Skema Pra Stpm Geografi 942 2014 Kedah

9
0 TERHAD KOD KERTAS : 942/2 PANITIA GEOGRAFI NEGERI KEDAH MODUL LATIHAN MATA PELAJARAN GEOGRAFI STPM 942/2 PENGGAL 2 SKEMA PEMARKAHAN GEOGRAFI STPM PENGGAL 2 2014 PERINGATAN: Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidk berkenaan. Ia sebagai panduan pemarkahan. Terima isi-isi atau fakta geografi lain yang relavan dengan soalan. Skema pemarkahan ini terdiri daripada 11 halaman bercetak.

Transcript of Skema Pra Stpm Geografi 942 2014 Kedah

Page 1: Skema Pra Stpm Geografi 942 2014 Kedah

0

TERHAD KOD KERTAS : 942/2

PANITIA GEOGRAFI NEGERI KEDAH

MODUL LATIHAN MATA PELAJARAN GEOGRAFI STPM

942/2 PENGGAL 2

SKEMA PEMARKAHAN

GEOGRAFI STPM PENGGAL 2

2014

PERINGATAN:

Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidk berkenaan. Ia

sebagai panduan pemarkahan. Terima isi-isi atau fakta geografi lain yang relavan dengan soalan.

Skema pemarkahan ini terdiri daripada 11 halaman bercetak.

Page 2: Skema Pra Stpm Geografi 942 2014 Kedah

1

Skema jawapan 942/2 2014 KEDAH

1(a) Berdasarkan rajah di atas,

(i) mengapakah kawasan perdalaman Asia mengalami tekanan udara tinggi (TUT) pada bulan januari ?

Bumi mengalami solstis musim sejuk pada bulan Dis hingga Feb - Hemisfera Utara akan mengalami musim sejuk kerana matahari berada di HS @ di Garisan Jadi / 23 ½ o S . Keadaan suhu yang sejuk menyebabkan udara menjadi berat dan mewujudkan Tekanan Udara Tinggi di kawasan perdalaman Asia.

(ii) huraikan pola taburan suhu dunia secara mendatar :

Pola taburan suhu dunia adalah tidak seragam– ada tempat min suhu tinggi, ada tempat min suhu sederhana / ada tempat min suhu sangat rendah

Pola taburan suhu dunia menunjukkan suhu tinggi di kawasan garis lintang rendah (0 - 45°U-S)

Pola taburan suhu menunjukkan semakin ke arah kutub U@S suhu semakin rendah ; semakin ke arah Khatulistiwa suhu semakin tinggi.

[3]

[4]

(b) Jelaskan dua faktor kenapa suhu di kawasan garisan lintang rendah lebih tinggi berbanding di kawasan garisan lintang sederhana dunia.

[4]

B1. Pancaran matahari bersudut tegak di garisan lintang rendah – haba bertumpu - menyebabkan kawasan ini adalah lebih panas berbanding di kawasan garisan lintang sederhana dunia.

B2. Kawasan GL rendah ( 0-30°U/S ) adalah zon kedudukan matahari ( zon sumber haba) – matahari sepanjang tahun berada antara Jadi-Khatulistiwa-Sartan – haba lebih – suhu tinggi

B3. Lapisan atmosfera GL rendah lebih nipis – kurang awan – haba matahari lebih banyak masuk ke ruang atmosfera bumi – suhu tinggi

(c) Terangkan bagaimana proses penyejukan adiabatik berlaku ? [4]

Proses penyejukan adiabatik berlaku apabila kumpulan jisim udara panas yang naik ke aras yang lebih tinggi - mengembang – mengalami kehilangan haba@ menjadi semakin sejuk .

Keadaan ini berlaku kerana udara panas tersebut memasuki ruang udara di atas yang semakin rendah suhunya.

