Skema Bm Kertas1 Set1

9
SULIT 1103/1 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 2005 2¼ jam JABATAN PELAJARAN PERAK LEARNING TO SCORE 2005 BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak 1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 1

description

BM SPM SKOR A

Transcript of Skema Bm Kertas1 Set1

Page 1: Skema Bm Kertas1 Set1

SULIT 1103/1

1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 2005 2¼ jam

JABATA

LEARN

B

Dua

JANGAN BUKA SOALAN INI S

1. Kertas soalan ini mengandungi 2. Jawab soalan Bahagian A dan 3. Jawapan boleh ditulis dalam tu

Kertas soalan ini mengandungi

1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajara

N PELAJARAN PERAK

ING TO SCORE 2005

AHASA MELAYU

Kertas 1

jam lima belas minit

EHINGGA DIBERITAHU

dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

satu soalan daripada Bahagian B.

lisan Rumi atau Jawi.

9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

n Perak SKEMA SET 1 Halaman 1

Page 2: Skema Bm Kertas1 Set1

SULIT 1103/1

PANDUAN PEMERIKSAAN BAHAGIAN A PERINGKAT

CIRI-CIRI KARANGAN

A

26 – 30 markah

a. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan. b. Huraian jelas dan matang c. Penggunaan bahasa yang gramatis dari segi kosa kata dan ayat

serta penggunaan tanda baca yang betul. d. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan penggunaan

ungkapan yang menarik.

B

20-25 markah

a. Isi berkaitan dengan tema dan bahan rangsangan. b. Huraian jelas. c. Bahasa masih gramatis dari segi kosa kata dan ayat

d. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi

C

15 – 19 markah

a. Isi masih berkaitan dengan tema bahan rangsangan. b. Huraian masih jelas c. Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat

d.. Unsur bahasa masih bervariasi

D

10 – 14 markah

a. Isi kurang berkaitan dengan bahan rangsangan b. Kurang kepelbagaian jenis ayat c. Penggunaan kosa kata yang terhad dan penggunaan yang tidak tepat.

d.. Unsur bahasa kurang bervariasi

E

01 – 09 markah

a. Penguasaan kemahiran menulis lemah b. Tidak memahami tema bahan rangsangan.

1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 2

Page 3: Skema Bm Kertas1 Set1

SULIT 1103/1

BAHAGIAN B Keterangan

Markah

Peringkat

Markah Ciri-Ciri Karangan

1. Takrif ( 10 markah )

Cemerlang

( 9 – 10 )

sangat tepat, contoh yang sesuai dan huraian yang tepat dan jelas.

Baik

( 7 – 8 )

Takrif tepat, contoh yang sesuai dan huraian yang jelas

Masih baik / memuaskan

( 5 – 6 )

Takrif masih tepat, contoh masih jelas dan huraian masih jelas.

Kurang memuaskan

( 3 – 4 )

masih betul, tetapi tidak ada contoh dan huraian kurang jelas

Lemah ( 1 – 2 )

Takrif kurang tepat / kurang jelas

2. Isi / Fikiran ( 25 markah )

Cemerlang ( 21 – 25 )

- Minimum 3 isi utama - Huraian sangat berkembang - Contoh tepat dan jelas - Fikiran sangat matang

Baik

( 16 – 20 )

- Minimum 3 isi utama - Huraian berkembang - Contoh tepat dan jelas - Fikiran matang

Masih Baik / Memuaskan

( 11 – 15 )

- Minimum 3 isi - Huraian masih berkembang - Contoh masih tepat dan jelas - Fikiran masih matang

Kurang Memuaskan

( 8 – 10 )

- Tiga / kurang / campur aduk / tidak sesuai. - Huraian kurang / tidak berkembang - Contoh kurang tepat / kurang jelas - Fikiran kurang matang

Lemah ( 1 – 5 )

- Isi tidak jelas / kabur - Huraian lemah - Contoh tidak tepat / Tiada - Fikiran tidak matang

1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 3

Page 4: Skema Bm Kertas1 Set1

SULIT 1103/1

3. Bahasa ( 45 markah )

Cemerlang ( 41 – 45 )

- Bahasa sangat memuaskan dan lancar. Semua ayat gramatis - Kesalahan tatabahasa tidak ketara. - Terdapat pelbagai jenis ayat. - Kosa Kata sangat luas dan tepat. - Tanda baca betul dan tepat.

Baik ( 34 – 40 )

- Bahasa memuaskan dan lancar. - Terdapat kesalahan yang ringan - Terdapat pelbagai jenis ayat. - Kosa Kata – Luas dan tepat penggunaan - Tanda baca – Betul dan tepat

Masih Baik / Memuaskan ( 26 – 33 )

- Masih memuaskan dan lancar. - Terdapat beberapa kesalahan ringan. - Masih terdapat pelbagai jenis ayat. - Kosa Kata masih luas dan tepat - Tanda baca masih betul dan tepat

Kurang memuaskan ( 18 – 25 )

- Bahasa kurang memuaskan dan kurang lancar. - Banyak kesalahan tatabahasa yang ringan. - Kurang kepelbagaian jenis ayat. - Kosa Kata terhad dan salah penggunaannya. - Tanda baca masih betul dan tepat.

