Skema Kertas Model 2015 set 1.pptx

66
SKEMA JAWAPAN KERTAS MODEL SET 1

Transcript of Skema Kertas Model 2015 set 1.pptx

Slide 1

SKEMA JAWAPAN KERTAS MODEL SET 1

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kelembapan udara?Kelembapan udara merujuk kepada [Jumlah atau peratus kandungan wap air] yang terdapat dalam [atmosfera (udara) dalam tempoh tertentu]. la diukur dengan menggunakan alai higrometer putar.Kunci Idea:.Jumlah atau peratus kandungan wap air = 1MDi dalam atmosfera/udara dalam tempoh tertentu =1Mhigrometer putar = 1MMAX = 3 MARKAH

1 (b) Jelaskan dua proses yang mempengaruhi kelembapan setempat. Proses sejatan. Sejatan adalah proses penukaran cecair (air) kepada gas (wap air) la berlaku di permukaan air seperti laut sungai, tasik, kolam,paya dan juga di permukaan tanih yang lembab. Sejatan akan menyebabkan wap-wap air terbebas dan berkumpul di udara. Kadar sejatan yang tinggi udara menjadi lembab. Proses pepeluhan. Pepeluhan pula ialah proses pembebasan wap-wap air melalui Hang stoma dawn yang berlaku serentak dengan proses fotosintesis. Pepeluhan juga membebaskan wap-wap air yang menyebabkan udara menjadi lembab.

1 (c) Bezakan bahangan suria dengan bahangan terestrial.Bahangan suria ialah bahangan matahari yang dipancarkan ke bumi pads waktu Siang dalam bentuk gelombang pendek kerana suhunya yang tinggi. Bahangan terestrial ialah bahangan bumi yang dibebaskan ke angkasa pads waktu malam dalam bentuk gelombang panjang kerana suhunya yang rendah.

1 (d) Bagaimanakah peningkatan suhu setempat boleh dikaitkan dengan bahangan suria serta bahangan terestrial.Bahangan suria bersifat lutsinar yang boleh menembusi lapisan atmosfera dan komponen-komponenya untuk tiba ke permukaan bumi. Semakin banyak bahangan suria yang masuk, suhu akan meningkat kerana bahangan suria memiliki tenaga haba. Bahangan bumi pula bersifat legap kepada gas-gas rumah hijau yang ada di dalam atmosfera. Gas-gas ini akan memerangkap bahangan bumi dan dihantar semula ke bumi. Kesannya suhu di permukaan bumi akan meningkat.

2 (a) Jelaskan pengaruh tenaga suria terhadap proses-proses fizikal di permukaan bumi.Proses sejatan dan sejat peluhan. Sejumlah tenaga suria (haba) yang cukup diperlukan untuk menyejatkan air di permukaan laut, tasik, sungai,kolam dll. Mengikut R.J chorley (1969) untuk memulakan sejatan di permukaan air is memerlukan sejumlah 600 kalori tenaga haba bagi setiap 1 gram air pads suhu 0C dan 540 kalori tenaga haba bagi setiap satu gram air pads suhu 100C. Begitu juga dengan proses sejat-peluhan dari tumbuhan dan lembapan tanih. Tumbuhan memerlukan tenaga haba untuk melakukan proses transpirasi bagi membolehkan wap-wap air terbebas menerusi hang stomanya. Semakin tinggi tenaga haba suria maka kadar transpirasi semakin meningkat.

2 (a) Jelaskan pengaruh tenaga suria terhadap proses-proses fizikal di permukaan bumi.Proses fotosintesis.Tumbuhan memerlukan tenaga suria untuk membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Tenaga suria juga penting dalam tumbesaran hutan semulajadi. Tenaga suria akan menghasilkan suhu dan hujan yang cukup untuk pertumbuhan dan tumbesaran pelbagai jenis spesis pokok.

2 (a) Jelaskan pengaruh tenaga suria terhadap proses-proses fizikal di permukaan bumi.Proses pertumbuhan plankton dan terumbu karang . Tenaga suria yang cukup diperlukan untuk membolehkan plankton, zooplankton dan terumbu karang hidup dan membesar. Ini kerana tenaga suria menentukan suhu air laut yang menjadi syarat utama tumbesaran terumbu karang.

