Skema Jawapan Soalan Sains Sukan excel 2010

8
Bahagian B [ Jawab empat soalan dalam bahagian ini ] 1. Sai ns s ukan ma mp u me ny u mba ng kepada pe mba ngunan negar a. Bi ncangkan. i. Pendidikan. - Menawarkan pengajian sains sukan di peringkat tertinggi kepada masyarakat dunia. - Contohnya: cadangan membina university sukan pertama di Asia mampu menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan sukan di dunia. ii. Pengkajian/penyelidikan. - Melaksanakan kajian mengenai bagaimana meningkatkan prestasi atlet bagi membolehkan bersaing dengan atlet-atlet dunia lain. - Contohnya: latihan gravity bagi atlet berbasikal Negara sebelum menyertai sukan Asia di New Delhi membuahkan hasil selepas kajian yang dilakukan menjelaskan mengenai menyesuaikan diri dengan latihan gravity dengan kerap dapat mengatasi masalah memecut di bahagian selekoh. iii. Ekonomi - Melalui pengetahuan dan kajian sains sukan, penghasilan peralatan terkini mampu menjana pendapatan Negara melalui penjualan barangan sukan secara komersial di seluruh dunia. - Contohnya: barangan-barangan sukan jenama malaysia di jual dalam dan luar Negara. iv. Kecemerlangan dalam sukan - Merujuk kepada pembangunan kecemerlangan sukan melalui program sains sukan menjana kemasyuran Negara di mata dunia dan menarik ramai atlet-atlet dunia mendapatkan sendiri rahsia kejayaan Negara. - Contohnya: program latihan badminton kepada Negara yang masih baru dalam arena sukan badminton telah menarik minat ramai pemain-pemain badminton dari Negara-negara afrika berlatih di Malaysia sebelum menyertai sukan olimpik Beijing China 2009. v. Kerjaya. - Sains sukan menawarkan peluang pekerjaan sekaligus mewujudkan golongan tenaga mahir dan profosionalisme bagi menaikkan nama Negara dalam bidang sukan samada di dalam dan di luar Negara.

Transcript of Skema Jawapan Soalan Sains Sukan excel 2010

Page 1: Skema Jawapan Soalan Sains Sukan excel 2010

Bahagian B

[ Jawab empat soalan dalam bahagian ini ]

1. Sains sukan mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Bincangkan.

i. Pendidikan.- Menawarkan pengajian sains sukan di peringkat tertinggi kepada masyarakat dunia.- Contohnya: cadangan membina university sukan pertama di Asia mampu menjadikan

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan sukan di dunia.ii. Pengkajian/penyelidikan.

- Melaksanakan kajian mengenai bagaimana meningkatkan prestasi atlet bagi membolehkan bersaing dengan atlet-atlet dunia lain.

- Contohnya: latihan gravity bagi atlet berbasikal Negara sebelum menyertai sukan Asia di New Delhi membuahkan hasil selepas kajian yang dilakukan menjelaskan mengenai menyesuaikan diri dengan latihan gravity dengan kerap dapat mengatasi masalah memecut di bahagian selekoh.iii. Ekonomi

- Melalui pengetahuan dan kajian sains sukan, penghasilan peralatan terkini mampu menjana pendapatan Negara melalui penjualan barangan sukan secara komersial di seluruh dunia.

- Contohnya: barangan-barangan sukan jenama malaysia di jual dalam dan luar Negara.iv. Kecemerlangan dalam sukan

- Merujuk kepada pembangunan kecemerlangan sukan melalui program sains sukan menjana kemasyuran Negara di mata dunia dan menarik ramai atlet-atlet dunia mendapatkan sendiri rahsia kejayaan Negara.

- Contohnya: program latihan badminton kepada Negara yang masih baru dalam arena sukan badminton telah menarik minat ramai pemain-pemain badminton dari Negara-negara afrika berlatih di Malaysia sebelum menyertai sukan olimpik Beijing China 2009.v. Kerjaya.

- Sains sukan menawarkan peluang pekerjaan sekaligus mewujudkan golongan tenaga mahir dan profosionalisme bagi menaikkan nama Negara dalam bidang sukan samada di dalam dan di luar Negara.

