Soal Selidik Che Bakar
-
Upload
sue-leelin -
Category
Documents
-
view
367 -
download
14
Embed Size (px)
description
Transcript of Soal Selidik Che Bakar

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS▪
JUDUL : FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU VANDALISME DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH MENENGAH SATU KAJIAN KES DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA
SESI PENGAJIAN : SEMESTER 2 2006/2007 Saya NURAIN BINTI SARIPAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
SULIT AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ________________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: TS 11 Jalan Hashim, DR. MOHAMED SHARIF B. MUSTAFFA 84000 Muar, NAMA PENYELIA Johor Tarikh : 14 MEI 2007 Tarikh : MEI 2007
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU VANDALISME DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH MENENGAH
SATU KAJIAN KES DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA
NURAIN BINTI HJ. SARIPAN
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU VANDALISME DI KALANGAN REMAJA SEKOLAH MENENGAH SATU KAJIAN KES DI
DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA
NURAIN BINTI HJ. SARIPAN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2007

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)”. Tandatangan : …………………………………………………… Nama Penyelia : DR. MOHAMED SHARIF BIN MUSTAFFA Tarikh : 14 MEI 2007

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………………………
Nama Penulis : NURAIN BINTI HJ. SARIPAN
Tarikh : 14 MEI 2007

DEDIKASI
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…………
Bingkisan Ilmu ini dititipkan untuk…………………
Suami tersayang………
Yahya bin Atan. Jasa dan pengorbanan Abang tidak mungkin terbalas walau dengan segunung
intan. Doa dan restu Abang, itu yang Ain harapkan…
Dan hari ini, kejayaan Ain, untuk Abang, untuk kita dan anak-anak, Aiman, Aidil, Adil, Farahin, Nabila dan Hidayah…..
Terima kasih sayang..dan terima kasih dari Umi.
Buat Bonda juga Ayahanda tercinta…. Hjh. Maleha binti Othman dan Hj. Saripan bin Kasiran,
Kasih sayang yang kalian curahkan seawal ku mengenal erti kehidupan, tak mampu kubalas, namun untuk melupakan jauh sekali. Pengorbanan kalian terlalu
berharga dan tidak ternilai…. Terima kasih, mak….ayah…..
Buat rakan-rakan dan teman yang dikasihi….
Kak Salmi, Hj. Atan, Fareed, Tanti….. yang telah banyak membantu, memberi nasihat dan dorongan kepadaku….
tidak akan kulupa buat selama-lamanya. Kalian semua mengajarku erti sebuah PERSAHABATAN, dan KASIH SAYANG… Sesungguhnya kalian menjadi
pembimbing selaku teman yang setia dalam perjuanganku…Semoga kejayaan akan menjadi milik kita…
KENANGAN SEMALAM SENTIASA MEKAR DI INGATAN DAN TERINDAH UNTUK SELAMANYA…
JUTAAN TERIMA KASIH KUUCAPKAN BUAT SEMUA…..

PENGHARGAAN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Syukur Ke-
Hadrat ALLAH SWT atas limpah kurnia dan rahmatnya, dapat saya menyempurnakan
Projek Sarjana ini dalam masa yang ditetapkan.
Penghargaan ikhlas dan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr.
Mohamed Sharif bin Mustaffa, selaku penyelia kursus ini yang telah banyak
membimbing dan memberi tunjuk ajar, komentar serta dorongan kepada saya di dalam
menyiapkan penulisan ilmiah ini.
Ribuan terima kasih kepada Pengetua-pengetua Sekolah yang terlibat iaitu Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said, Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Haji
Talib Karim, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan, Sekolah Menengah
Kebangsaan Pulau Sebang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba yang telah
memberi kebenaran pelajar-pelajar mereka sebagai responden dalam kajian ini. Terima
kasih di atas kerjasama yang pihak tuan berikan.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kaunselor sekolah yang berkenaan, Pn. Salmi, Pn.
Maizan, Cik Maizatul, Cik Rosnah dan Cik Hjh. Aziah yang telah memberi kerjasama
yang baik juga sudi meluangkan masa untuk memastikan kajian ini berjaya. Terima kasih
dengan kerjasama anda dan semoga anda berjaya di dalam bidang yang diceburi.
Sekian terima kasih. -Nurain binti Hj. Saripan-

i
SINOPSIS
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar lelaki di negeri Melaka. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang dijalankan di lima buah sekolah menengah di daerah Alor Gajah, Melaka. Subjek kajian adalah seramai 120 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5. Soal selidik yang digunakan mengandungi enam bahagian iaitu maklumat diri subjek, jenis-jenis tingkah laku vandalisme, faktor keluarga, sekolah, rakan sebaya dan konsep kendiri. Data analisis menggunakan Kaedah Statistical Package for the Social Science – Extra (SPSS – X). Keputusan yang diperolehi menunjukkan tidak terdapat perbezaan tingkah laku vandalisme dengan tingkat pendapatan ibu bapa. Bagaimanapun, kajian menunjukkan perbezaan dalam tahap pendidikan ibu bapa mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perhubungan bagi faktor rakan sebaya, faktor keluarga, sekolah dan konsep kendiri dengan tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar sekolah.

ii
SYNOPSIS
This research was done to look into the factors influencing vandalisme among the male students in Malacca. This research is an open research done in the Alor Gajah district in Malacca. The research subjects consist of 120 students from among Form 4 and Form 5 students. Questionnaires used included subject’s personal details, types of vandalisme, family, school peers factor and also self-concept. Data analysis used statistical package Method for the Social Science-Extra (SPSS-X). Result gained showed no effect of parents’ income scale with vandalisme. Instead research showed differences in parents’ education level has on effect on vandalisme occurring among students. The result of the research also showed that there was no relation to peer, family, school and self-concept factors for vandalisme occurring among school students.

iii
KANDUNGAN
Halaman
SINOPSIS i
SYNOPSIS ii
KANDUNGAN iii
SENARAI RUJUKAN vii
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH ix
SENARAI CARTA x
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xi
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Permasalahan Kajian 8
1.3 Tujuan Kajian 15
1.4 Limitasi Kajian 17
1.5 Kesignifikanan Kajian 19
BAB 2 : SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 22

iv
2.2 Kajian Tempatan 22
2.3 Kajian Luar Negara 25
2.4 Definisi Konsep 31
2.4.1 Vandalisme 31
2.4.2 Sosioekonomi Keluarga 33
2.4.3 Keluarga 34
2.4.4 Sekolah 35
2.4.5 Rakan Sebaya 36
2.4.6 Konsep Kendiri 38
2.5 Model Kajian 39
2.5 Hipotesis 40
2.6 Rumusan 42
BAB 3 : METOD KAJIAN
3.1 Pendahuluan 43
3.2 Rekabentuk Kajian 43
3.3 Tempat Kajian 44
3.4 Subjek Kajian 44
3.5 Alat Kajian 45
3.6 Tatacara Kajian 49
3.7 Kaedah Pemarkatan 50
3.8 Analisis Data 54
3.9 Kebolehpercayaan Alat Kajian 55

v
BAB 4 : ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 57
4.2 Keputusan Kajian 57
4.3 Rumusan 65
BAB 5 : PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 67
5.2 Pengaruh Faktor Status Sosioekonomi Keluarga Terhadap 67
Tingkah Laku Vandalisme
5.3 Faktor Keluarga dengan Tingkah Laku Vandalisme 69
di Kalangan Pelajar
5.4 Faktor Sekolah dengan Tingkah laku Vandalisme 71
di Kalangan Pelajar
5.5 Faktor Rakan Sebaya dengan Tingkah Laku 72
di Kalangan Pelajar
5.6 Faktor Konsep Kendiri dengan Tingkah Laku 74
di Kalangan Pelajar
5.7 Rumusan Keputusan Kajian 78
5.8 Implikasi Kajian 81
5.9 Limitasi Kajian 82

vi
BAB 6 : SARANAN KAJIAN
6.1 Pendahuluan 84
6.2 Rumusan 85

vii
SENARAI RUJUKAN
LAMPIRAN
A Data Mentah
B Syntax
C Analisis Realibility
D Keputusan Analisis
- Diskriptif
- T test
- Ujian Korelasi
E Soal selidik faktor-faktor yang mempengaruhi vandalisme di kalangan
pelajar.

viii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL HALAMAN
3.4 Taburan Pelajar-Pelajar Mengikut Sekolah 45
3.7.1 Markat Alat Ukuran Tingkah laku Vandalisme 51
3.7.2 Pemarkatan Tingkat Pendidikan Ibu Bapa Terhadap 52
Tingkah Laku Vandalisme
3.7.3 Pemarkatan Tahap Pendapatan Ibu Bapa Terhadap 53
Tingkah Laku Vandalisme
3.7.5 Markat Alat Ukuran Faktor Pendorong Tingkah Laku 54
Vandalisme
3.9.1 Analisi Realibiti Faktor-Faktor Salah Laku Vandalisme 55
4.1 Ujian t ke atas Tingkah Laku Vandalisme dan 61
Pendapatan Ibu Bapa
4.2 Ujian t ke atas Tingkah Laku Vandalisme dan 62
Pendidikan Ibu Bapa
4.3 Keputusan Ujian Korelasi Di Antara Tingkah Laku 63
Vandalisme Dengan Faktor Yang Mempengaruhi

ix
SENARAI RAJAH
NO RAJAH HALAMAN
2.5 Model Kajian Tentang Penyebab Tingkah Laku Vandalisme 39

x
SENARAI CARTA
NO CARTA HALAMAN
4.1 Tingkah Laku Vandalisme Mengikut Bangsa 58
4.2 Tingkah Laku Vandalisme Mengikut Pendapatan 58
Ibu Bapa
4.3 Tingkah Laku Vandalisme Mengikut Tahap Pendidikan 59
Ibu Bapa
4.4 Tingkah Laku Vandalisme Mengikut Pencapaian 60
Akademik Pelajar

xi
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
r Nilai Pekali Korelasi
k Aras Keyakinan
> Lebih Daripada
< Kurang Daripada
dk Darjah Kebebasan
JDK Jumlah Dalam Kumpulan
SRP Sijil Rendah Pelajaran
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SMPS Sekolah Menengah Pulau Sebang
SMSP Sekolah Menengah Seri Pengkalan
SDHTK Sekolah Datok Haji Talib Karim
SDDS Sekolah Dato’ Dol Said
SMKGB Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba

1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Vandalisme bukanlah satu isu baru di Malaysia, malah ia hangat diperbincangkan oleh
media massa. Kamus Oxford Advanced Learner’s mentakrifkan vandalisme sebagai
“willfully destroy or damage (public property) dan vandal sebagai ‘person who willfully
destroys or damage works of art, public and private property, the beauties of nature,
etc’. Di mana-mana sahaja kita sering terserempak dengan bangunan yang diconteng dan
dilukis dengan lukisan yang sungguh abstrak. Gambar-gambar dan lukisan lucah mudah
sahaja dijumpai pada tembok-tembok, batu batan di tepi pantai, tandas-tandas awam,
pondok telefon dan di bangunan sekolah termasuk kerusi dan meja pelajar.
Segala golongan yang dikaitkan dengan perbuatan yang tidak berakhlak ini
adalah pelajar-pelajar sekolah dan remaja serta para penganggur yang kerjanya hanya
melepak di kompleks membeli belah, pengacau orang lalu lalang dan menjadi kutu
malam. Golongan ini kerap menjadi sasaran, kritikan dan tuduhan bahawa mereka
terlibat dengan perbuatan-perbuatan yang disebut vandalisme. Di Barat fenomena
vandalisme dengan perbuatan-perbuatan yang disebut vandalisme. Di Barat fenomena

2
vandalisme dikaitkan dengan pemuda-pemudi punk dan rock. Budaya Barat yang
menular ke negara ini melalui media massa telah mempengaruhi pola tingkah laku
pelajar dan remaja kita.
Dalam tahun-tahun 50-an, kajian terpenting mengenai sikap buruk pelajar-pelajar
adalah seperti mencuri dan bersikap kasar. Sikap buruk ini merupakan masalah utama
yang dihadapi oleh pihak sekolah (Lander, 1954). Pada tahun 1952, Gluek, Eleanor dan
Sheldon (1968) menyenaraikan sikap buruk pelajar adalah seperti melanggar peraturan
kerana kurang diberi perhatian, kecuaian dan merokok. Namun begitu, trendnya kini
sudah berubah. Kebanyakan sekolah di merata-rata tempat, perbuatan vandalisme
menjadi isu utama yang hangat di perbincangkan oleh media massa.
Di Malaysia, perbuatan merosakkan harta benda di sekolah dikategorikan
sebagai salah laku yang berat dan serius. Ini terbukti apabila sejak 1968 lagi,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat pekeliling yang
membenarkan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ini dibuang dan digantung
sementara waktu, di bawah undang-undang 1.3.5 merosak atau membinasakan harta
sekolah (Mohd Zin Sham, 1996).
Masalah merosakkan harta benda sekolah, secara sedar atau tidak, telah menjadi
fenomena lumrah dalam alam persekitaran sekolah. Perbuatan tidak bertanggungjawab
ini mendapat perhatian serius dari pihak sekolah dan juga masyarakat. Pelajar-pelajar
tidak memikirkan kepentingan dan kesejahteraan orang lain. Mereka sewenang-

3
wenangnya merosakkan dan mengotori kemudahan dan persekitaran sekolah tanpa rasa
bersalah langsung.
Persoalannya sekarang, mengapakah pelajar begitu mudah terpengaruh dengan
aktiviti yang tidak sihat?. Bukankah perbuatan menconteng merupakan suatu kerja yang
sia-sia?. Tidakkah pelajar sedar yang perbuatan mereka tidak mendatangkan sebarang
faedah? Seperti mana yang dikatakan, dunia pelajar penuh dengan pergolakan untuk
mencari identiti diri. Pada peringkat ini pelajar mengalami krisis psikologi dan konflik
batin yang hebat.
Menurut (Ann Wan Seng, 1994) vandalisme dilakukan oleh beberapa kategori
pelajar. Pertama, yang melakukan perbuatan vandalisme hanya secara suka-suka. Tidak
terlintas dalam fikiran mereka bahawa perbuatan vandalisme boleh membawa akibat
yang tidak baik seperti permandangan yang menyakitkan mata. Apa yang terlintas dalam
fikiran dicurahkan atas permukaan meja, kerusi, tembok, simen dan batu-batan. Motif
perbuatan mereka tidak jelas. Mungkin sekadar untuk menghabiskan masa lapang.
Kedua, golongan pelajar yang mengalami tekanan jiwa yang hebat. Pelajar yang
hidup keseorangan merasakan dunia ini tidak bermakna. Kesunyian yang dihadapi
menyebabkan mereka melakukan perbuatan menconteng sekadar untuk menarik
perhatian orang ramai. Di samping itu, golongan pelajar dalam kategori ini mempunyai
alasan untuk melakukan vandalisme. Oleh kerana tidak ada tempat yang sesuai untuk
mereka mencurahkan isi hati, maka segala perasaan tidak puas hati dan kekacauan
fikiran diluahkan melalui tulisan-tulisan dan lukisan yang tidak tentu hala. Setiap

4
perkataan yang ditulis dan bentuk benda yang dilakar menggambarkan kekacauan jiwa
remaja tersebut.
Golongan ketiga pula terdiri daripada mereka yang sentiasa tidak puas hati
dengan keadaan diri dan masyarakat. Oleh itu, kita dapati sesetengah tempat diconteng
dengan gambar-gambar lucah, kata-kata yang memberahikan. Apabila mereka berbuat
demikian, mereka berasa puas dapat menggangu kehidupan orang lain. Golongan yang
keempat pula terdiri daripada remaja yang mabuk bercinta. Vandalisme dan golongan ini
bertumpu di taman-taman, tepi pantai dan tempat rekreasi. Antara hasil ukiran ialah
lambing love, anak panah dan ukiran nama merpati sejoli. Demi cinta abadi kasih
terpahat, rindu terpaku dan kasih diukir. Golongan ini melakukan vandalisme tanpa
kesedaran dan pertimbangan yang rasional. Dorongan emosi menguasai diri mereka
daripada akal fikiran.
Datuk Lee Lam Thye (1997) menyatakan orang yang merosakkan harta benda
merupakan golongan remaja yang ingin bebas tetapi dikongkong oleh ibu bapa. Mereka
tidak mempunyai matlamat dan gemar melakukan kesalahan ini apabila berkumpul
dengan rakan-rakan mereka. Pelaku akan merasa puas setelah melakukan perbuatan
tersebut.
Sekiranya gejala vandalisme ini tidak dikurangkan secara berkesan, ia akan
mendatangkan masalah yang rumit kepada negara. Tidak ada faedahnya negara pesat
membangun dan menggunakan teknologi yang baru, seperti peralatan canggih,
sedangkan para pelajar yang bakal menjadi jentera penggerak adalah generasi yang tidak

5
bermoral dan tidak bertanggungjawab dalam memelihara harta benda negara.
Keuntungan negara terpaksa diagihkan untuk memperbaiki dan mengganti semula harta
benda yang telah dirosakkan.
Menurut Datuk Lee Lam Thye, lagi masalah salah laku di kalangan pelajar
memerlukan tindakan bersepadu yang serentak dan menyeluruh dari setiap lapisan
masyarakat. Ini termasuklah guru, ibu bapa, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan
lain-lain (dlm. Norainon Othman, 1997)
Laporan Salah laku Murid Sekolah Malaysia (1996) mengkelaskan dua bentuk
serangan terhadap sekolah: pertama, serangan dituju kepada harta benda seperti pecah
masuk, merosak dan mencuri harta benda sekolah; kedua, serang dituju untuk
menganggu rutin sekolah seperti kebakaran, ugutan bom dan bunyi loceng amaran palsu.
Menurut kajian Taip Abu (1989) pula, jenis-jenis tingkah laku merosak
Perumahan Mahasiswa dibahagikan mengikut kekerapan iaitu amat kerap, kerap dan
tidak kerap. Kajian ini menunjukkan menconteng dinding, memecah pintu,
membengkok kipas, memecah pasu bunga, merosak meja dan memecah papan
kenyataan antara yang amat kerap dilakukan. Kerosakan yang hanya kerap dilakukan
adalah seperti mengalihkan pemadam api, memecahkan kotak hosereel dan
memecahkan glass point bomba, merosakkan sinki dan mengoyak poster. Manakala,
kesalahan yang tidak kerap dilakukan adalah menanggalkan tompok lampu dan
merosakkan televisyen. Kebanyakan jenis-jenis vandalisme ini dilakukan dalam keadaan
yang spontan dan tidak di rancang terlebih dahulu.

6
Sulaiman Alias (1994) menyatakan golongan remaja yang melakukan
vandalisme merosakkan harta benda tanpa ada sebarang sebab serta tidak memperolehi
apa-apa keuntungan dari perbuatannya itu. Salah laku begini selalunya menunjukkan
bangkangan terhadap sesuatu atau luahan kekecewaan pelaku kepada keluarga,
masyarakat dan sekolah. Mereka ingin menarik perhatian orang ramai dan
memperkenalkan dirinya secara negatif.
Tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar dipengaruhi oleh banyak faktor.
Namun, faktor yang dipilih dalam kajian ini adalah faktor sosioekonomi, tingkat
pendapatan ibu bapa dan taraf pendidikan, faktor keluarga, faktor sekolah, faktor rakan
sebaya dan faktor diri sendiri. Oleh itu, pengaruh yang paling dominan perlu
diketengahkan untuk mencari penyelesaian terhadap salah laku vandalisme. Ini kerana
golongan remaja khasnya adalah harapan masyarakat dalam mewarisi kepimpinan dan
pembangunan negara pada masa depan.
Pelajar-pelajar sekolah melakukan vandalisme berdasarkan tujuannya yang
berbeza-beza. Cohen (1968) dan Bowles (1982), misalnya telah membahagikan
perbuatan vandalisme kepada enam kategori berikut:
I. Vandalisme berbentuk keinginan – Vandalisme atau kerosakan dilakukan
adalah bertujuan untuk mendapatkan atau memperolehi sesuatu.
Vandalisme ini amat sering berlaku di sekolah. Misalnya, memecahkan
vending machine, memecahkan peti duit telefon atau memecahkan
penutup alat pemadam api.

