Skema Jawapan Sesi 2

download Skema Jawapan Sesi 2

of 8

description

skema

Transcript of Skema Jawapan Sesi 2

BAHAGIAN A1. A2. C3. D4. D5. D6. A7. C8. A9. A10. B11. D12. B13. A14. D15. A16. C17. D18. B19. C20. D

BAHAGIAN BSOALAN 1

Terangkan secara ringkas konsep-konsep berikut:-a) Nilaib) Moralc) Norma relativisme etikad) Pihak ketigaJAWAPAN

a)NilaiMerujuk kepada perbuatan atau tindakan yang baik atau buruk, betul atau salah.

b)MoralAdat atau kelakuan yang diterima umum.

c)Norma relativisme etikaNilai yang berbeza mungkin betul kepada masyarakat atau kumpulan yang berbeza.

d)Pihak ketigaOrang lain selain klien iaitu peranan profesion secara menyeluruh dalam masyarakat.

SOALAN 2Jelaskan secara ringkas cirri utama perbuatan meniup wisel.JAWAPAN

1.Tindakan mendedahkanSengaja menyampaikan maklumat kepada pihak tertentu di luar organisasi.

2.Bahan maklumatMaklumat itu diperayai ada kaitan dengan masalah etika yang serius.

3.AgenOrang yang mendedahkan maklumat tersebut pekerja atau bekas pekerja atau sesiapa yang mempunyai hubungan rapat dengan organisasi berkenaan

4.Pemberi maklumatMaklumat itu disampaikan kepada seseorang atau organisasi yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan.

SOALAN 3

Nyatakan empat (4) sifat amanah seorang professional dalam melaksanakan obligasi terhadap klien beserta contoh yang sesuai.JAWAPAN1.Kejujuran2.Berterus terang3.Kompetensi4.Ketekunan5.Kesetiaan

SOALAN 4

Nyatakan empat (4) hak pekerja menurut (Roman & Zenaich, Jr, 2000).

JAWAPAN

1.Hak untuk mendapat bayaran gaji yang setimpal dengan kerja dilakukan.2.Hak untuk mendapatkan jaminan keselamatan di tempat kerja.3.Hak untuk terlibat dalam proses membuat keputusan organisasi.4.Hak untuk mendapatkan privacy atau bersendirian.

SOALAN 5

Jelaskan perbezaan di antara Teori Utilitarianisme Lakuan dan Teori Utilitarisme PeraturanJAWAPAN

Teori Utilitarisme Lakuan1.Menekankan tindakan individu.2.Sesuatu tindakan itu dianggap baik jika membawa kebaikan kepada seramai mana yang mungkin.Teori Utilitarisme Peraturan1.Menekankan peraturan umum.2.Mengikut peraturan akan membawa kegembiraan yang paling maksimum kepada sejumlah orang yang ramai.

BAHAGIAN C

BIL SOALANJAWAPANCATATAN

SOALAN 1

Terangkan prinsip asas etika menurut Jacques P. Thiroux (2001) berserta contoh yang sesuai.

1.Prinsip nilai hidup manusia. Menekankan soal hidup dan soal mati. Nyawa adalah pemberian Tuhan yang sangat berharga, oleh itu semua sepatutnya sayangkan nyawanya dan nyawa orang lain. Prinsip ini menjadi asas kepada prinsip-prinsip lain kerana tiada guna kita memperkatakan soal baik dan buruk, benar atau salah, jujur atau tidak jujur, adil atau tidak adil jika tidak ada manusia yang hidup atau terjamin boleh hidup di bumi ini.

2.Prinsip kebaikan dan keburukan.Sistem moral mesti menyatakan dengan jelas mengenai prinsip kebaikan dan keburukan kerana semua sistem moral adalah didasarkan kepada penegasan untuk kita berbuat baik dan betul dan mengelak dari melakukan sesuatu yang buruk dan salah.Prinsip ini mengkehendaki manusia berusaha:a) Menyuburkan kebaikan, mengatasi keburukan dan berbuat baik.b) Tidak mencetuskan kemudaratan dan keburukan.c) Menghalang kemudaratan dan keburukan.

3.Prinsip keadilan atau saksama.Prinsip ini menekankan bahawa kita mesti melayan manusia lain dengan adil dan saksama khususnya dalam soal agihan kebaikan dan keburukan.

4.Prinsip kejujuran.Asas hubungan sesama manusia adalah di atas dasar percaya mempercayai antara satu sama lain, iaitu yakin dan percaya bahawa apa yang dikatakan itu adalah sesuatu yang jujur, ikhlas telus.

