Skema Set 1 K3 Pra SPM

13
10 markah : 18 minit skema set 1 k3 Pra SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai Latar belakang dasar-dasar hubungan luar Malaysia Malaysia mempunyai dasar luar tersendiri dengan berbaik-baik dengan semua negara .Matlamatnya untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara , memelihara kepentingan nasional, mengekalkan kedaulatan negara , menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi, keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa .Matlamat seterusnya ialah menjadi warga global yag bertanggungjawab dan peka terhadap pemupukan kesejahteraan dunia.Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar iaitu “hubungan bilateral” yang merujuk hubungan secara terus dengan negara tertentu contohnya hubungan dengan Singapura dan Thailand manakala “hubungan multilateral” pula merujuk hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti ASEAN,OIC DAN NAM. Bentuk hubungan luar Malaysia Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara- negara lain iaitu hubungan bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu contohnya hubungan dengan negara-negara jiran antaranya termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain seperti Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju yang lain seperti Britain dan Amerika Syarikat. Hubungan multilateral merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti ASEAN, Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam(OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya Faktor-faktor penggubalan dasar luar negara : a) Faktor Sejarah 1.a)Latar belakang dasar-dasar hubungan luar Malaysia b)Bentuk hubungan luar Malaysia Sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka ,telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China,Arab,Siam dan negeri-negeri kepulauan Melayu yang lebih berbentuk hubungan perdagangan .Pada masa sama, telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu. Selepas merdeka, Malaysia menyertai meneruskan hubungan diplomatik hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel yang lain. Pada masa itu,

Transcript of Skema Set 1 K3 Pra SPM

Page 1: Skema Set 1 K3 Pra  SPM

10 markah : 18 minitskema set 1 k3 Pra SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai

Latar belakang dasar-dasar hubungan luar MalaysiaMalaysia mempunyai dasar luar tersendiri dengan berbaik-baik dengan semua negara .Matlamatnya untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara , memelihara kepentingan nasional, mengekalkan kedaulatan negara , menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi, keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa .Matlamat seterusnya ialah menjadi warga global yag bertanggungjawab dan peka terhadap pemupukan kesejahteraan dunia.Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar iaitu “hubungan bilateral” yang merujuk hubungan secara terus dengan negara tertentu contohnya hubungan dengan Singapura dan Thailand manakala “hubungan multilateral” pula merujuk hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti ASEAN,OIC DAN NAM.

Bentuk hubungan luar MalaysiaMalaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu hubungan bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu contohnya hubungan dengan negara-negara jiran antaranya termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Selain itu, hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain seperti Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju yang lain seperti Britain dan Amerika Syarikat. Hubungan multilateral merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti ASEAN, Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam(OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan sebagainya

Faktor-faktor penggubalan dasar luar negara : a) Faktor Sejarah 1.a)Latar belakang dasar-dasar hubungan luar Malaysia b)Bentuk hubungan luar MalaysiaSejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka ,telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China,Arab,Siam dan negeri-negeri kepulauan Melayu yang lebih berbentuk hubungan perdagangan .Pada masa sama, telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu. Selepas merdeka, Malaysia menyertai meneruskan hubungan diplomatik hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel yang lain. Pada masa itu, Malaysia diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh PKM dan ia mengancam keselamatan Malaysia .Ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar pro-barat dan anti komunis .Malaysia pada masa itu masih bergantung kepada Barat kerana belum mempunyai keupayaan pertahanan.

b) Faktor Ekonomi Malaysia mengamalkan pasaran bebas untuk memajukan ekonominya. Malaysia telah menjadi pengeluar utama bijih timah dan getah serta menjalin hubungan ekonomi dengan negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Setelah merdeka, Malaysia mengharapkan pasaran dan modal dari negara-negara tersebut. Antaranya menggalakkan pelaburan asing agar dapat meningkatkan ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan .Menjelang 1980-an , melalui Dasar Pandang ke Timur ,pelaburan asing digalakkan dari Jepun dan Korea .Pada masa yang sama, Malaysia juga berbaik dengan negara-negara sedang membangun dan negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan Malaysia serta melabur di negara berkenaan.

Page 2: Skema Set 1 K3 Pra  SPM

10 markah : 18 minitskema set 1 k3 Pra SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai

c) Faktor Politik

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen , berhak menentukan halatuju masa depan sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat . Dasar luar Malaysia menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

d) Faktor Geografi

Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia

e) Faktor Demografi

Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negaranegara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar aparteid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.

