Slide Proposal Ana

19
PROPOSAL LATIHAN ILMIAH TAHAP KEFAHAMAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR DI MAAHAD MUHAMMADI PASIR PEKAN, KOTA BHARU KELANTAN ROHANA BT RAMLI ( D20112056266)

description

S

Transcript of Slide Proposal Ana

  • PROPOSAL LATIHAN ILMIAH

    TAHAP KEFAHAMAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR DI MAAHAD MUHAMMADI PASIR PEKAN, KOTA BHARU KELANTAN

    ROHANA BT RAMLI( D20112056266)

  • BAB 1 : PENGENALAN1.1Pendahuluan 1.2Latar Belakang Kajian1.3Pernyataan Masalah 1.4Objektif Kajian 1.5Persoalan Kajian 1.6Kepentingan Kajian1.7Limitasi Kajian 1.8Sistematika Penulisan 1.9 Rumusan

  • BAB 1 : PENGENALAN1.1Pendahuluan

    Kepentingan akhlak sebagai suatu gagasan bagi menjamin pembangunan negara yang mampan dan seimbang dinyatakan dengan jelas sebagai salah satu di antara cabaran Wawasan 2020 .

    Dalam konteks sosial, akhlak merupakan sendi yang mengikat kukuh perhubungan dalam sesebuah masyarakat sehingga dapat menjamin kewujudan, kestabilan, keamanan dan kesejahteraan di dalam masyarakat.

    Selain itu ,Kementerian Pendidikan juga telah menggubal konsep pendidikan bersepadu yang dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bertujuan untuk mencapai hasrat pembentukan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

  • BAB 1 : PENGENALANMendorong para guru pendidikan Islam khususnya untuk lebih fleksibel dan serba anjal dalam mengurus pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan dan mencapai objekitif pembelajaran yang dirancang samada untuk jangka pendek atau jangka panjang.

    Pendidikan agama pula merupakan satu proses yang berterusan dalam usaha untuk membentuk aqliyah dan nafsiah Islamiyah yang dapat menyempurnakan tuntutan makarim al-akhlak.

  • BAB 1 : PENGENALAN1.2Latar Belakang KajianDewasa ini pelbagai masalah keruntuhan akhlak sering disuarakan oleh banyak pihak yang kebanyakannya melibatkan para pelajar sekolah. Permasalahan yang timbul ini begitu membimbangkan sehingga ramai di antara ibu bapa dan guru di sekolah mula resah dan gelisah melihat akhlak para pelajar. Tidak dapat dinafikan lagi pelbagai masalah yang timbul di kawasan kajian (Maahad Muhammadi Pasir Pekan) telah menimbulkan pelbagai pandangan dan persepsi dalam kalangan masyarakat terhadap Pendidikan Islam amnya dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam khasnya.

  • BAB 1 : PENGENALAN1.3Pernyataan Masalah

    Pelajar tidak memahami secara mendalam tentang kefahaman akhlak yang menyebabkan mereka tidak merasa takut kepada Allah dan tidak hormat terhadap ibu bapa dan guru. Sekaligus menjadikan diri pelajar tidak berdisiplin dan tidak bermoral.

  • BAB 1 : PENGENALAN1.9 DEFINISI KONSEPTahapKefahamanAkhlakPelajar

  • BAB 1 : PENGENALAN1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ialah :

    1.Mengenal pasti tahap kefahaman ilmu akhlak pelajar terhadap Allah, akhlak terhadap diri sendiri.

    2.Mengenal pasti tahap kefahaman akhlak pelajar terhadap ibubapa dan guru.

    3.Menganalisis punca-punca pelajar lemah dalam kefahaman akhlak terhadap diri sendiri.

  • BAB 1 : PENGENALAN1.5 Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan-soalan berikut :Apakah tahap kefahaman pelajar menengah bawah merangkumi tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3 di Maahad Muhammadi Pasir Pekan terhadap kefahaman Akhlak?

    Sejauh manakah pelajar berakhlak dengan Allah ?

    Apakah punca yang menyebabkan pelajar gagal membentuk akhlak yang terpuji ?

  • BAB 1 : PENGENALAN1.6 Kepentingan KajianKajian ini cuba meninjau tentang kepentingan untuk membantu pihak-pihak yang berkenaan seperti murid-murid, guru, pihak universiti, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), ibu bapa, masyarakat dan sekolah bagi mengetahui sejauh mana tahap penguasaan murid terhadap kefahaman Akhlak.

