Slide bab 12 blog cikgugeog
-
Upload
aien-razak -
Category
Documents
-
view
1.586 -
download
4
Transcript of Slide bab 12 blog cikgugeog
Disediakan Oleh : Aien Rzk, blog cikgugeog
BAB 12FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI
Pengenalan Terdapat dua faktor yang mempengaruhi
kegiatan ekonomi di Malaysia iaitu faktor fizikal dan faktor kemanusiaan.
Faktor fizikal terdiri daripada bentuk muka bumi, tanih, iklim, dan bahan mentah.
Faktor kemanusiaan pula ialah teknologi, infrastruktur, dasar kerajaan, pasaran, modal dan buruh.
Faktor FizikalBentuk muka bumi
Kawasan tanah pamah kegiatan pertanian makanan seperti padi, kegiatan ekonomi seperti perindustrian, perdagangan
dan kewangan. Penempatan dan pengangkutan seperti jalan raya, jalan
kereta api dan lapangan terbang.Kawasan tanah tinggi beriklim sederhana
tanaman pasar, perlancongan Pinggir pantai
Kawasan perlancongan Sesuai dibina pelabuhan
Kawasan perairan Pulau Tioman, Pulau redang, Pulau Perhentian, dan
Pulau Sipadan yang kaya dengan batu karang yang indah menarik kedatangan pelancong.
Faktor Bentuk Muka Bumi Yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi
Ciri-ciri muka bumi
Contoh Kegiatan Ekonomi
Contoh Lokasi
Tanah Pamah Menanam padi sawah •Dataran Kedah- Perlis•Dataran Kerian-Perak•Dataran Kelantan-Kelantan
Perindustrian (Pembuatan)
•Shah Alam-Selangor•Pasir Gudang, Johor•Bayan Lepas, Pulau Pinang
Perdagangan dan kewangan
•Kuala Lumpur•Johor Bahru
Tanah Beralun Penanaman kelapa sawit dan getah
•Tenggara Pahang•Tenggara Johor•Selatan Kelantan
Tanah Tinggi Penanaman teh,, sayur-sauran, dan bunga-bungaan hawa sederhana
•Tanah Tinggi Cameron,Pahang•Kundasang – Sabah
Pelancongan • Tanah Tinggi Cameron• Tanah Tinggi Genting
Highland• Bukit fraser
Pinggir laut Menanam kelapa •Bagan Datoh, Perak•Kudat Sabah•Sipitang - Sarawak
Pelancongan • Pantai Cahaya Bulan, Kelantan
• Batu Ferenghi Pulau Pinang
Perikanan •Tumpat Kelantan•Mersing Johor
Pulau Pelancongan •Pulau Tioman•Pulau Redang•Pulau Langkawi
TanihTanih memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi kegiatan ekonomi, terutamanya pertanian.
Negara Malaysia mempunyai pelbagai jenis tanih yang seusai untuk pelbagai jenis tanaman.
Di kawasan lembangan sungai- tanih aluvium dan tanih liat sesuai penanaman padi.
Di kawasan beralun dan berbukit bukit terdapat tanih laterit yang sesuia untuk penanaman getah dan kelapa sawit.
Tanih beris (campuran tanah liat dengan pasir) yang berpasir terdapat di kawasa pantai – sesuai penanaman kelapa, tembakau dan gajus.
Tanih gambut pula terdapat di kawasan tanah pamah dan sesuai untuk penanaman nanas.
IklimMalaysia – iklim khatulistiwa, menerima cahaya
matahari yang banyak, suhu yang tinggi 27, hujan tahunan kira-kira 2600 mm sepanjang tahun
Hujan yang banyak membekalkan air yang mencukupi untuk kegiatan pertanian dan akuakultur.
Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun mempengaruhi kegiatan ekonomi seperti pertanian, perlancongan, perlombongan, perikanan dan pembalakan.
Pelbagai tanaman dapat di usahakan seperti padi, kelapa sawit, getah, kelapa, koko dan lada hitam.
