Smk ungku aziz

15
SMK Ungku aziz Sabak Bernam

Transcript of Smk ungku aziz

Page 1: Smk ungku aziz

SMK Ungku azizSabak Bernam

Page 2: Smk ungku aziz

SMK Ungku Aziz

LATAR BELAKANG SEKOLAH

SMK Ungku Aziz (SMKUA) berasal dari sekolah menengah kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 1959. Sekolah ini antara beberapa buah sekolah Melayu ditubuhkan di Sabak Bernam, Parit Baru dan Sungai Besar. Sekolah ini dengan rasminya dibuka pada 27 Julai 1964 oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu iaitu Encik Abdul Rahman Talib, PJK. Nama sekolah ini juga diambil sempena nama tokoh yang terkenal pada masa itu iaitu Profesor Diraja Ungku Aziz, Naib Censelor Universiti Malaya.

Page 3: Smk ungku aziz

Isu Semasa LM

2.1 JANGKAAN TERHADAP JUMLAH KANDUNGAN UNTUK SESI PENGAJARAN BAGI KELAS YANG RAMAI

2.2 TAHAP PENDEDAHAN PELAJAR YANG KURANG TERHADAP PERKAKASAN KOMPUTER

2.3 MENANGANI PELAJAR YANG PASIF MELIBATKAN PENGLIBATAN MEREKA DIDALAM AKTIVITI KELAS

2.4 MEMPERBANYAKKAN BAHAN TAMBAHAN SEMASA PROSES PENGAJARAN BAGI MENINGKATKAN MINAT PELAJAR BAGI SUBJEK PERDAGANGAN

2.5 KAEDAH PENGAJARAN BERBENTUK PENERANGAN KURANG MEMBERI KESAN SEMASA PROSES PENGAJARAN

Page 4: Smk ungku aziz

Kajian Tindakan

Abstract Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4 Teknologi Maklumat semasa proses pembelajaran berkaitan bab 3 didalam sub topik Konfigurasi dan Percubaan Sebuah Rangkaian. Seramai 17 orang murid terlibat semasa proses pengajaran kali ini. Latar belakang bagi setiap pelajar kelas ini adalah golongan sederhana dan rata-rata antara mereka tidak semua yang mempunyai komputer dirumah. Jadi mereka bergantung sepenuhnya dengan komputer dimakmal ataupun di ‘cyber café’.

Page 5: Smk ungku aziz

Kajian Tindakan

Refleksi Pelajaran Lepas

Pada 11 November 2014, saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran ICT bagi pelajar Tingkatan 4, mengenai tajuk Rangkaian, sub topik Konfigurasi dan Percubaan sebuah Rangkaian. Semasa menjalankan pengajaran, saya mendapati terdapat beberapa kekurangan dan kekuatan didalam penyampaian saya. Tahap kefahaman pelajar yang dapat diukur semasa ujian penggal kedua. Sebelum bermulanya ujian tersebut, saya telah pun membuat sesi pengajaran bagi bab 3 iaitu tentang Rangkaian dan pelajar-pelajar didalam kelas tersebut telah diuji dengan set soalan ringkas berbentuk teori berkenaan WAN, LAN dan MAN. Rata-rata pelajar dapat menjawab dengan baik teori konsep rangkaian tersebut.

Namun bagi ujian penggal kedua yang mana soalannya juga digubal oleh saya dan juga guru pembimbing sedikit sebanyak saya menguji mereka dengan topik yang sama iaitu Rangkaian. Didalam soalan tersebut, saya telah meminta pelajar menggambarkan konsep WAN, LAN dan MAN dalam bentuk gambar rajah yang perlu dilakar oleh mereka. Rata-rata pelajar gagal memenuhi kreteria soalan ini secara tidak langsung masih gagal untuk memahami konsep bab Rangkaian ini.

Hasil dari permasalahan inilah saya merangka kaedah pengajaran yang lebih baik untuk memberi kefahaman yang sebaiknya kepada pelajar-pelajar. Perkara yang saya dapati, kefahaman secara teori masih belum mencukupi untuk memberi kefahman yang mendalam bagi topik ini. Oleh itu, saya perlu memastikan pelajar-pelajar itu sendiri membina rangkaian mereka sendiri agar lebih mudah di fahami.

Page 6: Smk ungku aziz

Kajian Tindakan Model Pengajaran ASSURE

Model ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama iaitu:-

A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar )

S = State objective ( Nyatakan Objektif )

S = Select, Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan )

U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan )

R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar )

E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula).

Keenam-enam elemen di atas akan menjadi satu rangkaian langkah berturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang berkait antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap bagi satu sesi pengajaran.

