SKG 3013 - Formula Kimia

14
TRK 3013 Oleh Dr. Salmiza Saleh [email protected] PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN,USM

description

kimia

Transcript of SKG 3013 - Formula Kimia

Page 1: SKG 3013 - Formula Kimia

TRK 3013Oleh

Dr. Salmiza [email protected]

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN,USM

Page 2: SKG 3013 - Formula Kimia

Formula KimiaFormula EmperikFormula MolekulFormula Sebatian Ionik

Page 3: SKG 3013 - Formula Kimia

Formula kimia ialah satu set simbol kimia bagi atom-atom unsur bersama-sama nombor-nombor bulat untuk mewakili sesuatu bahan kimia.Misalnya, formula kimia bagi air ialah H20. Formula ini menunjukkan dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen.

Page 4: SKG 3013 - Formula Kimia

Formula kimia dapat memberitahu kita tentang - jenis unsur yang terkandung dalam bahan itu,nisbah bilangan atom unsur-unsur yang bergabung untuk membentuk sebatian,jisim molekul relatif/jisim formula relatif bahan itu melalui penghitungan. Misalnya, formula kimia propana ialah C3H8

Formula kimia dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu formula empink dan formula molekul.

Page 5: SKG 3013 - Formula Kimia

Formula emperikFormula emperik sesuatu sebatian ialah:sesuatu sebatian ialah: Formula kimia yang menunjukkan nisbah paling Formula kimia yang menunjukkan nisbah paling

ringkas bilangan atom tiap-tiap unsur yang ringkas bilangan atom tiap-tiap unsur yang terdapat dalam sebatian itu.terdapat dalam sebatian itu.

Misalan:Katakan 4 atom kalium bergabung dengan 2 atom

oksigen untuk membentuk suatu sebatian.Maka nisbah ringkas bilangan atom K : O = 4:2 =

2:1Jadi, formula empirik sebatian itu ialah K20.

Katalah, 2 mol atom kromium berpadu dengan 3 mol atom oksigen untuk mem bentuk sebatian.

Nisbah ringkas bilangan mol atom bagi Cr : O = 2 : 3

Maka, formula empirik sebatian itu ialah : ………….

Page 6: SKG 3013 - Formula Kimia

Formula molekul sesuatu unsur atau sebatian ialah formula kimia yang menun jukkan bilangan atom sebenar setiap unsur yang terdapat dalam satu molekul unsur atau sebatian itu.

Formula empirik dan formula molekul bagi sesuatu bahan kimia mungkin berbeza atau sama bergantung kepada jenis bahan itu.

Molekul Formula empirik

Formula molekul n

Air H2O H2O 1 Benzena CH C6H6 6

Page 7: SKG 3013 - Formula Kimia

Formula molekul suatu sebatian ialah satu gandaan nombor bulat bagi formula empiriknya.

Misalan: Formula molekul benzena ialah C6H6, manakala formula empirik benzena ialah CH.Ini bermakna formula molekul benzena = (CH)n, n = 6.

Formula molekul etena ialah C2H4, manakala formula empirik etena ialah CH2.Ini bermakna formula molekul etena = (CH2) n’ di mana n = 2

Page 8: SKG 3013 - Formula Kimia

Formula molekul sesuatu bahan dapat di-tentukan jika dua perkara berikut diketahui: Formula empirik bahan itu danJisim molekul relatif bahan itu

Contoh Satu sebatian mempunyai formula empirik C4Hg dan jisim molekul relatif 114. Apakah formula molekul sebatian ini? [Jisim atom relatif: H=l; C=12]JawapanBiar formula molekul = (C4H9) n , n = nombor bulatJisim molekul relatif yang dihitung dari formula (C4H9)n = [(12 x 4) + (1 x 9)]n " = 57nDiberi jisim molekul relatif =114 Maka 57n = 114n = 2Jadi, formula molekul bagi sebatian itu = (C4H9)2 = C8H18

Page 9: SKG 3013 - Formula Kimia

Maklumat dari formula empirik

Berdasarkan formula empirik suatu seba tian, kita dapat mengetahui- nisbah bilangan atom unsur-unsur yang bergabung atau- nisbah bilangan mol atom unsur-unsur yang bergabung.

