slide presentasi cerpen tanah

9

Click here to load reader

Transcript of slide presentasi cerpen tanah

Page 1: slide presentasi cerpen tanah

KESUSASTERAAN MELAYU

CERPEN TANAH (Alimin Bin Haji Abdul Wahab)

ANTOLOGI CERPEN MENITI WAKTU

Page 2: slide presentasi cerpen tanah

Pokok persoalan atau sesuatu perkara penting yang hendak disampaikan oleh penulis kepada pembacanya

Sesuatu yang terbuku (idea atau pemikiran penulis) sama ada baik atau buruk yang disampaikan secara langsung mahupun tidak langsung.

Ia tidak dinyatakan cuma digambarkan dan ia dirumuskan oleh pembaca namun rumusan yang dibuat adalah berbeza-beza bersandarkan keseluruhan isi karya tersebut.

TEMA

Page 3: slide presentasi cerpen tanah

PERSOALAN

Perkara-perkara yang berkaitan dengan tema.

Ia adalah sebagai bukti untuk menguatkan lagi tema bagi sesebuah karya sastera

Dikenali juga sebagai tema sampingan

Page 4: slide presentasi cerpen tanah

FUNGSI TANAH

Page 5: slide presentasi cerpen tanah

SINOPSISSerombongan penyelidik yang datang dari bandar telah datang ke kampung Tanjung Bunga. Mereka telah bertemu dengan Yong Hock See, seorang Cina tua yang merasa bimbang atas kehadiran rombongan itu. Dia takut dirinya akan ditangkap. Keraguan tersebut telah mengingati kembali kisah-kisah Cina tua itu. Kehadiran Yong di kampung tersebut pada mulanya hanyalah untuk berniaga sahaja. Tetapi dengan bantuan Haji Kula. Yong telah dapat membina sebuah kedai di atas tanah warisan Haji Kula, Yong telah dapat mempengaruhi Haji Kula dengan memberikan pinjaman sehingga hutang bertambah banyak. Akhirnya Haji Kula bersetuju menukar tanah miliknya kepada Yong dengan bayaran sebanyak lima puluh ribu ringgit. Apabila Yong menyingkirkan Haji Kula dari tanahnya, Borhan dengan kawan-kawannya cuba untuk membunuh Yong tetapi gagal, sehingga mereka ditangkap dan dipenjarakan. Kini Yong telah tua dan merasai bahawa Borhan akan datang untuk membalas dendam. Sebab itu Yong sentiasa berhati-hati.

Page 6: slide presentasi cerpen tanah

PERISTIWA PENTING•Disebabkan peristiwa Yong hendak dibunuh ia merasa terancam, takut Borhan akan membalas dendam lagi jika Borhan keluar penjara

•Rombongan kami balik dengan persoalan yang berat dan menyedihkan kerana keadaan orang asing yang memiliki tanah Melayu

•Pada mulanya Yong seorang penjual lain-lain dan pembeli telur ayam ke kampung tersebut

•Perselisihan berlaku apabila Yong bertindak untuk menceroboh rumah Haji Kula

•Imbasan kembali penghidupan Yong yang lalu

•Yong berjaya memiliki kesemua tanah waris Haji Kula

•Borhan, anak lelaki Haji Kula marah dan cuba untuk membunuh Yong tetapi gagal

•Yong membuka kedai di Kampong Tanjung Bunga atas bantuan Haji Kula

•Pertemuan Yong dengan rombongan penyelidik dari bandar

•Yong Hock See merasai gelisah kedatangan mereka

Page 7: slide presentasi cerpen tanah

TUGASAN• BUAT 3 KUMPULAN

• SETIAP KUMPULAN SERAMAI 4 ORANG

• SETIAP KUMPULAN DIMINTA BERBINCANG & MENCARI PERSOALAN YANG TERDAPAT DI DALAM CERPEN TANAH

• SALAH SEORANG WAKIL KUMPULAN AKAN MEMBENTANGKAN HASIL PERBINCANGAN.

Page 8: slide presentasi cerpen tanah

MATERIALISTIK

Sikap mementingkan kebendaan tanpa memikirkan kerugian pada diri sendiri.

Page 9: slide presentasi cerpen tanah

AKAN KEMANAKAN ORANG MELAYU JIKA

TAPAK KEHIDUPAN SUDAH TERSERAH

KEPADA ORANG ASING??..