SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

21
KEM PEMANTAPAN PELAJAR LAPORAN PROGRAM KEM PEMANTAPAN PELAJAR TEMPAT: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAKA, 06350 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN. TARIKH: 26-28 JUN 2008 ANJURAN: ELECTRICAL & ELECTRONICS ENGINEERING SOCIETY(EEES) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG DENGAN KERJASAMA: 1 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”

description

program motivasi hanya bertujuan menaikkan semangat pelajar kerana dengan semagat yang tinggi mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing.-azliyamin-

Transcript of SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

Page 1: SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

LAPORAN PROGRAM

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

TEMPAT:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAKA,

06350 ALOR STAR,

KEDAH DARUL AMAN.

TARIKH:

26-28 JUN 2008

ANJURAN:

ELECTRICAL & ELECTRONICS ENGINEERING SOCIETY(EEES)

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DENGAN KERJASAMA:

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK(FKEE), UMP

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI(JHEPA), UMP

1 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”

Page 2: SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

ISI KANDUNGAN M/s

1 Pendahuluan

1.1 Pengenalan

1.2 Bentuk Program

1.3 Matlamat

1.4 Objektif

1.5 Tema/ Konsep Program

2 Perjalanan Program

2.1 Sebelum

2.1.1 Pemilihan AJK dan Fasilitator

2.1.2 Perancangan Gerak Kerja

2.1.3 Wang Kometmen

2.2 Semasa

2.2.1 Hari Pertama 26 JUN 2008

2.2.2 Hri Kedua 27 JUN 2008

2.26 Hari Ketiga 28 JUN 2008

2.3 Selepas

2.3.1 Post-Mortem

2 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”

Page 3: SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

3 Penutup

3.0 Masalah & Langkah Penyelesaian

3.1 Cadangan

3.2 Kesimpulan

4 Lampiran

Kertas Kerja Program

Belanjawan Program & Resit Perbelanjaan

Tentatif Keseluruhan Program

Struktur Organisasi

Contoh Surat

Gambar Program

Lain-lain

3 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”

Page 4: SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

1 Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Pembinaan sebuah Negara bergantung kepada keberkesanan institusi

ilmu mendidik dan melahirkan generasi berkualiti. Namun dengan kepesatan dunia

berteknologi masa kini telah mewujudkan jurang pencapaian diantara masyarakat

bandar dan masyarakat luar bandar. Masyarakat luar bandar kebanyakan jauh

ketinggalan kebelakang dalam hal ilmu pengetahuan.

Melihat fenomena pembangunan generasi berintelektual yang tidak

seimbang diantara kawasan bandar dan luar bandar telah mencetus kesedaran kepada

Electrical & Electronic Engineering Society (EEES) bagi menjalankan satu program

kesedaran berkenaan kepentingan ilmu di kawasan luar bandar. Program tersebut ialah

Kem Pemantapan Pelajar (KPP).

Kem Pemantapan Pelajar merupakan satu program yang dianjurkan oleh

Electrical & Electronic Engineering Society (EEES) pada sesi 2007/2008. Program ini

telah diadakan pada 26 – 28 JUN 2008 yang lalu. Program ini mendedahkan mahasiswa

Universiti Malaysia Pahang dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik kepada

komuniti masyarakat luar bandar yang terdiri dari pelbagai kaum. Program Kem

Pemantapan Pelajar ini telah akan dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka

yang terletak di Naka iaitu satu kawasan luar bandar di Negeri Kedah.

Program Kem Pemantapan Pelajar mendedahkan mahasiswa kepada

budaya masyarakat luar bandar yang terdiri dari kaum melayu, siam (bumiputera), dan

cina. Selain memberi peluang kepada mahasiswa menyumbang khidmat dan bakti

kepada masyarakat, mahasiswa juga berpeluang menimba dan mengilap kemahiran

insaniah (soft skill) masing-masing.

Disamping itu, program ini juga menjunjung nama baik Universiti

Malaysia Pahang ke luar Negeri Pahang. Seperti kita sedia maklum, dengan usia

setahun jagung Universiti Malaysia Pahang dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam, kita

terpaksa menerima hakikat bahawa nama kita masih belum dikenali di seluruh Malaysia.

