Siti Asdiah Masran

10
Siti Asdiah Masran (AEU110020) Huraikan gerakan tentangan terhadap Portugis pada tahun 1511 hingga 1641. Jika diimbas semula coretan sejarah imperialis Portugis yang datang ke Timur, kita sedia maklum kedatangan mereka dikaitkan dengan penemuan jalan laut, penyebaran agama Kristian dan kegiatan perdagangan. Kegigihan orang Portugis contohnya Bartholomew Diaz, Vasco da Gama termasuklah Lopez de Sequeira iaitu orang Portugis pertama tiba di Melaka pada tahun 1509. Beliau dihantar oleh raja Portugal untuk memulakan hubungan antara kedua-dua buah kerajaan. Kedatangan mereka pada mulanya disambut baik oleh Sultan Mahmud Syah. Mereka dibenarkan berniaga di Melaka dengan jaminan keselamatan daripada sultan Melaka. Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat telah mendapat maklumat bahawa kedatangan Portugis adalah untuk menguasai perdagangan dan menentang agama Islam. Perkara ini telah disampaikan kepada Bendahara Tun Mutahir. Beliau menasihati sultan supaya menangkap orang Portugis termasuk pegawai kanan rombongan yang bernama Ruy de Araujo. Walau bagaimanapun, Lopez de Sequeira

Transcript of Siti Asdiah Masran

Page 1: Siti Asdiah Masran

Siti Asdiah Masran (AEU110020)

Huraikan gerakan tentangan terhadap Portugis pada tahun 1511 hingga 1641.

Jika diimbas semula coretan sejarah imperialis Portugis yang datang ke Timur, kita sedia

maklum kedatangan mereka dikaitkan dengan penemuan jalan laut, penyebaran agama

Kristian dan kegiatan perdagangan. Kegigihan orang Portugis contohnya Bartholomew Diaz,

Vasco da Gama termasuklah Lopez de Sequeira iaitu orang Portugis pertama tiba di Melaka

pada tahun 1509. Beliau dihantar oleh raja Portugal untuk memulakan hubungan antara

kedua-dua buah kerajaan. Kedatangan mereka pada mulanya disambut baik oleh Sultan

Mahmud Syah. Mereka dibenarkan berniaga di Melaka dengan jaminan keselamatan daripada

sultan Melaka.

Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat telah mendapat maklumat bahawa kedatangan

Portugis adalah untuk menguasai perdagangan dan menentang agama Islam. Perkara ini telah

disampaikan kepada Bendahara Tun Mutahir. Beliau menasihati sultan supaya menangkap

orang Portugis termasuk pegawai kanan rombongan yang bernama Ruy de Araujo. Walau

bagaimanapun, Lopez de Sequeira dan beberapa pengikutnya telah Berjaya melarikan diri ke

Goa. Pada tahun 1510, raja Portugal menghantar angkatan laut yang dipimpin oleh Alfonso

de Albuquerque untuk menyerang Melaka. Apabila tiba di Melaka, beliau menuntut

pembebasan tawanan Portugis dan meminta ganti rugi. Beliau juga meminta untuk

mendirikan kubu di Melaka. Sultan Mahmud Syah bertindak berani dengan menolak semua

tuntutan Alfonso. Tindakan Sultan Mahmud Syah yang menolak permintaan tersebut

menyebabkan Alfonso mengambil keputusan untuk menyerang Melaka. Serangan pertama

dilancarkan pada 25 Julai 1511. Dalam serangan itu, Portugis Berjaya menguasai jambatan

Sungai Melaka. Kejayaan ini disebabkan maklumat kekuatan pertahanan Melaka yang telah

diberikan oleh Si Kitol kepada pihak Portugis.

Page 2: Siti Asdiah Masran

Orang Melayu sudah lama berjuang, dan kuasa barat pertama ditentang ialah Portugis yang

datang menyerang Melaka pada tahun 1511. Serangan-serangan orang Portugis berlaku pada

25 Julai 1511, pada masa ini orang Melaka dapat mempertahankan Melaka dari serangan

orang Portugis apabila orang Portugis gagal menawan jambatan Melaka.

Angkatan Melaka di bawah pimpinan oleh Sultan Ahmad, dan ayahanda baginda

bekas Sultan Mahmud menentang pendaratan angkatan Portugis di kawasan

berhampiran Bukit Melaka.

