Slaid 1: Pengenalan Ilmu Ketamadunan (Introduction to Civilizational Studies)
-
Upload
university-tun-hussein-onn-malaysia -
Category
Education
-
view
125 -
download
0
Transcript of Slaid 1: Pengenalan Ilmu Ketamadunan (Introduction to Civilizational Studies)
TOPIK 1
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
HASIL PEMBELAJARAN
• Pada akhir topik ini, pelajar dapat: • Menerangkan konsep tamadun berdasarkan ilmu ketamadunan. (C2:PL01)
• Menghuraikan topik yang dibincangkan dalam ilmu ketamadunan melalui penulisan dan pembentangan tugasan. (P2:PL03)
• Mengkaji nilai-nilai dalam kehidupan bertamadun berdasarkan kefahaman terhadap ilmu ketamadunan.(A3:PL08)
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Kepentingan Ilmu Ketamadunan
• Panduan bagi pembentukan jati diri warganegara serta menentukan arah tuju negara samada jangka masa pendek atau panjang. • memberi kefahaman sebenar kehidupan
bertamadun
• memberi gambaran mengenai tamadun manusia
• mendorong untuk membentuk kehidupan bertamadun
• membebaskan warganegara dari berprasangka antara satu sama lain.
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Takrif Tamadun
• Perkataan TAMADDUN diperkenalkan oleh Jurji Zaidan(1914M) dalam bukunya Tarikh al-Tamaddun al-lslami
• Perkataan tamadun dalam bahasa Melayu berasal dari bahasa Arab.
• Kepentingan memahami dalam bahasa Inggeris kerana kebanyakan kefahaman pencapaian tamadun dirujuk kepada penonjolannya dalam tamadun Barat hari ini.
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Bahasa Arab
• Berasal dari perkataan maddana iaitu katakerja yang merujuk kepada dua pengertian iaitu • pertama memperhaluskan budi
bahasa dan memperelokkan tingkahlaku.
• kedua ialah membuka atau membuat bandar.
• Daripada perkataan ini terbit perkataan al-madinah yang bererti bandar serta al-madaniyah bererti peradaban dan kemakmuran hidup.
• Madani merupakan perkataan bahasa Arab digunakan dalam bahasa Melayu menggambarkan sifat sesuatu yang berkaitan dengan satu cara hidup yang menzahirkan kehalusan budi pekerti yang terpuji.
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Ibn Khaldun (abad ke 14) :Kitab al-Muqaddimah.
• Menggunakan dua perkataan iaitu ‘umran dan hadharah.
• ‘umran membincangkan tentang sifat organisasi dalam sosial manusia.
• hadharah membawa pengertian kehidupan menetap yang merujuk kepada kehidupan orang-orang badwi yang pada peringkat awalnya hidup berpindah randah tetapi menjalani kehidupan menetap apabila mula mencapai kemajuan.
• Hadharah juga digambarkan sebagai suatu kemajuan yang meliputi kehidupan di bandar dan desa.
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Farid Wajdi & Muhammad Abduh
• Ahmad Farid Wajdi (1899M): buku al-Madinah Wa al-lslam (Islam dan Tamadun)
• Muhammad Abduh (1900M): buku al-lslam Wa al-Nasraniyyah Ma'a al-'llm Wa al-Madaniyah (Islam dan Kristian serta hubungannya dengan Sains dan Tamadun)
• Dua sarjana yang menggunakan perkataan Madaniyyah bagi menggambarkan tamadun yang merujuk kepada bandar atau kehidupan bandar.
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Bahasa Melayu
• Kamus Dewan = Tamadun diertikan sebagai keadaan masyarakat yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan serta perkembangan pemikiran yang tinggi merangkumi sosial, budaya, politik dan lain-lain.
• Tamadun dipandang sinonim dengan peradaban yang bermaksud keadaan serta tingkat kemajuan kehidupan jasmani dan rohani dalam sesuatu bangsa atau masyarakat.
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Bahasa Inggeris
• Civilization dan Urbanization.
• Civilization (dari istilah Perancis) diambil dari civitas (dalam bahasa Latin) yang diertikan sebagai kehidupan bandar dan mencapai satu tahap kesopanan yang tinggi.
• Urbanization pula bererti perbandaran.
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Civilization = Pandangan Sarjana Barat
• Jacqueta Hawkes (1910-1996)
• Tamadun merujuk kepada kualiti tinggi yang dimiliki oleh sesuatu masyarakat.
• Collingwood (1889-1943)
• Suatu proses bagi mencapai suatu tahap kehidupan civil atau proses untuk
menjadi civil (sopan).
• Keadaan masyarakat yang telah mencapai ciri-ciri masyarakat bandar atau
mempunyai ciri-ciri persamaan dengan ciri-ciri masyarakat bandar.
• Samuel Johnson (1709-1784)
• Suatu keadaan yang bertentangan dengan kehidupan biadab (barbaric) iaitu
mencapai tahap kesopanan yang tinggi.
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Civilization = Pandangan Sarjana Barat (Sambungan)
• Gardon Childe (1892-1957)
• Memberi penekanan kepada pencapaian material sebagai lambang ketamadunan
sesebuah masyarakat.
• Pengukuran tamadun berdasarkan kepada kewujudan bandar atau urban civilization.