Page 7: Smk ungku aziz

Kajian TindakanOBJEKTIF KAJIAN  

Selepas kajian ini dijalankan, adalah diharapkan murid akan mencapai objektif

berikut: 

Objektif umum :

Memberi kefahaman kepada pelajar dengan lebih jelas dengan bantuan alat bahan bantu mengajar

yang sesuai supaya pelajar dapat terlibat secara aktif di dalam kelas. 

Objektif Khusus:

1. Meningkatkan tumpuan pelajar terhadap proses pembelajaran.

2. Menarik minat pelajar dengan penggunaan gambar.

3. Memberi kefahaman yang lebih terperinci.

KUMPULAN SASARAN  

Kumpulan pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah 16 orang pelajar Tingkatan 4 IT

untuk memahami jenis-jenis rangkaian di dalam subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Page 8: Smk ungku aziz

Kajian Tindakan PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan model ASSURE untuk melengkapkan proses dapatan kajian. Menggunakan enam elemen didalam model ASSURE akan menjadi satu proses lengkap dalam menyediakan hasil kajian yang bakal dilakukan. Model ini mengetengahkan beberapa faktor utama iaitu dari segi kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar yang mana akan menjadi keutamaan dalam kajian ini.

Page 9: Smk ungku aziz

Kajian Tindakan ANALISIS PELAJAR

Elemen dan langkah pertama ini digunakan untuk saya mengukur beberapa ciri-ciri umum

pelajar yang menjadi sampel untuk kajian ini, iaitu dari segi umur, tahap pengetahuan sedia ada, dan latar

sosioekonomi. Berdasarkan analisis daripada pemerhatian saya, rata-rata pelajar tingkatan 4 IT ini mempunyai

banyak persamaan terutamanya tahap pengetahuan sedia ada dan latar belakang sosioekonomi yang membawa

kepada penerimaan kandungan pelajaran. Kurangnya pendedahan kepada isu dan perkara luar mewujudkan

keterbatasan kepada pemahaman yang lebih mendalam. Satu aspek perbezaan, adalah dari segi tahap kecerdasan

pelajar, iaitu ada pelajar yang lemah, dan ada juga yang pandai.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Bagi melaksanakan proses penambahbaikan dan kajian ini, saya telah menetapkan beberapa

objektif sebagai penanda aras untuk memacu proses dan kandungan pengajaran saya. Oleh sebab dapatan daripada

refleksi adalah berkenaan kaedah pengajaran, saya telah menetepkan beberapa objektif baru untuk bagi memperbaiki

isu tersebut. Antaranya, pada akhir pembelajaran ini, pelajar-pelajar akan dapat memahami dengan betul konsep jenis

rangkaian, dan pelajar-pelajar haruslah terlibat dalam aktiviti pengajaran.

Page 10: Smk ungku aziz

Kajian Tindakan MEMILIH KAEDAH PENGAJARAN

Elemen ini menekankan pemilihan kaedah pengajaran. Pemilihan kaedah pengajaran ini penting

bagi mencapai objektif utama iaitu bagi memastikan pelajar-pelajar menguasai pemahaman kepada konsep jenis

rangkaian komputer. Pendekatan yang dignakan sebelum ini lebih kearah berpusatkan guru yang mana guru

hanya menggunakan slaid pengajaran semata-mata untuk menerangkan pemahaman konsep. Oleh itu,

pemilihan terhadap jenis kaedah pengajaran baru adalah perlu untuk memudahkan objektif kajian tercapai.

Antara kaedah pengajaran yang dipilih untuk menggantikan kaedah pengajaran sebelumnya adalah kaedah

pengajaran berbentuk amali yang mana guru perlu memastikan pelajar-pelalajr terlibat sama dalam proses

pembelajaran.

7.4 MEMILIH PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN

Pemilihan bahan pengajaran adalah penting supaya mesej dapat disampaikan dengan baik dan dapat

dipersepsikan dengan tepat oleh pelajar-pelajar. Bahan pengajaran ini merangkumi gambar-gambar dan contoh

yang jelas tentang jenis-jenis rangkaian. Gambar yang digunakan masih tetap melibatkan konsep yang mana,

konsep ini yang menjadi isu utama untuk dibaiki dan diberi kefahaman mendalam.

Page 11: Smk ungku aziz

Kajian Tindakan MEMERLUKAN PENGLIBATAN PELAJAR

Langkah seterusnya adalah memastikan penglibatan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran. Melalui kaedah

ini, guru membuat demostrasi dihadapan pelajar-pelajar untuk membuat sambungan antara komputer makmal.