Suhu yang rendah iaitu kira-kira 18C di kawasan tanah tinggi membolehkan penanaman the, sayur-sayuran dan bunga-bungaan hawa sederhana.
Antara kegiatan ekonomi yang dipengaruhi secara lansing oleh iklim ialah pertanian, perlombongan, perikanan dan pembalakan.
Contohnya di pantai timur Semenanjung Malaysia, kegiatan perikanan tidak dapat dilakukan pada musim tengkujuh kerana keadaan laut yang bergelora.
Musim tengkujug berlaku antara bulan November –Januari. Iaitu semasa tiupan angin Monsun Timur Laut.
Nelayan-nelayan tidak dapat turun ke laut. Pada ketika ini mereka membaiki jala dan bot.
Di bahagian barat Semenanjung Malaysia, kegiatan perikanan dapat dijalankan sepanjang tahun
Kaedah kelong untuk menangkap ikan dapat digunakan di perairan Selat Melaka, tetapi tidak digunakan oleh nelayan di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia kerana imbak yang kuat pada musim tengkujuh
Bahan MentahBahan utama yang digunakan untuk
menghasilkan sesuatu produkDigunakan dalam proses pengeluaran dan
merupakan faktor utama yang menggalakkan perkembangan industri pembuatan.
Contohnya, bahan mentah seperti getah asli yang digunakan membuat tayar.
Penggunaan Bahan Mentah dalam Industri
Bahan Mentah Jenis Industri
Petroleum Penapisan petroluem, bahan bakarKenderaan, dan minyak pelincir
Gas Asli Mencairkan gas asli, bahan bakar untuk kenderaan, polythelene, baja , urea
Kelapa Sawit Minyak masak, sabun, marjerin, kosmetik dan makanan binatang
Getah Sarung tanganm kasut, dan tilam
Kaolin Jubin,tembikar, dan pinggan
Batu Kapur Simen
Bijih timah Pluter, penyadur tin, dan bateri
Kayu balak Perabot, venir dan bahan pembinaan
Ikan Ikan basah dan ikan kering, ikan dalam tin, keropok dan baja.
Faktor KemanusiaanTeknologiMalaysia dapat mencapai kemajuan dalam aktiviti
ekonomi melalui penggunaan teknologi moden.Teknologi melibatkan penggunaan pengetahuan
yang berinovasi, peralatan dan teknik pengurusan yang cekap.
Contohnya, perkembangan teknologi dalam bidang pertanian telah menghasilkan baka (Klon) yang bermutu tinggi.
Klon-klon ini tahan penyakit, tumbuh dengan cepat dan berhasil tinggi. Contohnya :
- benih padi : IR24 dan MR84 - benih getah : PRIM 600 dan RRIM 917
InfrastrukturDi Malaysia pelbagai infrastruktur telah
dibangunkan bagi membantu perkembangan kegiatan ekonomi
Contohnya pembinaan infrastrukutr seperti jalan raya, lebuh raya, pelabuhan, landasan kereta api, sistem komunikasi, talian pengalir tenaga elektrik, dan lapangan terbang.
Pengangkutan digunakan untuk mengangkut bahan mentah dari sumbernya ke kilang dan barangan siap ke pasaran dalam sektor perindustrian.
Contohnya petroleum mentah di angkut dari pelantar tengah laut ke kilang pemprosesan di pinggir pantai melalui paip.
Petroluem yang dieksport, di angkut menggunakan kapal tangki khas melalui jalan laut.
Pengangkutan MASkargo – penghantaran barangan elektrik dan barangan lain yang mudah rosak dan dipercepat.
Pengangkutan yang cekap amat perlu untuk mengangkut haisl pertanian yang mudah rosak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan terus ke pasaran.
Kemajuan ICT serta penggunaan onternet, dan tele-sidang telah memudahkan dan mempercepat perhubungan antarabangsa.urusan perniagaan dapat dikendalikan dengan mudah.
Peranan infrastruktur dalam kegiatan ekonomi
Dasar Kerajaan (Governan)Mendorong peningkatan ekonomi ialah
Dasar Pertanian Negara (DPN) dan Dasar Perindustrian Negara.
