Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

51
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA 1.1 : Rukun Negara 1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.3 : Wawasan 2020 1.4 : Islam Hadhari 1.1 : RUKUN NEGARA Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: (1)Kepercayaan kepada Tuhan (2)Kesetiaan kepada Raja dan Negara (3)Keluhuran Perlembagaan (4)Kedaulatan Undang-undang (5)Kesopanan dan Kesusilaan Kepercayaan kepada Tuhan Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut

Transcript of Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

Page 1: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP

BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA

1.1 : Rukun Negara

1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.3 : Wawasan 2020

1.4 : Islam Hadhari

1.1 : RUKUN NEGARA

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

(1)Kepercayaan kepada Tuhan

(2)Kesetiaan kepada Raja dan Negara

(3)Keluhuran Perlembagaan

(4)Kedaulatan Undang-undang

(5)Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.

Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu

bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa

Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain

boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan

dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama

adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan

pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan

agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.

Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran

agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun

Negara. 

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Page 2: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan

kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja

juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak

beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan

lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap

warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki

menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin

tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran

atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan

yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan

hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia

dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar

belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal

berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia

merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat

oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola

politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi

segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak

sosio-ekonomi rakyat. 

Kedaulatan Undang-undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di

sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.

Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu

diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara

tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman

yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal

dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-

undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan

teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa

selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar

undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan

Page 3: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak

menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak

menurut Perlembagaan. 

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang

rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan

bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.

Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting

dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di

negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk

seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan

membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan

mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang

atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang

tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini

menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai

dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

1.2 : FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti

pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap

bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar

setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada

dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual Sosial yang sering disebut oleh guru-guru

sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat

unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau

sebaliknya.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

Page 4: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara."

Unsur-Unsur Penting FPK

· Menjadi warganegara Malaysia yang baik

· Unsur intelek

· Unsur rohani dan emosi

· Unsur jasmani

· Memperkembangkan potensi individu

· Menyeluruh dan bersepadu

· Insan yang seimbang

· Kepercayaan kepada Tuhan

· Rakyat Malaysia yang boleh memberikan sumbangan.

Implikasi FPK Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia

Implikasi Terhadap Kurikulum.

Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada

program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan selaras. Ini

kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana setiap sekolah

belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bersalahan dengan matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang. Bahan-bahan

pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan untuk

mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah

menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan

pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah.

Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan bagi membawa

Malaysia kea rah yang maju dan tidak ketinggalan.

Implikasi Terhadap Pendidik.

Page 5: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan

selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di

mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik

dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat

dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu

kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT

untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan

teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang

baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi

matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal

kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui

perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang

diusahakan oleh guru.

Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.

Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-

kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk

merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini

adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga

diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling

bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan

keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang

cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai satu

matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.

Page 6: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

* Nota Tambahan pengkhususan bidang ;

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di

Malaysia

Falsafah Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:-

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara"

Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik

dengan mengemukakan ciri-ciri:

a. Percaya dan patuh kepada tuhan

b. Berilmu pengetahuan

c. Berakhlak mulia

d. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.

e. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara.

f. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Falsafah Pendidikan Guru

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung

aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan

individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan

berdisiplin."

Page 7: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

1.3 : WAWASAN 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana

Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah

negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang

dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-

bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara

lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem

kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Cabaran utama

Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis

Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama

Wawasan 2020:

Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama:

Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan

kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada

satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan

akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai,

cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali

melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak

mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan

satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan

masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya

teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.

Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum

bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa

yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

Page 8: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya

perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna

teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang

mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar

pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang

melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya

perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan

kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi

urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya

keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?

Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak

5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama

Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat

kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai

sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang

lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah

tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan

2020i, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.

KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion

dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini

memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun

untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan

penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali

ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat

Page 9: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi

lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.

1.4 : ISLAM HADHARI

Islam Hadhari (Arab: الحضاري atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori (اإلسالم

kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia

bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk

mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam al-

Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.

Tujuan

 

Visi: 

Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

 

Misi: 

Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam

yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

 

Objektif:

Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak,

intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta

cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

Prinsip

    (1) Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.

    (2) Kerajaan Adil dan Beramanah.

    (3) Rakyat Berjiwa Merdeka.

    (4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan.

    (5) Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.

    (6) Kehidupan Berkualiti.

    (7) Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.

    (8) Keutuhan Budaya dan Moral.

Page 10: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

    (9) Pemeliharaan Alam Semulajadi.

    (10) Kekuatan Pertahanan.

Page 11: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

BAB 2 : KEMENTERIAN

Kementerian Pelajaran Malaysia

|

Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk

membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Matlamatnya ialah untuk: melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu

melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera

menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara memberi peluang-

peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Pendidikan wajib

Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa

warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur

enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama

selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.

Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa

memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi

undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak

melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Senarai Menteri Pelajaran Malaysia

# NamaTempoh

perkhidmatan

1 Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein 1955 - 1957

2 Mohamed Khir Johari 1957 - 1959

3 Abdul Rahman Talib 1959 - 1965

4 Mohamed Khir Johari 1965 - 1968

5 Tun Hussein bin Dato' Onn 1970 - 1973

6 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 1974 - 1978

7 Tun Musa Hitam 1978 - 1981

8 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1982 - 1984

Page 12: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

9 Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 1984 - 1986

10 Tun Abdul Rahman Yakub 1969-1970

11 Datuk Seri Anwar bin Ibrahim 1986 - 1991

12 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1991 - 1995

13 Najib bin Tun Haji Abdul Razak 1995 - 1999

14 Tan Sri Dato' Seri Musa Mohamad 1999 - 2004

15 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 2004 - 2009

16 Tan Sri Muhyiddin Yassin 2009 - Kini

Menteri:

Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin

Timbalan Menteri: 1

Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri: 2

Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi

Ketua Setiausaha

Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli bin Mohamed

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Y.Bhg. Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud

Pengkhususan Negeri Terengganu

Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu,

En.Razali bin Daud

Pegawai Pelajaran Daerah Marang

Encik Md. Yasin bin Mohd Salleh

Page 13: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Pengkhususan Bahagian Teknik & Vokasional

Pengarah

Tuan Haji Ahmad Tajudin Bin Jab

Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah

En. Zainuren Bin Mohd Nor

Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik

Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Endut

Timbalan Pengarah Pembangunan

Puan Hajah Zalihar Bt. Abd. Ghani

Timbalan Pengarah Pembangunan Kejurulatihan PTV

Tuan Haji Zakaria Bin Md Noor

Kementerian Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Ia adalah

hasil rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri dengan membahagikan

Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2 kementerian iaitu Kementerian Pelajaran

Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menteri yang pertama memikul tugas

Jawatan adalah Datuk Dr. Mohd Shafie Salleh dan kini disandang oleh Dato' Seri Mohamed

Khaled Nordin. Pada 15 Julai 2004, Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di

Blok E3, Parcel E, Pusat Perbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terdiri daripada dua jabatan dan agensi. Jabatan-

jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT) dan

Jabatan Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti . JPIPT pula terdiri dari dua sektor

pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-

agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN,Yayasan TAR dan 20

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu :

Page 14: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Objektif

Memastikan supaya sekurang-kurangnya 2 universiti negara disenaraikan sebagai

antara 200 universiti terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan

disenaraikan di kalangan 50 universiti terbaik dunia.

