SMK BUKIT KATIL

download SMK BUKIT KATIL

of 18

Transcript of SMK BUKIT KATIL

SMK BUKIT KATIL,MELAKA JALAN TUN KUDU,75450 BUKIT KATIL MELAKA

KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 2 2011 GEOGRAFI 23/2

TAJUK: PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN DI KAWASAN BUKIT KATIL, MELAKA

NAMA PELAJAR

NURUL NAJWA BINTI MOHD RIZMAN

NO.KAD PENGENALAN

970618-01-6934

NAMA SEKOLAH

SMK BUKIT KATIL

GURU PENILAI

PUAN ZULIANA BINTI SALEH

TANDA TANGAN

Najwa

MARKAH/GRED

18/20

ISI KANDUNGAN

Bil1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Perkara/TajukPenghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Hasil kajian Rumusan Rujukan Borang soal selidik

m/s

PENGHARGAANSaya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya, Puan Zulirana Binti Saleh kerana telah member tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan projek kajian Geografi Tempatan ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah, Puan Hajah Rosni Binti Rosli yang telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian ini selepas waktu sekolah.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibubapa saya yang memberi sokongan dan dorongan untuk saya menyiapkan kajian ini.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan pejabat Daerah Melaka Tengah yang memberikan maklumat tentang kawasan kajian ini. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama kepada saya semasa kajian dijalankan.

PENDAHULUANBagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran untuk mata pelajaran Geografi, murid-murid Tingkatan 2 diberikan peluang menjalankan kerja amali di darat. Hal ini di laksanakan melalui tema Kajian Geografi Tempatan. Murid-murid diberikan pilihan untuk memilih tajuk kajian masing-masing.

Saya dan rakan-rakan telah memilih tajuk Kepentingan Pengangkutan Bas Terhadap Pembangunan Di Bukit Katil, Melaka. Kajian dijalankan di kawasan Bukit Katil masa yang diberikan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah lapan minggu. Setiap pelajar perlu menulis laporan lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

OBJEKTIF KAJIANBerikut adalah objektif-objektif melaksanakan kerja kursus ini. yang ditentukan dalam

i)

Mengenal pasti bagaimana pengangkutan bas memainkan peranan penting dalam membangunkan kawasan kajian.

ii)

Mengetahui masalah-masalah yang berkaitan dengan pengangkutan bas.

iii) Mengetahui langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

KAWASAN KAJIAN

Bukit Katil terletak di dalam Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah. Kawasan ini disempadani oleh Mukim Bukit Baru di bahagian utara dan barat laut, Mukim Bukit Baruang di bahagian selatan dan mukim Ayer Keroh di bahagian timur dan tenggara. Bukit katil terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Keluasan Bukit Katil adalah kira-kira 5.1 km persegi (509.91 hektar) Keluasan Daerah Melaka Tengah pula adalah kira-kira 2408 km persegi. Kawasan ini dibangunkan pada awal tahun 1990-an. Melaka Sentral terletak di tengah-tengah Bandar Melaka. Kedudukannya ialah kira-kira 10-15 km dari kawasan Bukit Katil. Tambang penjalanan dari Melaka Sentral ke Bukit Katil RM1.00 bagi menaiki bas dan RM10.00 menaiki teksi. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil terletak di Kampung Bayan, jaraknya lebih kurang 1 kilometer ke selatan Bukit Katil. Bentuk muka bumi di Bukit Katil adalah rata dan disempadani bukit-bukau. Keadaan begini amat sesuai untuk pertanian. Terdapat sebatang sungai mengalir melalui Bukit Katil iaitu Sungai Duyung. Sebahagian besar kawasan ini dibangunkan menjadi kawasan pertanian, perumahan dan perindustrian. Lihat peta lakar 2. Bukit Katil dihubungi dengan Bandar Melaka melalui jalan raya dari Melaka Sentral ke Bukit Katil dengan mengambil masa kirakira 20 minit sahaja. Hampir keseluruhan kawasan di Bukit Katil dapat dihubungkan melalui jalan raya. Di kajian ini, tumpuan hanya ada pada sistem pengangkutan bas dan kesannya terhadap pembangunan di kawasan ini.

PETA LAKAR BUKIT KATIL

PETUNJUK :

KAEDAH KAJIANSelepas memilih tajuk kepentingan pengangkutan bas terhadap pembangunan di Bukit Katil, Melaka, saya dan rakan-rakan berbincang untuk memilih kaedah kajian yang akan digunakan semasa menjalankan kajian ini. Berikut adalah kaedah yang digunakan.

A) PEMERHATIAN : . Pemerhatian dibuat terhadap bentuk muka bumi, jenis kegiatan ekonomi penduduk, jenis kemudahan sosial yang ada dan jenis kemudahan lain yang terdapat di situ. . Kami juga memerhatikan ciri kawasan kajian dan tempat sekiranya dari segi kemajuan dan pembangunannya.

B) TEMU BUAL : . Sebelum memulakan temu bual kami menyediakan borang soal selidik. Sila lihat contoh di lampiran 1. . Sesi temu bual dijalankan di Melaka Sentral. Seramai 20 orang penumpang ditemu bual untuk mendapatkan maklumat tentang jenis pekerjaan, keselesaan menggunakan bas dan tujuan menggunakan bas serta soalan-soalan lain yang berkaitan.

