Skema Jawapan Penggal 1

5
SKEMA JAWAPAN PENGGAL 1 (a) Berikan maksud kawalan kualiti dan terangkan tiga kepentingan kawalan kualiti Maksud: kawalan kualiti ialah proses pemeriksaan terhadap produk yang dikeluarkan bagi memastikan produk tersebut menepati piawai dan standard yang telah ditetapkan Tiga kepentingan kawalan kualiti Mengurangkan kos pengeluaran akibat kerosakan produk semasa proses pengeluaran Memastikan setiap pelanggan mendapat kepuasan di atas kulaiti produk. Memastikan imej syarikat tidak terjejas akibat kegagalan menjaga kualiti produk (b) kebaikan TQM adalah seperti yang berikut: Dapat menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti pada kos yang rendah Pengeluaran yang cekap dan pantas dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna Produk yang dihasilkan adalah lebih bermutu daripada produk yang dihasilkan sebelum pengamalan TQM dan seterusnya dapat meningkatkan daya saing organisasi dalam pasaran Mengurangkan pembaziran dalam aktiviti pengeluaran supaya setiap produk dapat dihasilkan pada kos yang minimum (c) Tiga cabaran bagi seorang pengurus pengeluaran pada masa kini Peningkatan terhadap alam sekitar -meningkatkannya kos pengeluaran untuk merawat sisa buangan Peningkatan kualiti produk -meningkatnya saingan dan memerlukan pengurus pengeluaran berusaha meningkatkan kualiti produk

description

pengurusan perniagaan

Transcript of Skema Jawapan Penggal 1

Page 1: Skema Jawapan Penggal 1

SKEMA JAWAPAN PENGGAL 1

(a) Berikan maksud kawalan kualiti dan terangkan tiga kepentingan kawalan kualiti

Maksud: kawalan kualiti ialah proses pemeriksaan terhadap produk yang dikeluarkan bagi memastikan produk tersebut menepati piawai dan standard yang telah ditetapkan

Tiga kepentingan kawalan kualiti

Mengurangkan kos pengeluaran akibat kerosakan produk semasa proses pengeluaran

Memastikan setiap pelanggan mendapat kepuasan di atas kulaiti produk. Memastikan imej syarikat tidak terjejas akibat kegagalan menjaga kualiti

produk

(b) kebaikan TQM adalah seperti yang berikut:

Dapat menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti pada kos yang rendah

Pengeluaran yang cekap dan pantas dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

Produk yang dihasilkan adalah lebih bermutu daripada produk yang dihasilkan sebelum pengamalan TQM dan seterusnya dapat meningkatkan daya saing organisasi dalam pasaran

Mengurangkan pembaziran dalam aktiviti pengeluaran supaya setiap produk dapat dihasilkan pada kos yang minimum

(c) Tiga cabaran bagi seorang pengurus pengeluaran pada masa kini

Peningkatan terhadap alam sekitar-meningkatkannya kos pengeluaran untuk merawat sisa buangan

Peningkatan kualiti produk-meningkatnya saingan dan memerlukan pengurus pengeluaran berusaha meningkatkan kualiti produk

Perubahan teknologi-memaksa pengurus pengeluaran mengubah strategi pengeluaran mengikut perkembangan teknologi terkini

(d) Empat langkah pertama dalam proses membuat keputusan pembelian produk

Industri

Mengenalpasti masalah Mengenalpasti keperluan organisasi Menentukan spesifikasi produk Mencari pembekal

Page 2: Skema Jawapan Penggal 1

(e) Dengan memberikan contoh bagi setiap satu, jelaskan pemasaran tidak

dibezakan, pemasaran dibezakan dan pemasaran tertumpu

jawapan:

pemasaran tidak dibezakan

Produk yang sama dipasarkan kepada semua segmen pasaran dengan menggunakan strategi pemasaran yang samaCth: Minuman coca-cola dipasarkan kepada semua segmen menggunakan kaedah promosi yang sama

