Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

52
BMS 3022 KARYA AGUNG MELAYU PANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATA

Transcript of Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

Page 1: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

BMS 3022 KARYA AGUNG MELAYU

PANTUN MELAYU: BINGKISAN PERMATA

Page 2: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

NAMA AHLI KUMPULAN :

MOHAMMAD FAIZOL BIN MOHAMED KHAN D20121057975 MUHAMMAD ILYAS BIN TALIB D20121057995

AMIE BINTI GABRA D20121057964 WI GEOK MEI D20121057965 WONG NYET YUNG D20121057980

NAMA PENSYARAH :DR.SERI LANANG JAYA HJ. ROHANI

Page 3: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

PENGENALAN• Bingkisan Permata terdiri daripada 4000 pantun daripada

berbagai-bagai jenis dan bentuk, yang meliputi tema dan isi yang luas dan pelbagai.

• Harun Mat Piah (2001) menyatakan bahawa Bingkisan Permata merupakan tajuk kecil daripada judul koleksi ini disesuaikan dengan konsep “bingkisan” dalam tradisi dan budaya Melayu.

• Menurut Harun Mat Piah (2001), pantun-pantun dalam koleksi ini merupakan rasa hati yang secara tradisi disampaikan melaliu lisan tetapi ditulis dan dirakam untuk disampaikan kepada khalayak yang dihormati

Page 4: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

• Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir(2007:51) menyatakan bahawa pantun merupakan sejenis puisi Melayu lama yang berangkap yang jika terdiri daripada empat baris bagi setiap rangkap, maka dua baris pertama itu dikenali sebagai sampiran atau ayat pembayang dan dua baris yang seterusnya pula mengandungi maksud yang dikenali sebagai ayat maksud.

• Terdapat empat pecahan yang dibincangkan dalam Bingkisan Permata.:

i. Bingkis Pemula ii. Bingkis Bicara iii. Bingkis Kasih iv. Bingkis Penutup

Page 5: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

Pemikiran

subjek yang dibawakan oleh pengarangbermula daripada idea dan pengalaman yang dimantapkan bersama-sama dengan imaginasi dan kreativiti dijelmakan menjadi persoalan dan tema sesebuah karya

Page 6: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

Pemikirandalam Pantun

Melayu Bingkisan Permata

menitikberatkan ilmu pengetahuan

kepercayaan dan keimanan kepada Allah sebagai asas kehidupan manusia

tingkah laku dan moral manusia dalam hubungan sesama manusia

Page 7: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

i) Kepercayaan dan Keimanan Kepada Allah Sebagai Asas Kehidupan Manusia

Contoh : Pantun Melayu ke-875 & 876

Asam kandis asam gelugurKetiga asam si riang-riang

Menangis mayat di pintu kubur Teringat badan tidak sembahyang.

Asamnya kandis asam gelugur Ketiga dengan asam remeniaNyawa menangis di pintu kubur

Hendak kembali ke dalam dunia.

(Pantun Melayu, 2001:137)

Page 8: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

menggambarkan kepercayaan masyarakatMelayu terhadap balasan kepada mereka yangtidak mengerjakan ibadah solat ketika masihhidup di duniaPantun ini menjadi pengajaran kepadamasyarakat Melayu supaya tidak meninggalkansolat menunaikan solat merupakan rukun Islamyang kedua dan wajib dilakukan oleh masyarakatMelayu yang beragama Islam

Page 9: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

ii) Tingkah Laku dan Moral Manusia dalam Hubungan Sesama Manusia

- segala perlakuan dan tingkah laku masyarakat yang wajar dan tidak wajar dilakukan telah diungkapkan dalam pantun Melayu

- tujuan adalah untuk dijadikan sebagai pengajaran dan teladan kepada masyarakat - dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian

Page 10: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

Contoh : Pantun Melayu ke-96

Ayun anak ayunAyun sampai hujung serambi

Bangun anak bangun Jangan tidur meninggi hari.

