Skrip Drama Kanak Siapakah Pencuri-1

22
 SKRIP DRAMA KANAK-KANAK ROHANA BINTI ABD.JALIL BM (A) PPG AMBILAN FEB.2012 UP: PUAN FAZIAH BINTI SULAIMAN TAJUK : SIAPA PENCURI BABAK 1 LATAR: DI HUTAN DI ATAS SEBATANG POKOK BESAR TEMPAT TINGGAL SEKUMPULAN BINATANG. ( MUZIK LEMBUT YANG MENYAMANKAN ) SUASANA PAGI SESUDAH FAJAR YANG NYAMAN DAN SEJUK BEGITU MENYAMANKAN. SANG NURI DAN SANG MURAI SUDAH BERSEDIA UNTUK KELUAR MENCARI REZEKI.. SANG MURAI : ( SUARA RAKAMAN SUAR A MURAI BERK ICAU ) Nyaman sungguh pagi ini…. Sejuk sampai ke tulang hitam..mal as rasanya hendak bangun.. SANG NURI : ( BUNYI RAKAMAN SUARA NURI )  Apa yang bebalkan sorang –sorang tu Murai… SANG MURAI : Tak ada apa-apa aku hanya menikmati angina pagi..sungguh nyaman… SANG NURI : Ya sungguh nyaman..macam suaca di puncak gunung sahaja..mengigil aku..

description

contoh skrip teater kanak-kanak

Transcript of Skrip Drama Kanak Siapakah Pencuri-1

SKRIP DRAMA KANAK-KANAK ROHANA BINTI ABD.JALILBM (A) PPG AMBILAN FEB.2012UP: PUAN FAZIAH BINTI SULAIMANTAJUK : SIAPA PENCURIBABAK 1LATAR: DI HUTAN DI ATAS SEBATANG POKOK BESAR TEMPAT TINGGAL SEKUMPULAN BINATANG. ( MUZIK LEMBUT YANG MENYAMANKAN )SUASANA PAGI SESUDAH FAJAR YANG NYAMAN DAN SEJUK BEGITU MENYAMANKAN. SANG NURI DAN SANG MURAI SUDAH BERSEDIA UNTUK KELUAR MENCARI REZEKI..SANG MURAI : ( SUARA RAKAMAN SUARA MURAI BERKICAU )Nyaman sungguh pagi ini. Sejuk sampai ke tulang hitam..malas rasanya hendak bangun..SANG NURI : ( BUNYI RAKAMAN SUARA NURI )Apa yang bebalkan sorang sorang tu MuraiSANG MURAI : Tak ada apa-apa aku hanya menikmati angina pagi..sungguh nyamanSANG NURI : Ya sungguh nyaman..macam suaca di puncak gunung sahaja..mengigil aku..

TIBA-TIBA SUASANA BISING MUNCUL TIBA-TIBA ( RAKAMAN SUARA TUPAI YANG BISING ) SANG MURAI : Mengapa Sang Tupai menjerit-pagi-pagi lagini..SANG NURI : Ehtahlahmari kita pergi lihatSANG MURAI: MariKEDENGARAN BUNYI YANG RIUH RENDAH MENGANGGU SUASANA PAGI SESUDAH SUBUH ITU. ( KEADAAN HUTAN MASIH GELAP ). KELIHATAN AHLI YANG TINGGAL DI ATAS KELAM- KABUT KERANA SEEKOR IBU TUPAI (PENGHUNI DI POKOK BESAR ITU) KEHILANGAN KACANG IAITU MAKANAN UNTUK SARAPAN ANAK-ANAKNYA . KEDENGARAN SUARA ANAK-ANAK TUPAI MENANGIS KELAPARAN. SEMENTARA IBU TUPAI KELIHATAN BERLARIAN KE SANA-SINI UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN DARIPADA PENGHUNI POKOK YANG LAIN. PENGHUNI POKOK TERKEJUT DENGAN TERIAKAN ANAK-ANAK TUPAI. ADA PENGHUNI YANG MERUNGUT-RUNGUT KERANA TIDUR MEREKA TERGANGGU. SEMUANYA PENGHUNI POKOK DATANG BERKUMPUL DI TEMPAT TINGGAL TUPAI DAN ANAK-ANAKNYA DENGAN KEADAAN MAMAI.( SEPARUH SEDAR KERANA BANGUN DARI TIDUR KERANA TERKEJUT)

SANG NURI( KEHAIRAN DAN KERISAUAN SAMBIL MENGESAT-NGESAT MATANYA DAN SAMBIL MENGELIAT )Sang Tupai, mengapa kau dan anak-anak kau membuat kecoh pada pagi-pagi ni, anak-anak kau semuanya menangis terlalak terlolong, dan kau pulak terlompat-lompat ke sana ke mari , habis bergegar dahan-dahan pokok ni..seperti kehilangan sesuatu ? Apa yang telah berlaku?

