SITI ROSSULIANA BT. MD SAMSUDIN - fp.utm.my · PDF fileUjian imbangan statik dikenali juga...
-
Upload
duongduong -
Category
Documents
-
view
237 -
download
7
Transcript of SITI ROSSULIANA BT. MD SAMSUDIN - fp.utm.my · PDF fileUjian imbangan statik dikenali juga...
1
REKACIPTA INSTRUMEN ‘STORK STAND BALANCE TEST’ BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
SITI ROSSULIANA BT. MD SAMSUDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2
3
4
REKACIPTA INSTRUMEN ‘STORK STAND BALANCE TEST’ BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
SITI ROSSULIANA BT. MD SAMSUDIN
Tesis ini di hantar untuk memenuhi kelayakan anugerah
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER 2008
5
En Samsudin bin Siran & Pn. Rosilawati bt RosdiDoa, jasa & pengorbanan mak & abah m
Semoga mak & abah mendapat kerahmatnJasa & pengorbanan kalian tak akan pernah terbalas
Ya Allah, kasihanilah mak & abah sepertimana mak & abah mengasihiku sejak kecil
Perhatian kalian menjadi pembakar semangat buat kakak…Juga buat keluarga terdekat..& arwah atuk yang sentiasa ada dalam hati ini..
Semoga kalian sentiasa diberkati Allah…
Insan yang tersayang…yang banyak memberikan sokongan dan dorongan..Yang tak jemu
Terima kasih atas dorongan & bantuan yang kalian berikanPerkukuhkan silaturrahim antara kita demi Allah s.w.t..
Untuk abah & mak tersayang….
En Samsudin bin Siran & Pn. Rosilawati bt Rosdi Doa, jasa & pengorbanan mak & abah mengiringi kehidupan & kejayaan ya
Semoga mak & abah mendapat kerahmatn-Nya Jasa & pengorbanan kalian tak akan pernah terbalas
Ya Allah, kasihanilah mak & abah sepertimana mak & abah mengasihiku sejak kecil lagi….
Amin….
Buat adik-adik yang kakak kasihi.. Maman, ucu, alim, anip & amin
rhatian kalian menjadi pembakar semangat buat kakak…Juga buat keluarga terdekat..& arwah atuk yang sentiasa ada dalam hati ini..
Semoga kalian sentiasa diberkati Allah…
Insan yang tersayang…yang banyak memberikan sokongan dan dorongan..Yang tak jemu-jemu membantu dikala ya memerlukan…
Terima kasih..
Dan Buat sahabatku…wawa,
Terima kasih atas dorongan & bantuan yang kalian berikanPerkukuhkan silaturrahim antara kita demi Allah s.w.t..
insyaAllah..
6
engiringi kehidupan & kejayaan ya…
Jasa & pengorbanan kalian tak akan pernah terbalas Ya Allah, kasihanilah mak & abah sepertimana mak & abah mengasihiku sejak kecil
rhatian kalian menjadi pembakar semangat buat kakak… Juga buat keluarga terdekat..& arwah atuk yang sentiasa ada dalam hati ini..
Insan yang tersayang…yang banyak memberikan sokongan dan dorongan.. u membantu dikala ya memerlukan…
Terima kasih atas dorongan & bantuan yang kalian berikan Perkukuhkan silaturrahim antara kita demi Allah s.w.t..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia Nya serta
nikmat iman, Islam dan usia yang dianugerahkanNya dapatlah saya menyiapkan Projek
Sarjana Muda(PSM) yang diamanahkan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia
Nabi Muhammad s.a.w.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada penyelia saya, En.
Mohd Hafiz Ismail atas segala bimbingan, bantuan dan nasihat yang diberikan sepanjang
tempoh menyiapkan kajian ini. Semoga keikhlasan dan keluhuran En Hafiz dalam
menyampaikan ilmu kepada saya yang serba kekurangan ini diredhai dan dirahmati
Allah.Selain itu, penghargaan juga dituju kepada En Najeb Jamaludin, dalam membantu
menghasilkan instrument ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada rakan
Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) yang telah memberi kerjasama menjadi subjek
kepada kajian ini. Tidak lupa juga terima kasih buat rakan
menjadi subjek untuk kajian rintis. Jasa kalian member makna yang besar kepada saya.