Perkembangan Dasar Luar Malaysia

a) Tahap Pertama

Dasar luar Malaysia pada tahap pertama mengamalkan dasar pro -barat yang anti komunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan komanwel . Ia dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial. Faktor politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand. Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjaniian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini , British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.

Page 3: Skema Set 1 K3 Pra  SPM

10 markah : 18 minitskema set 1 k3 Pra SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai

Dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963 -1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963 1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian. Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Malaysia juga masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Seterusnya, pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.

Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat untuk mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru

Tahap Kedua

Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan ini disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.

Malaysia juga telah mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN. Malaysia turut menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.

Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara terbukti apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976 contohnya masalah pelarian Vietnam di Malaysia telah diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.

Tahap Ketiga

Page 4: Skema Set 1 K3 Pra  SPM

10 markah : 18 minitskema set 1 k3 Pra SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai

Pada tahap ini, dasar luar Malaysia telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di kalangan negara membangun. Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut,.

Di samping itu, dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.

Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Beliau percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga juga. Didapati, dasar luar Malaysia telah berubah daripada dasar pro-barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara serta menekankan hubungan dua hala yang akan dapat memantapkan ekonomi Malaysia.

Manfaat yang Malaysia peroleh hasil Dasar Luar yang mantap.

Manfaat yang Malaysia peroleh hasil dasar luar yang mantap antaranya ialah dapat menjamin keselamatan rakyat dan negara serta berupaya mengekalkan kestabilan politik dalam negara.Sebagai contoh, tragedi di Lahad Datu yang telah dicetuskan oleh kumpulan yang mendakwa keluarga diraja Sulu telah berjaya diselesaikan dengan kerjasama Filipina.

Selain itu, Malaysia juga dapat memelihara kepentingan nasional dan kemerdekaan yang diperoleh terus dipertahankan melalui dasar berkecuali .Negara kita tidak akan campur tangan dalam urusan politik negara luar .Ini terbukti , Malaysia hanya memerhati kekerapan pertukaran pemerintahan dari parti yang berlainan di Thailand sebagai satu dasar menghormati kedaulatan negara tersebut.Sehubungan dengan itu, persahabatan antara Malaysia dengan negara luar terus kekal terjalin walaupun berlaku pertukaran pimpinan dan parti yang memerintah.

Malaysia juga telah dapat mewujudkan keamanan sejagat dengan cara mengukuhkan pertahanan antara negara melalui kerjasama antarabangsa di kawasan perairan ataupun sempadan sempadan Malaysia-Thai.Sebagai contoh, masalah penyeludupan manusia dan dadah di kawasan sempadan telah berjaya dibendung .

Manfaat seterusnya ialah Malaysia berjaya menggalakkan pelaburan asing bagi peningkatan ekonomi negara yang cemerlang. Ia terbukti dengan kewujudan syarikat berteknologi tinggi dan syarikat multinasional seperti kilang pemasangan Honda dan Kia di negara kita.Selain itu, pasaran produk tempatan juga dapat menembusi pasaran antarabangsa dan berdaya saing di peringkat antara bangsa.Rangkaian perdagangan berlandaskan pengetahuan (knowledge-based) telah giat dijalankan hasil hubungan dasar

Page 5: Skema Set 1 K3 Pra  SPM

10 markah : 18 minitskema set 1 k3 Pra SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai

luar yang baik dengan negara luar.Jelaslah, dasar luar yang mantap akan membina ketamadunan Malaysia mampu dibanggakan.

Hubungkait Dasar Luar Malaysia dengan kegemilangan Malaysia

Hubungkait Dasar Luar Malaysia dengan kegemilangan Malaysia antaranya ialah berlakunya pertukaran teknologi kesan Dasar hubungan dua hala contohnya Malaysia antara Malaysia dan Filipina misalnya melalui perkongsian pengalaman bidang keselamatan industri makanan sejuk beku.Dasar ini telah membuka peluang-peluang pekerjaan kepada sebilangan besar rakyat negara ini serta meningkatkan pendapatan mereka.

Dasar Pandang ke Timur pula meningkatkan kerjasama serta memajukan ekonomi Malaysia melalui perkongsian kepakaran dengan negara Jepun dan Korea Selatan misalnya dalam bidang telekomunikasi seperti teknologi pembuatan komputer dan telefon pintar.Hal ini telah meningkatkan kemajuan sains dan teknologi bidang tersebut.Inferensnya, ia dapat memastikan kemajuan negara secara berterusan serta mampu menarik kemasukan pelabur-pelabur asing ke negara ini.

