SJK1 agm 31

9
SJK(T) KUALA KUBU BHARU MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG YANG KE – 31 2013 HARI : SABTU TARIKH : 16.04.2013 MASA : 2.30 PTG TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEHADIRAN : 124 ORANG 1. Bacaan Doa 1.1 Bacaan doa disempurnakan oleh En. K. Sri Tharan 2. Ucapan Aluan 2.1 Setiausaha PIBG En.P.Sivarajah, telah mengalu- alukan kedatangan semua ahli Jawatankuasa PIBG . 2.2 Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih diatas kerjasama mereka menjayakan aktiviti – aktiviti PIBG sepanjang tahun . 3. Ucapan Pengerusi ( En.S.Kumaresan) 3.1 Pengerusi PIBG mengalu- alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih kepada semua Dif – dif kehormat, guru- guru serta ibubapa yang hadir ke mesyuarat Agung PIBG yang ke 31 ini. 3.2 Beliau mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak terutama AJK PIBG yang membantu beliau melaksanakan serta menjayakan beberapa aktiviti sepanjang tahun. 3.3 Seterusnya, beliau memberitahu bahawa Kerajaan Selangor telah memberikan sumbangan sebanyak RM85 000 untuk membinakan sebuah makmal komputer. 3.4 Sebanyak RM 70 000 telah dikutip semasa “Program Kalvikoor Iravu” dijalankan. Kutipan tersebut telah dibelanjakan untuk segala projek-projek UPSR(makanan, kelas tambahan, bahan fotostate dll) 3.5 En.Jeeva telah banyak membantu untuk membuat kutipan tersebut. En.Raveethar juga terlalu banyak member sokongan dan juga beliau sendiri mengecat banggunan sekolah dan membaiki tandas sekolah.

description

xxz

Transcript of SJK1 agm 31

Page 1: SJK1 agm 31

SJK(T) KUALA KUBU BHARUMINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG YANG KE – 31

2013

HARI : SABTUTARIKH : 16.04.2013MASA : 2.30 PTGTEMPAT : DEWAN SEKOLAH

KEHADIRAN : 124 ORANG

1. Bacaan Doa

1.1 Bacaan doa disempurnakan oleh En. K. Sri Tharan

2. Ucapan Aluan

2.1 Setiausaha PIBG En.P.Sivarajah, telah mengalu- alukan kedatangan semua ahli Jawatankuasa PIBG .

2.2 Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih diatas kerjasama mereka menjayakan aktiviti – aktiviti PIBG sepanjang tahun .

3. Ucapan Pengerusi ( En.S.Kumaresan)

3.1 Pengerusi PIBG mengalu- alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih kepada semua Dif – dif kehormat, guru- guru serta ibubapa yang hadir ke mesyuarat Agung PIBG yang ke 31 ini.

3.2 Beliau mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak terutama AJK PIBG yang membantu beliau melaksanakan serta menjayakan beberapa aktiviti sepanjang tahun.

3.3 Seterusnya, beliau memberitahu bahawa Kerajaan Selangor telah memberikan sumbangan sebanyak RM85 000 untuk membinakan sebuah makmal komputer.

3.4 Sebanyak RM 70 000 telah dikutip semasa “Program Kalvikoor Iravu” dijalankan. Kutipan tersebut telah dibelanjakan untuk segala projek-projek UPSR(makanan, kelas tambahan, bahan fotostate dll)

3.5 En.Jeeva telah banyak membantu untuk membuat kutipan tersebut. En.Raveethar juga terlalu banyak member sokongan dan juga beliau sendiri mengecat banggunan sekolah dan membaiki tandas sekolah.

3.6 Dalam ucapannya,beliau menasihati ibubapa agar ibubapa harus bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak. Kita harus membimbing mereka dalam semua perkara dari segi emosi dan mental.

3.7 Kebanyakkan kanak-kanak kian menggunakan bahasa kesat semasa berkomunikasi.

3.8 Tambang bas bagi murid-murid dari Rasa akan ditanggung oleh PIBG.

Page 2: SJK1 agm 31

3.9 Dalam ucapannya beliau mengatakan bahawa, YB P. Kamalanathan seorang yang baik hati dan sanggup membantu pada bila-bila masa sahaja. YB.P. Kamalanathan telah memberi sumbangan makanan kepada murid-murid UPSR tahun lepas.

