Institut Aminuddin Baki. Panduan peningkatan bud… · Created Date: 1/29/2010 6:22:02 PM
SMK AMINUDDIN BAKI
-
Upload
farah-lisa-sulaiman -
Category
Documents
-
view
213 -
download
3
Transcript of SMK AMINUDDIN BAKI
SMK AMINUDDIN BAKI
KUALA LUMPUR
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011
HALANGAN DAN POTENSI BENTUK MUKA BUMI DI:
KAWASAN CHERAS
NAMA:FARAH LISA BINTI SULAIMAN
NO K/P:980116-56-5174
TINGKATAN:1 KAMIL
NAMA GURU:PUAN ROSMAWATI
TANDATANGAN MURID TANDATANGAN GURU
………………………………………… ………………………………………
BIL. ISI KANDUNGAN MUKASURAT
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK
Aminuddin Baki Kuala Lumpur, Pn Latifah Binti Hj Mahfod kerana
telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjalankan kerja
kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru mata pelajaran Geografi
saya iaitu Pn.Rosmawati yang telah banyak memberikan tunjuk ajar
dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.Ucapan terima kasih
juga kepada kedua ibu-bapa saya kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak
wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian
ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.Tidak lupa juga buat
rakan-rakan yang telah banyak membantu saya memantapkan lagi
hasil kajian saya ini. Akhir sekali saya mengucapkan terima
kasih kepada pihak luar yang telah memberi respon yang baik
sepanjang kajian ini berjalan.
Tajuk kajian yang telah diberi oleh guru Geografi saya ialah
Halangan Dan Potensi Bentuk Muka Bumi Di Cheras.Berdasarkan
tajuk ini,saya memilih Cheras sebagai lokasi kajian untuk
melaksanakan kerja kursus yang diwajibkan bagi semua pelajar
tingkatan 1. Saya memilih kawasan ini adalah kerana ianya
merupakan tempat kediaman saya dan ini memudahkan saya untuk
menjalankan kajian dan mencari maklumat.Saya juga lebih memehami
keadaan persekitarannya kerana saya telah tinggal di sini selama
9 tahun lamanya.Semua maklumat dan data yang diperolehi melalui
keadaan kajian yang saya pilih telah direkodkan dengan baik dan
sempurna. Untuk menyiapkan kajian ini,saya mengambil masa selama
5 hingga 6 minggu.Harapan saya semoga projek Kajian Geografi
Tempatan yang saya hasilkan ini dapat memberi sedikit sebanyak
kefahaman kepada umum tentang halangan dan potensi bentuk muka
bumi di Cheras.
Saya menjalankan kajian ini dengan tujuan untuk menepati
objektif-objektif yang berikut:-
Mengenal pasti bentuk muka bumi dan ciri-ciri di Cheras.
Menyelidik tentang potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan
manusia.
Mengkaji sama ada terdapat halangan bentuk muka bumi
terhadap kegiatan manusia.
Mengetahui kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di
Cheras.
Meyenaraikan langkah atau kaedah yang sepatutnya untuk
mengurangkan kesan kegiatan manusi terhadap alam sekitar di
Cheras.
Dapat menerapkan nilai dan unsure patrotisme di kawasan
kajian saya.
Kawasan kajian yang telah saya pilih ialah Taman Shamelin Perkasa. Taman
Shamelin terletak di sebelah utara Kuala Lumpur.Ianya dibawah
pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau lebih dikenali
sebagai DBKL.Kawasan tanah pamah di Cheras sesuai untuk menjadi
kawasan perdagangan dan tumpuan jaringan pengangkutan.
Disebabkan potensi ini, Cheras telah dimajukan pada tahun 2000,
dan telah dilengkapi dengan Sekolah, Kolej, LRT, pasaraya, taman
rekreasi, dan sebagainya.Jarak mutlak antara bandaraya Kuala
Lumpur dengan Cheras ialah 8km. Jarak relatifnya pula ialah lebih
kurang 15 minit jika tiada kesesakan lalu lintas. Jika menaiki LRT
memakan masa lebih kurang 10 minit
Saya melakanakan kaedah-kaedah di bawahdalam proses menghasilkan
kajian ini.
PEMERHATIAN
Saya membuat pemerhatian terhadap halangan dan potensi bentuk
muka bumi di sekitar Cheras. Dari pemerhatian ini,saya dapat
mengenal pasti bentuk muka bumi dan ciri-cirinya dan langkah-
langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam
sekitar.Saya juga telah menangkap gambar di sekitar kawasan
kajian sebagai sokongan dapatan kajian saya.
SOAL SELIDIK
Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada 20 orang
penduduk di kawasan perumahan disekitar Cheras.Melalui borang
soal selidik ini,saya dapat mengenal pasti halangan dan potensi
bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia serta kesan kegiatan
manusia terhadap alam sekitar.
RUJUKAN
Saya juga telah membuat rujukan di internet,buku-buku
rujukan,buku teks,surat khabar dan saya banyak merujuk kepada
ahli keluarga saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang kawasan
yang saya kaji.
Jenis muka bumi di Cheras ialah tanah pamah.Kawasan tanah pamah
merupakan tanah rendah yang beralun.Di tanah pamah biasanya
terdapat sungai,tasik atau paya.Kawasan tanah pamah sesuai untuk
membina rumah atau bangunan serta jalan raya.
Bentuk muka bumi di ampang merupakan tanah pamah.di tanah
pamah,pelbagai bangunan dan sistem jaringan dibina seperti jalan
raya dan bangunan pejabat.
Tanah pamah merupakan bentuk muka bumi di kawasan kajian
saya.Unsur patriotisme tanah pamah ialah mencintai Negara
Malaysia dengan cara bangga terhadap keindahan alam semula jadi
Malaysia.