2m

2m

2(a) Sejauh manakah faktor morfologi sesebuah bandar mempengaruhi kejadian pulau haba? [13] A1 Pengenalan - Konsep pulau haba bandar merujuk kepada peningkatan suhu di pusat bandar beberapa darjah

celcius berbanding kawasan pinggir Bandar. A2. Saya bersetuju bahawa faktor morfologi sesebuah bandar amat mempengaruhi kejadian pulau haba bandar. A3. Morfologi sesebuah bandar merangkumi struktur bandar yang terdiri daripada susunan bangunan yang rapat-

rapat dan tinggi-tinggi telah menghalang pergerakan angin secara mendatar. Sebaliknya telah menggalakkan kejadian terbulen / pergerakan angin secara menegak yang turut mempengaruhi peningkatan suhu di pusat Bandar.

A4. Penggunaan bahan binaan seperti konkrit, simen, dan kaca untuk pembinaan bangunan turut membantu kejadian pulau haba Bandar. Bahan binaan ini mampu menyerap bahangan matahari yang banyak pada waktu siang manakala pada waktu malam pula ia membebaskan bahangan ke angkasa. Kesannya haba di pusat Bandar sentiasa tinggi.

A5. Permukaan bandar yang terdiri daripada jalan raya, permukaan jalan kaki berturap dan tempat letak kenderaan yang ditar turut mempengaruhi penyerapan bahangan matahari pada waktu siang. Pada waktu malam pula bahangan bumi akan dbebaskan ke angkasa dan kesannya suhu di pusat Bandar sentiasa tinggi.

A6. Selain itu , kawasan pusat Bandar juga kekurangan tumbuh-tumbuhan akibat pembangunan yang tepu bina. Keadaan ini menyebabkan peningkatan gas karbon dioksida kerana kekurangan proses fotosisntesis dan kekurangan wap air yang dibebaskan. Akibatnya , suhu sentiasa tinggi di pusat bandar.

A7. Walau bagaimanapun , terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi kejadian pulau haba bandar. Pembakaran bahan api fosil dalam kenderaan bermotor dan perkilangan di kawasan bandar yang membebaskan gas karbon monoksida, gas karbon dioksida dan sulphur dioksida ke udara turut menyebabkan kejadian pulau haba.

A8. Pembakaran terbuka sampah sarap domestik dan perkilangan juga mempengaruhi kejadian peningkatan suhu di pusat bandar. Melalui pembakaran sampah ini , gas karbon dioksida, sulphur dioksida , karbon monoksida dan nitrus-nitrus oksida yang panas telah dibebaskan ke udara.

A9. Kepadatan penduduk yang tinggi di pusat bandar juga mempengaruhi kejadian pulau haba bandar. Melalui proses pernafasan dan perkumuhan ,serta pembakaran metabolism dalam badan telah membebaskan haba yang tinggi di pusat bandar.

A10. Kekurangan badan-badan air di pusat bandar juga mengurangkan kandungan wap air di udara. Kesannya udara dan angin sentiasa kering dan ini turut mempengaruhi kejadian pulau haba Bandar.

Kesimpulannya, kejadian pulau haba bandar bukan sahaja dipengaruhi faktor morfologi sesebuah bandar itu sendiri malahan juga disebabkan faktor-faktor lain seperti faktor aktiviti manusia.

Permarkahan

Faktor morfologi [max 3 isi x 3m = 9 m ] + 1 isi faktor lain [max 1 isi x 3 m = 3 m] + [1 m kesimpulan] =13m

Page 3: Skema Pra Stpm Geografi 942 2014 Kedah

2

2(b) Huraikan langkah bukan perundangan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pulau haba bandar di Malaysia

[12]

B1. Menanam lebih banyak tumbuh-tumbuhan hijau di bawah program “ Hijaukan Bandar” untuk meningkatkan kelembapan udara akibat pembebasan wap air melalui proses fotosintsis dan perpeluhan tumbuh-tumbuhan.

B2. Membina lebih banyak badan-badan air seperti tasik buatan manusia, kolam takungan air, dan pancutan air yang boleh meningkatkan kandungan wap air di udara.

B3. Menukarkan kawasan parkir kenderaan yang berturap , lorong berjalan kaki dan lorong-lorong antara bangunan dengan kawasan tanah lapang yang ditanami rumput.

B4. Menggalakkan penduduk bandar menggunakan kenderaan awam seperti trend komuter, LRT dan monorel yang bersifat mesra alam bagi menggantikan kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakar.

