Skrip Pengacara Majlis (Edited)

6
Skrip Pengacara Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Kempen Jom Ke Perpustakaan bagi tahun 2014. Mohon perhatian buat para hadirin. Hadirin diminta berdiri bagi pengumuman ketibaan tetamu kehormat sebentar lagi. Dipersilakan berdiri. Mengumumkan ketibaan : (1) Yang Berbahagia, Pn Noraslina Bt Dato Zainal Abdin, Ketua Wanita Umno Bahagian Sembrong Merangkap Exco Wanita Umno Malaysia. Yang Berusaha, Pn. Hjh Saloma bt. Zaini, Pengetua SMK Paloh Tn. Hj Omar b. PM Mohamad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Tn Hj. Zaini b.Kasbani Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Rahim b. Rosdi, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Pn Rasyidah bt Rahmat, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan Lembaga Pengawas Perpustakaan serta para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia. (2) Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul di Dewan Bayu Sri

description

skrip emcee

Transcript of Skrip Pengacara Majlis (Edited)

Page 1: Skrip Pengacara Majlis (Edited)

Skrip Pengacara Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Kempen Jom Ke Perpustakaan bagi tahun 2014.

Mohon perhatian buat para hadirin. Hadirin diminta berdiri bagi pengumuman ketibaan tetamu kehormat sebentar lagi. Dipersilakan berdiri.

Mengumumkan ketibaan :

(1) Yang Berbahagia, Pn Noraslina Bt Dato Zainal Abdin, Ketua Wanita Umno Bahagian Sembrong

Merangkap Exco Wanita Umno Malaysia.

Yang Berusaha, Pn. Hjh Saloma bt. Zaini, Pengetua SMK Paloh

Tn. Hj Omar b. PM Mohamad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Tn Hj. Zaini b.Kasbani Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Rahim b. Rosdi, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Pn Rasyidah bt Rahmat, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan Lembaga Pengawas Perpustakaan serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

(2)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul di Dewan Bayu Sri bagi melangsungkan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Kempen Jom Ke Perpustakaan bagi tahun 2014.

NYANYIAN LAGU SEKOLAH DAN BANGSA JOHOR

Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini,dijemput para hadirin berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu sekolah dan bangsa johor

terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi.

PERSEMBAHAN MONTAJ

Page 2: Skrip Pengacara Majlis (Edited)

PERSEMBAHAN ZAPIN

Terbang bebas si rama-ramaTeratai mekar di tengah lembahMajlis Watikah diiringi iramaPersembahan zapin turut dipersembah.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan zapin dari __________. Dengan segala hormatnya di persilakanDemikianlah tadi persembahan zapin yang cukup istimewa.(3)

BACAAN DOAHadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Bagi menambahkan keberkatan majlis nan berbahagia ini, kita mulakan dengan bacaan doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan __________________________ bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

#########Terima kasih diucapkan kepada _________________atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

(5)UCAPAN PENGETUA

Melilit rotan di dahan araDi celah angsana mekar sekataUcapan Aluan pembuka bicaraBingkisan ucapan sepatah kata

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Pn Hjh Saloma Bt Zaini Pengetua SMK Paloh untuk menyampaikan ucapan alu- aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

##########Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pn Hjh Saloma atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

(6)UCAPAN PERASMI

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi,

Puteri Bongsu cantik terperiMinum air tampak berkaca

Page 3: Skrip Pengacara Majlis (Edited)

Demi jaya ilmu dicariNadi ilmu amalan membaca

Seterusnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia, Pn Noraslina Bt Dato Zainal Abdin, Ketua Wanita Umno Bahagian Sembrong Merangkap Exco Wanita Umno Malaysia., untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Kempen Jom Ke Perpustakaan bagi tahun 2014.#####Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang Berbahagia , Pn Noraslina atas kesudian beliau untuk perasmian pelancaran itu tadi.

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan multimedia istimewa

Demikianlah tadi persembahan multimedia.

PENYAMPAIAN WATIKAH PSS

Seterusnya, kita tiba ke acara penyerahan watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Pn. Hjh. Saloma bt. Zaini, Pengetua SMK Paloh untuk mengiringi Yang Berbahagia, Pn Noraslina Bt Dato Zainal Abdin untuk menyampaikan watikah.Dipersilakan.

NAMA;.........................

####

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Noraslina kerana sudi menyampaikan watikah kepada semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Paloh sebentar tadi.

BACAAN IKRAR

Seterusnya dipersilakan Saudara _____________, Ketua Umum sesi 2014 untuk mengetuai lafaz ikrar pengawas PSS

(8)PENYAMAPAIAN CENDERAMATASeterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Pengetua untuk menyampaikan cenderahati tanda ingatan tulus ikhlas daripada warga SMK Paloh kepada Yang Berbahagia, Pn Noraslina Bt Dato Zainal Abdin.

Page 4: Skrip Pengacara Majlis (Edited)

####Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.

NYANYIAN LAGU NEGARAKUSebagai penutup tirai majlis kita pada hari ini,dijemput para hadirin berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku(10)

Dengan berakhirnya nyanyian Lagu Negaraku itu tadi maka berakhirlah Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Kempen Jom Ke Perpustakaan bagi tahun 2014 .Semoga dengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan para pengawas pusat sumberdalam melaksana dan menjalankan tugas yang diamanahkan.

Membawa dulang beralas suteraBerisi hadiah buat pemenangIlmu dijulang semangat membaraAmalan membaca hatipun senang

Majlis kita sampai dipenghujungnya, Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, pihak majlis mohon menyampaikan jutaaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Majlis menjemput Yang Berbahagia, Pn Noraslina Bt Dato Zainal Abdin diiringi Pn. Hjh Saloma dan semua tetamu untuk ke Dewan Pengetua Bestari bagi menjamu selera.

Sekian, dengan lafaz wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahhita’ala wabarakatuh,

Sekian, terima kasih