Skop Dan Bidang Tugas Biro Keselamatan Dan Infrastruktur Sekolah

4
SKOP DAN BIDANG TUGAS BIRO KESELAMATAN DAN INFRASTUKTUR SEKOLAH HAL EHWAL MURID SRA RANTAU PANJANG 2015 PENDAHULUAN Perubahan dalam iklim pendidikan mutakhir ini tetah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang dapat mempertingkatkan keselamatan murid dan warga sekolah. Bagi merealisasikan suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah, Pihak pentadbiran sekolah telah mewujudkan biro khusus bagi menangani isu-isu keselamatan warga sekolah. Ini di harapkan dari kesan persekitaran sekolah yang selamat ini akan mewujudkan warga sekolah yang bahagia, sihat mental dan emosi, serta mampu memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan juga aktiviti kokurikulum. Alam persekolahan yang selamat dan menyeronokkan akan meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri murid bagi membantu pencapaian akademik dan pembangunan

description

hhjjj

Transcript of Skop Dan Bidang Tugas Biro Keselamatan Dan Infrastruktur Sekolah

SKOP DAN BIDANG TUGASBIRO KESELAMATANDAN INFRASTUKTURSEKOLAH

HAL EHWAL MURIDSRA RANTAU PANJANG2015

PENDAHULUAN Perubahan dalam iklim pendidikan mutakhir ini tetah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang dapat mempertingkatkan keselamatan murid dan warga sekolah. Bagi merealisasikan suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah, Pihak pentadbiran sekolah telah mewujudkan biro khusus bagi menangani isu-isu keselamatan warga sekolah. Ini di harapkan dari kesan persekitaran sekolah yang selamat ini akan mewujudkan warga sekolah yang bahagia, sihat mental dan emosi, serta mampu memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan juga aktiviti kokurikulum. Alam persekolahan yang selamat dan menyeronokkan akan meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri murid bagi membantu pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah murid serta rela memberi sumbangan secara positif kepada sekolah, masyarakat dan negara.Program ini melibatkan warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan untuk bekerjasama bagi menjamin kejayaan pelaksanaan program keselamatan di sekolah.KONSEP Program Keselamatan Sekolah didefinisikan sebagai suasana yang selamat di dalam dan di luar sekolah bagi meningkatkan keyakinan dan kekuatan diri (jati diri) murid untuk membantu pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah.

MATLAMAT Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.OBJEKTIF i. Melahirkan murid berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek keselamatan.ii. Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat.iii. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program Keselamatan Sekolah.

SKOP DAN BIDANG TUGAS1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Keselamatan Sekolah. 1.1 Menyediakan polisi, manual dan tatacara tindakan berkaitan keselamatan di sekolah. 1.2 Menyediakan pelan tindakan kontingensi bagi menghadapi krisis dan bencana alam. 1.3 Menentukan keperluan kemudahan keselamatan untuk murid-murid dan sekolah. 1.4 Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Program Keselamatan. 1.5 Menentukan setiap warga sekolah didedahkan dengan kemahiran menghadapi kecemasan. 1.6 Bekerjasama dengan komuniti setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan.2. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan sekolah.3. Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi krisis.4. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan keselamatan sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah.5. Menentukan semua polisi, manual dan tatacara mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan profesional yang berkaitan dengan keselamatan.PELAKSANAAN MANUAL KESELAMATAN SEKOLAH 1. Menyediakan manual dan prosedur keselamatan dalam perkara-perkara berikut: 1.1 Bidang aktiviti murid1.1.1 Keselamatan diri murid semasa perjalanan pergi dan balik sekolah mahupun asrama.1.1 .2 Keselamatan menjalankan aktiviti kokurikulum dan sukan. 1.1.3 Kegiatan luar sekolah dan asrama.1.2 Bidang bencana alam-Kebakaran-Banjir-Perubahan cuaca-Wabak penyakit-Tsunami-Ribut dan Petir-Kemarau-Gempa Bumi-Jerebu1.3 Bidang keselamatan fizikal sekolah -Pejabat sekolah -Keselamatan pendawaian dan peralatan elektrik-Kawalan keselamatan sekolah -Tandas sekolah -Surau-Peralatan loose handrails dan tingkap -Perabot sekolah -Pusat Sumber/ Perpustakaan-Padang -Stor, landskap-Kawasan sunyi dan gelap-Keselamatan semua bangunan dalam kawasan sekolah -Kantin-Tangki Air-Pondok pengawal keselamatan-Tempat menunggu kenderaan-Bilik-bilik khas1.4 Bidang Sosial-Penderaan-Gangguan seksual-Rokok-Gangguan emosi, mental dan rohani-Pergaduhan antara kaum-Buli/ pelancoan-Peras ugut-Tingkah laku lucah-Ketagihan arak-Sumbang mahram-Penyalahgunaan dadah-Rogol-Bunuh diri-Membunuh 1.5 Bidang persekitaran dan lokasi sekolah -Kawasan air bergerak, statik : sungai, lombong, laut, tasik, kawasan air terjun dan lain-lain -Sekolah berhampiran jalan raya/ lebuh raya/ landasan kereta api/ lapangan terbang/ kilang/ kawasan perkuburan-Kawasan bukit, cerun curam,belukar-Loji kumbahan-Pencawang elektrik2. Mengenal pasti, memantau dan mengambil tindakan dalam menangani permasalahan infrastruktur dan kawasan sekitar sekolah yang berkaitan perkara-perkara berikut: 2.1 Bangunan Lama dan Uzur 2.2 Sistem Pendawaian2.3 Serangan Anai-Anai dan Bubuk 2.4 Pintu Pagar dan Pagar Sekolah2.5 Lereng Bukit2.6 Padang2.7 Tangki Air2.8 Bonggol Keselamatan Jalan Raya, Garisan Kuning2.9 Lampu AWAS isyarat keselamatan 2.10 Warden lalu lintas3. Menyedia dan melengkapkan peralatan Sistem Kawalan Keselamatan di Sekolah yang difikirkan perlu dengan kemudahan berikut: 3.1 CCTV 3.2 Alat Penggera3.3 Sistem komunikasi ketika kecemasan,Talian Bomba/ Polis, Hospital, JPAM4. Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan perkara-perkara berikut:4.1 Kepakaran4.2 Khidmat Nasihat4.3 Perundangan4.4 Latihan4.5 Kewangan/ Dana4.6 Perancangan4.7 Penyelenggaraan