(Pantun Melayu, 2001: 19)

menjelaskan bahawa masyarakat Melayu yang tidak membudayakan tidur sehingga lewat hari atau sehingga matahari naikwaktu selepas subuh merupakan masa untuk golongan Melayu mencari rezekipercaya bahawa amalan tidur sehingga lewat hari akan menutup pintu rezeki mereka

Page 11: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

iii) Menitikberatkan Ilmu PengetahuanMasyarakat Melayu amatlah mementingkan pendidikan terutamanya kepada generasi yang lebih muda. Malah generasi yang lebih tua seperti datuk dan nenek sering memberi pesanan kepada cucunya supaya sentiasa belajar rajin-rajin.

Contoh: Pantun Melayu yang ke-139

Burung kenek-kenekTerbang atas pagar

Pesan datuk nenek Rajin-rajin pergi belajar.

(Pantun Melayu, 2001: 25)

Page 12: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

Falsafahcinta kepada ilmu dan kebenaranmempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang

tertinggi dan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran

bidang falsafah yang diberi penekanan ialah etika, metafizika, sejarah, sosial, ekonomi, kosmologi, politik dan logik

Page 13: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

sosial

etika

Falsafah dalam Pantun Melayu

Bingkisan Permata

Page 14: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

Sosial

- masyarakat Melayu yang lebih menekankan hutang budi berbanding dengan hutang harta kerana hutang budi membawa nilai yang lebih besar

Hutang budi membawa nilai yang besar berbanding hutang harta

Page 15: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

- pantun membawa maksud bahawa masyarakat Melayu menanamkan prinsip hutang budi yang tidak mampu dibayar dan dibawa mati- masyarakat Melayu menekankan bahawa segala jenis hutang-piutang berbentuk harta benda boleh dibayar tetapi bukan hutang budi

Contoh: pantun Melayu yang ke-633Anyam ketupat bawa belayar Diletak di atas petiHutang piutang dapat dibayar Terhutang jasa dibawa mati. (Pantun Melayu, 2001: 101)

Page 16: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

Etika

Maruah diri seseorang melambangkan nama sesebuah bangsa

Contoh: Pantun Melayu yang ke-885Banyak orang pergi menjala Mencari orang di dalam paritJagalah diri jangan tercela Rosak nama bangsa terpalit. (Pantun Melayu, 2001: 139)

Page 17: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

-memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu supaya menjaga maruah diri

-termasuklah nilai-nilai murni yang telah tersemai dalam diri anggota masyarakat sejak turun-temurun

- akhlah dalam sesebuah masyarakat sama ada baik ataupun tidak boleh mempengaruhi pandangan masyarakat yang lain terhadap sesebuah masyarakat tersebut

Page 18: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat

turut merujuk kepada keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan, penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat

boleh dianggap sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam, kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat

Budaya

Page 19: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

Nilai budayadalam Pantun Melayu Bingkisa

n Permata

Adat resam

adat menyemb

ah pembesar

adat mengenan

g budi

adat meminan

g

Page 20: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

adat yang penting dalam golongan masyarakat Melayukehidupan bermasyarakat pada zaman dahulu banyak menerapkan sikap bekerjasama dalam kalangan anggota masyarakatpihak yang terlibat biasanya akan melakukan rundingan terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan itu dibuatbertujuan supaya keputusan yang dibuat mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terlibat

Contoh: Pantun Melayu yang ke-501

Anak India membawa madatDari Kedah langsung ke Bali

Hidup manusia biar beradatBahasa tidak berjual beli.

(Pantun Melayu, 2001: 79)

i) Adat Meminang

Page 21: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

adat yang sering diamalkan apabila sesuatu majlis yang dijalankan melibatkan golongan istana.

Contoh: Pantun Melayu yang ke-43Limau purut jatuh ke lembahTiba di lembah tumbuhlah duriPinang mengadap sirih menyembahJari sepuluh menjunjung duli. (Pantun Melayu, 2001: 11)

golongan yang diperintah amatlah menitikberatkan adat menyembah pembesar ini kepada golongan yang memerintah

rakyat yang biasa ini haruslah menyembah kepada pembesar mahupun sultan apabila mengadap dengan golongan yang memerintah ini

ii) Adat Menyembah Pembesar

Page 22: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

golongan masyarakat Melayu amat mementingkan adat mengenang budi terhadap orang yang telah berjasa kepadanya

supaya tidak diibaratkan sebagai kacang lupakan kulit Contoh: Pantun Melayu yang ke-687

Burung empat disangka enam Ibunya lari membawa sarangSakit diubat mati ditanamItu budi dikenang orang. (Pantun Melayu, 2001: 108)

iii) Adat Mengenang Budi

Page 23: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

satu konsep mengenai pandangan hidup alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu

turut merujuk kepada suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau komuniti tertentu dengan tujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam

Pandangan hidup masyarakat Melayu lazimnya turut melibatkan hubungan manusia dengan Tuhan, dengan alam dan hubungan sesama manusia.