Pada 10 Ogos 1511 orang Portugis menyerang Melaka lagi dan hanya pada 24 Ogos

1511 Melaka akhirnya dikalahkan oleh Portugis, dan Portugis menduduki Melaka.

Walaupun kalah, Sultan, pembesar dan pengikut berundur ke tempat yang difikirkan

selamat untuk merancang serangan balas.

Isi

Setelah Melaka jatuh ke tangan orang Portugis. Maka, Sultan Ahmad yang pada

ketika itu memerintah Melaka telah berundur ke Bertam manakala Sultan Mahmud

ke Kota Hampar. Kubu ini diserang oleh angkatan Portugis yang diperintahkan oleh

Alfonso d' Albuquerque. Sultan Ahmad yang gagal mempertahankan kubu baginda,

berundur; dan seterusnya bergabung dengan angkatan ayahanda baginda di Batu

Hampar.

Dari sini kedua-duanya berundur lagi dan membina kubu pertahanan di Muar. Ketika

bertapak di Muar ini Sultan Ahmad dan bekas Sultan Mahmud melancarkan serangan

Page 3: Siti Asdiah Masran

ke atas Portugis di Melaka dan juga menghadang serangan Portugis ke atas kubu

mereka di Muar.

Kemudiannya Sultan Ahmad dan ayahanda baginda berundur ke Bintan. Semangat

perjuangan tidak pemah luntur, mereka terus menghantar pasukan atau memimpin

pasukan menentang Portugis di Melaka. Sultan Mahmud menghantar angkatan di

bawah pimpinan Laksamana Hang Nadim menyerang Portugis di Melaka.

Pada Julai 1512, Laksamana Hang Nadim mengetuai orang Melayu menyerang orang

Portugis di Melaka tetapi orang Portugis dapat mempertahankan Melaka.

Antara 1510 - 1518 - orang Melayu dibawah kepimpinan Sultan Mahmud telah

menyerang Melaka beberapa kali, juga diketui oleh Laksamana Hang Nadim.

Beberapa kali serangan telah dilakukan ke atas Melaka, ini menunjukkan bahawa

orang Melayu tak akan duduk diam selagi Melaka berada di tangan orang Portugis.

Namun, serangan demi serangan telah dilakukan, orang Portugis tidak dapat dihalau

dari Melaka kerana mereka telah ada kota yang amat kukuh untuk ditembusi.

1519, Sultan Mahmud datang bersama angkatan ke Muar untuk melancarkan serangan

ke atas Portugis di Melaka. Orang Melayu telah menyekat makanan supaya tidak

sampai ke Melaka dan memaksa Portugis mendapatkan bantuan dari Burma. Oleh

kerana kehadiran Sultan Mahmud ini mengacam mereka, Portugis datang menyerang

Sultan Mahmud di Muar.

Pada tahun 1520 Sultan Mahmud menghadang kemaraan angkatan Portugis

menyerang Muar. Sultan Mahmud dikalahkan, dan baginda berundur ke Bentan.

Seterusnya Sultan Mahmud menghantar pasukan di bawah pimpinan Tun Isap

Berakah (Paduka Tuan), Sultan Abdul Jalil (Raja Nara Singa, menantu baginda), Raja

Inderagiri menyerang Portugis di Melaka. Namun begitu, angkatan Sultan Mahmud

telah dikalahkan.

Page 4: Siti Asdiah Masran

Angkatan Portugis terus menyerang kedudukan Sultan Mahmud di Bentan. Manakala

Sultan Mahmud menghadang setiap serangan yang dilakukan oleh Portugis. Pad a

tahun 1523 dan 1524 angkatan Portugis menyerang Bintan. Da1am pertempuran

tahun 1523, angkatan Sultan Mahmud berjaya menenggelamkan tujuh buah kapal

Portugis dan mengundurkan mereka ke Melaka. Begitu juga angkatan Portugis yang

datang lagi menerang Bintan pada tahun 1524 dikalahkan oleh angkatan Sultan

Mahmud.

Seterusnya pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro

Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang

melindungi Sultan Mahmud. Angkatan Sultan Mahmud berjuang dengan gigih, tetapi

dikalahkan oleh Portugis. Sultan Mahmud berundur ke Kampar dan dinobatkan

sebagai Raja Kampar.

Seterusnya Sultan Mahmud mangkat di Kampar pada tahun 1528, dan dikenali

sebagai Marhum Kampar. Sejak itu Raja Ali menjadi Sultan Johor dan memakai

gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II.