7
II. Vandalisme yang dirancang – Vandalisme jenis ini biasanya dilakukan
untuk mencapai satu-satu keinginan. Ia juga merupakan sesuatu
perbuatan yang disedari yang mempunyai matlamat yang telah difikirkan.
Antara contoh vandalisme bersifat taktikal ini ialah merosakkan loceng
atau membunyikan loceng keselamatan dan dengan ini matlamat akhir
yang diingini ialah loceng kecemasan tersebut akan terus berbunyi dan
menganggu pelajar-pelajar lain.
III. Vandalisme ideological – Vandalisme jenis ini mempunyai matlamat
ideologi besar yang telah dirancang. Cohen menjelaskan vandalisme jenis
ini adalah seakan-akan serupa dengan vandalisme taktikal. Mengecat atau
menyembur cat di dinding-dinding bangunan sekolah atau tandas dengan
menulis slogan-slogan politik tertentu.
IV. Vandalisme bersifat balas dendam – Vandalisme jenis ini adalah sangat-
sangat ditakuti oleh pihak sekolah. Ia berpunca dari hasrat untuk
membalas dendam ke atas satu tindakan yang dilakukan oleh pihak
sekolah. Tindakan membalas dendam yang dilakukan seperti
memecahkan cermin tingkap, membakar pintu dinding bangunan adalah
beberapa contoh yang sering dilakukan.
V. Vandalisme bersifat suka-suka – Vandalisme jenis ini dilakukan untuk
tujuan suka-suka. Ia juga dilakukan kadangkala untuk tujuan permainan
dan merupakan kegiatan merosak yang paling kerap berlaku di sekolah.
Misalnya, satu pertandingan diadakan di kalangan pelajar bagi tujuan
siapa yang boleh memecahkan kotak hosereel atau memecahkan glass
point system pencegah kebakaran tanpa diketahui oleh pihak sekolah.

8
VI. Vandalisme bersifat merosak – Vandalisme jenis ini merupakan satu
perbuatan merosak yang paling ganas. Cohen menyifatkan vandalisme
jenis ini sebagai cara menunjukkan rasa tidak puas hati atau rasa
kekecewaan terhadap sesuatu.
1.2 Permasalahan Kajian
Tingkah laku vandalisme sekolah di Malaysia meliputi merosakkan harta benda sekolah,
merosakkan harta benda murid, merosakkan harta benda guru dan merosakkan harta
benda kantin di sekolah membabitkan para pelajar telah mendapat tumpuan ramai. Ini
telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pihak berkuasa, pihak Kementerian
Pendidikan, ibu bapa dan masyarakat secara umum.
Mengikut perangkaan statisitik yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, ternyata tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar meningkat dari setahun
ke setahun. Pada tahun 1993, seramai 2,226 pelajar terlibat dalam vandalsime. Pada
tahun 1994 pula meningkat hingga 2,622 pelajar dan pada tahun 1995 terus meningkat
kepada 2,736 pelajar.
Walaupun bilangan kes tingkah laku vandalisme di kalangan 1.2 juta pelajar
menengah jumlahnya mungkin kecil, namun perbuatan kesalahan yang dilakukan
memerlukan tindakan serius dari pihak berkaitan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang
mendorong peningkatan aktiviti-aktiviti vandalisme di kalangan pelajar di negara kita.

9
Ternyata perlakuan vandalisme pelajar sekolah sering membawa kepada jenayah
remaja. Berbagai tindakan dikenakan ke atas pelajar-pelajar yang bertingkah laku
vandalisme. Menurut Laporan Disiplin Pelajar (1991), seramai 1,893 pelajar di seluruh
negara yang melakukan vandalisme. Daripada jumlah itu seramai 534 pelajar (33.43
peratus) diberi amaran, 18.20 peratus diberi nasuhat, 16.59 peratus dirotan dua kali dan
2.38 peratus dirotan tiga kali. Bagi tindakan vandalsime berat seramai 2.16 peratus
dibuang sekolah, 0.45 peratus dan 4.07 peratus dilaporkan kepada polis.
Menurut Dr. Wan Zahid Nordin (1997), pada tahun 1993 seramai 63,353 orang
(36.70%) pelajar dikenakan tindakan amaran, 27,018 pelajar (15.66%) diberi nasihat,
29,012 pelajar (16.80%) dirotan sekali, 14,114 pelajar (8.18%) dirotan sebanyak dua kali
dan 3,919 pelajar (2.27%) dirotan sebanyak tiga kali. Mengenai tindakan hukuman yang
agak berat pula, gantung persekolahan melibatkan 5,020 pelajar (2.90%), 1,562 pelajar
(0.90%) dirotan lebih tiga kali dan 882 orang (0.51%) dibuang sekolah.
Tindakan atau hukuman tidak memberi kesan positif mengurangkan perlakuan
vandalisme di kalangan pelajar. Ini kerana jumlah kes vandalisme terus meningkat
kepada 8.41 peratus pada tahun 1996 melibatkan seramai 3902 orang pelajar berbanding
2736 pelajar yang terlibat dalam aktiviti vandalisme pada tahun 1995.
Dari 159 kes pelaku vandalisme yang direkodkan dalam tahun 1996, didapati 23
pelajar ulangi bukan sekali, malah berulang kali tingkah laku vandalisme. Tingkah laku
yang sering diulangi ialah mengguris dan mencalarkan perabot seperti meja dan kerusi

10
dengan perbagai perkataan dan symbol, menconteng dinding dengan kata-kata lucah
terutamanya di tandas-tandas dan memecahkan cermin tingkap.
Ternyata tindakan dan hukuman yang diambil oleh pihak sekolah kurang
berkesan dalam membendung perlakuan pelajar-pelajar yang pernah dikenakan tindakan,
yakni pelajar-pelajar yang pernah dirotan. Dan memandangkan kepada statistik yang
diperolehi dari Kementerian Pendidikan Malaysia, adalah tidak mustahil sekiranya
vandalisme ini meningkat di masa akan datang.
Akhbar Utusan Malaysia 5 April 1989 melaporkan polis menahan seorang
pelajar lelaki berhubung dengan kejadian dua letupan kecil di bilik tandas Sekolah
Menengah Taman Tun Dr. Ismail. Kesan letupan itu mengakibatkan tingkap-tingkap
kaca pecah dan beberapa kepingan logam berselerak dalam tandas tersebut. Akhbar
Metro 19 Jun 1996 melaporkan pelajar sebuah sekolah di Tampoi bertindak menconteng
nama seorang guru lelaki disiplin pada dinding bangunan bilik air sekolah berkenaan
dengan kata-kata lucah menggunakan penyembur cat. Malah pelajar terbabit bertindak
keterlaluan menconteng kata-kata memalukan iaitu guru itu mempunyai hubungan sulit
dan merogol seorang guru wanita.
Gejala vandalisme di negara ini didapati semakin hari semakin meningkat.
Utusan Malaysia (30 Mei 2000) melaporkan bahawa lima orang pelajar ditahan reman
bersama seorang penganggur kerana cuba membakar rumah guru sekolah di Kota
Tinggi. Pelajar-pelajar berkenaan difahamkan cuba membalas dendam terhadap guru
wanita yang sering melaporkan tingkah laku mereka kepada guru disiplin. Tindakan

11
guru itu telah menimbulkan kemarahan, di mana mereka telah mengambil tindakan
membakar rumah guru itu untuk meluahkan rasa marah. Keadaan ini menggambarkan
betapa seriusnya perlakuan vandalisme, dan sekiranya tidak dikawal maka akan
membawa kepada perlakuan jenayah yang lebih berat di kalangan pelajar sekolah.
Kumpulan pelajar-pelajar yang terlibat ini, seolah-olah telah hilang pertimbangan
diri dan kewarasan fikiran. Mereka bertindak semakin ganas dan perbuatan mereka
terkeluar dari jangkaan kita yang waras. Pada fikiran orang yang waras sudah tentu kita
tidak sanggup memusnahkan bangunan institusi di mana tempat kita mendapatkan ilmu
untuk membentuk kita supaya menjadi seorang manusia. Sebaliknya mereka turut
mengiringi marak api yang menjilat bilik guru dengan kata-kata caci maki dan sumpah
seranah yang ditulis pada bangunan sekolah sebagai protes dan melepaskan geram.
Masyarakat sepatutnya turut merasa betapa hancurnya hati guru-guru sekolah itu
apabila melihat sebuah bangunan yang selama ini dianggap mulia, tempat mereka
mencari rezeki halal, mencurah ilmu mendidik anggota masyarakat, menjadi mangsa
segelintir pelajar yang suka melakukan tingkahlaku vandalisme yang masih terbelenggu
dengan perangai yang tidak bertamadun. Bagai pepatah “madu diberi, tuba yang
dibalas”, maka sikap pelajar-pelajar yang terbabit seolah-olah mereka “buta hati dan
buta perut”. Amat pelik sekali mereka sedikitpun tidak merasa sayang kepada bangunan
sekolah tempat mereka mendapat pendidikan.
Kes terbaru yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia (19 Jun 2000), sebuah bilik
darjah Sekolah Kebangsaan Rawang telah musnah dalam satu kebakaran dipercayai

12
akibat perbuatan khianat. Dalam kejadian tersebut sebuah almari berisi beratus-ratus
buku rujukan, buku tamabahan serta soalan peperiksaan untuk pelajar tahun 6 telah
musnah. Pihak polis telah mengesahkan terdapat unsur-unsur jenayah berdasarkan
penemuan puntung-puntung mancis di kawasan berkenaan. Pihak polis tidak menolak
kemungkinan besar perbuatan ini dilakukan oleh pelajar sekolah. Nampaknya gejala
vandalisme dan salah laku pelajar semakin hari semakin meruncing sehingga membawa
kepada perlakuan jenayah yang lebih berat lagi. Pelajar begitu berani bertindak liar dan
ganas tanpa rasa perikemanusiaan langsung. Justeru, langkah-langkah drastik perlu
diambil oleh pihak-pihak terbabit untuk mencegah serta membanteras tingkah laku
negatif pelajar-pelajar sekolah.
Menurut Prof. Diraja Ungku Aziz (Utusan Malaysia, Mei 1999) Perkhidmatan
Nasional atau National Service perlu dikuatkuasakan di Negara sebagai salah satu cara
mendisiplinkan remaja dan mencegah gejala vandalisme. Penguatkuasaan undang-
undang dengan menjatuhkan hukuman yang berat kepada pelaku vandalisme akan
menjadi pengajaran dan tauladan serta menjauhkan individu tersebut daripada perbuatan
vandalisme. Datuk Lee Lam Thye (Dewan Siswa, Mac 1998, m.s 13), Pengerusi
Jawatankuasa Anti Vandalisme DBKL bersetuju mengenakan tindakan lebih tegas ke
atas pesalah vandalisme. Manakala Prof. Khoo Kay Kim (Utusan Malaysia, 5 Februari
1998) pula menggesa semua pihak mengamalkan sikap tegur menegur dan sayangkan
harta benda adalah penawar yang paling mujarab untuk mengubat penyakit vandalisme
daripada menular.

13
Secara umumnya, faktor yang menyumbangkan ke arah salah laku vandalisme
pelajar ialah faktor sosioekonomi, keluarga, sekolah, rakan sebaya dan konsep kendiri.
Laporan Salah Laku Pelajar (1996) menunjukkan punca utama salah laku pelajar ialah
faktor diri sendiri 152,806 kes. Punca kedua ialah faktor keluarga melibatkan 25,657
kes. Faktor persekitaran yang terdiri daripada pengaruh rakan sebaya dan masyarakat
adalah 1,326 kes. Bagi kajian faktor-faktor tersebut dijangkakan mempengaruhi tingkah
laku vandalisme di kalangan pelajar.
Taraf sosioekonomi keluarga mempunyai hubungan yang signifikan dengan
salah laku pelajar (Abdul Hanid Halit, 1998). Dapatan kajian Abdul Raof Dahaman
(1986) ke atas pelajar-pelajar lelaki di sekolah menengah terhadap tingkah laku devian
mendapati pelajar-pelajar terbabit berasal dari status sosioekonomi yang rendah. Ini
mungkin disebabkan ibu bapa mereka keluar bekerja untuk menambah pendapatan
keluarga. Ibu bapa yang kurang pendidikan juga kurang memberi perhatian kepada
pelajaran anak-anak mereka. Ini bertepatan dengan kajian Alim Muntu (1988) yang
mengkaji tingkah laku devian di kalangan pelajar sekolah menengah di Sabah mendapati
kebanyakanya berlatar belakangkan keluarga berpendidikan sekolah rendah dan ada
keluarganya yang tidak pernah langsung bersekolah.
Institusi keluarga kini kurang memberi perhatian dalam pembentukan sahsiah
keluarga terutama terhadap anak-anak. Akibatnya konflik keluarga akan timbul dan
anak-anaklah yang menjadi mangsa. Hal ini disokong oleh Galamus dan Maggs (1991)
yang menyatakan tahap konflik keluarga yang tinggi menyebabkan remaja terlibat dalam
tingkah laku bermasalah.

14
Hubungan ibu bapa dan pelajar adalah penting dalam sesebuah keluarga.
Perhubungan yang negatif dalam sesebuah keluarga menyebabkan pelajar bertindak di
luar dugaan seperti terlibat dengan tingkah laku devian atau anti-sosial. Hal ini dapat
dilihat menerusi kajian yang dilakukan oleh Othman Bin Bakar (1983) yang mendapati
kenakalan berpunca dari ibu bapa yang kurang mengambil berat terhadap kegiatan
seharian anak-anak. Alim Muntu (1988) pula menambah salah laku di kalangan pelajar
terjadi kerana pelajar-pelajar kurang merasai kemesraan dalam keluarga.
Di samping itu, faktor sekolah juga menjadi salah satu faktor penyumbang
kepada salah laku pelajar. Persekitaran sekolah mungkin mengandungi unsur-unsur
seperti struktur bilik darjah, interaksi di antara guru-pelajar, pelajar-pelajar dan pelajar-
persekitaran. Menurut Smith (1969), masalah akan timbul jika kemerosotan berlaku
dalam perhubungan di antara guru dan murid. Ini dibuktikan dengan kajian oleh Cohen
(1972), di mana faktor sekolah berpunca dari persepsi negatif pelajar terhadap gurunya,
sikap dan personaliti dan kokurikulum yang tidak fleksibel.
Kebanyakan kejadian salah laku yang dilaporkan di akhbar-akhbar membabitkan
beberapa kumpulan pelajar. Ini jelas menunjukkan bahawa peranan rakan sebaya
merupakan pengaruh kuat kepada pelajar dalam membuat sesuatu tindakan. Berdasarkan
Differential Association Theory seorang remaja tidak berminat atau tidak berhasrat
untuk melakukan sesuatu aktiviti sebelumdia menggabungkan diri dengan mereka yang
terlibat dengan aktiviti tersebut (Hirchi & Selvin, 1973). Hal ini disokong oleh Othman

15
bin Bakar (1983) yang menyatakan bahawa pelajar lebih cenderung untuk berkelakuan
devian apabila bersama rakan-rakan.
Tidak dapat dinafikan faktor konsep kendiri turut mempengaruhi salah laku
pelajar. Secara umumnya, pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang positif adalah
kurang atau tidak langsung terlibat dalam salah laku, manakala pelajar yang mempunyai
konsep kendiri negatif adalah golongan yang paling tinggi potensinya untuk terlibat
dalam tingkah laku ini. Hal ini bertepatan dengan kajian Anidah Ithnin (1991) yang
mendapati pelajar nakal memiliki konsep kendiri yang negatif, sebaliknya pelajar-pelajar
tidak nakal memiliki konsep kendiri yang positif. Heng Keng Chian (1989) dalam
kajiannya menyatakan pelajar yang rendah konsep kendiri tidak suka pada sekolah
mereka, merasa sunyi dan merasakan diri tidak popular.
Berdasarkan kelima-lima faktor yang diketengahkan dalam kajian ini iaitu faktor
sosioekonomi, keluarga, sekolah, rakan sebaya dan diri sendiri, pengkaji ingin melihat
sama ada faktor tersebut mempunyai hubungan dengan salah laku vandalisme. Di
samping itu, kajian ini dapat membantu para pendidik, kaunselor dan guru untuk
menangani masalah vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan lebih berkesan.
1.3 Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan melihat faktor-faktor penyebab yang mendorong pelajar bertingkah
laku vandalisme atau merosak harta benda di sekolah dari sudut sosioekonomi, keluarga,
sekolah, rakan sebaya dan konsep kendiri. Secara ringkasnya tujuan kajian ini ialah:

16
Pertama ialah untuk melihat sama ada terdapatnya perbezaan status
sosioekonomi keluarga di kalangan pelajar yang bertingkah laku vandalisme. Selalunya
ibu bapa dari status sosioekonomi yang tinggi lebih mengambil berat terhadap pelajaran
anak-anak. Status sosioekonomi juga dilihat pada tahap pendidikan dan tingkat
pendapatan ibu bapa yang berbeza turut memberi perbezaan pada cara dan gaya didikan
terhadap anak-anak.
Kedua, kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada faktor keluarga mempunyai
hubungan dalam mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar. Faktor
keluarga yang akan dikaji ialah dengan melihat sejauh manakah hubungan ibu bapa
terhadap anak-anak. Ini kerana hubungan ibu bapa dan anak-anak dalam sesebuah
keluarga dapat mempengaruhi pembentukan dan perubahan tingkah laku anak-anak.
Menurut Hurlock (1967), keluarga yang mengamalkan komunikasi yang mempunyai
kesepaduan, adaptasi dan dapat menghindarkan anak-anak daripada bertingkah laku
vandalisme.
Ketiga, kajian ini juga melihat sama ada faktor sekolah mempunyai hubungan
dalam pembentukan sesuatu tingkah laku pelajar. Faktor sekolah yang terlibat dalam
kajian ialah faktor persekitaran, bilik darjah, sikap guru-guru dan pembelajaran yang
dijalankan. Kajian ini ingin melihat pengaruhnya terhadap pembentukan tingkah laku
pelajar.

17
Keempat, kajian ini juga bertujuan melihat sejauh mana faktor rakan sebaya
sebagai pendorong seseorang bertingkah laku vandalisme. Dalam zaman persekolahan
pelajar lebih mudah mendekati rakan sebaya dan cuba mencari identiti melalui pengaruh
rakan sebaya. Ini disokong oleh Zuzly bin Ibrahim (1989) yang menyatakan pengalaman
ketika waktu persekolahan berkesan terutamanya dalam hubungan dengan rakan sebaya.
1.4 Limitasi Kajian
Dalam kajian ini tingkah laku vandalisme ini hanya dikaji bagi daerah Alor Gajah. Lima
buah sekolah sahaja dipilih untuk diedarkan soal selidik kepada para pelajar iaitu
Sekolah Menengah Pulau Sebang, Sekolah Menengah Datuk Hj. Talib Karim, Sekolah
Menengah Dato’ Dol Said, Sekolah Menengah Seri Pengkalan dan Sekolah Menengah
Ghafar Baba. Sekolah-sekolah tersebut dipilih kerana terletak di luar bandar dan
dipercayai kadar vandalisme adalah tinggi. Di samping itu, sekolah-sekolah ini dipilih
berdasarkan Laporan Disiplin Unit HEM, Jabatan Pendidikan Melaka yang
menunjukkan kadar salah laku vandalisme yang tinggi di kalangan sekolah luar bandar.
Subjek kajian pula dipilih di kalangan pelajar yang berumur antara 16 hingga 18
tahun iaitu pelajar-pelajar dari tingkatan empat dan lima. Ini kerana dalam usia tersebut
tingkah laku vandalisme yang dilakukan oleh pelajar adalah nyata dan mereka berada di
alam pertengahan remaja yang akan menghadapi masalah dalam penyelesaian
perkembangan diri.