3.10 Beliau juga meminta untuk berjumpa dengan beliau jika menghadapi apa-apa masalah berkaitan dengan pendidikan murid.

3.11 Akhir kata, beliau mengucapkan teriama kasih kepada Cikgu Cik.Mageswary sebab mengadakan kelas tambahan kepada murid tahun enam.

4. Ucapan Penasihat PIBG ( En. R.Vallikkannan )

4.1 Beliau mengalu- alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih kepada semua Dif – dif kehormat, guru- guru serta ibubapa yang meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat Agung PIBG yang ke 31 ini.

4.2 Beliau menerangkan penubuhan PIBG ini untuk tujuan membantu sekolah dalam pelaksanaan aktiviti sekolah .

4.3 Apabila mengadakan apa-apa program hanya para ibu sahaja yang yang datang ke sekolah. Ada juga ibu bapa yang tidak bertanggungjawab ke atas perkembangan pendidikan anak mereka. Tiada juga ibu bapa yang memberikan idea untuk meningkatkan prestasi sekolah.

4.4 Ibu bapa harus berganding bahu bersama sekolah untuk menjayakan semua program sekolah. Beliau juga mengatakan bahawa ada juga ibu bapa buat aduan bahawa lukisan bendera di banggunan sekolah bersia-sia sahaja. Beliau menafikan dan memberitahu bahawa semua lukisan di banggunan berdasarkan buku teks dan ia membantu murid untuk senang mengenali dan memahami.

4.5 Beliau berasa kecewa apabila melihat keadaan PSS yang teruk semasa beliau dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini. Dengan kerjasama PIBG dengan Royal Club beliau dapat mengubahsuaikan PSS.

4.6 Beliau juga memberitahu karenah murid yang menyebabkan setiap kali pihak PIBG membelanjakan duit untuk membaiki tandas murid.

4.7 Beliau bertanya dengan ibubapa memberikan kuasa untuk memukul murid bagi menangani masalah disiplin sekolah. Dengan sebulat suara ibu bapa menyokong guru besar untuk merotan murid.

4.8 Beliau juga menekankan tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anaknya di rumah. Setiap ibubapa harus meluangkan masa bersama anak – anaknya untuk memeriksa kerja rumah mereka, memerhati pembelajaran anak-anaknya , memberi motivasi kepada mereka. Ibubapa harus bercakap kepada anak-anaknya selalu untuk mengetahui masalah mereka dalam pelajaran. Murid- murid sekolah cuma berada di sekolah 6 atau 7 jam sahaja berbanding di rumah.

Page 3: SJK1 agm 31

4.9 Dalam ucapannya lagi, walaupun masa beliau berada di sini adalah singkat, beliau mengemukakan beberapa cadangan untuk keselesaan warga sekolah.

4.10 Beliau juga memberi penerangan tentang NKRA yang terkandung dalam sistem pendidikan Malaysia. Bilangan murid ke pra sekolah perlu ditingkatkan sebanyak 20% pada masa akan datang. Program LINUS juga dilaksanakan di sekolah di tahun 1 dan muridnya perlu menguasai 3M semasa murid – murid melangkah ke Tahun 3.

4.11 Pada Tahun 2011, KSSR telah diperkenalkan di Tahun 1. Penilaian atau markah diberi berdasarkan kepada Band 1,2,3,4,5 dan 6.

4.12 Ibubapa juga boleh berjumpa dengan guru – guru di sekolah untuk mengetahui prestasi anak mereka dalam pelajaran. Cara ini membantu perjalinan hubungan yang sihat antara guru dan ibubapa.

4.13 Beliau meminta ibubapa, supaya membantu sekolah untuk meningkatkan prestasi yang cemerlang. Jika asyik memberi masalah kepada sekolah, maka prestasi sekolah akan merosot.

4.14 Dalam ucapannya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB P.Kamalanathan yang memberikan sumbangan sebanyak RM 10 000 bagi menjalankan aktiviti MGBT Daerah Hulu Selangor. YB juga memberikan sumbangan sebanyak RM 2000 setiap kali perjumpaan dengan beliau.

