Sisw - core.ac.uk · Sisw Leftenan Muda Mohd Firdaus cemerlang akademik, kokurikulum Oleh Mohd...

3
Sisw Leftenan Muda Mohd Firdaus cemerlang akademik, kokurikulum Oleh Mohd Faisal Md Noor bhvorsi ti,zpbhorioll.com. my BERFIKIRANpositif dan bijak merancang masa menjadikan pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Universiti Putra Malaysia (UPM), Leftenan Muda Mohd Firdaus Zakaria bukan saja pelajar yang wajar dijadikan contoh, bahkan pencap,aian dalam bidang pengajian juga amat membanggakan. Memulakan karier di Bahagian Perancangan Korporat, Pejabat Naib Canselor UPM sebaik menamatkan pengajian ijazah pertamanya, Mohd Firdaus turut terbabit secara langsung dalam proses perancangan strategik UPM, terutama dalam penguru- san ranking universiti dunia, selain mengurus tadbir pelan strategik UPM. Oi samping itu, aktiviti perancangan korporat yang lain antaranya latihan pengurusan nilai, pengurusan belanja- wan berasaskan hasil dan penjenama- an UPM turut dipertanggungjawab- kan kepada beliau. "Pembahagian masa menjadi paling kritikal jika mahu terus mengecapi kejayaan cemerlang dalam bidang pengajian dan kerjaya pilihan ini. la memang satu senario yang mencabar dan memerlukan kemahiran mengu- ruskan (masa) yang berkesan. "Ia membabitkan pengurusan strategi yang bagus bagi menangani jadual harian padat untuk memasti- kan ia seimbang, antara pengajian dan kerjaya ini;'katanya yang kini menja- wat jawatan sebagai eksekutif kanan dalam sebuah anak syarikat UPM. Mohd Firdaus berkata, kepercayaan diberikan UPM kepadanya menjadi perangsang untuk beliau terus mem- berikan sumbangan terbaik. Katanya, komitmen tidak berbelah bahagi kepada kesemua tuntutan . kerjaya dan pengajian itu, termasuk ll1enghadiri kuliah pada sebelah ma- lam sudah menjadi rutin yang perlu diharungi bagi membalas kepercaya- an diberikan semua pihak. "Ada kalanya, rutin itu memenatkan, tapi semua dilakukan kerana minat mendalam. Tambahan lagi, saya turut bertugas sebagai pensyarah sambi Ian di Pusat Inovasi Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar UPM, sudah pasti ia kedengaran amat membeban-f kan, tapi secarajujurnya, saya amat menyukai semua tanggungjawab diberikan ini. "Pengorbanan dari segi masa rehat yang tidak mencukupi kerana jadual padat saban hari sudah menjadi perkara biasa. Sebab itu, seperti yang saya makl.umkan tadi, ia memerlukan komitmen tinggi dan disiplin diri yang ampuh, sentiasa berfikiran positif dan mehgamalkan gaya hidup sihat (mental dan fizikan;' katanya. Penerima Anugerah Naib Canselor dan PelajarTerbaik Keseluruhan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah UPM itu mengakui bahawa pengalaman beliau aktif sebagai atlet, pemimpin pelajardan perwakilan (peringkat universiti dan negara) banyak mem- bantu proses penerapan disiplin dan pengendalian organisasi secara efektif bilgi memastikan tugas di pejabat serta bilik kuliah dapat dijalankan dengan lancar. "Kombinasi kemahiran insaniah dan kemahiran teknikal dipupuk melalui pembabitan (berterusan) dalam aktivi- ti berorganisasi juga amatlah kritikal dalam pembangunan modal insan. Pelajar harus bijak mengurus secara strategik kebolehan diri memastikan kehidupan harian yang mencabar dan kompetitif dapat disusun secara efektif," katanya. Mohd Firdaus yang sering terpilih sebagai pegawai pengiring ketua negara dalam beberapa persidangan antarabangsa mengakui komitmen tinggi dan perancangan yang teliti menjadi kunci utama untuk memasti- kan setiap perancangan yang dibuat dapat dicapai. Beliau yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhO) dan menjadi Ketua pegawai Eksekutifyang disegani berharap, lebih ramai pelajar yang tampil menonjolkan kemampuan diri masing-masing bagi bersama menjadikan impian Malaysia sebuah negara yang berpendapatan tinggi tercapai.

Transcript of Sisw - core.ac.uk · Sisw Leftenan Muda Mohd Firdaus cemerlang akademik, kokurikulum Oleh Mohd...