18
Semua subjek yang dipilih adalah lelaki. Ini disebabkan dalam kajian lepas
didapati pelajar lelaki lebih dominan dalam bertingkah laku merosakkan harta benda
sekolah. Ini mungkin disebabkan oleh faktor kelangsangan di mana kanak-kanak lelaki
terbukti lebih langsang dari kanak-kanak perempuan.
Pengkaji juga terhad dalam memilih pelajar yang dikategorikan sebagai pelaku
tingkah laku vandalisme. Ini disebabkan perbuatan ini dilakukan secara bersembunyi
dan sukar dikesan oleh pihak sekolah. Dalam kebanyakan kes, pelajar-pelajar ini tidak
dapat ditangkap sewaktu melakukan perbuatan tersebut. Mereka ditangkap berdasarkan
maklumat dari saksi seperti pelajar-pelajar lain, pengawas dan guru-guru yang melihat
kejadian tersebut. Oleh itu, selain dari melihat rekod disiplin pelajar daripada Guru Hal
Ehwal Murid, pengkaji turut dibantu oleh guru disiplin dan kaunselor untuk memilih
subjek yang paling tepat.
Kajian ini juga hanya menumpukan kepada sekolah menengah sahaja. Pengkaji
merasakan adalah wajar dikaji pelajar sekolah menengah sahaja kerana mereka lebih
cenderung melakukan salah laku vandalisme. Pelajar-pelajar ini lebih berani melakukan
tingkah laku ini kerana menganggap diri mereka adalah senior di sekolah. Mereka mahu
menunjukkan “kehebatan” mereka dengan merosakkan harta benda di sekolah untuk
mencari pengaruh di kalangan rakan sebaya.

19
1.5 Kesignifikanan Kajian
Salah laku di kalangan pelajar remaja umunya semakin menular dan serius di sekolah-
sekolah dengan terdapatnya kes-kes pelajar yang berani memecahkan syiling, memecah
masuk dewan makan, memecahkan pasu bunga, memancitkan kereta guru dan
merosakkan pintu peti sejuk untuk mencuri makanan dan lain-lain lagi.
Pelajar hari ini merupakan pelapis yang bertanggungjawab merealisasikan
wawasan negara dan mempunyai tugas untuk dilaksanakan dengan sempurna. Bagi
menjayakan matlamat ini, langkah-langkah perlu diatur untuk mengurangkan gejala
vandalisme dari terus diamalkan oleh pelajar-pelajar. Isu vandalisme tidak boleh
dianggap remeh kerana tanpa adanya sikap bertanggungjawab terhadap harta benda
sekolah dan moral yang tinggi, negara akan mempunyai pelapis negara yang rapuh.
Akibatnya negara akan lumpuh.
Perbuatan vandalisme tidak boleh dibiarkan. Bagi sesetengah orang mereka tidak
peduli terhadap perbuatan menconteng ini kerana mereka menganggapnya hanyalah
fenomena sementara. Apabila remaja meningkat dewasa, perbuatan ini akan terhenti
dengan sendiri. Benarkah begitu?. Vandalisme dilakukan berterusan dari generasi ke
generasi seolah-olah menjadi warisan yang mempunyai waris-warisnya. Kalau perbuatan
ini didiamkan begitu sahaja tentu ia menggalakkan lagi perbuatan vandalisme. Oleh itu
penyelesaian perlu dicari seperti menyediakan tempat khas untuk para remaja
meluahkan isi hati dan melakar sesuka hati. Biarkan remaja melakukan sepuas-puasnya
sehingga jemu. Namun begitu tidak ada jaminan bahawa langkah ini akan berjaya.

20
Pengalaman di negara Barat telah menunjukkan kegagalan kerana para remaja tidak
gemar pergi ke tempat yang disediakan untuk melakukan vandalisme. Tempat-tempat
awam mudah menjadi tumpuan mereka. Bagaimanapun budaya dan proses pembelajaran
yang berbeza di Barat memungkinkan cadangan ini diadakan dengan berdasarkan
persekitaran tempatan.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan dengan harapan supaya dapat
memberi gambaran sebenar tentang faktor-faktor penyebab tingkah laku vandalisme.
Diharap faktor sosioekonomi, keluarga, sekolah, rakan sebaya dan konsep kendiri yang
dikaji dapat menolong semua pihak mengatasi masalah ini dan terus menular. Kajian ini
juga diharap dapat menentukan faktor yang paling signifikan terhadap salah laku
vandalisme.
Hasil kajian ini secara praktisnya dapat menjadi panduan untuk mengurangkan
kadar vandalisme di kalangan pelajar. Pihak sekolah, terutamanya kaunselor diharap
memberi perhatian yang khusus kepada pelajar-pelajar yang bermasalah berdasarkan
punca-punca yang menyebabkan pelajar tersebut melakukan vandalisme. Masyarakat
seperti jiran tetangga, NGOs’ dan golongan cendekiawan perlu menghulurkan bantuan
tenaga, buah fikiran dan kewangan bagi mengurangkan salah laku vandalisme. Pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama kerajaan perlu menyediakan
program-program bagi membendung masalah ini setelah mengetahui punca-punca
sebenar perlakuan ini.

21
Pengkaji berharap dengan adanya kajian ini, sedikit sebanyak boleh membantu
para pendidik dan kaunselor yang terdapat di sekolah untuk mengetahui dan memahami
punca-punca berlakunya vandalisme di kalangan pelajar sekolah. Dengan terbanterasnya
masalah ini, negara dapat melahirkan generasi muda yang berwibawa dan dihormati.

22
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan
Tingkah laku devian di kalangan pelajar bukanlah suatu fenomena yang baru. Kajian-
kajian mengenainya telah banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji tempatan mahupun
di luar negara. Berikut dibincangkan penyelidikan yang pernah dijalankan dengan
tingkah laku vandalisme.
2.2 Kajian Tempatan
Heng Keng Chian (1989) mengkaji perlakuan devian ke atas pelajar-pelajar yang
berumur antara 14 hingga 18 tahun melalui temubual dan pemerhatian. Beliau mengkaji
faktor konsep kendiri, keluarga dan sekolah. Dapatan kajiannya menunjukkan pelajar
yang mempunyai konsep kendiri yang rendah tidak suka pada sekolah, merasa sunyi,
merasakan diri tidak popular dan tidak puas hati dengan keadaan diri sendiri. Faktor
keluarga menunjukkan penyebab utama perlakuan devian di kalangan pelajar iaitu
kehormatan dalam keluarga seperti ibu bapa tidak bertanggungjawab dan tidak berminat

23
mengetahui tentang pembelajaran anak-anak mereka. Faktor sekolah pula menunjukkan
pelajar bosan ke sekolah kerana guru-guru tidak mempedulikan mereka dan tidak
memahami jiwa mereka.
Selain itu, Othman bin Baker (1983) turut mengkaji beberapa faktor yang
mendorong kenakalan. Antara faktor-faktor yang dikaji ialah taraf sosioekonomi
keluarga, pengaruh rakan sebaya dan keadaan keluarga subjek kajian. Keputusan
kajiannya menunjukkan kebanyakkan subjek kajian datang dari keluarga bertaraf
sosioekonomi rendah dan keadaan keluarga yang tidak sehaluan. Ibu bapa kurang
mengambil berat terhadap kegiatan seharian anak-anak mereka akibatnya anak-anak
mudah terpengaruh dengan rakan-rakan yang nakal.
Sebaliknya, kajian yang dijalankan oleh Ratna Mohamad (1989) terhadap 160
orang pelajar tingkatan 4 daripada 4 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Ismail Petra,
Sekolah Menengah Kota Bharu, Sekolah Menengah Kota dan Sekolah Menengah
Pengkalan Chepa, Kelantan menunjukkan tiada perbezaan dalam salah laku terhadap
faktor status sosioekonomi.
Marimuthu (1980) mengaku bahawa terdapat hubungan yang rapat di antara
keadaan keluarga yang kucar kacir dengan perbuatan devian di kalangan generasi muda.
Beliau menyatakan bahawa organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengaliran
murid kepada kelas-kelas mengikut pencapaian, penekanan kepada peperiksaan, bentuk
dan struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan jangkaan guru, boleh menimbulkan
tingkah laku devian di kalangan pelajar-pelajar yang lemah dari segi akademik.

24
Kebanyakan pelajar-pelajar dari kalangan ini mempunyai latar belakang yang serba
kekurangan.
Hasil kajian yang dijalankan oleh Abdul Raof Dahaman (1986) ke atas 90 orang
pelajar lelaki tingkatan dua dan empat mendapati faktor keluarga, sekolah dan
sosioekonomi keluarga mendorong pelajar melakukan salah laku. Faktor sekolah
merupakan faktor utama yang mempengaruhi salah laku pelajar-pelajar. Guru-guru
bertanggungjawab terhadap kurang minat pelajar kerana gaya penyampaian
pembelajaran yang membosankan. Faktor keluarga pula menunjukkan kurangnya
interaksi dalam hubungan ibu bapa dengan anak-anak dan kurangnya kesefahaman
sesama mereka mengakibatkan salah laku dikalangan pelajar. Kumpulan pelajar ini juga
tergolong dari keluarga yang rendah taraf sosioekonominya. Ibu bapa dari taraf
sosioekonomi rendah kurang memberi perhatian pada anak-anak kerana sibuk bekerja
untuk menambah pendapatan keluarga.
Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Anidah binti Ithnin (1991) yang melihat
konsep kendiri mendapati wujudnya perbezaan yang signifikan di antara pelajar nakal
dan pelajar yang tidak nakal. Pelajar nakal didapati memiliki konsep kendiri yang
negatif. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar nakal perlulah modifikasi tingkah laku
untuk memiliki konsep kendiri yang positif.

25
2.3 Kajian Luar Negara
Faktor sosioekonomi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi salah laku
pelajar. Kajian Ivan (1975) menunjukkan terdapatnya hubungan yang rapat di antara
tingkah laku pelajar dengan status sosioekonomi keluarga. Dapatan kajian ini selaras
dengan kajian oleh Conger (1984) yang menyatakan bahawa semakin rendah
sosioekonomi seseorang individu semakin tinggi kadar tingkah laku yang buruk.
Cloward dan Chin (1960) juga berpendapat vandalisme oleh golongan bawahan
adalah berpunca dari kekurangan kemudahan pendidikan yang diterima oleh golongan
ini. Kajian Schafer dan Olexa (1964), disebuah sekolah tinggi di Midwestern, USA, ke
atas golongan menengah dan golongan bawahan mendapati pelajar-pelajar dari golongan
bawahan mempunyai tendensi yang tinggi dalam melakukan tingkah laku devian.
Kajian Cohen (1972) pula menyatakan pihak sekolah mungkin memberi
perhatian istimewa kepada golongan atasan dan ini mengakibatkan berlakunya
vandalisme di kalangan pelajar-pelajar bersosioekonomi rendah. Wolfgang, Sarvity dan
Jonston (1970) pula menyimpulkan bahawa kaum remaja yang dihalang untuk mencapai
status yang lebih tinggi oleh kerana kedudukan sosial mereka yang rendah seringkali
melakukan tingkah laku bertentangan untuk melahirkan perasaan marah mereka
terhadap golongan kelas menengah dan atasan.
Kajian Backman (1970) menunjukkan remaja dari sosioekonomi yang tinggi
memperlihatkan mutu pencapaian akademik yang tinggi. Ini kerana sifat ibu bapa

26
mereka yang mengambil berat tentang pembelajaran mereka. Manakala ibu bapa dari
taraf sosioekonomi rendah kurang mengambil berat terhadap anak-anak mereka dan
menganggap sekolah itu adalah sebagai persediaan untuk anak-anak ke alam dewasa.
Faktor keluarga juga turut mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan
pelajar. Menurut kajian Glueck dan Glueck (dlm. Conger & Miller, 1975), remaja tidak
nakal adalah remaja yang menerima layanan yang baik daripada ibu bapa mereka
berbanding layanan yang diterima oleh remaja yang nakal. Perkara ini disokong oleh
Haimowitz (dlm. Hurlock, 1967) yang menyatakan pengabaian kasih saying oleh ibu
bapa menjurus kepada kenakalan yang menyebabkan remaja bertingkah laku devian.
Hasil kajian itu juga mendapati keadaan dan suasana keluarga turut memberi kesan yang
besar ke atas tingkah laku remaja.
Kajian Russel (dlm. Smith, 1969) mendapati sikap suka berbohong dan mencuri
adalah kerap berlaku di kalangan pelajar yang berada dalam keretakan keluarga.
Menurut beliau, pelajar yang datangnya dari keluarga yang bercerai-berai juga lebih
ketara melakukan tingkah laku degil, agresif dan tidak mengikut peraturan. Kajian
Morris (1975) mendapati penyeliaan ibu bapa bukan hanya mengenakan peraturan yang
perlu diikuti tetapi perlu membantu anak-anak supaya dapat menyesuaikan diri dengan
masyarakat. Keadaan dan suasana dalam keluarga boleh mempengaruhi perkembangan
emosi anak-anak.
Menurut Brooks (1981), keluarga yang mengamalkan sikap berkongsi membuat
perancangan dan perlaksanaan sesuatu kegiatan di rumah secara bersama dapat

27
mempertingkatkan perasaan tangungjawab dan mengeratkan ikatan perhubungan dengan
anak-anak mereka. Dengan ini para remaja dapat menghindarkan diri mereka daripada
terlibat dalam gejala devian. Dapatan Brooks disokong oleh Healey dan Broner (dlm.
Kaplan, 1975) yang mendapati bahawa 92 peratus remaja daripada subjek kajiannya
bertingkah laku devian adalah disebabkan mereka merasa tidak dihargai oleh ibu bapa.
Kajian Barners dan Olsen (1985) juga menunjukkan keluarga yang mengamalkan
komunikasi yang baik mempunyai kesepaduan, adaptasi dan kepuasan keluarga yang
tinggi. Manakala, menurut Galamus dan Maggs (1991) konflik sering dikaitkan dengan
perbezaan pendapat di antara ahli keluarga.
Saiz sekolah yang terlalu besar boleh menyebabkan timbulnya masalah
vandalisme. Dunhill (1964) telah memberi amaran bahawa dalam sekolah yang terlalu
besar ini, jika guru-guru tidak memikirkan cara-cara mencegah vandalisme, sekolah
tersebut pasti menghadapi pelbagai masalah.
Boyson (1973) juga tidak menafikan bahawa saiz sekolah yang terlalu besar ini
akan menyebabkan meningkatnya perbuatan vandalisme. Dengan saiz yang terlalu besar,
pihak pentadbiran sekolah tidak akan berjaya sepenuhnya menentukan yang hubungan di
antara guru dengan murid dengan sesama murid akan berjaya dengan baik dan harmoni.
Hargreves (1967) pula menyatakan bahawa sistem ganjaran dan hukuman adalah
sebahagian daripada dasar sekolah dan pentadbiran sekolah. Dasar ini bersama-sama
dengan sistem aliran, sikap guru dan jangkauan guru yang negatif (berpunca dari

28
ketidakcekapan pentadbiran) adalah merosakkan pelajar-pelajar dan meningkatkan kadar
vandalisme.
Gragrey (1970), Maslow dan Rogers (1962) dan Boyson (1973) berpendapat
bahawa persekitaran sekolah yang ketat kawalannya akan mewujudkan vandalisme
kerana pelajar-pelajar yang tidak puas hati akan menentang kawalan ketat ini dengan
menconteng dinding, memecahkan siling dan lain-lain.
Manakala, kajian oleh Feldhusen (1978) di Amerika Syarikat menunjukkan
terdapat peningkatan dalam tingkah laku anti sosial dan jenayah di sekolah pada tahun
1978. Menurut beliau, keadaan yang lebih serius berlaku di sekolah-sekolah kawasan
bandar di mana jumlah pelajar yang di tangkap oleh polis semakin bertambah. Kajiannya
juga menunjukkan bahawa pelajar di sekolah-sekolah bandar menghadapi masalah yang
berlainan dengan pelajar di sekolah luar bandar.
Pengaruh rakan sebaya turut mendorong tingkah laku devian di kalangan remaja.
Hasil kajian Gold (1970) mendapati perlakuan vandalisme di sekolah lebih cenderung
berlaku apabila pelajar-pelajar sentiasa berdampingan dengan rakan sebaya berbanding
jika seorang diri.
Conger (1975) menginterpretasikan rakan sebaya sebagai hasil daripada
pembelajaran sosial. Knight dan West (dlm. Feldhusen, 1978) mendapati pengaruh rakan
sebaya merupakan pembolehubah sosial di mana ada kemungkinan pengaruhnya akan
meningkatkan lagi kejadian vandalisme di sekolah.

29
Clement (1975) menyatakan rakan sebaya mempengaruhi tingkah laku pelajar.
Pelajar-pelajar yang terlibat dengan vandalisme adalah lebih cenderung untuk
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan sekolah semasa bersama-sama
rakan sebaya mereka.
Cole dan Hall (1970) mendapati anak-anak yang berumur 7 hingga 17 tahun
yang biasa berkawan dengan orang-orang yang tidak bermoral atau terdedah kepada
pelbagai masalah menunjukkan kesamsengan mereka. Pengkaji-pengkaji seperti Gold
dan Reimer (1972) dan Moris (1975) mendapati rakan sebaya berpengaruh dalam
tingkah laku pelajar remaja.
Menurut Coleman Friser (dlm. Jersild, 1978) tekanan terhadap kesetiaan dan
keakuran memberi kesan yang kuat terhadap tingkah laku pelajar-pelajar remaja. Dalam
usaha mentaati dan akur kepada kumpulan sepergaulan, ramai di antara mereka
melakukan perbuatan yang mereka sendiri tidak suka seperti memecahkan cermin,
merosakkan perabot dan membakar pintu.
Duke (1980) menyatakan bahawa tiap-tiap individu bertanggungjawab di atas
perlakuannya sendiri. Pelajar-pelajar berkemungkinan melakukan vandalisme kerana
mengikut kehendak diri sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar. Bayh (1975) telah
mengeluarkan satu laporan iaitu “A” in Violence and Vandalisme mengatakan bahawa
salah satu daripada perkara yang mendorong seseorang melakukan vandalisme ialah
kerana dia sendiri mengalami gangguan emosi. Apabila gangguan emosi ini berlanjutan,

30
pelajar-pelajar itu akhirnya terdorong untuk bertingkah laku devian sebagai jalan keluar
(outlet) untuk mengurangkan kerungsingan itu.
Kelemahan dari segi perkembangan mental juga membawa kepada vandalisme di
sekolah. Pelajar-pelajar yang lemah dan gagal berkali-kali dalam peperiksaan akan
merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar. Mengikut Tuner (1973) apabila pelajar-
pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran yang tertentu dan guru pula tidak
berusaha untuk menarik minat mereka, pelajar-pelajar tersebut akan hilang semangat
belajar dan akan melakukan apa jua yang terlintas di hati mereka.
Menerusi tinjauan kajian-kajian lepas yang telah dibincangkan dapat dirumuskan
bahawa faktor sosiekonomi, keluarga, rakan sebaya dan konsep kendiri menjadi
pendorong ke arah tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar. Faktor sosioekonomi
turut mempengaruhi perlakuan vandalisme di mana kebanyakkan dapatan kajian
menunjukkan golongan pelajar daripada sosioekonomi yang rendah lebih kerap
melakukan salah laku. Faktor keluarga mendapati taraf pendidikan dan pendapatan ibu
bapa mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan remaja. Manakala, faktor
sekolah merangkumi sikap guru, beban mata pelajaran dan persekitaran sekolah yang
membosankan menyebabkan pelajar melakukan vandalisme. Perlakuan vandalisme juga
berhubung rapat dengan rakan sebaya. Bagi faktor konsep kendiri pula, remaja
bertingkah laku vandalisme adalah sebagai jalan keluar terhadap masalah yang
dihadapinya.