Seterusnya, proses tersebut diulangi oleh pelajar untuk membuat penyambungan yang sama antara komputer mereka.

Guru juga meminta pelajar-pelajar untuk mendapatkan beberapa media seperti gambar dan fail mp3 daripada pautan

laman web yang telah diberikan oleh guru.

Guru telah bertindak sebagai komputer utama. Seterusnya aktiviti dijalankan dengan membahagikan mereka

mengikut label tertentu sebagai contoh Jabatan IT, Jabatan Kewangan dan Jabatan Pendaftaran. Kumpulan tersebut juga

dilabelkan dengan nama label yang lain iaitu ‘SUA cawangan Johor’, SUA cawangan Kedah; dan ‘SUA cawangan

Sabah’. Guru juga memastikan ada kumpulan berada pada komputer yang tidak berada pada sambungan perkongsian

fail.

Peraturan ringkas telah ditetapkan, sebagai contoh meminta Jabatan Pendaftaran menghantar fail kepada Jabatan

Kewangan, seterusnya meminta komputer yang tidak bersambung dengan rangkaian perkongsian untuk mengakses. Saya

juga meminta mereka yang berlabel ‘SUA cawangan Kedah’ mengakses file yang berada di kumpulan ‘SUA cawangan

Sabah’. Perkara yang cuba dicapai dari aktiviti ini adalah bagi memastikan pelajar-pelajar dapat memahami perkaitan

antara hubungan yang berlaku dengan konsep jenis rangkaian komputer, iaitu LAN, MAN dan WAN.

Page 12: Smk ungku aziz

Kajian Tindakan7.6 MENILAI DAN MENGKAJI

Langkah yang terakhir adalah proses menilai dan melihat tahap yang telah

dicapai. Langkah ini bertujuan mendapatkan gambaran secara keseluruhan sejauh

mana keberkesanan kaedah pengajaran yang digunakan terhadap pretasi pelajar. Jika

penilaian tersebut mencapai tahap yang diinginkan, maka dapat disimpulkan objektif

telahpun tercapai.

Penilaian ini merangkumi dua bentuk pengumpulan data, iaitu menggunakan

borang soal selidik, dan juga pengagihan borang soalan berbentuk subjektif. Bagi

borang soal selidik, dua kategori penilaian telah diperincikan iaitu ‘Kaedah

Pengajaran Guru Menggunakan Alat Bantu Mengajar di Dalam Kelas’ dan

‘Penyampaian Isi Pengajaran’.

Page 13: Smk ungku aziz

Kajian Tindakan7.6.1 DAPATAN DAN ANALISIS DATA

Soal selidik ini menggunakan skala kesukaan (Likert scale) sebagai penanda

aras. Elemen utama bahagian ini adalah mengukur tahap keberkesanan guru dalam

mengajar subjek Teknologi Maklumat melibatkan kaedah pengajaran, kaedah aktiviti

dijalankan dan pengunaan bahan bantu mengajar semasa menjalankan proses pengajaran.

Page 14: Smk ungku aziz

Kajian Tindakan

Teknologi maklumat merupakan subjek yang sukar difahami.

Kaedah pengajaran guru mempengaruhi minat pelajar untuk belajar subjek Teknologi maklumat

Penggunaan pembelajaran kumpulan dalam PnP dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

Penggunaan slide powerpoint dan contoh gambar dapat memudahkan pelajar memahami sesuatu topik dalam subjek Teknologi maklumat.

Video atau slide powerpoint yang ditayangkan oleh guru menarik perhatian pelajar untuk terus memberi perhatian semasa guru mengajar

Kaedah pengajaran dalam subjek Teknologi maklumat perlu lebih menggunakan pembelajaran atas talian seperti menggunakan akaun VLE-frog.

0 2 4 6 8 10 12 14

Kaedah Pengajaran Guru Menggunakan Alat Bantu Mengajar di Dalam Ke-las

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Page 15: Smk ungku aziz

Kajian Tindakan

Penggunaan media dapat memberikan kefahaman kepada pelajar

Penggunaan media membantu pelajar menyatakan dan memahami objektif pembelajaran dengan tepat.

Penggunaan slide powerpoint ini dapat membantu pelajar mengesan pengajaran yang terdapat dalam sub topik tertentu.

Penggunaan gambar membantu pelajar memahami sesuatu topik yang teknikal dengan lebih jelas.

Pengajaran secara amali dapat membantu pelajar memahami maksud yang ingin disampaikan.

0 2 4 6 8 10 12 14

Penyampaian Isi Pengajaran

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju