Skrip Forum

3
FORUM Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi Moderator : Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama...... Apa khabar puan? Panel 1 : Alhamdulillah sihat tuan moderator. Tuan moderator bagaimana? Moderator : Alhamdulillah... Moderator : Bolehkah puan perjelaskan apakah konsep Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi dan adakah tema ini relevan dengan peranan guru dalam dunia pendidikan pada hari ini? Panel 1 : Terima kasih tuan moderator yang cantik molek pekertinya membawa rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat, rakan panel dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Tema Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi boleh didefinisikan sebagai warga pendidik yang berperanan menimbulkan sesuatu idea, berkebolehan mencipta dan penggerak ke arah menghasilkan produk baharu atau perkhidmatan yang lebih baik. Kreativiti : kreativiti boleh ditafsirkan sebagai penghasilan idea . Kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baharu atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif. Apabila seorang kanak- kanak memikirkan sesuatu idea, walaupun ianya idea yang nakal, kanak-kanak tersebut sebenarnya seorang yang kreatif. Apabila seorang ahli sains pula yang menghasilkan sesuatu idea, beliau ditakrifkan sebagai melatih kreativiti. Oleh itu, kreativiti adalah suatu proses atau proses berfikir. Kreativiti dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan create . Apa yang dicipta atau dihasilkan adalah idea. (Yayasan Inovasi Malaysia, 2010) Inovasi merupakan elemen penting yang didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti atau pembaharuan. Inovasi : inovasi pula boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti dengan mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti

description

GURU DAN CABARAN SEMASA

Transcript of Skrip Forum

Page 1: Skrip Forum

FORUM

“Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi”

Moderator : Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama...... Apa khabar

puan?

Panel 1 : Alhamdulillah sihat tuan moderator. Tuan moderator bagaimana?

Moderator : Alhamdulillah...

Moderator : Bolehkah puan perjelaskan apakah konsep Guru Pencetus Kreativiti,

Penjana Inovasi dan adakah tema ini relevan dengan peranan guru

dalam dunia pendidikan pada hari ini?

Panel 1 : Terima kasih tuan moderator yang cantik molek pekertinya membawa

rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu

kehormat, rakan panel dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allahsekalian.

Tema “Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi” boleh didefinisikan

sebagai

warga pendidik yang berperanan menimbulkan sesuatu idea, berkebolehan

mencipta dan penggerak ke arah menghasilkan produk baharu atau

perkhidmatan yang lebih baik.

Kreativiti : kreativiti boleh ditafsirkan sebagai ‘penghasilan idea’. Kebolehan

seseorang untuk menghasilkan idea baharu atau mengumpul idea adalah

kebolehan kreatif. Apabila seorang kanak-kanak memikirkan sesuatu idea,

walaupun ianya idea yang nakal, kanak-kanak tersebut sebenarnya seorang

yang kreatif. Apabila seorang ahli sains pula yang menghasilkan sesuatu idea,

beliau ditakrifkan sebagai melatih kreativiti. Oleh itu, kreativiti adalah suatu

proses atau proses berfikir. Kreativiti dalam Bahasa Inggeris berasal dari

perkataan ‘create’. Apa yang ‘dicipta’ atau ‘dihasilkan’ adalah idea. (Yayasan

Inovasi Malaysia, 2010)

Inovasi merupakan elemen penting yang didefinisikan sebagai pengaplikasian

kreativiti atau pembaharuan.

Inovasi : inovasi pula boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti

dengan mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses

Page 2: Skrip Forum

berfikir manakala inovasi pula ialah proses menambah nilai kepada idea yang

dihasilkan. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah bijih benih, inovasi pula

adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman dan

pemeliharaan benih. (Yayasan Inovasi Malaysia, 2010)

Kita perlu lihat pada keperluan semasa. Abad kini adalah abad ke-21 yang

mana kita menginginkan modal insan yang berkeupayaan berfikir secara

kreatif dan kritis. Hal ini juga dikaitkan dengan pelan pembangunan

pendidikan malaysia yang ingin melahirkan generasi yang berfikir aras tinggi

iaitu KBAT supaya mereka setanding dan dapat menyesuaikan diri dalam

keperluan abad ini sekali gus menjadi modal insan yang kreatif dan inovatif

setanding dengan taraf negara-negara luar.

Tema ini sangat relevan untuk disesuaikan kerana kita inginkan para guru

menghayati dan faham seterusnya boleh melaksanakan kaedah pengajaran

dan pembelajaran kepada pelajar supaya dapat melahirkan pelajar yang

berfikiran kreatif dan kritis. Guru perlu mendidik pelajar menjadi kreatif dahulu

dan seterusnya dapat melahirkan pencipta bukan lagi pengguna. Kesannya,

masyarakat Malaysia dapat menghasilkan produk sendiri dan tidak lagi

bergantung kepada produk luar.

Moderator : .....

Panel 2 : ......

Moderator : Apakah strategi guru yang boleh diaplikasikan dalam membangunkan

para pelajar yang kreatif dan inovatif?

Panel 1 : Terima kasih kepada tuan moderator atas persoalan yang diujarkan.

Pada pandangan saya, untuk melahirkan pelajar berfikiran aras tinggi

adalah melalui kaedah menyoal, bahan-bahan yang diberikan dan kaedah

murid belajar. Guru perlu menerapkan unsur-unsur konstruktivisme,

penyelesaian masalah, inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek

dan membuat keputusan.

Guru yang inovatif berupaya menjana idea baharu yang boleh

mempertingkatkan amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada

generasi anak didik. Guru yang inovatif juga berkemampuan mencipta

Page 3: Skrip Forum

kelainan atau modifikasi menggunakan unsur dan sumber sedia ada serta

mewujudkannya sebagai elemen sintesis yang melancarkan proses

pengajaran dan pembelajaran. Guru yang inovatif juga mempunyai tahap

ketekunan yang tinggi, belajar daripada kesilapan, mengurus idea secara

sistematik serta cenderung mendapatkan ilmu pengetahuan baharu.

Guru harus mencuba menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang baharu

dalam bilik darjah. Memaksimakan penggunaan bilik pandang dengar,

makmal komputer, dan pelbagai kemudahan yang ada di sekolah. Bukan

jadikan kemudahan itu sebagai muzium.

Di sini jelaslah bahawa guru mesti bertindak sebagai pencetus kreativiti dan

penjana inovasi kerana guru sebagai penyampai ilmu perlulah memiliki

kemahiran tinggi untuk melakukan transformasi dalam menjana minda murid

agar menjadi lebih dinamik.

Moderator : ....

Panel 2 : .....

Moderator : Apakah kata-kata akhir puan atau sedikit rumusan yang boleh

diberikan tentang tajuk perbincangan kita pada hari ini?

Panel 1 : Secara tuntasnya, sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan

setiap murid mencapai potensi sepenuhnya agar menjadi generasi

gemilang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran yang

kreatif dan kritis, memiliki sahsiah dan nilai yang mendukung semangat

identiti nasional.

Seterusnya, Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovatif adalah selaras

dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran

abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan

perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang

terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

2013-2025.