Pandangan hidup tentang manusia dapat diperincikan kepada tiga bahagian, iaitu tentang keluarga, pemimpin dan masyarakat.

Pandangan Hidup

Page 24: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

Pandangan Hidup dalam Pantun Melayu

Bingkisan Permata

berpegang dengan institusi kekeluargaan

masyarakat Melayu merupakan golongan yang bersopan-santun, merendah diri dan tidak berlagak

masyarakat Melayu merupakan komuniti yang sangat bersabar dan tidak memaksa

sikap ketegasan masyarakat Melayu terhadap sesuatu perkara

Page 25: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

masyarakat Melayu beranggapan bahawa institusi kekeluargaan merupakan organisasi yang asas dalam membentuk masyarakat yang berpegang kepada agama Islam

institusi kekeluargaan yang wujud sama ada bahagia ataupun tidak boleh mempengaruhi pegangan agama anak-anak dalam kekeluargaan tersebut

Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya", sesebuah institusi kekeluargaan yang akan menentukan pegangan agama anak-anak

Contoh: Pantun Melayu yang ke-562 Mengala sudah cahaya merata

Lalu sampai ke birai telagaMuafakatlah seia sekata

Tanda hidup berkeluarga. (Pantun Melayu, 2001: 90)

i) Berpegang dengan Institusi Kekeluargaan

Page 26: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

terdapat pula pantun yang menegur seseorang sekiranya berlagak atau meninggi

sikap seseorang yang berlagak atau meninggi akhirnya hanya akan memakan diri seseorang itu sahaja

Contoh: Pantun Melayu yang ke-535Jika penghulu berkemenakanItu menganjung meninggikannyaCerdik nan dilagakkanMungkin bingung kesudahannya. (Pantun Melayu, 2001: 85)

ii) Masyarakat Melayu Merupakan Golongan yang Bersopan-santun, Merendah Diri dan Tidak Berlagak

Page 27: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

iii) Masyarakat Melayu Merupakan Komuniti yang Sangat Bersabar dan Tidak Memaksa

segala perbincangan yang diadakan biasanya dimulakan dengan perbualan yang ringan sebelum perbincangan kepada perkara yang hendak dirundingkanmasyarakat Melayu akan menghidangkan tepak sirih pinang kepada tetamu kerana ia dianggap sebagai satu bentuk penghormatan kepada tetamu yang datang melawatContoh: Pantun Melayu ke-587

Sepinang dua pinangHabis pinang dalam raga

Sudah dimakan sirih pinangApa cerita mahu dibuka.

(Pantun Melayu, 2001: 93)

Page 28: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

iv) Sikap Ketegasan Masyarakat Melayu Terhadap Sesuatu Perkara

ketegasan orang Melayu di sini bukanlah merujuk kepada masyarakat Melayu yang keras kepala sebaliknya merujuk kepada sikap mereka yang sanggup mempertahankan sesuatu yang boleh dikatakan penting kepada mereka. Contoh: Pantun Melayu yang ke-526

Gajah lengkur kuda beraksaSudah diadu tiada dihempaskan

Tewas lebur badan binasaTuan puteri tidak kulepaskan.

(Pantun Melayu, 2001: 84)

Page 29: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN

• Menurut Seri Lanang Jaya Hj.Rohani, Abd. Rahman Napiah dan Mohd Rashid Md. Idris (2016:91), estetik berhubung dengan aspek keindahan, iaitu yang terdapat pada struktur, pengolahan dan teknik penulisan.

• Estetik atau keindahan juga merupakan suatu sifat dan ciri sastera yang terpenting.

