SOALAN 1

download SOALAN 1

of 4

description

rujukan

Transcript of SOALAN 1

1.0 ASAS FALSAFAH SOSIOLOGI.Selama 30 tahun yang lalu, bidang sosiologi telah berkembang pesat dan semakin terkenal pada masa kini. Majoriti masyarakat menyatakan bahawa bidang sosiologi ini adalah semuanya berkenaan dengan komuniti masyarakat atau seseorang individu. Walaubagaimanapun, ada juga segelintir masyarakat menyatakan bahawa bidang sosiologi ini berkaitan dengan kerja-kerja kebajikan atau sosial ataupun membuat satu revolusi (perubahan) terhadap sekolah dan juga kolej. Menurut Kamus Oxford Inggeris, sosiologi adalah pengajaran mengenai sejarah dan persekitaran sosiologi manusia. Selain itu, Sosiologi juga didefinisikan sebagai satu bidang yang mempunyai pandangan dan kaedah yang tersendiri dalam menyelesaikan dan mengkaji sesuatu perkara serta merupakan satu kajian tentang manusia dan tingkahlakunya. Kajian tersebut adalah lebih berfokus kepada bagaimana manusia dipengaruhi oleh manusia lain dan juga oleh masyarakat. Menurut salah satu tokoh sosiologi, C. Wright Mills menyatakan bahawa untuk seseorang memahami sosiologi, mereka hendaklah terlebih dahulu memahami masyarakat yang berada di kawasan tempat tinggal mereka. Hal ini adalah bagi mendapat gambaran dengan lebih mendalam tentang kehidupan sesuatu masyarakat. Beliau juga menyatakan bahawa masalah peribadi dan isu masyarakat di sekeliling adalah saling berkaitan dan bertindih antara satu sama lain yang akhirnya membentuk sebuah struktur sosial dan kehidupan masyarakat yang lebih meluas. 1.1 Pengertian SosiologiPerkataan sosiologi pada asalnya digunakan pertama kalinya oleh Augustus Comte dalam karyanya Positive Philosophy. Pengertian yang diberikan oleh ahli-ahli sosiologi adalah berbeza dan meluas. Antara pengertian yang diberikan adalah dari tokoh dan ahli falsafah seperti:

William KornblumSosologi adalah suatu upaya ilmiah untuk mempelajari masyarakat dan perilaku sosial anggotanya dan menjadikan masyarakat yang bersangkutan dalam berbagai kelompok dan kondisi.

Allan JhonsonSosiologi adalah ilmu yang mempelajari kehidupan dan perilaku, terutama dalam kaitannya dengan suatu sistem sosial dan bagaimana sistem tersebut mempengaruhi orang dan bagaimana pula orang yang terlibat didalamnya mempengaruhi sistem tersebut.

Roucek dan WarrenSosiologi adalah ilmu yang mempelajari hubungan antara manusia dalam kelompok-kelompok.

William F. Ogburn dan Mayer F. NimkopfSosiologi adalah penelitian secara ilmiah terhadap interaksi sosial sehingga terhasilnya sebuah organisasi sosial.

J.A.A Von Dorn dan C.J. LammersSosiologi adalah ilmu pengetahuan tentang struktur-struktur dan proses-proses kemasyarakatan yang bersifat stabil.

Max WeberSosiologi adalah ilmu yang berupaya memahami tindakan-tindakan sosial.

Selo Sumardjan dan Soelaeman SoemardiSosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mempelajari struktur sosial dan proses sosial termasuk perubahan sosial.

Paul B. HortonSosiologi adalah ilmu yang memusatkan penelaah pada kehidupan kelompok dan produk kelompok tersebut.

Soejono SoekantoSosiologi adalah ilmu yang memusatkan perhatian pada segi-segi kemasyarakatan yang bersifat umum dan berusaha untuk mendapatkan pola-pola umum kehidupan masyarakat.

Thisher, Wtten dan HunterSosiologi adalah suatu kajian saintifik terhadap masyarakat dan interaksi sosial manusia. Kajian juga adalah lebih menekankan kepada kumpulan atau kelompok manusia berbanding daripada individu.

Sharifah Alwiyah Al SagoffSuatu pendekatan saintifik untuk mengkaji bagaimana manusia membentuk kumpulan dan institusi masyarakat. Kajain adalah tertumpu kepada bagaimana seseorang individu mengubahsuai diri di dalam persekitaran kebudayaannya.

GiddensKajian terhadap kehidupan sosial individu, kumpulan dan masyarakat individu.

Jary dan JarySosiologi adalah satu bidang saintifik yang mengkaji masyrakat daripada pelbagai aspek seperti fungsi, organisasi, unsur-unsur dan kebudayaannya.

Vander ZadenSosiologi adalah satu kajian saintifik terhadap interaksi sosial dan organisasinya.

WatersSosiologi ialah satu fenomena sosial yang memfokuskan kepada hubungan dan interaksi di antara individu.

Neil J. SmelserSosiologi adalah kajian saintifik tentang masyrakat dan hubungan sosialnya.

De Fleur dan D AntonioSosiologi adalah satu percubaan untuk meneliti tingkah laku sosial manusia secara sitematik yang dibuat untuk tujuan memahami, meramal tingkah laku dan berbuat sesuatu tentangnya.

Professor SoedimanSosiologi adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari gejala-hgejala dalam pergaulan hidup manusia.

Pertubuhan Sosiologi Amerika.Sosiologi adalah satu pembelajaran tentang kehidupan sosial serta kesan dan akibat sosial terhadap tingkah laku manusia.

Kesimpulannya, boleh disimpulkan dari pengertian yang diberikan di atas iaitu, sosiologi adalah suatu kajian mengenai perkara yang sedang berlaku yang berkaitan dengan hubungan seseorang individu dengan masyarakat di sekitarnya secara langsung ataupun tidak langsung dan secara fizikal ataupun dalaman seperti perasaan, pemikiran dan sebagainya.