SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012...
Transcript of SKEMA JAWAPAN SEJARAH 2 2012 PERAK.doc - Weblog · PDF fileSKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012...
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
1[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
SOALAN 1
Pada separuh kedua abad ke-19, Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar lebih stabil
berbanding Negeri-negeri Melayu pantai barat seperti Selangor dan Perak. Bincangkan.
Pendahuluan (3/2)
Pada separuh kedua abad ke-19, Johor yang ketika itu ditadbir oleh Sultan Abu Bakar adalah lebih
stabil berbanding dengan negeri Perak dan Selangor. Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar bukan sahaja
berjaya mewujudkan kestabilan dan keamanan di Negeri Johor tetapi juga telah berjaya menghindarkan
Johor daripada dikuasai oleh Inggeris. Mengikut Rupert Emerson, kemerdekaan Johor pada amnya
disebabkan oleh kebijaksanaan dan kematangan politik pemerintahnya (Sultan Abu Bakar) yang dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan sosiopolitik yang kian berubah.
Isi (20m)
Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi wujudnya kestabilan di Negeri Johor, yang pertama
ialah kebijaksanaan Sultan Abu Bakar dan keduanya ketiadaan kekacauan dalam kalangan orang-
orang Cina di Johor. Keadaan ini tidak wujud di negeri Melayu yang lain khususnya Perak dan
Selangor.
Sultan Abu Bakar yang menaiki takhta pada tahun 1862 telah melaksanakan satu sistem
pemerintahan yang kemas dan teratur berbanding dengan sistem yang dikuatkuasakan di Selangor
dan Perak. Jabatan-jabatan kerajaan, sistem keadilan moden, pasukan askar dan polis telah
ditubuhkan. Kebijaksanaan dalam pemerintahan menyebabkan baginda digelar sebagai ‘bapa
pemodenan Johor’. Pada tahun 1895 Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Undang-undang
Tubuh Negeri Johor, Undang-undang ini digubal melalui beberapa orang pegawai British dan ia
dilaksanakan mengikut nasihat British. Melalui undang-undang ini keharmonian dapat diwujudkan
di negeri Johor.
Sikap Sultan Abu Bakar yang menjalinkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa barat juga
mempengaruhi wujudnya kestabilan di Johor, pada tahun 1868 baginda telah melakukan lawatan dan
mengadap Ratu Victoria di England. Tahun 1893 baginda telah melawat Itali dan Turki. Hubungan
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
2[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
baik dengan kuasa barat khususnya Britian telah menyebabkan Ratu Victoria mengurniakan bintang
‘Knight Commander Of The Star Of India’ dan gelaran Maharaja.
Sultan Abu Bakar juga telah bertindak mengambil pegawai-pegawai British sebagai penasihatnya
dalam pentadbiran. Keadaan ini menyebabkan, British merasakan diri mereka terlibat secara
langsung dalam pentadbiran di Johor. Penglibatan British dalam pentadbiran di Johor telah dapat
mewujudkan keamanan politik dan kestabilan di Johor. Keadaan ini tidak berlaku di Perak dan
Selangor yang bertindak enggan menerima pegawai-pegawai penasihat British yang akhirnya
membawa kepada campur tangan British di negeri-negeri berkenaan.
Disamping memodenkan bidang ekonomi, Sultan Abu Bakar juga telah memajukan ekonomi Johor.
Baginda telah mewujudkan suasana yang aman dan membenarkan saudagar-saudagar dari negeri-
negeri Selat untuk datang berdagang di Johor tanpa gangguan. Sultan Abu Bakar juga telah
memajukan perladangan gambir dan lada hitam dengan menggalakkan kemasukan orang-orang Cina
khususnya dari Singapura di bawah Sistem Kangcu. Sistem Kangchu yang dilaksanakan di Johor
telah menyebabkan ekonomi Johor berkembang pesat dan ini menyumbang kepada kestabilan di
Johor.
Satu lagi faktor penting yang menyumbang kepada kestabilan di Johor ialah tiadanya kekacauan
dalam kalangan orang-orang Cina. Orang-orang Cina yang datang ke Johor di bawah Sistem Kangcu
ditempatkan di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kangkar. Setiap kawasan atau
Kangkar akan diawasi oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Kangcu. Kangcu dilantik dalam
kalangan orang-orang Cina yang mempunyai Surat Sungai yang dikeluarkan oleh kerajaan Johor.
Oleh kerana orang-orang Cina diberi kawasan petempatan masing-masing maka perselisihan tidak
berlaku dalam kalangan mereka. Orang-orang Cina hanya berkuasa di kawasan atau Kangkar
masing-masing. Keadan ini tidak berlaku di negeri Perak dan Selangor. Di kedua-dua negeri tersebut
orang-orang Cina bebas bergerak di kawasan perlombongan dan perebutan kawasan sering berlaku
dalam kalangan mereka, contohnya perbalahan kumpulan Ghee Hin dan Hai San dalam Perang Larut
di Perak.
Di samping itu kebanyakan orang-orang Cina di Johor terdiri daripada satu suku kaum sahaja iaitu
Teochew. Oleh itu permusuhan tidak timbul dalam kalangan mereka. Keadaan ini berbeza dengan
negeri Perak dan Selangor di mana orang-orang Cina terdiri daripada suku kaum dan berasal dari
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
3[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
daerah yang berbeza seperti Hakka, Hainan, Khek, Kongfu dan sebagainya. Mereka cenderong
membentuk kumpulan kongsi gelap berasaskan suku kaum dan daerah asal seperti Ghee Hin, Hai
San, Toh Pek Kong dan sebagainya.
Johor juga dapat mewujudkan kestabilan kerana tidak berlakunya perebutan kuasa dalam kalangan
anak-anak raja dan pembesar-pembesar negeri. Pada masa pemerintahan Sultan Abu Bakar tidak
timbul perebutan dan penentangan terhadap kekuasaan baginda. Walaupun berlaku pemindahan
pemerintahan daripada keturunan Sultan kepada Temenggung tetapi ia berlaku tanpa menimbulkan
perbalahan kerana proses pemindahan ini dilakukan bukan melalui kekerasan tetapi melalui
perjanjian apabila Sultan Ali (anak Sultan Hussien) menandatangan satu perjanjian dengan
Temenggung Daeng Ibrahim (bapa Sultan Abu Bakar) pada tahun 1855. Keadaan ini tidak berlaku di
negeri-negeri Melayu yang lain. Di Perak dan Selangor perebutan takhta dalam kalangan anak raja
dan pembesar tempatan menyebabkan berlakunya huru-hara yang membawa kepada campur tangan
British.
Kurangnya potensi ekonomi di Johor juga mempengaruhi wujudnya kestabilan politik di Johor.
Pelaburan modal saudagar Negeri Selat amat terhad berbanding dengan pelaburan mereka di Perak
dan Selangor. Oleh itu pihak British tidak membuat kawalan ketat ke atas Johor kerana tidak
mempunyai kepentingan ekonomi yang banyak. Pihak British begitu berminat untuk menguasai
negeri pantai barat khususnya Perak dan Selangor yang kaya dengan bijih timah, lantaran itu British
menggunakan apa cara untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di negeri tersebut.
Kesimpulan (2/3m)
Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar dan keamanan yang disumbangkan oleh orang-orang Cina di Johor
telah telah mewujudkan kestabilan di negeri Johor pada separuh kedua abad ke-19. Kestabilan ini begitu
bermakna kerana dengan kestabilan tersebut Johor dapat mengekalkan kedaulatan negerinya agak lama
berbanding dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Johor merupakan negeri Melayu yang terakhir jatuh
ke tangan British iaitu pada tahun 1914 dan ia dikelompokkan oleh British dalam kumpulan Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1915.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
4[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
SOALAN 2
Bandingkan Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum
campur tangan British pada tahun 1874
Pendahuluan (3/2m)
Adat Perpatih dan Adat Temenggung dipercayai berasal dari Minangkabau, Indonesia. Adat
Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang manakala Adat Temenggung diasaskan oleh
Datuk Ketemenggungan. Kedua-dua adat ini bermula apabila seorang pembesar di Sumatera
membahagikan pentadbiran kawasannya kepada dua orang anak lelakinya berlainan ibu. Kedua-dua.
mereka mempunyai perbezaan daripada beberapa aspek seperti cara menjalankan pentadbiran. Adat
Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan, Naning dan kawasan sempadan Melaka. Ia bersifat lisan
diperturunkan dari generasi ke generasi. Adat Temenggung pula diamalkan di Negeri –negeri Melayu
yang lain. Adat ini banyak dipengaruhi oleh agama Hindu dan kemudiannya unsur-unsur Islam, iaitu
hukum syarak mengikut Mazhab Syafie.
Isi (20m)
1. Politik (5m)
Dari segi politik adat perpatih mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi. Pemimpin
dipilih melalui wakil dari setiap suku, iaitu bermula anak buah melantik buapak, baupak melantik
lembaga, lembaga melantik undang dan undang melantik Yam Tuan Besar. Walaupun Yam Tuan Besar
bertindak seperti sultan di negeri-negeri lain tetapi baginda tidak berhak melantik orang besar negeri
yang lain sebaliknya perlantikan tersebut dibuat oleh hierarki yang lebih ke bawah dari Yam Tuan
Besar. Selain itu setiap keputusan yang diambil oleh Yam Tuan Muda adalah berasaskan keputusan
yang dibuat bersama dengan undang.
Adat Temenggung pula bersifat autokrat, iaitu kuasa terletak di tangan pemerintah atau raja.
Sultan merupakan tonggak sistem pemerintahan. Ini diikuti oleh kerabat diraja, pembesar-pembesar
peringkat negeri, wilayah dan mukim. Ketua kampung menduduki lapisan terbawah. Kedudukan raja
begitu istimewa samada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Jawatan bersifat warisan, putera
sulong raja dan akan dilantik menggantikannya sekiranya kemangkatan sultan. Sultan berkuasa melantik
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
5[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
pembesar dengan pemberian surat tauliah. Pembesar diberi gelaran tertentu sesuai dengan
kedudukannya. Jawatan pembesar juga bersifat warisan. Kedudukan Raja diperkukuhkan lagi dengan
konsep daulat dan penggunaan lambang-lambang tertentu.
2. Ekonomi (5m)
Dari segi ekonomi adat perpatih bersifat matrilinear, iaitu kaum wanita mempunyai kedudukan
yang utama dalam masyarakat. Harta pusaka diperturunkan melalui keturunan wanita, iaitu dari pihak
ibu sebagai pengasas kepada anak perempuannya. Suami tidak berhak memiliki harta. sekiranya Si ibu
tidak mempunyai anak perempuan, hartanya diwariskan kepada adik perempuannya, atau adik-adiknya
atau cucu-cucunya. Kaum lelaki hanya berhak ke atas urusan pentadbiran keluarga.
Berbanding dengan Adat Perpatih, Adat Temenggung mementingkan kaum lelaki dalam
pembahagian atau warisan harta kerana pengaruh hukum Islam. Ini bermakna adat Temenggung
mementingkan jurai keturunan sebelah bapa. Jika berlaku penceraian maka pembahagian harta suami-
isteri dilakukan mengikut hukum syarak, contohnya harta sepencarian bagi isteri yang diceraikan
dibahagikan dua sama banyak, jika isteri yang diceraikan itu tidak bekerja harta hendaklah dibahagikan
1/3 kepada isteri. Bagi harta asal suami atau isteri maka ia dibahagikan mengikut hukum adat iaitu
dikembalikan kepada suami atau isteri berkenaan.
3. Sosial (5m)
Dari segi sosial adat perpatih mengamalkan hidup secara bersuku-suku, iaitu mereka hidup
secara berkeluarga di mana ahli-ahlinya terdiri daripada satu ikatan sedarah dan sedaging. Setiap suku
menggunakan nama tertentu seperti Biduanda, Batu Hampar, Paya Kumbuh, Mungkal, Tiga Nenek dan
lain-lain. Dari aspek perkahwinan masyarakat Adat Perpatih mengamalkan eksogami, iaitu
perkahwinan dengan suku yang sama tidak dibenarkan sama sekali, perkahwinan mestilah dari suku
yang berlainan. Ini kerana ahli-ahli dalam suku dianggap bersaudara. Si suami digelar semenda. Selepas
berkahwin si suami mesti mengikut isteri . Jika berlaku penceraian maka si suami tidak mempunyai hak
ke atas anak kerana anak akan berada dalam kelompok rumpun ibu.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
6[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Berbanding Adat Perpatih, Adat Temengung susunan kekeluargaan sebelah ayah dan ibu sama
penting. Adat ini juga membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak bercanggah
dengan hukum syarak, sesuai dengan individu dan dipersetujui oleh ahli keluarga. Untuk itu
perkahwinan dengan orang yang mempunyai pertalian darah dibenarkan seperti dibenarkan oleh syarak.
Dalam Adat Temenggung lelaki akan menjadi ketua keluarga.
4. Undang-undang (5m)
Dari aspek pelaksanaan undang-undang, Adat Perpatih mementingkan penyelesaian pesalah dan
mangsa berpuas hati terhadap keputusan yang dibuat. Hukuman penjara, mencacatkan atau
mencederakan tidak digalakkan. Hukuman adalah bertujuan membaiki keadaan (pemulihan) dan tidak
bertujuan menghukum pesalah. Undang-undang jenayah bertimbang rasa dan berperikemanusiaan.
Seseorang yang membuat salah akan didenda mengikut kesalahannya yang mana mangsa akan diberi
ganti rugi. Jika berlaku pembunuhan, keluarga orang yang terbunuh akan dibayar ganti rugi yang besar.
Adat Temenggung pula pelaksanan undang-undangnya bertujuan untuk menghukum.
Pelaksanaan hukuman dilakukan dengan tegas dengan tujuan untuk memberi iktibar kepada orang lain
dan merupakan pembalasan kepada si pesalah. Hukuman paling berat ialah bunuh. Hukuman ini
dikenakan ke atas kesalahan berat seperti membunuh, menfitnah, mencuri, tidak menurut perintah raja
dan menderhaka. Pelaksana undang-undang adalah raja dan pembesar. Pembesar boleh menjatuhkan
semua hukuman kecuali hukuman mati yang hanya boleh dijatuhi oleh raja
Kesimpulan (2/3m)
Adat Perpatih dan Adat Temenggung masih berjalan sehingga British campur tangan di Tanah
Melayu pada tahun 1874. Namun campurtangan British di negeri-negeri Melayu telah menyebabkan
berlaku perubahan yang besar dan memberi kesan kepada kedua-dua adat berkenaan. Selepas
campurtangan British sultan tidak lagi berkuasa mutlak, sultan juga telah kehilangan hak melantik
pembesar. Begitu juga pembesar. Sistem undang-undang kedua-dua adat mulai tidak penting kerana
British menggantikannya dengan undang-undang barat.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
7[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
SOALAN 3
Jelaskan gerakan penentangan terhadap pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dari
tahun 1894 hingga 1915
Pendahuluan (3/2m)
Syarikat Borneo Utara British (SBUB) telah dibentuk pada tahun 1881. Pentadbiran Sabah di bawah
SBUB diketuai oleh Gabenor iaitu Gabenor William Hood Treacher. Gabenor dibantu oleh Majlis
Penasihat dalam menguruskan pentadbirannya di Sabah. Pada tahun 1935, SBUB telah membahagikan
Sabah kepada empat residensi, iaitu Residensi Pantai Barat. Sandakan, Tawau dan Pendalaman. Setiap
residensi diketuai oleh seorang residen berbangsa Eropah. Perubahan-perubahan pentadbiran yang
dilakukan oleh SBUB telah mengugat peranan dan kedudukan pembesar tradisional dan akhirnya
membawa kepada tercetusnya gerakan penentangan
Isi (20m)
1. Penentangan Mat Salleh (10m)
Penentangan Mat Salleh telah bermula pada tahun 1894. Mat Salleh telah mengetuai beberapa
gerakan untuk menentang pemerintahan SBUB disebabkan mereka telah mencabar kewibawaannya
sebagai seorang pembesar. Mat Salleh juga tidak berpuas hati dengan pembaharuan yang diperkenalkan
oleh SBUB . Antaranya ialah pihak SBUB telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh di
Sungai Sugut untuk membalas dendam terhadap Mat Salleh yang telah membuat aduan tentang
wujudnya pergaduhan antara pegawai Inggeris dan orang Iban. Pihak SBUB juga telah mengenakan
pelbagai jenis cukai yang berbentuk penindasan tanpa memikirkan bebanan yang ditanggung oleh
rakyat, contohnya cukai kepala, cukai beras, dan lesen perahu.
Pada tahun 1894, pengikut-pengikut Mat Salleh telah membunuh dua orang pedagang Dayak di
Sungai Sugut. Pada tahun 1895, pihak SBUB pula bertindak balas dengan menyerang kampung Mat
Salleh di Pulau Jambongan lalu Mat Salleh dan pengikutnya telah melarikan diri ke Lingkabau dan
mendirikan kubu pertahanan di situ. Setelah itu, pada tahun 1897 Mat Salleh serta pengikutnya
memusnahkan pusat pentadbiran British di Pulau Gaya. Hal ini menyebabkan pihak SBUB sekali lagi
menyerang Inanam dan memusnahkannya. Manakala kubu yang dibina Mat Salleh juga telah
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
8[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
dimusnahkan oleh pihak SBUB.Tetapi Mat Salleh berjaya melarikan diri. Akhirnya satu pertemuan
antara pihak SBUB dan Mat Salleh diadakan di Menggatal. Pihak SBUB bersetuju mengampunkan
pengikut Mat Salleh manakala Mat Salleh juga dibenarkan menetap dan berkuasa di Tambunan. Namun
begitu , pihak SBUB tidak menepati janji dengan mengambil kembali Tambunan pada tahun 1893. Hal
ini telah mencetuskan pertempuran sengit antara Mat Salleh dan juga tentera SBUB. Mat Salleh
akhirnya terbunuh dalam pertempuran itu.
2. Penentangan Antanom (10m)
Pada tahun 1915, pihak SBUB sekali lagi menghadapi tentangan yang dikenali sebagai
“Pemberontakan Rundum”. Penentangan ini berlaku di Rundum yang diketuai oleh seorang pembesar
Murut yang dikenali sebagai Antanom. Orang Murut menentang kerana tidak berpuas hati dengan
pentadbiran SBUB. Antara faktor berlakunya penentangan ialah disebabkan oleh pihak SBUB cuba
mengawal kegiatan membuat tapai dengan mengenakan cukai ke atas beras dan ubi kayu. Pihak SBUB
juga cuba menghapuskan amalan memburu kepala yang merupakan tradisi kaum Murut. Selain itu,
pihak SBUB juga memaksa orang Murut membina jalan di kawasan pedalaman tanpa dibayar gaji.
Mengikut kepercayaan orang Murut ,pembinaan jalan itu boleh menimbulkan kemarahan nenek moyang
mereka.
Antanom serta orang Murut menyerang dan membakar Persiangan serta Rundum. Bagaimanapun
Bandar Rundum dapat diselamatkan oleh tentera SBUB. Kemudian Antanom bersama 900 orang
pengikutnya telah membina kubu di Sungai Selangit. Hal ini menyebabkan pihak SBUB telah
menghantar tentera untuk menyerang Antanom di Selangit. Dalam serangan itu, Antanom dan 400 orang
pengikutnya telah terkorban. Pengikutnya yang terselamat dalam pertempuran itu telah berpindah ke
Kalimantan.
Kesimpulan (2/3m)
Kesimpulannya, gerakan penentangan yang dilakukan oleh penduduk pribumi terhadap SBUB di
Sabah telah berjaya dipatahkan. Walaupun SBUB berjaya menghadapi penentangan daripada penduduk
tempatan namun ia secara langsung menjelaskan bahawa pengenalan sistem pentadbiran Barat di Sabah
tidak disenangi oleh penduduk tempatan
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
9[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
SOALAN 4
Terangkan peranan golongan berpendidikan agama dalam mencetuskan kesedaran sosial di
Tanah Melayu pada awal abad ke-20
Pendahuluan (3/2m)
Gerakan kesedaran yang pertama digerakkan oleh mereka yang berpendidikan agama dari Timur
Tengah. Mereka menerima pengaruh dan ilham dari gerakan Reformis Islam yang diketuai oleh Syed.
Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Kaum Muda bermatlamat untuk memajukan
bangsa Melayu berasaskan perjuangan agama Islam. Lidah rasmi yang pertama bagi Kaum Muda ialah
al-Imam. Antara para pemimpin umatnya ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi,
Hj. Abbas bin Mohd Taha dan Syeikh Mohd. Salim al-Kalali. Selain itu golongan berpendidikan pondok
yang dikenali sebagai Kaum Tua juga berperanan dalam mencetuskan kesedaran sosial di Tanah Melayu
pada awal abad ke-20
Isi (20m)
Matamat perjuangan Kaum Muda ialah memajukan kaum Melayu berasaskan ajaran Islam yang sebenar
iaitu berpandukan al-Quran dan hadis. Mereka bermatlamat untuk membebaskan orang Melayu dari
amalan-amalan taklid buta serta amalan khurafat serta bidaah. Semua amalan inilah yang menghalang
kemajuan orang Melayu. Pengamalan Islam yang sebenarnya merupakan jawapan kepada segala
masalah sosial, ekonomi dan politik yang dihadapi oleh orang Melayu.
Kaum Muda menekankan kepentingan sistem pendidikan bagi kemajuan orang Melayu. Pendidikan
adalah kunci kepada kemajuan. Kaum Muda melihat pendekatan pendidikan dari sudut yang lebih
liberal. Pendidikan dalam kalangan kaum perempuan juga dipentingkan. Selain menekankan
kepentingan pendidikan agama, pendidikan bercorak moden seperti penekanan bahasa Inggeris juga
dititikberatkan.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
10[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Di dalam aspek politik Kaum Muda bersikap anti penjajah dan bersikap tidak mahu bekerjasama.
Kaum Muda mengacak penjajah Inggeris kerana gagal memberikan pendidikan yang cukup dan
seterusnya memajukan orang Melayu.
Kaum Muda juga bersifat anti birokrasi elit Melayu. Raja-raja dan para pembesar Melayu diingatkan
supaya memelihara kepentingan orang Melayu. Mereka diseru agar melakukan sesuatu seperti
menubuhkan persatuan bagi menggalakkan pendidikan dan pembangunan ekonomi. Kaum Muda turut
menuntut orang Melayu menceburkan diri dalam bidang perniagaan, menubuhkan koperasi dan
menggunakan sistem kemudahan di bank.