Membangunkan sekurang-kurangnya 10 pusat kecemerlangan yang diiktiraf di

peringkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hakcipta, penerbitan, kerjasama

penyelidikan dan pengkomersilan hasil penyelidikan.

Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam

mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah atau setaraf dengannya dan 30%

pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai kelayakan ijazah Sarjana, Doktor

Falsafah atau setaraf denganya.

Menghasilkan graduan-graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna

tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat pekerjaan

dalam bidang relevan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

Menggalakkan pengantarabangsaan pengajian tinggi negara dengan menarik

pelajar-pelajar dari luar negara bersamaan dengan 10% dari keseluruhan jumlah

pelajar pengajian tinggi di peringkat diploma, ijazah dan lepasan ijazah

Mempertingkatkan kohort (17-23 tahun) yang mempunyai akses pengajian tinggi

kepada 40% dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi

semua bentuk pengajian tinggi yang konvensional dan bukan konvensional

Memastikan terdapat peningkatan secara berterusan dari sumber-sumber lain dalam

pembiayaan universiti awam dengan nisbah 30% ditanggung oleh universiti dan 70%

oleh kerajaan.

Menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi, setanding

dengan amalan yang terbaik digunakan di peringkat antarabangsa

Menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pelajar yang berpotensi dan layak

mendapat akses kepada pengajian tinggi.

Meningkatkan jalinan hubungan strategik diantara institusi pengajian tinggi tempatan

dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusi penyelidikan ternama

dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan

pengkomersilan.

Lima Teras Utama

Mewujudkan perancangan pengajian tinggi yang strategik dan sistematik.

Mengukuhkan pengurusan pengajian tinggi negara.

Page 15: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Menambah kapasiti, akses dan penyertaan dalam bidang pengajian tinggi.

Meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara setanding di peringkat antabangsa.

Mengantarabangsakan pengajian tinggi negara.

Senarai Menteri

Datuk Shafie Mohd Salleh 2004–2006

Dato' Mustapha Mohamed 2006–2008

Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin 2008 –Kini

Page 16: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

BAB 3 : Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia

1.1 : Perkembangan Dasar dan  Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

1.2 : Perkembangan Pelajaran Masa Kini

Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan

dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:

Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);

Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);

Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);

Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan

Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Zaman pramerdeka (sebelum 1957)

Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat

aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap

sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara

satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu

sistem persekolahan. B eberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem

persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:

1. Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum

Melayu;

2. Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina;

3. Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak

sistem persekolahan kebangsaan; dan

4. Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan

untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua,

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan,

sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Page 17: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)

Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran

kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan

Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan

Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib

pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta

Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada

semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk

semua pelajar.

Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan

kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan

pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke

sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini

menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus

meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada

11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan

keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka

Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani

masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan

yang sama untuk semua kaum.

Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan,

antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan

sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun

1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa

kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran

1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau

bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik

diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan

Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja

mahir.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa

Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan

pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an,

peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan

Page 18: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan

Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat

pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu

bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)

Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara.

Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan

dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan

1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara

1996 dan lain-lain.

Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:

1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;

2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada

tahun 1999;

3. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;

4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan

Idris (UPSI); dan

5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.

Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)

Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan

dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-

21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan,

dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program

Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains

dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah

Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003;

Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi

memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila

tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program

pendidikan diperluas.

Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah

penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan

pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan

prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru

Page 20: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

BAB 4 : SISTEM PELAJARAN MASA KINI

1.1 : Pendidikan Pra Sekolah

1.2 : Program PERMATA

1.3 : Pendidikan Rendah

1.4 : Pendidikan Menengah

1.5 : Pendidikan Khas

1.6 : Program Pendidikan Khas

1.7 : Sekolah Sukan

1.8 : Sekolah Seni

1.9 : Pembestarian Sekolah

2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)

2.1 : Institusi Pengajian Tinggi

2.2 : Pendidikan Swasta

2.3 : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

2.4 : Sekolah Kluster

2.5 : Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional

1.1 : Prasekolah

Prasekolah (bahasa Inggeris: pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak

sebelum memasuki sekolah.

Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian

Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak

berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-

kanak daripada golongan berpendapatan rendah.

Latar belakang

18 Disember 1991 - Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran

Malaysia melaksanakan program prasekolah.

27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian. - Projek Rintis Pendidikan Prasekolah

KPM (1,131 kelas).

Akta Pendidikan 1996

Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Page 21: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan program

Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat pendidikan prasekolah

Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek

perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan

untuk masuk ke sekolah rendah.

Konsep

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran

kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum

masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil

Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah

meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.

Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti

kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan

terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran

berkonsepkan sekolah bestari.

Objektif

Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga

6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai

kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

Lokasi

Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan sekolah

rendah.

Pengurusan

Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu yang dilantik oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atau DG41

manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan jawatan

Pembantu Tadbir.

Murid

Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun.

Page 22: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di

bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat

kekosongan.

Kurikulum

Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap

keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002,

semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran

mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah

ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kriteria Pemilihan Sekolah

Tiada operator tadika lain. Pihak kementerian mendapati di satu-satu kawasan itu tidak atau

kurang mempunyai tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta atau badan berkanun lain.

Kriteria Pemilihan Murid

Warganegara Malaysia. Berumur 5 dan 5+ tahun. Setiap kelas 25 orang murid.

1.2 : PERMATA

Segalanya bermula pada suatu hari, hampir tiga tahun yang lalu, apabila peningkatan kadar

jenayah dan masalah sosial menjadi semakin ketara di Negara ini. Datin Paduka Seri

Rosmah cuba memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah itu.

Pada pandangan bekas pelajar jurusan sosiologi ini, semestinya masalah berkenaan berakar

daripada didikan semasa usia kanak-kanak.

Kerana begitu ‘terganggu’, beliau tidak boleh berhenti memikirkan bahawa ada sesuatu yang

tidak kena. Barangkali ada sesuatu yang hilang semasa dalam proses membesar. Itulah

yang membawa kepada tercetus idea untuk pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal

Kanak-kanak PERMATA.

Page 23: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA Negara, apabila idea itu datang,

beliau tidak teragak-agak untuk melaksanakannya, satu kerana matlamatnya ialah mahu

melahirkan modal insan terbaik kepada negara dan satu lagi kerana tidak mahu lagi

‘terganggu’ dengan laporan-laporan jenayah disiarkan hampir saban hari.

Lantas, 25 individu profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang dicari

untuk sama-sama mengumpul, mencari idea selain membantu merealisasikan hasrat murni

berkenaan. Kumpulan profesional ini bukan calang-calang orang dan mereka juga senada

bahawa pembentukan insan akan menjadi lebih berkesan sekiranya dimulakan lebih awal

lagi

Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai kepelbagaian kepakaran, latar

belakang, pendidikan dan pengalaman antaranya pakar kanak- kanak, ahli akademik, aktivis

wanita dan aktivis masyarakat memulakan usaha ini dengan mengadakan kajian dan

penyelidikan secara sukarela dan dapatannya lantas dijadikan input bagi pembangunan

konsep pendidikan sedemikian.

Dan bagi menjayakan konsep pendidikan sedemikian, ia memerlukan satu pendekatan

bersepadu yang melibatkan pelbagai pihak seperti ibu bapa, masyarakat setempat, pihak

berkuasa tempatan dan ahli-ahli politik dapat dimanfaatkan bagi menjadikan kanak-kanak

setempat yang agak mundur kepada yang lebih berjaya dan membanggakan.

Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pula diberi tanggungjawab untuk menyediakan

modul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada

pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara.

Kurikulum PERMATA

Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya member penekanan kepada pembangunan

kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan

fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA:-

1.3 : Pendidikan Sekolah Rendah

Walaupun kebanyakan ibubapa memilih untuk memulakan sistem pendidikan formal anak-

anak mereka dari pendidkan pra-sekolah namun pada dasarnya, pendidikan yang diwajibkan

di Malaysia bermula dari pendidikan sekolah rendah.

Page 24: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Pendidikan sekolah rendah adalah merupakan satu asas pembelajaran. Untuk tujuan ini,

satu kurikulum yang seragam telah diwujudkan untuk memastikan kurikulum pendidikan

nasional merangkumi subjek-subjek asas dan penting. Untuk mengukur prestasi kemajuan

pelajar di tahap ini, satu peperiksaan yang dikenali sebagai UPSR (Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah) dilaksanakan di semua sekolah.

Pendidikan sekolah rendah bermula semasa kanak-kanak berusia enam tahun dan

mengambil masa enam tahun sebelum melangkah ke pendidikan sekolah menengah.

Ibubapa dikehendaki untuk mendaftarkan anak-anak mereka di mana-mana sekolah rendah

berhampiran sebelum mereka mencapai umur tujuh tahun. Ini adalah untuk memastikan

tempat dapat diperuntukkan dalam masa yang ditetapkan. Sila kunjungi sekolah-sekolah

yang berdekatan di kawasan anda.

Ibubapa juga boleh memohon pertukaran anak-anak mereka ke sekolah lain di atas alasan-

alasan tertentu.

1.4 : Pendidikan Sekolah Menengah

Pendidikan menengah merupakan tahap kedua peringkat pendidikan formal, di mana asas

pendidikan yang telah diterapkan semasa pendidikan sekolah rendah dipertingkatkan dan

diperkukuhkan lagi sebagai persediaan untuk menghadapi pendidikan tinggi ataupun latihan

vokasional.

Pendidikan di tahap ini di kawal oleh Kementerian Pelajaran. Satu kurikulum yang seragam

telah diaturkan bagi memastikan pembelajaran yang konsisten. Pada tahap ini, prestasi

kemajuan para pelajar akan dinilai melalui beberapa peringkat peperiksaan am.

Persekolahan menengah pada lazimnya bermula pada umur tiga belas tahun dan

berlanjutan sehingga enam tahun. Peralihan pelajar di dalam transisi daripada peringkat

rendah ke menengah memerlukan pendaftaran yang berdasarkan pendidikan rendah

mereka.

Di samping itu, pihak ibubapa boleh memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain jika

mempunyai alasan-alasan yang kukuh.

Page 25: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

1.5 : Pendidikan Khas

Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan

murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap

kebolehan & keupayaan pelajar:-

Perkembangan mental

Kestabilan emosi

Integrasi sosial

KANAK-KANAK KHAS

Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional

klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.

“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-

ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4)

dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam

pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai,

atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga

kemampuan yang maksimum ”.

1.6 : Program Pendidikan Khas

Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-

1. Sekolah Khas

2. Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)

3. Pemulihan Khas

4. Program Disleksia

5. Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)

KATEGORI PENDIDIKAN KHAS

Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang

menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :

Page 26: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Masalah Pembelajaran

Masalah Pendengaran

Masalah Penglihatan

Sekolah Pendidikan Khas Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan

melalui:

Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas

bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la

diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah

teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara

pengasingan dan separa inklusif.

Di antara program yang ditawarkan ialah:

Prasekolah

Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:

berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri

tanpa bantuan orang lain.

Pelajaran Rendah

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia

ialah:

berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri

tanpa bantuan orang lain

Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan

yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum

percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti

kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

Pelajaran Menengah

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia

ialah:

Page 27: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Berumur 13+ hingga 19+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri

tanpa bantuan orang lain. Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik

dan vokasional.

Pendidikan Teknik dan Vokasional

i) Sekolah Khas

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata

pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional

Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran

Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru

Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah

Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor

Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak

Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan

Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah

Tempoh Pengajian

Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.

Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.

Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu

sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

1.7 : Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan pelajar

sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang. Di

samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang

kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 28: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:

1.  Sekolah Sukan Bukit Jalil

2.  Sekolah Sukan Bandar Penawar

Sistem Pembelajaran

Pelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama. Sistem

persekolahannya berbeza sedikit kerana untuk meningkat ketahanan mental dan disiplin

pelajar.

Berikut antara rutin kaedah kehidupan di sekolah sukan.

1.8 Sekolah Seni Malaysia

Sekolah Seni adalah merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan potensi

dan bakat pelajar dalam bidang kesenian di Malaysia. Ini membuka kepada kelahiran dua

sekolah perintis iaitu Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching.

Visi Sekolah Seni Malaysia ini ialah untuk "menjadi pusat kecemerlangan pendidikan

kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia".

Mengikut sejarah awal, cadangan penubuhan kedua buah sekolah tersebut telah diputuskan

dalam Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2004.

Y.B Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan

penubuhan dua buah Sekolah Seni Malaysia di bawah Rancangan Ke-9 iaitu di negeri

Sarawak dan Johor.

Konsep Sekolah Seni ialah sekolah yang membangunkan potensi dan bakat kesenian murid.

Kurikulum kesenian di peringkat menengah rendah ini merangkumi empat bidang iaitu Seni

Muzik, Seni Teater, Seni Tari dan Seni Visual. Selain empat komponen ini, kurikulum juga

termasuk mata pelajaran kreativiti, kokurikulum, persembahan, sesi apresiasi dan rangkaian

rakan seni. Kaedah penilaian yang dilaksanakan pula berasaskan kepada pemerhatian

Page 29: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

semasa pelajar menjalankan setiap aktiviti praktikal, teori dan nilai. Mata pelajaran yang

ditawarkan ialah seperti berikut:

1. Bahasa Malaysia

2. Bahasa Inggeris

3. Sejarah

4. Pendidikan Islam

5. Sains

6. Matematik

7. Geografi

8. Seni Visual

9. Seni Tari

10. Seni Muzik

11. Seni Teater

12. Kreativiti

Setakat ini, kedua-dua sekolah seni ini beroperasi di premis sementara, iaitu:

1. Sekolah Seni Johor Bahru

2. Sekolah Seni Kuching, Sarawak

1. 9 : Pembestarian Sekolah

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi

penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti

pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah

dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud

mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang

direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta

pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.

Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan

pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini

akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran

yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses

kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

Pengenalan Pembestarian

Page 30: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai

aspek perlu dilakukan supaya modal insan yang dilahirkan mampu berdaya saing dan

relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario

dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi,

sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi

pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek,

antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar,

penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

Sekolah bestari

Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa

kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka

yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah,

kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut

kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan

kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi

terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran

dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan

Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah

yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam

bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi

terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya

akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan

pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah

Page 31: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik

dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-

cabaran Wawasan Negara.

2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)

Takrif Pendidikan Tertiari - PENDIDIKAN tertiari adalah peralihan selepas tamat pendidikan

menengah, sebelum ke peringkat pendidikan tinggi.