B5. Merancang pembanguan bandar yang lebih bersifat mesra alam seperti menggunakan bahan berasaskan kayu, berdinding fiber ( daripada jerami padi) bangunan yang mempunyai banyak tingkap yang dapat mengurangkan penggunaan alat penghawa dingin dan menggunakan banyak kipas angin.

B6. Memastikan program Pendidikan Alam Sekitar dilaksanakan dengan berkesan melalui kempen kesedaran dan pendidikan formal dan tidak formal yang dianjurkan oleh pihak sekolah, IPT, Badan Bukan Kerajaan , Kementerian Alam sekitar dan lain-lain

3a. Jadual di bawah menunjukkan Arah dan Halaju angin ( dalam peratus ) di Stesen Metereologi X pada tahun 2008.

Arah U TL

T

TG

S

BD

B

BL

Tenang

Halaju

< 1.0 m/s 5.4 8.4 6.8 4.9 3.3 4.5 3.1 4.3 3.7

i) Berdasarkan jadual di atas, lukiskan sebuah graf angin untuk menunjukkan arah dan halaju angin di Stesen Metereologi X pada tahun 2008 .

[ 10m ]

ii) Jelaskan pola arah dan halaju angin di Stesen Metereologi X pada tahun 2008 [ 3m ] iii) Huraikan pengaruh angin monsun timur laut terhadap aktiviti manusia di kawasan Pantai Timur Semenanjung

Malaysia [ 12m ]

3(ai) :Skema Pemarkahan

a1 - tajuk - 1m a2 - Skala kekerapan kelajuan - 1m ( Tidak perlu skala untuk bulatan Angin Tenang ) a3 - Petunjuk yang betul - 1m a4 - label angin tenang betul - 1m

a5: Plotan : 7 - 8 betul = 6 m 5 - 7 betul = 5 m 4 - 6 betul = 4 m 2 - 3 betul = 3 m 0 - 1 betul = 0 m

Catatan: Skala bulatan Angin Tenang perlu diajar/dijelaskan kepada pelajar. Skala AT boleh sama dengan skala %

kekerapan kelajuan jika sesuai. Jika tidak sesuai, perlu buat skala AT yang berasingan bagi menentukan saiz bulatan

AT.

3(aii) Jelaskan pola arah dan halaju angin di Stesen Metereologi X pada tahun 2008. [5m] b1- kekerapan arah paling tinggi untuk < 1.0 m/s - timur laut ( 8.4% )

b2- kekerapan arah paling rendah untuk < 1.0 m/s - barat ( 3.1% ) b3- Stesen metereologi X banyak menerima pengaruh angin monsun timur laut/ angin timuran b4- halaju angin pada keseluruhan sederhana

Mana-mana 3 isi x 1 markah = 3 m

3(aiii) Huraikan pengaruh angin monsun timur laut terhadap aktiviti manusia di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

[10m]

c1 - Angin monsun timur laut umumnya membawa hujan yang lebat ke kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Hujan yang lebat menyebabkan berlakunya fenomena banjir. Kesannya banyak kawasan pertanian seperti padi sawah ditenggelami air. c2 - Tiupan angin yang kencang semasa angin monsun timur laut menyebabkan laut bergelora - Aktiviti perikanan pinggir pantai terjejas. c3 - Hujan lebat semasa tiupan angin monsun timur menganggu kegiatan pembalakan. Jalan-jalan yang digunakan untuk mengangkut balak menjadi licin. c4 - Hujan yang lebat menyebabkan berlakunya banjir. Banjir menenggelamkan kawasan-kawasan penternakan ikan udang dan sebagainnya ( akuakultur ). Kegiatan akuakultur terjejas. c5 - aktiviti perniagaan terjejas kerana premis dan barangan ditenggelami air. c6 - aktiviti IKS seperti perusahaan ikan kering, keropok dan industri batik terjejas. c7 - Angin monsun timur laut yang kencang dan keadaan laut yang bergelora membantu aktiviti sukan ekstrem seperti perlumbaan kapal layar ( Monsun Cup ).