Kaum Muda menjadikan akhbar dan majalah sebagai saluran perjuangan mereka. Antaranya ialah Al-
Imam. Al-Imam diterbitkan di Singapura bulan Julai 1906. Ia satu penerbitan bulanan dan dihentikan
penerbitannya pada Disember 1908. Tujuan al-Imam ialah untuk mengingatkan mana yang lalai dan
menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang
menyeru dengan kebajikan kepada mereka (orang Melayu ).
Selain itu tedapat juga akhbar dan majalah lain yang menjadi medan kepada idea dan penulisan Kaum
Muda, Neraca (Singapura, 1911-1915), AI-Ikhwan (Pulau Pinang, 1926-1931), Saudara (Pulau
Pinang, 1928-1941), dan Edaran Zaman (Pulau Pinang, 1925-30).
Selain akhbar dan majalah Kaum Muda juga menjadikan masjid dan surau sebagai saluran perjuangan
mereka. Antaranya ialah Madrasah Al-lkbal yang dibuka pada 21 November 1907. Melalui madrasah
ini, mata pelajaran yang bukan bersifat keagamaan seperti bahasa Inggeris, bahasa Melayu,
Matematik, Geografi, dan Sejarah telah diperkenalkan bersama mata pelajaran bersifat keagamaan.
Madrasah-madrasah lain yang turut diasaskan oleh Kaum Muda ialah seperti Madrasah AlHadi
(Melaka 1917), Madrasah Muhammadiah (Kota Bahru 1917), dan Madrasah Al-Diniah (Kg Lalang
Perak, 1924)
Idea perjuangan Kaum Muda mendapat tentangan daripada golongan yang berpendidikan pondok.
Golongan ini dikenali sebagai Kaum Tua. Kaum Tua kerap mengkritik Kaum Muda melalui akhbar
Lidah Benar dan Suara Benar. Kaum Muda telah dianggap sebagai kurang ajar dan tidak bertata
susila. Kaum Tua menentang Kaum Muda kerana kegiatan dan idea-idea Kaum Muda ini menggugat
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
11[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
kedudukan mereka sebagai elit agama di dalam masyarakat Melayu sama ada di peringkat negeri
mahupun di peringkat kampung-kampung.
Para mufti telah mengeluarkan fatwa yang mengutuk Kaum Muda sebagai kafir dan Qadiani. Kaum
muda telah dilarang untuk. berkhutbah dan memberi syarahan di masjid. Terdapat beberapa penerbitan
Kaum Muda yang diharamkan penyebarannya di beberapa negeri.
Kesimpulan (2/3m)
Kesimpulannya, Kaum Muda memainkan peranan penting dalam mencetuskan kesedaran
sosial dalam kalangan orang Melayu. Biarpun idea dan seruan Kaum Muda kerap dikritik oleh Kaum
Tua, namun sumbangan kedua-dua golongan ini sebenarnya sangat bermakna
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
12[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
SOALAN 5
Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1942 hingga 1945
Pendahuluan (3/2)
Jepun telah menawan seluruh Tanah Melayu pada 15 Februari 1942. Kemusnahan dua buah
kapal perang British iaitu H.M.S Repulse dan Prince Of Wales dengan penggunaan tentera ‘Kamikaze’
( Berani Mati ), telah melemahkan semangat tentera British. Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah
secara rasmi kepada Jepun. Maka bermulalah zaman pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu.
Walaupun tempoh masa pendudukan Jepun singkat sahaja iaitu tiga tahun lapan bulan, namun
pendudukan Jepun meninggalkan kesan yang sangat penting kepada penduduk tempatan baik dari aspek
politik, sosial dan ekonomi.
Isi (20m)
1. Kesan-kesan sosial (7m)
Pihak Jepun telah menjalankan dasar layanan yang berbeza terhadap kaum-kaum di Tanah
Melayu. Jepun memberi layanan yang cukup buruk terhadap orang Cina kerana dendam orang Jepun
terhadap orang-orang Cina di Tanah Melayu yang membantu negara China ketika berlakunya Perang
China-Jepun pada tahun 1895. Akibatnya ramai orang Cina telah melarikan diri ke pinggir-pinggir hutan
dan membentuk MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) untuk menentang Jepun.
Kaum Melayu dan India diberi layanan baik tetapi ramai antara mereka juga dihantar ke Siam
untuk membina Jalan Keretapi Maut. Akibatnya ramai orang Melayu, India dan Cina telah terkorban
dalam pembinaan tersebut akibat seksaan dan wabak penyakit. Merosotnya taraf kesihatan telah
menyebabkan merebaknya penyakit-penyakit tropika seperti beri-beri, taun dan malaria. Ubat-ubat yang
dibawa oleh Jepun hanya dikhaskan untuk askar-askar Jepun sahaja.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
13[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Perbezaan layanan kaum ini telah mewujudkan permusuhan kaum khususnya antara Melayu dan
Cina. Contohnya pihak Jepun telah menggunakan orang Melayu yang menyertai pasukan tentera dan
polis Jepun untuk mengesan orang Cina yang anti-Jepun. Ini menimbulkan rasa curiga dan permusuhan
antara orang Melayu dengan orang Cina setelah Jepun menyerah kalah.
Sistem pendidikan Inggeris juga turut ditukar kepada sistem pendidikan Jepun. Bahasa Jepun
iaitu ‘Nippon-go’ diwajibkan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah dan juga sebagai lingua franca
di seluruh negara. Sistem pendidikan Jepun menekankan beberapa aspek seperti pembentukan akhlak
dan disiplin, taat setia kepada Maharaja Jepun dan kepatuhan kepada kerajaan Jepun. Kebudayaan Jepun
disebarkan melalui sistem pendidikan Jepun. Orang tempatan diajar adat istiadat dan lagu kebangsaan
Jepun, iaitu ‘Kamigayo’.
2. Kesan-kesan politik (7m)
i. Nasionalisme orang Melayu
Pendudukan Jepun telah menamatkan tradisi kepercayaan bahawa kuasa-kuasa Barat merupakan
kuasa yang tidak boleh dikalahkan. Ini telah menyemarakkan lagi kebangkitan dan kesedaran
kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu.
Langkah pertama pendudukan Jepun yang membangkitkan perasaan nasionalisme dalam
kalangan orang Melayu ialah dengan membebaskan ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang telah
dipenjarakan oleh Inggeris dan memulihkan kembali KMM di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob.
KMM kemudiannya telah diharamkan oleh Jepun pada tahun 1942 apabila disyaki mengadakan
hubungan sulit dengan MPAJA. Jepun telah menubuhkan PETA ( Pembela Tanah Air ) bagi menarik
perhatian orang-orang Melayu. Anggotanya terdiri daripada bekas pegawai KMM. Ibrahim Yaacob
dilantik sebagai Leftenan Kolonel. PETA juga telah mengadakan hubungan sulit dengan MPAJA dan
tentera Wataniah.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
14[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Di saat-saat Jepun menyedari kekalahannya, Jepun menolong kaum Melayu menubuhkan
Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada bulan Julai 1945. KRIS dipimpin oleh Ibrahim
Yaacob dan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Walaupun orang Melayu tidak berjaya mencapai kemerdekaan
di bawah Jepun, namun semangat nasionalisme telah berjaya menarik orang Melayu untuk bersatu
terutamanya dalam menentang Malayan Union.
ii. Nasionalisme orang India
Perhatian kaum India telah dialihkan kepada pembebasan India daripada penindasan oleh
penjajahan Inggeris. Orang India telah menubuhkan Liga Pembebasan India di bawah pimpinan Subhas
Chandra Bose. Beliau juga telah menubuhkan Tentera Nasional India (INA) untuk membantu Liga
Pembebasan India. Kedua-dua pertubuhan ini telah menguasai keadaan politik orang India di Tanah
Melayu. Orang-orang India telah dikerah menyertai Tentera Nasional India.
Orang India digalakkan supaya memberikan bantuan kewangan dan harta untuk menyokong
gerakan pembebasan India daripada penjajahan Inggeris. Subhas Chandra Bose yang dalam buangan
telah mendirikan sebuah kerajaan yang bergelar ‘Azad Hind’ di Singapura. Ia telah menyahut slogan
“Chalo Delhi” (Mara ke Delhi). Penggunaan slogan ini menaikkan lagi semangat nasionalisme dalam
kalangan orang India. Bagaimanapun kekuatan INA dan Liga Pembebasan India telah merosot apabila
Jepun menyerah kalah.
iii. Nasionalisme orang Cina
Permusuhan antara orang Jepun dan Cina telah bermula sejak Jepun telah menawan China pada
tahun 1937. Apabila Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu dan Singapura pada bulan Febuari 1942,
ramai orang Cina telah dibunuh.
Tindakan ini telah menyebabkan orang Cina merasakan pihak Jepun mengamalkan dasar
diskriminasi. Keadaan ini mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan nasionalisme di Tanah
Melayu, contohnya tindakan ini merupakan titik permulaan permusuhan antara orang Cina dan orang
Melayu.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
15[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Parti Komunis Malaya (PKM) telah menggunakan sentimen anti Jepun untuk memperoleh
sokongan orang Cina untuk menentang Jepun di Tanah Melayu. PKM telah menubuhkan Malayan
Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) yang dianggap sebagai gerakan mewakili semua bangsa di
Tanah Melayu. MPAJA telah diberikan latihan oleh Sekolah Latihan Khas 101 di bawah pimpinan
Kolonel Spencer Chapman serta dibekalkan senjata, ubat-ubatan, maklumat dan bahan makanan oleh
tentera Berikat melalui ‘Force 136’ yang berpusat di Sri Lanka.
MPAJA mengadakan hubungan sulit dengan PETA dan melancarkan perang gerila terhadap
pihak Jepun. Jepun telah mengambil langkah untuk menarik minat orang Cina berfahaman sederhana
yang kebanyakannya tinggal di bandar untuk bekerjasama dengan pemerintahan Jepun.
Pihak Jepun telah menubuhkan beberapa kelab seperti Epposho bagi masyarakat Cina di Pulau
Pinang pada tahun 1944. Ramai orang Cina dilantik di dalam Majlis Penasihat di peringkat bandar dan
negeri mulai tahun 1943.
3. Kesan-kesan ekonomi (6m)
Dasar ‘bumi hangus’ yang diamalkan oleh British sebelum berundur dari Tanah Malayu ke
Singapura telah menyebabkan ekonomi Tanah Melayu merosot kerana banyak kemudahan awam seperti
infrastruktur telah diletupkan oleh tentera British. Begitu juga dengan perusahaan bijih timah dan getah
turut merosot kerana kemusnahan alat-alat melombong seperti kapal korek dan alat-alat memproses
getah.
Akibat peperangan, perdagangan Tanah Melayu dengan pasaran-pasaran luar telah terputus.
Perdagangan Singapura dan Pulau Pinang telah merosot kerana Tanah Melayu tidak dapat mengeksport
dan mengimport sebarang bahan.
Jepun mengamalkan sistem ekonomi sara diri dan memaksa rakyat menanam tanam-tanaman
makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi untuk mengatasi masalah kekurangan makanan.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
16[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Perusahaan-perusahaan tempatan didirikan untuk menghasilkan barang-barang gantian seperti
minyak masakan, sabun, gula, tayar, kertas, tali dan benang. Perusahaan-perusahaan penting diambil alih
oleh syarikat-syarikat Jepun seperti Mitsui dan Mitsubishi.