( PERBUALAN MEREKA DISUSULI OLEH SUARA SANG BIAWAK DAN SANG ULAR MENJERIT SAYUP-SAYUP ) KERANA MEMBANTAH SUASANA BISING YANG MENGANGGU TIDUR MEREKA)Sang Biawak: Kalau nak bergaduh laki-binipunkaduhlah jauh-jauh sikit..jangan gaduh kat pokok ini..bisinglahaku nak tidur ninak- menangis nangislah jauh-jauh ..Sang Ular: Hoi bisinglahapalah memekaknya pagi-pagi ni

SANG TUPAI TERDIAM SEJENAK( MUKA YANG KESEDIHAN DAN AIR MATA YANG BERLINANGAN DI PIPINYA)

SANG TUPAI :Aku sedih Sang Nuri, buah rambutan yang aku simpan untuk sarapan anak-anak aku telah hilang, ghaib entah ke mana. Aku semalam simpan di sini.( sang tupai meraba-raba dengan kaki di kawasan di dalam lubang pangkal pokok yang telah kosong.)

SANG NURI( MENUNJUKKAN MUKA SIMPATI. SAMBIL MENGUIS-GUIS DENGAN KEPAKNYA KEPADA SANG TUPAI ).Sang Tupai, Kau mesti bertenang. Nanti anak-anak kau susah hati melihat perlakuan kau ini. Ambil buah rambutan ini. Beri anak-anak kau makan. Pujuk mereka semua. Pergilah ke lubang kau semula.

(BINATANG YANG LAIN- SANG MONYET, SANG AYAM, SANG MURAI, SEMUANYA MENGIKUT PERLAKUAN YANG NURI MENGURUT-URUT BAHU SANG TUPAI SEBAGAI TANDA SUPAYA BERTENANG SECARA BERGILIR-GILIR.

SANG TUPAI( Sang Tupai mengganggukkan kepala. Dia mengambil kacang lalu masuk ke dalam lubang)

SANG TUPAITerima kasih semua..

SANG NURI( MELEPASKAN PANDANGAN KEPADA SANG TUPAI. KEMUDIAN DIA BERALIH KEPADA PENGHUNI POKOK YANG LAIN SEDARI TADI HANYA SEBAGAI PEMERHATI.

SANG NURIKawan-kawan mari kita berbincang. ( Sang Nuri mengajak Sang Monyet, Sang ayam, Sang Murai, ). Sang Nuri berkumpul di bawah pokok.

BABAK 2

SANG NURI BERDIRI DI ATAS SEBATANG BATU YANG BESAR LAGAK SEPERTI PEMBACA QUTBAH MEMBERIKAN PENERANGAN KEPADA RAKAN-RAKAN MENGENAI MASALAH YAG MELANDA DI TEMPAT TINGGAL MEREKA.

SANG NURI( Berdiri tegak, untuk memberikan taklimat kepada rakan-rakan )Seperti sedia maklum tempat tinggal kita sekarang ini mengalami masalah kecurian. Setakat ini kita belum mampu untuk menyekat kegiatan kecurian ini. Kalau sebelum ini kawan kita si ayam dan si Murai telah mengalami kesusahan apabila telur dan sarang mereka mereka dimusnahkan dan di makan oleh musuh yang tidak dikenali. Sekarang ini Sang Tupai juga mengalami masalah yang sama. Kacang untuk sarapan anak-anaknya telah dicuri dan kulitnya di buang merata-rata tempat. Ada sesiapa yang melihat kes kecurian ini?