Page 4: Skema Pra Stpm Geografi 942 2014 Kedah

3

c8 - Tiupan nngin monsun timur laut yang kencang dan stabil mengalakkan kegiatan rekreasi seperti permainan layang-layang. Mana-mana 6 pengaruh x 2 m = 12m

(3 a i ) Graf arah tiupan angin

Graf menunjukkan arah dan halaju angin ( dalam peratus ) di Stesen Metereologi X

Page 5: Skema Pra Stpm Geografi 942 2014 Kedah

4

ATAU 3(bi) Bincangkan faktor fizikal yang menyebabkan fenomena banjir? [13m] a1 Hujan –intensiti hujan / kelebatan hujan – tempoh masa hujan

a2 Litupan tumbuhan / kawasan tadahan a3 Bentuk muka bumi – rendah / berhampiran muara sungai a4 Musim – tiupan angin monsun – hujan lebat a5 La Nina – hujan lebat a6 Tsunami – ombak besar – banjir a7 Penipisan lapisan ozon – suhu meningkat, pencairan ais, aras laut meningkat - banjir a8 saiz lembangan tidak seimbangan dengan isipadu air. Pemarkahan : 4 isi x 3m + kesimpulan 1m = 13m

3(bii) Huraikan impak banjir terhadap geomorfologi [12m] b1 Tanah runtuh – runtuhan tebing sungai - sungai cetek.

b2 Hakisan tanah – hakisan permukaan tanah – perlebaran lurah sungai. b3 Pemendapan bahan - Bentuk muka bumi yang baru – tetambak, dataran banjir b4 Pengangkutan tanih giat. b5 Luluhawa kimia/ luluhawa dalaman meningkat b6 Perluasan lembangan sungai – mendapan lanar meluas

Pemarkahan : 4 isi x 3 markah = 12 m

Page 6: Skema Pra Stpm Geografi 942 2014 Kedah

5

BAHAGIAN B : 4. a). Nyatakan tiga jenis sektor ekonomi sekunder. [3]

a1 industri pemprosesan

a2 industri pembuatan

a3 industri pembinaan

b). Terangkan dua ciri buruh dalam meningkatkan produktiviti industri pembinaan di Malaysia. [4]

Isi Utama Huraian Markah

b1. Kemahiran Kemahiran dan kecekapan yang khusus dalam bidang kejuruteraan. Diperolehi melalui pengalaman, latihan lanjutan dan perkongsian kepakaran.

2

b2. Tahap Kesihatan Jika sihat, daya tahan tinggi. Produktif, kompetetif dan kuat kerja. Dikaitkan dengan penurunan kadar kematian dan peningkatan jangka hayat. Penduduk sihat, jangka hayat tinggi.

2

b3. Kebolehan kerja (fizikal dan mental)

Budaya penduduk yang positif seperti mempunyai semangat kerja yang tinggi, rajin, berdaya saing, beriltizam, menepati masa dan berinovasi. Mobiliti buruh – mudah dilatih dan mudah dipindahkan (menepati ciri buruh global) Ketahanan fizikal dan mental (patuh pada arahan)

2

b4. sikap positif (insaniah) Tahap kepimpinan (leadership) yang tinggi dan berdaya tahan. Kesediaan untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan kerja. Tahap integriti yang tinggi, kejujuran, kesetiaan dan amanah kepada majikan.

2

c). Huraikan dua sumbangan sektor industri pembinaan terhadap pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. [4]

Isi Utama Huraian Markah

c1 menyediakan peluang pekerjaan

Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia. Pelbagai peringkat pekerjaan seperti tenaga buruh am, tenaga buruh separuh mahir dan tenaga buruh mahir. Mengurangkan kadar pengangguran dan membasmi kemiskinan pensusuk.

2

c2 kesan pengganda

Perkembangan yang pesat dalam industri pembinaan akan membantu perkembangan industri lain seperti industri tertier. Contohnya sektor perkhidmatan pengangkutan awam, telekomunikasi, sektor kewangan, perbankan dan insurans akan berkembang khususnya di kawasan pembinaan dan sekitarnya.

2

c3 pengaliran kepakaran dan teknologi moden.