Percetakan mata wang ‘pokok pisang’ yang tidak terkawal serta kekurangan bahan-bahan
pengguna menyebabkan keadaan inflasi dengan harga-harga barang melambung tinggi dan nilai
matawang Jepun menjunam jatuh.
Kesimpulan (2/3m)
Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu detik penting dalam sejarah tanah
air kerana telah banyak mendatangkan kesan positif dan negatif. Pengunduran Jepun dari Tanah Melayu
pada September 1945 adalah disebabkan pengeboman dua bandar penting di Jepun iaitu Hiroshima dan
Nagasaki. Selepas tamat Perang Dunia Kedua British telah kembali ke Tanah Melayu dan
memperkenalkan Malayan Union.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
17[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
SOALAN 6
Huraikan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau, Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) dari tahun 1957 hingga tahun 1963.
Pendahuluan (3/2m)
Dasar luar sesebuah negara bertujuan mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara serta
menentukan kesejahteraan sosioekonomi negara tercapai. Sebagai sebuah negara yang baru mencapai
kemerdekaan seperti Tanah Melayu, kepentingan negara, keselamatan serantau, perpaduan antara
negara-negara serta kesejahteraan sejagat merupakan fokus utama dalam perhubungan serantau. Dalam
tempoh 1957-1963 yang begitu singkat, Tanah Melayu telah terlibat dalam pertubuhan serantau seperti
Persatuan Asia Tenggara (ASA), MAPHILINDO, Pertubuhan Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu.
Isi (20m)
1. Southeast Asian Friendship and Economic Treaty (SEAFET) (4m)
Januari 1959 semasa lawatan rasmi ke Filipina, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan
pembentukan Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-Negara Asia Tenggara (SEAFET) hasil
rundingannya dengan Presiden Filipina Carlos P.Garcia. SEAFET dianggotai oleh Tanah Melayu dan
Filipina. Negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Kemboja, Loas, Vietnam Selatan dan Myanmar
dijemput untuk menyertai pakatan SEAFET tetapi mendapat sambutan dingin. Walaupun Thailand dan
Vietnam Selatan mengalu-alukan penubuhan SEAFET tetapi Indonesia menolak undangan menyertai
pertubuhan itu kerana Malaysia dan Filipina dikatakan mempunyai hubungan dengan penjajah. Filipina
menjadi anggota SEATO (Southeast Asia Treaty Organisation) dan Malaysia mempunyai perjanjian
dengan AMDA (Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya). Indonesia berpendapat selagi ada negara di Asia
Tenggara yang menyertai pakatan pertahanan sedemikian, negara itu tidak akan dapat berperanan
dengan bebas.
2. Persatuan Asia Tenggara ( ASA ) (4m)
Selepas Perang Dunia Kedua, rantau Asia Tenggara dijadikan kawasan tumpuan perebutan
kuasa-kuasa Barat yang terlibat dalam Perang Dingin. Ancaman komunis turut terasa oleh
kebanyakkan rakyat negara Asia Tenggara seperti Tanah Melayu,Thailand, Filipina, Indonesia
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
18[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
dan Vietnam. Ekonomi negara rantau ini masih berbentuk kolonial. Pembentukan satu pakatan
kerjasama serantau seperti kerjasama dalam ekonomi, kebudayaan dan sosial perlu untuk
menangani masalah yang sedang dihadapi. Dengan ini ASA yang dianggotai oleh Tanah
Melayu, Thailand, dan Filipina dibentuk pada Ogos 1961 di Bangkok.
Antara maklumat ASA seperti menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan
sosial, mewujudkan keamanan dan keselamatan serantau, mempertingkatkan pengajian
berkaitan Asia Tenggara.
Rombongan kebudayaan antara negara, pertukaran tenaga pengajaran antara universiti, kegiatan
pelancongan, perjanjian penerangan antara anggota ASA diaturkan.
ASA hanya mencapai matlamat terhad dengan dianggotai oleh 3 buah negara. Pembentukan
Malaysia pada tahun 1963 dikecam oleh Indonesia dan Filipina sehingga hubungan diplomatik
Malaysia-Indonesia dan Filipina terputus.
3. MAPHILINDO (4m)
Pakatan kerjasama serantau kedua ditubuhkan pada Ogos 1963 bertujuan mengadakan hubungan
kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan, kemasyarakatan serta mencari jalan
menamatkan persengketaan berkaitan penubuhan Malaysia.
MAPHILINDO memohon Suruhanjaya PBB ( Suruhanjaya Michealmore ) meninjau semula
pandangan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap pembentukan Malaysia. Namun begitu
Indonesia dan Filipina enggan menerima hasil tinjauan tersebut. Konfrontasi tercetus antara
Malaysia dengan Indonesia sehingga terputus hubungan diplomatik. Tuntutan Filipina ke atas
Sabah membawa kepada kegagalan hubungan diplomatik kedua-dua negara dan membawa
kepada pembubaran MAPHILINDO.
4. Penglibatan Malaysia dalam Komanwel (4m)
Malaysia menyertai pertubuhan ini sebaik sahaja mencapai kemerdekaan. Komanwel begitu
bermakna kepada Malaysia memandangkan Malaysia amat bergantung kepada bantuan Britain
dalam soal pertahanan dan keselamatan. Perjanjian Pertahanan Britain-Tanah Melayu
membolehkan bantuan tentera kepada Tanah Melayu dalam membanteras ancaman komunis
dan ancaman luar.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
19[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Rancangan Colombo yang menyediakan bantuan biasiswa membolehkan pelajar-pelajar
Malaysia melanjutkan pelajaran ke negara Komanwel. Bantuan kewangan dan bantuan
kepakaran turut diberikan kepada Tanah Melayu.
Tanah Melayu turut memberi sumbangan kepada Komanwel dalam teknologi getah. Kecaman
Tanah Melayu terhadap amalan Dasar Apertheid telah mengakibatkan Afrika Selatan tersingkir
dari Komanwel pada tahun 1961.
5. Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsar Bersatu (4m)
Tanah Melayu diiktiraf sebagai negara berdaulat di peringkat antarabangsa setelah diterima
menjadi anggota PBB ke-82 pada 17 September 1957.
Malaysia terlibat secara aktif dalam PBB untuk tujuan keamanan dunia, misalnya pada tahun
1957, Tanah Melayu mengecam tindakan Republik Rakyat China kerana menakluki Tibet.
Pada tahun 1961, Malaysia menghantar pasukan tentera menyertai pasukan perdamaian PBB ke
Congo ( kini Republik Zaire ) untuk mengekalkan keamanan dan mendamaikan perang saudara
(1960 – 1963 ). Pelbagai faedah diterima oleh Malaysia melalui agensi-agensi PBB seperti
Bank Dunia, FAO, UNESCO, ILO dan lain-lain.
Kesimpulan (2/3m)
Malaysia telah menganggotai pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa dan telah
berjaya memainkan peranannya secara berkesan dan sistematik. Sememangnya Malaysia telah berjaya
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan serantau dan antarabangsa secara
berkesan. Malaysia banyak mendapat faedah dari pertubuhan serantau dan antarabangsa untuk
membangunkan ekonomi dan menstabilkan pertahanan negara.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
20[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
SOALAN 7
Huraikan sistem pembesar di China dan Jepun sebelum perluasan pengaruh Barat.
Pendahuluan (3/2)
Institusi pemerintahan kemaharajaan di China dan Jepun turut disokong oleh golongan pembesar.
Para pembesar berperanan sebagai pembantu dan pelaksana arahan maharaja. Para pembesar di Jepun
terdiri daripada Shogun, Samurai dan Daimyo, manakala di China pembesar terdiri daripada hulubalang
dan sarjana.
Isi: (20m)
A. Pembesar di Jepun (10m)
Pemerintahan sebenar berada di tangan Shogun ( hulubalang ) yang memerintah atas nama
maharaja. Pemerintahan di Jepun ialah bersifat Bakufu, iaitu dipegang oleh Shogun. Maharaja
masih dianggap sebagai ketua negara, tetapi kuasa sebenar kerajaan berada di bawah pengaruh
pembesar, terutamanya golongan Shogun. Shogun dibantu oleh para pembesar bergelar Daimyo
(Penguasa Agung Tanah Bebas) Semasa pemerintahan Keshogunan Tokugawa, Jepun
dibahagikan kepada beberapa daerah. Setiap daerah akan dikurniakan kepada Daimyo oleh
Shogun. Setiap Daimyo diberi kuasa penuh untuk memerintah dan mentadbir wilayahnya.
Daimyo boleh dipecahkan kepada tiga peringkat, iaitu Daimyo Shimpan, Daimyo Fudai dan
Daimyo Tozama.
Daimyo Shimpan terdiri daripada kaum kerabat Shogun dan diberi peranan mentadbir di
peringkat pusat. Daimyo Fudai terdiri daripada kalangan bangsawan dan sangat setia kepada
Shogun. Mereka ditempatkan di wilayah tengah. Daimyo Tozama ialah keturunan bangsawan
dan diberi wilayah selatan dan barat yang terletak jauh dari pusat pentadbiran Shogun. Ini
dilakukan bagi menjamin kedudukan Shogun.
Setiap Daimyo mempunyai golongan pahlawan yang bergelar Samurai. Golongan ini sanggup
berjuang demi mempertahankan Daimyo masing-masing. Golongan Samurai akan membawa
dua bilah pedang sebagai lambang ketinggian kelasnya serta mempunyai kod etika sendiri.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
21[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
B. Pembesar di China (10m)
Golongan pembesar dibahagikan kepada pembesar pusat dan wilayah.
1. Pembesar pusat
Golongan sarjana merupakan pegawai kanan kepada maharaja di peringkat pentadbiran pusat.
Mereka menjalankan tugas pentadbiran atas arahan Maharaja. Golongan ini dipilih berdasarkan
kelulusan tertinggi dalam sistem peperiksaan awam yang berkisar tentang teks klasik Confucius.
Mereka mempunyai tanggungjawab dalam kementerian-kementerian penting dan terlibat dalam
penggubalan dasar kerajaan, misalnya, mereka menyertai Imperial Secretariat dan
bertanggungjawab menggubal dasar negara. Dasar yang digubal akan dilaksanakan oleh
pembesar wilayah atau pegawai di Jabatan Hal-Ehwal Negara.
Segala dasar yang bersifat umum untuk kepentingan kerajaan dibentuk di pusat, tetapi
pembesar wilayah dibenarkan untuk mengubah dasar tersebut dengan kebenaran adat
istiadat dan keadaan setempat. Terdapat enam jabatan yang dibentuk semasa pemerintahan
Dinasti Manchu.
2. Pembesar wilayah
Terdapat juga golongan tentera yang dilantik sebagai pembesar wilayah. Ini untuk
memastikan wilayah tersebut sentiasa aman dan tenteram serta patuh terhadap kerajaan
pusat.