Semoga Allah sentiasa memberi kejayaan dan kebahagian buat kalian.
Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak sehingga saya dapat menyempurnakan
kajian ini, sesungguhnya hanya Allah
Amin…
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia Nya serta
nikmat iman, Islam dan usia yang dianugerahkanNya dapatlah saya menyiapkan Projek
Sarjana Muda(PSM) yang diamanahkan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia
.a.w.
tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada penyelia saya, En.
Mohd Hafiz Ismail atas segala bimbingan, bantuan dan nasihat yang diberikan sepanjang
tempoh menyiapkan kajian ini. Semoga keikhlasan dan keluhuran En Hafiz dalam
ikan ilmu kepada saya yang serba kekurangan ini diredhai dan dirahmati
Allah.Selain itu, penghargaan juga dituju kepada En Najeb Jamaludin, dalam membantu
menghasilkan instrument ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan Ijazah Sarjana Muda Pendid
Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) yang telah memberi kerjasama menjadi subjek
kepada kajian ini. Tidak lupa juga terima kasih buat rakan-rakan yang bekerjasama
menjadi subjek untuk kajian rintis. Jasa kalian member makna yang besar kepada saya.
oga Allah sentiasa memberi kejayaan dan kebahagian buat kalian.
Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak sehingga saya dapat menyempurnakan
kajian ini, sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalasnya.
7
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia Nya serta
nikmat iman, Islam dan usia yang dianugerahkanNya dapatlah saya menyiapkan Projek
Sarjana Muda(PSM) yang diamanahkan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia
tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada penyelia saya, En.
Mohd Hafiz Ismail atas segala bimbingan, bantuan dan nasihat yang diberikan sepanjang
tempoh menyiapkan kajian ini. Semoga keikhlasan dan keluhuran En Hafiz dalam
ikan ilmu kepada saya yang serba kekurangan ini diredhai dan dirahmati
Allah.Selain itu, penghargaan juga dituju kepada En Najeb Jamaludin, dalam membantu
rakan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) yang telah memberi kerjasama menjadi subjek
rakan yang bekerjasama
menjadi subjek untuk kajian rintis. Jasa kalian member makna yang besar kepada saya.
Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak sehingga saya dapat menyempurnakan
8
ABSTRAK
Ujian imbangan statik dikenali juga sebagai stork stand balance test. Ujian ini
adalah salah satu komponen ujian kecergasan fizikal dalam sukan. Ujian imbangan statik
ini bertujuan untuk menguji tahap keseimbangan badan seseorang secara statik dengan
menggunakan sebelah kaki. Imbangan badan secara statik menggunakan sebelah kaki
diukur berdasarkan kepada kebolehan seseorang itu mengekalkan posisi berdiri dengan
sebelah kaki dominan semaksimum mungkin tanpa melakukan lakuan yang
menyebabkan ujian ini terbatal. Gred seseorang individu itu diukur berdasarkan norma
tersedia. Kajian ini bertujuan merekabentuk instrumen baru, berteknologi
microcontroller yang mudah alih bagi memudahkan kaedah pengukuran.
Kebolehpercayaan instrument diuji ke atas 22 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains
serta Pendidikan (Sains Sukan). Instrumen ini direkabentuk dengan menggunakan
teknologi microcontroller sebagai asas. Prosedur ujian dijalankan dengan subjek akan
melakukan lakuan stork stand balance test di atas platform yang disediakan yang
terdapat suiz diatasnya. Suiz berkenaan akan bersambung dengan microcontroller yang
akan mencatatkan masa imbangan yang dilakukan seterusnya mengeluarkan bacaan
norma bagi masa yang dilakukan. Hasil keputusan kajian adalah ujian –t sampel
berpasangan menunjukkan bahawa nilai t(21) = -.742 , p = .466 adalah lebih besar
daripada nilai aras signifikan ditetapkan iaitu p<0.05. Dapatan kajian ini menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kaedah manual dengan kaedah yang
menggunakan instrumen.