5.Prinsip kebebasan individu.Setiap individu mempunyai keinginan, kebolehan, keperluan dan kemampuan yang berbeza-beza dan mereka bebas memilih cara untuk mencapai tujuan-tujuan tersebut tetapi tidak sehingga menganggu dan menyusahkan kehidupan orang lain.

SOALAN 2

Terangkan secara terperinci prosedur meniup wisel mengikut urutan yang betul.

1.Dalam keadaan biasa, mulakan dengan menggunakan saluran biasa dalam organisasi.2.Kemukakan bantahan atau pendapat dengan segera kepada pihak tertentu dalam organisasi. 3.Lakukan secara berhati-hati dan ambil kira perasaan orang yang terlibat.4.Tumpukan kepada isu yang berkaitan dan bukannya terhadap individu tertentu.5.Beritahu ketua terdekat sama ada secara formal atau tidak formal.6.Buat pemerhatian dan dakwaan yang tepat dengan rekod-rekod dan dokumen yang releven.7.Minta pandangan dan nasihat daripada rakan sekerja dan jangan mengasingkan diri.8.Sebelum mendedahkan maklmuat kepada pihak luar bincang dahulu dengan jawatankuasa etika badan professional masing-masing.9.Minta nasihat peguam tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang.

SOALAN 3

Huraikan faktor pembentukan etika seseorang individu beserta contoh yang sesuai.

1.Peringkat perkembangan morala) Prekonvesional-Patuh kepada peraturan untuk mengelak hukuman bentuk fizikal. -Mengikut peraturan untuk memenuhi kepentingan tertentu.

b)Konvensional- Melakukan apa yang diharapkan oleh orang yang terdekat dengannya. - Mengamalkan dan mengekalkan peraturan konvensional dengan melakukan obligasi yang dipersetujui.

c)Poskonvensional -Menghormati hak orang lain dan mengamalkan nilai dan hak yang mutlak tanpa mengira pendapat majoriti.-Memilih dan mengamalkan prinsip etika sehingga sanggup melanggar undang-undang.

2.Ciri-ciri individu - Dua faktor personaliti iaitu kekuatan ego dan lokus kawalan mempengaruhi tingkahlaku baik dan buruk individu.1)Kekuatan ego merujuk kepada kekuatan keyakinan seseorang. Individu yang mempunyai kekuatan ego yang tinggi akan sentiasa merasakan apa yang dilakukannya adalah betul.2) Lokus kawalan bermaksud ciri-ciri personaliti yang mengukur darjah kepercayaan seseorang tentang kebolehan dan keyakinan yang menentukan nasib dirinya sendiri. * lokus kawalan dalaman mempercayai bahawa apa yang berlaku pada dirinya disebabkan oleh dirinya sendiri.* lokus kawalan luaran pula mempercayai faktor luaran mempengaruhi apa yang berlaku pada diri mereka.

3.Struktur organisasi Peraturan, polisi, deskripsi kerja dan kod etika dapat dijadikan panduan ke arah perlakuan yang konsisten dan tidak melanggar etika dalam profesion mereka.

4.Budaya organisasi -Budaya organisasi merujuk kepada nilai, norma dan peraturan yang diterima dan dikongsi bersama oleh ahli organisasi.-Kandungan dan kekuatan budaya organisasi mempengaruhi tingkahlaku yang beretika di kalangan ahli organisasi.

5.Isu kritikal -semakin ramai yang menerima kemudaratan, semakin banyak persetujuan yang mengatakan sesuatu tindakan itu adalah salah.-Semakin besar kemungkinan tindakan itu berlaku dan sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan, semakin cepatlah akibatnya terjadi dan semakin rapat hubungan dengan si Mangsa semakin kritikallah isu tersebut. -Kesedaran ini mendorong profesional untuk sentiasa melakukan tindakan yang beretika.

SOALAN 4

Apakah langkah-langkah yang dapat diambil oleh seseorang jurutera bagi menangani gejala rasuah dan amalan yang tidak berwibawa dalam kerja mengurangkan kos secara menipu dalam menjaga maruah profesion jurutera?

1.Mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada.2.Melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut prosedur kerja yang betul.3.Mempunyai sikap terbuka dan membuat penilaian yang adil.4.Tidak menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri.5.Membuat pemeriksaan mengejut.6.Pengauditan kerja.7.Membuat sesuatu keputusan kejuruteraan melalui jawatankuasa.8.Memastikan agar bahan sub-standard tidak digunakan.9.Mengamalkan prinsip Zero Tolerance terhadap rasuah.10.Menjadi lebih kompeten.