4.15 Dato PS Samy juga memberikan sumbangan sebanyak RM 1000 bagi menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang ke-31.

4.16 En.Alagan ( Director of Achievers Success Teamwork) memberi sokongan motivasi kepada murid-murid tahun enam secara percuma.

4.17 Pihak UM akan melatihkan 25 orang murid supaya mereka cemerlang dalam akademik.Bayaran RM10 akan dikenakan sepanjang 9 minggu.

4.18 Beliau juga memberitahu bahawa pihak EWRF akan mengadakan Kelas Bahasa Inggeris bagi murid-murid yang lemah dalam subjek Bahasa Inggeris. Intensif sebanyak RM100 akan diberikan kepada guru setiap minggu.

4.19 Keputusan UPSR 2012 menurun sebanyak 10% berbanding dengan Tahun 2011. Beliau meminta bantuan ibu bapa bagi menjayakan semua program yang dilaksanakna di sekolah.

4.20 Beliau mengakhiri ucapannya dengan ucapan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan kepada sekolah.

Page 4: SJK1 agm 31

5. Ucapan Khas oleh YB P.Kamanathan (Ahli Parlimen Hulu Selangor)

5.1 Yang Berhormat P. Kamalanathan mengalu – alukan semua yang hadir ke mesyuarat ini.

5.2 Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa kerjasama antara PIBG dan guru-guru adalah amat penting . Hubungan erat di antara dua pihak ini akan membolehkan pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar.

5.3 Yang Berhormat memberitahu bahawa YDP En. S. Kumaresan seorang berdedikasi dan aktif dalam member bantuan kepada pihak sekolah dan juga kepada ibu bapa. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Guru Besar En.R. Vallikkkannan yang sanggup menolong ibubapa pada setiap masa.

5.4 Yang Berhormat memberitahu bahawa sumbangan makanan akan diberikan oleh YB bagi semua sekolah SJKT di seluruh Daerah Hulu Selangor.

5.5 YB mengakhiri ucapannya dengan membrikan sumbangan sebanyak RM6000 kepada tabung PIBG.

6. Ucapan Khas oleh Dato .P.Samy ( Pengarah Institut Memandu P.S.Samy)

6.1 Yang Berbahagia , Dato P.S. Samy , Pengarah Institut Memandu P.S.Samy serta bapa angkat sekolah mengalu – alukan semua yang hadir ke mesyuarat ini.

6.2 Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa kerjasama antara PIBG dan guru-guru adalah amat penting . Hubungan erat di antara dua pihak ini akan membolehkan pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar.

6.3 Beliau menyatakan rasa kesalnya , hanya 40% murid sahaja lulus penuh dalam semua matapelajaran dan 60% murid terpaksa masuk kelas peralihan. Jika keadaan ini berterusan beliau akan mengundurkan diri dari menyandang jawatan Bapa Angkat.

6.4 Beliau memberitahu , jika guru berkerja keras 50% , ibubapa juga harus berkerja keras untuk kejayaan anak-anak mereka. Beliau menegaskan ibubapa supaya tidak memarahi anaknya selalu. Ibubapa harus memberi sokongan moral kepada anak-anaknya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

6.5 Beliau juga berharap pemilihan AJK PIBG tahun 2013 harus berwibawa serta berkaliber semasa menyumbangkan sumbangan kepada sekolah.

6.6 Beliau memberitahu setiap murid yang mengambil 7’A’ akan mendapat RM500 sebagai hadiah penghargaan. Setiap murid perlu mengambil sebagai cabaran untuk memenangi hadiah ini.

Page 5: SJK1 agm 31

7. UPSR TAHUN 2012

7.1 Pemberian hadiah penghargaan UPSR kepada murid yang mendapat 7 ‘A’,6 ‘A’ 5‘A’ dan lulus semua subjek pada tahun 2012.

7.2 Senarai nama murid yang menerima hadiah ialah:1. R. Janahan2. S.Kirtana3. S.Sasidharan

7.3 Pemberian cenderahati dan sijil penghargaan kepada AJK PIBG 2011

8. Pengesahan Laporan Tahunan

8.1 Laporan Tahunan bagi tahun berakhir mulai 01.01.2012 hingga 31.12.202 telah dibaca oleh Setiausaha En.P.Sivarajah

Dicadang oleh : En. G.VadivelooDisokong oleh : Pn. G. Thavamani

Laporan Rancangan Tahunan diterima dan disetujui sebulat suara.