Atas dasar inilah, program seperti ini wajar diluaskan ke seluruh Malaysia.

4 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”

Page 5: SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

1.2 Bentuk Program

Program Kem Pemantapan Pelajar berkonsepkan motivasi,

pembangunan jati diri, pengukuhan rohani dan pembangunan akademik.

1.3 Matlamat

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar luar bandar

mengenai dunia luar dan halangan yang bakal ditempuhi mereka pada masa akan

datang disamping memberi input berguna seperti kaedah merancang pembelajaran dan

mencetuskan semangat belajar dalam diri pelajar agar mampu bersaing dengan

masyarakat bandar. Selain itu KPP juga berharap mampu memurnikan sahsiah dan

menerangkan peranan ibadah dalam konsep kejayaan sebenar. Program ini

menyandang niat murni untuk membentuk mahasiswa sebagai modal insan yang

cemerlang.

1.4 Objektif

Antara objektif dan matlamat yang ingin EEES capai menerusi program

ini ialah:

1. Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki PMR.

Motivasi bermatlamat mencetus semangat juang pelajar untuk terus

berusaha mengejar cita-cita dan berjaya dalam PMR.

2. Mendedahkan pelajar dengan cara belajar dan perancangan jadual belajar

yang berkesan bagi memudahkan pelajar mengurus jadual belajar.

3. Memperkenalkan dan mempromosikan UMP di luar negeri Pahang menerusi

program yang memberi impak yang besar kepada masyarakat.

4. Menerapkan sahsiah murni dan penekanan ibadah kepada mahasiswa dan

pelajar-pelajar SMK Naka. Pemurnian sahsiah mampu menjana keharmonian

masyarakat.

5. Memberi pendedahan kepada pelajar luar bandar mengenai dunia luar.

1.5 Tema/ Konsep Program

“ Kecemerlangan spiritual faktor pendorong kegemilangan insan.”

5 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”

Page 6: SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

2 Perjalanan Program

Bahagian ini menceritakan tentang perjalanan program secara

keseluruhan.

2.1 Sebelum

2.1.1 Pemilihan AJK dan Fasilitator

Setiap Majlis tertinggi program dan Ahli Jawatankuasa program dipanggil

oleh pengarah program untuk ditemubual sebelum dilantik sebagai Majlis

tertinggi dan AJK program. Pemilihan berdasarkan kesanggupan memikul

tanggungjawab dan member komitmen 100%. Fasilitator dipilih melalui sesi

temuduga yang diadakan dua bulan sebelum program (April).

2.1.2 Perancangan Gerak Kerja

Semua MT dan AJK program berkumpul dan merancang cara

perlaksanaan. Pengarah program membahagikan tugas kepada setiap MT dan

AJK. Gerak kerja ditunjuk kepada Penasihat program, Cik Rohana Bt Abdul

Karim. Kemudian satu perjumpaan telah diadakan bersama fasilitator bagi

menerangkan matlamat, konsep dan gerak kerja program. Disamping itu, sesi

percambahan idea juga diadakan bagi memastikan modul dapat dijalankan

dengan berkesan.

2.1.3 Wang Komeitmen

Semua MT, AJK dan Fasilitator bersetuju member wang komitmen

RM10.00.

2.2 Semasa

2.2.1 Hari Pertama 25 JUN 2008 (RABU)

9.45p.m Bertolak dari UMP menaiki bas UMP dipandu oleh En. Kmil.

6 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”

Page 7: SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

2.2.2 Hari Kedua 26 JUN 2008 (KHAMIS)

MENDENGAR KATA ALU-ALUAN DARI PENGETUA DAN MELAWAT KAWASAN

SEKOLAH

Kami tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka (SMKN) kira-kira jam

10.00a.m. Kami disediakan sarapan pagi nasi lemak. Setelah selesai menjamu selera,

kami ke bilik mesyuarat sekolah untuk mendengar alu-aluan dari Tuan Pengetua.