9
ABSTRACT
Stork stand balance test or as known as static balance test is one of the
component in physical fitness test. The function of this test is to discover the level of
static body balance of a person by standing with one leg. The level can be determine
based on the ability of the person to remain in the standing position with a dominant leg
without doing any actions that can contribute to the failure of the test. The grade of the
individual will be measured based on the available norms. The main purpose of this
study is to design a new portable instrument with microcontroller technology to make
the measuring process easier. The reliability of the instrument has been tested to 22
students of Degree in Science and Education (Sport Science). The instrument is designed
based on the technology of microcontroller. During the test, the respondents were
required to stand on the platform that equipped with a switch on it. The switch was
connected with the microcontroller that functions to take the time of balancing and later
it showed the reading of norms. The result from Paired-Sample T Test shows that the
value of t(21) = -.742 , p = .466. It demonstrates that the value of t is bigger than the
significant value which is p<0.05 and the value shows high reliability towards the
instrument.
10
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT DEKLARASI ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL ix
SENARAI RAJAH x
SENARAI LAMPIRAN xi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Kepentingan Kajian 6 1.6 Persoalan Kajian 7 1.7 Limitasi Kajian 7 1.8 Skop kajian 8 1.9 Definasi Operasional 8
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10 2.2 Kajian-kajian Berkaitan 10 2.3 Kesimpulan 16
11
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 17 3.2 Reka Bentuk Kajian 18 3.3 Populasi dan Persampelan 18 3.4 Instrumen Kajian 19 3.5 Prosedur Kajian 21 3.6 Rekabentuk Instrumen Kajian 26 3.7 Pengumpulan Data 33 3.8 Penganalisaan Data 33 3.9 Kajian Rintis 34 3.10 Kesimpulan 34
4 PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 35 4.2 Penganalisaan Deskriptif 35 4.3 Penganalisaan inferensi 44
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 48 5.2 Perbincangan 48 5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi 50 5.4 Kesimpulan 51 5.5 Cadangan 52 5.6 Penutup 53
RUJUKAN 54
LAMPIRAN 58
viii
12
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.1
4.2
Analisis biodata subjek bagi 22 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan). Perbandingan skor ujian kaedah pengukuran lama denga ujian menggunakan instrument yang dibangunkan untuk ujian stork stand balance test.
33
36
13
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
4.1
4.2
4.3
4.4
Spesifikasi Microcontroller 16F88. Microcontroller 16F88. Prosedur stork stand balance test. Paparan skrin monitor Stork stand balance test kaedah manual Kerja kayu untuk platfom dan pemegang kotak skrin monitor. Stork stand balance test menggunakan instrumen yang dibangunkan. Peratusan subjek mengikut umur Peratusan subjek mengikut tinggi. Perbandingan skor ujian stork stand balance test menggunakan kaedah pengukuran terdahulu dan pengukuran menggunakan instrumen berteknologi microcontroller.
Perbandingan skor ujian stork stand balance test menggunakan kaedah pengukuran terdahulu dan pengukuran menggunakan instrumen berteknologi microcontroller.
21
21
25
29
30
32
33
39
40
42
43
14
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A
B
C
D
E
F
G
Rekod Kesihatan Dan Kecergasan Diri. Surat Lantikan. Surat Persetujuan. Kajian Rintis - Borang Skor Ujian Individu “stork stand balance test”. Borang Skor Ujian Individu “stork stand balance test”. Jadual Perbandingan Skor Bagi Kaedah Pengukuran Lama Dan Menggunakan Instrumen yang Dibangunkan melalui “stork stand balance test”. Kos Perbelanjaan Pembangunan Instrumen
58 60 62 63 64 65 66
15
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kecergasan menurut ahli fisiologi merupakan keadaan dimana seseorang itu
mempunyai keupayaan melakukan kerja hariannya tanpa kelesuaan dengan
menggunakan tenaga yang optima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan di
masa kesenggangan dan ketika dalam keadaan kecemasan. Kecergasan fizikal adalah
kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih
serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. "Kecergasan
untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan
psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman
penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung,
kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula
merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau
bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan,
kemahiran dan sebagainya.