- Contohnya: Guru-guru dan pensyarah-pensyarah sains sukan merupakan antara profesion yang semakin tinggi permintaannya di kalangan golongan belia selepas subjek ini di tawarkan di peringkat SPM dan STPM.

2. Sains sukan dan wanita. Bincangkan.- Di zaman Greek, wanita di larang sama sekali melihat dan menyertai sukan olimpik

kerana di anggap sebagai golongan yang tidak layak menyertai aktiviti suci bagi menghormati tuhan Zeus.

- Pada hari ini, golongan wanita antara golongan yang menaikkan mutu sains sukan di peringkat dunia samada kepada sukan itu sendiri ataupun kepada bidang sains sukan.

i. Atlet elit.- Golongan wanita menjadi atlet elit seperti mana kepada golongan lelaki. Aktiviti yang

di jalankan sama seperti lelaki walaupun program latihan yang melalui pengkhususan

Page 2: Skema Jawapan Soalan Sains Sukan excel 2010

bidang sains sukan dilakukan tidak mencapai tahap lelaki namun, kemampuannya mampu menyaingi golongan lelaki.

- Contohnya: Ranate Mainer dari Jermen pemegang rekod dunia acara 100 meter mampu mencatat masa 10.9 saat dan jika di banding dengan catatan yang dilakukan oleh atlet pecut lelaki utama malaysia, catatan ini tidak jauh bezanya.

ii. Mampu melakukan aktiviti lelaki.- Kemampuan golongan wanita memang di akui dunia samada dari segi kepimpinan

dalam sukan, penyelidik sains sukan, menyusun atur program sains sukan, berpengetahuan dalam bidang sains sukan yang mana di pelopori oleh golongan lelaki dari zaman dahulu lagi.

- Contohnya: Sara Cristian sebagai pelumba NASCAR wanita pertama di Amerika Syarikat

iii. Halangan-halangan wanita terlibat dalam bidang sains sukan.- Isu-isu membabitkan golongan wanita di jadikan sebagai penghalang kepada

golongan ini menyertai bidang sains sukan samada sebagai jurulatih, atlet, saintis dan sebagainya

- Comtohnya: isu-isu seperti jantina, agama, ganguan seksual, tanggapan masyarakat, haid dan kehamilan di jadikan sebagai penghalang kepada golongan wanita terlibat secara langsung dalam bidang sains sukan.

3. Bagaimanakah organisasi yang berkaitan dengan sukan seperti Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Sukan Negara, dan Institut Sukan Negara membantu mengembangkan sukan di Malaysia?.

MSN- Berperanan membantu menyelaras sukan berprestasi tinggi. Kerjasama yg

diwujudkan oleh pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan dan organisasi sukarelawan memudahkan pelaksanaan program dirancangkan.

MOM- Merupakan badan induk kpd semua persatuan sukan kebangsaan. MOM dan MSN

bekerjasama dlm menentukan program latihan utk atlet. - Menggalakkan sukan di kalangan rakyat untuk pergerakan olimpik- Bertanggungjawab dan memastikan pertandingan antarabangsa yg disertai atlet

diiktiraf oleh jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. - Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, dan IOC untuk pembangunan dan latihan

atlet-atlet, jurulatih-jurulatih, pegawai-pegawai teknikal dan pentadbir-pentadbir sukan untuk sukan kompetitif serta sukan untuk semua.

- Bekerjasama dengan agensi-agensi sukan dan persatuan-persatuan sukan dalam persediaan atlet-atlet dan pegawai-pegawai bagi menyertai dalam Olimpik, Asia, SEA dan Sukan Komanwel.

- Mengumpul dana-dana dengan tujuan memenuhi objektif dan peranan majlis olimpik malaysia.

ISN.Tujuan Institut ini adalah:-

- untuk menyediakan perkhidmatan sains sukan.- perubatan sukan- penyelidikan dan pembangunan sukan.- pendidikan berterusan ke arah mencapai kecemerlangan sukan negara.

Page 3: Skema Jawapan Soalan Sains Sukan excel 2010

- Bagi mengecapi matlamat ini, jurulatih, ahli sains sukan dan penggiat sukan harus menggunakan pendekatan saintifik dalam menyediakan program latihan bersistematik kepada atlet-atletnya.