Kerjasama yang terjalin antara negara misalnya dalam bidang perubatan telah membantu kemajuan bidang ini serta meningkatkan taraf kesihatan rakyat di Malaysia .Contohnya penularan wabak “Zika” pada pertengahan tahun 2016 telah dibendungbersama-sama dengan Thailand dan Singapura. Di samping itu, jalinan kerjasama dalam bidang pendidikan seperti pertukaran pelajar dan Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN(SEAMEO) telah membantu menaikkan tarafkan bidang pendidikan negara ini. Kerjasama dalam bentuk latihan dan penyelidikan juga telah meningkatkan taraf hidup rakyat dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian .Antara bentuk kerjasama adalah pertukaran baka durian “musang King” dari Malaysia dengan baka “Durian Emas “ dari Thailand dalam bidang pertanian. Inferensnya, ia telah meneruskan hubungan diplomatik yang baik serta mengekalkan kestabilan politik Malaysia dengan negara serantau.

Langkah-langkah meningkatkan ekonomi telah membentuk Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.Buktikan kebenaran pernyataan tersebut

Antara langkah-langkah meningkatkan ekonomi ialah menggunakan teknologi moden dan terkini dari negara luar.Ini dapat dapat menjadikan sesuatu pekerjaan dilakukan dengan cepat dan ekonomi pertanian secara berskala besar dapat dijalankan contohnya tanaman Kenaf secara ladang.Ia juga dapat menjimatkan kos pengeluaran dan mencapai keuntungan yang besar

Selain itu, ia juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sekiranya dilakukan secara besar-besaran dengan cara menjalankan sistem pengurusan yang

Page 6: Skema Set 1 K3 Pra  SPM

10 markah : 18 minitskema set 1 k3 Pra SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai

sistematik serta dapat membantu meningkatkan kecekapan sumber manusia .Ini telah merangsang Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.

Langkah seterusnya ialah membawa masuk tenaga pakar dalam bidang-bidang berteknologi tinggi.Sebagai contoh, tenaga pakar dari Jepun dan Korea selatan dalam pembinaan landasan keretapi laju telah berjaya mengekalkan penglibatan kontraktor tempatan sebagai kontraktor utama. .Secara tidak langsung, ia akan mengurangkan pengaliran keluar ringgit Malaysia ke luar negara dan meningkat taraf hidup rakyat tempatan Di samping itu, kita harus memastikan Malaysia menjadi negara yang aman dan selamat.Ini kerana keamanan dapat menjana kemajuan ekonomi serta menarik pelabur asing terutama daripada negara-negara ASEAN .Selain itu, kerajaan wajar memajukan sektor ekonomi yang berpotensi seperti bidang telekomunikasi kerana ia merupakan industri yang paling stabil serta industri keperluan serantau dalam era kegawatan ekonomi kini.

Langkah seterusnya ialah kerajaan harus mempelbagaikan langkah menggalakkan pelaburan asing dalam negara dengan mengadakan skim galakan kepada para pemodal serta menyediakan infrastruktur yang sempurna dan penyediaan tapak perindustrian.Di samping itu, kerajaan juga wajar mewujudkan pusat kewangan Islam yang menggunakan perbankan berlandaskan Syariah.Ini akan menarik minat pelaburan dari negara-negara Islam.Langkah ini turut membantu Malaysia menjadi Hab halal dunia Islam.Kesannya, impian Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi akan tercapai serta meningkatkan imej Malaysia di mata dunia.

Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara luar dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut

CabaranCabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara

luar antaranya adalah pengaruh kuasa barat dalam beberapa buah negara jiran Malaysia.Sebagai contoh, Singapura lebih memihak kepada Amerika Syarikat dan Israel sedangkan Malaysia menentang sekeras-kerasnya kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin. Pertikaian tentang beberapa perkara misalnya antara Malaysia dan Singapura dalam isu bayaran bekalan air dan menambak pantainya sehingga menjejaskan kawasan perikanan Malaysia.Isu-isu ini sentiasa mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara.

Cabaran kedua adalah ancaman ekstremis Islam contohnya Thailand pula sering menuduh Malaysia melindungi kumpulan pelampau Islam di Selatan Thailand iaitu POLO.Penglibatan warga Malaysia di Syria dan di Filipina menyebabkan Malaysia sering dilabelkan sebagai pusat latihan pelampau Islam oleh Amerika Syarikat.Faktor ini turut menyumbang ke arah hubungan yang kurang mesra antara Malaysia dengan negara-negara berkenaan.