31
2.4 Definisi Konsep
2.4.1 Vandalisme
Oxford Advance Learner’s (1991) mentakrifkan vandalisme sebagai “willfilly destroy or
damage (public property)”. Manakala, kamus Inggeris-Melayu Dewan terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka pula mendefinasikan vandalisme sebagai “perbuatan laku-musnah”
atau “melakumusnahkan”.
Vandalisme menurut Taib Abu (1989), secara umumnya dapat didefinasikan
sebagai apa sahaja bentuk tingkah laku yang mempunyai kesan bertujuan merosak atau
merubah harta benda iaitu harta benda awam atau persendirian.
Greenberg (1969) mencadangkan vandalisme didefinasikan sebagai “perbuatan
yang mendatangkan kerosakan pada sekolah”.Ward (1973) cuma menggunakan
“kerosakan harta benda” untuk mendefinasikan vandalisme. Kerosakan itu termasuklah
merompak, mencuri, pecah masuk, merosakkan sesuatu untuk membalas dendam,
memusnahkan harta benda dan membakar dengan tujuan jahat.
Backman (1970) dalam definasinya menyatakan, “semua bentuk kerosakan harta
benda sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan”. Clinard dan Quinney
(1973) menawarkan satu definasi yang luas dalam mengemukakan vandalisme, iaitu
“suatu serangan simbolik terhadap sekolah, termasuk semua tingkah laku merosakkan

32
harta benda iaitu dari perbuatan membuang sampah hingga ke perbuatan membakar
harta benda dengan sengaja bagi tujuan jahat sebagai menentang sistem yang tidak adil.
Allen dan Greenberger (1980) beranggapan vandalisme merupakan tingkah laku
yang dilakukan dengan sengaja, nakal dan liar secara semulajadi serta sangat bermakna
pada pelaku vandalisme. Baron dan Fisher (1982) pula menyamakan vandalisme dengan
tingkah laku agresif.
Menurut Laporan Salahlaku Displin Pelajar Sekolah oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia, perbuatan vandalisme yang dikenali juga sebagai salahlaku
musnah, dikategorikan kepada empat jenis iaitu rosak harta sekolah, rosak harta guru,
rosak harta kantin dan rosak harta murid.
Bagi kajian ini vandalisme didefinasikan sebagai sebarang perbuatan
merosakkan harta benda di sekolah sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan
yang dilakukan oleh pelajar. Perbuatan-perbuatan ini adalah seperti menebuk,
mengguris, atau menulis perkataan pada meja, menconteng atau mengotorkan dinding,
mengoyak buku perpustakaan dan mencalar atau mengguris kenderaan guru. Pelajar-
pelajar ini melakukan perbuatan merosakkan harta benda sebagai salah satu cara
menyampaikan perasaan marah dan ketidakpuasan hati mereka terhadap pihak sekolah.

33
2.4.2 Sosioekonomi
Status sosioekonomi merujuk kepada latar belakang hidup seseorang berdasarkan
pendapatan, pekerjaan dan pendidikan (Rancangan Malaysia Keenam 1990-95). Kelas
sosial merujuk kepada tabii, sikap dan nilai sosial dan kelas sosial ditentukan oleh
kriteria budaya, interaksi sosial, hubungan dengan pangkat, tradisi keluarga dan harta.
Sharifah Alawiyah Alsagof (1985) menyatakan status sosioekonomi membawa
erti yang sama dengan kelas sosial di mana kelas sosial mempunyai ciri-ciri pekerjaan
ketua rumah, pendapatan keluarga dan pendidikan ibu bapa.
Menurut Kementerian Pendidikan , pendapatan ibu bapa pelajar yang kurang dari
RM 500 sebulan digolongkan kepada sosioekonomi rendah, bagi ibu bapa yang
berpendapatan antara RM 500 hingga RM 1500 sebulan digolongkan kepada
sosioekonomi sederhana dan bagi ibu bapa yang berpendapatan lebih RM 1500 sebulan
digolongkan kepada sosioekonomi tinggi.
Dalam kajian ini, status sosioekonomi merujuk kepada pendapatan ibu bapa
yang menjadi salah satu faktor yang mendorong tingkah laku devian iaitu bagi ibu bapa
yang berpendapatan kurang RM 200 dan antara RM 201 hingga RM 800 dianggap
berpendapatan rendah, manakala ibu bapa yang berpendapatan RM 801 hingga RM
1400, RM 1401 hingga RM 1999 dan lebih dari RM 2000 dianggap berpendapatan
tinggi.

34
Di samping itu, dalam kajian ini status sosioekonomi melihat pada tahap
pendidikan ibu bapa yang rendah dan tinggi. Tahap pendidikan ibu bapa yang dianggap
rendah ialah darjah enam dan SRP. Manakala, tahap pendidikan ibu bapa yang dianggap
tinggi ialah SPM, STPM, Diploma, dan Ijazah. Dipercayai pelajar-pelajar yang berasal
dari status ekonomi yang rendah paling ramai terlibat dalam tingkah laku merosakkan
harta benda. Ini mungkin kerana mereka tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada
ibu bapa yang sibuk bekerja.
2.4.3 Keluarga
Menurut takrifan Gerrard dan Graham (1984 ), keluarga secara asasnya terdiri daripada
ibu, bapa dan anak-anak. Keluarga boleh ditakrifkan sebagi satu kelompok sosial yang
tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan
menambah zuriat (Murdock, 1965}.
Ibu bapa perlu berusaha mewujudkan persekitaran yang paling baik dan sesuai
bagi pembelajaran anak-anak. Mereka harus menjadi pemimpin yang bijak dan saling
bertolak ansur dalam keluarga. Oleh itu, ibu bapa seharusnya sedar bahawa pada
merekalah tanggungjawab harus digembeling untuk menjadikan anak-anak berperibadi
tinggi dan berakhlak mulia.
Bagi kajian ini, faktor keluarga merujuk kepada hubungan antara ibu bapa dan
anak-anak. Corak hubungan keluarga yang diperhatikan ialah komunikasi, sikap
mengambil berat, aktiviti yang dilakukan bersama-sama serta perhatian yang diberikan

35
oleh ibu bapa kepada anak-anak. Corak hubungan keluarga ini memberi kesan kepada
emosi, fizikal dan psikologikal anak-anak. Ibu bapa yang mengamalkan hubungan
kekeluargaan yang mesra serta penerimaan yang baik terhadap anak-anak mereka
dipercayai akan melahir dan membentuk anak-anak yan sihat dari segi mental dan
fizikal.
2.4.4 Sekolah
Kementerian Belia dan Sukan mendefinasikan sekolah sebagai institusi pendidikan yang
membekalkan generasi muda dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, keterampilan dan
kecerdasan serta nilai dan interaksi sosial. Sistem persekolahan juga menyediakan
golongan muda dengan pelbagai persediaan untuk menghadapi alam dewasa dan
pekerjaan serta menjadi insan yang berguna dalam masyarakat.
Foster (1984) menyatakan sekurang-kurangnya sekolah mempunyai empat fungsi
iaitu sebagai tempat pendidikan, penilaian, sosialisasi dan perlindungan. Menurut Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri sempena ucapan tahun baru 1995, berpendapat
sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk budaya (Mohd. Tajudin Abdul
Rahman, 1995}. Justeru itu, latihan dan teladan di sekolah hendaklah ditumpukan
kepada pembentukan budaya dan nilai hidup yang mulia.Selain itu, sekolah juga secara
umumnya bertugas melengkapi fungsi keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
Dalam kajian ini faktor sekolah merujuk kepada mata pelajaran yang terlalu
membebankan, guru displin yang terlalu tegas, undang-undang sekolah yang terlalu

36
ketat, pertentangan pendapat antara guru dengan murid mengenai sesuatu keadaan di
sekolah, penyampaian guru yang membosankan, sikap guru terhadap pelajar-pelajar dan
aktiviti kokurikulum yang terlalu padat. Masalah-masalah ini yang dihadapi oleh para
pelajar di sekolah akan menyebabkan mereka kecewa dan tertekan. Pelajar yang kecewa
ini akan bertindak liar dengan menjahanamkan harta benda untuk mengurangkan
tekanan dan kehendak naluri mereka.
Di samping itu, kajian ini memilih sekolah menengah biasa dan hanya memilih
pelajar-pelajar lelaki sahaja. Kedudukan kelima-lima buah sekolah dikaji terletak diluar
bandar. Pengkaji ingin melihat faktor sekolah luar bandar terhadap tingkah laku
vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan lebih berkesan. Ini adalah kerana kajian
sebelum ini telah dilakukan di sekolah-sekolah kawasan bandar.
2.4.5 Rakan Sebaya
Rakan sebaya boleh dimaksudkan dengan sahabat di mana remaja bertindakbalas dan
mendapat hubugan serta kerjasama rapat antara satu sama lain. Rakan sebaya
mempunyai pengaruh yang kuat ke atas perlakuan ramaja.
Cole dan Hale (1970) mendefinasikan rakan sebaya merupakan unit bagi
golongan remaja. Mereka sering berarah kepada persamaan dalam pelbagai bidang,
corak hidup, sekolah dan taraf sosioekonomi. Tekanan rakan sebaya boleh membentuk
sesuatu tingkah laku anak-anak. Menurut Martin (1961), anak-anak tidak dapat lari dari
melalui proses “keakuran kepada rakan sebaya”. Seorang remaja melakukan sesuatu

37
kerana rakan-rakan melakukannya. Dia harus patuh pada rakan sebayanya.Jika tidak, dia
akan tersisih dari mereka.
Neill (1975) menyarankan bahawa rakan sebaya ini berjaya menghidupkan nilai-
nilai bersama di kalangan ahlinya. Rakan sebaya cuba memperkembangkan
kesetiaannya kepada kumpulannya dan menolong ahli merasakan dirinya dipunyai dan
rasa selamat. Melalui rakan sebaya ini para remaja dapat membentuk dan memahami
keperluan -keperluan dalam hidupnya. Remaja menerima pendidikan formal dari rakan
sebaya. Apa yang dilakukan oleh rakan-rakan diikuti dan dijadikan pedoman.
Rakan sebaya dalam kajian ini meliputi rakan-rakan yang dapat selalu
mendampingi para pelajar. Rakan-rakan ini mungkin terdiri dari pelajar-pelajar atau
mereka yang sudah tidak bersekolah lagi. Para pelajar dan rakan sebayanya sentiasa
melakukan aktiviti bersama-sama. Mereka akan berbincang secara terbuka dan membuat
keputusan bersama-sama. Biasanya mereka akan patuh dan mengikut nasihat rakan-
rakannya. Pelajar-pelajar ini merasa gembira berada bersama-sama rakan sebaya setiap
masa. Pengaruh rakan sebaya yang kuat ke atas pelajar-pelajar mungkin akan
meningkatkan lagi kejadian vandalisme di sekolah sekiranya pelajar-pelajar mempunyai
ramai rakan yang cenderung ke arah tingkah laku devian.

38
2.4.6 Konsep Kendiri
Asas pembentukan personaliti dalam menentukan tingkah laku ialah kendiri. Voss
(1969) menyatakan konsep kendiri adalah berpusat kepada pembentukan personaliti
seseorang manusia. Ia meliputi penilaian, sikap dan persepsi seseorang terhadap dirinya.
Landers (1954) membahagikan konsep kendiri kepada tiga komponen iaitu:
pertama, keadaan diri tentang hal-hal atau kebolehan dirinya, kedua, penerimaan diri
iaitu perasaan yang dipunyai dan timbal balik antara diri dengan orang lain, ketiga, nilai
diri iaitu hasil dari penerimaan diri. Jika penerimaan diri adalah dalam bentuk negatif,
maka nilai terhadap diri juga akan berbentuk negatif, begitu juga sebaliknya.
William James (dlm. Mohd.Razuan Musa, 1997) turut mendefinasikan konsep
kendiri kepada tiga kategori utama iaitu; pertama, meliputi tubuh, pakaian, keluarga,
rumah dan segala milik kebendaan; kedua: siapa diri kita pada pandangan ibu bapa,
rakan-rakan, guru-guru dan mereka yang berada di sekitar kita; ketiga : tret personaliti
seperti sikap, nilai, keyakinan, kepercayaan, persepsi, sosial, segala pengalaman diri,
kebolehan, kecekapan dan seumpamanya.
Konsep kendiri dalam kajian ini meliputi apa yang pelajar percaya tentang diri
mereka dan bagaimana mereka menilai setiap ciri-ciri diri sendiri sama ada ciri tersebut
merupakan kelebihan dan kelemahan diri. Pelajar juga turut memberi perhatian pada apa
yang rakan-rakan, ibu bapa dan guru-guru katakan tentang diri mereka. Mereka turut
menilai diri sendiri berdasarkan bagaimana mereka dinilai oleh orang lain. Misalnya,jika
mereka merasa diri mereka disukai oleh keluarga dan rakan-rakan maka mereka akan

39
menilai positif diri mereka. Oleh itu, mereka dikatakan mempunyai konsep kendiri yang
positif. Jika mereka menganggap bahawa diri mereka sebagai tidak dikehendaki, tidak
berguna dan jahat akan berkecenderungan untuk bertingkah laku yang tidak dikehendaki
seperti merosakkan harta benda maka mereka dikatakan mempunyai konsep kendiri
negatif.
2.5 Model kajian
Kajian ini cuba melihat faktor-faktor yang menjadi penggerak ke atas tingkah laku
vandalisme di kalangan pelajar. Oleh itu, berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah
dibincangkan, model kajian dibentuk seperti berikut:
Rajah 2.5
Model Kajian Tentang Penyebab Tingkah
TINGKAH LAKU VANDALISME
KELUARGA
SEKOLAH
RAKAN SEBAYA DIRI SENDIRI
SOSIOEKONOMI a) pendapatan ibu bapa b) pendidikan ibu bapa

40
Rajah 2.5 menunjukkan model kajian ini kapada penyebab-penyebab yang menjadikan
faktor pendorong ke arah tingkah laku vandalisme pelajar. Faktor-faktor yang terlibat
dalam kajian ini ialah faktor sosioekonomi, keluarga, sekolah, rakan sebaya dan konsep
kendiri.
2.6 Hipotesis Kajian
Menurut Cloward dan Chin (1960), vandalisme dengan sosioekonomi adalah berhubung
kait. Hal ini disokong oleh Ivan (1975) dan Abdul Raof Dahaman (1986) yang
menyatakan bahawa semakin rendah status sosioekonomi individu semakin tinggi
perlakuan devian dan sebaliknya, semakin tinggi status sosioekonomi semakin
kurangnya perlakuan devian yang dilakukan. Sharifah Alawiyah Al-Sagof (1985)
menyatakan bahawa status sosioekonomi mempunyai cirri-ciri pekerjaan kerja rumah,
pendapatan keluarga dan pendidikan ibu bapa. Dengan ini hipotesis yang di bina ialah :
1. Terdapat perbezaan tingkah laku vandalisme dengan pendapatan ibu bapa
yang tinggi berbanding pendapatan ibu bapa yang rendah.
2. Terdapat perbezaan tingkah laku vandalisme di antara pelajar yang
mempunyai ibu bapa yang berpendidikan tinggi berbanding pelajar yang
mempunyai ibu bapa yang berpendidikan rendah.
Mengikut Abdul Raof Dahaman (1986), Othman Bin Bakar (1983) dan Heng
Keng Chian (1989) mendapati faktor keluarga mempengaruhi tingkah laku devian
pelajar. Kajian menunjukkan keluarga yang tidak harmoni dan kualiti keibubapaan yang

41
rendah meningkatkan tingkah laku devian. Ini disokong oleh kajian luar negara seperti
kajian Brooks (1981) dan Olson (1985) serta Glamus dan Maggs (1991) menyatakan
pengabaian kasih sayang ibu bapa mendorong kepada berlakunya tingkah laku devian.
Maka hipotesis yang di bina ialah:
3. Terdapat hubungan tingkah laku vandalisme dan faktor keluarga di
kalangan pelajar.
Doughlas (1982), Heng Keng Chian (1989), Abdul Raof Dahaman (1986) dan Majlis
Belia Negeri Kedah (1997) menunjukkan hubungan yang tidak rapat antara guru-guru
dan para pelajar mendorong tingkah laku devian. Selain itu, pembelajaran yang
membosankan dan aktiviti kokurikulum yang terlalu padat menyebabkan pelajar
melakukan vandalisme untuk melepaskan tekanan. Manakala, Dunhill (1964) dan
Boyson (1973) pula mengatakan hubungan guru dengan pelajar yang renggang juga
mendorong pelajar membuat salah laku. Dari itu, hipotesis yang keempat dibina ialah:
4. Terdapat hubungan tingkah laku vandalisme dengan faktor sekolah di
kalangan pelajar sekolah.
Rakan Sebaya banyak mempengaruhi sikap pelajar terhadap tingkah laku
vandalisme. Gold (1970) dan Feldhusen (1978) berpendapat pelajar akan cenderung
untuk melakukan devian apabila disertai oleh rakan-rakan. Menurut Datok Lee Lam
Thye (1997), kebanyakan kes vandalisme dilakukan secara berkumpulan. Maka
hipotesis yang dibina ialah:
5. Terdapat hubungan tingkah laku vandalisme deangan faktor rakan sebaya
di kalangan pelajar.

42
Anidah Bin Ithnin (1991), menyatakan konsep kendiri mempunyai hubungan
yang positif dengan tingkah laku devian. Kajian menunjukkan pelajar nakal mempunyai
konsep kendiri yang negatif, sedangkan pelajar yang tidak nakal mempunyai konsep
kendiri positif. Heng Keng Chian (1989) mendapati pelajar yang mempunyai konsep
kendiri negatif tidak suka sekolah, merasa sunyi, merasa diri tidak popular dan tidak
puas hati dengan keadaan dirinya. Dengan demikian, hipotesis yang terakhir dibentuk
adalah:
6. Terdapat hubungan tingkah laku vandalisme dengan konsep kendiri di
kalangan pelajar.
2.7 Rumusan
Berdasarkan hipotesis-hipotesis yang telah di bentuk pengkaji berharap dapat melihat
pengaruh faktor sosioekonomi, iaitu tingkat pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan
ibu bapa, faktor keluarga, faktor sekolah, faktor rakan sebaya dan faktor konsep kendiri
terhadap tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

43
BAB 3
METOD
3.1 Pendahuluan
Perbincangan dalam bahagian ini akan meliputi kaedah kajian yang dijalankan dengan
tujuan untuk mendapatkan data. Tumpuan diberikan pada aspek rekabentuk kajian,
tempat kajian, subjek kajian, tatacara kajian, kaedah pemarkatan dan kaedah analisis
data.
3.2 Rekabentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang menggunakan soal selidik. Pengkaji
menggunakan satu set soal selidik. Terdapat enam bahagian dalam set soal selidik ini
yang digunakan untuk mengukur tingkah laku vandalisme dan faktor-faktor yang
mendorong tingkah laku vandalisme.
Terdapat 93 item dalam soal selidik ini iaitu 10 item di bahagian A, 23 item di
bahagian B dan 15 item di setiap bahagian C,D,E, dan F. Skala yang digunakan dalam
soal selidik ini ialah skala kategori dan skala Likert. Skala kategori digunakan untuk

44
mendapatkan maklumat peribadi pelajar seperti tingkatan, umur, jantina, pekerjaan ibu
bapa, pendapatan dan pencapaian akademik ibu bapa. Skala Likert pula digunakan untuk
mengukur tingkah laku vandalisme dan faktor-faktor yang mendorong tingkah laku
tersebut. Skala Likert ini mengandungi lima pilihan jawapan yang digunakan untuk
bahagian B, C, D, E dan F dalam soal selidik ini. Dalam bahagian B, skala Likert yang
digunakan ialah tidak pernah (1), jarang (2), kadang-kadang (3), kerapkali (4) dan selalu
(5). Manakala skala Likert dalam bahagian C, D, E dan F ialah sangat tidak benar (STB),
tidak benar (TB), tidak pasti (TP), benar (B) dan sangat benar (SB).
3.3 Tempat kajian
Pengkaji memilih lima buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Pulau Sebang, Sekolah
Datuk Haji Talib Karim, Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, Sekolah
Menengah Seri Pengkalan dan Sekolah Dato Dol Said yang terletak di Daerah Alor
Gajah, Melaka. Sekolah ini dipilih kerana ia menunjukkan perangkaan tingkah laku
vandalisme yang tinggi. Kedudukan sekolah ini di luar bandar, dijangkakan pengkaji
akan dapat melihat penglibatan pelajar di luar bandar dalam tingkah laku vandalisme.
3.4 Subjek Kajian
Pengkaji memilih 120 orang subjek yang terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki dari lima
buah sekolah. Pelajar-pelajar ini berumur antara 16 hingga 18 tahun yang merupakan
pelajar tingkatan empat dan lima sahaja. Taburan subjek kajian adalah seperti dalam
Jadual 3.4.