Permindahan teknologi, kepakaran dan mobiliti tenaga buruh mahir dan profesional dari negara maju. Rakyat Malaysia akan dapat mempelajari teknologi moden, inovasi baharu melalui projek usaha sama, latihan lanjutan di luar negara dan perjanjian persefahaman dengan negara maju. Contohnya seperti tenaga pakar dari Jerman, Amerika Syarikat dan Jepun yang datang ke Malaysia untuk membangunkan industri pembinaan.

2

c4 mewujudkan bandar-bandar baharu

Industri pembinaan yang pesat membangun akan menggalakkan kewujudan bandar-bandar baharu. Melalui perancangan dasar kerajaan memajukan sesuatu kawasan baharu dengan mewujudkan bandar-bandar baharu yang sistematik dan lebih terancang seperti Putrajaya, Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan, Bandar Baru Bangi di Selangor dan sebagainya.

2

c5 pembauran inovasi

Lingkungan pengaruh bandar yang sedia ada akan menjadi semakin luas dengan berkembangnya industri pembinaan. Kawasan bandar akan mengalami rebakan dan seterusnya berlaku penularan dan penyebaran inovasi serta idea baharu kepada penduduk sekitarnya.

2

d). Jelaskan dua masalah yang dihadapi oleh industri pembinaan di Malaysia. [4]

Isi Utama Huraian Markah

d1 . permintaan

perumahan dan

ruang niaga

semakin meningkat

permintaan untuk tempat tinggal penduduk, iaitu perumahan dan ruan perniagaan yang semakin meningkat hasil pertumbuhan ekonomi Malaysia yang baik

permintaan yang melebihi penawaran menyebabkan harga perumahan dan ruang niaga menjadi mahal dan membebankan penduduk - penduduk terpaksa menanggung hutang dan beban.

2

d2 peningkatan kos berlaku peningkatan kos pembinaan yang semakin tinggi disebabkan bahan yang tidak mencukupi

Page 7: Skema Pra Stpm Geografi 942 2014 Kedah

6

pembinaan kenaikan harga bahan binaan disebabkan oleh faktor-faktor luar seperti inflasi dunia, kekurangan bekalan daripada luar, kenaikan harga import yang mendadak, lebih-lebih lagi peningkatan harga minyak petroleum.

hal ini telah menyebabkan kelewatan dalam menyiapkan projek-projek binaan dalam masa yang ditetapkan.

2

d3 kekurangan

tenaga buruh

sektor industri binaan tempatan amat memerlukan guna tenaga buruh yang banyak dan mempunyai kemahiran yang cekap dan terlatih.

Malaysia kebanyakan bergantung kepada tenaga kerja asing.

pengambilan tenaga asing telah mendatangkan pelbagai masalah antaranya kualiti hasil kerja tidak memenuhi piawaian yang dikehendaki oleh klien.

2

5(a) Mengapakah kerjasama ekonomi ASEAN diperlukan ? [12]

Isi Utama Huraian Markah

a1 Kecekapan ekonomi

Kepelbagaian aktiviti ekonomi

Perdagangan antara Negara ASEAN dan Negara-negara lain.

2

a2 Daya saing Penghasilan produk lebih berkualiti

Harga kompetatif

2

a3 Pengkhususan Setiap Negara mengeluarkan satu produk 2

a4 Penglibatan dalam ekonomi dunia

Kerjasama dengan blok ekonomi dunia

EU,NAFTA dan APEC

2

a5 Pelaburan Menggalakkan pelaburan asing

Pelaburan Silang

Menambahkan modal Negara

Penglibatan syarikat Multinasional (MNC)

2

a6 Teknologi Pemindahan teknologi dan kepakaran

R & D

2

a7 Pasaran Pasaran luas

Meningkatkan KDNK

2

a8 Bekalan buruh Perkongsian kepakaran

Buruh yang murah dan ramai/ mudah diperolehi.