Cabaran berikutnya adalah adalah dalam bidang penguatkuasaan misalnya nelayan Thailand sering menceroboh kawasan perairan Malaysia.Tindakan Imigresen terhadap mereka yang ditangkap dan pelupusan kapal secara “bakar” sering menimbulkan kemelut antara kedua-dua negara. Masalah tindakan undang-undang terhadap pendatang haram dari Indonesia dan kes penganiayaan pembantu rumah warga Indonesia oleh majikan Malaysia hampir-hampir memusnahkan hubungan baik yang telah lama terjalin .Isu perebutan

Page 7: Skema Set 1 K3 Pra  SPM

10 markah : 18 minitskema set 1 k3 Pra SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai

wilayah yang masih belum selesai misalnya Pulau Terumbu Peninjau dan Pulau Terumbu Siput dengan Filipina turut menjadi faktor pengancam kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

Isu terbesar yang menjadi cabaran pengekalan hubungan baik dengan negara-negara luar adalah kehilangan pesawat MH370 sejurus berlepas ke Beijing telah mengeruhkan hubungan dengan beberapa negara luar.Ketidak puasan hati masyarakat antarabangsa atas tuduhan ketelusan Malaysia dalam merungkai rahsia kehilangan pesawat tersebut telah mengurangkan keakraban Malaysia dengan negara terbabit.Sebagai contoh, China yang merupakan penumpang paling ramai dalam pesawat tersebut sering mempersoalkan tindakan Malaysia dalam menangani isu tersebut.Hal yang demikian turut menjejaskan kemasukan pelancong China ke Malaysia iaitu sebagai protes mereka terhadap kerajaan Malaysia.Secara tidak langsung, Malaysia akan kehilangan peluang pelaburan dari negara-berkenaan serta mengurangkan keupayaan daya saing ekonomi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.

Langkah mengatasi

Antara langkah mengatasinya adalah Malaysia perlu sentiasa mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar dengan mengamalkan prinsip rundingan, keterbukaan dan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.Prinsip rundingan dan dasar keterbukaan yang diamalkan bermula pada masa Pakatan Murni sehingga kini telah telah banyak mewujudkan keamanan serta kesejahteraan negara kita.Rundingan positif misalnya isu perebutan wilayah sehingga ke mahkamah antarabangsa telah mengekalkan hubungan baik antara negara tanpa melibatkan krisis persenjataan. Malaysia tetap mengutamakan semangat setiakawan dalam sebarang tragedi yang menimpa negara sahabat misalnya menyumbang bantuan kemanusiaan dalam peristiwa Tsunami di Acheh.

Langkah seterusnya adalah Malaysia menambah baik kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik antara negara.Kerjasama perdagangan Malaysia dengan China yang tidak terhenti telah mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara disebalik beberapa krisis yang agak besar.Dari sudut sejarah,keberanian Tun Abdul Razak menjalin hubungan diplomatik ketika negara itu dipinggirkan dunia kerana ideologi komunisnya. Tindakan Tun Abdul Razak ternyata membuka lembaran baru dalam hubungan diplomatik China dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara. Selepas Malaysia, anggota lain Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) turut mengambil langkah serupa.Ini membuktukan dasar keterbukaan Malaysia dengan semua negara.

Kerjasama pasukan keselamatan contohnya rondaan bersama antara pasukan maritim Malaysia dengan Indonesia telah banyak mengurangkan kebanjiran pendatang tanpa izin ke negara ini.Begitu juga bantuan ketenteraan Filipina dalam peristiwa pengganas Sulu di Lahad Datu beberapa tahun yang lalu turut mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara.Jelaslah, kerjasama dan penyelesaian krisis antara negara melalui rundingan telah dapat mengekalkan keamanan global tanpa perselisihan faham semua negara .

Page 8: Skema Set 1 K3 Pra  SPM

10 markah : 18 minitskema set 1 k3 Pra SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai

Nilai-nilai murni yang diperoleh dari tajuk yang dikaji

Nilai-nilai murni yang diperoleh dari tajuk yang dikaji antaranya ialah perpaduan dalam kalangan negara anggota wajar diamalkan.Malaysia perlu menghormati kedaulatan negara lain serta mengekalkan kerjasama antara negara dalam pelbagai bidang.

Pemimpin pula perlu mengamalkan pemikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah .Kita juga wajar mengekalkan keamanan dan menjalankan pentadbiran sistematik .Malaysia juga perlu mengelakkan peperangan dengan menjaga hubungan yang baik dengan semua negara

Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan:(a)Pengetahuan yang diperoleh.(b)Iktibar / Unsur Patriotisme berdasarkan tajuk(c)Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang

Page 9: Skema Set 1 K3 Pra  SPM

10 markah : 18 minitskema set 1 k3 Pra SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai