SKALA PEMARKAHAN

19
SKALA PEMARKAHAN Gred F - 00 – 09 m = Gagal Gred E - 10 -12 m = Lulus Gred D - 13 – 15 m = Kepujian (Rendah) Gred C - 16 – 19 m = Kepujian (Tinggi) Gred B - 20 – 22 m = Baik Gred A - 23 – 25 m = Cemerlang

Transcript of SKALA PEMARKAHAN

Page 1: SKALA PEMARKAHAN

SKALA PEMARKAHAN

Gred F - 00 – 09 m = Gagal

Gred E - 10 -12 m = Lulus

Gred D - 13 – 15 m = Kepujian (Rendah)

Gred C - 16 – 19 m = Kepujian (Tinggi)

Gred B - 20 – 22 m = Baik

Gred A - 23 – 25 m = Cemerlang

Page 2: SKALA PEMARKAHAN

00 – 04 markah - terlalu lemah, jawapan terpesong atau tidak relevan.

05 – 09 markah - Jawapan lemah, calon faham kehendak soalan tetapi jawapanterlalu umum, tidak tersusun dan berulang-ulang.

10 -12 markah - kualiti jawapan minimum. Kualiti analisis, pemahaman konsep dan kebolehan interpretasi adalah terhad. Jawapan adalah lebih kepada bentuk naratif daripada bentuk analitik.

13 – 15 markah - Lulus sederhana baik. Jawapan relevan, logik dan jelas tetapi tidak mencapai darjah tinggi dalam beberapa perkara seperti fakta yang boleh menyokong hujah atau huraian.

16 – 19 markah - Jawapan baik, lebih terperinci dan berbentuk analitik dari bentuk naratif.

20 – 22 markah - Jawapan baik. Ketepatan fakta dan pengetahuan luas, berkesan dalam persembahan, kedalaman analisis, rujukan atau sumber dan persembahan yang menarik.

23 – 25 markah - Jawapan yang cemerlang dan sukar diperbaiki. Persembahanbaik, jitu di samping menunjukkan pendekatan yang tulen (authentic) kepada soalan dan kesimpulan.

Page 3: SKALA PEMARKAHAN

PENILAIAN DAN PENENTUAN MARKAH

• Penilaian dan penentuan markah berdasarkan kaedah analitik dan impression.

• Penilaian dibuat berdasarkan kriteria berikut :-

1. Isi

• Jawapan perlu relevan dengan soalan yang ditanya

• Ketepatan fakta• Pengetahuan fakta yang luas• Kekesanan dalam persembahan• Kedalaman analisis• Rujukan atau sumber• Pengetahuan yang luas tentang subjek

(b) Impression

• Persembahan• Kebolehan menganalisis• Kedalaman menghujah• Perspektif• Pertimbangan dan konteks sejarah• Bahasa dan gaya

Page 4: SKALA PEMARKAHAN

PEMAHAMAN SOALAN

BENTUK-BENTUK SOALAN

1. PENGETAHUAN

(a) Takrifkan Contoh : Takrifkan konsep Imperialisme

(b) Huraikan Contoh : Huraikan faktor-faktor ekonomi yang menyebabkan campurtanganInggeris di Tanah Melayu.

(c) Perihalkan Contoh : Perihalkan peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Pangkor 1874.

(d) Galurkan Contoh : Galurkan perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu

(e) Nyatakan Contoh :Nyatakan syarat-syarat Perjanjian Burney dan kesan terhadap Negeri-Negeri Melayu.

SOALAN ARAS PENGETAHUAN MUDAH DAN HANYA PERLU LUAHKAN FAKTA SAHAJA.

Page 5: SKALA PEMARKAHAN

1. BENTUK KEFAHAMAN

(a) JelaskanContoh : Jelaskan faktor-faktor campurtangan Inggeris di Tanah Melayu.

(b) TerangkanContoh : Terangkan peranan golongan ulama dalam membangkitkan semangat nasionalisme.

SOALAN ARAS KEFAHAMAN BERBENTUK LANGSUNG. CALON PERLU MENERANGKAN IDEA SECARA LANGSUNG MENGENAI SESUATU PERISTIWA.

Page 6: SKALA PEMARKAHAN

1. BENTUK PENGGUNAAN

(a) BagaimanakahContoh : Bagaimanakah Siam tidak dijajah?

ARAS SOALAN RENDAH. CALON HANYA PERLU GUNA FAKTA SEJARAH UNTUK MENYELESAIKAN SESUATU ISU.

Page 7: SKALA PEMARKAHAN

1. BENTUK ANALISIS

(a) AnalisiskanContoh : Analisakan secara kritikal kesan-kesan kemasukan orang-orang Cina dan India di Tanah Melayu.

(b) BezakanContoh : Bezakan sistem pentadbiran Siam dan Jepun selepas Perang Dunia ke-2.

(c ) BandingkanContoh : Bandingkan sistem ekonomi di Tanah Melayu sebelum danselepas kedatangan Inggeris.

(d) MengapakahContoh : Mengapakah Tok Janggut melakukan penentangan?

ARAS SOALAN SUKAR. CALON PERLU MEMBEZA SESUATU ISU DAN MENGENALPASTI FAKTA DENGAN TEPAT.

Page 8: SKALA PEMARKAHAN

1. BENTUK SINTESIS

(a) KategorikanContoh : Kategorikan tahap-tahap perkembangan nasionalismedi Indonesia.

(b) RumusanContoh : Rumuskan bagaimana syarat-syarat Perjanjian Bangkoktelah merintis kepada campurtangan secara langsung.

Page 9: SKALA PEMARKAHAN

1. BENTUK PENILAIAN

(a) UlaskanContoh : Ulaskan tindak balas masyarakat tempatan terhadap pentadbirannegeri di Tanah Melayu.

(b) SejauhmanakahContoh : Sejauhmanakah peranan akhbar membantu perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu.

(c ) AdakahContoh : Campurtangan Inggeris di Tanah Melayu adalah disebabkan olehfaktor kemanusiaan. Setujukah anda dengan pernyataan ini?

(d) NilaikanContoh : Nilaikan sebab-sebab penentangan Abdul Rahman Limbung.

SOALAN-SOALAN DALAM BENTUK INI SUKAR. CALON PERLU MENILAI SESUATU DENGAN LOGIK DAN PERLU MEMBUAT PERTIMBANGAN DENGAN TEPAT.

Page 10: SKALA PEMARKAHAN

1. BAHAGIAN SOALAN

Soalan-soalan akan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :

satu bahagiandua bahagiantiga bahagian

• NEGARA / KAWASAN

sebahagian daripada kehendak soalanmenerangkan tema soalan

• JANGKA MASA tahun abad zaman sebelum abad ke-19 awal abad ke-20

Contoh soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme? Bincangkan faktor-

faktor Luar dan dalaman yang mempengaruhi gerakan nasionalisme.

Page 11: SKALA PEMARKAHAN

Tiga bahagian iaitu :

Takrif nasionalisme Faktor-faktor luar Faktor-faktor dalamanContoh soalan :Bincangkan sebab-sebab dan kesan-kesan berlakunya darurat di Tanah Melayu.

Dua bahagian iaitu :

Sebab-sebab Kesan-kesan

Contoh soalan :Bincangkan sebab-sebab Inggeris tidak campurtangan di Johor sehingga awal abad ke-20.

Satu bahagian

Page 12: SKALA PEMARKAHAN

Contoh Pemahaman Soalan

1. Nyatakan syarat-syarat Perjanjian Burney dan kesan-kesan terhadap Negeri-negeriMelayu.

1. Bentuk soalan : Pengetahuan• Bahagian : Dua bahagian iaitu - (i) Syarat-syarat Perjanjian Burney

(ii) Kesan-kesan Perjanjian Burney

Pemarkahan

Berdasarkan : -

Analitikal

Impression / penyampaian (mempengaruhi markah sama ada mendapat markah yang baik atau sebaliknya). Aspek-aspek yang dinilai ialah :-

bahasa struktur ayat yang sesuai perenggan tulisan kekemasan

Page 13: SKALA PEMARKAHAN

1. Pembahagian markah berdasarkan :-

Pendahuluan Isi Kesimpulan

(i) Ciri-ciri pendahuluan :-

(a) Huraikan tentang kehendak soalan.(b) Apa yang hendak dibincangkan di dalam isi secara umum.(c) Kaitkan dengan kehendak soalan.