45
Jadual 3.4
Taburan Pelajar-Pelajar Mengikut Sekolah
Jenis Sekolah Bilangan Pelajar
Sekolah Datuk Haji Talib Karim 23
Sekolah Menengah Seri Pengkalan 22
Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba 24
Sekolah Menengah Pulau Sebang 28
Sekolah Dato Dol Said 23
Jumlah 120
3.5 Alat Kajian
Alat pengukuran yang digunakan untuk mengukur tingkah laku vandalisme dan faktor-
faktor pendorong tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah
ialah alat pengukur yang berupa soal selidik yang diubah suai daripada kajian Halimah
Ab. Rahim (1993). Alat kajian ini mengandungi enam bahagian iaitu A, B, C, D, E, dan
F. Setiap bahagian mempunyai sekumpulan item yang mengukur setiap pembolehubah
kajian.

46
Bahagian A
Bahagian ini mengandungi soal selidik mengenai maklumat diri subjek yang
mengandungi item-item seperti nama sekolah, tingkatan, jantina, tempat tinggal,
pekerjaan ibu bapa, pendapatan ibu bapa dan taraf pendidikan ibu bapa. Ia dapat di lihat
dengan jelas seperti contoh berikut:
Item ke 7 Pendapatan ibu bapa sebulan:
1. Kurang RM 500
2. RM 501 – RM 800
3. RM 801 – RM 1400
4. RM 1401 – RM 1999
5. lebih RM 2000
Item ke 8 Taraf pendidikan ibu bapa
a) Darjah Enam
b) SRP/PMR
c) SPM
d) STPM
e) Diploma/Maktab/Sijil
f) Ijazah

47
Bahagian B
Bahagian ini mengandungi sebanyak 23 item dan merupakan soalan jenis
tertutup. Subjek dikehendaki memilih jawapan yang difikirkan bersesuaian dan
bertepatan dengan tingkah laku mereka. Setiap item mempunyai lima pilihan jawapan
iaitu tidak pernah (1), jarang (2), kadang-kadang (3), kerap kali (4) dan selalu (5).
Contoh-contoh item dalam bahagian B adalah seperti berikut:
2. Menebuk, mengguris atau menulis perkataan pada kerusi.
( Saya 1 2 3 4 5 ) ( Rakan-rakan 1 2 3 4 5 )
8. Merosakkan pam tandas, mangkuk tandas atau peralatan lain dalam
tandas.
( Saya 1 2 3 4 5 ) ( Rakan-rakan 1 2 3 4 5 )
23. Mengoyak atau merosakkan buku pelajar-pelajar lain
( Saya 1 2 3 4 5 ) ( Rakan-rakan 1 2 3 4 5 )
Bahagian C, D, E dan F
Soal selidik dalam bahagian ini mengukur faktor yang menjadi pendorong
tingkah laku vandalisme. Setiap bahagian mengandungi lima belas item dan berbentuk
soalan tertutup. Setiap item mengandungi lima pilihan jawapan iaitu sangat tidak benar
(STB), tidak benar (TB), tidak pasti (TP), benar (B), dan sangat benar (SB). Dalam
bahagian ini item-item disusun secara bercampur iaitu item positif dan item negatif.
Item-item dalam bahagian C adalah untuk mengukur sejauh manakah interaksi dan

48
layanan ibu bapa terhadap anak-anak. Contoh item positif dan item negatif adalah seperti
berikut:
Item Positif: 2. Saya selalu makan bersama ibu bapa dan saudara yang lain.
Item Negatif: 13. Saya tidak pernah mengkritik idea ibu bapa walaupun bertentang
dengan idea saya.
Bahagian D pula mempunyai item-item untuk mengukur faktor sekolah dan
persekitaran sekolah. Contoh item positif dan negatif adalah seperti berikut:
Item positif: 3. Saya berpuas hati dengan keadaan kelas saya
Item negatif: 13. Saya rasa peraturan dan disiplin sekolah saya sangat ketat.
Bahagian E mengandungi item-item yang mengukur faktor rakan sebaya yang
mempengaruhi tingkah laku vandalisme. Contoh item adalah seperti berikut:
Item positif: 10. Saya rasa dapat berbincang dengan terbuka dengan rakan-rakan.
Item negatif: 13. Rakan-rakan pernah mendorong saya melanggar peraturan
sekolah.
Bahagian F mengandungi item-item yang mengukur faktor kendiri yang
mempengaruhi tingkah laku vandalisme. Contoh item adalah seperti berikut:
Item positif: 3. Saya bekerjasama dengan orang lain.

49
Item negatif: 13. Saya suka mengumpat.
3.6 Tatacara Kajian
Pada bulan Mac 2000, pengkaji telah menjalankan kajian ini di Sekolah Datuk Haji
Talib Karim, Sekolah Menengah Pulau Sebang, Sekolah Menengah Seri Pengkalan,
Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba dan Sekolah Dato’ Dol Said. Pengkaji
terlebih dahulu telah memohon kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Melaka dan
Pengetua sekolah-sekolah tersebut.
Pengkaji telah pergi sendiri ke sekolah-sekolah tersebut. Dalam pertemuan
pertama, selain daripada memberi penerangan yang terperinci kepada sekolah yang
terlibat mengenai tujuan yang akan dijalankan, pemilihan subjek juga telah dibuat dan
menetapkan tarikh yang sesuai untuk mentadbir soal selidik.
Pengkaji telah merujuk kepada rekod disiplin sekolah. Didalam proses
tersebut juga, pengkaji turut mendapat bantuan daripada Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, guru-guru disiplin dan guru kaunseling untuk memilih subjek yang lebih
tepat dan pernah melakukan tingkah laku vandalisme. Pemilihan subjek adalah seperti
dalam jadual 2.1.
Oleh kerana terdapat lima buah sekolah dan 93 item, maka pengkaji
mengambil masa selama lima hari untuk mentadbir soal selidik iaitu satu hari untuk

50
setiap sekolah. Lokasi kelima-lima buah sekolah tersebut yang terletak berhampiran
tempat tinggal pengkaji memudahkan proses soal selidik dijalankan.
Dalam penemuan awal dengan subjek, pengkaji telah memperkenalkan diri
kepada subjek untuk mewujudkan hubungan mesra dengan pengkaji. Subjek telah diberi
penerangan terperinci tentang cara-cara menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam
borang soal selidik tersebut. Subjek mengambil masa antara 30 hingga 40 minit untuk
menjawab soal selidik ini. Subjek juga telah diminta memberikan kerjasama supaya
menjawab soal selidik ini dengan ikhlas dan jujur. Di samping itu pengkaji telah
memberi jaminan bahawa segala maklumat yang diberikan oleh subjek adalah
dirahsiakan.
Pengkaji telah memungut sendiri borang soal selidik ini sebaik sahaja subjek
selesai menjawabnya. Pengkaji mengucapkan ribuan terima kasih kepada subjek, guru
disiplin, guru kaunseling, Guru Penolong Kanan HEM dan Pengetua sekolah-sekolah
tersebut.
3.7 Kaedah Pemarkatan
Untuk mengukur dan menilai tingkah laku vandalisme dan faktor-faktor yang
mempengaruhi tingkah laku vandalisme, pengkaji telah menggunakan skala Likert yang
mengandungi lima pilihan jawapan. Skala pemeringkatan Likert yang digunakan untuk
menilai tingkah laku vandalisme ditunjukkan dalam Jadual 3.7.1

51
Jadual 3.7.1
Markat Alat Ukuran Tingkah Laku Vandalisme
Jawapan Skor
1. Tidak Pernah 1
2. Jarang 2
3. Kadang-kadang 3
4. Kerap kali 4
5. Selalu 5
Oleh kerana tidak terdapat item-item yang negatif bagi skala tingkah laku
vandalisme ini, maka skor adalah sehala sahaja.
Skala pemeringkatan bagi menilai tahap pendidikan ibu bapa terhadap tingkah
laku vandalisme ditunjukan dalam Jadual 3.7.2

52
Jadual 3.7.2
Pemarkatan Tahap Pendidikan Ibu bapa Terhadap Tingkah Laku Vandalisme
Tahap Pendidikan Markat
1. Darjah 6 0
2. SRP 1
3. SPM 2
4. STPM 3
5. Diploma/Sijil 4
6. Ijazah 5
Ibu bapa yang mempunyai pendidikan darjah 6 dan SRP di masukkan dalam
kategori rendah, manakala ibu bapa yang mempunyai pendidikan SPM, STPM, Diploma
dan Ijazah dikumpulkan dalam kategori tinggi.
Skala pemeringkatan bagi menilai pendapatan ibu bapa terhadap tingkah laku
vandalisme ditunjukkan dalam Jadual 3.7.3.

53
Jadual 3.7.3
Pemarkatan Tingkat Pendapatan Ibu Bapa TErhadap Tingkah Laku Vandalisme
Tingkat Pendapatan Markat
1. Kurang dari RM 200 0
2. RM 201 – RM 800 1
3. RM 801 – RM 1400 2
4. RM 1401 – RM 1999 3
5. lebih dari RM 2000 4
Ibu bapa yang mempunyai pendapatan antara kurang RM 200 hingga RM 800 di
kategorikan sebagai berpendapatan rendah. Manakala ibu bapa yang mempunyai
pendapatan dari RM 801 hingga melebihi RM 2000 di kategorikan sebagai
berpendapatan tinggi.

54
Skala pemeringkatan bagi alat ukuran untuk menilai faktor-faktor yang terlibat
dalam tingkah laku vandalisme pula dapat dirujuk pada Jadual 2.5.
Jadual 3.7.5
Market Alat Ukuran Faktor Pendorong Tingkah Laku Vandalisme
Jawapan Markat Positif Markat Negatif
Sangat Tidak Benar 1 5
Tidak Benar 2 4
Tidak Pasti 3 3
Benar 4 2
Sangat Benar 5 1
3.8 Analisis Data
Data-data yang diperolehi dari soal selidik dari kelima-lima buah sekolah ini dianalisis
dengan menggunakan kaedah Statiscal Package For The Social Science – Extra (SPSS-
X). Pengkaji telah menjalankan ujian – t (t-test) dan ujian kolerasi (Correlation
Coefficients).

55
3.9 Kebolehpercayaan Alat Kajian
Pekali alpha telah digunakan bagi menguji realibiliti alat kajian ini. Metod ini
berdasarkan kepada ketekalan respon dan semua item dalam alat ujian ini. Nilai
kebolehpercayaan soal selidik ini diuji mengikut aspek-aspek keluarga, sekolah, rakan
sebaya dan konsep kendiri terhadap tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar sekolah
menengah.
Hasil daripada analisis yang dijalankan, didapati realibiliti mengikut gagasan
adalah baik seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.9.1
Jadual 3.9.1
Analisis Realibiliti Faktor-Faktor Salah Laku Vandalisme
Faktor Salah Laku Vandalisme Alpha
Keluarga 0.94
Sekolah 0.77
Rakan Sebaya 0.84
Kendiri 0.77

56
Kebolehpercayaan bagi semua item ini adalah baik iaitu 0.83. Menurut
Kerlinger (1973) alat ukuran yang mempunyai kebolehpercayaan 0.8 adalah baik. Oleh
itu soal selidik yang telah ditadbir ini mempunyai kebolehpercayaan yang baik.

57
BAB 4
ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Hasil keputusan yang diperolehi daripada kajian yang dilakukan akan dikemukakan
dalam bab ini. Ujian–t dan analisa korelasi telah digunakan untuk menganalisis
hipotesis-hipotesis tersebut.
4.2 Keputusan Kajian
Keputusan kajian akan dikemukakan berdasarkan hipotesis-hipotesis yang telah
dibentuk. Keputusan kajian secara diskriptif adalah seperti berikut;

58
Carta 4.1
Tingkah Laku Vandalisme Mengikut Bangsa
Cina21%
India5%
Melayu74%
Carta pai di atas menunjukkan hubungan tingkah laku vandalisme mengikut bangsa.
Seramai 89 orang (74.2%) terdiri dari bangsa Melayu, 25 orang (20.8%) Cina dan India
seramai 6 orang (5.0%). Pelajar Melayu merupakan golongan yang paling banyak
terlibat dengan tingkah laku vandalisme diikuti dengan pelajar Cina dan pelajar India.
Carta 4.2
Tingkah Laku Vandalisme Mengikut Pendapatan Ibu Bapa
2.5%
55.8%
27.5%
10.8%3.3%
0
10
20
30
40
50
60
RM400 RM400-RM1600
RM1601-RM2400
RM2401-RM4000
>RM4000
Pendapatan ibu Bapa
%

59
Carta palang di sebelah menunjukkan hubungan tingkah laku vandalisme
mengikut pendapatan keluarga. Seramai 3 orang (2.5%) mempunyai pendapatan kurang
RM 400, 67 orang (55.8%) berpendapatan antara RM 401 - RM 1600, 33 orang (27.5%)
berpendapatan antara RM 1601 - RM 2400, 13 orang (10.8%) berpendapatan antara RM
2401 – RM 4000 dan seramai 4 orang (3.3%) mempunyai pendapatan melebihi RM
4000 sebulan.
Daripada kajian ini didapati bahawa pelajar yang mempunyai ibu bapa
berpendapatan rendah lebih banyak terlibat dengan tingkah laku vandalisme berbanding
dengan pelajar yang ibu bapanya berpendidikan tinggi.
Carta 4.3
Tingkah Laku Vandalisme Mengikut Tahap Pendidikan Ibu Bapa
0
5
10
15
20
25
30
Darjah 6 SRP SPM STPM Diploma Ijazah
Tingkah Laku Vandalisme
%

60
Carta Palang di sebelah menunjukkan hubungan tingkah laku vandalisme dengan
taraf pendidikan ibu bapa. Seramai 32 orang (26.7%) mempunyai pendidikan darjah 6,
36 orang (30.0%) SRP, 33 orang (27.5%) SPM, 6 orang (5.0%) Diploma dan seramai 10
orang (8.3%) mempunyai pendidikan ijazah. Ini menggambarkan bahawa pelajar-pelajar
yang ibu bapanya memiliki taraf pendidikan rendah iaitu darjah 6, SRP dan SPM lebih
banyak terlibat dengan tingkah laku vandalisme berbanding dengan pelajar yang ibu
bapanya mempunyai pendidikan tinggi.
Carta 4.4
Tingkah Laku Vandalisme Mengikut Pencapaian Akademi Pelajar
27%
19%
54%
LemahBaikSederhana
Carta pai di atas menunjukkan bahawa seramai 23 orang pelajar (19.2%) terdiri
dari pelajar mempunyai pencapaian akademik yang baik, 65 orang (54.2%) terdiri dari
pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dan 32 orang (26.7%)
pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lemah. Ini menunjukkan
pencapaian akademik yang sederhana lebih banyak melakukan vandalisme berbanding
pelajar yang mempunyai prestasi akademik yang baik dan lemah.

61
4.2.1 Hipotesis I
Terdapat perbezaan tingkah laku vandalisme dengan sosioekonomi keluarga di
kalangan pelajar.
Subhipotesis kajian yang dikaji oleh pengkaji 4.2.1. Terdapat perbezaan tingkah laku
vandalisme di antara pendapatan ibu bapa yang tinggi berbanding pendapatan ibu bapa
yang rendah di kalangan pelajar. Ujian t telah digunakan dan keputusannya seperti
Jadual 4.1.
Jadual 4.1
Ujian t Ke Atas Tingkah Laku Vandalisme dan Pendapatan Ibu Bapa
Kumpulan n x SP t Pendapatan Rendah 70 72.19 22.4 1.42 Pendapatan Tinggi 50 67.38 14.61
n = 120 k > 0.05
Daripada jadual 4.1 didapati bahawa tidak terdapat perbezaan tingkah laku
vandalisme di antara pendapatan ibu bapa yang tinggi berbanding pendapatan ibu bapa
yang rendah di kalangan pelajar. Nilai t = 1.42, k > 0.05. Nilai min ialah 72.19.

62
Bagi hipotesis seterusnya “1.2. Terdapat perbezaan tingkah laku vandalisme di
antara pendidikan ibu bapa yang tinggi berbanding pendidikan ibu bapa yang
berpendidikan rendah di kalangan pelajar. Ujian t telah digunakan dan keputusannya
adalah seperti Jadual 4.2.
Jadual 4.2
Ujian t Ke Atas Tingkah Laku Vandalisme Dengan Pendidikan Ibu Bapa
Kumpulan n x SP t Pendidikan Tinggi 46 75.12 23.77 2.01 Pendidikan Rendah 74 67.12 15.98
n = 120 k < 0.05 Daripada Jadual 4.2 didapati terdapat perbezaan tingkah laku vandalisme di antara
pendidikan ibu bapa yang tinggi berbanding pendidikan ibubapa yang rendah di
kalangan pelajar. Nilai t = 2.01 , k < 0.05. Nilai min ialah 75.12.
Secara keseluruhannya didapati pelajar yang berpendidikan rendah
memperlihatkan tingkah laku vandalisme yang lebih tinggi (67.12) berbanding dengan
pelajar yang mempunyai ibu bapa yang berpendidikan tinggi (75.12).

63
4.2.2 Hipotesis 2
Terdapat hubungan tingkah laku vandalisme dengan faktor keluarga di kalangan
pelajar.
Hipotesis ini telah diuji dengan ujian korelasi. Keputusan yang diperolehi
menunjukkan terdapat hubungan yang negatif dan signifikan di antara tingkah laku
vandalisme dengan faktor keluarga di kalangan pelajar. Nilai korelasi yang diperolehi
adalah r = -0.13 (k > 0.05). Justeru itu, hipotesis yang dibina adalah ditolak. Ini
bermakna tingkah laku vandalisme tidak dipengaruhi oleh faktor keluarga di kalangan
pelajar sekolah. Ini dapat dilihat dalam Jadual 4.3.
Jadual 4.3
Keputusan Ujian Korelasi Di antara
Tingkah Laku Vandalisme Dengan Faktor YangMempengaruhinya
Pembolehubah Tingkah Laku Vandalisme (nilai r)
Faktor Keluarga
Faktor Sekolah
Faktor Rakan Sebaya
Faktor Konsep Kendiri
-0.13
-0.15
0.15
-0.08

64
4.2.3 Hipotesis 3
Terdapat hubungan tingkah laku vandalisme dengan faktor sekolah di kalangan
pelajar.
Hipotesis ini telah diuji dengan menggunakan ujian korelasi. Keputusan menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang negatif antara faktor sekolah dengan tingkah laku
vandalisme di kalangan pelajar. Dalam Jadual 3.3 didapati pekali korelasi yang
diperolehi adalah r = -0.15 (k> 0.05). Hipotesis ini ditolak. Ini menunjukkan bahawa
tingkah laku vandalisme tidak di pengaruhi oleh faktor sekolah di kalangan pelajar.
4.2.5 Hipotesis 4
Terdapat hubungan tingkah laku vandalisme dengan faktor rakan sebaya di
kalangan pelajar.
Analisa korelasi telah digunakan bagi menguji hipotesis di atas. Keputusan ujian
menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor rakan
sebaya dengan tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar. Jadual 3.3 menunjukkan
pekali korelasi adalah r – 0.15 (k>0.05). Hipotesis ini ditolak. Ini bermakna tingkah laku
vandalisme tidak dipengaruhi oleh faktor rakan sebaya di kalangan pelajar.

