Skim Lencana Anti Dadah

34
* SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLAD)

Transcript of Skim Lencana Anti Dadah

Page 1: Skim Lencana Anti Dadah

*SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLAD)

Page 2: Skim Lencana Anti Dadah

* SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLAD)

*Pengertian SLAD

*Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) adalah satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli unit beruniform sekolah menengah dalam aktiviti pendidikan pencegahan dadah di sekolah dan masyarakat luar.

Page 3: Skim Lencana Anti Dadah

* SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLAD)

*Bagaimana SLAD dilaksanakan?*Aktiviti SLAD adalah sebahagian daripada aktiviti pendidikan pencegahan dadah untuk ahli beruniform. Di samping menjalankan aktiviti unit beruniform yang telah ditetapkan, pemimpin/penasihat unit berkenaan hendaklah memasukkan aktiviti pendidikan pencegahan dadah dalam aktiviti unit tersebut. Ahli-ahli yang menyertai SLAD secara berterusan akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah selepas diadakan penilaian

Page 4: Skim Lencana Anti Dadah

* SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLAD)

*Berapa lama menyertai SLAD sebelum dianugerahkan lencana?

*Ahli-ahli unit beruniform yang menyertai SLAD dikehendaki menyertai secara berterusan dalam tempoh minimum satu tahun dan maksimum dua tahun barulah dianugerahkan lencana.

Page 5: Skim Lencana Anti Dadah

* SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLAD)

*Apakah faedah menyertai SLAD?

*Dengan menyertai SLAD, anda telah memberikan sumbangan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di sekolah anda. Sekurang-kurangnya anda tahu akan bahaya dadah, cara anda dan rakan-rakan anda boleh menjauhkan diri daripada penyalahgunaan dadah.

Page 6: Skim Lencana Anti Dadah

* SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLAD)

OBJEKTIF SKIM LENCANA ANTI DADAH

Pada akhir skim ini, murid-murid akan dapat:

*3.1 Pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan mesej anti dadah

*3.2 Menanamkan peranan sebagai orang berpengaruh (influencers) dalam menyampaikan mesej anti dadah di kalangan rakan sebaya, ahli keluarga dan masyarakat.

Page 7: Skim Lencana Anti Dadah

* SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLAD)

*3.3 Menghayati aktiviti pencegahan dadah melalui amali penyampaian mesej

*3.4 Menolong rakan-rakan sebaya yang mempunyai ‘risiko tinggi’ supaya berhubung dengan guru bimbingan dan menjadi kaunselor rakan sebaya.

Page 8: Skim Lencana Anti Dadah

* SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLAD)

*3.5 Berkhidmat secara sukarela dalam aktiviti anti dadah apabila tamat persekolahan

*3.6 Berfungsi sebagai ‘mata dan telinga masyarakat’.

Page 9: Skim Lencana Anti Dadah

* SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLAD)

KURIKULUM SLAD *Perubahan, masalah remaja, dan penyelesaian*Hubungan remaja dengan kemahiran berkomunikasi*Tekanan hidup, kesan dan cara mengatasinya*Khidmat bantu di sekolah dan institusi lain*Sebab dan kesan merokok*Jenis, sebab dan akibat penggunaan dadah*Bahan dan kesan inhalan*Kesan dan akibat alkohol serta sikap masyarakat

terhadapnya*Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Pindaan 39 (B) –

gantung sampai mati

Page 10: Skim Lencana Anti Dadah

* SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLAD)

Bahagian 2 (Amali)

*Aktiviti wajib (ada 4)

*Buku skrap – mengumpul maklumat berkenaan dadah

*Lawatan anti dadah dan kerjaya

*Menyertai aktiviti anti dadah yang dijalankan oleh agensi lain

*Perbualan dengan 10 orang (rakan sebaya, guru dan lain-lain)

Page 11: Skim Lencana Anti Dadah

* SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLAD)

Aktiviti Pilihan ( sekurang-kurangnya 4)*Pertandingan melukis poster*Pertandingan esei*Pertandingan sajak*Pertandingan kuiz*Pertandingan nasyid*Pertandingan drama sebabak*Pertandingan dikir barat*Pertandingan e-PPDa

Page 12: Skim Lencana Anti Dadah

* BUKU LOG SKIM LENCANA ANTI DADAH

*Buku log ini merupakan “BUKU KERJA” bagi setiap peserta Skim Lencana Anti Dadah (SLAD). Buku ini merupakan rekod atau rakaman aktiviti yang berkaitan dengan anti dadah yang dijalankan oleh peserta untuk tempoh maksimum dua tahun sebagaimana yang dinyatakan dalam kurikulum program tersebut.

Page 13: Skim Lencana Anti Dadah

* BUKU LOG SKIM LENCANA ANTI DADAH

*Bagi menyempurnakan keperluan kurikukum, peserta-peserta diwajibkan mengikuti atau melakukan aktiviti yang merupakan kerja-kerja amali. Kerja amali yang direkodkan di dalam buku log menjadi satu sumber untuk dibuat penilaian penglibatan peserta aktiviti SLAD. Berdasarkan buku log ini juga peserta akan diberikan pengiktirafan dengan dianugerahkan Lencana SLAD sebagai tanda peserta telah berjaya memahami, menghayati dan menyebarkan mesej anti dadah di peringkat sekolah dan masyarakat umum.

Page 14: Skim Lencana Anti Dadah

* BUKU LOG SKIM LENCANA ANTI DADAH

Kandungan Buku Log

*Buku log mengandungi perkara-perkara berikut:

*1. Butir-butir peribadi

*2. Rancangan Aktiviti Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)

Page 15: Skim Lencana Anti Dadah

* BUKU LOG SKIM LENCANA ANTI DADAH

*3. Rekod-rekod aktiviti yang dijayakan oleh peserta:

a. Menghadiri ceramah berkaitan dengan anti dadah yang dikendalikan oleh sekolah dan lain-lain agensi yang berkaitan

b. Membuat lawatan-lawatan ke pusat serenti

c. Melibatkan diri dalam aktiviti seranta anti dadah seperti menampal poster di papan kenyataan sekolah

Page 16: Skim Lencana Anti Dadah

* BUKU LOG SKIM LENCANA ANTI DADAH

d.Menghasilkan buku skrap/ penjilidan koleksi keratan/suntingan dari bahan- bahan media cetak yang mengandungi berita-berita anti dadah

e.Penyertaan dalam pertandingan/peraduan melukis, mengarang esei, kuiz, bahas dan syarahan yang berkaitan dengan aktiviti anti dadah

f. Penyampaian mesej anti dadah kepada 10 orang ahli keluarga / jiran tetangga

Page 17: Skim Lencana Anti Dadah

* BUKU LOG SKIM LENCANA ANTI DADAH

4. Gambar-gambar yang menunjukkan penglibatan peserta mengikut penggal persekolahan dalam aktiviti SLAD

5. Rekod penilaian guru penasihat/pasukan terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti SLAD

Page 18: Skim Lencana Anti Dadah

* BUKU LOG SKIM LENCANA ANTI DADAH

6. Catatan senarai penjilidan koleksi keratan/ suntingan bahan-bahan cetak seperti surat khabar, dan majalah yang ada mesej pencegahan dadah

7. Rekod sahabat-sahabat peserta

8. Peta menunjukkan laporan kes-kes penagihan / pengedaran dadah seluruh negara

Page 19: Skim Lencana Anti Dadah

* BUKU LOG SKIM LENCANA ANTI DADAH

9. Rekod kajian kes penagihan /pengedaran dadah seluruh dunia

10. Resolusi peserta di dalam aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) bagi masa hadapan

Page 20: Skim Lencana Anti Dadah

* Bagaimana Menggunakan Buku Log?

Peserta akan dibekalkan dengan buku-buku log secara percuma dan perlu mengisikan segala maklumat sebenar dengan lengkap. Buku log ini akan diperiksa oleh guru penasihat. Buku log tersebut akan diserahkan kembali kepada peserta untuk simpanan

Page 21: Skim Lencana Anti Dadah

* Bagaimana Menggunakan Buku Log?

* Muka hadapan* Tuliskan nama penuh murid mengikut kad

pengenalan dengan menggunakan huruf besar

* Catatkan nama penuh unit beruniform yang dianggotai oleh peserta dengan jelas. Contoh: Pasukan Pengakap Coy 5, Kajang, Selangor.

* Nama dan alamat sekolah hendaklah ditulis dengan lengkap beserta poskod

* Tuliskan tahun peserta mula menyertai SLAD.

Page 22: Skim Lencana Anti Dadah

* Bagaimana Menggunakan Buku Log?

* Borang Maklumat Diri

* Gambar warna terbaru berukuran pasport lengkap dengan pakaian seragam hendaklah ditampalkan pada ruang yang disediakan

* Tuliskan tingkatan semasa ketika murid mula menyertai program SLAD

* Tuliskan alamat tempat tinggal semasa yang lengkap dengan poskod

Page 23: Skim Lencana Anti Dadah

* Bagaimana Menggunakan Buku Log?

* Catatkan nombor telefon untuk memudahkan perhubungan

* Tarikh menyertai SLAD bermaksud tarikh sebenar peserta mengikuti program ini, contoh 22 Mac 2009.

* Pasukan bermaksud nama penuh Unit Beruniform yang dianggotai oleh peserta:

* Contoh: Pasukan St. John Ambulans Kota 3

Page 24: Skim Lencana Anti Dadah

* Bagaimana Menggunakan Buku Log?

* Tuliskan nombor keahlian dalam pasukan uniform yang disertai (jika ada)

* Jawatan yang disandang pada masa menyertai skim

* Borang maklumat diri hendaklah diperakui oleh guru penasihat pasukan dan ditandatangani oleh pengetua sekolah dengan memperturunkan cop rasmi jawatan

Page 25: Skim Lencana Anti Dadah

* Bagaimana Menggunakan Buku Log?

Rancangan Aktiviti SLAD Tahunan

TARIKH AKTIVITI SLAD TINDAKAN CATATAN

Januari 2010

-mengumpulkan suntingan berita anti dadah - mendapatkan gambar penglibatan dalam ceramah

- telah dibuat

- tidak dapat dilaksanakan

Page 26: Skim Lencana Anti Dadah

* Bagaimana Menggunakan Buku Log?