Pembesar daripada golongan tentera atau hulubalang dikenali sebagai Tushun atau Ketua
Tentera Wilayah. Mereka berkuasa dalam wilayah masing-masing serta sering bertindak
sendirian. Mereka berhak mewujudkan sistem pentadbiran sendiri dalam hal-hal seperti
pengutipan cukai, pertahanan dan perundangan. Mereka mempunyai tentera sendiri yang
setia dan lengkap. Mereka mampu membiayai angkatan tentera tersebut kerana penguasaan
ekonomi terhadap wilayah yang mereka kuasai.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
22[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Selain golongan tentera, terdapat juga pembesar wilayah yang dilantik daripada golongan
bijak pandai lulusan pendidikan Confucius. Golongan ini ialah pembesar tempatan atau
gentri yang membantu pembesar wilayah. Gentri lebih merupakan tuan tanah. Mereka
tidak dibayar gaji dan tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. Mereka boleh
bertukar wilayah dan lebih berminat menjalankan perniagaan keluarga. Mereka juga
merupakan orang perantara antara pembesar dan rakyat kerana mereka mempunyai
pengaruh yang kuat ke atas masyarakat tempatan.
Kesimpulan (2/3m)
Para pembesar merupakan aset penting dalam sistem pemerintahan di sesebuah negara
termasuklah di Jepun dan China. . Mereka memainkan peranan penting dalam membantu maharaja
terutamanya dalam menentukan kelicinan pentadbiran. Dinasti Manchu dan Shogun Tokugawa
mewujudkan sistem pembesar untuk melicinkan pentadbiran dan mengagihkan tugas-tugas
pemerintahan.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
23[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
SOALAN 8
Jelaskan kegiatan ekonomi komersial di Filipina dan Jepun sebelum Perang Dunia Kedua.
Pendahuluan (3/2m)
Kehadiran kuasa-kuasa Barat di Asia telah membawa banyak perubahan dalam semua aspek
politik, sosial dan ekonomi. Sebelum Perang Dunia ke-2, kegiatan ekonomi komersial memang giat
dijalankan termasuklah di Filipina dan Jepun. Di Filipina, kegiatan ekonomi komersial yang dijalankan
dapat dibahagikan kepada dua zaman iaitu zaman pentadbiran Sepanyol dan zaman pentadbiran
Amerika Syarikat. Manakala di Jepun, kegiatan ekonomi komersial muncul dengan aktif selepas Jepun
mula membuka pintunya kepada pihak Barat melalui Perjanjian Kanagawa dengan Amerika Syarikat
(1854).
Isi (20m)
A. Kegiatan ekonomi komersil di Filipina (10m)
i. Tebu
Tebu menjadi tanaman jualan pertama yang dieksport. Semasa pemerintahan Sepanyol, ia
menjadi salah satu keluaran utama dalam ekonomi penjajahan. Pertumbuhan perdagangan tebu di
Manila berlaku selepas pembukaan Manila kepada perdagangan dunia.
Semasa pemerintahan Amerika Syarikat (hingga tahun 1941) pengeluaran tebu meningkat 6 kali
ganda dan pada tahun 1930 kedudukannya kukuh sebagai bahan eksport utama Filipina.
Peningkatan berlaku kerana beberapa sebab seperti penggunaan kaedah dan teknologi moden,
dasar tarif Amerika Syarikat terhadap Filipina dan pembinaan jalan kereta api baru menuju ke arah utara
Manila dan memajukan tanah Pampangan.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
24[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
ii. Tembakau
Tembakau juga merupakan eksport penting Filipina terutamanya semasa pemerintahan Sepanyol.
Kawasan penanaman tembakau ialah di Lembah Gaganpan, Ilocos, Nueva Ecija dan Marinduque.
Penanaman tembakau dimonopoli oleh kerajaan dan keuntungan daripada monopoli ini berjaya
mengatasi masalah kewangan Sepanyol. Berlaku penindasan dan penyalahgunaan kuasa. Sistem
monopoli ini melahirkan satu amalan tanaman paksa yang kejam.
Wujud pasaran gelap, kegiatan rusuhan dan penyeludupan. Akhirnya, pada tahun 1882
monopoli ini ditamatkan. Tanaman tembakau mula mengalami kemerosotan ketara pada akhir tahun
1930 apabila nilai eksportnya hanya 0.75% daripada keseluruhan nilai ekonomi. Ini disebabkan oleh
sistem tarif Amerika Syarikat, pengenalan tembakau Virgina Amerika dan orang Filipina lebih suka
tembakau Amerika.
iii. Abaka
Muncul sebagai tanaman jualan utama di Filipina selama 40 tahun selepas kemerosotan
tembakau. Peningkatan permintaan datang dari Amerika Syarikat sehingga abaka menjadi bahan eksport
utama selepas tahun 1830. Menjelang tahun 1850-an, abaka dihantar ke New England untuk diproses
menjadi tali sementara pada masa yang sama sebuah kilang tali-temali yang kecil kepunyaan orang
Amerika telah didirikan di Manila
Pusat pengeluaran utama adalah di wilayah Bicol di Albay, Sorsogon, Leyte dan Samar. Abaka
mula menjadi tanaman utama apabila Amerika Syarikat mengambil alih kuasa di Filipina. Pada
tahun1941, keluaran abaka lebih kurang 95% daripada jumlah keluaran dunia. Filipina dapat
mempertahankan kedudukannya sebagai satu-satunya pengeluar abaka untuk pasaran dunia.
Perdagangan abaka ditentukan oleh tarif yang dikenakan. Mengikut Akta Pyne Aldrich pada
tahun 1909, abaka yang dieksport ke Amerika Syarikat bebas daripada cukai.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
25[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
iv. Kelapa
Tanaman keempat penting di Filipina ialah kelapa yang merupakan tanaman asli Filipina. Ia
digunakan sebagai sumber makanan dan bahan bakar.
Menjelang abad ke-20, hasil kelapa menjadi eksport utama Filipina. Kawasan penanaman kelapa
ialah Luzon, Manila dan sekitar Teluk Lagoon hingga ke pantai Tayabas. Pulau Visayas dan Mindanao
yang terletak jauh ke selatan turut menjadi pusat penanaman kelapa yang penting.
B. Kegiatan ekonomi komersil di Jepun (10m)
Jepun telah menjalankan dasar buka pintu apabila termeterainya perjanjian Kanagawa dengan
Amerika Syarikat pada tahun1854. Mereka mula mengambil kira sistem-sistem yang diamalkan oleh
Barat sama ada sistem ekonomi, sosial mahupun politik.
Kemunculan Meiji untuk memodenkan Jepun mengikut acuan Barat telah menjadi faktor penting
kemunculan Jepun sebagai kuasa yang kuat kemudiannya. Sistem ekonomi Jepun mula diubah. Sektor
pertanian mula menerima kemasukan elemen-elemen baru yang diambil dari Barat. Revolusi pertanian
telah membolehkan sektor ini mencapai kejayaan yang cemerlang.
Meskipun Jepun hanya mempunyai jumlah tanah subur yang kecil, namun dengan bantuan
teknologi ini, maka ia masih lagi dikira mampu mengeluarkan hasil untuk keperluan penduduk.
Menyedari bahawa sektor perindustrian merupakan sektor penting, maka ia dimajukan. Sektor
industri pembinaan kapal misalnya menerima perhatian yang besar. Kapal-kapal yang mengikut Barat
telah dibina pada tahun 1855 dan dengan bantuan kewangan daripada Perancis, pusat pembinaan kapal
di Yokosuka telah dibuka pada tahun 1865.
Adanya teknologi serta kemampuan membina kapal ini telah menyebabkan Jepun kemudiannya
muncul sebagai kuasa kelautan yang penting di Asia Timur. Berdasarkan kepada perkembangan-
perkembangan di Jepun, sistem Barat telah diambil dan diubah suai mengikut kepentingan negara
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
26[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
tersebut. Malah pengubahsuaian inilah yang banyak membantu Jepun muncul sebagai kuasa ekonomi
pada abad ke-20.
Kemampuan mereka keluar dari ‘negara peminjam kepada negara pemberi pinjaman’ pada abad
ke-20 itu merupakan satu catatan sejarah kecemerlangan yang sangat menakjubkan bagi sebuah Negara
Asia.
Meskipun demikian, pengambilan sistem serta elemen-elemen ekonomi Barat itu tidak diambil
begitu sahaja, sebaliknya dipastikan bahawa budaya tempatan seperti budaya kerja, sikap dan
sebagainya yang menjadi asas kepada masyarakat Jepun itu juga berjalan seiringan.
Kesimpulan (2/3m)
Kehadiran Barat telah memberi pengaruh yang cukup besar dalam perkembangan sistem
ekonomi bersifat komersial di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur, khususnya Filipina yang
pernah dijajah oleh dua kuasa besar iaitu Sepanyol dan Amerika Syarikat. Begitu juga dengan Jepun,
ekonominya berkembang pesat bila bermulanya dasar buka pintu pada 1854. Selepas era penjajahan
berakhir, negara-negara Asia Tenggara masih meneruskan polisi yang diamalkan sejak sekian lama iaitu
dengan menjadikan sektor pertanian sebagai sektor penting. Manakala Jepun lebih tertumpu kepada
sektor perindustrian.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
27[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
SOALAN 9
Terangkan langkah-langkah yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorn (1868-1910) di Thailand
dan Raja Mindon Min ( 1853-1878) di Myanmar dalam usaha memodenkan negara masing-
masing.
Pendahuluan (3/2m)
Raja Chulalongkorn telah ditabalkan menjadi Raja Thailand pada tahun 1868. Raja
Chulalongkorn mendapat pendidikan Barat dan telah banyak membuat lawatan ke beberapa buah
negara seperti India, Singapura dan Myanmar. Beliau telah meneruskan langkah-langkah pemodenan
yang dilakukan oleh Raja Mongkut dalam pentadbiran negara, hubungan luar dan ekonomi.
Manakala Raja Mindon Min telah ditabalkan menjadi Raja Myanmar pada bulan Februari 1853.
Sebelum menjadi raja, Raja Mindon Min merupakan seorang sami Buddha yang sangat taat dengan
ajaran Buddha. Beliau merupakan seorang raja yang berkebolehan dan mempunyai sifat-sifat terpuji,
malahan beliau dihormati oleh orang Barat.
Isi (20m)
A. Pemodenan Raja Chulalongkorn (10m)
Langkah pemodenan Raja Chulalongkorn dalam pentadbiran ialah menubuhkan sistem
pentadbiran pusat pada 1 April 1892. Beliau telah mewujudkan kementerian yang diketuai
oleh seorang menteri. Antara kementerian yang diwujudkan ialah Kementerian Dalam
Negeri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan. Chulalongkorn masih
meneruskan tradisi bapanya iaitu menggaji penasihat-penasihat Barat, contohnya Rolin
Jacquernins berbangsa Belgium (penasihat am) dan penasihat Kementerian Kewangan
berbangsa Inggeris. Raja Chulalongkorn telah mewujudkan perbendaharaan moden di
Thailand dengan bantuan Penasihat Kewangan Inggeris. Sistem cukai langsung telah
diperkenalkan pada tahun 1892.
Thailand dibahagikan kepada 18 buah monthon (bulatan), changwat (wilayah) dan amphoe
(daerah). Beberapa buah jabatan telah diwujudkan seperti Jabatan Kastam dan Jabatan Hasil
Dalam Negeri. Dalam bidang undang-undang, Kementerian Keadilan telah ditubuhkan pada
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
28[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
tahun 1894, bersamaan dengan penubuhan sistem mahkamah jenayah dan awam yang
berunsurkan Barat. Raja Chulalongkorn telah menyusun sistem penjara dan memodenkan
pasukan polis.