2 (a) Jelaskan pengaruh tenaga suria terhadap proses-proses fizikal di permukaan bumi.Proses luluhawa batuan. Dalam proses luluhawa fizikal tenaga suria (haba) diperlukan untuk meningkatkan dan menurunkan suhu mengikut perubahan Siang dan malam. Perubahan tenaga haba ini akan menyebabkan batuan menjadi panas dan sejuk dan seterusnya pecah tersepai. Begitu juga dengan luluhawa kimia, tenaga suria (haba) diperlukan untuk membolehkannya beroperasi. Mengikut prinsip Vant Hoff "syarat mula luluhawa kimia bertindak ialah pada suhu 10C dan setiap kali suhu meningkat sebanyak 10C maka kadar tindakbalas kimia batuan akan turut meningkat 2 atau 3 kali ganda.

2 (a) Jelaskan pengaruh tenaga suria terhadap proses-proses fizikal di permukaan bumi.Proses pencairan dan hakisan glasier. Litupan ais dan glaser akan mencair apabilamenerima Sinaran suria yang tinggi. Proses pencairan ini membolehkan tenaga haba diserap. Pencairan glasier yang banyak menyebabkan kadar hakisannya akan berganda terutamanya pada musim panas.

2 (a) Jelaskan pengaruh tenaga suria terhadap proses-proses fizikal di permukaan bumi.Proses pergerakan angin. Tenaga suria akan mempengaruhi perbezaan suhu dalam atmosfera dan seterusnya kadar tiupan angin. Syarat yang membolehkan angin bertiup ialah mesti ado perbezaan tekanan udara. Perbezaan tekanan udara ini wujud akibat perbezaan suhu atau tenaga haba di antara dua tempat. Mengikut hukum boyle, apabila suhu tinggi maka tekanan udara menjadi rendah dan apabila suhu rendah maka tekanan udara menjadi tinggi. Angin akan bertiup dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. Semakin besar perbezaan tekanan ini atau semakin besar perbezaan suhu maka angin akan bertukar menjadi ribut, taufan, tornado dan sebagainya.

2 (a) Jelaskan pengaruh tenaga suria terhadap proses-proses fizikal di permukaan bumi.Proses/ fenomena el nino dan la nina. Haba suria mempengaruhi peningkatan dan penurunan suhu permukaan laut (SST). Proses thermoklin/ pembuakan arus laut akan berlaku yang akan melemahkan tiupan angin dari laut. Cuaca menjadilebih panas (el nino). Apabila suhu jatuh, cuaca menjadi lebih sejuk fenomena la nina.

2(b) Bagaimanakah tenaga suria mempengaruhi aktiviti mempengaruhi aktiviti manusia di kawasan Tropika Lembap.Aktviti pertanian. Tenaga suria yang cukup dapat menjamin tumbesaran tanaman dan proses fotosistesis dengan sempurna. Pengeluaran bungs dan bush yang balk dan berkualiti Membantu aktiviti penuaian hasil - seperti penuaian padi, menoreh getah dsb. Tenaga suria yang cukup/terik menjamin proses pengeringan hasil pertanian dengan sempurna seperti pengeringan padi, koko, kopi, kelapa (kopra) dll

2(b) Bagaimanakah tenaga suria mempengaruhi aktiviti mempengaruhi aktiviti manusia di kawasan Tropika Lembap.Aktiviti pelancongan. Sinaran suria yang tinggi menjadi daya tarikan pelancong asing ke kawasan Tropika lembab untuk aktiviti berjemur, skuba dan snorkling. Sinar suria amat mempengaruhi nilai suhu setempat dan seterusnya nilai suhu yang berbeza akan mempengaruhi aktiviti pelancongan. Contohnya di Malaysia, kawasan seperti Cameron Highland, Bukit Fraser dan tenting Highland menjadi destinasi pelancong kerana suhunya yang sejuk.

2(b) Bagaimanakah tenaga suria mempengaruhi aktiviti mempengaruhi aktiviti manusia di kawasan Tropika Lembap.Aktiviti perikanan. Tenaga suria amat penting mempengaruhi suhu air dan arus laut. Sinaran tenaga suria yang tidak berlebihan atau berkurangan menyebabkan suhu air laut menjadi sederhana. Kawasan air laut yang bersuhu sederhana di sekitar 20C merupakan kawasan yang kayo dengan sumber perikanan dan menjadi kawasan yang produktif dengan aktiviti perikanan. Aktiviti penangkapan ikan banyak dilakukan pada musim panas berbanding dengan musim tengkujuh khususnya di pantai timur semenanjung.

