Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

32
TAKLIMAT PENYEDIAAN DATA MPPSM, APC DAN PPC Tarikh : 24 Mac 2014 (Isnin) Masa : 11:00 Pagi Tempat : Dewan Senat (UTMJB) Dewan Jumaah (UTMKL)

Transcript of Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

Page 1: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

TAKLIMAT PENYEDIAAN DATA MPPSM, APC DAN PPC

Tarikh : 24 Mac 2014 (Isnin)

Masa : 11:00 Pagi

Tempat : Dewan Senat (UTMJB)

Dewan Jumaah (UTMKL)

Page 2: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

PP Bil 13 Tahun 2012: Penganugerahan PPC dan Pemberian

APC

Kriteria APC

Peranan PSM

2

SKOP PEMBENTANGAN

Page 3: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

PP Bil 13 Tahun 2012: Penganugerahan PPC dan Pemberian APC

3

Page 4: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2012

TUJUAN

Menjelaskan dasar dan pelaksanaan penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) dan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada pegawai dalam perkhidmatan awam.

Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Page 5: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

• Selaras dengan transformasi negara ke arah budaya kerja berprestasi tinggi dan berinovasi, Kerajaan telah bersetuju supaya di samping pemberian APC, penganugerahan P.P.C. diwujudkan sebagai satu lagi bentuk pengiktirafan terhadap pegawai perkhidmatan awam.

5

LATAR BELAKANG

Page 6: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

• Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) merupakan pingat bagi pegawai perkhidmatan awam yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam tugas yang diamanahkan serta aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi termasuk aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya yang boleh mengharumkan nama organisasi dan negara. Tujuannya adalah untuk:

a) memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan luar biasa dalam aktiviti tugas rasmi dan di luar tugas rasmi;

b) memberi pengiktirafan kepada hasil sumbangan kreativiti dan inovasi pegawai;

c) memberi galakan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya; dan

d) d) meningkatkan motivasi untuk membudayakan kecemerlangan di pelbagai bidang tugas rasmi mahupun di luar tugas rasmi.

6

PENGANUGERAHAN

Page 7: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

7

PENGANUGERAHAN

• Pingat ini adalah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui Statut Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan adalah diiktiraf sebagaimana pingat-pingat lain yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Pingat ini boleh dipakai oleh pegawai semasa menghadiri sesuatu majlis rasmi.

• Penganugerahan P.P.C. ini dilaksanakan oleh Menteri atau Timbalan Menteri di kementerian yang berkenaan.

Page 8: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

8

DASAR

• Bilangan keseluruhan penerima P.P.C. dan APC bagi setiap agensi tidak boleh melebihi 8 peratus daripada jumlah pegawai yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian dan had maksimum penerima P.P.C. tidak boleh melebihi 3/8 daripada jumlah keseluruhan penerima P.P.C. dan APC. Sekiranya pada tahun berkenaan tiada pegawai perkhidmatan awam yang layak menerima P.P.C., maka kementerian tidak perlu melaksanakan penganugerahan P.P.C. bagi tahun berkenaan dan kuota tersebut boleh digunakan untuk pemberian APC.

• PPC yang telah diberi boleh ditarik balik mengikut Fasal V, Statut P.P.C. dan perenggan 7 Peraturan-Peraturan Yang Menentukan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang bagi keadaan seperti berikut:

a) pegawai telah disabitkan atas sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; atau

b) pegawai hilang taraf kewarganegaraan; atau

c) pegawai disifatkan berkelakuan tidak sesuai sebagai penerima pingat oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).