Kecergasan fizikal pula dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu berlandaskan
kesihatan(daya tahan kardiovaskular, kelembutan, kekuatan otot, daya tahan otot,
16
komposisi badan) dan berlandaskan perlakuan motor ( koordinasi, ketangkasan,
kelajuan, imbangan, masa tindakbalas dan kuasa) (Charles B. C. et al, 2002).
Dewasa ini prestasi atlit meningkat dengan mendadaknya dan kebanyakan
jurulatih menyatakan kecergasan fizikal adalah elemen penting untuk menghasilkan
pencapaian yang baik. Namun begitu terdapat beberapa faktor lain turut mempengaruhi
prestasi seperti pembawaan genetik, komposisi badan, morfologi badan dan fisiologi.
Atlit yang hanya mempunyai kecergasan fizikal terbaik mungkin tidak dapat
menunjukkan prestasi yang baik jika lemah dari segi kemahiran, taktik, pemakanan dan
mental.
Peningkatan jumlah masa latihan adalah akibat pencarian yang tidak ada
kesudahan untuk menghasilkan prestasi terbaik. Keadaan ini disebabkan atlit
beranggapan lebih banyak masa mereka berlatih maka prestasi akan bertambah. Pada
hakikatnya lebih lama masa diambil untuk berlatih tidak selalunya menghasilkan
keputusan yang baik kerana atlit perlu mengikuti prinsip-prinsip latihan dengan cara
yang saintifik untuk menghasilkan keputusan yang baik pada masa yang tepat. Ini adalah
kerana keadaan adaptasi setiap individu terhadap latihan adalah berbeza (Wilmore dan
Costill, 1994). Setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap tekanan
latihan yang sama. Seseorang mungkin merasakan latihan tersebut mungkin terlalu
membebankan tetapi atlit lain mungkin di bawah kapasiti mereka. Oleh sebab itu adalah
penting untuk jurulatih mengenal pasti perbezaan individu dalam mereka bentuk
program latihan.
Perkembangan teknologi yang semakin maju telah memudahkan kerja-kerja yang
sukar dilakukan. Kita tidak perlu lagi mengeluarkan banyak tenaga dan hanya
memerlukan jari-jari untuk memicit-micit butang sahaja untuk melakukan sesuatu kerja.
Jika dahulu, orang terpaksa mengambil air di perigi untuk mandi dan sebagainya,
sekarang ni hanya perlu memusingkan kepala paip. Perkembangan sains sukan juga
seiring dengan kemajuan teknologi pada masa ini, ia banyak membantu meningkatkan
prestasi atlit khususnya di Malaysia dan secara amnya di seluruh dunia. Kemajuan
17
teknologi sains sukan yang diaplikasikan seperti modifikasi alatan, pakaian, dan juga
cara latihan yang lebih sitematik .
Perkembangan ini juga telah mempengaruhi teknologi pengukuran digital yang
bertujuan meningkatkan prestasi atlit. Pada tahun 1960an peningkatan dan
perkembangan serius dapat kita lihat di dalam bidang teknologi khususnya dalam
penganalisisan gerak laku manusia. Pelbagai alat tercipta kerana terdorong dengan
perkembangan teknologi dan peredaran masa yang semakin mementingkan
kebolehpercayaan yang tinggi., muscle stimulator, electromyography, dynamometer
adalah antara alatan yang ada dipasaran. Alatan-alatan ini telah menjadi satu pencetus
idea untuk mengkaji dan merekacipta alatan lain dari aspek biomekanik untuk
meningkatkan prestasi atlit. Alatan lain adalah seperti latihan isokinetik, isometrik dan
isotonik yang juga banyak membantu atlit dalam meningkatkan daya fizikal mengikut
keperluan masing-masing (Sheikh Kamarudin Sheikh Ahmad, 2000)
1.2 Latar Belakang Masalah
Imbangan badan secara fizikal bukan sahaja diperlukan oleh ahli sukan untuk
sukan tertentu, tetapi ia juga penting untuk aktiviti dalam kehidupan kita setiap hari.
