Sistem Tenaga Siap

7
SISTEM TENAGA Definasi: Tenaga boleh didefinasikan sebagai kesanggupan serta keupayaan melakukan kerja. Kerja di sini didefinasikan sebagai kebolehan menggunakan sesuatu kuasa sepanjang jarak yang tertentu. Terdapat 6 jenis tenaga: a) Tenaga kimia b) Tenaga mekanik c) Tenaga haba d) Tanaga cahaya e) Tenaga elektrik f) Tenaga solar Teori keabadian tenaga Tenaga tidak boleh dilenyapkan sebaliknya akan menukar bentuk kepada bentuk yang lain. Setiap satu tenaga ini dapat ditukarkan dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. Perubahan tenaga seperti ini adalah suatu perkara yang menakjubkan terutama sekali apabila tenaga kimia betukar corak kepada tenaga mekanik bagi membolehkan manusia melakukan pergerakan tubuh badan. Sumber tenaga ini adalah hasil daripada pertukaran makanan kepada tenaga kimia di dalam badan.

description

K

Transcript of Sistem Tenaga Siap

SISTEM TENAGA

SISTEM TENAGADefinasi:

Tenaga boleh didefinasikan sebagai kesanggupan serta keupayaan melakukan kerja. Kerja di sini didefinasikan sebagai kebolehan menggunakan sesuatu kuasa sepanjang jarak yang tertentu.

Terdapat 6 jenis tenaga:

a) Tenaga kimia

b) Tenaga mekanik

c) Tenaga haba

d) Tanaga cahaya

e) Tenaga elektrik

f) Tenaga solar

Teori keabadian tenaga

Tenaga tidak boleh dilenyapkan sebaliknya akan menukar bentuk kepada bentuk yang lain. Setiap satu tenaga ini dapat ditukarkan dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. Perubahan tenaga seperti ini adalah suatu perkara yang menakjubkan terutama sekali apabila tenaga kimia betukar corak kepada tenaga mekanik bagi membolehkan manusia melakukan pergerakan tubuh badan. Sumber tenaga ini adalah hasil daripada pertukaran makanan kepada tenaga kimia di dalam badan.

Sebagai contoh, karbohidrat berasal dari sebatian bahan kimia seperti karbon, hidrogen dan ksigen ditukarkan menjadi glukosa sebelum disimpankan ke dalam sel-sel badan sebagai tenaga glikogen. Bila perlu, glikogen ini akan di huraikan supaya tenaga dibebaskan bagi kepeluan fisiologi tubuh badan.

(KARBOHIDRAT, (CH2O)n) = KARBON + OKSIGEN + HIDROGEN ( GLUKOSATiga Sistem Yang UtamaTenaga yang diperolehi semasa proses metabolisme dalam keadaan oksigen yang mencukupi tidaklah segera digunakan, malahan tenaga ini digunakan untuk membuat sejenis sebatian kimia adenosine triphosphate ( ATP ) yang akan disimpan di dalam semua sel-sel otot. Hanya tenaga yang dibebaskan melalui pecahan sebatian ini sahajalah yang akan membolehkan sel-sel otot melakukan pekerjaan yang dipelukan.

ATPUntuk menjalankan kerja sesuatu otot mestilah dengan cara mengelunsurkan filamen-filemen aktin dan myosin di atas satu sama lain. Ini akan menghasilkan pergerakan di sendi. Penguncupan otot, kuat atau lemah adalah hasil daripada rangkaian tindakbalas yang kompleks yang memerlukan tenaga. Tenaga yang diperlukan oleh aktiviti otot ialah tenaga kimia yang terkandung dalam komponen phosphate bertenaga tinggi terutamanya adenosine triphosphate ( ATP ). ATP meupakan punca tenaga utama untuk penguncupan otot dan ianya dibentuk oleh rangkaian phosphate bertenaga tinggi. Uraian kumpulan phosphate dari ATP membekalkan dari ATP membekalkan tenaga serta merta kepada otot. A-P-P-P ( A-P-P + TENAGA + P (fosfat bukan organik)

( ATP ) ( ADP )Tetapi punca tenaga ( ATP ) yang tersimpan di dalam otot ini terhad dan akan berkurangan/kehabisan di antara 1 2 saat kecuali dibentuk semula atau dikembalikan. Untuk mengekalkan aktiviti otot penghasilan ATP dengan serta-merta diperlukan. Andaikan seperti sebuah tangki ATP yang terpaksa dikekalkan penuh atau separuh penuh ( jangan berkurangan dari 60% muatan ) pada setiap masa untuk membolehkan aktiviti otot berjalan terus. Terdapat 3 jenis laluan yang dapat memenuhkan kembali tangki tenaga ATP tadi. Sistem-sistem laluan tersebut adalah:a. Sistem Tenaga AerobikSistem tenaga aerobik bermaksud seorang atlit dapat melaksanakan sesuatu tugas bepanjangan dengan tekanan yang tingi tanpa merasa lesu. Sistem ini adalah sistem di mana atlit mengatasi sesuatu beban atau rintangan dengan kehadiran atau menggunakan oksigen. Dalam erti kata lain, otot-otot bekerja dengan menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Latihan daya tahan akan membantu meningkatkan kemampuan sistem kardio-resparatori dan meningkatkan kemampuan untuk menyampaikan oksigen untuk digunakan oleh otot-otot. Kebanyakan sukan memerlukan tenaga aeobik yang tnggi bagi memastikan atlit dapat mengekalkan aktiviti berpanjangan. Kuasa aerobik juga dianggapkan sebagai kuasa utama bagi mengekalkan daya tahan untuk bergerak. Kemampuan aerobik bergantung kepada kemampuan jantung dan paru-paru untuk membekalkan oksigen kepada otot yang sedang bekerja.