Dicadang oleh : En. MoorthyDisokong oleh : Pn. Thanaletchumy

7.2 Laporan Penyata Tahunan dan Penyata Kira – Kira bagi tahun berakhir mulai 01.01.2012 hingga 31.12.2012 telah dibaca oleh bendahari En.K.Sritharan dan diterima sebulat suara.

Dicadang oleh : Pn. NirmalaDisokong oleh : Pn.Thavamani

9. Ahli Jawatankuasa PIBG 2012 telah dibubarkan.

8.1 Perlantikan AJK PIBG 2013/14 dijalankan.

8.2 Guru Besar En. R.Vallikkannan dilantik sebagai pegawai pemilihan ahli –ahli jawaatankuasa baru bagi tahun 2013.

8.3 Ahli - ahli Jawatankuasa Baru bagi Tahun 2013( Senarai AJK 2013 dilampirkan bersama )

10. Perkara AM

10.1 Pn.Vimala meminta untuk mengdakan kelas tambahan selama dua jam bagi setiap subjek.

10.2 Guru Besar memberitahu atas sebab kekurangan guru kelas tambahan seperti yang diberitahu tidak dapat dijalankan. Justeru, murid-murid juga bersa bosan jika setiap subjek dijalankan selama dua jam.

10.3 Pn. Kamala Devi memberitahu bahawa para guru tidak senang hati bahawa ibu bapa tidak menitik berat terhadap kerja rumah yang diberikan di sekolah. Bagaimanakah cara untuk menangani masalah ini?

Page 6: SJK1 agm 31

10.4 Guru Besar memberitahu bahawa kerja rumah diberikan untuk memastikan murid-murid mengulang kaji pelajarannya. Jadi ibu bapa harus memeriksa semua buku yang dibawah oleh murid.

10.5 Pn Kamalavasagi turut memberi cadangan untuk menyediakan sebuah bilik untuk murid bagi bersalin baju sukan.

10.6 Guru Besar berjanji selepas pembinaan dewan sekolah, bilik-bilik khas tertentu akan disediakan.

10.7 5 tahun sudahpun berlalu dan masih lagi masalah tandas tidak dapat diselesaikan. Pn.Kamalavasagi meminta guru besar untuk membuat sesuatu untuk manangani masalah ini.

10.8 Pn.Kasturi berasa kesal sebab anaknya masih tidak mendapat lagi buku teks. Seterusnya guru besar berjanji akan memberikan bukunya jika stoknya mencukupi.

11. Ucapan Terima Kasih

11.1 Setiausaha PIBG, En. P.Sivarajah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang ke 30 ini.

11.2 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang ke 30 ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

Sekian. Terima Kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

............................................( SIVARAJAH A/L PERUMAL ) Setiausaha Kehormat,PIBG, SJK(T) KUALA KUBU BHARU

......................................................( KUMARESAN A/L SUPRAMANIAM )PENGERUSI, PIBG, SJK(T) KUALA KUBU BHARU

......................................................( VALLIKKANNAN A/L RAMASAMYGURU BESAR,SJK(T) KUALA KUBU BHARU

Page 7: SJK1 agm 31

AHLI JAWA TANKUASAPIBG SJK (T) KUALA KUBU BHARU

2012

PENASIHAT : EN.R.VALLIKKANNAN

(GURU BESAR)

PENGERUSI : EN.S.KUMARESAN

N.PENGERUSI : EN.G.GEEVA

SETIAUSAHA : EN.P.SIVARAJAH

BENDAHARI : EN.V.PREMKUMAR

AJK : EN.S.KRISHNAN

: PN.M.ANBARASI

: PN.B.SEELA DEVI

: PN.R.VIJAYAL

: PN.S.VASANTAKUMARI

: EN.T.RAVENTHARAN

: EN.S.RAVEENTHAR

: EN.T.GUNALAN

: PN.S.THANALETCHUMI

: PN.D.NIRMALA

: EN.S.CHANDRAN

JURU AUDIT : EN.M.SEGAR

: EN.S.BARATHITHASAN