2

a9 Bahan mentah /sumber alam

Banyak bahan mentah

Mudah diperolehi

2

Pemarkahan : Mana-mana 6 isi x 2m =12m

(b) Jelaskan kesan positif Globalisasi ekonomi kepada sesebuah Negara. [13]

Isi Utama Huraian Markah

b1 Perdagangan bebas Terbuka

Tanpa sekatan

Tarif yang rendah

Kegiatan eksport/import lebih mudah

Tanpa dasar perlindungan

Berurusan dengan banyak negara

2

b2 Perluasan pasaran Meningkatkan pasaran

KDNK meningkat

Kepelbagaian produk berkualiti

Harga lebih murah

2

b3 Pemindahan teknologi Meningkatkan produktiviti

Menjimatkan kos latihan

Pengeluaran lebih cekap

2

b4 Aliran buruh Tenaga buruh cukup

Murah dan mudah

Produktiviti meningkat

2

b5 Menggalakkan persaingan

Produk berkualiti

Pengkhususan

Harga kompetatif

2

b6 Peningkatan kualiti produk

Berdaya saing

Produk kompetatif

2

Plih mana-mana 6 isi x2m = 12 markah Contoh dan huraian : 1m Jumlah : 13 markah

Page 8: Skema Pra Stpm Geografi 942 2014 Kedah

7

6. (a) Mengapakah industri pembuatan perlu diselerakkan dari bandar ke luar bandar? [9]

Isi Utama Huraian Markah

a1 mengelakkan kesesakan dan tepu

kepadatan ruang di bandar – lokasi industri tidak lagi sesuai Nilai hartanah di bandar mahal-mengelakkan saingan guna tanah lebih untung untuk guna tanah petempatan dan perniagaan berbanding dengan perindustrian

2

a2 menjimatkan kos pengeluaran

sinergi (saling menguntungkan) apabila industri pembuatan berdekatan dengan industri memproses yang terletak di luar bandar kos pengangkutan bahan mentah ke kilang pembuatan boleh dijimatkan kos buruh dan kos tapak lebih murah di kawasan luar bandar

2

a3 mengurangkan pencemaran

konsentrasi pencemaran di bandar boleh di kurangkan apabila sebahagian kilang di lokasikan di luar bandar pencemaran air,udara,bunyi dan bau khususnya kilang petrokimia.

2

a4 mengimbangi pembangunan bandar dengan luar bandar

industri sebagai pemangkin pembangunan setempat kawasan bandar yang sudah maju diperlahankan manakala kawasan luar bandar yang masih mundur dipercepatkan

2

a5 membuka peluang pekerjaan kepada penduduk desa

industri pembuatan berintensif buruh diperlukan diluar bandar untuk mencipta banyak peluang pekerjaan kadar pengganguran luar bandar boleh dikurangkan –pendapatan perkapita penduduk meningkat,taraf hidup dan kualiti hidup bertambah baik mengelakkan migrasi ke bandar

2

a6 memajukan sumber berpotensi

sumber bahan mentah setempat boleh dimajukan kerana industri pembuatan memerlukan bahan mentah tersebut contoh industri pembuatan tayar memerlukan getah manakala industri pembuatan minyak masak memerlukan minyak kelapa sawit mentah sektor ekonomi hiliran boleh berkembang maju

2

a7 kesan pengganda-memajukan rantaian industri/ekonomi yang berkaitan

kesan pengganda-industri yang berkaitan dengan pembuatan berkembang maju seperti industri memproses,pengbungkusan,pengangkutan dll menggalakkan lahirnya usahawan muda melalui PKS yang menjadi veedor kepada industri pembuatan berskala besar

2

a8 mempercepatkan kemajuan kawasan

industri pembuatan mempercepatkan pembangunan infrastruktur-khususnya rangkaian pengangkutan,bekalan ai,elektrik dan sistem telekomunikasi mempercepatkan pembangunan bandar-kewujudan bandar baru di kawasan luar bandar yang berasaskan industri-kemudahan perbandaran disediakan dgn lengkap

2

a) Huraikan faktor yang mempengaruhi kemajuan industri pembuatan di Malaysia. [6]

Isi Utama Huraian Markah

b1 asas bahan mentah dan sumber tenaga yang cukup

Industri pemprosesan menyediakan bahan mentah yang cukup untuk pembuatan/penghasilan barangan siap dan separa siap. Contohnya minyak sawit mentah untuk menghasilkan minyak masak, sabun, marjerin. Bekalan tenaga elektrik hidro dan terma yang cukup dan murah

2

b2 dasar dan galakan kerajaan

Galakan kerajaan melalui skim pelaburan dan promosi, pemberian taraf perintis, penyediaan kawasan perindustrian bebas cukai (FTZ) dan mewujudkan koridor industri.