Memandangkan kami tiba awal dan sekolah masih dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran (P&P), jadi kami dibenarkan melawat kawasan sekolah. Apa yang

menariknya di SMKN ini adalah lukisan dinding dan galeri seninya. Lukisan dan hasil

seni seperti ukiran kayu dan batik adalah hasil tangan guru seni dan pelajar-pelajar

SMKN sendiri.

PENDAFTARAN DAN MODUL PERTAMA “ICE BREAKING”

3.00p.m sesi pendaftaran diadakan di cafeteria sekolah. Seramai 160

orang pelajar mendaftar program.

5.00p.m Modul pertama “ice breaking” diadakan. Pelajar diarahkan

berkumpul di dalam dewan terbuka sekolah dalam kumpulan berasingan lelaki

perempuan. Pelajar diminta berada didalam barisan mengikut kelas. Kemudian pelajar-

pelajar tersebut dibahagikan kepada 20 kumpulan. Satu kumpulan mempunyai anggota

seramai enam atau tujuh orang peserta. setiap kumpulan diberi seorang fasilitator

sebangai pemudah cara dan pembimbing kumpulan. Setelah selesai pembahagian

kumpulan, aktiviti modul diteruskan dengan setiap fasilitator mengambil peranan

terhadap kumpulan masing-masing. Matlamat ice breaking adalah mewujudkan ikatan

kemesraan dan silaturrahim antara fasilitator dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar

supaya modul yang berikutnya akan mudah dilaksanakan.

7 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”

Page 8: SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

BENGKEL TAA’RRUF (modul kedua)

10.00p.m Bengkel Taa’ruf telah dilaksanakan sebagai modul ganti untuk

kegagalan mengadakan sesi ceramah motivasi yang sepatutnya disampaikan oleh

Ustaz Yunan bin Samad, Kaunselor universiti Malaysia Pahang. Kegagalan Ustaz

Yunan menyertai program ini adalah kerana penundaan tarikh MINDS yang dikeluarkan

oleh pihak universiti.

2.26 Hari Ketiga 27 JUN 2008

QIAMULLAIL

4.00a.m Pelajar-pelajar Muslim dan fasilitator-fasilitator berkumpul di surau

sekolah, Surau Al-Hidayah. Qiamullail diketuai oleh Ustaz Jaafar (Pak Su) yang

diundang khas daripada Pusat Inabah No.1 Malaysia yang bertempat di Kuala Nerang

Kedah. Setelah selesai melaksanakan solat sunat Tahajjud, solat sunat Hajat, solat

sunat Taubat, kami semua solat subuh berjemaah dan seterusnya majlis santapan

rohani diadakan. Ustaz Jaafar menyampaikan kuliah yang bertajuk, zikrullah

pembersihan hati. Setelah selesai sesi santapan rohani pengarah menyampaikan

centerahati kepada penceramah.

MODUL WHAT I WANT

9.30a.m. Modul ini dilaksanakan di dalam kumpulan fasilitator yang telah di

bahagikan semasa hari pertama di SMKN. Fasilitator berperanan memudah cara para

pelajar membuat satu graf kehidupan yang mengandungi kenangan masa lalu, keadaan

masa sekarang dan impian masa hadapan. Melalui modul ini fasilitator dapat mengenali

latar belakang pelajar di dalam kumpulan masing-masing disamping cuba

menyesuaicarakan kaedah berkomunikasi dengan pelajar tersebut. Selain itu, modul ini

boleh dijadikan perangsang motivasi diri pelajar melalui pencapaian pelajar sebelum ini.

Melalui impian masa hadapan pula, fasilitator ditugaskan untuk membuka minda pelajar

berkenaan halangan yang bakal ditempuhi pelajar dalam hidupnya dan mendedahkan

pelajar dengan peluang-peluang untuk meneruskan pembelajaran masing-masing pada

masa akan dating.

8 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”

Page 9: SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

SEPANTAS KILAT KU BERFIKIR (EXPLORACE ILMU)

3.00p.m. Modul ini berkonsepkan explorace. Pelajar di beri tugasan untuk

mencari harta tersembunyi, tetapi dalam proses mencari harta tersebut, pelajar perlu

menyelesaikan beberapa soalan-soalan yang telah disediakan oleh fasilitator. Soalan-

soalan tersebut adalah soalan yang berkaitan soalan PMR. Modul ini dilihat sebagai

satu cara pembelajaran yang menyeronokkan.