8.2: POTENSI BENTUK MUKA BUMI KEPADA KEGIATAN MANUSIA DAN PEMBANGUNAN KAWASAN KAJIAN
Tanah pamah merupakan bentuk muka bumi di kawasan kajian
saya.Tiga potensi tanah pamah ialah petempatan,perindustrian dan
pengangkutan.
Tanah pamah amat sesuai untuk petempatan kerana keadaan
muka bumi yang datar.Ini menarik penduduk untuk menetap di
kawasan tanah pamah.
Kedua,perindustrian.Tanah pamah amat sesuai untuk
perindustrian kerana amat sesuai dibina sebagai kilang untuk
mengeluarkan barang untuk dieksport.
Ketiga,pengangkutan.Tanah pamah amat sesuai untuk
pengangkutan kerana tanahnya yang rata dan luas lebih senang
untuk pelbagai kenderaan. Contohnya,pemandu kereta lebih senang
untuk memndu di tanah pamah.
Nilai unsur patriotisme ialah menghargai bentuk muka bumi
di Malaysia kerana tanpa bentuk muka bumi,semua ini tidak dapat
dicapai.Pengangkutan,petempatan dan perindustrian akan susah
untuk dijalankan. Ini merupakan potensi tanah pamah.
POTENSI MUKA BUMI DI TEMPAT PENDUDUK
POTENSI BILANGAN
PERNIAGAAN 3
PERINDUSTRIAN 3
PERTANIAN 2
PERKHIDMATAN AWAM 12
LAIN-LAIN 0
POTENSI MUKA BUMI DI TEMPAT PENDUDUK
8.3 HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
Halangan yang pertama di kawasan kajian saya ialah
kesempitan tanah pamah.Petempatan di tanah pamah amat padat dan
ini menyebabkan kawasan kajian saya amat sempit dan selalu
mempunyai masalah kesesakan lalu lintas.
Kawasan berpaya merupakan halangan kedua.Kawasan berpaya di
tanah pamah menyebabkan penduduk tidak selesa kerana baunya yang
busuk dan keadaanya yang basah.Ini menyebabkan kawasan sekitar
rumah kami selalu berbau busuk.
Kesimpulannya,halangan-halangan di tanah pamah
ialah,kesempitan kawasan dan kawasan berpaya.Unsur patriotisme
ialahkita mesti menjaga cirri-ciri fizikal di Malaysia agar
kesejahteraan hidup.
MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK TEMPAT
MASALAH-MASALAH BILANGAN
KESESAKAN LALU LINTAS 5
TIDAK CUKUP TEMPAT LETAK KERETA
6
VANDALISME 3
BANYAK BERLAKU KES KECURIAN
2
PENGANGKUTAN YANG TIDAK TEPAT MASA/TIDAK KERAP
4
MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK SETEMPAT
8.5: KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR
Dua kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan
kajian saya ialah pencemaran udara dan pencemaran air:-
Pertama,pencemaran udara.Ini disebabkan oleh kenderaan
yang banyak mengeluarkan asap yang mengandungi karbon
monoksida seperti bas,lori dan lain-lain.Oleh itu udara
tercemar.
Kedua,pencemaran air.Ini dihasilkan oleh kebanyakkan
kedai yang membuang sampahnya di dalam sungai dan longkang
di Cheras.
Unsur patriotisme ialah tanggungjawab terhadap alam
sekitar di Malaysia.Tanggungjawab kita sebagai orang
Malaysia ialah untuk menjaga alam sekitar dan memastikan
bahawa alam sekitar sentiasa bersih.
8.5 LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR
Terdapat beberapa langkah yang kita boleh ambil untuk
mengurangkan kegiatan manusia terhadap alam sekitar:-
Antara langkahnya ialah meletakkan tong sampah khas di
setiap kedai bagi mengurangkan pencemaran air.Ini kerana sesiapa
yang bekerja di kedai akan membuang sampah di tong sampah yang
di khaskan dan bukan di longkang atau sungai.
Langkah untuk mengatasi pencemaran udara ialah penggunaan
petrol tanpa plumbum.Ini akan mengelakkan gas-gas yang bahaya
daripada mencemari udara.
Unsur patriotisme ialah menjaga alam sekitar di
Malaysia.Melalui langkah-langkah tersebut,kesan-kesan manusia
terhadap alam sekitar pasti dapat dikurangkan.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH DI TEMPAT PENDUDUK
LANGKAH-LANGKAH BILANGAN
MENEMPATKAN BEBERAPA POLIS TRAFIK
5
MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK TEMPAT KERETA
6
MEMBUAT LEBIH BANYAK RONDAAN
3
KEMPEN KESEDARAN 2
MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK PENGANGKUTAN
4
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH DI TEMPAT DUDUK
RUMUSAN
Folio ini mencapai semua objektif kajian ini.Folio ini
merangkumi bentuk muka bumi dan cirri-cirinya,potensi muka bumi
kepada kegiatan manusia,kesan kegiatan manusia terhadap alam
sekitar,penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap alam
sekitar.
Folio ini juga merangkumi cadangan langkah-langkah untuk
mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.Selain
itu,folio ini mengandungi unsur patriotisme.Dengan ini,folio ini
disiapkan dengan jayanya.
BAHAN GRAFIK
KAUM DAN JENIS PEKERJAAN PENDUDUK DI CHERAS
KAUM KERJA UNTUK KERAJAAN
KERJA SWASTA
TIDAK BEKERJA
MELAYU 2 0 1
CINA 2 3 0
INDIA 4 2 1
LAIN-LAIN 1 4 0
LAMPIRAN
CHERAS
TANAH PAMAH