- Juga merupakan satu pusat sumber maklumat dalam memberi ilmu bermanfaat kepada jurulatih-jurulatih negara seiring dengan fungsi ISN sebagai pusat kecemerlangan sukan negara

4. Berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada anda, huraikan persamaan dan perbezaan antara sukan massa dan sukan prestasi tinggi dari segi objektif, penglibatan dan ciri-ciri setiapnya.

Persamaani. Objektif

- Pembentukan sahsiah diri- Kesihatan

ii. Penglibatan- Semua peringkat umur- Pencegahan jenayah di kalangan remaja.- Pemupukan persahabatan/silaturahim

iii. Ciri-ciri.- Dilaksanakan oleh pihak yang sama – KBS.- Interaksi sosial.

Perbezaani. Objektif

- SM – riadah, spontan.- SPT – Kecemerlangan, kemenangan, persaingan.

ii. Penglibatan- SM – penglibatan komuniti- SPT – atlet elit, jurulatih bertauliah, organisasi.

iii. Ciri-ciri.- Pelaksanaan aktiviti/latihan/program

SM - Pelaksanaan aktiviti secara riadah, spontan.STP – sistematik, melibatkan pelbagai perkara – kewangan, masa, perbincangan etc.

- Tahap kemahiranSM – tidak memfokuskan kepada penguasaan kemahiranSTP – penguasaan kemahiran tahap tinggi, startegi, teknikal dan taktikal

5. Kenyataan diatas merujuk kepada kepentingan air dan elektrolit. Jelaskan.Fungsi air dan elektrolit.i. Menggerakan fungsi tubuh – air memainkan peranan penting bagi merangsang

proses biologikal dan kimia yang berada di dalam tubuh badan. Tanpa air, darah tidak mengalir, oksigen dan zat makanan tidak akan dipindahkan, sisa tidak akan dihapuskan dan organ badan tidak berfungsi.

ii. Menjalankan proses detoksifikasi - Setiap hari tubuh kita terdedah kepada unsur toksin. Buah-buahan, sayur-sayuran mempunyai kandungan racun, kandungan timah di dalam ikan, antibiotik & hormon di dalam produk daging

Persekitaran panas atau lembab - Dihidrasi - stress haba – strok haba – kematian.

Page 4: Skema Jawapan Soalan Sains Sukan excel 2010

dan bahan pengawet & pewarna tiruan di dalam makanan dan minuman yang diproses. Kebanyakkan penyakit berpunca daripada pengaruh toksin yang terdapat di dalam air, udara dan makanan.

iii. Menghalang dehidrasi dan penyakit – Hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh kekurangan air. Masalah jerawat, penghadaman, obesiti, sendi dan masalah yang lebih serius seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi dan juga kanser. Tanda awal kekurangan air ialah bibir kering, keletihan, pening kepala, insomnia dan banyak lagi.

Kesan kekurangan.- Haus bersangatan.- Kekeringan amat sangat dimulut, kulit dan membrane mucus.- Kekurangan peluh.- Kencing sedikit atau tiada. Air kencing berwarna kuning pekat.- Tekanan darah rendah.- Denyutan jantung menjadi cepat.- Suhu badan naik.- Didalam kebanyakkan kes keracauaan dan tidak sedarkan diri.

Punca-punca- Cirit birit- Muntah- Demam- Perpeluhan yang amat sangat.

Simptom

- Mulut kering dan melekit.- Mengantuk dan keletihan-kanak kanak akan menjadi kurang aktif daripada biasa.- Dahaga.- Kencing yang berkurangan.- Kelemahan otot.- Sakit kepala- Pening.6. Huraikan fungsi sistem rangka kepada seorang atlet.

i. Sokongan- Tulang membentuk rangka tubuh bagi menyokong tisu-tisu lembut dan organ tubuh

atlet.- Contoh: tubuh seorang atlet bina badan memerlukan rangka tulang yang kukuh bagi

menampung bentuk otot yang padat.

ii. Perlindungan.- Melindungi organ-organ dalaman atlet semasa aktiviti- Contoh: bola hoki terkena kepala seorang pemain hoki menyebabkan kecederaan

kontusi tetapi bahagian utama iaitu otak di lindungi oleh kranium/tengkorak.iii. Pergerakkan

- Sebagai sistem tuas kepada atlet semasa melakukan sesuatu pergerakan- Contoh: semasa melakukan pukulan sudut penalti dalam permainan hoki, sistem tuas

yang di gunakan adalah sistem tuas ketiga dimana mengunakan daya yang lebih besar