Pada tahun 1533 Sang Naya seorang rakyat Johor dan Melaka cuba menyerang

Portugis dari dalam Melaka semasa orang Portugis pergi ke gereja. Tetapi

rancangannya diketahui lalu ia dibunuh dengan cara menjatuhkannya dari menara

bangunan. Perbuatan ini menyebabkan Sultan Johor pada masa itu marah. Wakil

Portugis untuk menjelaskan kes pembunuhan itu telah dibunuh hingga menyebabkan

Portugis bertindak balas menyerang Johor dan memaksa sultannya berundur ke

Sayung.

Penyerangan ini menyebabkan orang Melayu marah dan menyerang kapal Portugis

yang lalu di perairan Johor dan pada 1536 Portugis menyerang sayung dan telah

menang dan ini memaksa Sultan untuk berdamai.

Page 5: Siti Asdiah Masran

Pada Januari 1551, dengan bantuan Perak dan Pahang. Johor telah menyerang

Portugis dengan 200 perahu dan 5000 askar. Mereka telah mengepung Melaka selama

tiga bulan tetapi gagal setelah Portugis merancang menyerang Perak dan Pahang serta

Johor dan ini mendesak ke tiga-tiga negeri berundur dan mempertahankan negeri

mereka. Sejak itu Johor tidak lagi menghantar misi semasa Sultan Alauddin Riayat

Shah II.

Pada tahun 1570/71 Sultan Umar yang berasal dari negeri Pahang dilantik menjadi

Sultan Johor bergelar Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Riayat Shah II den baginda melantik

Tun Seri Lanang menjadi Bendahara Johor. Sultan Ali mendirikan kerajaan di Johor

Lama. Semasa pemerintahan Sultan Ali terdapat beberapa siri serangan orang Johor

ke atas Melaka termasuklah membantu Acheh menyerang Portugis (1577), pada masa

ini hubungan Johor dengan Acheh adalah baik.

1587, Johor menyerang pihak Portugis secara besar-besaran melalui serangan tanah

daratan dan laut tetapi gagal sewaktu angkatan pihak Portugis sampai dari Goa.

1597, Pihak Belanda membuat serangan pertama Belanda ke atas Kota Portugis

Melaka dan menjadi lebih hebat menyerang setelah Sultan Abdullah telah membuat

perjanjian dengan Belanda pada 17 Mei 1606.

1606: Pihak Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama dengan

Sultan Johor untuk menguasai Melaka. Pertempuran berlaku pada 17 Ogos 1606,

namun percubaan selama tiga bulan itu gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari

Goa. Pada 24 Ogos 1606, Cornelis Matelief telah berundur.

1636: Kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan

Pada 20 Mei 1640 Jeneral Antonio Van Diemen pergi ke Melaka dengan 4 buah kapal

dan 332 askar dan pada Julai 1640 Sultan Abdul Jalil yang menjadi Sultan Johor-

Pahang atas bantuan Belanda pada 1638 telah menghantar bantuan sebanyak 40

Page 6: Siti Asdiah Masran

perahu dan 1500 askar yang diketui Laksamana Abdul Jamil. Angkatan ini telah

berpecah tiga iaitu kepada pimpinan Jacob Cooper, William Caertekoe dan

Laksamana Tun Abdul Jamil PadukaRaja

Pihak Belanda (1641 - 1795) telah mengepung kota Melaka pada Ogos 1640 dan pada

14 Januari 1641 mereka telah dapat menembusi kota Melaka, menewaskan pihak

Portugis serta menakluk Melaka dengan pembantuan Sultan Johor. Gabenor Portugis,

Manuel de Souza Couthinho, menyerah kalah kepada Kapten Minne Williemson

Kaartokoe.

Kesimpulan

Pemerintahan Portugis di Melaka selama 130 tahun yang bermula 1511 hingga 1641

merupakan satu jangka masa yang lama dan mereka telah mencetuskan semangat-

semangat penentangan dalam kalangan orang Melayu. Sememangnya ketuanan

Portugis seringkali diserang dan diancam sama ada dari dalam mahupun dari luar

terutama sekali dari Johor, Acheh dan Belanda selain Pahang, Perak dan Naning dan

rakyat Melaka sendiri.

Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 merupakan saat bermulanya

penentangan orang Melayu terhadap penjajahan kuasa luar. Selepas Belanda

mengalahkan Portugis dan menduduki Melaka pada tahun 1641, perjuangan

menentang penjajah oleh pemerintah dan rakyat tempatan berterusan seperti yang

berlaku di Naning, Kuala Perak, Riau dan Kuala Selangor.