Page 9: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

PELAKSANAAN

Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC)

a) Kelayakan

i) Pegawai yang layak dipertimbangkan :

1) pegawai tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan;

2) bagi pencalonan kali pertama, telah genap 5 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada tahun prestasinya dinilai;

3) pegawai perkhidmatan awam Gred 1 sehingga 54 atau setaraf;

4) pencapaian cemerlang dalam prestasi kerja dan aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi dalam tempoh (3) tahun terakhir;

Page 10: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

PELAKSANAAN

5) lulus tapisan keselamatan (jenayah dan keselamatan) Polis Diraja Malaysia (PDRM);

6) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

7) lulus tapisan keutuhan Jabatan Insolvensi Malaysia;

8) tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib; dan

9) diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).

ii) Pegawai layak dipertimbangkan bagi penganugerahan P.P.C. buat kali kedua jika memenuhi syarat seperti berikut:

1) memenuhi syarat di butiran (3) hingga (9) perenggan 9(a) dan

2) perkhidmatan tidak terputus dalam tempoh 5 tahun dari tarikh penganugerahan kali pertama.

Page 11: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

PELAKSANAAN

b) Asas Penilaian

i) Penilaian yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada lima (5) kategori kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi seperti berikut:

1) keahlian pertubuhan kemasyarakatan/ NGO/kelab/persatuan/pasukan sukarela;

2) Sumbangan inovatif/kreatif/bakat/kemahiran;

3) Sukan dan permainan;

4) Penglibatan dalam aktiviti/program; dan

5) Komitmen kepada tugasan di luar waktu pejabat.

Page 12: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

c) Asas Pertimbangan

Bagi menentukan penerima P.P.C. pegawai yang layak dipertimbang akan dinilai berdasarkan syarat-syarat berikut:

i) memperoleh markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas; dan

ii) memperoleh markah penilaian aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi 10 markah dan ke atas.

PELAKSANAAN

Page 13: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

d) Insentif

i) Pegawai yang dianugerahkan P.P.C. akan menerima insentif seperti berikut:

1) Satu Pingat Perkhidmatan Cemerlang;

2) Sijil Pingat Perkhidmatan Cemerlang; dan

3) Sijil Simpanan Premium bernilai RM1,000.00.

ii) Pegawai juga akan diberi peluang dan keutamaan dalam :

1) Permohonan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja; dan

2) Pencalonan untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan atau Negeri.

PELAKSANAAN

Page 14: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

e) Perolehan Pingat

i) Reka bentuk pingat adalah seperti yang termaktub dalam Statut P.P.C. dan perolehan dibuat dengan pembekal yang telah dilantik oleh Kerajaan berdasarkan tataara kewangan yang berkuat kuasa; dan

ii) Urusan perolehan pingat dilaksanakan oleh kementerian menggunakan peruntukan masing-masing.

f) Kawalan dan Rekod

i) P.P.C. ini adalah dikawal oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);

ii) Senarai pegawai yang dicalonkan untuk penganugerahan P.P.C. hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada JPA untuk semakan sebelum penganugerahan dilaksanakan; dan

iii) Senarai penerima P.P.C. untuk tahun tersebut akan disahkan dan diwartakan oleh JPA.

PELAKSANAAN

Page 15: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

a) Kelayakan

Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah semua pegawai perkhidmatan awam sama ada yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian.

b) Asas Pertimbangan

Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah seperti berikut:

i) memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan

ii) bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian.

PELAKSANAAN

Page 16: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

a) Insentif

i) Insentif bagi pemberian APC adalah seperti berikut:

1) Sijil Perkhidmatan Cemerlang; dan

2) Sijil Simpanan Premium bernilai RM1,000.00.

ii) Pegawai juga akan diberi peluang dalam pencalonan untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan atau Negeri.

PELAKSANAAN

Page 17: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

BIL PERKARA P.P.C APC

1 Bilangan Penerima

Dihadkan kepada 8% daripada jumlah keseluruhan pegawai perkhidmatan awam.

17

JADUAL RINGKASAN P.PC. DAN APC

PPC (%) APC (%)

3 5

2 6

1 7

0 8

Page 18: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

BIL PERKARA P.P.C APC

2 Syarat Kelayakan Bagi pencalonan kali pertama, pegawai: 1. telah disahkan dalam perkhidmatan; 2. telah genap 5 tahun berkhidmat dalam

perkhidmatan awam pada tahun prestasinya dinilai;

3. jawatan Gred 1 hingga 54 atau setaraf; 4. cemerlang dalam prestasi kerja dan aktiviti

atau sumbangan di luar tugas rasmi; 5. lulus tapisan keselamatan (jenayah dan

keselamatan) Polis Diraja Malaysia (PDRM); 6. lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); 7. lulus tapisan keutuhan Jabatan Insolvensi

Malaysia; 8. tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib;

dan 9. diperakukan oleh Panel Pembangunan

Sumber Manusia (PPSM).

