Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan

download Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan

of 7

Transcript of Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan

  • 7/30/2019 Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan

    1/7

    Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)

    Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) adalah suatu piawai kebangsaan yang

    diwujudkan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) bagi pengiktirafan kelayakan

    kejurulatihan. Program ini dapat menyediakan pendidikan bersistematik pada Tahap I, II dan IIIbagi keperluan jurulatih dengan membekalkan kursus-kursus secara progresif dengan tujuan

    meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para jurulatih sukan.

    Untuk mendapatkan SPKK, seseorang jurulatih perlu mempunyai kelayakan persijilan di dalam;

    1. KURSUS SAINS SUKAN

    Pengajaran tentang prinsip-prinsip asas kejurulatihan dan sains sukan yang dikendalikan oleh

    Majlis Sukan Negara (MSN). Tajuk utama di dalam silibus SPPK untuk Sains Sukan;

    Peranan Sains Sukan

    Perancangan Periodisasi Latihan

    Peranan Jurulatih

    Komunikasi Berkesan

    Perkembangan Kemahiran

    Analisis Kemahiran

    Keselamatan & Kecederaan Sukan

    Perkembangan & Tumbesaran

    Fisiologi Senam

    Persediaan Fizikal

    Psikologi Kejurulatihan

    Pemakanan dalam Sukan

    Biomekanik dan lain-lain

    2. KURSUS KEJURULATIHAN SUKAN SPESIFIK

    Ceramah dan pengajaran amali tentang kemahiran sukan spesifik, teknik dan strategi

    kejurulatihan yang dikendalikan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK). Tajuk utama di

    dalam silibus SPKK untuk Sukan Spesifik;

    Sejarah Organisasi Sukan

    Peraturan/Undang-undang Permainan

    Peralatan

    Falsafah Kejurulatihan

    Kod Etika Kejurulatihan

    Metodologi Pengajaran

    Perancangan Latihan Mengajar

  • 7/30/2019 Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan

    2/7

    Teknik/Kemahiran Sukan

    Taktik dan Strategi

    Kecergasan Sukan Spesifik

    Sains Sukan Gunaan

    PENGENALAN

    Pada 14hb Januari 1985, Majlis Sukan Negara Malaysia telah menganjurkan satu Simposium

    Kejurulatihan Kebangsaan dan hasil daripada simposium ini para peserta telah mengesyurkan

    agar sistem kejurulatihan dipersusun serta dimajukan. Disamping itu pihak kerajaan diminta

    menubuhkan sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yang akan bekerjasama dengan

    Badan-badan Sukan Kebangsaan.

    Ekoran dari simposium tersebut, sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah

    ditubuhkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia. Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga

    Kejurulatihan Kebangsaan adalah seperti berikut:

    Mewujudkan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan

    Menyusun dan menggubal Kurikulum Kejurulaihan

    Bertindak sebagai penyelaras dalam semua kegiatan kejurulatihan diantara Persatuan-

    persatuan Sukan Kebangsaan yang mengawal sukan; dan

    Melaksanakan apa-apa tugas dari semasa ke semasa berhubung dengan kejurulatihan yang

    diarah oleh Y.B. Menteri Belia dan Sukan.

    Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yang ditubuhkan telah mewujudkan satu Jawatankuasa

    Perkembangan Kurikulum bagi menggubal kurikulum Sains Sukan dan bidang-bidang

    pengkhususan sukan (Sports Specific) serta Praktikum di bawah Skim Persijilan KejurulatihanKebangsaan. Kurikulum tersebut telah siap sepenuhnya dan menjadi matlamat Majlis Sukan

    Negara Malaysia melaksanakan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan ke seluruh negara.

    KONSEP

    Skim Persijilan Kebangsaan ialah satu program pembangunan dan pendidikan kejurulatihan

    yang seragam dan berterusan yang mengandungi tiga komponen iaitu:

    Sains Sukan

    Prinsip-prinsip am kejurulatihan dan Human Performance

    Pengkhususan Sukan

    Kemahiran, Teknik dan strategi khusus kepada sukan-sukan tertentu.

    Praktikum

    Practice of Coaching.

  • 7/30/2019 Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan

    3/7

    OBJEKTIF SKIM

    Objektif Skim ini ialah untuk:

    melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang-bidang sains sukan,

    pengkhususan sukan dan praktikal dengan tujuan dapat memajukan lagi prestasi dan

    pencapaian atlet kebangsaan.

    mewujudkan satu program yang sistemaik untuk menambah bilangan jurulatih dan

    menyediakan peluang-peluang kepada jurulatih meningkatkan pengetahuan dalam bidang

    kejurulatihan.

    mewujudkan sati sistem dan pendekatan yang profesional serta saintifik dalam bidang

    kejurulatihan ke arah memajukan sukan negara.

    menyelaras dan melaksanakan semua program dan aktiviti persijilan kejurulatihan di semua

    peringkat.

    STRUKTUR SKIM

    Struktur Skim Persijilan adalah seperti berikut:

    TAHAP KANDUNGAN PELAKSANA

    I Sains Sukan Majlis Sukan

    Negara

    II

    Pengkhususan

    Sukan

    Persatuan Sukan

    Kebangsaan

    IIIPraktikum

    Persatuan Sukan

    Kebangsaan

    PERLAKSANAAN SKIM

    2. PERLAKSANAAN SKIM

    2.1 Skim ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan melalui dua bahagian iaitu

    :-

    a) Komponen Sains Sukan Dilaksanakan oleh Majlis Sukan

    Negara di mana peserta akan terdiri

    daripada pelbagai jenis sukan.

  • 7/30/2019 Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan

    4/7

    b) Pengkhususan Sukan dan

    Praktikum

    Dilaksanakan oleh Persatuan Sukan

    Kebangsaan dengan kerjasama Majlis

    Sukan Negara dan peserta daripada

    sukan yang berkenaan sahaja.

    2.2 Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah menetapkan bahawa kriteriakelayakan seseorang jurulatih untuk

    memperolehi sijil penuh di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan

    adalah seperti berikut:-

    TAHAP SAINS

    SUKAN

    PENGKHUSUSAN PRAKTIKUM SIJIL

    SPKK

    I Lulus Lulus Lulus Tahap I

    II Lulus Lulus Lulus Tahap II

    III Lulus Lulus Lulus Tahap III

    2.3 Adalah menjadi matlamat jangka panang Majlis Sukan Negara Malaysia bahawa

    Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan ini akan menjadi sistem pendidikan jurulatih

    kebangsaan dalam melatih serta meningkatkan pengetahuan jurulatih tempatan ke arah

    mengeluarkan jurulatih yang bertauliah dan menyeluruh demi mempertingkatkan prestasi sukan

    negara

    3. PERSAMAAN TARAF

    3.1 Individu yang layak boleh memohon kepada Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan(LKK) bagi mendapat pertimbangan pengecualian menghadiri kursus-kursus Sains Sukan

    Tahap I hingga III. Ini merupakan persamaan taraf berdasarkan kelayakan dan status

    pengetahuan yang dimilikki.

    3.2 Jurulatih Kebangsaan juga boleh diberikan persamaan taraf berdasarkan kelayakan

    dan status kejurulatihannya jika mereka memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan.

    TAHAP I

    Jurulatih Kebangsaan Bukan Jurulatih Kebangsaan

    a. Aktif dan diiktiraf oleh

    Persatuan Sukan Kebangsaan

    sebagai Jurulatih sukan prestasi

    tinggi (Peringkat

    Antarabangsa) DAN

    b. Mengikuti TIGA (3) kursus

    Memilikki Ijazah dalam bidang

    sukan /sains sukan atau

    Pendidikan Jasmani dari mana-

    mana universiti yang diiktiraf oleh

    Kerajaan Malaysia

  • 7/30/2019 Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan

    5/7

    kejurulatihan sukan di

    peringkat antarabangsa seperti

    IOC, IAAP dan sebagainya dan

    telah berjaya mendapat sijil

    kejurulatihan dari badan tersebut.

    c. Jika tidak memenuhi syarat

    (b) di atas hendaklah

    menduduki peperiksaan Kursus

    Sains Sukan sekali tanpa

    menghadiri kursus dan lulus.

    TAHAP II

    Jurulatih Kebangsaan Bukan Jurulatih Kebangsaan

    a. Tidak ada pengecualian tetapi

    dapat dipertimbangkan setelah

    memenuhi keperluan berikut:-

    b. LULUS Sains Sukan Tahap I

    c. Menduduki peperiksaan

    Kursus Sains Sukan Tahap II

    sekali tanpa menghadiri kursus dan

    LULUS

    Memilikki Ijazah Sarjana (Masters)

    dalam bidang Pendidikan Jasmani

    atau sukan dari mana-mana

    Universiti yang diiktiraf oleh

    Kerajaan Malaysia.

    TAHAP III

    Jurulatih Kebangsaan Bukan Jurulatih Kebangsaan

    a. Jurulatih Kebangsaan prestasi

    tinggi yang masih aktif dan telah

    memilikki Sijil Sains Sukan Tahap

    II akan dipertimbangkan setelah

    mengambil peperiksaan Tahap III

    tanpa menghadiri kursus. Calon

    dibenarkan mengambil

    peperiksaan sekali sahaja dan jika

    berjaya persamaan taraf diberi.

    Jika gagal hendaklah menduduki

    keseluruhan kursus.

    Akan dipertimbangkan bagi

    pemegang Ijazah Phd dalam

    bidang sukan dari mana-mana

    Universiti yang diiktiraf oleh

    Kerajaan Malaysia dan setelah

    mengambil Peperiksaan Tahap III

    tanpa menghadiri kursus pada

    peringkat tersebut. Calon

    dibenarkan mengambil

    peperiksaan sekali sahaja. Jika

    berjaya, persamaan taraf diberi. .

  • 7/30/2019 Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan

    6/7

    ATAU

    Menghadiri kursus dan diakhir

    kursus, penilaian yang sesuai dan

    flexible akan dibuat untuk

    mengesahkan kelayakan mereka

    tanpa menduduki peperiksaankursus.

    7. PERMOHONAN

    7.1 Semua permohonan untuk mengikuti kursus-kursus di bawah Skim Persijilan

    Kejurulatihan Kebangsaan hendaklah dibuat kepada pihak-pihak berikut: -

    a) Kursus Sains Sukan

    Ketua Pengarah

    Majlis Sukan Negara Malaysia

    Kompleks Sukan Negara,

    Bukit Jalil

    57000 Kuala Lumpur

    Tel: 03-89929600

    Fax: 03-89966203

    b) Kursus Pengkhususan Sukan

    Presiden

    Persatuan Sukan Kebangsaan berkenaan

  • 7/30/2019 Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan

    7/7

    PERMOHONAN

    Semua permohonan untuk mengikuti Kursus Sains Sukan hendaklah dibuat kepada Majlis

    Sukan Negara Malaysia atau Majlis Sukan Negeri yang menjadi tuan rumah untuk kursus-

    kursus yang dirancang setiap tahun.

    Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya SATU BULAN sebelum bermulanya

    kursus. Keputusan sama ada berjaya atau tidak akan diputuskan oleh negeri yang menjadi tuan

    rumah.

    Permohonan untuk mengikuti kursus-kursus untuk Pengkhususan Sukan pula adalah di bawah

    kelolaan Persatuan Sukan Kebangsaan.