( BERSUARA DENGAN SUARA KESEDIHAN )SANG AYAM: Tolonglah kawan-kawan kita jadi ikhtiar, telur-telur saya yang kecil-kecil itupun habis dimusnahkan oleh si pencuri yang durjana itu. Kasihan anak sayatiada harapanlah dia untuk mempunyai adik..keturunan kami akan pupus sekiranya masalah ini berterusan

SANG BIAWAK Telur ayam kecil dan terlalu hanyirpatut dibuang sahaja..tak payah menangislah Sang Ayam..telur kau tu bukannya sedap sangat. ( SUARA SANG BIAWAK DARI ARAH BELAKANG KUMPULAN YANG SEDANG BERKUMPUL ITU ).

SANG MURAI (BERSUARA DENGAN SUARA KESEDIHAN )Sarang dan telur saya juga habis dirosokkan oleh si pengkhianat itu. Sarang disiat-siat seperti terlalu marah. Memanglah di dalam sarang saya itu telurnya hanya sebijisaya baru sahaja mula bertelursekarang aku terpaksa membuat sarang yang baru.

SANG ULAR: Sarang macam rumah setinggan..macam rumah tak siap..memang patutlah sedang roboh dan dimusnahkan Tak apayah sedihlah Sang Murai..he..he..he ( SUARA SANG ULAR DARI ARAH BELAKANG KUMPULAN YANG SEDANG BERKUMPUL ITU ).

SANG MONYET( MENGANGKAT TANGAN ) Semalam saya pulang lambat ke pokok ini. Saya pergi mencari buah-buahan untuk dibawa ke majlis Sang Nuri hujung minggu ini. Jadi semasa kejadian itu saya tiada di atas pokok ini.

( SANG ULAR DAN SANG BIAWAK MASUK KE PENTAS )( SANG ULAR DAN SANG BIAWAK LEWAT KE PERJUMPAAN ITU )

SANG BIAWAK ( BERCAKAP DENGAN NADA YANG MARAH ):Mengapa berkumpul ramai-ramai nilepas tu cakap kuat-kuatmenganggu kehidupan orang lain sungguh.

SANG ULAR: Ya laaku benci betul dengan keadaan macam ini. Kalau boleh aku nak pidah ke tempat laintempat ini dah buat aku jadi tak tenteramsemua binatang ni tidak tahu menghormati perasaan jiran yang lain.

SANG MURAI: Kamu ini memang tidak prihatin dengan masalah kawan-kawan lain yang berada dalam kesusahantahunya merungut sahaja..kadang-kadang menyampah pulak aku dengan perangai kau berdua ini..

SANG BIAWAK : Apa hal sampai ada yang terpekik terlolng pagi-pagi buta ini? Bingit telinga aku inikalau suara tu merdu tak apalah juga tertekan aku macam ni..( sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal)

SANG AYAM:Untuk pengetahuan kau berduatempat tinggal kita ini ada masalah yang terbaru.ada kes kecurian lagikacang makanan si tupai telah dicuri pulatulah kauorang datang awal semasa mesyuarat..kau datang lewat..lepas itu membebel pulasuka benar kau orang berdua menyakitkan hati orang..tak berubah-ubah..

SANG ULAR.Saya sudah tidur semasa kejadian kecurian itu berlaku. Saya makan terlalu kenyang pada hari semalam, kerana saudara saya membuat majlis makan-makan. Disebabkan makan terlalu banyak saya tidur dengan begitu lena. Sang Nuri boleh saya bertanyakan soalan. Ke mana perginya ibu Tupai semasa makanan anaknya itu dicuri?

SANG NURISang Tupai pergi ke pokok sebelah bertemu dengan ibunya di pokok hujung kampung ini. Dia mengambil peluang semasa anaknya tidur untuk ke lubang ibunya. Jika anak-anaknya tidak susah untuk dia melompat ke pokok tempat tinggal ibunya. Anak-anaknya masih kecil dan belum cekap untuk melompat dari dahan ke dahan.

SANG BIAWAK(BERCAKAP DENGAN MEGAH DAN BONGKAK )Itulah akibatnya jika ibu yang tidak sayangkan anak-anaknya. Tinggalkan anak-anaknya untuk pergi bergosip dengan ibunya. Kalau saya tidak akan tinggalkan anak-anak saya walaupun seminitpun. Saya akan keluar dari sarang apabila anak saya sudah besar. Barulah jadi ibu yang bertanggung jawab. Ini sebenarnya balasan untuk ibu yang tidak bertanggungjawab.