2(b) Bagaimanakah tenaga suria mempengaruhi aktiviti mempengaruhi aktiviti manusia di kawasan Tropika Lembap.Aktiviti imdustri kecil dan sederhana. Tenaga suria amat penting dalam industri kecil dan sederhana seperti industri pengeringan ikan, pengeringan batik, pembuatan p4su dan lain-lain. Produk IKS di atas perlu dikeringkan dalam cuaca panas. Kos pengeringan menjadi murah tenaga percuma.

2(b) Bagaimanakah tenaga suria mempengaruhi aktiviti mempengaruhi aktiviti manusia di kawasan Tropika Lembap.Aktiviti pembalakan. Tenaga suria menjamin tumbesaran pokok balak dengan sempurna sehingga matang. Aktiviti penebangan dan pengangkutan keluar kayu balak dilakukan pada musim panas kerana untuk mengelakkan jalan licin dan becak jika dilakukan pada musim hujan.

2(b) Bagaimanakah tenaga suria mempengaruhi aktiviti mempengaruhi aktiviti manusia di kawasan Tropika Lembap.Penjanaan tenaga altenatif. Pada mass ini tenaga suria menjadi sumber tenaga alternatif yang utama bagi menggantikan sumber petroleum dan gas asli terutamanya untuk kegunaan isi rumah. Ini kerana sumber tenaga ini boleh dijana dengan mudah, murah, bersih, mesra slam dan tidak akan habis atau berterusan sepanjang mass selagi adanya matahari. Penggunaan tenaga suria telah banyak digunakan oleh negara-negara maju. Di kawasan Khatulistiwa sendiri khususnya Malaysia, tenaga suria amat berpotensi untuk dibangunkan kerana jumlah sinar suria yang diterima adalah begitu banyak dan sentiasa tinggi sepanjang tahun.

3 (a) Jelaskan proses kitaran kitaran hidrologi menegak dan mendatar.Proses sejatan. Sejatan adalah proses penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air. Sejatan berlaku apabila tekanan wap pads permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum mencapai peringkat tepu. Sejatan memerlukan tenaga haba yang cukup untuk memanaskan air dipermukaan samada daripada lautan, sungai tasik, kolam dan lain-lain. Dengan adanya tenaga haba yang tinggi ini molekul-molekul air boleh bertukar kepada wap-wap air.

3 (a) Jelaskan proses kitaran kitaran hidrologi menegak dan mendatar.Proses perpeluhan dan sejat peluhan. Pepeluhan juga melibatkan pembebasanwap-wap air ke atmosfera tetapi ia berlaku menerusi liang-liang stoma daun. la terjadi kerana tekanan wap pads sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera terutamanya pads waktu Siang yang panas. Air tanih juga boleh mengalami sejatan ke atmosfera menerusi liang-liang pore tanah. Kombinasi antara sejatan dari lembapan tanih dengan pepeluhan tumbuhan dinamakan sebagai sejatpeluhan.

3 (a) Jelaskan proses kitaran kitaran hidrologi menegak dan mendatar.Proses pemeluwapan iaitu proses penukaran wap air kepadacecair khususnya titisan hujan (bintik air). Pemelowapan terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalam atmosfera. Proses ini dinamakan sebagai penyejukan adiabatik (semakin tinggi suhu semakin rendah). Apabila suhu dalam jisim udara mencapai takat embun, maka wapwap air dalamnya akan bertukar kepada cecair.

3 (a) Jelaskan proses kitaran kitaran hidrologi menegak dan mendatar.Kerpasan terjadi dalam bentuk hujan, salji dan embun. la berlaku apabila bintikbintik air atau ais di udara turun ke bumi setelah ia mengalami pemelowapan sehingga ke tahap tepu. Dalam konteks hujan misalnya ia boleh terjadi melalui tiga cara iaitu hujan perolakan, hujan perenggan dan juga hujan relief (bukit).

3 (a) Jelaskan proses kitaran kitaran hidrologi menegak dan mendatar.Proses pintasan dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan Pintasan atau cegatan silara merujuk kepada halangan dari kanopi (silara) tumbuhan terhadap air hujan yang turun ke bumi. Halanganini datangnya dari daun, ranting, dahan, batang dan lain-lain yang menyebabkan tidak 100% titisan hujan akan menimpa burni".

3 (a) Jelaskan proses kitaran kitaran hidrologi menegak dan mendatar.Susupan bermakna resapan air hujan2 secara menegak ke dalam tanah. Air hujan akan menyusup menerusi liang-liang pore tanah. Justeru kadarnya amat bergantung kepada peratus liang pore yang dimiliki oleh sesuatu jenis tanah. Misalnya tanah pasir mengalami kadar susupan yang tinggi berbanding dengan tanah liat. Air hujan yang menyusup akan disimpan dalam tanah dalam satu sistem takungan yang dikenali sebagai akuifer.

3 (a) Jelaskan proses kitaran kitaran hidrologi menegak dan mendatar.Larian air iaitu baki air hujan yang mengalir di permukaan bumi setelah ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan juga yang diguna oleh tumbuhan. Pergerakan larian air di atas permukaan ini biasanya berlaku setelah semua liang pore tanah tepu dengan air yang telah menyusup ke dalam tanah. Hujan seterusnya tidak lagi boleh meresap sebaliknya mengalir di permukaan bumi menuju ke sungai, tasik,kolam dan seterusnya ke laut.

3 (a) Jelaskan proses kitaran kitaran hidrologi menegak dan mendatar.Alir lintang atmosfera merujuk kepada angin yang bertiup untuk menggerak/menolak awan dari satu tempat ke tempat yang lain. Misalnya awan yang terbentuk di atmosfera lautan ditiup angin ke atmosfera daratan. Pengaruh alir lintang ini akan menyebabkan taburan hujan berlaku di merata tempat.

3 (a) Jelaskan proses kitaran kitaran hidrologi menegak dan mendatar.Air bawah tanah terhasil melalui proses susupan dan seterusnya terkumpul di dalam lapisan batuan tidak telap air yang dikenali sebagai akuifer. Sistem akuifer ini juga membenarkan air mengalir sebagai aliran air bawah tanah menuju ke sungai,tasik dan seterusnya ke laut. Proses pergerakan air bawah tanah ini berlaku secara mendatar yang dikenali sebagai rembesan atau perkolasi.

3 (b) Bagaimanakah kitaran hidrologi boleh diganggu oleh aktiviti manusia?Pemusnahan hutan secara besar- besaran menyebabkan proses transpirasi (pepeluhan) tumbuhan berkurangan dan ini mempengaruhi kelembapan udara sekitar. Udara menjadi kering yang akan menggangu pula proses pemelowapan dan hujan. Selain itu ia akan mengurangkan proses pintasan tumbuhan, susupan dan air bawah tanah semakin berkurangan. Kesimpulannya kitar hidrologi kekurangan air akibat aktiviti pemusnahan tumbuhan semulajadi ini.

3 (b) Bagaimanakah kitaran hidrologi boleh diganggu oleh aktiviti manusia?Pembandaran melibatkan aktiviti penurapan muka bumf samada dengan tar, bitumen atau aspalt. Akibatnya liang-liang pore tanah akan ditutup. Ini akan menjejaskan proses susupan air hujan ke dalam tanah. Kadar susupan yang berkurangan akan menggangu pula sistem akuifer dan aliran air bawah tanah yang juga semakin berkurangan. Pada masa yang sama air hujan banyak mengalir di permukaan sebagai larian air permukaan. Lebihan air permukaan ini membolehkan imbangan hidrologi positif berlaku sehingga boleh mewujudkan fenomena banjir seperti banjir kilat.

3 (b) Bagaimanakah kitaran hidrologi boleh diganggu oleh aktiviti manusia?Aktiviti pembinaan empangan boleh menggangu dan membantu kitar hidrologi. Daripada segi gangguan is akan mengurangkan kadar larian air permukaan kerana kawasan-kawaan cerun bukit telah ditenggelami air menjadi sebuah tasik buatan yang besar. Daripada segi membantu pula ia akan menambahkan kadar sejatan dari permukaan tasik yang telah terbentuk.

3 (b) Bagaimanakah kitaran hidrologi boleh diganggu oleh aktiviti manusia?Perindustrian banyak membebaskan bahan pencemar ke udara yang mampu bertindak sebagai nukleus higroskopik. Semakin tinggi kadar pencemaran bererti semakin banyak nukleus ini wujud. Nukleus higroskopik ini mampu bertindak menyerap wap-wap air dalam proses pemelowapan untuk turun bersamasamanya sebagai hujan asid. Dengan itu di kawasan industri hujan mungkin lebih kerap berlaku. Ini menyebabkan input air kepada kitar hidrologi telah bertambah. Daripada segi kualiti kitar hidrologi di kawasan perindustrian pula adalah tidak bersih kerana air hujannya tercemar dengan hujan asid.

3 (b) Bagaimanakah kitaran hidrologi boleh diganggu oleh aktiviti manusia?Penggunaan sungkupan plastik dalam2 pertanian menjejaskan proses susupan air ke dalam tanah. Pembinaan parit dan longkang serta penyimenan cerun juga mengurangkan proses susupan air ke dalam tanah.

4 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan sektor ekonomi sekunder?Sektor sekunder adalah [sektor ekonomi lanjutan daripada sektor primer]. la lebih bersifat [pemerosesan dan pembuatan]. Sektor sekunder banyak menggunakan [keluaran (output) sektor primer sebagai bahan mentahnya (input) untuk diproses menjadi barangan separa siap].

Kunci Idea:sektor ekonomi lanjutan daripada sektor primer = 1m pemerosesan dan pembuatan =1mkeluaran (output) sektor primer sebagai bahan mentahnya (input) untuk diproses menjadibarangan separa siap = Im

4 (b) Jelaskan dua sumbangan sektor ekonomi sekunder kepada penduduk.Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia, sekaligus kadar pengganguran berkurangan dan gunatenaga penuh. Misalnya pada tahun 2010, sektor sekunder (perkilangan) telah memberikan pekerjaan kepada 3.6 juta penduduk Malaysia. Ini mewakili 30% daripada jumlah pekerjaan dalam negara. Membekalkan barangan siap untuk keperluan penduduk seperti barangan runcit,pakaian, perkakasan elektrik, kenderaan dan lain-lain melalui industri pembuatan dan penghasilan produk. Inidapat meningkatkan kualiti hidup penduduk.

4 (c) Jelaskan kesan pengganda akibat perkembangan industri asas tani.Mengembangkan R&D dan industri berteknologi tinggi berasaskan produk pertanian yang diproses seperti industri biodisel hasil pemprosesan minyak kelapa sawit.Memajukan industri pembuangan sisa untuk dijadikan produk baru seperti industri baja kompos dari tandan kelapa sawit yang telah diproses, industri pembuatan makanan ternakan/pallet dari sekam dan dedak padi yang telah siap diproses.

4 (d) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan daya saing wksport produk pembauatan Malaysia di pasaran antarabangsa.Meningkatkan R&D bagi menghasilkan produk berkualiti tinggi dan dapat memenuhi citarasa pengguna antarabangsa seperti R&D dalam rekabentuk baru misalnya nano teknologi.Mengurangkan kos pengeluaran produk supaya harga di pasaran antarabangsa menjadi lebih murah dan setanding dengan negara lain seperti dengan harga produk negara China. Kos pengeluaran boleh dikurangkan melalui perkongsian teknologi, buruh dan kepakaran.

5 (a) Bezakan ciri perikanan laut dalam dengan perikanan pinggir pantai.Lokasi laut dalam (ZEE) melebihi 30 batu nautika dari pinggir pantai, manakala Pesisir pantai kurang dari 30 batu nautika dari pinggir.

5 (a) Bezakan ciri perikanan laut dalam dengan perikanan pinggir pantai.Masaoperasi perikanan laut dalam dijalankan berminggu-minggu di lautan dan dijalankan secara berkumpulan, manakala perikanan pinggir pantai dijalankan secara Harian ke laut pads waktu pagi dan pulang pads waktu petang. Dijalankan secara individu.

5 (a) Bezakan ciri perikanan laut dalam dengan perikanan pinggir pantai.Orientasi tangkapan perikanan laut dalam untuk pasaran seperti pasaran eksport. Kuantiti tangkapan banyak. Manakala orientasi tangkapan perikanan pinggir pantai untuk jualan harian. Lebihan diguna untuk keperluan keluarga.

5 (a) Bezakan ciri perikanan laut dalam dengan perikanan pinggir pantai.Teknologi tangkapan perikanan laut dalam - moden seperti alat ecosonar dan bot berkuasa tinggi. Dijalankan oleh nelayan terlatih. Jenis tangkapan laut dalam - tenggiri, tuna, kerapu dsb. Manakala perikanan pinggir pantai menggunakan kaedah tradisional - jaring, bubu,pancing - dijalankan oleh nelayan tradisional. Jenis tangkapan pesisir pantai - selayang, kembong, bilis dsb.

5 (a) Bezakan ciri perikanan laut dalam dengan perikanan pinggir pantai.Penggunaan modal perikanan laut dalam -modal besar, dimiliki oleh syarikat atau persatuan nelayan. Manakala perikanan pinggir pantai Modalnya kecil - milik persendirian.

5 (a) Bezakan ciri perikanan laut dalam dengan perikanan pinggir pantai.Penggunaan buruh perikanan laut dalam - tenaga buruh mahir/ import, bilangan yang ramai. Manakala perikanan pinggir pantai - tenaga buruh sedikit, kalangan ahli keluarga atau warisan.

5 (b) Berdasarkan sebuah negara Asia Tenggara yang telah anda kaji, jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor perikanan laut dalam di negara tersebut.Pilih mana-mana negara Asia Tenggara dijangka Malaysia

5 (b) Berdasarkan sebuah negara Asia Tenggara yang telah anda kaji, jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor perikanan laut dalam di negara tersebut.Memodekan kemudahan perikanan. Kemudahan di jeti perikanan perlu di pertingkatkan seperti jeti pendaratan, kemudahan tempat awet beku, gudang penyimpanan dill. Muara/kuala bagi pelabuhan perikanan perlu diperdalamkan bagi membolehkan pendaratan bot-bot nelayan tanpa gangguan. Sistem pengangkutan dan telekomunikasi perlu dipertingkatkan sebagai satu akses jaringan jalan raga, kemudahan pemasaran dsb.

5 (b) Berdasarkan sebuah negara Asia Tenggara yang telah anda kaji, jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor perikanan laut dalam di negara tersebut.Memberikan bantuan, subsidi dan pijaman modal. Pinjaman modal untuk membeli bot-bot yang besar dan teknologi tangkapan moden seperti ecosonar kepada nelayan tempatan untuk menceburi perikanan laut dalam. Subsidi diesel nelayan untuk mengurangkan kos operasi

5 (b) Berdasarkan sebuah negara Asia Tenggara yang telah anda kaji, jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor perikanan laut dalam di negara tersebut.Memberikan latihan kemahiran. Kemahiran pengendalian bot dan alatan moden seperti ecosonar kepada nelayan yang menceburkan diri dengan perikanan laut dalam. Kemahiran pengurusan syarikat/ koperasi kepada persatuan nelayan tempatan. Kemahiranpemasaranhasil tangkapan.

5 (b) Berdasarkan sebuah negara Asia Tenggara yang telah anda kaji, jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor perikanan laut dalam di negara tersebut.Memperkukuhkan rangkaian pemasaran Menghapuskan peranan orang tengah untuk menguasai pasaran hasil perikanan melalui kaedah pemasaran berpusat oleh LKIM dan koperasi perikanan. Mengawal harga ikan di pasaran tempatan. Meneroka pasaran luar negara seperti ke Jepun dan China.

5 (b) Berdasarkan sebuah negara Asia Tenggara yang telah anda kaji, jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memajukan sektor perikanan laut dalam di negara tersebut.Memperkukuhkan kerjasama serantau. Meningkatkan kawalan keselamatan nelayan dari ancaman lanun dan pencerobohanmnelayan acing Meningkatkan rondaan perairan oleh polls marin, APMM, tentera laut, jabatan laut dill. Kerjasama serantau, antara negaranegara jiran - Persefahaman di kawasan ZEE, kerjasama teknikal, bantuan kepakaran, antara negara serantau.

5 (c) Mengapakah sumber perikanan pinggir pantai di negara berkenaan semakin merosot.Tangkapan berlebihan. Eksploitasi sumber perikanan oleh nelayan tempatan yang menyebabkan kepupusan sumber perikanan. Eksploitasi untuk mengaut keuntungan semata-mata. Sumber perikanan yang masih keciljuga ditangkap, menyebabkan bekalan sumber perikanan pads masa hadapan berkurangan.

5 (c) Mengapakah sumber perikanan pinggir pantai di negara berkenaan semakin merosot.Pencerobohan nelayan laut dalam dan nelayan asing ke kawasan pinggir pantai. Zon pinggir pantai dicerobohi oleh nelayan laut dalam dan nelayan asing khususnya dari Thailand. Kemusnahan habitat dan sumber perikanan berlaku akibat penggunaan pukat yang diharamkan. Spt pukat tunda, pukat harimau dll oleh nelayan laut dalam/nelayan asing.