• Nilai estetika yang terdapat dalam Pantun Melayu Bingkisan Permata:

a. Pantun terdapat dalam berpasangan dan berangkap. Antaranya ialah pantun dua kerat,pantun empat kerat, pantun lapan kerat dan pantun empat belas kerat. Contoh bagi setiap pantun adalah seperti berikut:

Page 30: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

i. Pantun dua keratAda hujan ada panasAda hari boleh balas.

( Pantun Melayu,2001:15)

ii. Pantun empat kerat Cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan.

( Pantun Melayu,2001:26)

Page 31: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

iii. Pantun enam keratBukit ini Bukit Temenggung Banyak bergantungan sarang lebah Diambil, dihantar ke LangsaSakit ini tiada tertanggung Janganlah lagi ditambah-tambah Kelak badanku rosak binasa.

( Pantun Melayu,2001:469)

iv. Pantun lapan keratBuat bangsal di tengah hutan Tebaslah hutan buat halaman Di tepi halaman menanam kandis Diselang dengan pokok papayaBiarlah sabar dengan perlahan Itulah tanda tuan beriman Tidak patah digoncang iblis Akhirnya tuan menang berjaya.

( Pantun Melayu,2001:82)

Page 32: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

v. Pantun empat belas keratKaratau madang berbulu Berbulu berbungan belum Berbunga ketika repak Habis repak, bingkuang pula Bingkuang ambil ke Bengkalai Bengkalai anak rang Kota Lola Kota kecil jalan ke SelidaMerantau anak dahulu Di rumah berguna belum Berguna ketika sesak Lepas sesak terbuang pula Terbuang lagi berpakai Berpakai waktu kau menolong Kurang tolong terbuang saja.

( Pantun Melayu,2001:255)

• 

Page 33: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

b. Pantun mengekalkan rima a-b-a-b pada kedudukan akhir tetapi terdapat juga pantun yang berima a-a-a-a.

i. Pola a-b-a-bAnak ayam turun sepuluh Mati seekor tinggal sembilanKutuntut ilmu bersungguh-sungguh Akan bekalan hari kemudian.

( Pantun Melayu,2001:134)

ii. Pola a-a-a-aAnak dara menimba perigi Putus timba tinggalkan taliBiarlah jiwa kakanda pergi Asalkan tuan teguhkan janji.

( Pantun Melayu,2001:374)

Page 34: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

c. Terdapatnya penggunaan unsur-unsur retorik iaitu teknik-teknik keindahan yang terbina melalui penggunaan majaz, metafora, simile, personifikasi, ironi, hiperbola, metonimi dan lain-lain. Contohnya adalah seperti berikut:

Tinggi gunung kampong Melayu Setangan pelekat pinggir Peringgi Ibarat burung di pohon kayu Mau dipikat terlalu tinggi.

( Pantun Melayu,2001:371) Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat terdapatnya penggunaan

simile. Tujuannya adalah untuk membandingkan sesuatu. Pada baris ketiga, perkataan ‘ibarat’ merupakan perumpamaan yang telah digunakan dalam pantun itu.

Page 35: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

Limau purut jatuh ke lembah Tiba di lembah tumbuhlah duriPinang mengadap sirih menyembah Jari sepuluh menjunjung duli.

( Pantun Melayu,2001:11) Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat terdapatnya

penggunaan personifikasi. Pada baris ketiga, perkataan ‘pinang’ dan ‘sirih’ ialah benda

manakala perkataan ‘mengadap’ dan ‘menyembah’ pula merupakan sifat manusia. Hal ini dapat dilihat apabila pengarang telah menggunakan ‘pinang’ dan ‘sirih’ untuk melakukan perbuatan manusia iaitu perbuatan mengadap dan menyembah.

Page 36: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

d. Terdapatnya unsur-unsur perulangan. Contohnya adalah seperti berikut:

Jikalau kena dengan tetaknya Macam mana nyirih tak rapat

Jikalau kena dengan mintanya Macam mana sirih tak dapat?

( Pantun Melayu,2001:370)

Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat bahawa perkataan ‘jikalau’ pada baris pertama telah diulang pada baris ketiga. Begitu juga dengan perkataan ‘macam mana’ pada baris kedua juga telah diulang pada baris keempat. Hal ini menunjukkan berlakunya perulangan dalam pantun tersebut.