SANG MONYETKau suka mencari silap orang lain Sang Biawak. Kau tidak pernah cuba untuk memberikan buah fikiran cara untuk menyelesaikan masalah kecurian di tempat tinggal kita ini. Tahunya mencaci orang sahaja kerjanya.

SANG BIAWAK SANG MONYET MENJAWAB DENGAN AYAT MENYINDIR MONYET. Kau pun sama sang monyet hanya tahu cari kutu dan makan pisang sahaja, yang lain-lain kau bukan tahu buat apa-apapun.

SANG ULAR : Patutlah badan besarkurang senaman..he..he.. hari tu aku dengar pisang dia pun hilang jugaharapkan badan aje yang besar..makanan sendiripun tak boleh jaga..ha..ha..ha..( gelak dengan kuat )

SANG MONYETSANG MONYET MENERKAM KE ARAH SANG BIAWAK DAN MENCENGKAM LEHER SANG BIAWAK. SANG ULAR MENYOROK DI BELAKANG SANG BIAWAK..Kau memang suka cari gaduhkan Sang Biawak.

SEMUA BINATANG YANG ADA DI SITU MELERAIKAN PERGADUHAN ANTARA SANG BIAWAK DAN SANG ULAR SANG MONYET.

SANG MURAI : Sudah-sudahlah tu..malu dilihat oleh anak-anak kita..setiap perlakuan kita dijadikan contoh oleh anak-anak kita.

SANG MURAI: Bawa bersabar sang monyet.. ( sang murai-mengurut-ngurut badan sang monyet )

SANG MONYET: Entah-entah masalah ditempat kita ini berpunca daripada mereka berduamereka berdua sahaja yang tidak mengalami masalah, dan mereka berdua sahaja yang suka makan telur

SANG ULAR: kau jangan main tuduh-tuduh..aku tidak pernah mencuri..nanti aku boleh saman kau tahu tak.. SANG BIAWAK : Tengok oranglah..badan besar, kebal, kuat siapa berani nak curi harta benda aku..kalau berani cubalah..teruk aku kerjakan nantiha..ha..ha..

SANG NURISudah-sudah kita berkumpul di sini bukan untuk bergaduh tetapi mencari jalan penyelesaian kepada masalah kita ini. Kamu ni sang biawak, sang ular dan sang monyet macam budak-budak, suka sangat bergaduh. Pergaduhan tidak menyelesaikan masalah.

TIBA-TIBA SANG MURAI MENDEKATI SANG NURI UNTUK MEMBERIKAN BUAH FIKIRAN. SANG MURAI BERJALAN TERKEDEK-KEDEK MENDEKATI SANG NURI .

SANG MURAITadi saya dan Sang ayam ada berbincang tentang masalah kecurian di tempat tinggal kita ini. Kami berdua berasa kita perlu mengupah seorang penyiasat persendirian untuk menyiasat kes kecurian ini.

SANG BIAWAK ( dengan nada angkuh dan menyindir)Siapa yang hendak menyiasat kes yang kecil sebegini. Lagipun kita mana ada wang untuk memberi upah kepada penyiasat itu apabila dia telah selesaikan kes. Suka beri pandangan yang tidak masuk akal..he..he..he.. Sang Murai..sang Muraiberfikirlah sebelum bercakapjangan nanti diketawakan oleh orang

SANG ULARSayapun tiada wang untuk dihulurkan kepada penyiasat itu. Saya makanpun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Saya ni cukup-cukup makan sahaja. Baik beli makanan mengeyangkan perut dari membazir kepada sesuatu yang tidak berfaedah..

SANG AYAM( menghampiri Murai dan sang Nuri )Saya dengar tuk penghulu hutan kita sang kancil yang bijaksana telahpun pulang dari lawatan kerjanya. Saya rasa elok kiranya kita pergi bertemu dengannya untuk mengadu hal tentag masalah kita ini. Itulah cadangan saya dan Sang Murai.

SANG BIAWAK ( SANG BIAWAK BERCAKAP DENGAN BERANG TANDA JENGKEL DENGAN CADANGAN SANG MURAI DAN SANG AYAM )Buat apalah kita nak menyusahkan sang kancil itu. Tentu dia keletihan kerana baru balik daripada merantau. Ini Cuma masalah kecillah, kita boleh selesaikan sendirilah. Apakah kamu semua ni. Suka sangat membazirkalau kau orang lebih saagat duit beri aje kat aku ni.. atau sedekahkan kepada anak-anak yatim dapat juga pahala..