Misalnya, formula kimia bagi metana ialah CH4. Formula ini menunjukkan bahawa 1 atom karbon bergabung denagn 4 atom hidrogen untuk membentuk 1 molekul metana.atau1 mol atom karbon bergabung dengan 4 mol atom hidrogen untuk mem bentuk 1 mol metana.

Page 10: SKG 3013 - Formula Kimia

PPIK (sambungan)Loughran at al (2006) – PPIK ialah gabungan Loughran at al (2006) – PPIK ialah gabungan

pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi dan berinteraksi antara satu sama lain.pedagogi dan berinteraksi antara satu sama lain.

Grosman (1990) :Grosman (1990) :

a. Pengetahuan untuk pengajar topika. Pengetahuan untuk pengajar topik

b. Pengetahuan tentang murid & b. Pengetahuan tentang murid & miskonsepsi miskonsepsi

c. Pengetahuan tentang bahan kurikulum c. Pengetahuan tentang bahan kurikulum sedia adasedia ada

d. Pengetahuan strategi pembelajaran yang d. Pengetahuan strategi pembelajaran yang berkesan berkesan

Page 11: SKG 3013 - Formula Kimia

Hitungkan bilangan mol atom hidrogen dan karbon yang terdapat dalam 64 g metana. [Jisim atom relatif: H=l; C=12] JawapanJisim molekul relatif metana, CH4 = 12 + (1 x 4) = 16Bilangan mol metana, CH4, yang berjisim 64 g - 64 16 = 4 mol1 mol metana, CH4, mengandungi 1 mol atom karbon bergabung dengan 4 mol hidrogen..•. 4 mol metana mesti mengandungi (1x4) = 4 mol atom karbon dan (4x4) = 16 mol atom hidrogen..•. Bilangan mol atom karbon Bilangan mol atom hidrogen = 16

Page 12: SKG 3013 - Formula Kimia

Penghitungan formula empirik

Untuk menentukan formula empirik suatu sebatian, suatu eksperimen biasanya di-jalankan untuk mencari jisim setiap unsur yang telah berpadu untuk menghasilkan sebatian itu.

Penghitungan formula empirik suatu sebatian dapat dilakukan dengan mengikut langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Mula-mula, tentukan jisim atau peratus komposisi mengikut jisim setiap unsuryang berpadu.Langkah 2 . Kemudian tukarkan unit jisim dalam gram kepada mol atom.Langkah 3 : Seterusnya, hitungkan nisbah yang paling ringkas bagi bi-langan mol atom setiap unsur yang telah bergabung.Langkah 4 : Berdasarkan hasil Langkah 3, formula empirik sebatian itu ditulis.

Page 13: SKG 3013 - Formula Kimia

Dalam suatu eksperimen, 3.12 g logam X telah bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk 4.56 g oksida logam X. Apakah formulaempirik oksida logam X? [Jisim atom relatif: 0=16; X=52l

Jawapan2 mol atom logam X bergabung dengan 3 mol atom oksigen.Maka, formula empirik = X203.

Unsur yang berpadu

L:ogam X Logam Y

Jisim dalam gram 3.12g (4.56 – 3.12) = 1.44g

Bil mol atom 3.12/52 = 0.06 1.44/16 = 0.09

Nisbah ringkas bil mol atom

0.06/0.06 = 1 0.09/0.06 = 1.5

Nisbah no bulat yang paling ringkas

1x2 = 2 1.5 x 2 = 3

Page 14: SKG 3013 - Formula Kimia

Kaedah menulis formula kimia untuk sebatian ionik

Sebatian ionik terdiri daripada ion-ion positif dan negatif yang terikat di dalam struktur kekisi

Formula bagi ion-ion positif dan negatif harus diketahui dahulu sebelum formula kimia sebatian ionik dapat dituliskan.