Skrip Persembahan Seni Dalam Pendidikan

7
SKRIP PERSEMBAHAN SENI DALAM PENDIDIKAN PISMP SEJARAH SEMESTER 4/2015 WATAK: Pencerita : Aminah Pengembala : Mohd Nazrin Kambing 1 : Siti Suriyani Kambing 2 : Rogayah Kambing 3 : Nurul Hardi Gadis 1 : Aiza Gadis 2 : Maziah Gadis 3 : Nor Nazlia Orang Kampung 1 : Aminah Orang Kampung 2 : Hajar Orang Kampung 3 : Sofyan Serigala : Sofyan Persembahan Seni Dalam Pendidikan pada hari ini mengisahkan si Pengembala kambing yang suka menipu penduduk kampung. Narrator: Hai adik-adik, di sini akak nak bercerita tentang kisah si Pengembala Yang Menipu. Pada zaman dahulu ada seorang pengembala kambing yang suka menipu penduduk kampung. Kita ikuti kisah ini. Audio : Magika BABAK 1: Audio 1 : Can Mali Can Pengembala masuk bersama 3 ekor kambingnya. Pengembala: Saya gembala biri-biri, Semua dijaga rapi-rapi, Sudah dibawa makan pagi, Boleh berehat senang hati. Nyanyian lagu Can Mali Can oleh pengembala biri-biri dan kambingnya. (masuk audio 1) Di mana dia anak kambing saya, anak kambing saya ada di depan mata, 1

description

:P

Transcript of Skrip Persembahan Seni Dalam Pendidikan

SKRIP PERSEMBAHAN SENI DALAM PENDIDIKANPISMP SEJARAH SEMESTER 4/2015WATAK: Pencerita: AminahPengembala: Mohd NazrinKambing 1: Siti SuriyaniKambing 2: RogayahKambing 3: Nurul HardiGadis 1: AizaGadis 2: MaziahGadis 3: Nor NazliaOrang Kampung 1: AminahOrang Kampung 2: HajarOrang Kampung 3: Sofyan Serigala: Sofyan

Persembahan Seni Dalam Pendidikan pada hari ini mengisahkan si Pengembala kambing yang suka menipu penduduk kampung.Narrator: Hai adik-adik, di sini akak nak bercerita tentang kisah si Pengembala Yang Menipu.Pada zaman dahulu ada seorang pengembala kambing yang suka menipu penduduk kampung. Kita ikuti kisah ini.Audio : MagikaBABAK 1: Audio 1 : Can Mali CanPengembala masuk bersama 3 ekor kambingnya.Pengembala: Saya gembala biri-biri,Semua dijaga rapi-rapi,Sudah dibawa makan pagi,Boleh berehat senang hati.

Nyanyian lagu Can Mali Can oleh pengembala biri-biri dan kambingnya. (masuk audio 1)

1

Di mana dia anak kambing saya, anak kambing saya ada di depan mata, ini hobi saya jadi pengembala, mari kawan-kawan dengar ini cerita.

C/O Hei can mali can ohoican mali can ohoi can malican Ketipung payung.

Saya kambing sihat, serta kuat makan,bila perut padat, sampai tak larat jalan.

Wahai kambing sihat, jangan asyik makan, walau badang sihat, kenalah banyak jalan.

Ulang C/O

Saya kambing cantik, punya ekor lentik,Saya memang cantik, dan ramai yang tertarik.

Hei kambing cantik, jangan bangga diri.kalau nak menggedik, ku buat gulai kari.

Ulang C/O

Saya kambing jantan, saya ada janggut, Sambil jalan-jalan, saya pun makan rumput.

Wahai kambing jantan,suka lompat2,Jangan masuk hutan, Meragut sampai sesat.Ulang C/O

BABAK 2: Audio 2: Nenek-nenek Si Bongkok 3Narrator: Tengok tu, orang kampung, mereka masih lagi mengekalkan permainan dan lagu rakyat. Gadis 1 (Aiza): Jom kita main Nenek Si Bongkok 3 (audio 2)Nenek-nenek sibongkok 3, Siang mengantuk malam berjaga, Mencari curu di mana ada, Nenek ku kahwin dengan anak raja. 2x

Cucu-cucu tak dapat lari, Nenek tua banyak sakti,Sekarang nenek nak cari ganti, Siapa kena dia yang jadi.BABAK 3:Audio 3: Mari kita ke ladang.Masuk 3 orang kampung membawa peralatan ke ladang.Org Kpg 1: Cuaca baik pagi ni. Org Kpg 2: Jom kita ke ladang.Org Kpg 3: Jom! (audio 3)Mari kita ke ladang Mari kita ke ladang 3x hoiKita menanam kacang Jangan bimbang ahri petang