SANG ULAR: Betul..betul tu sang biawak kalau susah sangat beri aje kepada aku ni..aku ni anak yatim juga..ha..ha.ha.. mereka semua memang bodoh..suka mencadangkan sesuatu yang tak masuk akalkalau dah ada masalah selesaikan sendiri..ini sibuk menyusahkan orang laintak faham aku.dengan kau semua ini..

KEDENGARAN SUARA-SUARA PENGHUNI POKOK YANG BERCAKAP SESAMA SENDIRI UNTUK MEMBERIKAN PENDAPAT MEREKA.

SANG NURI.Baiklah kita sekarang mempunyai dua pendapat cara untuk menyelesaikan masalah ini. Sang ayam dan sang Murai bercadang untuk menjemput sang Kancil untuk menyelesaikan masalah kita ini. Ada benarnya juga pendapat sang itik dan sang ayam itu. Sang Kancil sebagai Tuk Penghulu perlu tahu masalah kita ini. Pendapat yang kedua kita selesaikan masalah kita sendiri mengikut pendapat biawak . Baiklah kita buat undian. Siapa yang menyokong pendapat sang itik dan sang ayam boleh angkat tangan dan siapa yang sokong pendapat sang biawak juga boleh mengangkat tangan.

SANG BIAWAK DAN ULAR BEREDER DARI SITU KERANA SEBELUM UNDIAN DIBUAT

SANG NURISiapa yang menyokong pendapat sang itik dan sag ayam untuk menjemput sang kancil bagi menyelesaikan masalah kecurian ini?

( SEMUA PENGHUNI POKOK MENYOKONG PENDAPAT SANG AYAM DAN SANG MURAI KECUALI SANG ULAR DAN SANG BIAWAK.)

Siapa yang menyokong pendapat sang biawak ?( TIADA YANG MENGANKAT TANGAN )

SANG NURIBaik, penghuni pokok sebulat suara telah menyokong pendapat sang ayam dan sang itik untuk menjemput sang kancil menyelesaikan masalah kita ini. Esok pagi-pagi lagi saya akan bertemu dengan sang kancil.

( ANAK SANG KANCIL TELAH LAMA DUDUK DI SITU MENCURI DENGAR PERBINCANGAN YANG DIBUAT OLEH PENGHUNI POKOK ITU )

ANAK SANG KANCIL: Nanti-nanti Sang Nuriayah saya tak ada di rumah sekarang inibulan depan dia baru balikAyah saya pergi melawat di hutan yang lain.

SANG AYAM : Nampaknya kita kena cari cara lain untuk menyelesaikan masalah kita ini..( dengan nada kecewa )

SANG NURI : Betul tu..

BABAK 3

KEDENGARAN LAGU NYANYIAN LAGU SI BONGKOK TIGA OLEH ANAK-ANAK PENGHUNI POKOK. ( ANAK TUPAI, ANAK AYAM, ANAK MONYET, ANAK MURAI ) SEHINGGA LAGU HABIS MEREKA BERMAIN-MAIN ..

ANAK MONYET: Mana Si anak kancil ni. Kata nak datang ..tapi muka hidung diapun tak nampak dari tadi

ANAK AYAM: Mak dia tak kasi dia keluar kotayah diakan tak ada..mak dia minta tolong dia buat kerjalah tu

ANAK MURAI:Tadi aku ada nampak dia tengah makan pucuk ubi di hujung jalan sana tusyok sangat makanlah tu sampai lupa kita di sini

ANAK TUPAI: Anak Kancil tak pernah mungkir janji..tunggulah sekejap lagi..tentu dia datang nantiMari kita menyanyi lagikita nyanyi lagu lain pulak

ANAK AYAM, ANAK MONYET, : Lagu apa?

ANAK TUPAI:Lagu ini ( muzik dimainkan Lagu kanak-kanak yag sesuai )

ANAK KANCIL SAMPAI KE TEMPAT ITU DENGAN TERMENGAH-MENGAH..