Daripada segi ekonomi antara langkah yang telah dilaksanakan ialah menubuhkan bank-bank
British di Bangkok pada tahun 1888-1894. Chulalongkorn telah menggalakkan perluasan
kawasan penanaman padi. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengurangkan cukai ke
atas sawah-sawah padi, melaksanakan projek pengairan dan pembinaan jalan kereta api.
Usaha tersebut telah membuahkan hasil yang lumayan apabila nilai eksport beras Thailand
telah meningkat daripada 1.8 juta pada tahun 1870, kepada 14.7 juta pada tahun 1905.
Chulalongkorn turut menggalakkan perdagangan asing dengan menerima pelabur Barat
terutamanya Britain.
Raja Chulalongkorn telah meneruskan polisi luar negara yang telah diamalkan oleh Raja
Mongkut. Thailand telah menandatangani perjanjian diplomatik dengan negara Belgium,
Itali, Sweden, Norway dan Jerman. Chulalongkorn telah menyerahkan wilayah-wilayah
naungannya kepada kuasa Barat untuk mengekalkan kemerdekaannya, misalnya
menyerahkan Laos, Kemboja kepada Perancis dan negeri-negeri Melayu Utara kepada
British. Raja Chulalongkorn telah menjalin hubungan peribadi dengan raja-raja di Eropah,
misalnya dengan maharaja William 11 di Jerman, Tsar Nicholas 11 dari Rusia.
Dalam aspek pendidikan, Raja Chulalongkorn telah membuat beberapa pemodenan seperti
pembinaan sekolah untuk kaum bangsawan dan rakyat biasa. Untuk melahirkan golongan
cerdik pandai di Thailand, Chulalongkorn telah menghantar seramai 300 orang pelajar ke
luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Jabatan Pendidikan dan Maktab Perguruan telah
ditubuhkan. Kemajuan dalam bidang pendidikan begitu terserlah dengan kewujudan sekolah-
sekolah aliran Inggeris, contohnya pada tahun 1890-an terdapat tiga buah sekolah Inggeris di
Thailand.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
29[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
B. Pemodenan Raja Mindon Min (10m)
Raja Mindon Min pula telah berjaya mengekang penguasaan pihak Barat secara kekerasan
terhadap Myanmar. Mindon Min telah menjalankan dasar pintu terbuka kepada British dan
Perancis. Beliau berusaha untuk menjalinkan hubungan baik dengan British, dengan harapan
British akan mengembalikan wilayah Pegu kepada Myanmar. Bagi tujuan tersebut, Mindon Min
telah menghantar perwakilan pada tahun 1853 untuk bertemu dengan kerajaan Britain. Satu
perjanjian telah dimeterai meliputi hubungan diplomatik dan perdagangan. Melalui perjanjian
tersebut, Myanmar membenarkan British menggunakan kemudahan di Myanmar. Mindon Min
menjalin hubungan dengan Perancis untuk mengurangkan tekanan yang diterima daripada
British. Pada tahun 1873, Mindon Min telah membuat perjanjian dengan Perancis.
Mindon Min telah memperbaiki sistem ekonomi dengan memperkenalkan sistem cukai yang
baharu. Dalam usaha tersebut, beliau telah memperkenalkan cukai Thatemenda pada tahun 1862,
iaitu cukai yang dibayar oleh setiap keluarga kecuali yang berkhidmat dengan raja. Beliau turut
memperkenalkan sistem mata wang yang berdasarkan nilai perak. Kilang untuk mengeluarkan
wang telah didirikan oleh kerajaan. Di samping itu, Mindon Min berusaha untuk
mempelbagaikan sumber ekonomi Myanmar supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada
sumber pertanian. Kilang-kilang telah didirikan. Selain itu sektor perlombongan khususnya
lombong arang batu dan bijih besi juga dimajukan. Walau bagaimanapun usaha beliau tidak
mendapat hasil yang memberansangkan kerana kekurangan kepakaran teknikal dan pengetahuan
dalam bidang tersebut. Malahan Myanmar menghadapi masalah kekurangan sumber kewangan
untuk mengolah sumber mineralnya. Mindon Min turut memajukan sektor perkapalan untuk
menjana pertumbuhan ekonomi dan memperbaiki sistem perhubungan Myanmar. Contohnya
dengan penubuhan syarikat perkapalan Irawaddy, banyak kapal telah dibeli untuk
mengembangkan operasi syarikat perkapalan tersebut.
Mindon Min turut menjaga kebajikan rakyat khususnya pendidikan dan kemudahan infrastruktur.
Beliau telah mengembangkan pendidikan dan ajaran agama Buddha. Dalam usaha tersebut,
beliau telah membina komplek pagoda di Kuthodaw sebagai pusat pendidikan dan
pengembangan agama Buddha. Beliau telah menjadikan Mandalay sebagai pusat pendidikan
agama Buddha di Myanmar. Mindon Min telah memajukan infrastruktur khususnya jalan
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
30[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
perhubungan untuk memudahkan rakyatnya bergerak ke sesuatu tempat. Ini terbukti dengan
pengwujudan syarikat perkapalan milik negara.
Kesimpulan (2/3m)
Sebagai kesimpulannya, langkah pemodenan yang telah dilakukan oleh Raja Chulalongkorn
di Thailand dan Raja Mindon Min di Myanmar telah berjaya membangunkan negara masing-masing.
Polisi berbaik-baik dengan kuasa Barat oleh kedua-dua raja berjaya mengurangkan ketegangan
dengan pihak Barat. Namun apa yang jelas sikap toleren Raja Chulalongkorn telah berjaya
menyelamatkan negaranya daripada dijajah berbanding dengan kedegilan Raja Mindon Min dalam
mempertahankan adat tradisinya yang membawa kepada tercetusnya Perang Inggeris-Myanmar ke-3
dan akhirnya seluruh Myanmar dikuasai oleh British.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
31[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
SOALAN 10
Huraikan faktor-faktor yang mencetuskan Revolusi China 1911 dan Revolusi Siam 1932
Pengenalan ( 3/2 m )
Revolusi China yang berlaku pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932 tidak
bertujuan untuk mengusir penjajahan Barat; sebaliknya merupakan peristiwa penentangan yang
berpunca daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerintah di negara masing-masing. Kedua-dua
revolusi ini telah digerakkan oleh golongan intelektual yang merasakan pembaharan perlu dilakukan
untuk membangunkan negara dan ianya mendapat sokongan luas daripada golongan massa. Revolusi
China dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen dan Kang Yu Wei sementara Revolusi Siam diketuai oleh Pridi
Panomyong.
Isi (20 m)
A. Faktor-faktor Yang Mencetuskan Revolusi China 1911 (10m)
i. Kelemahan pemerintahan Manchu
Revolusi ini bertujuan untuk menggulingkan pemerintahan Dinasti Manchu yang dianggap oleh
rakyat sebagai lemah dan telah kehilangan mandat dari tuhan untuk terus memerintah China.
Kelemahan kerajaan Manchu bermula dengan kekalahan China kepada Inggeris dalam Perang
China-Inggeris Pertama (Perang Candu 1) pada tahun 1839-1842, dan kalah sekali lagi dalam
Perang Inggeris-China Kedua (Perang Candu 2) pada tahun 1856.
Kekalahan China dalam kedua-dua peperangan itu yang diikuti dengan termeterainya perjanjian-
perjanjian berat sebelah menyebabkan pintu negara China dibuka secara paksa oleh kuasa-kuasa
Barat, keadaan huru hara, masalah rasuah dan inflasi yang meruncing. Keadaan ini menyebabkan
tercetusnya beberapa gerakan penentangan seperti Pemberontakan Taiping (1850-1864),
Pemberontakan Panthay (1885), Pemberontakan Nien (1853-1868), serta munculnya gerakan
kongsi-kongsi gelap seperti White Lotus Society (Kumpulan Teratai Putih) dan Tried Society
(Kumpulan Bertiga Syurga). Kedaaan ini telah menelan perbelanjaan yang banyak sehingga
menyebabkan masalah kewangan. Tambahan pula, Putera Kung yang dilantik sebagai pemangku
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
32[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
raja selepas kemangkatan Maharaja Kuang-Hsu pada tahun 1908 merupakan seorang raja yang
tidak berwibawa dan gagal menstabilkan keadaan politik dan ekonomi China.
ii. Kesengsaraan hidup rakyat
Majoriti rakyat China adalah petani yang mendiami wilayah-wilayah di selatan China
terutamanya Kwangsi dan Kwantung. Bilangan penduduk China telah meningkat dengan pesat
kepada lebih 400 juta orang menjelang awal abad ke-20. Ini menimbulkan masalah kekurangan
tanah pertanian dan meningkatnya pengangguran. Kehidupan petani tambah menderita akibat
bencana alam terutamanya banjir dan kemarau seperti yang berlaku di Ahnwei, Chiking dan
Shantung yang mengurangkan hasil pertanian. Kerajaan Manchu juga banyak berhutang dengan
negara barat seperti Rusia dan Peranchis bagi membayar gantirugi perang. Bagi meningkatkan
pendapatan kerajaan, kadar cukai telah ditingkatkan dan ini menambahkan lagi beban rakyat.
Keadaan ini meningkatkan kemarahan rakyat kepada kerajaan Manchu. Rakyat menyalahkan
kerajaan Manchu yang dianggap ‘penyebab’ kesengsaraan hidup rakyat.
iii. Pencerobohan kuasa Barat
Kemasukan orang Barat ke China telah memberi kesan negatif kepada aspek perdagangan dan
keagamaan. Masyarakat China merasakan untuk menjadi maju mereka perlu menerima idea-idea
daripada Barat dan disesuaikan di China. Malangnya idea ini tidak disenangi oleh pemerintah
Manchu lalu melaksanakan dasar tutup pintu. Pada waktu yang sama, Jepun telah membenarkan
Dr. Sun Yat Sen menubuhkan Tung Meng Hui semasa di Jepun dan memberikan penerangan
serta mendorong orang Cina di seberang laut untuk menyokong gerakan revolusioner.
iv. Penguasaan ekonomi oleh kuasa asing
Termeterainya beberapa siri perjanjian seperti Perjanjian Nanking (1842), Perjanjian Bogue
(1844) dan Perjanjian Tientsin (1858) di antara China dan Inggeris selepas kekalahan China
dalam Perang Candu pertama dan kedua telah membuka ruang kepada kuasa-kuasa Barat
menceroboh wilayah dan menguasai ekonomi China. Akibatnya kuasa Barat seperti British,
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
33[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat telah menguasai pelabuhan-pelabuhan utama di China dan
bandar utama Peking. Menerusi perjanjian ini juga, China kehilangan punca kewangannya
kerana terpaksa membayar pampasan perang kepada kuasa Barat dan Timur. Contohnya
Perjanjian Shimonoseki yang ditandatangani bagi menamatkan Perang Jepun-China (1894-1895)
memaksa China membayar gantirugi sebanyak 450 juta tael kepada Jepun.
v. Peranan golongan intelektual
Golongan terpelajar seperti Dr. Sun Yat Sen telah memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi masyarakat dan meniupkan semangat nasionalisme mengenai kelemahan
pemerintahan Manchu. Usaha ini telah menyumbang secara langsung kepada meletusnya
Revolusi China 1911.