Page 37: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

• Kepengarangan ialah mekanisme dan kaedah pengarang berkarya sehingga membentuk kekuatan dan jati diri seseorang pengarang itu.

• Seri Lanang Jaya Hj.Rohani, Abd. Rahman Napiah dan Mohd Rashid Md. Idris (2016:91) juga menyatakan bahawa kepengarangan memperlihatkan bagaimana cara pengarang berkarya dan membina kekuatan dirinya.

• Dalam karya Pantun Melayu Bingkasan Permata ini juga memperlihatkan kepengarangan Harun Mat Piah dalam mengkaji tentang pelbagai pantun.

Page 38: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

a. ‘Pantun Melayu Bingkisan Permata’ terbahagi kepada empat bahagian iaitu bingkis pemula, bingkis bicara, bingkis kasih dan bingkis penutup. Setiap bahagian dalam buku ini menunjukkan nilai kepengarangan yang tersendiri dan unik. Contohnya adalah seperti berikut:

i. Bingkis PemulaSirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara( Pantun Melayu,2001:13)

Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat bahawa pantun tersebut boleh digunakan untuk memulakan bicara, majlis atau warkah. Pantun jenis ini sangat sesuai dipersembahkan pada awal majlis sebagai mengucapkan selamat datang dalam sesebuah majlis.

Page 39: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

ii. Bingkis BicaraDari Melaka ke Kuala Lanar

Pergi meraih buah kuranJangan takut bercakap benar

Kerana itu tanda kejujuran.( Pantun Melayu,2001:145)

Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat bahawa pantun tersebut mempunyai unsur pengajaran yang boleh dipelajari. Pantun ini telah mengajar pembaca untuk bercakap benar terhadap semua perkara. Hal ini demikian kerana bercakap benar merupakan tanda kejujuran seseorang itu.

Page 40: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

iii. Bingkis KasihBuah kuini jatuh tercampak

Jatuh menimpa bunga selasihBiar bertahun dilambung ombak

Tidak kulupa pada yang kasih.( Pantun Melayu,2001:384)

Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat bahawa pantun tersebut menceritakan tentang kasih yang tidak pernah dilupa. Pengarang telah menyatakan bahawa walaupun masa telah berlalu lama tetapi kasih itu tetap tidak dapat dilupakan.

Page 41: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

iv. Bingkis PenutupAjung landai kemudi landai

Landai mari terheret duriAdik pandai saya pun pandai

Jangan pula meninggi diri.( Pantun Melayu,2001:540)

Pantun di atas memberikan pengajaran kepada pembaca. Pengajarannya ialah jangan bersikap sombong dengan kelebihan yang ada. Sekiranya seseorang itu bersikap sombong dengan kelebihan yang ada, maka mereka akan tidak disukai oleh orang lain. Oleh itu, kita tidak haruslah bersikap sombong dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri.

Page 42: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

b. Terdapat isi pantun yang pelbagai bentuk

i. Bentuk JenakaApa kena bulan tak terang?

Terlindung pokok kekabuApa kena abang tak datang?

Abang terkurung dalam kelambu.( Pantun Melayu,2001:17)

Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat bahawa terdapatnya unsur jenaka dalam pantun tersebut. Pada baris keempat telah menunjukkan unsur jenaka apabila jawapan yang diberi ialah abang terkurung dalam kelambu.

Page 43: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

ii. Bentuk nasihatGunung Daik Nampak berjajaran

Nampak dari segala pecanJikalau baik ambil akan pelajaran

Jikalau jahat segera buangkan.( Pantun Melayu,2001:150)

Pantun di atas menunjukkan terdapatnya bentuk nasihat dalam pantun yang dinyatakan itu. Pantun ini memberi nasihat kepada para pembaca agar mempelajari perkara yang baik manakala perlakuan yang tidak baik harus kita buangkan dengan segera.

Page 44: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

iii. Bentuk peribahasaHarimau belang mengejar rusa

Rusa makan di daun mudaSebab pulut santan binasa

Sebab mulut badan merasa.( Pantun Melayu,2001:207)

Pantun di atas menunjukkan terdapat bentuk peribahasa dalam Pantun Melayu Bingkisan Permata. Peribahasa yang digunakan ialah ‘sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merasa’. Maksud bagi peribahasa ini ialah kerana perbuatan orang lain kita dapat kecelakaannya.