65
4.2.6 Hipotesis 5
Terdapat hubungan tingkah laku vandalisme dengan faktor konsep kendiri di
kalangan pelajar.
Hipotesis ini telah diuji dengan menggunakan ujian korelasi. Keputusan
menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku
vandalisme dengan faktor konsep kendiri di kalangan pelajar. Jadual 3.3
memperlihatkan nilai pekali korelasi adalah r = -0.08 (k> 0.05) dan tidak signifikan pada
aras keyakinan 0.05. Justeru itu, hipotesis ini adalah ditolak. Dengan kata lain, konsep
kendiri dan tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar adalah tidak berhubung antara
satu sama lain.
4.3 Rumusan
Keputusan yang diperolehi daripada ujian t bagi menguji faktor sosioekonomi telah
menolak satu subhipotesis dan menerima subhipotesis yang satu lagi. Subhipotesis yang
pertama terpaksa ditolak kerana tidak menunjukkan hubungan tingkah laku vandalisme
dengan pendapatan ibu bapa yang tinggi berbanding pendapatan ibu bapa yang rendah di
kalangan pelajar. Manakala subhipotesis kedua diterima kerana terdapat hubungan
tingkah laku vandalisme di antara pendidikan ibu bapa yang tinggi berbanding
pendidikan ibu bapa yang rendah di kalangan pelajar.

66
Keputusan yang diperolehi dengan menggunakan ujian korelasi menunjukkan
bahawa daripada empat hipotesis yang dibina, keempat-empat hipotesis ditolak kerana
tidak signifikan pada aras keyakinan 0.05. Ini bermakna faktor keluarga, faktor sekolah,
faktor rakan sebaya dan faktor konsep kendiri tidak mempengaruhi tingkah laku
vandalisme di kalangan pelajar sekolah.

67
BAB 5
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
Dalam bab ini pengkaji akan membuat perbincangan tentang keputusan-keputusan yang
diperolehi daripada kajian yang telah dilakukan. Perbincangan dilakukan berdasarkan
hipotesis-hipotesis yang telah dibina.
5.2 Pengaruh Faktor Status Sosiekonomi Keluarga Terhadap Tingkah Laku
Vandalisme
Faktor sosioekonomi ini dilihat oleh pengkaji dari dua aspek. Dua subhipotesis telah
dibentuk, iaitu pertama, “terdapat perbezaan tingkah laku vandalisme di antara
pendapatan ibu bapa yang tinggi berbanding pendapatan ibu bapa yang rendah di
kalangan pelajar”. Dapatan kajian menunjukkan hipotesis ini ditolak. Oleh yang
demikian, tingkah laku vandalisme tidak dipengaruhi oleh pendapatan ibu bapa yang
berbeza di kalangan pelajar.

68
Keputusan ini adalah selari dengan kajian oleh Howard (1978), Lander (1954)
dan Zuraida Garif (1990) yang mendapati tingkat pendapatan ibu bapa tidak
mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar. Gold (1970) pula
memutuskan bahawa tingkat pendapatan ibu bapa yang tinggi atau rendah bukanlah
peramal utama remaja.
Penekanan agama, kasih sayang dan dorongan mendatangkan ketenteraman dan
kebahagiaan di jiwa pelajar-pelajar adalah penting. Pelajar-pelajar akan merasa bahagia
berada di samping keluarga yang harmoni. Situasi ini akan menyebabkan mereka sendiri
menghindari perbuatan yang tidak memberi faedah . Dengan cara demikian, tingkah laku
pelajar-pelajar boleh di kawal dan faktor sosioekonomi yang rendah bukanlah penyebab
kepada tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar.
Oleh yang demikian, ibu bapa dari tingkat pendapatan yang tinggi dan rendah
perlu menyedari bahawa anak-anak mereka berpotensi untuk terlibat dalam tingkah laku
vandalisme. Ibu bapa dari semua lapisan masyarakat seharusnya sedar dan bertindak
menghalang anak-anak mereka daripada menghampiri gejala sosial yang tidak sihat ini.
Subhipotesis yang kedua, terdapat perbezaan tingkah laku vandalisme di antara
pendidikan ibu bapa yang tinggi berbanding dengan pendidikan ibu bapa yang rendah di
kalangan pelajar. Keputusan menunjukkan hipotesis ini diterima. Dapatlah dikatakan
bahawa pelajar yang mempunyai ibu bapa berpendidikan tinggi kurang melakukan
vandalisme berbanding pelajar yang mempunyai ibu bapa berpendidikan rendah lebih
banyak terlibat dalam tingkah laku vandalisme.

69
Dapatan ini adalah selari dengan kajian Muhamed Anuar bin Yusof (1988) iaitu
pelajar-pelajar dari ibu bapa berpendidikan rendah lebih cenderung terlibat dalam salah
laku. Ini disebabkan tiada sokongan moral dan kurang pengawasan dari ibu bapa
memberi kesan negatif terhadap diri anak-anak. Apabila ibu bapa tidak mengambil berat
atau pun tidak mempedulikan mereka, maka anak-anak akan berasa kesunyian dan
kekosongan. Oleh itu mereka akan bertindak merosakkan harta benda untuk melepaskan
tekanan tersebut, walaupun perbuatan itu dilakukan secara tidak sengaja.
5.3 Faktor Keluarga Dengan Tingkah Laku Vandalisme Di Kalangan Pelajar
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan tingkah laku vandalisme
dengan faktor keluarga. Keputusan kajian ini bertentangan dengan kajian yang dilakukan
oleh pengkaji seperti Abdul Rahman Raof Dahaman (1997), Heng Keng Chian (1989),
Pusat Pendidikan dan Perunding Universiti Utara Malaysia (1997) yang menyatakan
faktor ibu bapa memainkan peranan dalam mendorong tingkah laku vandalisme di
kalangan pelajar.
Suasana rumah memainkan peranan dalam menentukan kegembiraan, kestabilan
dan keselamatan kanak-kanak, bagaimana anak-anak dapat berinteraksi dengan orang
dewasa, rakan sebaya dan kanak-kanak lain. Keyakinan kanak-kanak terhadap diri dan
kebolehannya.Kepentingan doa ibu bapa dalam melahirkan anak yang cemerlang adalah
satu usaha yang tidak dapat dinafikan. Saksikan betapa Nabi Ibrahim, Nabi Zakaria dan
Ibu Maryam mendoakan untuk anak-anak yang diredhai Allah. Oleh yang demikian

70
suasana keluarga yang harmonis, tenteram dan bertaqwa akan dapat menghindarkan diri
pelajar-pelajar dari tingkah laku vandalisme.
Dr. Rosnani Hashim (Al-Islam Jun 2000), menyatakan bahawa akhlak anak-anak
banyak dipengaruhi oleh ibu bapa atau pengasuhnya. Ibu bapa adalah model bagi anak-
anak. Akhlak yang baik seperti sabar, pemurah, bercakap benar, jujur, menghormati dan
tidak menggangu harta dan ketenteraman orang lain harus disebatikan dengan jiwa
kanak-kanak sehingga menjadi satu tabiat. Untuk membina anak-anak yang berdisplin,
kita perlu mula-mula sekali membuat kanak-kanak rasa disayangi, sama ada melalui
hubungan mata, hubungan fizikal atau menumpukan perhatian.
Corak layanan dan komunikasi ibu bapa dan organisasi keluarga juga
mempengaruhi tingkah laku vandalisme. Bagi ibu bapa yang demokratik, mereka lebih
mementingkan kasih sayang dan kebebasan terkawal akan melahirkan anak-anak yang
aktif, gembira, berani mengemukakan pendapat, suka tampil ke depan, mahir dalam
interaksi sosial, mempunyai keyakinan diri dan bertanggungjawab. Sebaliknya setiap ibu
bapa yang tidak demokratik akan menyebabkan anak-anak menjadi pasif, kurang mesra
dan kurang bertanggungjawab dan akan membuka ruang kepada anak-anak terlibat
terlibat dalam perbuatan vandalisme.
Keluarga merupakan asas dan mempunyai peranan dalam mempengaruhi tingkah
laku kepada remaja. Keluarga merupakan institusi yang mula-mula sekali bertindakbalas
dengan kaum remaja. Mengikut pendapat Wattenberg (1973), kesan dari pengaruh
keluarga ini telah berjaya mempengaruhi tingkah laku remaja. Pengaruh keluarga

71
berlaku sejak lahir lagi dan diteruskan sehingga individu itu berdikari. Oleh itu, ibu bapa
dan ahli keluarga bertanggungjawab mendidik dan membimbing anak-anak dengan
didikan agama yang kukuh dan akhlak yang mulia agar tidak bertingkah laku devian.
5.4 Faktor Sekolah Dengan Tingkah Laku Vandalisme Di Kalangan Pelajar
Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat hubungan tingkah laku vandalisme dengan
faktor sekolah di kalangan pelajar. Dapatan ini bertentangan dengan kajian lepas oleh
(Gragey 1970, Maslow & Roger 1962 serta Boyson 1973). Mereka berpendapat bahawa
persekitaran yang ketat kawalannya di sekolah akan menimbulkan keadaan salah laku di
kalangan pelajar.
Persekitaran sekolah yang baik dapat menentukan hubungan antara guru dan
pelajar adalah baik dan harmoni. Kawalan sekolah yang lemah terhadap tindakan guru-
guru menyebabkan amalan terlalu tegas dan rigid akan berlaku. Akibatnya hubungan
sosial antara guru dan pelajar menjadi longgar kerana guru tidak berjaya mengawal
setiap pelajar. Ini akan menimbulkan kekecewaan di mana masalah-masalah peribadi
pelajar terpaksa diselesaikan sendiri. Lober (1966) menunjukkan bahawa pelajar yang
kecewa akan bertindak liar dengan merosakkan harta benda sekolah sebagai melepaskan
geram, tekanan dan kehendak naluri mereka.
Usaha membenteras gejala ini adalah selaras dengan konsep perkhidmatan
penyayang dalam perkhidmatan pendidikan di negeri ini. Pelajar sebagai pelanggan
utama Kementerian Pendidikan yang merupakan golongan sasaran untuk memupuk nilai

72
etika yang murni yang sedang digembeling sekarang. Sebagai tapak asas pembinaan
insan, sudah sewajarnya perkara-perkara yang boleh mendatangkan kesan negatif sama
ada dalam jangka pendek atau jangka panjang, dielakkan daripada berlaku di kawasan
atau persekitarannya.
Menurut (Mahadi Hj. Osman, Syed Nurul Alda Syed Abdullah dan Saadiah
Hassan, 1995) berpendapat bahawa usaha membanteras salah laku pelajar merupakan
salah satu agenda bertindak yang disusun dalam Program-program Wawasan Pendidikan
yang dilancarkan pada April 1993. Sepuluh perkara telah digariskan sebagai strategi
pengisian Wawasan Pendidikan Negara, iaitu perpaduan, gaya pengurusan, kepimpinan,
perkhidmatan penyayang, pengupayaan, sistem pengesanan, budaya ilmu, sekolah
penyayang dan budaya kecemerlangan. Pemahaman aspek ini dibuat untuk mewujudkan
persekitaran dan iklim sekolah yang baik. Oleh itu pelajar-pelajar tidak akan terlibat
dengan tingkah laku vandalisme dan tidak terlibat dengan gejala sosial yang lain.
5.5 Faktor Rakan Sebaya Dengan Tingkah Laku Vandalisme Di Kalangan
Pelajar
Hipotesis keempat mengandaikan bahawa terdapat hubungan tingkah laku
vandalisme faktor rakan sebaya di kalangan pelajar. Sebaliknya hasil kajian mendapati
bahawa tidak terdapat hubungan di antara faktor rakan sebaya dengan tingkah laku
vandalisme. Keputusan ini adalah bertepatan dengan pendapat Wattenberg (1973) yang
menyatakan kesan dari pengaruh keluarga telah berjaya mempengaruhi tingkah laku
remaja. Ibu bapa yang mendidik anak-anak yang nakal, degil serta suka merosakkan

73
harta benda dan bukannya disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya yang mendorong
perlakuan vandalisme di kalangan pelajar.
Terdapat faktor lain seperti penagruh media turut mempengaruhi tingkah laku
remaja melalui filem-filem ganas dan filem-filem yang banyak memaparkan tingkah
laku negatif remaja. Filem-filem bercorak ganas akan menimbulkan kesan psikologi
serta fizikal kepada orang yang menonton. Kebiadapan dan tingkah laku devian juga
disebabkan oleh media elektronik. Kebanyakkan filem yang ditayangkan memaparkan
kisah remaja yang berkelakuan biadap terhadap orang tua dan tingkah laku yang
merosakkan harta benda orang lain. RTM kini terpaksa mengimport rancangan-
rancangannya untuk bersaing dengan TV3, NTV7, dan ASTRO. Akibatnya rancangan-
rancangan tersebut banyak memaparkan adegan-adegan ganas, lucah dan nilai-nilai barat
yang bertentangan dengan kebudayaan dan adat masyarakat tempatan. Ia mempengaruhi
golongan remaja terutamanya pelajar sekolah untuk melanggar tatasusila dan kesopanan
masyarakat timur yang membawa kepada tingkah laku vandalisme.
Hal ini adalah selaras dengan pendapat Levine, Edward dan Kozek (1979) yang
mengatakan bahawa satu kajian program televisyen di Amerika Syarikat telah
menunjukkan bahawa “menonton keganasan boleh mendorong ke arah perilaku ganas”.
Ini akan membawa kepada remaja bertinglah laku merosakkan harta benda. Oleh itu
dapatlah dirumuskan disini bahawa terdapatnya pengaruh lain iaitu media yang
menggalakkan tingkah laku vandalisme para pelajar dan bukannya disebabkan oleh
pengaruh rakan sebaya yang mendorong tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar.

74
5.6 Faktor Konsep Kendiri Dengan Tingkah Laku Vandalisme Di Kalangan
Pelajar
Hipotesis yang terakhir ini mengandaikan bahawa terdapat hubungan di antara factor
konsep kendiri dengan tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar sekolah. Keputusan
kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara faktor konsep kendiri dengan
tingkah laku vandalisme pelajar sekolah. Dapatan ini adalah bertentangan dengan kajian
yang diperolehi oleh Wells (1964), Yarow (1963), Duke (1980), Cardinelli (1969) dan
Lorbar (1966) yang menyatakan bahawa pelajar yang terlibat dalam tingkah laku
vandalisme adalah pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif.
Keputusan ini juga bertentangan dengan kajian oleh Palmore dan Hammond
(1964) yang menyatakan bahawa individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif
iaitu mempunyai harga diri yang tinggi dan mempunyai pandangan hidup yang jelas
adalah tidak terlibat dalam tingkah laku vandalisme. Ini mungkin disebabkan walaupun
mereka ini mempunyai konsep kendiri yang positif tetapi penerapan nilai-nilai murni
adalah kurang dalam diri mereka seperti jujur, ikhlas dan bertanggung jawab, sebaliknya
mereka mementingkan pencapaian sesuatu matlamat iaitu berorientasi lakukan apa jua
cara asalkan mencapai kejayaan. Misalnya pelajar-pelajar yang mempunyai konsep
kendiri yang positif sanggup mengoyakkan buku rujukan di perpustakaan asalkan
mereka mendapat bahan yang cukup untuk melakukan tugasan dengan baik. Mereka ini
mempunyai sikap mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan kebajikan pelajar-
pelajar lain walaupun mereka mempunyai konsep kendiri yang positif. Oleh itu konsep

75
kendiri bukan merupakan salah satu faktor menentukan tingkah laku vandalisme di
kalangan pelajar.
Menurut Profesor Madya Dr. Mohammad Shahanon, Pakar Runding Psikiatri
Forensik, Universiti Kebangsaan Malaysia (Dewan Siswa , Mac 1998), remaja yang
dilanda kecewa , tidak berjaya mengawal emosi, ingin membalas dendam dan gangguan
jiwa adalah punca antara terjadinya vandalisme. Oleh itu pihak berwajib harus
memahami perasaan remaja dan tidak menghukum pesalah vandalisme tetapi menyelidik
terlebih dahulu. Ini akan dapat membantu remaja ke arah pembinaan sikap yang baik
dan menghindarkan diri dari melakukan tingkah laku vandalisme.
Perlaku vandalisme yang mempunyai konsep kendiri positif merasakan
perbuatan vandalisme bukanlah satu jenayah. Mereka menganggap perbuatan
merosakkan harta benda di sekolah adalah kesalahan kecil dan tidak merbahaya
sebagaimana jenayah mencuri, merompak dan merogol. Perbuatan merosakkan harta
benda sekolah dilakukan tanpa rasa bersalah langsung. Tygart (1998) menyatakan
bahawa pelaku vandalisme berpandangan positif terhadap dirinya seperti juga pelajar-
pelajar lain. Secara umumnya pelajar-pelajar yang melakukan vandalisme walaupun
terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai konsep kendiri yang negatif malah turut
melibatkan mereka yang mempunyai konsep kendiri yang positif. Pelajar-pelajar yang
mempunyai konsep kendiri yang positif juga terlibat dalam tingkah laku vandalisme
kerana tujuan untuk mencari keseronokan dan mencuba sesuatu yang mencabar. Mereka
mendapati perbuatan merosakkan harta benda itu telah mendatangkan kepuasan kepada
mereka.Pengalaman baru ini membuat mereka bertambah suka untuk merosakkan harta

76
benda tanpa apa-apa sebab. Apatah lagi sekiranya perbuatan yang dilakukan secara
bersembunyi ini tidak dapat dikesan oleh pihak sekolah. Menurut Gibbons (1986)
tingkah laku merosak harta benda sekolah ini dilakukan secara bersembunyi-sembunyi
dengan tujuan untuk suka-suka biasanya dilakukan pada waktu malam atau pada hujung
minggu atau pada musim cuti penggal persekolahan iaitu ketika persekitaran sekolah
sunyi dan lengang.
Dalam masyarakat Malaysia, budaya merosakkan harta benda adalah suatu
norma seperti menconteng papan tanda jalan, merosakkan telefon awam, merosakkan
tandas awam, menconteng dinding, mencuri, membakar bangunan sekolah atau awam,
memetik bunga, memancitkan tayar kenderaan dan lain-lain lagi perbuatan yang tidak
bermoral. Budaya masyarakat luar ini telah dibawa masuk ke dalam sekolah oleh para
pelajar. Masyarakat di luar dan dalam sekolah melihat masalah vandalisme adalah
perkara biasa dan sudah sebati dengan budaya masyarakat Malaysia. Orang yang
melakukan kerosakan harta benda ini datang dari segenap jenis manusia tidak kira yang
mempunyai konsep kendiri yang negatif mahupun positif. Dengan ini dapatlah
dirumuskan bahawa konsep kendiri tidak boleh menjadi kayu pengukur terhadap tingkah
laku vandalisme di kalangan pelajar.
Dari perbincangan dalam bab lima ini, dapatlah dirumuskan bahawa faktor-
faktor yang mempengaruhi vandalisme di kalangan pelajar sekolah adalah faktor
sosioekonomi iaitu taraf pendidikan ibu bapa. Manakala faktor sosioekonomi tingkat
pendapatan ibu bapa, faktor keluarga, faktor sekolah, faktor kendiri dan faktor rakan
sebaya didapati tidak mempengaruhi golongan pelajar melakukan vandalisme.

77
Faktor tingkat pendapatan ibu bapa didapati tidak mempengaruhi tingkah laku
vandalisme di kalangan pelajar mungkin disebabkan golongan kaya dan miskin masing-
masing mementingkan material sehinggakan terlupa menunaikan peranan mereka iaitu
memberi perhatian dan kasih sayang yang mencukupi kepada anak-anak. Bagi taraf
pendidikan pula, golongan ibu bapa berpendidikan tinggi lebih bijak mendidik dan
meluangkan masa bersama anak-anak berbanding dengan ibu bapa yang berpendidikan
rendah yang tidak memberi perhatian kepada anak-anak mereka. Hasil dari kajian ini
juga didapati faktor keluarga, faktor sekolah, faktor rakan sebaya dan faktor konsep
kendiri tidak mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar. Dengan ini
dapat dirumuskan bahawa ibu bapa dan guru-guru adalah orang yang paling
bertanggungjawab dalam mendidik pelajar-pelajar dengan sempurna agar dapat
menghindarkan mereka dari gejala-gejala yang tidak sihat ini.
Walau bagaimanapun tidak keterlaluan jika dikatakan di sini bahawa terdapat
penyebab lain yang mendorong pelajar-pelajar melakukan vandalisme. Antaranya ialah
pengaruh persekitaran atau budaya, pengaruh media cetak dan elektronik, pengaruh
teknologi maklumat (penyalahgunaannya), pengaruh rakan-rakan di luar sekolah dan
perasaan ingin tahu. Di samping itu, pengaruh lain juga turut menyumbangkan kepada
remaja menjadi lebih agresif dalam melakukan kegemaran negatif mereka. Antaranya
ialah pengaruh artis-artis hiburan yang menjadi idola mereka sama ada tempatan
mahupun luar negara, kebendaan duniawi, ajaran sesat, perlumbaan mengejar siapa
hebat, ketidakstabilan politik dan ekonomi serta sistem pendidikan yang lemah. Faktor-

78
faktor ini turut menyumbang serta lebih mempengaruhi pelajar-pelajar ke arah
merosakkan harta benda.
5.7 Rumusan Keputusan Kajian
Dari keputusan kajian, didapati lima faktor yang diandaikan oleh pengkaji tidak
mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar manakala satu lagi faktor
yang diandaikan oleh pengkaji mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan
palajar.
Dalam kajian ini lima pemboleh ubah telah dipilih oleh pengkaji iaitu faktor
sosioekonomi yang dilihat dari aspek tingkat pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan
ibu bapa, faktor keluarga, faktor sekolah, faktor rakan sebaya dan faktor konsep kendiri.
Didapati bagi faktor sosioekonomi, tingkat pendapatan ibu bapa tidak
mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan para pelajar. Tidak terdapat
perbezaan signifikan di antara pendapatan ibu bapa yang tinggi berbanding pendapatan
ibu bapa yang rendah terhadap tingkah laku vandalisme. Keputusan ini mungkin
disebabkan oleh para pelajar dewasa ini, tidak kira golongan kaya mahupun miskin
terdedah kepada pelbagai corak pengaruh negatif. Selain itu, kurang perhatian dan
kawalan dari ibu bapa turut menyebabkan tiada perbezaan yang signifikan di antara
pelajar yang ibu bapanya berpendapatan tinggi dengan pelajar ibu bapanya
berpendapatan rendah.

79
Manakala, bagi faktor sosioekonomi iaitu tahap pendidikan ibu bapa pula,
keputusan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tingkat pendapatan
ibu bapa terhadap tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar. Pelajar yang berasal dari
ibu bapa yang berpendidikan rendah didapati lebih banyak terlibat dalam tingkah laku
vandalisme. Ini mungkin disebabkan ibu bapa berpendidikan tinggi lebih mengutamakan
pencapaian akademik anak-anak sedangkan ibu bapa berpendidikan rendah tidak
menghiraukan pembelajaran anak-anak mereka.
Faktor keluarga didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan tingkah
laku vandalisme di kalangan pelajar.Ini mungkin disebabkan telah timbul kesedaran di
kalangan ibu bapa di mana kualiti keibubapaan yang tinggi telah mewujudkan hubungan
yang harmoni dengan anak-anak serta pembentukan nilai-nilai murni di jiwa anak-anak.
Faktor sekolah didapati terdapat hubungan yang signifikan dengan tingkah laku
vandalisme di kalangan pelajar. Ini mungkin disebabkan beberapa pendekatan yang
bersifat “attachment to school” yang dilaksanakan di sekolah. Antaranya ialah
pemupukan budaya ilmu , penerapan nilai-nilai murni, pemupukan keimanan dan akhlak
dalam Pendidikan Islam, pemupukan perpaduan negara, pendedahan kepada konsep
antarabangsa dan keduniaan, program pembangunan iklim sekolah, hukuman berbentuk
pemulihan, program pembimbing rakan sebaya, sIstem mento-mentee, projek sekolah
penyayang, khidmat bimbingan dan kaunseling di mana aktiviti seperti kaunseling rakan
sebaya, kem jaya diri dan motivasi serta ceramah-ceramah bimbingan telah diadakan
untuk pelajar-pelajar.

80
Disamping itu pendekatan bersepadu seperti penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG), Briged komuniti serta kempen-kempen anti vandalisme diadakan di
sekolah. Dengan terlaksananya pendekatan-pendekatan yang melibatkan pelbagai pihak
ini telah dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang baik seterusnya dapat
menghindarkan pelajar dari melakukan salah laku vandalisme serta jenayah-jenayah
yang lebih berat.
Faktor rakan sebaya didapati tidak mempengaruhi tingkah laku vandalisme di
kalangan pelajar.Ini mungkin disebabkan konflik dalam keluarga serta hubungan yang
buruk antara pelajar dengan guru adalah punca utama tingkah laku vandalisme dan
pengaruh rakan sebaya tidak terlibat dalam mendorong tingkah laku ini. Selain itu, rakan
sebaya tidak mempengaruhi perbuatan vandalisme di kalangan pelajar kerana
terdapatnya pengaruh media yang lebih kuat mendorong perlakuan tersebut di kalangan
remaja.
Faktor konsep kendiri juga tidak mempengaruhi tingkah laku vandalisme di
kalangan pelajar-pelajar sekolah.Pelajar-pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang
positif dan negatif tidak menganggap perbuatan mereka itu adalah salah dan melakukan
vandalisme sekadar untuk bersuka-suka dan mengisi masa lapang.

81
5.8 Implikasi Kajian
Melalui kajian ini memberi gambaran faktor sososiekonomi keluarga iaitu tahap
pendidikan ibu bapa penting dalam mempengaruhi gejala ini. Ibu bapa berpendidikan
tinggi didapati lebih peka dan prihatin dengan masalah-masalah yang berkaitan dengan
anak-anak remaja mereka. Sikap mengambil berat ini patut dicontohi oleh para ibu bapa
dari lain-lain lapisan masyarakat agar remaja kita dapat dikawal dari terlibat dengan
gejala yang mungkin merugikan semua pihak ini.
Faktor keluarga pula memberi gambaran yang jelas bahawa keluarga adalah
tempat yang mula-mula sekali kanak-kanak bersosialisasi sebelum mereka
menganggotai masyarakat. Dari itu, kesan pendidikan ibu bapa terhadap anak-anak
memberi pengaruh yang amat mendalam dalam kehidupan anak-anak. Ibu bapa yang
mendidik anak-anak dengan penuh bertanggungjawab, prihatin dan kasih sayang akan
melahirkan anak-anak yang berkualiti dari segi mental dan rohani di mana anak-anak
lebih berani, cerdas fizikal dan mental serta menghadapi cabaran.
Kajian ini juga memperlihatkan bahawa faktor sekolah itdak mempengaruhi
tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar. Persekitaran sekolah yang sihat iaitu
hubungan guru dan murid yang baik dan bebanan akademik yang berpatutan dan sikap
sayangkan sekolah dapat menghindarkan kejadian vandalisme yang berleluasa di
sekolah. Sikap guru sebagai pendidik yang bukan sahaja menabur ilmu malah menabur
kasih dan nasihat dapat mengurangkan aktiviti vandalisme di kalangan para pelajar.

82
Selain itu, kajian memperlihatkan faktor rakan sebaya tidak mendorong terhadap
perlakuan vandalisme di kalangan pelajar. Ini kerana faktor keluarga seperti keruncingan
hubungan ibu bapa dan anak-anak serta perhubungan yang negatif guru-pelajar. Ia tidak
mendatangkan keraguan tentang keseluruhan kajian ini kerana mungkin hanya memberi
kesan sedikit ke atas keputusan kajian.
Bagi faktor konsep kendiri pula, pelaku vandalisme kini adalah terdiri dari
pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang positif dan negatif. Ini adalah kerana
mereka menganggap merosak harta benda adalah aktiviti untuk mereka bersuka-suka
dan berseronok. Pelaku vandalisme juga tidak menganggap perbuatan itu adalah suatu
jenayah. Pelajar yang melakukan vandalisme tidak merasa bersalah dan menganggap diri
mereka sama seperti pelajar lain yang tidak melakukan vandalisme.
5.9 Limitasi Kajian
Didapati pemilihan subjek kajian merupakan salah satu kelemahan kajian ini. Ini adalah
kerana semua subjek kajian merupakan pelajar tingkatan empat dan lima. Dari itu,
keputusan ini tidak dapat generalisasikan kepada keseluruhan pelajar bagu mengkaji
faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar. Namun
demikian, ia tidak mendatangkan keraguan tentang keseluruhan kajian ini kerana
mungkin hanya memberi kesan sedikit ke atas keputusan kajian.
Di samping itu, soal selidik yang digunakan dalam kajian ini agak panjang iaitu
terdiri daripada 93 item. Ini mungkin menyebabkan timbulan rasa bosan dan pelajar

83
mengambil sikap menjawab sambil lewa sahaja. Mereka mahu menghabiskan menjawab
soal selidik itu dengan cepat. Sesetengah pelajar mendapati tidak menjawab soal selidik
dengan jujur kerana mereka takut identiti didedahkan, walaupun pengkaji telah
menjelaskan dengan terperinci bahawa soal selidik yang dijalankan adalah bertujuan
untuk kajian ilmiah dan segala maklumat yang dikemukakan adalah rahsia. Oleh itu,
sikap pelajar-pelajar ini sedikit sebanyak mempengaruhi hasil kajian ini.

84
BAB 6
SARANAN
6.1 Pendahuluan
Hasil daripada kajian ini diharapkan akan menjadi sumber rujukan atau panduan untuk
pengkaji-pengkaji akan datang. Pengkaji juga berharap kajian-kajian yang akan
dijalankan kemudian yang memperincikan setiap faktor yang dikaji. Misalnya, sekiranya
mengkaji faktor sekolah digalakkan pengkaji melihat aspek kepimpinan dan pengurusan
sekolah oleh pengetua, hubungan antara sekolah dengan ibu bapa, saiz sekolah,
kewajaran hukuman-hukuman yang dilaksanakan oleh pihak sekolah, persekitaran
pembelajaran di sekolah, komitmen para guru terhadap pengajaran. Selain itu, faktor-
faktor yang boleh diambil sebagai pemboleh ubah adalah seperti faktor media massa.Ia
akan memberi gambaran yang lebih jelas lagi tentang aspek yang dikaji.
Pengkaji juga boleh bertindak sebagai participant observer iaitu terlibat sama
dalam apa-apa yang dilakukan oleh subjek. Dalam hal ini, pengkaji boleh terlibat dalam
kelas selama tempoh jangka masa tertentu untuk melihat pengajaran guru, interaksi
guru-pelajar, gelagat pelajar di kantin, di kelas dan lain-lain tanpa disedari oleh guru
yang terlibat dan pelajar-pelajar.

85
Pengkaji-pangkaji lain diharap dapat meluaskan sampel kajian pada semua
tingkatan supaya hasil kajian dapat digeneralisasikan pada semua populasi pelajar
sekolah menengah. Dengan itu, keputusan yang diperolehi akan lebih tepat lagi. Di
samping itu, soal selidik hendaklah diubah suai oleh pengkaji-pengkaji seterusnya agar
mudah difahami dan ringkas serta tepat. Bilangan item soal selidik pula tidak boleh
terlalu banyak sehingga menimbulkan kebosanan para pelajar untuk menjawabnya.Ini
akan menggalakkan para pelajar menjawab dengan betul dan ikhlas serta mengelak
jawapan yang salah atau palsu.Hal in dapat membantu para pengkaji bagi mendapatkan
respon yang sebenar dan tepat dari pelajar tentang faktor-faktor yang sebenarnya yang
mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan para pelajar sekolah.
6.2 Rumusan
Vandalisme yang membabitkan remaja masa kini telah sampai di tahap yang
membimbangkan apabila bilangan yang merosakkan harta awam meningkat dua hingga
tiga peratus setiap tahun. Bermula dari perbuatan menconteng dan merosakkan harta
benda, apabila remaja gagal mengawal perasaan, maka ini mendorong remaja bertindak
lebih liar untuk melakukan jenayah yang lebih berat. Tindak tanduk mereka boleh
menyusahkan orang ramai. Selama ini perbuatan vandalisme tidak dianggap sebagai
jenayah dan tidak ada peruntukan untuk mendenda serta menangkap pelaku-pelakunya.
Justeru itu, kawalan keselamatan yang lebih ketat wajar dilaksanakan. Selama ini
pihak berkuasa sekolah tidak serius melaksanakan undang-undang, suka bersikap lepas
tangan dan saling menuding jari antara satu sama lain. Sesungguhnya dosa kita sebagai

86
ibu bapa yang paling besar ialah menyerahkan soal pendidikan anak-anak bulat-bulat
kepada pihak sekolah. Apa yang dilakukan oleh anak-anak sebenarnya mencerminkan
sikap seisi keluarga itu sendiri, khususnya ibu bapa. Malah sebahagian daripada ibu bapa
tidak tahu di mana anak mereka berada apabila mereka tidak pulang ke rumah.
Mulai saat ini ibu bapa harus melihat salah laku dalam konteks yang lebih
meluas dengan melihat kekurangan-kekurangan di dalam diri ibu bapa sendiri ketika
mendidik dan membesarkan anak. Ibu bapa harus mendidik anak-anak dengan nilai
murni dan membiasakan diri untuk meluahkan perasaan marah dan dendam pada saluran
yang betul.
Pihak-pihak yang terlibat secara langsung seperti Kementerian Belia dan Sukan,
Kementerian dalam Negeri, Kementerian Pendidikan, Agensi-agensi kerajaan yang
relevan serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan ( NGOs), harus mempunyai
kesedaran dan keprihatinan terhadap gejala vandalisme di kalangan pelajar ini. Mereka
perlu meninjau faktor-faktor yang menjadi punca gejala vandalisme , isu-isu yang
berkaitan penguasaan dan isu-isu pemulihan yang lebih efektif dan “sustainable”.
Sepatutnya remaja yang didapati melakukan vandalisme dikenakan kompaun atas
kerosakan dan gangguan yang dilakukan. Ini dapat mengelakkan pelajar melakukan
perbuatan tersebut mengikut kata hati mereka. Masyarakat juga sepatutnya memainkan
peranan penting dalam menangani gejala vandalisme. Kesedaran perlu diterapkan untuk
membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkau ke alam
dewasa. Perkhidmatan kaunseling perlu diberikan kepada pelajar-pelajar di samping
menganjurkan peraduan melukis dan pertandingan esei dengan berpandukan tema
“Harta Awam Mililkmu Milikku”. Pertandingan seperti ini amat penting untuk

87
menanamkan sifat bertanggungjawab dan menyemai perasaan sayang terhadap harta
benda awam.
Oleh itu, inisiatif pengkaji dengan mengenengahkan lima faktor yang dipercayai
mendorong pelajar bertingkah laku vandalisme iaitu faktor sosioekonomi, faktor
sekolah, faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan faktor konsep kendiri akan memberi
manfaat kepada pihak yang berminat mengkaji tingkah laku vandalisme di kalangan
pelajar.
Selain itu, diharapkan kelemahan-kelemahan dalam kajian ini dan saranan-
saranan yang dicadangkan serta keputusan yang dibincangkan dapat dijadikan panduan
kepada pengkaji-pengkaji agar dapat menjalankan kajian dengan lebih lengkap dan
sempurna. Kajian vandalisme di kalangan pelajar tidak boleh dipandang rendah dan
ringan kerana melalui kajian ini ia akan memberi asas pengetahuan untuk mengenal
pasti punca-punca berlaku tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar. Diharap gejala
ini dapat dibanteras suatu hari nanti, di mana semua pelajar amat bertanggungjawab
dalam memelihara harta benda sekolah dan akhirnya menjadi masyarakat yang
mempunyai nilai moral yang tinggi.

88
Rujukan
Abdul Hamid Halit. 1998. Faktor-faktor menyebabkan pelanggaran dispilin di sebuah sekolah menengah di daerah Dungun, Terengganu, Diploma, Tanjung Malim : Institut Perguruan Sultan Idris.
Abdul Raof Dahaman. 1986. Maslah pelanggaran dispiln pelajar-pelajar lelaki sekolah
menengah. Latihan ilmiah. Serdang:Universiti Pertanian Malaysia. Alim Muntu, 1998. Satu kajian tentang faktor-faktor kekeluargaan yang mempengaruhi
dispilin di kalangan pelajar sekolah menengah di Sabah. Latihan Ilmiah. Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.
Allen, V.L & Greenberger, DB. 1980. Destruction and perceived control. Advances in
Environment Psychology. Vol. II : 85-109. Anidah Ithnin. 1991. Konsep kendiri di kalangan remaja perempuan : Perbandingan di
antara penghuni pusat pemulihan akhlak dan pelajar sekolah. Latihan ilmiah. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ann Wang Seng. 1994. Karenah renaja hari ini. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Backman, J.G. 1970. Dropping out: Problem of symptoms. Michigan: Universiti Press. Barners, H.L. & Olson, D.H. 1985. Parent communication and model. Child
Development. Jil 56 : 438-447 Baron, R.M & Fisher, J.D. 1982. The equity-base model of vandalisme: Population &
Environment. Jil 5 : 182-200 Bayh, B. 1975. Our nation’s school-A report card : “A” in violence and vandalisme.
Washington, DC: U.S Government Printing Office Bowels, J.K., The Residence hall vandalism problem: A model for examining
destruction behaviour: Journal of Collage and University Student Housing. 1982. Jil 12 (1), pp 15-19
Boyson, R.1973. Discipline in school. London:Longman. Brooks, B.J. 1981. The process of parenting. New York:Mayfield Publishing Company. Cardinelli, C.F.1969. Another view: Lets get all the cause of youthful vandalism. The
American School Board Jurnal. Jil I: 68-69.