PENDIDIKAN tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah pendidikan selepas

pendidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pendidikan pada peringkat

ini merangkumi program pendidikan di kolej komuniti, politeknik, institut latihan yang

dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta, universiti awam dan institusi pendidikan tinggi

swasta (IPTS).

Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, menjelang tahun 2010 negara

memerlukan 1.2 juta tenaga profesional dan separa profesional dalam pelbagai bidang

termasuklah bidang teknikal, perubatan, kesihatan dan perguruan untuk terus berdaya maju

dan membina tapak ekonomi yang kukuh sebelum mencapai sepenuhnya taraf negara maju

sedekad kemudian dalam tahun 2020.

Justeru itu dalam pembentangan pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 baru-baru ini,

Kementerian Pendidikan telah merangka strategi dan pelan tindakan yang perlu

dilaksanakan segera dalam menghasilkan sumber manusia yang mampu menangani

cabaran-cabaran globalisasi dan k-ekonomi ke arah mencapai tahap negara maju

sepenuhnya.

Melalui pelan itu, tindakan segera yang digariskan oleh kementerian ialah penubuhan kolej

komuniti di setiap kawasan Parlimen menjelang tahun 2010 setelah penubuhan 12 kolej

sedemikian di kawasan Parlimen terpilih sebagai pelaksana rintis pada tahun ini.

Sebanyak 12 politeknik ditubuhkan menjelang tahun 2005 dan 12 buah lagi antara tahun

2006 sehingga 2010 serta meningkatkan kapasiti 5,000 pelajar bagi setiap satu politeknik

sedia ada. Sejajar dengan itu penubuhan lebih banyak universiti awam untuk menampung

1.05 juta pelajar pada tahun 2005 dan 1.6 juta pelajar pada tahun 2010 juga akan

dilaksanakan segera.

Page 32: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Penaikan taraf kolej universiti dan meningkatkan kapasiti universiti awam yang sedia ada

segera dilaksanakan selain menggalakkan penubuhan lebih banyak kolej universiti melalui

peningkatan taraf IPTS bukan bertaraf universiti dan menambah bilangan kolej universiti

serta universiti swasta baru.

2.1 : IPTA

Bagi merealisasikan matlamat negara sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi dan

percambahan ilmu di rantau ini menjelang tahun 2020, pelbagai usaha dan tindakan telah

dilakukan. Dengan tertubuhnya Universiti Malaya, era pengembangan ilmu di Malaysia

sudah bermula.

Penubuhan IPTA di Malaysia

Universiti-universiti yang menjadi perintis kepada penubuhan IPTA di Malaysia ialah:

Universiti Malaya (UM) - Ditubuhkan pada tahun 1962 hasil daripada kertas cadangan

Suruhanjaya Carr-Saunders yang bertujuan mewujudkan sebuah pusat umum di mana

pelbagai kaum, agama dan ekonomi dapat bersama.

Universiti Sains Malaysia (USM)- Penubuhan USM bermula dengan persetujuan Dewan

Undangan Negeri Pulau Pinang terhadap resolusi penubuhan sebuah kolej universiti di

negeri tersebut. USM ditubuhkan pada tahun 1969.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)- Penubuhan UKM pada tahun 1970 membuktikan

bahawa Bahasa Melayu boleh dijadikan sebagai bahasa pengantar di peringkat universiti

dengan terbuktinya beberapa kejayaan yang telah dikecapi oleh universiti ini.

Percambahan dan Pengiktirafan IPTA di Malaysia

Dewasa ini, percambahan ilmu dan pengetahuan berlaku dengan cepat dan pantas. Maka,

kerajaan telah mengambil beberapa langkah dengan mewujudkan beberapa universiti dan

bidang pengajian yang baru bagi menyediakan sumber tenaga pakar selari dengan

perkembangan industri di negara ini.

Universiti awam di Malaysia telah dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu:

Page 33: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

1.     Universiti Penyelidikan

2.     Universiti Komprehensif

3.     Universiti Berfokus

Kategori-kategori ini mencerminkan bidang dan jurusan utama yang ditawarkan oleh

universiti-unversiti tersebut kepada para pelajarnya.

Selain itu, pengiktirafan antarabangsa yang diterima oleh Universiti Sains Malaysia (USM)

sebagai Unversiti Apex merupakan satu pencapaian yang terbaik diterima oleh universiti

awam di Malaysia. Dengan pencapaian ini, Malaysia telah mengorak langkah untuk menjadi

pusat kecemerlangan pengajian tinggi serantau menjelang tahun 2020.

Pertumbuhan universiti-universiti IPTS yang semakin pesat membuatkan universiti awam

perlu berdaya saing untuk menghasilkan modal insan yang sentiasa berdaya saing dan

berpengetahuan luas bagi membantu dalam meningkatkan lagi ekonomi serta pembangunan

negara seiring dengan Teras 4 dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu

Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi.

Latar Belakang

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah ditubuhkan pada 27 Mac 2004 dan bermatlamat

membangun serta mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan untuk

menghasilkan pusat ilmu yang unggul, melahirkan insan yang kompeten, berinovasi serta

berakhlak mulia dalam memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.

KPT berperanan penting dalam melahirkan ekosistem pengajian tinggi yang terbaik di

institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan

kolej komuniti. Semua institusi ini merupakan komponen utama ekosistem pendidikan dan

latihan negara yang akan melahirkan para pemikir, ilmuwan, sarjana, tenaga kerja mahir dan

separa mahir sesuai dengan peranan masing-masing.

Bersesuaian dengan matlamat ini, KPT mempunyai tiga (3) jabatan bagi pengurusan institusi

pengajian tinggi iaitu:

1.     Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) - menguruskan IPTA dan IPTS

2.     Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) - menguruskan Politeknik

Page 34: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

3.     Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) - menguruskan Kolej Komuniti

Usaha untuk mencapai matlamat ini turut disokong oleh agensi yang berperanan penting

dalam pengajian tinggi iaitu:

Malaysian Qualification Agency (MQA) - badan tunggal yang menyelia dan menyelaras

jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - badan yang mengurus

pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)

Teras Utama PSPTN

Dalam usaha mencapai matlamat pengajian tinggi negara, PSPTN dirangka dengan

menggariskan tujuh (7) teras utama iaitu:

Teras 1

Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti

Pendemokrasian melalui meritokrasi kepelbagaian (50% akses pengajian

tertiari; 33% tenaga kerja berpendidikan tertiari)

Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian Tinggi - biasiswa berprestij

(pelajar cemerlang) dan biasiswa khas (kumpulan tertentu)

Teras 2

Menambah baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran

Dasar kebangsaan latihan pelajar dan sangkutan pensyarah di industri

Penambahbaikan kurikulim berkala, kaedah pembelajaran interaktif dan

Bahasa Inggeris diperluaskan

Graduan berketerampilan dan kebolehpasaran

100,000 PhD atau setaraf

Teras 3 Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi

Membina massa kritikal penyelidik (100 RSE bagi setiap 10,000 tenaga

kerja)

6 buah Universiti Penyelidikan

20 pusat kecemerlangan diiktiraf antarabangsa

Budaya inovasi di kalangan pelajar

Page 35: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

10% hasil penyelidikan dikomersialkan

Teras 4

Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi

Satu (1) atau dua (2) buah Universiti Apex daripada kalangan IPT dalam

tempoh terdekat

Tiga (3) IPT di antara 100 universiti terbaik dan satu di antara 50 universiti

terbaik di dunia

Kuasa autonomi mengikut KPI

75% pensyarah berkelayakan PhD

Penarafan IPT mengikut KPI

Teras 5

Mempergiat Pengantarabangsaan

Jaringan kolaborasi di kalangan IPT luar negara

Purata 10% keseluruhan enrolmen pelajar antarabangsa

5% pelajar antarabangsa dalam kursus kompetitif

Pelajar pasca kedoktoran di IPT terbaik dunia (top schools)

Purata 15% keseluruhan tenaga pengajar antarabangsa di Universiti

Penyelidikan

Mobiliti pelajar dengan pemindahan kredit

Biasiswa Antarabangsa Malaysia

Teras 6

Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat

Pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) melalui MQF

Pengiktirafan pembelajaran dan pengalaman terdahulu

Peningkatan penyertaan golongan dewasa

Laluan alternatif dan mobiliti program

Teras 7 Mengukuh sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi

KPT sebagai pemudah cara

Sistem penyampaian terbaik

Keberkesanan pelaksanaan dan pemantauan

KPI - berdasarkan prestasi

Perbelanjaan berhemah

Page 36: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Pemilihan pengurusan tertinggi IPTA berdasarkan merit

2.2 : Pendidikan Swasta

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan segala kemudahan untuk proses

pengajaran dan pembelajaran kepada semua kanak-kanak di Malaysia khususnya di

sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Antara kemudahan-kemudahan yang

dimaksudkan termasuklah keselesaan bangunan, kerusi meja, buku teks, makmal komputer

dan guru bertauliah serta bilangan guru yang mencukupi.

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan untuk semua, sektor

swasta turut sama menyumbang kepada usaha tersebut. Banyak institusi pendidikan swasta

atau ringkasnya IPS, beroperasi di seluruh negara bagi menyediakan peluang pendidikan

kepada warganegara Malaysia dan juga warganegara antarabangsa.

Pendidikan swasta adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh institusi

pendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta adalah institusi bukan bantuan Kerajaan dan

ia dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Penubuhan, pengurusan dan pengoperasian

institusi pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-

peraturan yang dibuat di bawahnya.

SEJARAH PERKEMBANGAN :-

Pendidikan swasta telah wujud di Malaysia semenjak tahun 1950an. Pada ketika itu banyak

sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar-pelajar sebagai persediaan untuk

menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang agama. Pada awal 1970an,

perkembangan semasa peranan dan fungsi sistem pendidikan telah mewujudkan sekolah

swasta bagi menampung pelajar-pelajar untuk meneruskan pelajaran di peringkat

menengah.

Tahun 1980an telah menyaksikan suatu perubahan yang penting di mana pendidikan swasta

turut sama menyediakan peluang pendidikan di peringkat pendidikan tinggi sebagai alternatif

kepada mereka yang tidak terpilih memasuki institusi-institusi pendidikan tinggi awam

(IPTA). Pada hari ini pendidikan swasta di Malaysia telah berkembang dengan begitu pesat

dengan penubuhan lebih banyak institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dan IPS.

Page 37: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

KATEGORI INSTITUSI :-

Sistem pendidikan kebangsaan merangkumi daripada peringkat prasekolah hinggalah

kepada peringkat pendidikan tinggi. Institusi pendidikan swasta secara amnya terdiri dari dua

kategori utama yang dibahagikan mengikut peringkat pendidikan yang ditawarkan.

Institusi Pendidikan Swasta seperti sekolah swasta, sekolah antarabangsa, tadika, pusat-

pusat kemahiran termasuk pusat bahasa, pusat tuisyen, pusat latihan komputer, pusat

kemahiran teknikal dan pusat perdagangan adalah di bawah seliaan dan tanggungjawab

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Operasi institusi pendidikan swasta dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Walau

bagaimanapun proses penubuhan dan pendaftaran, pengurusan dan operasi sesebuah IPS

adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996.

Kategori kedua merupakan institusi pendidikan tinggi swasta yang terdiri dari institusi

pendidikan bertaraf kolej, kolej universiti dan universiti yang terletak di bawah kawalan

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Ringkasnya dua kategori utama institusi tersebut adalah terdiri daripada Institusi Pendidikan

Swasta yang di bawah seliaan KPM, dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang di

bawah seliaan KPTM. Kesemua institusi pendidikan berkenaan perlu berdaftar dengan

Kementerian berkaitan terlebih dahulu sebelum dibenar beroperasi.

Institusi pendidikan yang tergolong dalam kategori ini menawarkan pendidikan dari peringkat

pra sekolah, sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah. Jenis-jenis institusi

pendidikan swasta dalam kategori yang perlu didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran

termasuklah:

1. Tadika swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kementerian

Pelajaran Malaysia

2. Sekolah rendah dan menengah swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan dan

penilaian yang dicadangkan

Page 38: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

3. Sekolah rendah dan menengah agama swasta yang mengikuti Kurikulum

Kebangsaan

4. Sekolah persendirian Cina yang mengikuti garis panduan Kementerian Pelajaran

5. Sekolah Ekspatriat

6. Sekolah Antarabangsa

7. Pusat tuisyen yang menyediakan bantuan pelajaran kepada para pelajar mengikut

Kurikulum Kebangsaan

8. Pusat bahasa, pusat latihan komputer, pusat kemahiran/ perdagangan, sekolah gaya

pos dan lain-lain

2.3 : PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010

1.Membina bangsa negara

2.Membangunkan modal insan

3.Memperkasakan sekolah kebangsaan

4.Memartarbatkan profesion keguruan

5.Merapatkan jurang pendidikan

6.Melonjakkan kercermerlangan institut pendidikan

Pendahuluan

Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk

membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang

akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan

tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang

menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan

negara. Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka

untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif,

bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri

Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa

Putrajaya. PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu membina Negara bangsa,

membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, merapatkan jurang

pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi

pendidikan.

1. Membina negara bangsa

Page 39: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia

adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara

bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai,

budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa

bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi,

kewarganegaraan dan demokrasi.

Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam system pendidikan

bagi melahirkan warganegara “glokal” yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi

dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan. Fokus utama dalam membina negara

bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas

perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain ialah memupuk kecintaan

terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap

pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan. Antara strategi untuk

membina negara bangsa ialah :

Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan.

Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara.

Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan,

kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.

Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa

kebangsaan.

Bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, pelbagai usaha akan

dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat agar menghormati

Perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat patriotik melalui aktiviti kokurikulum dan

menanam semangat hormat-menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Selain itu,

memberi kefahaman menyeluruh tentang pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan

dan integrasi nasional turut dititikberatkan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut

menyusun program bagi memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya melalui

kurikulum kesenian, membina sekolah seni, meningkatkan kerjasama dengan Kementerian

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) serta membudayakan penggunaan tulisan

jawi. Bagi memupuk kefahaman yang jelas tentang pendekatan Islam Hadhari, pelbagai

aktiviti untuk bimbingan melalui siri ceramah, seminar dan penerbitan bahan bacaan

berkaitan Islam Hadhari akan dilaksanakan.

Page 40: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

2. Membangunkan modal insan

Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu

pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis

pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan,

kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya

berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan

pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin

berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut,

fokus pembangunan modal insane sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan

(RMK-9) adalah :

Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar

KPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang

pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri

(SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah

akan diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan

dan sekolah bantuan kerajaan.

Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan

kemahiran

Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah

Menengah (KBSM) akan dikaji semula agar lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi.

Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca.

Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalam bentuk

bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan. Bagi menjayakan Program Pembestarian

Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti komputer, televisyen dan

cakera video digital (DVD). Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar,

program latihan dan bimbingan akan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer,

Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan

Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam

P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik minat para

pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik.

Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan

Kemahiran berkomunikasi merentas kurikulum dan kokurikulum dengan memperbanyakkan

Page 41: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

aktiviti literasi dan secara langsung akan dipergiatkan. MPV akan diperluas di sekolah-

sekolah selain memastikan pelajar menguasai kemahiran ICT. Bagi membina penampilan

diri yang positif, aktiviti bina diri seperti kerja berpasukan dan pembinaan karakter akan

diperbanyakkan. Ceramah, seminar, motivasi dan bengkel berunsur pembangunan insan

akan ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.

Kerja amal dalam masyarakat setempat seperti di rumah orang tua dan anak yatim juga

akan diperbanyakkan. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) turut diberi

keutamaan. Program Amalan Kebersihan Sekolah turut dimantapkan sepanjang RMK-9.

Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik

KPM akan mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan

kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan am. Bilangan mata

pelajaran dalam peperiksaan awam juga akan dikurangkan bagi mata pelajaran tertentu.

Sistem penggal akan dikaji semula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan

suasana persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti system

pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk

dibandingkan dengan standard negara lain.

Memantapkan program kokurikulum dan sukan

Budaya bersukan dan kokurikulum akan diterapkan kepada pelajar dengan menyediakan

kemudahan serta peralatan sukan yang mencukupi di semua sekolah tidak kira lokasinya.

KPM akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan

Negara (MSN) untuk melaksanakan program pembangunan sukan lebih menyeluruh di

samping mengenal pasti sekolah yang dapat dijadikan Pusat Sukan Daerah dan Negeri.

Bagi meningkatkan semangat patriotik, Rukun Negara akan dipelajari dan dihayati dari

peringkat awal persekolahan. Penubuhan Kelab Rukun Negara akan dilaksanakan di

sekolah rendah dan menengah.

Memperkukuh disiplin pelajar

Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen melibatkan penglibatan ibu bapa dalam

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Kempen Pencegahan Salah Laku akan di

perhebatkan. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 2005 akan dilaksanakan di

sekolah rendah secara berperingkat dengan menerapkannya ke dalam mata pelajaran

bahasa Melayu.

Page 42: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin denganmempelbagaikan

saluran aduan terus. Saluran aduan terus akan dipelbagaikan termasuk talian terus, e-mail,

faks dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Memantapkan kurikulum

Pelaksanaan j-QAF kepada murid Islam dan Pendidikan Moral kepada bukan Islam akan

diperluaskan. Selain itu, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan diperluas

pelaksanaannya ke Tahap Dua sekolah rendah dan sekolah menengah.

Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi. Ini akan dilakukan dengan

menjalankan pelbagai aktiviti bagi membangunkan modal insan.

3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah

rendah. Ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk

perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Ciri-ciri SK perkasa ialah :

Infrastruktur lengkap dan berkualiti.

Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M.

Beraspirasi nasional.

Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.

Pencapaian akademik cemerlang.

Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.

Iklim dan budaya sekolah yang sihat.

Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan.

Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.

Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.

4. Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar

PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan

infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut

memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar.

Tumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak. KPM turut

Page 43: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan menambah

bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer,

kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja. Ini akan mengurangkan jurang digital

yang wujud di kalangan murid dan guru luar bandar. Beberapa langkah telah dikenal pasti

untuk meningkatkan penyertaan Orang Asli dan minoriti iaitu meningkatkan penguasaan 3M

(membaca, menulis dan mengira).

5. Memartabatkan profesion perguruan

Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau institusi pengajian

tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman dahulu tanpa sebarang

pengecualian. KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans khusus

kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru dan

kemudahan asas yang sempurna. Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat

akan digubal bagi memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan

guru. Ia akan memberi focus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat

Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, rangkaian Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT), Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. Guru

tugas-tugas khas bakal menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010 dilaksanakan

sepenuhnya. Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan seperti mewujudkan laluan pantas

untuk kenaikan gred DG berasaskan merit dan prestasi akan dilaksanakan, kemudahan

tempat tinggal di kawasan pedalaman dan Bandar besar akan disediakan dan menempatkan

guru mengikut opsyen dan keperluan.

6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam system pendidikan negara,

dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian

dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster

institusi pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing.

Hal ini kerana pada masa ini terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan

negara. Institusi-institusi model yang dapat dijadikan contoh akan dibangunkan supaya dapat

dijadikan showcase di peringkat antarabangsa. Ia bertujuan untuk membuktikan keupayaan

sistem pendidikan negara di samping membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat

Kecemerlangan Pendidikan. Dalam pada itu, sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang

menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan

Page 44: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

dipilih mengikut elemen berikut :

Elemen utama (pencapaian purata, kokurikulum).

Elemen sokongan (pengurusan dan pentadbiran sekolah, ketrampilan guru, pengurusan

kewangan yang cekap, penglibatan ibu bapa dan masyarakat).

Kesimpulan

Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang pendidikan bukan sahaja dapat

melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga

mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi membantu

memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah

sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya.

Negara perlu melahirkan lebih ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukur kerana mereka

merupakan golongan yang mampu melaksanakan amanah bagi membawa kebaikan kepada

negara.

2.4 : Sekolah Kluster

Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia.

Sehingga kini, beberapa buah sekolah telahpun diisytiharkan sebagai sekolah kluster sejak

30 Mac 2007.

Latar Belakang

Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah

berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi

sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras

Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur

menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk

peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah

berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

Definisi

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang

dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan

Page 45: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan

Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang

sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Tujuan

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem

pendidikan Malaysia.

Pelaksanaan

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster.

Jawatankuasa tersebut ialah:-

Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Panel Penasihat- dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul

Rahman Arshad

Jawatankuasa Pelaksana - dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang

melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan

stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam

pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel

Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20

Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan

kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan

jayanya.

Kriteria pemilihan

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

1. Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah

Orang Asli.

2. Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah

Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah

Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam

persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.

Page 46: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

3. Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas

(SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).

4. Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta

5. Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

Prasyarat Pertama

Pengukuran Standard Sekolah:

Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard

Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Prasyarat Kedua

Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)

Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:

SBP : GPS 2.5 dan ke bawah

SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah

SMT : GPS 4.0 dan ke bawah

SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah

Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):

Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR,

atau

Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau

GPS UPSR : 2 dan ke bawah

Syarat pemilihan

1.     Kecemerlangan murid dalam aspek:

2.     Akademik

3.     Kokurikulum

4.     Sahsiah

5.     Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.

6.     Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.

Page 47: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

7.     Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.

8.     Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

9.     Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.

10.     Keberkesanan pelaksanaan program KPM

11.     Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan

permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

Langkah 1: Penerimaan pencalonan

Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex

Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster

Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional

Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat

Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

2.5 : SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI

MALAYSIA

*pengkhususan bidang

1.0 PENGENALAN

Perubahan era globalisasi masa kini menjadikan pendidikan teknik dan vokasional salah

satu agenda utama negara terhadap pembangunan negara melalui visi dan misi negara iaitu

Wawasan 2020 dalam mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Oleh itu, dalam usaha

mencapai taraf negara maju tersebut beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh pihak

tertentu iaitu yang pertama, penambahan tenaga kerja dalam bidang berkaitan teknik dan

vokasional dan yang kedua penambahan institusi pendidikan teknik dan vokasional. Namun

demikian, tahukah anda bagaimana pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia ini

berkembang bagi merealisasikan impian negara?. Maka, dalam kajian ini akan mengupas

sejarah perkembangan teknik dan vokasional di Malaysia.