Page 1: Sisw - core.ac.uk · Sisw Leftenan Muda Mohd Firdaus cemerlang akademik, kokurikulum Oleh Mohd Faisal Md Noor bhvorsi ti,zpbhorioll.com. my BERFIKIRAN positif dan bijak

SiswLeftenan Muda Mohd Firdaus cemerlang akademik, kokurikulumOleh Mohd Faisal Md Noor

bhvorsi ti,zpbhorioll.com. my

BERFIKIRANpositif dan bijakmerancang masa menjadikanpelajar Sarjana Pentadbiran

Perniagaan (MBA) Universiti Putra

Malaysia (UPM), Leftenan Muda MohdFirdaus Zakaria bukan saja pelajaryang wajar dijadikan contoh, bahkan

pencap,aian dalam bidang pengajianjuga amat membanggakan.

Memulakan karier di BahagianPerancangan Korporat, Pejabat NaibCanselor UPM sebaik menamatkan

pengajian ijazah pertamanya, MohdFirdaus turut terbabit secara langsung

dalam proses perancangan strategikUPM, terutama dalam penguru-san ranking universiti dunia, selainmengurus tadbir pelan strategik UPM.

Oi samping itu, aktiviti perancangankorporat yang lain antaranya latihanpengurusan nilai, pengurusan belanja­wan berasaskan hasil dan penjenama­an UPM turut dipertanggungjawab­kan kepada beliau.

"Pembahagian masa menjadi palingkritikal jika mahu terus mengecapikejayaan cemerlang dalam bidangpengajian dan kerjaya pilihan ini. lamemang satu senario yang mencabardan memerlukan kemahiran mengu­

ruskan (masa) yang berkesan."Ia membabitkan pengurusan

strategi yang bagus bagi menanganijadual harian padat untuk memasti­kan ia seimbang, antara pengajian dankerjaya ini;'katanya yang kini menja­wat jawatan sebagai eksekutif kanandalam sebuah anak syarikat UPM.

Mohd Firdaus berkata, kepercayaan

diberikan UPM kepadanya menjadiperangsang untuk beliau terus mem­berikan sumbangan terbaik.

Katanya, komitmen tidak berbelah

bahagi kepada kesemua tuntutan. kerjaya dan pengajian itu, termasukll1enghadiri kuliah pada sebelah ma­lam sudah menjadi rutin yang perludiharungi bagi membalas kepercaya-

an diberikan semua pihak."Ada kalanya, rutin itu memenatkan,

tapi semua dilakukan kerana minatmendalam. Tambahan lagi, saya turut

bertugas sebagai pensyarah sambi Iandi Pusat Inovasi Keusahawanan dan

Pembangunan Pelajar UPM, sudahpasti ia kedengaran amat membeban-fkan, tapi secarajujurnya, saya amatmenyukai semua tanggungjawabdiberikan ini.

"Pengorbanan dari segi masa rehatyang tidak mencukupi kerana jadualpadat saban hari sudah menjadiperkara biasa. Sebab itu, seperti yangsaya makl.umkan tadi, ia memerlukan

komitmen tinggi dan disiplin diri yangampuh, sentiasa berfikiran positifdan mehgamalkan gaya hidup sihat

(mental dan fizikan;' katanya.Penerima Anugerah Naib Canselor

dan PelajarTerbaik Keseluruhan KolejSultan Alaeddin Suleiman Shah UPM

itu mengakui bahawa pengalamanbeliau aktif sebagai atlet, pemimpinpelajardan perwakilan (peringkatuniversiti dan negara) banyak mem­bantu proses penerapan disiplin danpengendalian organisasi secara efektif

bilgi memastikan tugas di pejabat

serta bilik kuliah dapat dijalankandengan lancar.

"Kombinasi kemahiran insaniah dan

kemahiran teknikal dipupuk melalui

pembabitan (berterusan) dalam aktivi­ti berorganisasi juga amatlah kritikaldalam pembangunan modal insan.Pelajar harus bijak mengurus secarastrategik kebolehan diri memastikankehidupan harian yang mencabardan kompetitif dapat disusun secaraefektif," katanya.

Mohd Firdaus yang sering terpilih

sebagai pegawai pengiring ketuanegara dalam beberapa persidanganantarabangsa mengakui komitmen

tinggi dan perancangan yang telitimenjadi kunci utama untuk memasti­kan setiap perancangan yang dibuatdapat dicapai.

Beliau yang bercita-cita untukmelanjutkan pengajian ke peringkatDoktor Falsafah (PhO) dan menjadiKetua pegawai Eksekutifyangdisegani berharap, lebih ramaipelajar yang tampil menonjolkankemampuan diri masing-masing bagibersama menjadikan impian Malaysiasebuah negara yang berpendapatantinggi tercapai.

Page 2: Sisw - core.ac.uk · Sisw Leftenan Muda Mohd Firdaus cemerlang akademik, kokurikulum Oleh Mohd Faisal Md Noor bhvorsi ti,zpbhorioll.com. my BERFIKIRAN positif dan bijak
Page 3: Sisw - core.ac.uk · Sisw Leftenan Muda Mohd Firdaus cemerlang akademik, kokurikulum Oleh Mohd Faisal Md Noor bhvorsi ti,zpbhorioll.com. my BERFIKIRAN positif dan bijak