89
Clement, S.L.1975. School vandalism-causes and cures. National Association of Secondary School Principals Bulletin: Jil 59(387). 17-21.
Clinard, MB & Quinney, R.1973. Criminal Behavior System: A Typology (2nd. Ed.).
New York: Holt, Rinehart. Winston. Cloward, R.a. & Chin,L.E.1960. Delinquency and opportunity: A theory of delinquency
gangs. New York : Free Press. Cohen, S. 1968. The polotics of vandalism. New Society. Jil 12, pp.872-878. Cohen,S.1972. Vandalism:Its politics and nature. In J.B Mays(Ed.). Juvenile
Delinquency. The Family and the Social Group: A reader. London: Longman. 307-316.
Cole, L. and Hall, I.N.1970. Psychology of adolescence. Great Britain: Holt, Rinehart
and Winston Inc. Conger,J.J.1984. Adolescence and youth. New York:Harper and Row Publishers. Doughlas, A.G.1982. A case study of disciplinary problem in a secondary boys school in
Kuala Lumpur. Thesis(M.Ed.). University Malaya. Duke, D.L.1980. School discipline policy in the 1980’s. Contemporary Education. Jil. 2.
24-29. Dunhill, J. 1964. Disciplin in the classroom. University if London: London Press. Feldhunsen, J.f.1978. Behaviour Problems in secondary school. Journal Or Research and
Development in education. Jil. 4. 17-29. Foster,M.A.1984. School paracting family therapy in diverse setting. San Francisco:
Bass Publication. Galamus.L.N & Maggs, L.J.1991. Out of school of young adolescence and self reported
behaviour. Development psychology. Jil.27 (4), 644-655 Gerrad, Z & Graham, M.V.1984. Three idelogical orientation in school vandalism
research. Review of Educational research. Jil 54. 263-292. Gibbsons, D.C. & Krohn, M.D 1986. Delinquent Behaviour. Englewood Cliffs, N.J:
Prentice Hall. Glueck, N, Eleanor , L & Sheldon , A. 1968. Unravelling juvenile delinquency.
Massachusetts: Harvard University Press. Cmabridge. Gold, M. 1970. Dlinquent behaviour in an a American city. California: Brooks Cole.

90
Gold, M. & Reimer , D.T. 1972. Changing pattern of delinquentbehaviour among Aerican 13 – 16 years old 1967 – 1972. National Survey of Youth Report No.1.Ann Arbour University of Michigan Research for Group Dynamics.
Gragey, W .J. 1970. The psychology of fiscipline in classrooms. London: McMillan Co. Greenberg, B. 1969. School vandalism : A nation dilemma. Men;o Park. California:
Stangord Research Institute Halimah Ab, Rahim, 1973. Tingkah laku Devian, Faktor-faktor Penyebab : Satu kajian
kes di Sekolah Menengah Di Nilai, Negeri Sembilan. Kertas projek Diploma Kaunseling, Bangi . Universiti Kebangsaan Malaysia
Hargrevas, D,H. 1967, Social relation in secondary school. New York: Rouledge and
Kagen Paul Ltd. Heng Keng Chian. 1989. Educational sociology, Educational psychology, School
administration, Discipline problem, Case studies, School Management, Truancy,Family background, Parent-chil relationship and Parent Responsibility.
Hirschi, T.& Selvin,H.C 1973.Delinquency research.New York:Mc.Millin Co. Howard,J.L 1978.Factor in school vandalism.Journal of Research and Development in
Education. Jil II: 53-63 Hurlock,E.B.1967.Adolescent development. New York:McGraw Hill Ivan,F.N.1975.Family relationship and delinquent behaviour.New York: Cambridge
University Press. Jersild, A.T.1978.The psychology of adolescence (3.Ed.)New York: McMillan. Kaplan,H.B.1975.Self attitude and deviant behaviour.California:Good Year Inc. Lander,B.1954.Toward understanding juvenile delinquency.Chicago:Chicago University
Press Laporan disiplin dan pembangunan daerah pendidikan Kota Setar.1991.Pusat
dokumentasi bahagian perancangan dan penyelidikan Kementerian Pendidikan Malysia.
Laporan salah laku murid sekolah Malaysia.1996.Kementerian Pendidikan Malaysia. Levine, Edward,M & Kozak,C.1979.Drug and alcohol use,delinquency and vandalism. Journal of Yurth and Adolescence.Jil.8.91-101

91
Lober,N.M 1966.Inadequate social acceptance and discruptive classroom behaviour. Malaysia.1990.Rancangan Malaysia Keenam 1990-1995. Martin,M.1961.Juvinile vandalism:A study of its nature and prevention.Springfield
Illinois:Charles,C.T. Mahadi Hj.Osman,Syed Nurul Akla Syed Abdullah dan Saadiah.1995.Masyarakat
melayu dan gejala sosial. Maslow,A.C.& Roger,E.S.1962.Perceiving behaving becoming: Anew Focus on
education.U.S.A:A.S.C.D Mohd.Makzan Musa.1997.Psikologi sosial.Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd. Mohd.Zin Sham,1996.Cabaran guru terhadap disiplin pelajar.Seminar disiplin pelajar
kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia.Genting Highland,Pahang: 27-30 ogos.
Morris,I.1975.The sociology of uducation:An Introduction.London: George Allen and
Unwin Ltd. Muhamed Anuar bin Yusof.1988.Pelanggaran disiplin dan peraturan sekolah di kalangan
remaja di Sekolah Menengah Tengku Abdullah, Pahang. Diploma.Tanjung Malim: Institut Penguruan Sultan Idris.
Murdock,G.P.1965.Social structure.New York: Face Press. Neil,S.B.1975.Vandalism and violence.Washinton:National School Public relation
Association. Othman bin Bakar.1983.Faktor-faktor yang mendorong kenakalan. Satu kajian di sebuah
sekolah akhlak di Wilayah Persekutuan.Diploma.Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Oxford Advanced Learner’s Dictionary.1991.New York:Oxford University Press. Palmore,E.B & Hammond,P.E.1964.Interacting factor in juvenile delinquency.
American Sociological Review.848-854. Pusat Penyelidikan dan Perundingan Universiti Utara Malaysia.1997.Kajian gaya hidup
remaja negeri Kedah Darul Aman. Ratna bt. Mohamad.1989.Kemerosotan disiplin pelajar-pelajar sekolah menengah di
Bandar.Latihan Ilmiah.Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Schafer & Olexa.1964.School and delinquency.Englewood: Prentice Hall Inc.

92
Sharifah Alawiyah Al-Sagof.1985. Astudy of learning student characteristics and faculty of the distance education program at Universiti Sains Malaysia.Seattle: University of Washington, Washington.
Smith,B.O.1969 Dicipline.Encyclopaedia of education research (4 Ed).London : The McMillan.Co. Taip Abu.1989.Vandalism di perumahan pelajar (asrama): Satu tinjauan di perumahan
mahasiswa di salah sebuah institute pengajian tinggi di Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar.Jil.2: 13-20.
Tuner,b 1973.Discipline in school.Condey Warldlock Education. Tygart,C.1988.Public school vandalism: Toward a synthesis on theories and transition to
paradigma analysis. Adolescence.Jil.XXIII.188-200 Voss, H.L 1966.Socioeconomic ststus and report delinquent behaviour. Socials
Problems.Vol.13: 314-324 Wan Mohd.Zahid Mohd Nordin,1997. Menangani gejala sosial dari perspektif
pendidika.Kuala Lumpur : Yakin Jita Sdn. Bhd. Ward, C.1973.Vandalism.London: The Architectural Press. Watenberg,W.W.1973.The adolescent years.New York : Harcourt Brace Jovanich Inc. Wells, E.197. Vandalisme and violence. Washington : National School Public Relation
Association. Wolfgang, M.E.Sarvity,L & Jonston,N.1970. The sociology of crime and delinquency.
New York : John Wiley and Sons Inc. Yorrow, M.r. 1963.Problem of methods in parent-child. Journal of Educational Research
Jil.34:215-226 Zuraidah Garif.1990.Faktor-faktor yang mempengaruhi pelanggaran dan kesan
pencapaian akademik. Satu kajian kes di kalangan pelajar Melayu di beberapa buah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor. Latihan Ilmiah.Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zuzly Ibrahim. 1989.Faktor-faktor Perlanggaran Disiplin Sekolah : Satu kajian kes di
Sekolah Menengah Seri Kota Melaka. Latihan Ilmiah Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

93
Akhbar-akhbar dan majalah
Hatta Shahrom.1998.Vandalisme-Pendapat Pakar Psikiatri. Dewan Siswa. Mac 9-10
Khoo Kay Kim.1998.Bersama membanteras vandalisme. Dewan Siswa.12 Mac.8-9
Lee Lam Thye.1997.Perlakuan buruk generasi baru : Tiga kategori vandalisme.
Mingguan Malaysia.6 Jun.m.s.5.
Marimuthu, T.1980.The school as a generator of indiscipline. Suara Pendidik.27-32
Metro.1996.19 Jun. m.s5.
Mohd. Tajudin Abd,Rahman.1995.Masalah disiplin pelajar dan penyelesaiannya :
Benarkah disiplin pelajar kini merosot ? Dewan Masyarakat.8-11.49
Norainon Othman.1997. Hentikan Vandalisme. Metro.14 Mac.3-4.
Rosnani Hashim,2000. Mendidik anak cemerlang.Al- Islam. Jun.62-66
Sulaiman Alias.1994.Penyakit sosial bermula dari rumah. Wanita. Mei: 52-54
Ungku Aziz.1991.Cara disiplin remaja. Utusan Malaysia, 1 Mei.m.s.2
Utusan Malaysia.1989.5 April.m.s.1
Utusan Malaysia.1998.5 Febuari.m.s.2
Utusan Malaysia.2000.30 Mei.m.s.1

94
SOAL SELIDIK
Semua butir-butir serta maklumat yang anda berikan adalah sulit dari
pengetahuan orang lain. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang untuk memberikan
maklumat keterangan yang tepat dan benar mengenai diri anda. Kerjasama anda dalam
hal ini amat diharapkan dan kejujuran anda dalam menjawab soal selidik ini sangat
diperlukan. Terima kasih.

95
SOAL SELIDIK
BAHAGIAN A
Anda diminta melengkapkan semua item yang dikemukakan di bawah. Sila tandakan (/) pada item yang berkenaan dan lengkapkan jawapan pada ruang kosong yang disediakan. Diisikan oleh guru yang berkenaan. 1. Nama sekolah : __________________________________________________ 2. Tingkatan : ___________________________________________________ 3. Umur : ___________________________________________________ 4. Jantina : 1. Lelaki ( ) 2. Perempuan ( ) 5. Bangsa : 1. Melayu ( ) 2. Cina ( ) 3. India ( ) 4. Lain-lain ( ) 6. Pekerjaan ibu bapa. Sila Nyatakan Ibu : ____________________ Bapa : ____________________ 7. Pendapatan Ibu bapa sebulan Ibu Bapa a. Kurang dari RM200 ( ) ( ) b. RM 201 – RM 800 ( ) ( ) c. RM 801 – RM 1400 ( ) ( ) d. RM 1401 – RM 1999 ( ) ( ) e. Lebih dari Rm 2000 ( ) ( ) 8. Taraf pendidikan ibu bapa a. Darjah enam/Sekolah rendah ( ) ( ) b. SRP/LCE ( ) ( ) c. SPM/MCE ( ) ( ) d. STPM/STP/HSC ( ) ( ) e. Diploma/Maktab/Sijil ( ) ( ) f. Ijazah ( ) ( )

96
ARAHAN
Untuk bahagian B, C, D, E dan F, anda diminta memilih jawapan yang bersesuaian dengan diri anda. Setiap jawapan yang dipilih tidak akan dinilai sama ada betul atau salah dan dikira sebagai jawapan anda yang sebenarnya dan tepat. Anda dibenarkan memilih hanya SATU sahaja jawapan yang tepat dengan diri anda. Berikut adalah singkatan kepada jawapan yang disediakan untuk bahagian B, 1 = Tidak pernah 2 = Jarang 3 = Kadang-kadang 4 = Kerapkali 5 = Selalu Berikut adalah singkatan kepada jawapan untuk bahagian C, D, E, dan F STB = Sangat Tidak Benar TB = Tidak Benar TP = Tidak Pasti B = Benar SB = Sangat Benar * Sila BULATKAN jawapan yang dipilih. Pencapaian akademik: Baik ( ) Sederhana ( )
Lemah ( ) Bilangan Pelajar disekolah ini : _______________

97
BAHAGIAN B
Berikut adalah singkatan kepada jawapan yang disediakan untuk bahagian B; 1 = Tidak Pernah 2 = Jarang 3 = Kadang-kadang 4 = Kerapkali 5 = Selalu
ARAHAN: Sila jawab semua item di bawah dengan jujur bagi diri anda. Anda juga diminta menjawab setiap item sekiranya mengetahui bahawa rakan-rakan anda turut melakukan tingkah laku ini. Setiap jawapan anda adalah dirahsiakan.
1. Menebuk, mengguris atau menulis perkataan pada meja. (Saya 1 2 3 4 5) (Rakan-rakan 1 2 3 4 5) 2. Menebuk, mengguris atau menulis perkataan pada kerusi. (Saya 1 2 3 4 5) (Rakan-rakan 1 2 3 4 5) 3. Memecahkan kerusi, meja, almaari atau perabot-perabot lain dalam kelas. (Saya 1 2 3 4 5) (Rakan-rakan 1 2 3 4 5) 4. Menconteng atau mengotorkan dinding. (Saya 1 2 3 4 5) (Rakan-rakan 1 2 3 4 5) 5. Merosakkan pintu kelas atau tandas. (Saya 1 2 3 4 5) (Rakan-rakan 1 2 3 4 5) 6. Menebuk lubang atau merosakkan papan kenyataan. (Saya 1 2 3 4 5) (Rakan-rakan 1 2 3 4 5) 7. Mengoyakkan gambar atau sesuatu kenyataan yang dipamerkan. (Saya 1 2 3 4 5) (Rakan-rakan 1 2 3 4 5) 8. Merosakkan pam tandas, mangkuk tandas atau perkataan-perkataan lain dalam tandas. (Saya 1 2 3 4 5) (Rakan-rakan 1 2 3 4 5) 9. Memecahkan cermin tingkap (Saya 1 2 3 4 5) (Rakan-rakan 1 2 3 4 5)

98
BAHAGIAN C
1. Saya menonton televisyen bersama ibu bapa dan saudara yang lain. STB TB TP B SB 2. Saya selalu makan bersama ibu bapa dan saudara yang lain STB TB TP B SB 3. Saya bersama keluarga akan melawat ke tempat menarik semasa musim cuti sekolah STB TB TP B SB 4. Saya jarang sekali dapat berbual-bual dengan ibubapa. STB TB TP B SB 5. Saya akan memendam masalah yang dihadapi tanpa memberitahu kepada ibubapa. STB TB TP B SB 6. Saya suka bercerita peristiwa yang berlaku di sekolah kepada ibubapa. STB TB TP B SB 7. Saya akan beritahu kepada ibubapa setiap kali hendak keluar dari rumah. STB TB TP B SB 8. Saya seringkali disalahkan oleh ibubapa walaupun kesalahan yang dilakukan terlalu kecil. STB TB TP B SB 9. Saya bertindak melakukan sesuatu tanpa meminta pandangan ibubapa. STB TB TP B SB 10. Saya seringkali bersendirian di rumah. STB TB TP B SB 11. Saya dapati ibubapa saya sentiasa sibuk dengan kerja dan persatuan masing-masing. STB TB TP B SB 12. Saya dapti ibubapa saya mendengar masalah saya walaupun mereka keletihan. STB TB TP B SB 13. Saya tidak boleh mengkritik idea ibubapa walaupun bertentangan dengan idea saya. STB TB TP B SB 14. Saya bersama ibubapa membersihkan kawasan rumah bersama-sama bila kelapangan. STB TB TP B SB

99
15. Saya menghargai ibubapa saya yang sentiasa memberi perhatian bila saya kelihatan murung. STB TB TP B SB
BAHAGIAN D
1. Saya sukakan sekolah saya STB TB TP B SB 2. Sekolah saya sentiasa berada dalam keadaan cantik, teratur dan kemas. STB TB TP B SB 3. Saya berpuas hati dengan keadaan kelas saya. STB TB TP B SB 4. Guru-guru bijak mengajar dan menyebabkan mata pelajaran yang diajar menjadi sangat menarik. STB TB TP B SB 5. Saya menyukai guru-guru saya kerana sikapnya yang bertanggungjawab, mengambil berat dan tidak pilih kasih. STB TB TP B SB 6. Guru-guru saling menunjukkan sikap membantu jika saya menghadapi masalah. STB TB TP B SB 7. Saya menceburi semua aktiviti di sekolah secara sukarela. STB TB TP B SB 8. Saya sering di beri tanggungjawab oleh guru. STB TB TP B SB 9. Saya sentiasa gembira di sekolah. STB TB TP B SB 10. Saya menghormati semua pengawas di sekolah saya. STB TB TP B SB 11. Saya menghormati pengetua dan semua guru di sekolah saya. STB TB TP B SB

100
12. Saya rasa peraturan sekolah saya sangat ketat. STB TB TP B SB 13. Saya rasa peraturan dan displin sekolah saya sangat ketat. STB TB TP B SB 14. Saya suka peraturan dan displin yang ketat. STB TB TP B SB 15. Sikap guru membuat saya selesa berada di sekolah. STB TB TP B SB
BAHAGIAN E
1. Saya mempunyai rakan yang selalu bersama dengan saya. STB TB TP B SB 2. Saya suka ke sekolah untuk bersama-sama rakan-rakan. STB TB TP B SB 3. Saya senang di pujuk oleh rakan-rakan anda. STB TB TP B SB 4. Saya gemar berkelompok bersama rakan-rakan di waktu rehat dan tempat-tempat. STB TB TP B SB 5. Saya memerlukan pendapat kawan saya dalam membuat keputusan. STB TB TP B SB 6. Saya patuh pada kumpulan saya. STB TB TP B SB 7. Saya mudah menyesuaikan diri dengan tabiat rakan-rakan. STB TB TP B SB 8. Kebanyakkan nasihat dari rakan-rakan selalu saya ikuti. STB TB TP B SB 9. Saya selalu melakukan aktiviti dengan sekumpulan rakan sahaja. STB TB TP B SB

101
10. Saya rasa dapat berbincang dengan terbuka dengan rakan-rakan. STB TB TP B SB 11. Sesuatu aktiviti yang hendak saya lakukan perlu mendapat persetujuan rakan-rakan kerana saya takut dipulau. STB TB TP B SB 12. Saya dan rakan-rakan menyimpan dendam kepada guru-guru yang mengenakan tindakan disiplin terhadap kami. STB TB TP B SB 13. Rakan rakan saya pernah mendorong saya melanggar undang-undang sekolah. STB TB TP B SB 14. Jika saya dalam kesusahan, rakan-rakan akan memberi pertolongan kepada saya. STB TB TP B SB 15. Saya gembira berada bersama-sama rakan setiap masa. STB TB TP B SB
BAHAGIAN F
1. Saya pernah cuai. STB TB TP B SB 2. Saya tidak dapat menumpukan perhatian dengan baik. STB TB TP B SB 3. Saya bekerjasama dengan orang lain. STB TB TP B SB 4. Saya tidak nampak butir-butir positif dalam diri saya. STB TB TP B SB 5. Saya membandingkan diri saya dengan orang lain. STB TB TP B SB 6. Saya sering merasa risau. STB TB TP B SB 7. Saya menyembunyikan perasaan saya yang sebenarnya. STB TB TP B SB

102
8. Saya melukakan hati orang dengan tidak sengaja. STB TB TP B SB 9. Saya amat berpuas hati dengan diri saya. STB TB TP B SB 10. Saya tidak percaya terhadap orang lain. STB TB TP B SB 11. Saya tidak suka berkelahi. STB TB TP B SB 12. Saya mencari kesalahan orang lain. STB TB TP B SB 13. Saya suka mengumpat. STB TB TP B SB 14. Saya berbangga dengan keluarga saya. STB TB TP B SB 15. Saya rasa diri saya disukai oleh keluarga dan rakan-rakan. STB TB TP B SB

Umur
48
43
39
37
36
33
32
31

27
22 5 tahun 4 tahun 1 tahun 1 tahun 3 tahun 1 tahun 2 tahun 4 tahun 5 tahun Sijil perguruan GURU SDAD
Sarjana Muda Guru Sek PP (B&K) Pen. Med Pensyarah PhD Pensyarah
MPTI 1981 1986 Pdd, UPM Tinggi Muar, HEP,UTM Pensyarah (B&K) QUT B&K Fak.Pdd QUT Kanan (B&K) 1990 1991 1992
Fak. Pdd 1995 1996 1998 2002 fak.Pdd 2007