Tidak Memuaskan ( 10 – 17 )

- Bahasa tidak memuaskan, tidak lancar. - Banyak kesalahan tatabahasa yang dilakukan - Tiada kepelbagaian jenis ayat. ( tetapi masih boleh difahami ) - Kosa Kata terhad, mudah, penggunaannya banyak salah. - Tanda baca masih betul / campur aduk

Lemah ( 1 – 9 )

- Bahasa, tatabahasa, ayat – Lemah, banyak kesalahan dan sukar difahami. - Kosa kata dan tanda baca – Tidak tepat.

4. Pengolahan / Pemerengganan ( 20 markah )

Cemerlang ( 17 – 20 )

- istimewa, menarik dan sungguh berkesan. - pemerengganan sangat sesuai, seimbang, ada kesinambungan.

Baik ( 13 – 16 )

- menarik dan berkesan. - pemerengganan sesuai dan seimbang.

Masih Baik / Memuaskan ( 9 – 12 )

- masih menarik dan berkesan. - pemerengganan sesuai.

Kurang Memuaskan ( 5 – 8 )

- kurang menarik dan kurang berkesan. - pemerengganan masih sesuai.

Lemah ( 1 – 4 )

- pengolahan lemah. - pemerengganan kurang / tidak sesuai.

1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 4

Page 5: Skema Bm Kertas1 Set1

SULIT 1103/1

C ) Karangan kurang 350 patah perkataan, terpesong dan lain daripada tajuk. Kriteria

Markah

300 –

349

251 -

299 Kurang

251 Terpesong

Isi Lain

daripada tajuk

1. Takrif 6 4 4 0 0 2. Isi / Fikiran 15 13 10 0 0 3. Bahasa 33 29 21 25 18 4. Pengolahan / Pemerengganan

13 10 6 8 5

Markah Maksimum

67 56 41 33 23

D ) Ejaan - potong ½ markah untuk setiap ejaan yang salah. - Tiada pemotongan markah pada kesalahan yang berulang. - Pemotongan markah keseluruhan ialah 5 markah sahaja. E ) Markah Format - Maksimum pemotongan markah ialah 4 markah. F ) Penulisan Markah T : 07 I : 17 B : 35 P : 15 K : 74 - E : -2 - F : -4 68

1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 5

Page 6: Skema Bm Kertas1 Set1

SULIT 1103/1

Karangan Contoh

Warga Tua Warga tua merupakan insan yang telah banyak berjasa kepada keluarganya dan negara. Malangnya, setelah banyak bakti diberikan akhirnya mereka diabaikan oleh anak-anak dan ada pula yang menjadi penghuni tetap rumah orang-orang tua. Dalam meniti kehidupan ini, kita hanya boleh merancang manakala Tuhan yang akan menentukannya. Tidak ada insan yang ingin mengakhiri riwayat hidupnya dengan kesusahan. Terdapat orang-orang tua yang tinggal sebatang kara dan terpaksa menyara hidup sendiri. Mereka memerlukan bantuan kewangan supaya kehidupan mereka tidak terabai. Selain itu, terdapat ibu bapa yang diabaikan oleh anak-anak. Salah satu puncanya ialah anak-anak terlalu ghairah mengejar kemewahan material sehingga lupa akan tanggungjawab kepada ibu bapa mereka. Anak-anak jarang-jarang menziarahi ibu bapa di kampung dan tidak mengetahui nasib yang dialami oleh mereka. Ibu bapa sebenarnya memerlukan kasih sayang daripada kita. Kita akan dianggap sebagai anak derhaka atau seperti kacang lupakan kulit oleh masyarakat jikalau kita mengabaikan nasib ibu bapa kita. Pelbagai usaha dapat dilakukan supaya anak-anak menghargai ibu bapa mereka. Anak-anak memerlukan didikan agama yang mantap agar mereka dapat mengetahui tanggungjawab sebagai seorang anak yang baik. Dengan pendidikan agama yang diterima, anak-anak perlu menjaga ibu bapa yang sakit dan tidak akan membiarkan mereka hidup tanpa belaian kasih sayang. Jikalau ibu bapa kita sakit, kita hendaklah menjaga mereka sehingga mereka sembuh. Anak-anak perlu membalas jasa kedua-dua orang tua mereka kerana ibu bapa merekalah yang mendidik dan menjadikan mereka berjaya dalam kehidupan. Kerajaan juga boleh mengiktiraf hari warga tua untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Selain itu, ibu bapa mestilah menjadi teladan kepada anak-anak. Mereka perlu menjaga kedua-dua ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang. Apabila perkara ini dipraktikkan, anak-anak akan meneladaninya. Situasi ini dapat dikaitkan dengan peribahasa Melayu iaitu ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’. Di samping itu, ibu bapa perlu mewujudkan hubungan kemesraan dalam keluarga. Anak-anak akan menghargai dan menghayati kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka. Sesungguhnya, anak-anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan mereka sama ada menjadi anak yang baik atau anak yang derhaka. Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Oleh hal yang demikian, sebagai anak kita patut menghargai dan menyayangi kedua-dua ibu bapa kita. Kita perlu sedar bahawa kejayaan kita di alam fana ini atas usaha mereka dan tanpa mereka siapalah kita.