C) RUJUKAN PERPUSTAKAN : . Kami mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian seperti peta kawasan kajian dan maklumatmaklumat lain yang berkaitan. . Kami mendapatkan maklumat melalui risalah-risalah, majalah, keratin khabar serta melalui laman web.

HASIL KAJIANDaripada hasil maklumat yang kami kumpulkan, kami mendapati bahawa pada lewat tahun 1990-an, sistem pengangkutan bas adalah alat pengangkutan penumpang.

Kami mendapati bahawa penumpang yang menggunakan bas terdiri daripada murid sekolah, pekerja jabatan kerajaan, peniaga serta individu sama ada dari stesen utama atau stesen kecil di sepanjang jalan raya.

Pengangkutan ini memainkan peranan penting juga dalam perkembangan ekonomi penduduk di sekitarnya. Walaupun perkhidmatan bas agak lambat dan kurang selesa, tetapi kosnya adalah lebih murah. Faktor inilah yang menyebabkan penduduk memilih untuk menggunakan pengangkutan bas ini.

Perkhidmatan perkhidmatan bas digunakan juga sebagai alat perhubungan penting. Lihat Rajah 1. Hasil temu bual menunjukan bahawa daripada 9 orang perniaga, 5 orang terdiri daripada perniaga lelaki, manakala 4 orang adalah wanita. Seramai 3 orang daripada 6 orang kakitangan awam/swasta adalah lelaki dan selebihnya adalah wanita.

Keadaan bentuk muka bumi yang berbukit-bukau dan berhutan tebal serta sungai yang berjeram menyukarkan perjalan. Faktor cuaca menyebabkan kawasan bercerun di tepi jalan kerap mengalami tanah runtuh, hakisan di Sungai Duyong dan gelongsoran tanah.

Apabila berlaku masalah-masalah ini perkhidmatan pengangkutan bas terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan. Hal ini, menyebabkan berlaku ketidakcekapan perkhidmatan yang disediakan.

Selain itu, jadual perkhidmatan serta kadar kekerapan sistem pengangkutan bas ini perlu ditingkatkan untuk menjadikan pengangkutan bas ini sebagai salah satu alat pengangkutan penting dan lebih etisyen. Kerusi-kerusi lama perlu ditukar kepada yang baru.

Disamping itu, kelajuan perjalanan pengangkutan bas perlu dipertingkatkan dengan menggantikan penggunaan enjin yang lebih canggih dan moden.

RUMUSANDi kawasan kajian ini, iaitu Bukit Katil berlaku penurunan dan peningkatan jumlah penumpang bagi pengangkutan bas ini. Walaupun wujudnya persaingan daripada alat pengangkutan lain seperti kereta mahupun motosikal, bas tetap menjadi salah satu alat pengangkutan penting pengguna. Bas digunakan untuk mengangkut barang-barang pukal dan hasil pertanian komersial. Pembinaan Melaka Sentral di kawasan ini dapat dikaitkan juga dengan perkembangan pertanian seperti getah, koko dan kopi. Secara tidak langsung dapatlah dirumuskan bahawa pembangunan di Bukit Katil ini turut dirangsangkan oleh adanya perkhidmatan bas yang merentasi kawasan ini.

RUJUKAN1. Ali Akhbar Bin Gulasan, 1994-1995. Bas sebagai satu Mod Pengangkutan bagi Negeri Melaka. Jabatan Geografi Universiti Malaya. 2. Laman web file //A:\Profil Daerah Bukit Katil.htm.

BORANG SOAL SELIDIKBORANG SOAL SELIDIK1. 2. 3. 4. 5. 6. NAMA : UMUR : JANTINA : LELAKI/PEREMPUAN BANGSA : ALAMAT : JENIS PEKERJAAN : (TANDAKAN PADA BERKENAAN) PEKERJAAN TANDAKAN(/) NYATAKANLAMPIRAN 1

7. TUJUAN MENGGUNAKAN BAS :

8. PANDANGAN TENTANG KEMUDAHAN PENGANGKUTAN BAS : KOMEN SELESA BIASA KURANG SELESA TANDAKAN(/)

LAMPIRAN 2

DAPATAN TEMUBUAL DENGAN PENUMPANG DI KAWASAN BUKIT KATILBIL NAMA JANTINA ALAMAT JENIS TUJUAN PANDANGAN PEKERJAAN MENGGUNAKAN TENTANG PERKHIDMATAN KESELESAAN BAS

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Jadual 1 : Jenis pekerjaan penumpang mengikut jantina. *Bekerja Sendiri (petani/nelayan) Bilangan 1. 2. 3. 4. Jenis pekerjaan *Kerja Sendiri Kakitangan awam/swasta Peniaga pasar minggu Peniaga dalam bas Jumlah Lelaki Wanita 5 4 3 3 11 3 2 9 Jumlah 9 6 3 2 20

Graf 1: Jenis pekerjaan pemunpang mengikut jantina.

6 5 4 3 2 1 0 Kerja Sendiri Kakitangan Awam/Swasta Perniaga Pasar Perniaga Dalam Minggu Bas Lelaki wanita

Mengangkut hasil pertanian dan barangan pukal.

Kos pengangkutan lebih murah.

Membawa penumpang dalam jumlah yang ramai.KEPENTINGAN PENGANGKUTAN BAS DI BUKIT KATIL, MELAKA.

Mengangkut bungkusan (surat).