SLOT MUHASABAH DIRI

9.30p.m. Slot muhasabah diri dilaksanakan bagi menimbulkan kesedaran dalaman

para pelajar. Dalam slot ini, pelajar ditayangkan dengan tayangan vedio. Antara vedio

dan tujuan ditayangkan ialah:-

1. Vedio Kelahiran – Vedio yang memaparkan ibu yang sengsara melahirkan

seorang bayi. Tujuan ditayangkan adalah untuk mewujudkan rasa menghargai

pengorbanan ibu bapa.

2. Vedio kemalangan jalan raya – bertujuan mendedahkan pelajar dengan akibat

tabiat mat rempit.

3. Vedio lagu ketuhanan dan keinsafan – supaya pelajar menghayati maksud lagu.

4. Vedio kematian – menyedarkan pelajar bahawa dunia merupakan bekal untuk

akhirat.

Setelah tayangan vedio selesai, pelajar diarahkan menulis nama orang yang

disayangi di dalam keluarga masing-masing dan menyimpannya dengan baik. Pada

masa yang sama fasilitator merancang mengumpulkan kertas tersebut. Pelajar yang

menyerahkan kertas tersebut dianggap telah memasuki perangkap dan fasilitator

meneruskan slot muhasabah yang berbentuk ‘clean and clear’ kepada pelajar. Kaedah

ini bertujuan mencetus kesedaran dalam diri pelajar secara paksa ketika pelajar

dimarahi, pelajar akan mula memikirkan pengorbanan ibu bapa dan insyaAllah mampu

member kesan kepada hati pelajar-pelajar. Ketika sesi ini berlangsung, terdapat pelajar

yang tampil kehadapan melaungkan janji dan azam mereka sempena PMR yang bakal

ditempuhi. Pelajar seterusnya diminta masuk ke dewan terbuka dan diberi kertas yang

baru untuk menulis nama orang yang disayangi dan menulis azam masing-masing.

9 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”

Page 10: SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

2.27 Hari Keempat 28 JUN 2008

REKACIPTA

8.30a.m. Modul rekacipta mendedahkan pelajar dengan kerja berkumpulan,

percambahan idea, pemikiran kritis, pemikiran kreatif, dan mengawal tahap kesabaran.

Ketika modul ini dijalankan pelajar bertukus lumus menyiapkan sebuah bagunan straw.

Straw yang dibekalkan hanya seratus batang. Pelajar ditugaskan membina bagunan

yang paling tinggi dan kukuh. Setelah hasil ciptaan yang dihasilkan oleh pelajar siap,

sesi penilaian dan pengadilan dilakukan dihadapan semua pelajar. Setelah mendapat

keputusan pemenang, sesi perbincangan ringkas dilakukan. Pelajar ditanya kenapa

kumpulan itu menang dan kenapa kumpulan ini kalah? Pengarah program memberikan

sebabnya kepada pelajar. Sebab-sebab yang diberikan dikaitkan dengan proses

pembelajaran. Dimana ketika belajar, seseorang itu perlu menggunakan kemampuan

kreativiti, percambahan idea, kumpulan belajar dan ketabahan dan kesabaran yang

tinggi demi mencapai matlamat yang dicita-citakan.

AKTIVITI MASYARAKAT (Gotong-royong)

11.30a.m. Membersihkan kawasan sekolah.

MAJLIS PENUTUP

3.00p.m. ADUN Pedu, Dato’ Mahadzir bin Khalid tidak dapat hadir merasmikan

Majlis Perasmian Penutupan Program Kem Pemantapan Pelajar kerana mengikuti satu

majlis Di Raja yang di adakan di Langkawi. Atas sebab yang demikian, majlis perasmian

penutup telah dirasmikan oleh En. Jamal Rizal Bin Razali, pengarah bahagian

Perkhidmatan Akademik Unversiti Malaysia Pahang. Setelah selesai ucapan perasmian

oleh En. Jamal Rizal bin Razali, cenderahati sebagai kenang-kenangan daripada UMP

kepada pihak sekolah telah diserahkan kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan Naka.