1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 6

Page 7: Skema Bm Kertas1 Set1

SULIT 1103/1

Bahagian B

[ Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit ]

[ 100 markah ]

GARIS PANDUAN GURU

SOALAN 1 Kehidupan moden pada masa kini menjadikan anak-anak terlalu mengejar kebendaan. Hal ini menyebabkan kedua-dua ibu bapa mereka terabai dan ada yang mengakhiri hidup mereka di rumah orang-orang tua. Beri pendapat anda tentang usaha-usaha yang dapat dilakukan supaya anak-anak tidak mengabaikan kedua-dua ibu bapa mereka.

(a) Format : Tiada (b) Diharapkan : Pelajar dapat memberikan pendapat tentang usaha-usaha

yang dapat dilakukan supaya anak-anak tidak mengabaikan kedua-dua ibu bapa mereka.

(c ) Kemungkinan : Tiada SOALAN 2

Pertandingan pidato telah diadakan sebagai satu daripada acara Bulan Kemerdekaan di tempat anda. Anda telah menyertai pertandingan pidato tersebut. Tajuk pidato anda ialah “ Keranamu Malaysia “ Sediakan pidato anda selengkapnya. (a) Format : Pidato Tolak markah jika tiada : Menghadap majlis - 2 markah Tuan-tuan - 1 markah Penutup - 1 markah (b) Diharapkan : Pelajar dapat menyediakan pidato yang bertajuk “ Keranamu Malaysia “ . (c ) Kemungkinan : Tiada

1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 7

Page 8: Skema Bm Kertas1 Set1

SULIT 1103/1

SOALAN 3 Tempat-tempat bersejarah di negara kita merupakan warisan negara yang amat berharga serta wajar dipulihara dan dipopularkan. Sebagai seorang peminat sejarah, jelaskan langkah-langkah untuk memulihara dan mempopularkan tempat-tempat bersejarah. (a) Format : Tiada (b) Diharapkan : Pelajar dapat menjelaskan langkah-langkah untuk

memulihara dan mempopularkan tempat-tempat bersejarah.

(c ) Kemungkinan :

i) Isi tidak seimbang – diterima ii) Pelajar hanya menulis tentang langkah-langkah memulihara sahaja atau

sebaliknya - Takrif dan isi masih memuaskan. SOALAN 4 Syarikat anda telah berjaya menghasilkan barangan yang mendapat sambutan di pasaran tempatan dan luar negara. Oleh hal yang demikian, anda telah diwawancara oleh wartawan sebuah stesen televisyen swasta tentang kejayaan pemasaran barangan tersebut . Tulis wawancara itu selengkapnya. (a) Format : Wawancara Tolak markah jika tiada- Pendahuluan / tajuk - 2 markah Soal / jawab - 1 markah Penutup - 1 markah (b) Diharapkan : Pelajar dapat menulis sebuah wawancara tentang kejayaan

pemasaran barangan tersebut. (c ) Kemungkinan : Tiada.

1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 8

Page 9: Skema Bm Kertas1 Set1

SULIT 1103/1

1103/1 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak SKEMA SET 1 Halaman 9

SOALAN 5 Peribahasa “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama” bermaksud setiap manusia akan dikenang kerana jasa yang dilakukan semasa hidupnya. Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa tersebut. (a) Format : Cerpen

4 markah ditolak jika tiada format. Tajuk cerpen : 2 markah Nama penulis : 2 markah (b) Diharapkan : Pelajar dapat menulis sebuah cerpen berdasarkan maksud

peribahasa tersebut iaitu setiap manusia akan dikenang kerana jasa yang dilakukan semasa hidupnya. (c ) Kemungkinan :

i Pelajar mengulas maksud peribahasa tersebut tetapi memberikan contoh- contoh yang sesuai dengan maksud peribahasa itu – diterima : Takrif dan isi

masih baik. ii Pelajar memberikan maksud peribahasa tanpa menyertakan contoh-contoh yang berkaitan dengan maksud peribahasa – terpesong isi.

GARIS PANDUAN GURU TAMAT

SKEMA TAMAT