Semua pegawai perkhidmatan awam yang: 1. dilantik secara tetap,

sementara atau kontrak; dan

2. telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian.

18

JADUAL RINGKASAN PPC DAN APC

Diuruskan oleh urus setia MPSM Universiti

Page 19: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

BIL PERKARA P.P.C APC

2 Syarat Kelayakan Bagi pencalonan kali kedua, pegawai: 1. memenuhi semua syarat di atas; dan 2. perkhidmatan tidak terputus dalam

tempoh 5 tahun dari tarikh penganugerahan kali pertama.

3 Asas Pertimbangan

1. memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan

2. memperolehi markah penilaian aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi 10 markah dan ke atas.

1. memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan

2. bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian.

4 Insentif 1. Pingat Perkhidmatan Cemerlang; 2. Sijil Pingat Perkhidmatan Cemerlang;

dan 3. Sijil Simpanan Premium bernilai

RM1,000.00.

1. Sijil Perkhidmatan Cemerlang; dan

2. Sijil Simpanan Premium bernilai RM1,000.00.

JADUAL RINGKASAN PPC DAN APC

Page 20: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

BIL PERKARA P.P.C APC

5 Insentif Lain Peluang dan keutamaan dalam: 1. pembangunan kerjaya seperti

menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja; dan

2. pencalonan bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri.

Peluang dalam pencalonan bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri.

6 Penarikan Balik Pingat

Sekiranya pegawai: 1. telah disabitkan atas sesuatu kesalahan

yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

2. hilang taraf kewarganegaraan; atau 3. disifatkan berkelakuan tidak sesuai

sebagai penerima pingat oleh PPSM.

Tidak berkenaan

JADUAL RINGKASAN PPC DAN APC

Page 21: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

a) Mengemukakan senarai P.P.C. bagi tahun semasa kepada JPA untuk pengesahan dan pewartaan.

b) Melaksanakan penganugerahan P.P.C. dan pemberian APC serta penyediaan insentif kepada penerima di kementerian/jabatan.

c) Menyelenggara rekod penerima P.P.C. dan APC di kementerian/jabatan masing-masing.

d) Mempamerkan nama dan gambar penerima P.P.C. dan APC di lokasi yang strategik atau yang sering dikunjungi orang ramai di pejabat.

PERANAN KETUA JABATAN

(PEJABAT PENDAFTAR)

Page 22: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai

1 Januari 2013.

TARIKH KUAT KUASA

Page 23: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

Kriteria APC

23

Page 24: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

1. Tertakluk kepada kuota 8% dan memperolehi markah e-LPPT/e-LNPT 360°/e-LNPT sebanyak 85% ke atas;

2. Perkhidmatan cemerlang adalah perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang staf yang mutu atau penghasilannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Perkhidmatan yang diberikan itu boleh dijadikan contoh dan ikutan, serta memberi pengaruh yang menggerakkan kecergasan bekerja dan daya usaha staf yang lain;

3. Staf semua kumpulan, gred dan kategori sama ada dilantik secara tetap, sementara atau kontrak di bawah skim JKK, SSB dan SSM;

4. Telah berkhidmat bagi tempoh genap setahun penuh pada hari terakhir tahun penilaian;

5. Pemilihan juga berasaskan kepada penilaian PPSM ke atas sumbangan staf berkenaan kepada organisasi, Perkhidmatan Awam, komuniti, daerah, negeri, negara dan peringkat antarabangsa;

6. Pemilihan hendaklah dibuat mengikut taburan lokasi tempat bekerja, kategori jawatan dan lain-lain yang berkaitan;

24

Page 25: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

7. Keutamaan kepada staf yang dapat membina nilai-nilai bekerjasama dan berpasukan serta dapat mewujudkan perhubungan yang baik di semua peringkat;

8. Bagi staf yang pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang layak dipertimbangkan dengan menunjukkan prestasi yang amat cemerlang. Di antaranya ialah:-

i) Mendapat e-LPPT/e-LNPT 360°/e-LNPT sebanyak 90% ke atas;

ii) Mendapat pengiktirafan dari dalam/luar negeri dan sebagainya.