2.3 Selepas

3.3.1 Final Post-Mortem

10 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”

Page 11: SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

4.0 Penutup

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UMP amnya,

EEES khasnya kerana sudi membuat program Kem Pemantapan Pelajar di

Sekolah Menengah Kebangsaan Naka. Dengan terlaksananya program

seumpama ini, pihak EEES amat berharap peserta program yang terdiri daripada

pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) ini akan

mendapat kesedaran dan bersemangat untuk menyiapkan diri bagi menempuhi

peperiksaan yang bakal ditempuhi tidak lama lagi. Program seperti ini

sememangnya wajar diteruskan pada masa akan datang bagi menjana

pembentukan generasi yang mampu merancang arah tuju kehidupan masing-

masing.

4.1 Masalah & Langkah Penyelesaian

Dalam proses perancangan dan perlaksanaan program ini, ada beberapa

masalah yang telah timbul antaranya ialah:

i) Kertas kerja lambat diluluskan oleh JHEPA

-Melaksanakan hal yang penting terlebih dahulu seperti sponsor,

jemputan penceramah dan jemputan perasmi program.

ii) Kekurangan tenaga kerja

-Sesi temuduga terbuka dibuat.

iii) Duit pendahuluan lambat dimasukkan

-Mengunakan duit peribadi dan mengumpul duit komitmen fasilitator.

iv) Kekurangan kewangan

-Memohon sponsor daripada syarikat dan orang perseorangan. Semua

AJK diberi tugas mencari seponsor.

v) Kelemahan pengurusan organisasi

-Memandangkan ahli jawatankuasa organisasi program terdiri daripada

individu yang belum pernah menguruskan sesuatu program masalah ini

sememangnya tidak dapat dielakkan. Jadi anisiatif yang diambil ialah AJK

mengurus sambil belajar dengan banyak bertanya kepada individu lain

cara menguruskan sesuatu urusan.

11 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”

Page 12: SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

4.2 Cadangan

Berikut beberapa cadangan pembaikan yang dirasakan patut diambil perhatian

daripada mana-mana organisasi yang merancang ingin melaksanakan program

yang menyerupai program Kem Pemantapan Pelajar pada masa akan datang:

i) Kertas kerja sewajarnya dihantar lebih awal ke JHEPA sekurang-

kurangnya empat bulan sebelum program dilaksanakan supaya

perancangan dan pelaksanaan program lebih efektif.

ii) Menyediakan senarai tugas yang detail kepada ahli Jawatankuasa

program supaya AJK jelas dengan tugas masing-masing dan boleh

merancang jadual pelaksanaan tugasan mereka.

iii) Mencari sponsor lebih awal. Ini kerana banyak syarikat dan badan yang

menyediakan sponsor memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga bulan

bagi meluluskan sesuatu surat permohonan sponsor.

iv) Mengambil duit pendahuluan sebelum program dijalankan. Hal ini sangat

penting kerana tanpa duit, perancangan program akan tergendala.

v) Menyediakan dateline untuk setiap tugasan supaya perancangan berjalan

lancar.

4.3 Kesimpulan

Program seperti ini patut diteruskan dengan perancangan yang lebih teliti. Skop

sasaran juga boleh diperkembangkan supaya ianya lebih efektif. Perancangan

jangka panjang juga boleh dirangka supaya matlamat kita lebih jelas.

Kesimpulannya, semua pihak wajar member sokongan dalam usaha membentuk

generasi yang berkualiti.

12 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”

Page 13: SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

LAMPIRAN

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG

Sesi mengembangan modul

Ucapan aluan daripada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Naka

Berjalan sekitar SMKN

13 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”

Page 14: SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

Sesi pendaftaran peserta

Ice breaking

Qiamullail dan santapan rohani

14 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”

Page 15: SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

Senaman pagi

Mari meneka jawapan (aktiviti masa lapang)

Explorace ilmu

15 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”

Page 16: SMKN Kem Pemantapan Pelajar Program's Report -EEES_UMP

KEM PEMANTAPAN PELAJAR

Malam muhasabah diri

Rekacipta

Perasmian penutup

16 “ Kecemerlangan spiritual, kegemilangan insan.”