Pemasaran dibezakan

Beberapa segmen pasaran dipilih untuk dipasarkan.menggunakan strategi pemasaran yang berbeza untuk segmen yang berlainanCth: kereta toyata, iaitu Toyota Vios untuk golongan berpendapatan sederhana.dan Toyota camry untuk golongan berpendapatan tinggi

Pemasaran tertumpu

Hanya satu segmen pasaran dipilih. Strategi pemasaran tertumpu kepada demografi/geografi tertentu.Cth: kereta Porsche hanya dipasarkan kepada golongan pengguna yang berpendapatan tinggi atau golongan kaya

(f) Jelaskan maksud harga psikologi dan berikan satu contoh

Jawapan:

Harga psikologi merujuk pada penetapan harga berdasarkan persepsi dan emosi pengguna terhadap harga produk. (1m)

Sebagai contoh, persepsi pengguna terhadap produk yang diimport, sukar dicari, berciri antik, dan berkualiti tinggi lebih mahal daripada produk tempatan yang senang dicari, berciri biasa dan berkualiti rendah (3m)

(g) Jelaskan maksud barangan mudah beli dan nyatakan tiga kategori barangan

Mudah beli

Jawapan:

Maksud barang mudah beli ialah produk murah yang boleh diperoleh dalam jangka masa yang singkat dan kerap dibeli oleh pengguna serta perbandingan yang minimum

- boleh diperoleh dalam jangka masa singkat

- kerap dibeli oleh pengguna [ mesti sebut 3 fakta ini baru dapat 3M]

- harga produk murah

Page 3: Skema Jawapan Penggal 1

Tiga kategori barang mudah beli ialah barangan asas, barangan kecemasan, barangan gerak hati. (3m)

(h) Nyatakan empat jenis insurans yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat insurans

Jawapan:

Insurans kebakaran

Melindungi kerugian dari kilang kereta terbakar

Insurans nyawa

Melindungi keselamatan pekerja apabila menjalankan tugas di kilang kereta

Insurans kecurian

Melindungi daripada kehilangan kereta atau bahan di kilang

Polisi jaminan

Melindungi kerugian kilang kereta akibat penyelewengan oleh pengurus atau pekerja di kilang kereta [4]

(i) Huraikan tiga peranan pengurus kewangan dalam sesebuah syarikat

Jawapan:

Membuat perancanga kewangan

Menyediakan belanjawan tahunan syarikat dan melakukan analisis kewangan melalui data yang diperoleh

Menjaga kecairan dan keberuntungan syarikat

Menjaga ketersediaan tunai dan nisbah kecairan syarikat yang sesuai serta menentukan keberuntungan yang diperoleh daripada aktiviti syarikat.

Menilai dan memilih sumber pembiayaan terbaik

Menentukan sumber kewangan yang boleh diperoleh dengan cara mendapatkan modal dan membuat pinjaman melibatkan kos yang minimum [6m]

(j) Berikan maksud penyata pendapatan dan penyata aliran dana. Terangkan dua

Kegunaan penyata pendapatan dan dua kegunaan penyata aliran dana

Jawapan:

Maksud penyata pendapatan: penyata pendapatan menunjukkan ringkasan sumber pendapatan, perbelanjaan dan keuntungan yang dicapai oleh perniagaan sepanjang suatu tempoh operasi perniagaan 1m

Dua kegunaan penyata pendapatan

Page 4: Skema Jawapan Penggal 1

Pengurusan boleh merancang kos berkaitan dengan barangan jualan Boleh mempengaruhi keputusan pelaburan dan pinjaman oleh pihak yang

terlibat

Maksud penyata aliaran dana: ialah menunjukkan saluran atau cara yang boleh digunakan oleh organisasi untuk memperoleh sumber kewangan bagi membiayai operasi perniagaannya dan menunjukkan bagaimana sumber-sumber ini digunakan oleh perniagaan bagi suatu tempoh tertentu

Dua kegunaan penyata aliran dana:

Boleh menunjukkan anggaran perolehan dan pelupusan asset jangka panjag dalam sesebuah syarikat

Dapat menunjukkan kemampuan perniagaan menanggung dan membayar liability semasa