• Edward L. Farmer
• Tamadun sebagai unit budaya yang besar yang mengandungi norma-norma sosial,
tradisi dan institusi yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi ke generasi.
• Edward Burnett Taylor (1832-1917)
• Tamadun sama dengan budaya yang merangkumi keseluruhan pencapaian manusia
termasuk pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan
keupayaan-keupayaan serta tabiat-tabiat lain yang didapati oleh manusia sebagi
anggota masyarakat.
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Hubungan antara Tamadun dengan Agama
• Sebahagian besar pengkaji tamadun terutamanya tamadun Islam menyatakan bahawa agama dan kepercayaan merupakan aspek yang penting dalam membentuk kehidupan bertamadun.
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Hubungan antara Tamadun dengan Budaya
Copyrig
ht [P
rof. M
adya D
r. Hussa
in O
thm
an] 2
014
Hubungan antara Tamadun dengan Bangsa
Copyrig
ht [P
rof. M
adya D
r. Hussa
in O
thm
an] 2
014
Ciri-ciri Utama Tamadun
• wujud agama dan sistem kepercayaan.
• ada penempatan manusia di sesebuah kawasan atau penggabunggan beberapa kawasan membentuk kota atau bandar.
• peningkatan kualiti kehidupan berbanding sebelumnya seterusnya memanjangkan jangka hayat hidup manusia.
• kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur.
• kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri bagi menjadi perantaraan komunikasi, perakam, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.
• kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan.
• kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan.
• kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusateraan dan nilai estetika yang tersendiri.
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Faktor-faktor kelahiran dan perkembangan tamadun
• Kedudukan yang strategik.
• Rangsangan keagamaan dan kerohanian.
• Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai.
• Tekanan kehidupan.
• Interaksi dengan tamadun lain.
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Tamadun merosot kerana…
• Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan kaya dengan miskin.
• Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan diketepikan sama sekali.
• Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang murni dan mulia
• Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial.
• Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran seperti gempa bumi, banjir besar, letupan gunung berapi, wabak penyakit dan sebagainya.
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Teori Kitaran Tamadun Ibn Khaldun
Copyrig
ht [P
rof. M
adya D
r. Hussa
in O
thm
an] 2
014
Malik Bennabi
Copyrig
ht [P
rof. M
adya D
r. Hussa
in O
thm
an] 2
014
Malik Bennabi (sambungan)
Copyrig
ht [P
rof. M
adya D
r. Hussa
in O
thm
an] 2
014
Malik Bennabi (sambungan)
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Copyrig
ht [P
rof. M
adya D
r. Hussa
in O
thm
an] 2
014
Malik Bennabi (sambungan)
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Copyrig
ht [P
rof. M
adya D
r. Hussa
in O
thm
an] 2
014
Malik Bennabi (sambungan)
Copyrig
ht [P
rof. M
adya D
r. Hussa
in O
thm
an] 2
014
Arnold Toynbee
Copyrig
ht [P
rof. M
adya D
r. Hussa
in O
thm
an] 2
014
Interaksi antara tamadun
• Jenis-jenis Interaksi: • Interaksi Dalam Lingkungan
Budaya Yang Sama
• Interaksi Dengan Budaya Dan Peradaban Yang Berbeza
• Interaksi Antara Peradaban Yang Dominan Dengan Yang Tidak Dominan
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Kesan Interaksi Interaksi
• a. Penyebaran Agama
• b. Perkembangan Teknologi
• c. Penyebaran ilmu
• d. Perkembangan tulisan dan bahasa
• e. Perkembangan kesenian dan kebudayaan
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Nilai-nilai Universal
• Nilai universal diertikan sebagai nilai yang diterima umum dalam semua masyarakat.
• Juga disebut sebagai nilai sepunya kerana ia melibatkan nilai yang dikongsi bersama dalam kebanyakan tamadun.
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Perbandingan Nilai Antara Tamadun
• Dialog tamadun atau peradaban boleh berlangsung dalam keharmonian sekiranya fokus lebih ditumpukan kepada persoalan etika.
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Perbandingan Nilai Antara Tamadun
• Dialog tamadun atau peradaban boleh berlangsung dalam keharmonian sekiranya fokus lebih ditumpukan kepada persoalan etika.
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Tujuh persoalan etika
• a. Alam sekitar
• b. Keluarga
• c. Komuniti
• d. Kerajaan
• e. Ekonomi
• f. Pendidikan
• g. Kesihatan
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014
Kesimpulan
• Pencapaian tamadun dengan memfokuskan kejayaan fizikal melalui pencapaian sains dan teknologi semata-mata dan meminggirkan nilai-nilai murni yang dihasilkan dari pandangan semesta merupakan pemikiran moden yang diketengahkan oleh Barat dan menjadi ikutan masyarakat dunia hari ini.
• Hal ini telah menjadikan manusia tergelincir dan tersasar dari landasan tamadun sebenar.
• Justeru melalui ilmu ketamadunan, dapat difahami maksud sebenar tamadun, faktor-faktor yang perlu dibangunkan untuk membina tamadun dan taktor-faktor yang sepatutnya dihindarkan bagi mengelakkan dari berlakunya keruntuhan tamadun.
• Memahami ilmu ketamadunan amat penting bagi mempastikan kelangsungan pembinaan sesebuah tamadun berada di atas landasan yang betul.
Copyright [Prof. Madya Dr. Hussain Othman] 2014