ANAK KANCILBerhenti nyanyi..berhenti nyanyi( Muzik diberhentikan ) Kawan-kawan Semasa dalam perjalanan ke sini tadi aku nampak sang ular dan sang biawak sedang makan kacangdi mana mereka dapat ya..( bercakap dengan nada yang termengah-mengah )ANAK TUPAI:Tah-tah kacang ibu kita tak..hari tu kan kacang kat rumah kita hilang..

ANAK MONYET:Kesian kauhari tu aku tengok mak kau nangiskaupun nangis jugakan..

ANAK TUPAI:Emm..emm..sedih aku laparlahsebab tu nangis..

ANAK AYAM:Mak aku pun nangis hari tu..telur mak aku kena makan dengan pencuri..habis semua..tak tinggal satupunkesian mak akunanti aku tak ada adik..kesian aku ..sebatang kara

ANAK MONYET:Mak akupun kehilangan pisang juga..nasib baik sang Nuri beri aku buah rambutan kalau tidak tentu aku lapar..

ANAK MURAI: Nasib baik mak kau tak sempat bergaduh dengan sang ular dan sang biawakkalau tidak mesti bergaduh besar( ANAK MURAI MEMBUAT AKSI BERGADUH )

ANAK MONYET:Kau janganlah sebut perkara itu aku malulahnanti aku cili mulut kau baru tahu..

ANAK KANCIL:Sudahlah tu aku bukan nak suruh kau semua bergaduh sebenarnya aku rasa kita kena buat rancangan untuk memerangkap pencuri ituANAK MURAI, ANAK MONYET, ANAK TUPAI, ANAK AYAM:Macam mana ?

ANAK KANCIL:Mari sini aku beritahu

( ANAK-ANAK BINATANG INI BERKUMPUL SAMBIL BERPEGANGAN SEPERTI PERBUATAN PEMAIN BOLA SEPAK SEBELUM MEMULAKAN PERMAINAN )

ANAK MURAI, ANAK MONYET, ANAK TUPAI, ANAK AYAM: O..OOOO..OOO..Macam tu ke ..he..he..he ( sambil membuat gaya kepada penonton )

BABAK 4

KELIHATAN SANG ULAR DAN BIAWAK SEDANG BEREHAT-REHAT DI BAWAH POKOK.

SANG BIAWAK : kita ni lama dah tidak pergi mencari makanan. Aku teringin nak makan telurlah

SANG ULARAku ada terjumpa telur busuk kau hujung belukar tu..kau nak keaku boleh pergi ambilkan..

SANG BIAWAK: Aku tak makan telur busuk..cis..meloya aku..kau ini Sang Ularaku selalu makan telur yang segarbaru tiba dari ladang

SANG ULAR:Kau ni memilihkerja malas

SANG BIAWAK:Kau jangan sebut malas-malas tu aku tak sukaaku selalu dapat makanan terpijakjadi buat apa aku menyusahkan dirisekeliling aku banyak makanan..he..he..

SANG ULARNak hidup mesti pandai putar belitkan .

SANG BIAWAKTaupun kau..sebab itu aku suka berkawan dengan kau..kau begitu memahamiKalau kau ada sumber terbaru beritahulah aku.aku teringinlah telur..

SANG ULARAku tidak masuk campur ya Sang Biawakkalau kau ditimpa masalah lagi aku tak mahu tolong dah.. ya..

(TIBA-TIBA KEDENGARAN SUARA KECIL DISEBALIK SEMAK BERHAMPIRAN DENGAN TEMPAT SANG ULAR DAN SANG BIAWAK BEREHAT)

ANAK MURAI : Mak aku kata..nanti proes pengumpulan telur burung, telur ayam akan dikumpulkan pada satu tempat yang jauh dari sini.

ANAK KANCIL: Kenapa buat macam tu?

ANAK MURAI: Nak selamatkan telur tu dari dimakan oleh pencuri

ANAK AYAM : Simpan kat mana..mak aku tak beritahupun..

ANAK MONYET:Kau janganlah cakap kuat-kuat nanti orang dengar

ANAK TUPAI: Aku dengar telur tu akan disimpan di sarang di dalam kumpulan busut-busut itu..

ANAK AYAM Janganlah cakap kuat-kuat nanti orang dengar.. bila nak simpannya..

