls.Kokleadalamnya mempunyai hujung(Cochlea)saraf yang sensitif terhadap getaran gelombang bunyi.Salur separuh bulatTiga saluran yang terletak padaMengimbangi kedudukan(Semicircular canals)sudut kanan di antara satu samabadan.lain. Mempunyai kantung kecil yang dipenuhi dengan cecair dan hujung saraf yang sensitif terhadap keseimbangan fizikalbadan. Saraf auditoriSekumpulan saraf yangMenghantar impuls dari(Auditory nerves)menyambungkan sel-sel deriakoklea ke otak untukke otak.ditafsirkan sebagai bunyi. 32. DERIA PENGELIHATAN 1. Deria penglihatan adalah deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya. Mata adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia.Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak. Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol. 2. Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling luar), koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam). Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan sendirinya. Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata. 33. FUNGSI BAHAGIAN MATA Bahagian Sklera (sclera)Kornea (cornea)Koroid (choroid)Konjunktiva (conjunctiva) IrisStruktur/Ciri-ciriFungsiLapisan putih yang kuat.Memegang bentuk mata.Membran lut cahaya (translucent) sklera, pada bahagian depan mata.Membenarkan cahaya masuk ke dalam mata.Lapisan gelap yang mempunyai banyak kapilari darah.Lapisan epitelium pada depan mata. Lapisan berbentuk cakera (disc-shaped) pada depan mata.Melindungi mata.Memfokus cahaya pada retina. Membekal oksigen dan makanan kepada mata. Menyerap dan mengelakkan pantulan cahaya di dalam mata. Melindungi kornea. Menentukan warna mata. Mengawal saiz pupil dan jumlah cahaya yang memasuki mata. 34. FUNGSI BAHAGIAN MATA Anak mata (pupil)Bukaan kecil pada depan mata.Membenarkan cahaya memasuki mata.Kanta mata (lens)Kanta cembung yang lut sinar dan elastik.Membias dan menfokus cahaya pada retina.Otot silia (ciliary muscle)Otot yang membentang dari koroid.Mengubah ketebalan kanta apabila jarak fokus kanta berubah.Ligamen gantung (supportive ligament)Satu struktur yang terbentuk daripada gentian kolagen.Menyokong dan memegang kanta pada tempatnya.Gelemaca (vitreous humour)Bahan seperti jeli yang mengisi ruang di dalam biji mata.Mengekalkan bentuk mata. Menyerakkan dan memfokus imej pada retina. Bertindak sebagai penyerap getaran pada mata. 35. FUNGSI BAHAGIAN MATA Gelemair (aqueous humour) Cecair tidak berwarna Membias dan menfokus cahaya yang mengisi ruang di yang memasuki mata. bahagian hadapan kanta mata. Retina Lapisan sel yang peka Mengesan rangsangan kepada cahaya. cahaya dan Titik bertentangan menukarkannya kepada (a) Bintik kuning dengan pupil dan kaya impuls. (yellow spot) dengan reseptor peka Kawasan mata yang paling cahaya. peka terhadap cahaya. (b) Bintik buta (blind spot) Titik melalui saraf optik, Imej objek yang dilihat yang keluar dari retina, difokus disini. dan tidak mempunyai Kawasan mata yang tidak sel yang peka kepada peka terhadap cahaya. cahaya.Saraf optik (optic nerve)Imej objek yang terbentuk di sini tidak dapat dikesan. Sekumpulan saraf yang Menghantar impuls dari retina menghubungkan retina ke otak untuk ditafsirkan. ke otak. 36. SEKIAN