vi. Kemudahan sistem perhubungan
Kemudahan sistem perhubungan yang terdapat di China seperti rangkaian jalan keretapi,
jalanraya, perkhidmatan pos, telegraf dan media cetak telah mempercepatkan lagi penyebaran
sentimen anti-Manchu. Dr. Sun Yat Sen sendiri misalnya pernah menerbitkan akhbar Min Pao
atau The People untuk menyemarakkan lagi semangat nasionalisme dan revolusi.
vii. Isu pembinaan jalan keretapi
Tindakan kerajaan Peking meminjam wang dari Britain, Jerman, Amerika Syarikat dan Perancis
untuk membina jalan keretapi yang menghubungkan Hankow-Szechwan diprotes oleh
pemerintah wilayah Kwantung, Hunan, Hupen dan Szechwan. Mereka bimbang dan marah
kerana terpaksa menanggung beban hutang tersebut Pinjaman itu juga dilihat sebagai
bertambahnya dominasi kuasa-kuasa Barat ke atas China. Akibatnya tercetus beberapa rusuhan
di wilayah-wilayah terbabit yang menyebabkan sentimen anti-Manchu semakin memuncak.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
34[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
B. Faktor-faktor Yang Mencetuskan Revolusi Siam 1932 (10m)
i. Kelemahan pemerintahan Raja Vajiravudh (Rama VI 1910-1925)
Zaman pemerintahan Vajiravudh (Rama VI 1910-1925) menyaksikan pelbagai kelemahan dan
masalah pentadbiran. Usaha Vajiravudh cuba memperkukuhkan semula sistem raja berkuasa
mutlak dan institusi diraja dilihat sebagai satu langkah anakronis berbanding pemerintahan
Mongkut dan Chulalongkorn sebelumnya. Akibatnya tercetus percubaan rampasan kuasa untuk
menggulingkan baginda dalam Pemberontakan R.S. 130 tetapi gagal.
Vajiravudh juga bersikap pilih kasih apabila baginda menubuhkan Kong Sua Pa (Pasukan
Harimau Liar / Wild Tiger Corps) yang membangkitkan kemarahan angkatan tentera sedia ada.
Sepanjang tempoh pemerintahannya, Vajiravudh banyak menerima kecaman terhadap
pendekatan politik dan peribadinya. Rasa tidak puas hati dalam kalangan pegawai dan rakyat
timbul kerana tidak menyukai cara baginda menggantikan pegawai-pegawai berkebolehan dan
setia dengan pegawai-pegawai berpangkat rendah dan kurang berpengalaman.
Vajiravudh juga kurang mengambil berat tentang tugas dan tanggungjawabnya sebagai Perdana
Menteri kabinetnya, sebaliknya lebih suka meluangkan masa dengan kegiatan sastera, seni dan
drama. Dasar kewangan dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Vajiravudh juga mengakibatkan
keadaan ekonomi yang hampir muflis. Sir Edward Cook Penasihat Kewangan Siam melaporkan
bahawa ketidakcekapan Vajiravudh dalam urusan kewangan dan sikap borosnya dalam
membiayai aktiviti-aktiviti kesenian dan sastera merupakan punca utama kemerosotan ekonomi
Siam pada tahun 1925.
ii. Kelemahan pemerintahan Raja Prajadhipok (Rama VII 1925-1935)
Pada masa pemerintahan baginda, masalah ekonomi dan kewangan Siam kian meruncing antara
tahun 1913-1925 dalam mana perbelanjaan negara meningkat sehingga 50% berbanding
pendapatan hanya sekitar 25%. Dasar retrenchment (berjimat cermat) yang dilaksanakan
Prajadhipok dengan memotong gaji pegawai dan mengurangkan jumlah kakitangan serta
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
35[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
mengenakan cukai baru untuk memulihkan ekonomi Siam ternyata kurang disenangi oleh
pegawai kerajaan dan rakyat amnya.
Tindakan Prajadhipok membubarkan Pasukan Harimau Liar yang telah ditubuhkan oleh
Vajiravudh telah menimbulkan kemarahan di kalangan anggota tentera berkenaan yang
kehilangan pekerjaan. Rasa tidak puas hati golongan tentera terbukti apabila mereka
melancarkan percubaan menggulingkan Prajadhipok pada tahun 1912 dan 1917 tetapi gagal.
iii. Dasar pilih kasih Prajadhipok
Baginda juga dituduh bersikap diskriminasi dengan melantik golongan kerabat diraja menjawat
jawatan-jawatan tinggi kerajaan sehingga mengabaikan rakyat yang berpendidikan. Baginda
cenderung mempercayai golongan diraja sahaja dalam membantu pemerintahan negara melalui
penubuhan kementerian. Misalnya pada tahun 1925, baginda telah menubuhkan Majlis Penasihat
yang dianggotai oleh putera-putera diraja. Ini telah membangkitkan semangat penentangan
terhadap institusi diraja.
iv. Peranan golongan berpendidikan Barat
Idea pembaharuan politik, ekonomi dan sosial Siam dicetuskan oleh Profesor Nai Pridi
Panomyong yang mendapat sokongan golongan berpendidikan Barat seperti Mejar Phibul
Songkram iaitu Ketua Turus Angkatan Tentera Siam. Mereka terpengaruh dengan idea
demokrasi Barat dan anti kuasa mutlak raja serta sistem monarki yang dianggap telah
ketinggalan zaman dan menghalang kemajuan. Golongan ini juga merasakan hak mereka untuk
menjawat jawatan yang setaraf dengan kelulusan mereka telah dinafikan kerana kebanyakan
jawatan penting didominasi oleh golongan aristokrat.
v. Perselisihan antara golongan pemerintah / istana
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
36[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Imej golongan diraja / istana di mata rakyat mula terjejas pada tahun 1931 akibat perselisihan di
antara Putera Bovaradej (Menteri Pertahanan) dengan Putera Purachatra (Menteri Perdagangan).
Perselisihan berkisar mengenai langkah penyelesaian masalah ekonomi Siam. Bovaradej
mencadangkan kenaikan gaji untuk golongan tentera tetapi ditolak oleh Prajadhipok.
vi. Peranan Parti Rakyat
Pemimpin Parti Rakyat seperti Pridi Panomyong, Pya Bahul dan Phibul Songkram telah
melancarkan satu cop de’tat (rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah) pada 26 Jun 1932 ketika
Prajadhipok berada di luar negara. Sekembalinya baginda dua hari selepas pemberontakan,
baginda telah bersetuju untuk menerima perlembagaan yang diusulkan oleh Parti Rakyat.
Peristiwa ini menandakan berakhirnya sistem pemerintahan monarki atau raja berkuasa mutlak
di Siam.
Kesimpulan ( 2/3 m )
Revolusi China dan Revolusi Siam merupakan dua peristiwa revolusi yang tercetus akibat
daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap sistem pemerintahan beraja yang dianggap mengongkong
pembaharuan dan pembangunan politik, ekonomi dan sosial di negara masing-masing. Bezanya di
China, revolusi ditujukan kepada menggulingkan pemerintahan Dinasti Manchu yang merupakan sebuah
kerajaan asing yang berasal dari Manchuria; manakala di Siam, golongan revolusioner bertujuan
menamatkan absolutisme pemerintahan beraja Dinasti Chakri khususnya Prajadhipok. Kebangkitan
golongan terpelajar berpunca daripada kegelisahan terhadap kelemahan-kelemahan pentadbiran pihak
pemerintah yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi diraja.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
37[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
SOALAN 11
Terangkan peranan golongan agama dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan
Myanmar hingga awal abad ke-20.
Pendahuluan (3/2m)
Peranan golongan agama dalam gerakan nasionalisme di Indonesia telah dapat dikesan sejak
awal abad ke-20 lagi dengan munculnya pertubuhan yang berteraskan Islam seperti Sarekat Dagang
Islam, Sarekat Islam, Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama. Perkembangan nasionalisme Indonesia
boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu gerakan sosio ekonomi (1912-1921), gerakan politik
revolusioner (1921-1927) dan sekular sosiobudaya (1927-1942). Di Myanmar pula, golongan agama
yang berteraskan ajaran Buddha memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di negara
berkenaan terutamanya pada peringkat awal. Gerakan ini telah diterajui oleh Persatuan Belia Buddha (
YMBA) dan golongan Pongyi.
Isi:
A. Indonesia (10m)
Pada peringkat awal gerakan nasionalisme Indonesia, golongan agama khususnya ulama Islam
sememangnya memainkan peranan yang penting. Sarekat Dagang Islam yang diasaskan oleh Haji
Samanhudi memperjuangkan nasib para pedagang batik Jawa daripada persaingan dan penindasan
saudagar Cina dalam perusahaan batik. Islam dijadikan alat penyatuan rakyat Indonesia dan
melaluinya pertubuhan ini dapat memberi kesedaran kepada penduduk tentang penindasan kapitalis
Cina di Indonesia.
Pada tahun 1912, Sarekat Dagang Islam bertukar nama kepada Sarekat Islam dan dipimpin oleh
Omar Said Tjokroaminato. Pertubuhan ini mengekalkan Islam sebagai alat penyatuan umat Islam
Indonesia. Dengan berteraskan Islam, pertubuhan ini telah mendapat sokongan penduduk Indonesia
untuk memperjuangkan nasib mereka daripada penindasan penjajah Belanda. Penyertaan rakyat
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
38[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Indonesia daripada pelbagai lapisan menjadikan Sarekat Islam sebagai organisasi politik massa yang
pertama di Indonesia.
Perjuangan Sarekat Islam yang bertunjangkan agama Islam menyebabkan gerakan ini digeruni oleh
penjajah Belanda. Sarekat Islam juga berjuang untuk meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat
Indonesia. Sarekat Islam turut mengkritik Kerajaan Belanda di Indonesia kerana gagal memperbaiki
sosio-ekonomi rakyat Indonesia. Pertubuhan ini turut berperanan memperjuangkan pembaharuan
dalam bidang pendidikan dengan mendesak dihapuskan diskriminasi dalam kemasukan murid-murid
ke sekolah malah menuntut pendidikan wajib kepada anak-anak yang berumur di bawah 15 tahun.
Sarekat Islam telah menuntut hak berkerajaan sendiri dan ramai golongan nasionalis telah bergabung
dengan Sarekat Islam kerana perjuangannya yang bercorak politik. Pertubuhan ini juga menuntut
penubuhan majlis-majlis daerah dan perluasan kuasa Volksraad. Mulai tahun 1917, Sarekat Islam
mula memperjuangkan kemerdekaan penuh Indonesia termasuk mengancam akan menggunakan
kekerasan jika perlu.
Selain Sarekat Islam, Muhammadiyah yang ditubuhkan pada 1912 oleh Haji Ahmad Dahlan juga
menggunakan agama Islam sebagai landasan perjuangannya. Pertubuhan ini memainkan peranan
penting dalam gerakan awal nasionalisme Indonesia dengan mempertahankan kesucian Islam dan
menghadapi ancaman penyebaran agama Kristian dan budaya sekularisme dalam kalangan
penduduk peribumi Indonesia.
Pertubuhan ini juga memberi penekanan kepada usaha meningkatkan kesedaran umat Islam tentang
kemajuan dan pendidikan sebagai cara melepaskan penduduk daripada belenggu penjajahan
Belanda. Pertubuhan ini telah terlibat dalam menubuhkan sekolah, klinik, masjid dan perpustakaan.