Page 14: SKALA PEMARKAHAN

Contoh 1

Bincangkan faktor-faktor tercetusnya Gerakan 4 Mei 1919 di China dan GerakanGolongan Ponyi di Burma.

Pendahuluan

Gerakan 4 Mei ialah tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar universitidan maktab di Peking, China. Gerakan ini memberi kesedaran politik, sosial dan menyebabkan wujudnya revolusi budaya. Ia melahirkan pelbagai pengertian di kalangan rakyat seperti anti imperialisme, anti hulubalang dan sebagainya. Manakala gerakan golongan Ponyi ialah gerakan yang dimainkan oleh golongan sami-sami Buddha kerana kemerosotan pengaruh Sangha dan sekolah-sekolah agamaBuddha. Mereka mahu menegakkan semula pengaruh mereka dan agama Buddhamasyarakat Myanmar.

Page 15: SKALA PEMARKAHAN

Contoh 2

Bincangkan mengapakah berlakunya perkembangan ekonomi yang pesat di NNM pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Pendahuluan

Inggeris campurtangan di NNM bermula selepas Perjanjian Pangkor 1874. Selepas perjanjian tersebut, Inggeris telah cuba mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi seperti bijih timah dan getah. Inggeris juga mewujudkan sistem pentadbiran yangcekap dan menjadi NNM sebuah negeri yang aman. Dengan ini pelbagai kemudahaninfrastruktur dapat disediakan oleh Inggeris seperti sistem jalan raya dan keretapi yang dapat mempercepatkan perkembangan ekonomi.

Page 16: SKALA PEMARKAHAN

Isi

Perlu ada :- Fakta Huraian ContohFaktaBilangan fakta bergantung kepada bahagian iaitu :- Satu bahagian perlu ada sekurang-kurangnya lima hingga tujuh isi. Lebih daripada satu bahagian perlu pertimbangkan kepentingan bahagian. Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh. Setiap fakta dicatat dalam perenggan.

HuraianHuraian menjadi penerang kepada fakta. Soalan yang boleh mendorong kepadahuraian ialah :-

Mengapa / kenapa Bagaimana Apakah implikasinya

Satu fakta memadai dengan dua huraian.

Page 17: SKALA PEMARKAHAN

Contoh

Merupakan bukti kepada fakta atau huraian.

Soalan yang mendorong kepada contoh ialah :

Bila (tarikh, tahun, abad) Siapa ( nama, kaum, bangsa) Di mana ( tempat) Banyak mana (kadar, bilangan) Peristiwa apa

Kesimpulan

Kesimpulan dikaitkan dengan apa yang dibincang secara umum dalam isi.Cuba kaitkan dengan perkara yang dibincangkan itu dengan peristiwa atau perkara-perkara yang akan berlaku selepas itu.

Page 18: SKALA PEMARKAHAN

Contoh 1

Gerakan 4 Mei telah membawa banyak perubahan kepada China dari segi sosialdan politik. Idea-idea Barat telah menjadikan China sebagai sebuah negara moden pada tahun 1920an. Gerakan ini juga dikenali sebagai “revolusi mental”. Gerakanini telah berjaya menanam semangat imperialisme dan anti warlordisme yang menjadipenghalang kepada kemajuan China. Manakala gerakan Ponyi semakin merosot selepas tahun 1935. Walaubagaimanapun pengaruh politik mereka di kalangan petani tetap kuat. Gerakan Ponyi telah menjadi asas kepada gerakan-gerakan nasionalismeyang lebih radikal yang telah menuntut kemerdekaan Myanmar daripada Inggeris.

Contoh 2

Kesimpulannya perkembangan ekonomi di NNM berkembang dengan pesatnya selepas campurtangan Inggeris. Ini disebabkan Inggeris memperkenalkan pelbagaiperubahan-perubahan dari segi politik dan ekonomi di NNM. Inggeris juga telahmemperkenalkan sistem jalan raya dan keretapi yang telah membantu mempercepatkan perkembangan ekonomi NNM. Dasar-dasar Inggeris telahmenggalakkan berlakunya penghijrahan orang-orang China dan India di NNM untukmenceburi dalam perusahaan bijih timah dan getah. Keadaaan ini telah menjadikanNNM sebuah negara majmuk.

Page 19: SKALA PEMARKAHAN

SEKIAN

TERIMA KASIH