Seseorang yang mempunyai tahap imbangan yang lemah tidak dapat membuat aktiviti
seharian dengan baik (David K.Miller, 2002). Imbangan badan dari segi fizikal atau
‘balance’ ditakrifkan sebagai kebolehan kita untuk mengekalkan imbangan badan
samada dalam keadaan statik atau sedang bergerak (David K.Miller, 2002). Imbangan
juga boleh dibahagikan kepada imbangan statik dan dinamik.
18
Di dalam bidang sukan, imbangan amat penting terutama dalam sukan gimnastik,
renang, meluncur, memanah dan banyak lagi. Jika atlit-atlit tersebut tidak mempunyai
imbangan yang baik, mereka mungkin akan mendapat kecederaan. Contohnya atlit
sukan gimnastik yang membuat rutin dalam disiplin palang sejajar harus mempunyai
imbangan yang baik supaya tidak jatuh dan cedera. Terdapat banyak ujian kecergasan
yang menguji tahap imbangan kita seperti ‘stork stand balance test’, ‘Johnson
Modification of the Bass Test of Dynamic Balance’. Ujian-ujian tersebut membolehkan
kita mengetahui tahap imbangan kita. Ia juga dapat membantu jurulatih atau guru untuk
memilih atlit dan menyesuaikan dengan sukan yang patut diambil dengan tahap
imbangan mereka.
Teknologi yang semakin hari semakin berkembang khususnya dalam bidang
sains sukan seperti terciptanya alat untuk menguji kecergasan atlit telah mencetuskan
idea kepada penyelidik untuk merekacipta alat untuk menguji imbangan secara statik.
Memandangkan Ujian ‘stork stand’ hanya dijalankan secara manual yang hanya
memerlukan ‘stop watch’ dan permukaan rata ia mungkin akan mempunyai kesahihan
dan kebolehpercayaan yang rendah. Ini kerana munkin penguji (tester) akan terlepas
pandang atau menekan ‘stopwatch’ lambat atau cepat dan ‘bias’ terhadap sesetengah
atlit. Kelemahan ujian secara manual juga kadangkala penguji tidak menyatakan secara
terperinci arahan seperti perkara yang menyebabkan ujian itu batal dan juga ‘norm’ ujian
tersebut.
19
Oleh yang demikian penyelidik merekacipta alat untuk ujian ‘stork stand’ yang
menggunakan teknologi microcontroller yang dapat mencatatkan masa ujian dan
mengeluarkan ‘norm’ sejurus ujian tersebut batal atau tamat. ‘Buzzer’ dan lampu juga
digunakan untuk menunjukkan ujian sedang berjalan dan sudah terbatal, ia mungkin
menjadi pemangkin untuk digunakan golongan orang kurang upaya (OKU) yang ingin
membuat ujian ini.
1.3 Pernyataan Masalah
Imbangan badan dari segi fizikal atau ‘balance’ ditakrifkan sebagai kebolehan
kita untuk mengekalkan imbangan badan samada dalam keadaan statik atau sedang
bergerak. Imbangan juga boleh dibahagikan kepada imbangan statik dan dinamik.
Kajian lepas menunjukkan ujian imbangan untuk sebelah kaki boleh meramalkan
samada seseorang itu mengalami ‘ankle sprains’ (T H Trojian, D B McKeag, 2005).