Melalui latihan aerobik atlit akan mengalami beberapa perubahan fisiologi seperti berikut:-

a) Mitokondria otot yang dilatih akan dapat meningkatkan kemampuannya untuk menghasilkan ATP-Oxidative-Phosphorylation.

b) Mitokondria akan menambah dari segi saiz dan bilangan.

c) Myoglobin dalam otot akan bertambah. Ini akan membantu membawa lebih banyak oksigen dalam tubuh.

d) Meningkatkan kemampuan otot untuk menggunakan dan mengoksidasikan lemak dan karbohidrat untuk dijadikan tenaga.

e) Berlakunya hipotropi pada fiber otot disebabkan oleh latihan lebihan bebanan.

f) Memperbaiki dan memastikan sistem penukaran gas berjalan dengan lancar dan efisyen serta memperbaiki sistem penafasan dan sistem penghantaran oksigen.

g) Membantu sistem pelupusan Asis Laktik dengan pantas dan ini akan memastikan persingkatan pekumpulan asid laktik dalam otot yang akan mengurangkan atau menghilangkan kelesuan.

h) Atlit dapat bekerja dengan berpanjangan tanpa lesu atau mengatasi tanpa kelesuan.

b. Sistem Tenaga Anaerobik Alaktik

Terdapat kompaun bertenaga tinggi dalam otot yang dinamakan creatine phosphate ( CP ). CP membekalkan punca serta merta untuk membentuk kembali ATP. Pindaan phosphate dari CP kepada ADP membentukkan kembali ATP dan seteusnya ADP diuraikan kembali untuk menghasilkan tenaga dan ADP. Dalam menjalankan kerja/latihan yang mempunyai intensiti yang tingi proses tadi berterusan sehingalah kekurangan/kehabisan CP.

Enzim yang bertanggungjawab tentang hal uraian dan pindahan untuk pembentukan kembali ATP adalah creatine kinase ( CK ). Tindak balasnya pula berdua haluan:

ADP + CP ( AP + C

A-P-P-P ( A-P-P + TENAGA + P (fosfat Bukan Organik)

(ATP) (ADP)

Pembentukan kembali ATP dengan cara proses ini akan kekal selama kira-kira 4 hingga 5 sahaja apabila daya yang digunakan adalah maksimum. Ditambah dengan tenaga 1 hingga 2 saat tenaga yang ada dalam otot kira-kira 7 saat tenaga dapat diperkirakan. Inilah yang dikatakan sisstem Anaerobik tadi. Cabaran kepada sistem ini ialah kepantasan, yang berlak apabila seseorang atlit berlari pantas di antara jarak 30 hingga 60 meter. Kerja yang mempunyai kepantasan dan intensiti yang tinggi ini berlaku dalam jangka masa yang pendek tanpa berlakunya longgokan laktik dan ion hidrogen.

c. Sistem Anaerobik LaktikKeperluan kepada tenaga akan menentukan sistem tenaga yang mana akan dikehendaki dan dengan itu juga otot-otot akan mengubahsuai kepada sistem tenaga yang berkenaan. Pergerakan sistem tenaga anaerobik laktik ini melibatkan uraian glikogen atau glukosa dalam keadaan anaerobk untuk menghasilkan tenaga dan laktik serta ion hidrogen.Hidrogen ion menjadikan otot itu berasid dan dengan itu akan memberhentikan perjalanan sistem ini. Untuk setiap laktik yang dihasilkan, dihasilkan juga satu ion hidrogen. Ini berlaku dalam sitoplasma (cytoplasma) otot dan tindakan kimianya adalah seperti berikut:- GLUKOSA + 2p* 2 ADP 2 ATP + 2 LAKTIK + 2 H +Berikut adalah reaksi kimia dalam glikolisis anaerobik dalam menghasilkan pyruvate dan laktik.GLIKOGENGLUKOSE(GLUKOSA 6 P FRUCTOSE 6P FRUCTOSE 6 DIPHOSPATE

PHYRUVATE ( LAKTIK

Justeru itu pembentukan laktik bukan semestinya untuk bekalan tenaga tetapi sebagai stor untuk hidrogen supaya dapat memastikan sistem bekalan tenaga ini berjalan dengan baik. Dalam keadaan anaerobik penumpuan ion hidrogen merupakan faktor yang menghadkan lakuan dan juga merupakan punca utama kelesuan/keletihan otot dalam larian 300 m ke 800 m. Dari segi kelesuan tubuh manusia mempunyai sistem jagaan tersendiri di mana pertambahan penumpuan laktik akan memberhentikan sistem anaerobik itu selepas 40 saat ke 50 saat, bekerja pada tahap yang maksima. Walaupun semua sistem tenaga akan digerakkan atau dihidupkan serentak tetapi berdasarkan progressive recruitment apabila sesuatu sistem itu tercabar lebih, sistem yang lain akan mula mengambil alih peranan pula.