2

b3 faktor modal/pelaburan yang tinggi

adanya pelaburan asing (FDI) dari syarikat multinasional (MNCs) seperti Panasonic, JVC, Nokia, Samsung pelaburan tempatan- skim vendor dengan syarikat multinasional pelaburan dari modal IKS – menghasilkan produk b hutan Malaysia sokongan perkhidmatan – kewangan/kemudahan kredit, perbankan dan insurans

2

b4 kualiti sumber manusia - buruh

mempunyai tenaga kerja terlatih dan berkemahiran tenaga kerja berpendidikan – mobiliti buruh yang mudah dilatih dan dipindahkan

2

b5 sokongan kemudahan prasarana yang cukup

kemudahan asas yang mencukupi sebagai penyokong seperti bekalan air, elektrik, kemudahan pengangkutan seperti jalan raya, lebuh raya, pelabuhan dan pergudangan

2

b6 teknologi berkembang pesat

R&D dijalankan oleh kerajaan untuk menghasilkan teknologi baru bagi menghasilkan pelbagai produk Kewujudan industri berteknologi tinggi (HiTech), teknologi komunikasi melalui MSC dan pemindahan teknologi luar

2

b7 pasaran yang luas mendapat pasaran yang luas dari dalam dan luar Negara seperti di rantau asia iaitu ASIA BARAT,ASIA TIMUR,ASIA SELATAN,EROPAH dan AMERIKA SYARIKAT contohnya barangan elektrik seperti alat pendingin hawa

2

b8 politik yang stabil dalam jangka masa panjang

polisi governan yang stabil dan mantap kerana tidak berlakunya pertukaran kerajaan keyakinan pelabur bertambah untuk melabur dalam jangka masa panjang

2

Page 9: Skema Pra Stpm Geografi 942 2014 Kedah

8

b) Jelaskan kesan negatif aktiviti industri pemprosesan terhadap alam sekitar fizikal. [10]

Isi Utama Huraian Markah

c1 pencemaran udara, jerebu dan hujan asid

pelepasan bahan pencemar udara seperti karbon dioksida, karbon monoksida, hidrokarbon dan gas sulfur. pembebasan partikel terampai (PM10) seperti asap, debu, habuk yang boleh menyebabkan jerebu. proses kondensasi wap air dengan bahan pencemar udara akan menyebabkan berlakunya hujan asid.

2

c2 pemanasan setempat

kewujudan bahan pencemar di udara boleh memerangkap bahangan bumi. dikaitkan dengan kesan rumah hijau. haba dikeluarkan oleh generator kilang menyebabkan pemanasan setempat.

2

c3 pencemaran air

pelepasan sisa toksid/enfluen ke dalam badan-badan air seperti sungai, tasik, laut dan kolam menyebabkan kuantiti air laut terjejas. kadar BOD air meningkat dan keasidan air bertambah.

2

c4 kemusnahan ekosistem akuatik

pencemaran air menyebabkan pelbagai spesis hidupan akuatik terjejas dan mati seperti ikan dan udang. rantaian makanan terjejas dan habitat musnah.

2

c5 pencemaran bunyi dan bau

bunyi bising daripada generator kilang yang beroperasi 24 jam menghasilkan getaran 60 – 70 dBA pencemaran bau daripada sisa kilang getah dan kelapa sawit yang berbau busuk dan mencemarkan alam sekitar.

2

c6 pencemaran sisa toksid/ pencemaran tanih

pelupusan sisa toksid oleh kilang-kilang haram menyebabkan tanih berasid dan berbahaya kepada sumber air tanih apabila berlaku proses larut resap.

2

c7 pencemaran persekitaran / sampah sarap

pembuangan sisa pepejal seperti plastik, kotak, sisa kayu dan tandan kelapa sawit dari kilang menyebabkan pencemaran sampah sarap.

2