Namun begitu perkembangannya agak lembab akibat tentangan daripada golongan ortodoks Islam.
Walau bagaimanapun kepopularan pertubuhan ini mula meningkat. Buktinya, bilangan ahlinya
hanya 24,000 orang pada tahun 1930 telah meningkat kepada 250,000 orang pada tahun 1938.
Pertubuhan ini juga mula mengambilalih peranan gerakan reformis Islam daripada Sarekat Islam
yang mula merosot pada tahun-tahun 1920an.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
39[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Nahdatul Ulama ditubuhkan oleh Kiai Hasyim Asjari pada tahun 1926. Pertubuhan ini berperanan
membela dan mempertahankan keutuhan agama Islam daripada ancaman penyebaran Kristian.
Pertubuhan ini mengendalikan sekolah-sekolah agama Islam yang bersifat ortodoks, menjalankan
kerja-kerja kebajikan dan membantu memajukan ekonomi ahlinya. Walau bagaimanapun,
berbanding dengan Muhammadiyah, Nahdatul Ulama merupakan pertubuhan yang lebih ortodoks
dan bersikap prejudis terhadap kemajuan dan pendidikan Barat.
B. Myanmar (10m)
Gerakan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya lebih bersifat keagamaan. Pertubuhan
agama terawal ialah Sasanadara yang ditubuhkan pada 1897 dan diikuti oleh Persatuan Agama
Maktab Rangoon pada 1904. Gerakan ini semakin berkembang dengan penubuhan Persatuan Belia
Buddha (YMBA ) pada 1906 yang diasaskan oleh U May Oung. Persatuan Belia Buddha
merupakan pertubuhan berorganisasi pertama di Myanmar dengan tujuan menyatukan nilai-nilai dan
tradisi agama Buddha dengan pendidikan barat.
YMBA memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme pada tahun-tahun 19016-1920.
Persatuan ini terlibat dalam kegiatan politik disebabkan oleh kesengsaraan ekonomi akibat Perang
Dunia Kedua dan perkembangan pengaruh gerakan kebangsaan di India.
Peranan YMBA dalam gerakan nasionalisme awal di Myanmar dapat dilihat dalam konflik isu kasut
(1916-1918), menuntut sistem pemerintahan dua lapis (dyarchy) dilaksanakan dan bantahan
terhadap akta universiti. Akibat daripada tekanan tersebut, British terpaksa menggubal undang-
undang yang melarang pemakaian kasut dalam pagoda, membuat pindaan terhadap akta universiti
dan sistem pentadbiran dua lapis turut dilaksanakan di Myanmar. Kejayaan ini menyebabkan YMBA
semakin popular dalam kalangan rakyat Myanmar. Kejayaan YMBA turut dipengaruhi oleh
kepimpinan nasionalis radikal seperti U Thei Maung yang bertindakan melakukan pemulauan
terhadap kerajaan British.
Golongan Pongyi atau sami-sami Buddha telah memainkan peranan penting dalam perjuangan
kemerdekaan Myanmar sekitar 1916-1935. Kemerosotan pengaruh Sangha dan sekolah agama
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
40[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Buddha membawa kepada penglibatan Pongyi dalam mengembalikan pengaruh dan kedudukan
agama Buddha dalam masyarakat. Pongyi turut menyertai dan menyokong YMBA dalam isu kasut
dan mogok pelajar. Walau bagaimanapun, Pongyi ternyata memainkan peranan penting dalam
gerakan nasionalisme Myanmar terutamanya di kalangan kaum petani . Pongyi turut menerbitkan
akhbar Wunthanu untuk menyebarkan idea-idea nasionalisme kepada penduduk.
Perjuangan Pongyi kemudiannya berubah menjadi radikal dan agresif dengan kemunculan U Ottama
dan U Wisara. Mereka menuntut pemerintahan sendiri dan menyeru penduduk menentang polis,
mahkamah dan pengutip cukai. Agama Buddha dijadikan sebagai alat untuk meraih sokongan
rakyat.
Pada tahun 1922, Pongyi menubuhkan parti politik Sangha Samatggi yang dipimpin oleh U Ottama
dan menyeru rakyat memulaukan pembaharuan British. Antara tindakan Pongyi termasuklah
menghasut petani melancarkan kempen anti-cukai terhadap British dan menyebabkan petani
menyertai perjuangan menentang British. U Wisara menganjurkan kempen anti-cukai di Tharawady
pada 1926 dan akibatnya beliau telah ditangkap dan dipenjarakan. Tindakan tersebut telah
menyemarakkan lagi semangat nasionalisme di kalangan rakyat.
Peranan Pongyi semakin memuncak apabila terbentuknya pakatan antara Sangha Samatggi dengan
General Council of Burma Association (GCBA). Perikatan ini menentang British dan menuntut
kemerdekaan. Keputusan Suruhanjaya Simon mencadangkan pemisahan pentadbiran antara India
dan Myanmar menyebabkan golongan nasionalis Myanmar tidak sepakat dalam isu ini. Golongan
Pongyi telah menyokong kumpulan anti-pemisahan dengan menubuhkan Liga Anti-pemisahan yang
dipimpin oleh Dr. Ba Maw dan U Khaw Myint.
Pongyi menentang pemisahan kerana bimbang akan melambatkan proses kemerdekaan Myanmar.
Peranan Pongyi jelas dalam Pemberontakan Saya San atau Pemberontakan Tharawaddy (1930-
1931). Pemberontakan yang dipimpin oleh Saya San bertujuan menggulingkan pentadbiran British
di Myanmar dan memulihkan keagungan agama Buddha serta berusaha mendapatkan semula tanah-
tanah daripada ceti-ceti India. Walaupun pemberontakan ini gagal setelah Saya San ditangkap dan
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
41[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
dihukum mati pada 1931, namun begitu ia telah menyemarakkan lagi kebangkitan semangat
nasionalisme dalam kalangan penduduk Myanmar.
Kesimpulan 2/3m)
Berdasarkan huraian di atas dapatlah dirumuskan bahawa faktor agama berperanan penting
dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar. Di Indonesia, agama Islam menjadi alat
penyatuan dalam gerakan yang diterajui oleh Sarekat Dagang Islam, Sarekat Islam, Muhammadiyah dan
Nahdatul Ulama. Di Myanmar pula, agama Buddha ternyata berperanan besar dalam gerakan
nasionalisme yang diterajui oleh YMBA dan Pongyi,
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
42[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
SOALAN 12
Huraikan dasar luar India dengan Mynamar dari tahun 1949 hingga 1963
Pendahuluan (3/2m)
Dasar luar merupakan instrumen bagi sebuah negara berinteraksi dengan negara lain. Dasar ini
memperlihatkan pendirian sesebuah negara samada ingin memainkan peranan aktif atau pasif dalam
dunia dan kecenderungan pro barat atau pro komunis. Dasar luar Myanmar yang mencapai
kemerdekaan pada tahun 1948 mempunyai persamaan dengan negara jirannya India iaitu, mengamalkan
dasar berkecuali. Dasar ini dilaksanakan demi menjaga kepentingan dan kedaulatan negaranya.
Isi
A. Hubungan Luar India selepas merdeka (10m)
1.1 Menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
India telah menjadi anggota PBB sejak tahun 1946 dan menganggotai banyak agensi PBB.
Seorang rakyat India dipilih menjadi pengarah Agung FAO pada tahun 1956, dan dilantik menjadi
setiausaha ECAFE yang pertama. Selain itu, ibu pejabat UNESCO dan UNICEF juga terletak di India.
Ibu kota India, New Delhi juga sering menjadi tuan rumah pelbagai persidangan antarabangsa
dan ILO bagi rantau Asia pada tahun 1957. India juga mengambil bahagian dalam perjanjian damai
antara Korea, Vietnam , Laos dan Kampuchea (Kemboja).
Dalam bidang ketenteraan India pernah menghantar pasukan pengaman ke Mesir pada tahun
1956, untuk menyertai pasukan kecemasan PBB. Lebih 700 askar dihantar ke Conggo di bawah panji
PBB untuk mengawasi hospital tentera dan perkhidmatan komunikasi. Pada tahun 1961 India
menghantar 700 tentera ke lebih 24 buah negara di bawah program bantuan teknikal PBB.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
43[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
1.2 Hubungan diplomatik dengan negara-negara asing
Hubungan diplomatik India dengan negara asing bertujuan untuk mengeratkan hubungan
perdagangan antarabangsa. Perdagangan luar India melibatkan eksport bahan mentah dan bahan industri
serta tekstil yang ditukar dengan barangan mesin berat dan peralatan.
Eksport terpenting India termasuklah teh, dan jut yang merupakan 2/3 eksport India. Eksport lain
seperti kain kapas, besi keluli , peralatan pengangkutan, barangan elektrik, bahan kimia, beras dan lain-
lain. Rakan dagang India yang utama ialah Britain, Amerika Syarikat, Jerman, Rusia dan lain-lain.
2. Hubungan Luar Myanmar selepas merdeka (10m)
Menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam Perang Korea, Myanmar turut
memainkan peranan dan bekerjasama dengan PBB, iaitu terlibat secara tidak langsung dalam Perang
Korea. Myanmar telah bekerjasama dengan PBB untuk mencegah pencerobohan Korea Utara terhadap
Korea Selatan.
Dalam menyelesaikan masalah sempadan dengan China, Myanmar telah mendapatkan bantuan PBB
untuk memindahkan tentera-tentera Kerajaan Nasionalis China di sempadan Myanmar kembali ke
China.
Polisi luar negara Myanmar adalah dasar berkecuali terutama dalam menghadapi pertelingkahan
Blok Barat dengan Blok Komunis dan telah menolak penyertaan dalam pertubuhan SEATO. Myanmar
di bawah Perdana Menteri U Nu telah menjalinkan hubungan erat dengan banyak negara terutamanya
negara-negara jiran. Myanmar turut mengambil beberapa langkah perdamaian:
i. Mengakui kedaulatan / mengiktiraf Republik Rakyat China pada tahun 1949.
ii. Membuat perjanjian persahabatan dengan Indonesia, India dan Pakistan.
iii. Membuat lawatan muhibbah ke Bangkok pada 1954 dan turut meminta maaf kepada
Thailand atas sikap agresif Myanmar pada masa dahulu.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI PERAK
44[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
iv. Myanmar turut mengutuk keganasan yang dilakukan oleh Rusia ke atas Hungary serta
serangan sekutu Britain terhadap Mesir pada tahun 1956 selaras dengan piagam
PBB,iaitu memelihara keamanan sejagat.
Menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara China, India, Amerika Syarikat dan negara-negara
Asia Tenggara. Sebagai sebuah negara bekas tanah jajahan British, Myanmar turut menyertai
pertubuhan Komanwel.
Kesimpulan (2/3m)
Jelaslah bahawa dasar luar India dan Myanmar menjurus kepada dasar berbaik-baik dengan
semua negara bagi menjaga kepentingan dan keselamatan ekonomi, politik,dan sosial negara masing-
masing. Namun yang jelas dasar luar India banyak dibayangi oleh isu Kashmir yang membawa
persengketaan berpanjangan dengan jirannya Pakistan dan isu ini menjadi perhatian antarabangsa.
Myanmar pula mula menutup pintunya kepada dunia luar selepas pentadbiran negara berkenaan dikuasai
oleh Junta Tentera.