BABAK 4:Pengembala dan kambing-kambingnya masuk. Audio 4: Enjit-enjit Semut Pengembala turut bermain Enjit-enjit Semut bersama orang kampung. (audio 4)Permainan: Enjit-enjit semut, teng-tengEnjit-enjit semut,siapa sakit naik atas, 4x2 lah 3 kucing berlari, mana nak sama si kucing belang, 2 lah 3 boleh ku cari, mana nak sama kambing2 ku sayang.Enjit-enjit semut,siapa sakit naik atas, 4x

Pengembala keluar dengan wajah yang bosan.Pengembala: Nasiblah badan, bosannya.... hari-hari kerja.. bla..bla...blaBABAK 5: Masuk gadis-gadis kampung bermain permainan Jan Jan Jala (suara latar: siti, rg,hardi)Jan Jan Jala, Jala itik jala ayam, berapa lubang kancil? Seratus lima puluh panggil nenek moyang makan sirih mulut meeeeeeerrrraaah!

Pengembala berteriak meminta tolong.Pengembala: Tolong! Tolong! Ada srigala di sini. Tolong! Tolong! Selamatkan biri-biri.Gadis 1 : Serigala?Gadis-gadis: Serigala?Gadis 1: Mana?Gadis-gadis: Mana?Semua gadis: Mari kita tolong...... (bergerak ke tempat pengembala) Mana serigala??Pengembala: Hahahahahahahahah! Gadis 1 : Kenapa kamu ketawa?Pengembala: Kamu semua kene tipu. Biri-biri ada. Serigala tiada!Semua gadis: Haaaah???? Tak ade???Pengembala: Janganlah marah, main-main pon tak boleh ke?Semua gadis :huuuuuuuuuhhhhhh...Semua gadis kecewa dan berundur.Narrator: Pengembala itu, langsung tidak merasa kisah tentang perbuatannya itu.BABAK 6:Sambung bermain permainan Peram-peram pisang (Suara latar: Siti, Rg, Hardi, Yan)Singgah bermalam rumah Pak Ude, Masaklah nasi sayur keladi, Biar papa asal bergaya, Asalkan senang di dalam hati.

Peram-peram pisang, pisang masak layu, Jatuh dalam lubang sambut bapa Yu,Umbut-umbut nyior belalang kedek-kedek,Siapa buat ingo (bising) orang tu kena cubit.

Dari Lambor pergi ke Bota, Singgah bermalam rumah Wan Lebor,Hajat hati minang anak dara,Dapatlah janda rambutnya gugur.

Peram-peram pisang, pisang masak layu, Jatuh dalam lubang sambut bapa Yu,

Pengembala berteriak meminta tolong.

Pengembala: Tolong! Kambing1,2,3: Jangan!Pengembala: Tolong! Kambing1,2,3: Jangan!Pengembala : Ada serigala di sini. Pengembala : Tolong! Kambing1,2,3: Jangan!Pengembala :Tolong! Kambing1,2,3: Jangan!Selamatkan biri-biri.Gadis 2 : Serigala?Gadis-gadis: Serigala?Gadis 2: Mana?Gadis-gadis: Mana?Semua gadis: Mari kita tolong...... (bergerak ke tempat pengembala) Mana serigala??Pengembala: Hahahahahahahahah! Kamu semua kene tipu. Serigala tiada!Semua gadis: Haaaah???? Tiada???Pengembala: Main-main tak boleh ke???Semua gadis kecewa dan berundur.

BABAK 6:Audio: SuspenAudio: Salakan serigalaOrang kampung keluar (audio,audio)Serigala: Akulah serigala yang lapar, aku mahu makan biri-biri. Serigala menerkam biri-biri si pengembala.Pengembala meminta tolong.Pengembala : Tolong! Tolong! Ada serigala di sini. (2x)Orang kampung datang dan bertemu pengembala.OK & Gadis: Serigala? Serigala?Kami tak percaya lagiBiarkanlah dia, Jom kita balik.

BABAK 7:Audio 5: Gelang Si Paku Gelang

Orang kampung bertemu dengan pengembala.OK 1: Kenapa dengan kamu, wahai pengembala?Pengembala: Biri-biri saya dah hilang,Habis dimakan serigala,Kamu semualah tak nak datang,Tinggal saya seorang sahaja.

OK 2: Itulah, orang sudah kata,Jangan biasa memperdaya, Nanti orang dah tak percaya, Bila terkena padan muka.

Pengembala: Maafkan saya, saya menyesalNarrator: Wahai adik-adik, pengajaran daripada cerita tadi kita dapat ambil ialah jangan sesekali kita menipu. Bla bla bla.