Page 5: Skema Jawapan Soalan Sains Sukan excel 2010

tetapi pergerakan pantas. Kaki kiri sebagai fulkrum, badan sebagai daya dan bola hoki (tangan) sebagai beban.iv. Pembentukan sel-sel darah

- Atlet memerlukan sel-sel darah bagi proses respirasi, pemulihan dari kecederaan.- Fungsi sel-sel darah adalah seperti Sel darah putih – berfungsi menentang penyakit,

Sel darah merah -berfungsi mengangkut oksigen dan Platelets – berfungsi menolong menghalang pendarahanv. Penstoran

- Menyimpan simpanan tenaga bagi atlet dalam bentuk lemak yang akan di gunakan apabila diperlukan oleh tubuh.

- Contoh: penggunaan tenaga oleh atlet ada tiga sumber iaitu karbohidrat sebagai tenaga utama, lemak dan protein. Apabila sumber tenaga utama habis di gunakan, mekanisme badan akan menggunakan simpanan tenaga yang di simpan iaitu lemak dan protein.

7. Jenis-jenis otot terbahagi kepada tiga iaitu otot rangka, otot licin dan otot kardiak. Perihalkan

Otot rangka- Merangkumi seluruh tubuh manusia- Melekat pada bahagian tulang dan kulit- Bentul sel otot adalah tunggal, panjang dan berjalur- Pengawalan adalah terkawal dan di kawal oleh sistem saraf.- Rentak kontraksi otot adalah dari perlahan kepada cepat- Contoh: gluetius maximus, pactoralis majot, biseps bracii, triseps bracii, trapezius etc.

Otot licin- Berada pada dinding-dinding organ-organ viseral.- Bentul sel otot adalah tunggal dan tidak berjalur- Pengawalan adalah di luar kawal dan di kawal oleh sistem saraf, hormon.- Kelajuan kontraksi adalah sangat perlahan.

Otot kardiak- Hanya terdapat pada dindng jantung sahaja.- Bentuk sel otot adalah berangkai dan berjalur.- Pengawalannya dalah di luar kawal dan di kawal oleh perentak jantung.- Kelajuan kontraksi otot adalah perlahan.

8. Sains sukan sebagai disiplin akademik dan profesion. Bincangkan. Disiplin akademik.

i. Skop bidang yang luas (pengetahuan/ilmu, generalisasi, prinsip) – mengabungkan beberapa jenis bidang/disiplin sains dalam sukan.

- Contoh: sains sukan tulen iaitu bidang asli sains sukan yang menerapkan kepada pembelajaran teori dalam sukan.

ii. Khusus kepada matlamat: Skop dipersetujui bersama oleh pakar bidang

- Matlamat sains sukan mengkhususkan kepada petumbuhan organan, pertumbuhan fizikal, pertumbuhan otot, saraf dan kemahiran, pertumbuhan emosi dan sosial dan pertumbuhan insan dan negara.

Page 6: Skema Jawapan Soalan Sains Sukan excel 2010

iii. Profesion: Melibatkan bidang yang diminati/keprihatinan manusia yang spesifik, pakar yang berkualiti tinggi dan mendapat pengiktirafan global.

- Sains sukan menjadi bidang pekerjaan yang mendapat perhatian umum.- Contoh: sains sukan – pendidikan (guru, pensyarah. KPM), penyelidikan (ISN, saintis

sukan), ekonomi (penjualan peralatan sukan terkini, idea/program latihan) iv. Skop bidang boleh di kaji.

- Bidang sains sukan di jadikan sebagai ruang kajian kepada saintis sukan.- Contoh: Biomekanik - keseimbangan tubuh badan Usain Bolt dengan graviti menjadi

penemuan baru keperluan seorang atlet pecut.- Olimpik Beijing diperkenalkan dengan penggunaan nanoteknologi dalam

menghasilkan spike. Spike asimetrikel yang menggunakan nanoteknologi dikatakan dapat memberi prestasi atlet lebih berkesan, tahap keyakinan yang tinggi dan stabil.

- Pakaian baju renang Speedo telah memberi kesan teknologi ke atas pencapaian atlet renang dunia setakat ini.