Rekod Ceramah

* Dalam rekod ceramah perlu dicatatkan tarikh sebenar, tajuk, dan nama penuh penceramah serta jawatannya. Ringkasan ceramah hendaklah menekankan kepada fakta-fakta ataupun mesej-mesej penting sahaja. Peserta diwajib mendapatkan tandatangan daripada guru penasihat bagi tujuan pengesahan penyertaan

Page 27: Skim Lencana Anti Dadah

* Bagaimana Menggunakan Buku Log?

Rekod Lawatan* Lawatan-lawatan yang dicatatkan dalam

ruangan ini adalah lawatan peserta ke Pusat Serenti ataupun ke isntitusi / agensi laun yang berkaitan secara langsung dengan program pendidikan pencegahan dadah. Di dalam ruang ‘Catatan Lawatan’ hendaklah dinyatakan tujuan lawatan dan pengetahuan yang telah diperolehi hasil daripada lawatan tersebut. Tandatangan pengesahan guru penasihat adalah diwajibkan.

Page 28: Skim Lencana Anti Dadah

* Bagaimana Menggunakan Buku Log?

Rekod Penglibatan Aktiviti Seranta Anti Dadah

* Peserta dikehendaki menyenaraikan setiap penglibatan aktiviti seranta sepanjang peserta menyertai program SLAD. Pada ruang ‘TEMPAT’, peserta hendaklah menyatakan kedudukan poster dipamerkan atau ditampal.

Page 29: Skim Lencana Anti Dadah

* Bagaimana Menggunakan Buku Log?

Rekod Penyertaan Di Dalam Pertandingan Anti Dadah

TARIKH JENIS PERTANDINGAN /

TAJUK

ANJURAN CATATAN

12 Mac 2009

Melukis Poster Hidup Bahagi Tanp Dadah

Jabatan Pelajaran Melaka

Tempat Kedua Peringkat

Negeri 16 April

2009 Dikir Barat

Masyarakat Madani Tanpa Dadah

Kementerian Pelajaran Malaysia

Hadiah Saguhati

Page 30: Skim Lencana Anti Dadah

* Bagaimana Menggunakan Buku Log?

Rekod Penyampaian Maklumat Anti Dadah Oleh Peserta Kepada Orang Awam

* Penyampaian maklumat yang direkodkan oleh peserta pada ceraian ini adalah aktiviti penerangan yang disampaikan oleh peserta sama ada dalam kegiatan berkelopok mahupun secara persendirian. Kegiatan ini boleh dijayakan oleh peserta pada masa yang berlainan tetapi mestilah di dalam lingkungan tempoh peserta menjalani program skim ini. Senarai nama 10 orang yang telah menerima maklumat perlu dicatatkan. Aktiviti ini wajib disahkan oleh guru penasihat.

Page 31: Skim Lencana Anti Dadah

* Bagaimana Menggunakan Buku Log?

Gambar Saya Semasa Menjalankan Aktiviti *Contoh:*Aktiviti : Kegiatan menyediakan buku skrap di kantin Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Melaka pada 31 Ogos 2009.*Maklumat Ringkas Tentang Aktiviti: Aktiviti di atas saya ikuti semasa kegiatan Pandu Puteri di SMK Tun Tijah Melaka. Saya dapat mengumpulkan 20 halaman koleksi bahan cetak tentang anti dadah pada hari tersebut.

Page 32: Skim Lencana Anti Dadah

* Bagaimana Menggunakan Buku Log?

Rekod Penilaian Guru

* Rekod penilaian hendaklah dibuat oleh guru penasihat mengikut penggal dan tahun persekolahan. Ulasan guru hendaklah ringkas dan tepat dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti ‘menggalakkan’, ‘lemah’, ‘merosot’, ‘baik’, ‘cemerlang’ dan sebagainya.

Page 33: Skim Lencana Anti Dadah

* SKIM LENCANA ANTI DADAH

* Pemberian markah hendaklah berdasarkan kepada pengagihan berikut:

* Ujian teori – secara objektif - 20% (markah)

* Ujian teori – mengarang - 20% (markah)

* Ujian amali - 10% (markah)*Menghadiri Ceramah - 10% (markah)*Membuat lawatan - 10% (markah) * Aktiviti Seranta - 10% (markah) 60%

(markah)* Penyertaan Pertandingan - 10% (markah)*Menghasilkan buku skrap - 10% (markah)*Menyampaikan penerangan - 10% (markah)

Page 34: Skim Lencana Anti Dadah

* SKIM LENCANA ANTI DADAH

SYARAT-SYARAT PEMBERIAN SIJIL DAN LENCANA

*Penganugerahan sijil dan lencana SLAD - 90% ke atas

*Penganugerahan sijil sahaja- 75% - 89%

*Bawah 75% - Ahli SLAD gagal dianugerahkan sijil dan lencana dan dikehendaki melengkapkan aktiviti yang tertinggal pada tahun berikutnya.