2.0 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI ZAMAN IMPERIALISME BARAT

2.1. Sebelum Zaman Kolonialisme British

Page 48: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Pendidikan di Tanah Melayu bermula sejak kewujudan Empayar Melaka lagi sewaktu

perkembangan ajaran Islam ke rantau Asia Tenggara. Masyarakat pada ketika itu, menuntut

ilmu berpusatkan rumah-rumah guru dan surau-surau. Selepas berlaku pertambahan

bilangan anak murid maka wujudkan sekolah pondok dengan sukatan berdasarkan

kurikulum Masjid Al-Haram di Makkah.

Reformasi kecil telah berlaku setelah kehadiran Portugis pada tahun 1511 apabila mereka

telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman Katolik.

Kemudian, apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pula, menyebabkan berlakunya

perubahan daripada mazhab Katolik ke mazhab Protestant di Melaka pada ketika itu.

Kebanyakkan masyarakat pada ketika itu menerima ilmu kemahiran secara tidak formal

seperti kemahiran berladang atau berkebun, bersawah, bertukang kayu dan logam,

membuat keris dan kerja-kerja kraftangan seperti anyaman.

2.2. Semasa Zaman Kolonialisme British

2.2.1. Sebelum Perang Dunia Kedua

Semasa British menjajah Tanah Melayu, British telah mengategorikan sistem pendidikan

kepada lima peringkat iaitu:

• Pendidikan Rendah

• Pendidikan Menengah

• Latihan Perguruan

• Pendidikan Teknik dan Vokasional

• Pendidikan Tinggi

Pendidikan teknik dan vokasional turut diberi perhatian oleh kerajaan British pada ketika itu.

Sejarah perkembangannya bermula pada tahun 1900. Orang-orang Melayu yang

berkemahiran dalam seni menganyam, menyulam dan mengukir diambil untuk menjadi

tenaga pengajar di sekolah-sekolah Melayu yang berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Kemudian, pada tahun 1905 Sekolah Teknik Treacher Kuala Lumpur telah dibuka untuk

memberi latihan kepada pembantu-pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur

dan Keretapi Tanah Melayu. Pada tahun 1918 pula, Suruhanjaya Pendidikan Teknik dan

Industri telah dibentuk untuk mengkaji keperluan pelajaran vokasional dan teknik di Negeri-

negeri Tanah Malayu.

Page 49: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Pada tahun 1923, Pusat Latihan Pertanian telah ditubuhkan bagi memberi latihan kepada

orang Melayu mengenai cara-cara berladang dan berkebun. Kemudian, pada tahun 1926,

Sekolah Teknik telah ditubuhkan dan kemudiannya pada tahun 1941 statusnya telah ditukar

ke Maktab Teknik dan dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1972.

Bagi memberi pendidikan yang lebih mendalam kepada Pegawai-pegawai pertanian,

Sekolah Pertanian telah diwujudkan pada tahun 1931 di Serdang, Selangor dan kemudian

dinaik taraf sebagai Kolej Pertanian sebelum diiktiraf sebagai Universiti Pertanian Malaysia

pada tahun 1972 dan hari ini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

2.2.2. Selepas Perang Dunia Kedua

Beberapa dasar telah diperkenalkan oleh British dalam pendidikan di Tanah Melayu selepas

menghadapi Perang Dunia Kedua bagi memantapkan sistem pendidikan dan kepentingan

politik mereka di Tanah Melayu.

British telah memperkenalkan Laporan Barnes (1951) yang telah dipengerusikan oleh L.J.

Barnes yang merupakan Pengarah Bahagian Latihan Sosial, Universiti Oxford telah

menyatakan hasrat untuk mendirikan sekolah vokasional moden yang mengutamakan

matapelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga. Namun, rancangan

beliau gagal kerana laporan beliau gagal untuk mencadangkan penambahbaikan kepada

sekolah-sekolah Melayu tanpa merombak semula sistem pendidikan secara keseluruhan.

Menyedari bahawa masyarakat cina di Tanah Melayu juga ingin mejaga kepentingan

mereka, maka satu laporan yang dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu (1952) telah

diperkenalkan oleh Dr. Fenn yang merupakan Setiausaha Kerja Bersekutu kepada Lembaga

Amanah bagi beberapa buah universiti di China dan beliau telah dibantu oleh Dr.Wu yang

merupakan petugas di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Dalam laporan ini,

sekolah cina ingin meminta bantuan pusat dan latihan perguruan untuk masyarakat cina.

Melihat kepada laporan-laporan yang telah dibentangkan, maka kerajaan British telah

mengambil jalan tengah dengan memperkenalkan satu ordinan yang dikenali sebagai

Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan ini telah mengkaji kedua laporan dan mengambil

keputusan untuk memperkenalkan sekolah kebangsaan, bahasa Melayu dan Inggeris

diperkenalkan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan, sekolah aliran Ingeris dikekalkan,

pendidikan agama Islam dijalankan untuk murid-murid beragama Islam, dan penubuhan

Sekolah Menengah Vokasional dicadangkan dan termaktub sebagai Polisi Pelajaran

Page 50: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Kebangsaan.

3.0 SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH TEKNIK dan VOKASIONAL DAN

PERTUKANGAN

Penubuhan sekolah teknik bermula pada tahun 1905. Sekolah teknik pertama ialah Sekolah

Teknik Treacher yang dikelolakan oleh Jabatan Kerjaya Raya Negeri-negeri Melayu

Bersekutu. Tujuan penubuhan sekolah teknik ini adalah untuk melahirkan pembantu-

pembantu jurteknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Tanah Melayu dan Jabatan

Ukur.

Pada tahun 1914, telah berlaku perang dunia kedua menyebabkan semua jabatan-jabatan

tersebut ditutup. Sekolah teknik juga turut ditutup. Pada tahun 1918, sekolah teknik telah

dibuka semula dan telah diambil alih oleh Jabatan Pelajaran pada tahun 1931. Sekolah

teknik ini telah menerima pelajar-pelajar dari agensi swasta pada tahun 1933. Antara kursus

yang diperkenalkan ialah kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan ukur.

Sekolah pertukangan atau Trade School bermula pada tahun 1926 dengan tertubuhnya 4

buah sekolah pertama di Kuala Lumpur. Guru terdiri daripada orang eropah yang ditadbir

oleh seorang pengetua dibawah kelolaan Jabatan Pelajaran. Bertujuan untuk melahirkan

mekanik-mekanik terlatih untuk memenuhi keperluan di Jabatan Keretapi dan di sekolah-

sekolah untuk mata pelajaran pertukangan. Murid akan mengikuti kursus selama 3 tahun.

Latar belakang murid kebanyakkannya merupakan pelajar yang gagal untuk meneruskan

pelajaran ke sekolah menengah. Tiga mata pelajarn menjadi teras iaitu seni perusahaan,

sains pertanian dan sains rumah tangga.