ANAK MURAI DAN ANAK KANCIL: Tengah mala mini..( sambil berbisik-bisik )

( SANG BIAWAK YANG MENDENGAR PERBUALAN ITU TERSENYUM SUMBING )

SANG BIAWAKRezeki aku dah sampai Sang Ular

SANG ULARBelum pasti lagi Sang Biawak..itu cuma cakap budak-budak sahajabukan boleh percaya..

SANG BIAWAKBelum cuba..belum taurezeki jangan ditolak ..musuh jangan dicari..he..he..heaku nak beredar dah Sang Ular ..aku nak rehatkan diri..aku perlukan banyak tenaga untuk menjalankan misi aku ini.

SANG ULARIkut suka kau sang Biawak..aku tak masuk campur..BABAK 5

SANG BIAWAK TERANGKAK-RANGKAK MENYOROK DIBELAKANG POKOK. DIA SEDANG MEMERHATIKAN KEADAAN SEKELILING BUSUT ITU. TIADA KELIHATAN SESIAPA DI BUSUT ITU. SANG BIAWAK MEMPERCEPATKAN LANGKAHNYA MENUJU KE ARAH BUSUT ITU DENGAN MATA MEMERHATIKAN SEKELILING SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA

SANG BIAWAK:Banyaknya telur ini..putih-putih belakatentu sedap ni..telur baru..terbaik dari ladang( SANG BIAWAK TERUS MENYUAP KE MULUTNYA SETELAH PUAS DIA MENGHIDU DAN MENJILAT-JILAT KULIT TELUR ITU )

SANG BIAWAK:Adui..kerasnya telur initelur besi ke telur apa initapi sedaplah( SANG BIAWAK SEMPAT MAKAN TIGA BIJI TELUR DENGAN LAHAP KERANA KELAPARAN )

SAMPAI TELUR YANG KE EMPAT:SANG BIAWAKAduh sakitnya gigi aku ini( sambil meluahkan dari mulut ) gigi aku patah..Aduh sakitnya perut akuaduh tolong-tolong sakitnya perut aku

( TIBA-TIBA KELUAR DARI SEMAK PENGHUNI HUTAN )

SEMUA BINATANG:Haitulah akibatnya makan telur terbaik dari ladang

SANG MONYETMari aku kerjakan kau

SANG AYAM:Sabar-sabar sang Monyet( SAMBIL MENANRIK TANGAN SANG MONYET )

SANG MONYETAku sebenarnya sudah lama syakkan Sang Biawak ini. Tapi aku tiada bukti..

SANG NURIRupanya kau yang dalang disebalik kecurian di hutan initidak sangka betul..sang Biawak..kau penghuni hutan yang mementingkan diri sendiri.SANG BIAWAK:Tolong aku..sang Nuri..aku sakitaku dah tidak berdaya untuk bergerak.. tolong aku kawan-kawantolonglah aku kali ini..( SANG BIAWAK BERCAKAP DENGAN SUARA MERAYU SAMBIL MENGADUH KESAKITAN)

SANG NURIKAWAN-KAWAN ..MARI KITA PERGI DARI SINI

SEMUA BINATANG:Jom pergi

BINATANG-BINATANG ITU SEMUANYA BEREDAR DARI TEMPAT ITU DENGAN PERASAAN MARAH.BABAK 6

SANG BIAWAK:Tiada siapakah yang sudi datang melawat aku Sang Ular?

SANG ULARTiada siapa yang datangsabarlah..jangan sedih sangat.. nanti kau lambat sembuh pula.SANG BIAWAK:Nanti bila dah sembuh aku akan pergi berjumpa dengan semua penghuni hutan ini untuk minta maaf. Aku banyak menyusahkan mereka.

SANG ULARBaguslah kalau kau dah sedarkita pergi sama-sama ya..akupun banyak buat salah pada penghuni pokok ni

( TIBA-TIBA ADA SUARA DI DEPAN SANG BIAWAK DAN SANG ULAR )

SANG MURAI:Kami sudah maafkan kamu sang biawak dan sang ular. Kita tidak boleh lama-lama bergaduhberdosa..

SANG NURI: Buang yang keruh ambil yang jernih..marilah kita bermaaf-maafan..

(PENGHUNI POKOK BERSALAM-SALAMAN ANTARA SATU SAMA LAIN )( MENYANYI LAGU MUAFAKAT MEMBAWA BERKATATAU LAGU LAIN YANG SESUAI )TAMAT