Slide Pembentangan Bagi Cerpen "Abdul"

10
KESUSASTERAAN MELAYU. TAHUN 9C. CIKGU HAJI ABDUL HAKIM BIN JAYA.

Transcript of Slide Pembentangan Bagi Cerpen "Abdul"

Page 1: Slide Pembentangan Bagi Cerpen "Abdul"

KESUSASTERAAN MELAYU.

TAHUN 9C.

CIKGU HAJI ABDUL HAKIM BIN JAYA.

Page 2: Slide Pembentangan Bagi Cerpen "Abdul"

Cerpen ‘Abdul’

Page 3: Slide Pembentangan Bagi Cerpen "Abdul"

Analisis Peristiwa Penting.

Arahan:• Bentuk tiga kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada

empat orang ahli. (4 ahli x 3 kumpulan = 12 orang)• Setiap kumpulan diminta untuk melantik seorang ketua.• Setiap ahli kumpulan diminta untuk bekerjasama bagi

menganalisis.• Setiap kumpulan diberikan masa tujuh minit (7 minit) untuk

menyelesaikan dan menganalisis kertas soalan yang diberikan.

• Setelah selesai, ketua daripada setiap kumpulan diminta untuk tampil ke hadapan untuk menyenaraikan jawapan mereka dengan berdasarkan kata kunci serta senarai peristiwa penting di papan putih.

Page 4: Slide Pembentangan Bagi Cerpen "Abdul"

Susunan/

urutan

peristiwa

penting

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Kod D F H J B C I E G A

Page 5: Slide Pembentangan Bagi Cerpen "Abdul"

Urutan Peristiwa Penting.1. Abdul telah dipanggil oleh Guru Besar dan Cikgu Lamat. Namun

Abdul tidak tahu atas alasan apakah ia dipanggil.

2. Guru Besar telah bertanya kepada Abdul mengenai perkara yang disuruh oleh Cikgu Nayan kepadanya. Kemudian Abdul teringat bahawa dia telah menolong Cikgu Nayan menghantar sebuah buku kepada Ustazah Noni.

3. Abdul merasa bangga kerana dapat berbuat bakti kepada gurunya iaitu menolong Cikgu Nayan menghantarkan buku kepada Ustazah Noni.

4. Semasa berada dalam bilik Guru Besar, Abdul telah diberi ‘hadiah’ tiga potong roti panjang (dirotan) oleh guru besar dan dia merasa sangat benci kepada Cikgu Lamat .

5. Abdul baru menyedari bahawa buku yang dihantar kepada Ustazah Noni itu berisi surat cinta daripada Cikgu Nayan.

6. Cikgu Lamat selalu menulis TB yang bermaksud tali barut di dalam buku Abdul sehingga diejek oleh teman-teman sekelasnya.

Page 6: Slide Pembentangan Bagi Cerpen "Abdul"

7. Abdul telah berubah menjadi seorang yang jahat dan pemugut. Abdul telah menyimpan kaca pecah di rumah guru, membawa tikus mati ke sekolah, membawa paku tiga inci dan menggores kereta guru besar, menutuh jagus di sekolah dan membaling batu kedalam dewan makan.

8. Abdul didenda di hadapan pelajar dan Cikgu Lamat telah mengalungkan poster ke leher Abdul: “SAYA CURI JAGUS”.

9. Abdul malu kerana diketawakan oleh murid-murid sekolah.

10. Pada keesokan harinya, semua orang gempar dan menuduh Abdul memecahkan cermin bilik darjah, pasu bunga, kaca mata Cikgu Lamat dan mengoyakkan lukisan di dalam bilik guru besar.

Page 7: Slide Pembentangan Bagi Cerpen "Abdul"

APA ITU PERSOALAN??

Persoalan ialah sesuatu isu/perkara/masalahyang telah dipersoalkan dan dikemukakan

oleh si penulis.

Persoalan merujuk kepada sikap, tindakan, perangai, pemikiran dan sebagainya.

Page 8: Slide Pembentangan Bagi Cerpen "Abdul"

Bagaimana untuk mencari persoalan??

Persoalan kebiasaannya boleh diperolehimelalui peristiwa-peristiwa penting

dalam sesebuah cerpen.

Dalam sebuah cerpen biasanya mempunyaibeberapa persoalan.

Page 9: Slide Pembentangan Bagi Cerpen "Abdul"

SESI MENELAAH PERSOALAN.

Page 10: Slide Pembentangan Bagi Cerpen "Abdul"

Jom kita cari persoalan

1. Kamu diminta untuk mencari persoalan dengan berdasarkan isi cerita atau peristiwa penting yang terdapat dalam cerpen ‘Abdul’.

2. Pelajar hanya diberikan masa sepuluh minit untuk mencari persoalan.

3. Setiap persoalan mestilah disertakan dengan contoh.

4. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka dan diminta seorang ahli bagi setiap kumpulan akan membentangkan.