Page 45: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

iv. Bentuk sindiranApa guna berkain batik

Kalau tidak memakai capalApalah guna beristeri cantik

Kalau tak pandai menumbuk sambal.( Pantun Melayu,2001:55)

Pantun di atas menunjukkan terdapatnya bentuk sindiran dalam pantun tersebut. Dalam pantun tersebut menyatakan tiada gunanya kalau isteri sangat cantik sedangkan isteri yang cantik itu tidak pandai memasak.

Page 46: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

NILAI ILMU• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1081), nilai merujuk

kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. • Seri Lanang Jaya Hj.Rohani, Abd. Rahman Napiah dan Mohd

Rashid Md. Idris (2016:151) meyatakan bahawa nilai membolehkan manusia membezakan antara yang baik atau buruk dan betul dan salah.

• Bagi perkataan ‘ilmu’ pula, Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:567) menyatakan bahawa ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain.

• Nilai ilmu merupakan taraf pengetahuan, kepandaian atau kajian tentang sesuatu perkara sama ada secara tersirat atau tersurat.

Page 47: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

a. Ilmu melalui pantun teka-teki Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1629), teka-teki

merujuk kepada soalan yang dikemukakan secara samar-samar dan rumit yang jawapannya harus diduga.

Secara ringkasnya, teka-teki bertujuan untuk menduga dan menguji keupayaan fikiran dan akal seseorang.

Pada biasanya, jawapan teka-teki adalah menarik dan kelakar. Buah kundur di dalam raga

Orang tak tahu mengata semangkaSiang tidur malam berjaga

Kalau tahu cubalah teka.( Pantun Melayu,2001:57)

Page 48: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

b. Ilmu agama Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:14) menyatakan bahawa

agama merupakan kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya.

Nilai ilmu agama yang terdapat dalam sesebuah pantun itu harus dijadikan panduan oleh para pembaca.

Asam kandis asam gelugur Ketiga asam si riang-riang Menangis ,ayat di pintu kubur Teringat badan tidak bersembahyang.

( Pantun Melayu,2001:137)

Page 49: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

c. Ilmu peribahasa Menurut Rosli Saludin (2014), peribahasa merupakan suatu kiasan

atau bunga dalam kata-kata yang mampu menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu.

Maksud yang dibawa itu berlainan daripada makna asal. Peribahasa secara umumnya merangkumi simpulan bahasa,

perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmah dan bahasa kiasan yang masing-masing membawa maksud yang tertentu.

Bunga mawar sedang mekar Bunga melur jauh terasing

Bagai enau dalam belukar Melepaskan pucuk masing-masing.

( Pantun Melayu,2001:196)

Page 50: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

PENUTUP• Secara kesimpulan, keempat-empat pecahan dalam Bingkisan

Permata ini merupakan keistimewaan yang terdapat dalam karya Harun Mat Piah.

• Pantun-pantun yang terdapat dalam Bingkisan Permata ini juga dapat dijadikan panduan dan pengajaran untuk para pembaca yang membaca pantun tersebut.

• Selain itu, pantun-pantun yang terdapat dalam Bingkisan Permata ini disampaikan secara halus melalui bahasa yang berangkap dan melalui lambang-lambang tertentu yang diambil daripada alam tabii, alam fenomena.

• Pantun-pantun ini haruslah didedahkan dalam pelbagai majlis supaya generasi yang akan datang juga akan mempunyai pengetahuan terhadap pantun-pantun.

Page 51: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

RUJUKANHarun Mat Piah (2001). Pantun Melayu: Bingkisan Permata. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007). Komsas Pegangan Teras Keterampilan. Kuala Lumpur: Icon Region Sdn Bhd.

Rosli Saludin (2014). Teromba Pengacaraan Majlis. Negeri Sembilan: Persatuan Aura Anak Seni.

Seri Lanang Jaya Rohani, Abd. Rahman Napiah & Mohd Rashid Md. Rashid (2016). Karya Agung Melayu.Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Page 52: Slaid Pembentangan Pantun Melayu: Bingkisan Permata

Sekian, terima kasih