    Hasil kajian ini juga penting kepada pihak universiti terutamanya Fakulti Pendidikan supaya dapat melatih dan menyediakan guru-guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, personaliti dan membuat persediaan dalam melaksanakan tugas dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

  • BAB 1 : PENGENALAN1.7 Limitasi KajianKajian ini di jalankan kepada pelajar menengah rendah terdiri daripada Tingkatan Satu,tingkatan dua dan tingkatan tiga. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini ialah 100 orang pelajar perempuan sahaja.Masa kajian dijalankan bermula 15 January hingga 16 Februari 2015.

  • BAB 1 KONSEPTUAL

    KONSEP, TEORI DAN LATAR BELAKANG KAJIAN TINDAKANSoalselidikPemerhatiantemubualAnalisis SPSSPEMBOLEH UBAH BERSANDARKefahaman , AmalanPengajaran dan pembelajaran PencapaianKurikulumPEMBOLEH UBAH TIDAK BERSANDARLokasiJantina, UmurTahap akademikPengalaman mengajarDapatan kajian Laporan , cadangan dan dokumentasi

  • BAB 1 : PENGENALAN1.8 Sistematika penulisan

    Penulisan ini disusun dalam lima bab yang saling berkaitan antara bab satu dengan bab lainnya, dan tiap-tiap bab terdiri dari beberapa sub bahagian yang disusun secara sistematika sebagai berikut:Bab pertama merupakan Pendahuluan, bab ini mengandungi Pengenalan, Latar belakang kajian, Pernyataan masalah, Objektif, Tujuan kajian, Persoalan kajian, Kepentingan Kajian, Batasan kajian, Definisi konsep, Kajian Lepas, Sistematika Penulisan dan Rumusan.Bab kedua mengandungi Kajian Literatur, Hakikat Akhlak , Pengertian Akhlak , Sumber dan Macam-macam Akhlak, Tujuan Akhlak, Hakikat Pelajar, Pengertian , Dasar-Dasar Keperluan Pelajar Untuk Memperoleh Pendidikan, Pengaruh Pendidikan Agama Terhadap Akhlak , Akhlak Islam sebagai Manifestasi Konsep Ad-Din, Aspek kecemerlangan Akhlak, Memahami gabungan Iman, Amal dan Ihsan sebagai syarat Pembentukan, Kecemerlangan Akhlak. Bab ketiga mengandungi tentang Metodologi Kajian yang mencakupi Waktu dan Lokasi Kajian, Populasi dan Sampel, Teknik Pengumpulan Data, Teknik Analisa Data.Bab keempat merupakan Gambaran Pengolahan Data, Analisa Data dan Interpretasi Data serta ulasan.Bab kelima merupakan bab terakhir ini berisi tentang kesimpulan dan saranan penulis.

  • KESIMPULAN

    Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengenalpasti tahap kefahaman akhlak dalam kalangan pelajar di maahad muhammadi pasir pekan, kota baharu kelantan

  • BAB 2 : KAJIAN LITERATUR

    2.1Hakikat Akhlak 2.1.1 Pengertian Akhlak 2.1.2 Sumber dan Macam-macam Akhlak 2.1.3 Tujuan Akhlak 2.2 Hakikat Pelajar2.2.1 Pengertian 2.2.2 Dasar-Dasar Keperluan Pelajar Untuk Memperoleh Pendidikan

  • BAB 2 : KAJIAN LITERATUR

    2.3Pengaruh Pendidikan Agama Terhadap Akhlak 2.3.1 Akhlak Islam sebagai Manifestasi Konsep Ad- Din 2.3.2 Aspek kecemerlangan Akhlak2.3.3 Memahami gabungan Iman, Amal dan Ihsan sebagai syarat Pembentukan Kecemerlangan Akhlak

  • BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

    3.1Metod kumpul data3.1.1 Kajian perpustakaan3.1.2 Kajian Lapangan3.1.2.1 Soal Selidik 3.1.2.2 Pemerhatian3.1.2.3 Temubual3.2Penganalisaan Data 3.2.1 Induktif

  • BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

    KESIMPULANKajian ini dijalankan bertujuan bagi mengenalpasti sama ada pelajar mengamalkan akhlak dalam diri mereka dan melahirkan rasa hormat terhadap ibu bapa,guru dan masyarakat.