Dewasa ini terdapat banyak alat tercipta bagi meningkatkan kecergasan iaitu
alatan yang terdapat di gymnasium seperti ‘leg curl’, ‘shoulder press’.Selain itu alatan
seperti Ab Roller V Crunch yang berfungsi bagi membentuk otot ‘abdominals’ yang
terdapat dalam ruangan Smart Shop boleh dibeli dengan mudah. Tetapi, alat-alat
seumpama ini hanyalah untuk meningkatkan kecergasan dan bukan untuk menguji
kecergasan. Oleh yang demikian jurulatih dan juga guru akan menghadapi kesukaran
20
untuk menguji kecergasan kerana tiada alat untuk menguji kecergasan disamping
bilangan atlit atau pelajar yang ramai.
Selain itu, kos untuk membeli alatan yang terdapat dipasaran juga amat tinggi
dan diluar kemampuan pihak sekolah. “Bagaimanapun, untuk makluman tuan-tuan dan
puan-puan, ketika ini peruntukan kewangan untuk kokurikulum diberi secara pukal pada
kadar RM3,000 untuk sekolah menengah, RM 1,750.00 untuk sekolah rendah gred A
dan RM 750 untuk sekolah rendah yang lain. Nisbah agihan kasar bagi peruntukan ini
ialah sebanyak RM2.56 bagi seorang murid setahun. Kadar ini terlalu kecil untuk
menampung perbelanjaan kegiatan kokurikulum tahunan murid yang terbahagi kepada
tiga bidang utama iaitu pasukan pakaian seragam; kelab dan persatuan; serta sukan dan
permainan (sukan untuk semua bukan sukan prestasi tinggi)”. YB. Dato’ Sri
Hishammuddin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia.
Ini ditambah pula dengan jumlah pelajar yang ramai pastinya memerlukan
kuantiti yang banyak untuk satu-satu alat. Jurulatih juga menghadapi masalah untuk
mengumpulkan semua atlit pada satu-satu masa untuk membuat ujian kerana alat yang
terhad dan mungkin akan mengganggu masa latihan atlit tersebut.
Alatan yang sedia ada juga sukar untuk di bawa kerana saiznya yang besar serta
berat. Ia juga tidak mesra pengguna dan mereka yang tahu menggunakan sahaja boleh
mengendalikannya. Kita juga agak sukar untuk mendapatkan alat menguji kecergasan
21
yang boleh terus memberikan kita ‘norm’ untuk ujian yang kita jalankan secara digital.
Oleh itu penyelidik merekacipta alat untuk ujian ‘stork stand’ yang mempunyai fungsi
mudah alih atau ‘portable’ selain mesra pengguna dan mudah digunakan selain dapat
memberikan secara automatik bacaan berapa lama kita dapat melakukan ujian tersebut
juga ‘norm’ bagi ujian tersebut. Oleh itu kita dapat mengetahui tahap keseimbangan kita
pada masa itu juga.
Penciptaan alat ini juga menitikberatkan faktor keselamatan dan pengguna dapat
melakukan ujian ini secara bersendirian dan boleh melakukan dimana sahaja dan
ditempat yang bersesuaian.
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:-
1.4.1 Menghasilkan instrumen untuk ujian keseimbangan badan secara fizikal (statik)
‘stork stand’ yang menggunakan teknologi microcontroller.
22
1.4.2 Menguji kebolehpercayaan instrumen untuk ujian keseimbangan badan secara
fizikal (statik) ‘stork stand’ yang menggunakan teknologi microcontroller
dengan menjalankan ujian keseimbangan (stork stand balance test).
1.5 Kepentingan Kajian
Hasil daripada kajian ini, akan dapat memberi faedah kepada beberapa perkara
berikut:
1.5.1 Kajian ini adalah untuk menghasilkan instrumen ‘stork stand balance test’ yang
bercorak digital. Alat pengukuran sedia ada adalah berbentuk manual dimana
hanya memerlukan ‘stop watch’ dan permukaan yang rata dan tahap
kebolehpercayaan diragui. Melalui kaedah sedia ada berkemungkinan alat ini
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan membantu atlit juga pelajar
menguji imbangan secara statik.
1.5.2 Kajian ini juga mempunyai kepentingan kepada beberapa pihak:
a) UTM: