Skema Pemarkahan Ekonomi Asas I d
description
Transcript of Skema Pemarkahan Ekonomi Asas I d
Teknik Menjawab Ekonomi AsasOleh:
Mohd. Nazri Abdul RahmanGuru Cemerlang Ekonomi Asas
IPG Kampus Kent Tuaran
Cerita Kita...
Format SPM : Ekonomi Asas
• JENIS PEPERIKSAAN Ujian Objektif
• JENIS SOALAN Objektif Aneka Pilihan &
Gabungan Pernyataan Betul/Salah
• BILANGAN SOALAN 40 (Jawab semua)
• JUMLAH MARKAH 40
• Alatan Tambahan Kalkulator Saintifik
• TEMPOH UJIAN 1 jam 15 minit
• KONSTRUK Pengetahuan, Kefahaman &
Kemahiran
• KANDUNGAN SOALAN Semua bidang pembelajaran
dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5
• RESPONS Borang jawapan OMR
Kertas 1 (3757/1)
• JENIS PEPERIKSAAN Ujian Subjektif
• JENIS SOALAN Item Subjektif
• BILANGAN SOALAN 5 (Pilih 3) – Bahagian A 1 soalan (wajib) – Bahagian B
• JUMLAH MARKAH 100
• Alatan Tambahan Kalkulator Saintifik
• TEMPOH UJIAN 2 jam
• KONSTRUK
Pengetahuan,Kefahaman, Kemahiran & Nilai
• KANDUNGAN SOALAN
Semua bidang pembelajaran dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5
• BENTUK JAWAPAN Jawab pada kertas tulis
Kertas 2 (3757/2)Format SPM : Ekonomi Asas
Peraturan Pemarkahan
BAHAGIAN B
Kajian Kes (WAJIB)
Ekonomi Asas SPM (3757/2)
Markah : 25%
3757/2
(a) Adakah tindakan Syarikat Pasti Jaya Sdn. Bhd. menaikkan harga coklat dan menurunkan harga beras sesuai dengan matlamat memaksimumkan keuntungan? Kemukakan alasan anda. (7 markah)
(b)(i) Hitungkan jumlah kos pengimportan beras dari Amerika Syarikat dan India.
(ii) Terangkan negara manakah akan dipilih oleh Syarikat Pasti Jaya Sdn. Bhd. untuk mendapatkan bekalan berasnya. (7 markah)
(c) Perincikan kesan ke atas pengimport, pengeluar tempatan dan kerajaan jika permohonan Persatuan Pengimport Beras diluluskan oleh kerajaan. (11 markah)
MENGANALISIS
MENGAPLIKASI
MEMBUAT KEPUTUSAN
MENGAPLIKASI
TEKNIK MENJAWAB SOALAN EKONOMI ASAS
TEKNIK MENJAWAB SOALAN EKONOMI ASAS
1. SOALAN YANG MENGGUNAKAN KATA TUGAS terangkan, jelaskan, huraikan, Bagaimanakah, mengapakah…
• Jawapan dalam bentuk - Fakta - Huraian - Contoh
2. SOALAN PERBEZAAN
• Jawapan dalam bentuk esei gunakan penanda wacana seperti: tetapi,manakala …
Satu perangganSatu perbezaan
• Jawapan dalam bentuk jadual (bentuk T)• Syarat - Ada tajuk - Ayat lengkap - Membezakan aspek yang sama
3. SOALAN PERBANDINGAN• Jawapan perlu ada persamaan dan perbezaan.
4. SOALAN GAMBARAJAH
• Jawapan - Tajuk - Label - Skala - Petunjuk - Huraian mesti menerangkan gambarajah yang dilukis
5. SOALAN BERDASARKAN STIMULUS
• Jawapan mesti merujuk stimulus yang diberi.
6. SOALAN PENGIRAAN
• Jawapan - Rumus- Langkah pengiraan- Jawapan tepat
Petua Kecemerlangan Sediakan rangka jawapan agar fakta dan huraian cukup dan tidak mengulang fakta.
Gunakan peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan sebagai panduan bagi menentukan jumlah fakta yang sepatutnya diberi dan agihan masa untuk menjawab setiap ceraian soalan.
Jawapan hendaklah mengandungi fakta, huraian dan contoh yang sesuai dengan kata tugas.
Jawapan MESTI dikaitkan dengan stimulus yang diberi.
Gunakan bahasa/istilah ekonomi semasa menjawab.
Hafal rumus / formula agar soalan berbentuk pengiraan dapat dijawab dengan tepat. Gunakan kalkulator.
Perbanyakkan latihan sendiri terutamanya soalan SPM berbentuk kemahiran berfikir.