4.0 PENUBUHAN POLITEKNIK DI TANAH MELAYU

Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV), Kementerian

Pelajaran Malaysia telah ditubuhkan dan dipertanggungjawab untuk mempromosikan

pendidikan teknikal dan vokasional. Bahagian ini seterusnya diberi status jabatan dan

dinamakan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995. Selain merangka polisi,

jabatan baru ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal dan

vokasional selaras dengan program pengindustrian dan modernisasi Negara. Satu badan

khusus telah ditubuhkan bertanggungjawab dalam mengurus politeknik iaitu Bahagian

Pengurusan Politeknik.

  Pendidikan Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui Pelan Colombo pada tahun

Page 51: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

1969 dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Ini

dikukuhkan lagi melalui satu resolusi yang telah dipersetujui oleh Jemaah Kabinet dalam

Pelan Perlaksanaan Pendidikan (1979) dan Pelan Industri Kebangsaan pada tahun 1985 –

1995. Keputusan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan(1991) sekali lagi memberi ruang

kepada penambahan bilangan politeknik dan penawaran kursus-kursus bagi memenuhi

permintaan tenaga separa profesional dalam bidang kejuteraan, perdagangan dan hospitaliti.

 Perubahan struktur kabinet kerajaan Malaysia pada tahun 2004 telah mengubah

pengurusan politeknik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia ke kementerian baru iaitu

Kementerian Pengajian Tinggi dimana pengoperasian politeknik diletakkan di bawah Jabatan

Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang ditubuhkan pada Tahun 2005.

Bermula 1 September 2007, Bahagian Pengurusan Politeknik dikenali sebagai Sektor

Pengurusan Politeknik dan diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Politeknik),

Tn Hj Mokhlis bin Jaafar.

5.0 PENUBUHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional ( BPTV )ditubuhkan pada tahun 1964. Pada

awalnya, penubuhan bahagian ini berfungsi untuk memastikan kesinambungan polisi

pendidikan dan perkembangan Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia.

Antara bidang operasi yang terdapat di BPTV pada ketika itu ialah menyediakan

perkhidmatan dalam penyelidikan, perancangan, pelaksanaan, pengkoordinasian,

pengawasan dan pemantauan perkembangan pendidikan teknik dan vokasional sebagai

agensi pusat untuk Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Dalam usaha menyelaraskan

setiap bidang operasi yang ada di BPTV maka tujuh buah unit diwujudkan, iaitu:

1. Unit Ketukangan Kejuruteraan

2. Unit Perdagangan

3. Unit Ekonomi Rumah Tangga (ERT)

4. Unit Sains Pertanian

5. Unit Kursus Pendek

6. Unit Politeknik

7. Unit Pentadbiran

  Pada tahun 1986, unit di dalam BPTV telah bertambah menjadi sepuluh unit iaitu:

1. Unit Kejuruteraan Awam

2. Unit Kejuruteraan Elektrik

3. Unit Kejuruteraan Mekanikal

Page 52: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

4. Unit Perdagangan

5. Unit ERT

6. Unit Sains Pertanian

7. Unit Pembangunan

8. Unit Pengurusan pelajar

9. Unit Pengurusan

10. Unit Pentadbiran

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dinaik taraf dan bertukar nama sebagai

Jabatan Pendidikan Teknikal pada tahun 1995.

6.0 PENUBUHAN MAKTAB PERGURUAN TEKNIK

Selaras dengan syor-syor dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib tentang

pendidikan teknik dan vokasional, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960

mencadangkan sebuah maktab perguruan teknik ditubuhkan selewat-lewatnya pada tahun

1962. Oleh itu dalam bulan Jun 1960, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk

mendapatkan pakar teknik dari Kanada bagi mengkaji penubuhan maktab perguruan teknik

di negara ini.

Kemudian pada bulan Jun 1961, dengan kerjasama Kerajaan Kanada melalui Rancangan

Colombo, dua orang pakar pendidikan teknik dan vokasional Kanada iaitu Encik C.C.

Aschroft, pakar kejuruteraan dan bekas Pengetua Maktab Perguruan Teknik Ontario,

Kanada dan Encik D.T. Dingwell, bekas guru teknik di Junior Technical Trade School, Kuala

Lumpur (1956-1958) telah datang ke negara ini untuk membuat kajian. Hasilnya, mereka

telah mengesyorkan kepada kerajaan beberapa langkah yang perlu diambil termasuklah

anggaran perbelanjaan pembinaan bangunan, reka bentuk bangunan, bengkel, makmal,

kurikulum dan sebagainya.

Berikutan itu, satu perjanjian kerjasama lima tahun telah ditandatangani antara Kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Kanada. Mengikut perjanjian tersebut,

Kerajaan Kanada bertanggungjawab untuk menyediakan tenaga pengajar, merangka data

kursus dan menganjurkan latihan untuk kakitangan tempatan di Kanada.

Dengan itu lahirlah Maktab Perguruan Teknik (MPT) pada 17 Mei 1962, selepas tibanya

sekumpulan guru teknik dan vokasional dari Kanada yang diketuai oleh Encik B.F. Addy.

Bangunan MPT yang pertama terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Bangunan ini

adalah bekas bangunan Kolej Perempuan Melayu (Malay Girl's College) yang telah

berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian pada akhir tahun 1967 apabila

Page 53: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

perkhidmatan kakitangan dari Kanada tamat, semua tanggungjawab untuk mengurus

maktab ini diambil alih oleh pegawai-pegawai tempatan.

Peranan maktab ini telah menjadi bertambah penting dengan terlaksananya Sistem

Pelajaran Aneka Jurusan dalam tahun 1965 yang memperkenalkan empat mata pelajaran

baru di peringkat sekolah menengah rendah, iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian,

Perdagangan dan Sains Rumah Tangga.

MPT mula mengendalikan Kursus Pertukangan pada awal tahun 1970, apabila jabatan

berkenaan di Maktab Perguruan Pertukangan di Kuantan dipindahkan ke sini. Pada tahun

1972 kursus Pengajian Perdagangan pula dimulakan apabila Jabatan Pengajian

Perdagangan Maktab Perguruan Ilmu Khas dipindahkan ke maktab ini dalam usaha

menggabungkan jurusan teknik dan vokasional.

MPT juga telah mengendalikan latihan perguruan dalam tiga komponen kursus Kemahiran

Hidup: Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Manipulatif Tambahan dan Pertanian sejak

1989 sehingga kursus-kursus tersebut dipindahkan ke Maktab Perguruan Batu Pahat dalam

tahun 1992.

Mulai tahun 2006, MPT dinaiktarafkan dengan kemampuan menganugerakan Ijazah

Perguruan kepada para pelajarnya. Ia mula dikenali sebagai Institut Perguruan Teknik

(IPTKL).

7.0 PENUTUP

Bagi merealisasikan impian negara iaitu menjadikan Malasia sebgai negara maju menjelang

tahun 2020, maka pelbagai perubahan perlu dibentuk berdasarkan pengalaman-pengalaman

yang lalu. Kita hendaklah memastikan bahawa setiap perancangan dan tindakan selari

dengan dasar yang telah digariskan oleh kementerian seperti Dasar Pendidikan

Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

sebagainya.

Setiap guru perlu membuat anjakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran selari

dengan perubahan globalisasi yang berlaku. ICT merentas kurikulum boleh dipraktikkan oleh

guru sebagai salah satu bahan bantu mengajar di dalam kelas.

Page 54: Skop Topik Temuduga Spp 4 Print

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com