Dasar Pertanian Negara digubalkan bagi menjamin pembangunan pertanian dan perhutanan.
DPN3 dilaksanakan untuk menggalakkan perhutanan tani, iaitu aktiviti pengeluaran produk pertanian dan perhutanan dijalankan serentak di atas tempat (tanah) yang sama.
Penanaman spesis hutan dilakukan bersama-sama penanaman tanaman industri seperti getah, koko, dan kelapa sawit.
DPN3 dilakasanakan bagi tujuan mempelbagaikan ekonomi negara melalui proses industralisasi agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara.
Pelan Induk Perindustrian (PIP) telah diperkenalkan bagi memajukan sektor perindustrian, menggalakkan penggunaan sumber asli negara, dan meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan.
Contoh agensi-agensi yang melaksanakan dasar dan contoh perlaksanaan
Pasaran Tebahagi kepada dua jenis iaitu : Pasaran tempatan dan pasaran
antarabangsa. Pasaran tempatan
Kawasan dalam negara Produk – barangan keluaran pertanian, perlombongan, dan perindustrian
seperti getah, petroleum dan gas asli, munyak sawit, kayu serta barangan kilang.
Lembaga Pemasaran Pertanian malaysia (FAMA dan Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) - Mempromosi barangan dan memasarkan di peringkat pasaran tempatan .
Pasaran antarabangsa Perdagangan dengan negara rakan dagangan seperti Amerika Syarikat,
Jepun, Singapura dan negara-negara Kesatuan Eropah (EU). Dikendalikan oleh – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI) dan agensi- agensi dibawahnya seperti MIDA dan MATRADE. Agensi-agensi ini mengadakan program promosi barangan Malaysia
seperti pameran perdagangan dan perindustrian antarabangsa.
ModalDi Malaysia terdapat dua sumbur utama modal,
iaitu modal domestik dan pelaburan langsung asing.
Modal domestik diperoleh daripada simpanan individu ataupun pembiayaan syarikat.
Institusi-institusi yang memberi pinjaman modal domestik bagi menggerakkan kegiatan ekonomi adalah seperti berikut :
a) Institusi kerajaan seperti Permodalan nasional berhad (PNB)
b) Bank Pertanian , Bumiputera Commerce Bankc) Lembaga Tabung Haji (LTH)
Pelaburan lansung asing pula diperoleh melalui pemodal-pemodal asing yang melaburkan modal yang banyak di Malaysia untuk mendirikan kilang, membuka perniagaan, dan membuka ladang.
BuruhPekerja yang berumur antara 15-55 tahun yang
bekerja menerima upah.Tenaga penggerak dalam proses perancangan,
pengeluaran, pengurusan dan pemasaran.Pada tahun 2003, terdapat 10 juta daripada 24.5
juta penduduk negara yang bekerja.Malaysia memperoleh bekalan tenaga buruh
tempatan dan buruh asingBuruh tempatan terdiri daripada warganegara.Buruh asing adalah pekerja yang di bawa masuk
dari negara luar seperti Indonesia, Bangladesh, Filifina, Myanmar, Vietnam dan negara China.
Terdapat tiga kumpulan utama buruh, iaitu buruh mahir, buruh separuh mahir dan buruh tidak mahir.
Buruh MahirBerkelulusan tinggi Mempunyai kepakaran khusus dalam bidang
tertentu seperti doktor dan jurutera.Buruh Separuh MahirTenaga kerja yang mempunyai kepakaran
dalam bidang etrtentu yang diperoleh daripada pengalaman bekerja dan latihan separuh profesional.
Buruh Tidak MahirTidak mempunyai latihan dan kemahiran
Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai institusi dan pusat latihan kemahiran untuk melatih buruh.
Contohnya, Politeknik, Institut Latihan perindustrian (ILP), dan Institut Kemahiran Mara (IKM) yang menyediakan kursus kepada buruh dalam sektor perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan.
Institut Latihan Pertanian menyediakan latihan kemahiran untuk bakal petani, nelayan dan penetrnak moden.
SekianGood Luck