5 (c) Mengapakah sumber perikanan pinggir pantai di negara berkenaan semakin merosot.Peningkatan kadar pencemaran pantai. Akibat tumpahan minyak dan pembuangan enap cemar dad kapal tangki menyebabkan proses pembauran - menutupi permukaan laut, mematikan plankton dan zooplankton. Pembuangan sisa industri/sisa toksid ke laut meningkatkan kadar pencemaran melalui pertambahan BOD. Mematikan hidupan akuatik. Penyaliran sisa kumbahan dari hotel, resort, chalet dan sisa domestik ke laut/zon pinggir pantai - tercemar dengan bakteria e-Coli.

5 (c) Mengapakah sumber perikanan pinggir pantai di negara berkenaan semakin merosot.Penggunaan kaedah tangkapan yang tidak dibenarkan. Dilakukan oleh manusia yang mementingkan keuntungan semata-mata seperti penggunaan tuba, aliran elektrik, bom ikan dll yang memusnahkan keseluruhan spesis. Kaedah ini juga memusnahkan habitat dan rantaian makanan hidupan pantai.

5 (c) Mengapakah sumber perikanan pinggir pantai di negara berkenaan semakin merosot.Kurangnya pengawasan pihak berkuasa. Zon pinggir pantai yang terlalu luas/memanjang menyukarkan pengawasan, rondaan dan penyeliaan sepanjang masa. Menyebabkan zon pinggir pantai mudah dicerobohi oleh nelayan asing. Masalah birokrasi dan kekurangan kakitangan agensi terbabit seperti dari Jabatan Laut, Polls Marin serta APMM.

6 (a) Mengapakah IMS-GT lebih berjaya berbanding segi tiga pertumbuhan ASEAN yang lain?Mempunyai sumber modal yang banyak. Pelaburan modal dari pelabur Singapura yang lebih banyak seperti di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Pelaburan modal berlangsung menerusi konsep pelaburan silang dan juga pelaburan bersama antara syarikat swasta dan GLC dari negara berjiran (Malaysia Indonesia dan Singapura) .

6 (a) Mengapakah IMS-GT lebih berjaya berbanding segi tiga pertumbuhan ASEAN yang lain?Berhampiran dengan Singapura. IMS GT berdekatan dengan Singapura yang menjadi pintu masuk pelaburan di bahagian Selatan Semenanjung. Singapura berfungsi sebagai pusat kewangan serantau dan global di Wilayah ASEAN Aliran masuk modal menjadi lebih mudah melalui Singapura.

6 (a) Mengapakah IMS-GT lebih berjaya berbanding segi tiga pertumbuhan ASEAN yang lain?Teknologi yang lebih tinggi. IMS GT mempunyai keupayaan teknologi yang lebih tinggi berbanding dengan segitiga pertumbuhan yang lain. Sinergi teknologi yang berteknologi tinggi (Hi-Tech) banyak tertumpu di wilayah ini khususnya di Singapura dan Selatan Johor sebagai zon industri utama. Contoh teknologi kawalan mutu, rekabentuk dil yang dapat memenuhi citarasa pengguna semasa.

6 (a) Mengapakah IMS-GT lebih berjaya berbanding segi tiga pertumbuhan ASEAN yang lain?Kemudahan asas yang lebih baik. IMS GT mempunyai kemudahan pelabuhan yang lebih balk seperti di Tanjung Pelepas dan Tanjung Gelang Johor di samping di Singapura itu sendiri sebagai pelabuhan entreport. Banyak syarikat perkapalan dunia berpengkalan di wilayah ini seperti MERSK, MISC dsb. Selain itu is juga memiliki lapangan terbang antarabangsa di Changi, Singapura dan Senai, Johor. Rangkaian jalan raga dan lebuh rayanya lebih balk yang menyebabkan wilayah ini mempunyai darjah ketersampaian yang lebih tinggi berbanding dengan wilayah lain.

6 (a) Mengapakah IMS-GT lebih berjaya berbanding segi tiga pertumbuhan ASEAN yang lain?Lokasi yang strategik. Kedudukan IMS GT di pertemuan perdagangan Timur Barat yang diterajui oleh Singapura. Mudah dikunjungi dan di datangi oleh pelabur antarabangsa seperti di Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor. Laluan keluar produk/komoditi untuk dieksport melalui pelabuhan antarabangsanya.

6 (b) Bagaimankah AFTA memberikan manfaat kepada Malaysia?Meningkatkan aliran perdagangan. Aliran perdagangan antara Malaysia dengan negara ASEAN lain meningkat kerana semua negara menikmati faedah daripada penghapusan sekatan perdagangan dan cukai yang lebih rendah di dalam AFTA. Defisit imbangan perdagangan Malaysia dengan negara lain boleh dikurangkan. Pendapatan negara bertambah. Kerjasama perdagangan antara negara juga bertambah.

6 (b) Bagaimankah AFTA memberikan manfaat kepada Malaysia?Faedah dari perluasan saiz pasaran. Saiz pasaran / jumlah penduduk bertambah. AFTA memiliki saiz pasaran melebihi 530 juta orang di seluruh ASEAN. Produk Malaysia boleh menembusi pasaran serantau ASEAN yang mengamalkan prinsip pasaran bebas. Kesan positif perluasan pasaran termasuklah hubungan antara rangkaian pemasaran, pengilang atau pengeluar dalam AFTA menjadi lebih kukuh. Kuasa beli pengguna meningkat terutama dari negara kaya seperti Brunei dan Singapura. Karenah birokrasi dalam pemasaran boleh diminimakan. Bekalan barangan di pasaran berterusan.

6 (b) Bagaimankah AFTA memberikan manfaat kepada Malaysia?Faedah dari perluasan saiz pasaran. Saiz pasaran / jumlah penduduk bertambah. AFTA memiliki saiz pasaran melebihi 530 juta orang di seluruh ASEAN. Produk Malaysia boleh menembusi pasaran serantau ASEAN yang mengamalkan prinsip pasaran bebas. Kesan positif perluasan pasaran termasuklah hubungan antara rangkaian pemasaran, pengilang atau pengeluar dalam AFTA menjadi lebih kukuh. Kuasa beli pengguna meningkat terutama dari negara kaya seperti Brunei dan Singapura. Karenah birokrasi dalam pemasaran boleh diminimakan. Bekalan barangan di pasaran berterusan.

6 (b) Bagaimankah AFTA memberikan manfaat kepada Malaysia?Faedah dari segi peningkatan kualiti produk. Dengan tawaran harga yang lebih murah, persaingan antara pengeluar akan menjadi lebih hebat untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan berdaya saing di pasaran bebas AFTA. Kesannya Malaysia akan menikmati faedah daripada segi perkembangan R&D, penggunaan teknologi dan inovasi barn oleh syarikat-syarikat swasta atau kerajaan (GLC) yang berlumbalumba menjaga kualiti produk masing-masing.

6 (b) Bagaimankah AFTA memberikan manfaat kepada Malaysia?Harga barangan lebih murah menguntungkan pengguna. Pasaran bebas AFTA mengenakan kadar cukai yang rendah /penghapusan cukai bagi sesetengan produk. Ini menyebabkan harga barangan pengguna dan perkhidmatan menjadi lebih murah pengguna di Malaysia boleh menikmati barangan dan kos perkhidmatan yang lebih murah. Kuasa beli pengguna bertambah - mampu memiliki barangan berjenama dan berkualiti.

6 (b) Bagaimankah AFTA memberikan manfaat kepada Malaysia?Pilihan barangan lebih banyak kepada pengguna. Kepelbagaian produk dari pelbagai negara menyebabkan pengguna di Malaysia mempunyai banyak pilihan. Monopoli pasaran dikurangkan. Persaingan antara produk menyebabkan harganya menjadi lebih murah pengguna mempunyai banyak pilihan untuk membeli barangan yang murah dan berkualiti.

6 (b) Bagaimankah AFTA memberikan manfaat kepada Malaysia?Pengkhususan aktiviti ekonomi-pengeluaran. Faedah daripada segi pengkhususan pengeluaran dan keadaan Baling melengkapi (complementary) bagi menjimatkan kos pengeluaran. Untulk mengelakkan persaingan produk yang sama di pasaran yang sama maka antara syarikat akan menjalinkan kerjasama untuk pengkhususan pengeluaran, perkongsian teknologi, dan kepakaran. Dalam konteks faedah daripada pengkhususan ekonomi akan diperolehi seperti penjimatan kos buruh, bahan mentah dsb.

6 (b) Bagaimankah AFTA memberikan manfaat kepada Malaysia?Mengurangkan tekanan globalisasi ekonomi. Pasaran bebas Asean (AFTA) mengurangkan monopoli pasaran dari negara-negara maju seperti USA, Eropah, Jepun dil di dalam pasaran ASEAN Tekanan dan spekulasi pasaran berkurangan. -Kebergantungan kepada produk dari negara maju sahaja dapat dikurangkan. Ancaman globalisasi ekonomi kepada Malaysia boleh dikendurkan.