9. Calon tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh 3 tahun kebelakangan;

10. Calon yang pernah dinaikkan pangkat sama ada secara hakiki, Khas Untuk Penyandang (KUP) atau setuju menerima Opsyen dan sebagainya pada tahun yang dinilai tidak boleh dipertimbangkan untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2013 kecuali tiada calon lain yang layak di fakulti/jabatan berkenaan.

25

Page 26: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

Peranan PSM

26

Page 27: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

MESYUARAT PANEL PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (MPPSM)

UNIVERSITI 2014

Maklumat yang perlu dihantar kepada Urus Setia Mesyuarat Panel Pengurusan Sumber Manusia (MPPSM) 2014 selewat-lewatnya pada 20 April 2014 seperti berikut:

1. Minit Mesyuarat Fakulti/Bahagian mengikut format yang ditetapkan;

2. Jadual Perakuan penerima APC & P.P.C 2013;

3. Senarai anugerah dan markah laporan penilaian prestasi 3 tahun yang pernah diterima. (paparan markah tahun penilaian hendaklah daripada markah tertingggi ke terendah) *

4. Borang pencalonan P.P.C beserta dokumen sokongan yang telah disahkan

NOTA*: Lampiran B dan C akan digabungkan oleh CICT

Page 28: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

BORANG PENILAIAN P.P.C Pegawai Yang Dinilai (PYD) dan Pegawai Penilai (PP) hendaklah

memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut semasa membuat penilaian:

i) PYD hendaklah melengkapkan maklumat di Bahagian I dan II;

ii) PYD hendaklah mengemukakan bukti yang disahkan bagi penglibatan dalam setiap aktiviti yang disenaraikan;

iii) PP hendaklah menyemak kesahihan bukti penglibatan yang dikemukakan sebelum membuat penilaian dan pengesahan;

iv) PP hendaklah memberi markah dengan membulatkan skala pemarkahan di ruangan yang disediakan;

v) PP hendaklah melengkapkan maklumat dan menurunkan tandatangan di Bahagian III; dan

vi) PYD dan PP hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Pengisian Borang Aktiviti dan Sumbangan PPC.

BORANG P.P.C: BORANG KEGIATAN DAN SUMBANGAN LUAR

Page 29: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

29

Lampiran B

Page 30: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

30

Lampiran C

Page 31: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

TARIKH TINDAKAN

1 –30 Nov 2013

Mengenalpasti klasifikasi Pegawai Yang Dinilai (PYD) / Pegawai Penilai oleh PSM PTJ

1 Dis – 14 Jan 2014 Pengisian borang Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2013 dan pengisian pencapaian kerja sebenar tahun 2013 secara online oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD)

15 Jan - 11 Feb 2014

Penilaian dan pengisian markah oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP) serta pemakluman markah oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD) Penilaian dan Pengisian markah 360° oleh PPR dan PPS

12 -17 Feb 2014 Semakan status penilaian oleh PSM PTJ.

18 Feb - 20 Mac 2014 Penilaian dan pengisian markah oleh Pegawai Penilai Kedua (PPK).

21 Mac- 19 April 2014 Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (MPPSM) Fakulti/Bahagian.

20 April 2014 Tarikh akhir penghantaran dokumen untuk MPPSM Universiti

27-28 April 2014 Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (MPPSM) Universiti.

31

TARIKH-TARIKH PENTING

Page 32: Slide Taklimat MPPSM APC PPC 2014

Terima kasih