SOALAN 1

12
1.0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat unik kerana terdiri daripada penduduk berbilang kaum dan etnik daripada pelbagai budaya. Menurut laporan yang telah dikeluarka oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, banci penduduk di Malaysia sehingga tahun 2014 ialah seramai 28.3uta yang merangkumi !1.8 peratus "arganegara dan 8.2 peratus buka "arganegara. #arganegara Malaysia terdiri daripada kumpulan etnik $umiputera %&'.4(), *i %24.&(), +ndia %'.3() dan lain lain %0.'(). -alam kalangan "arganegara Malaysia merupakan kumpulan etnik utama di semenanung Malaysia iaitu &3.1 peratus.+ban mencatatkan 30.3 peratus daripada umlah keseluruhan "arganegara di ara"ak, manakala /ada an -usun merekodkan sebanyak 24.peratus di abah. -ari segi agama, +slam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran &1.3 peratus diikuti dengan agama $uddha %1!.8(), /ristian %!.2() dan indu %&.3(). Justeru, kita pa bersyukur kerana kita masih boleh hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. /amus -e"an %2010), mende inisikan budaya sebagai kemauan ikiran, akal budi atau cara ber ikir, berkelakuan dan sebagainya. 5egasnya, budaya boleh dide inisikan sebagai cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai nilai. elain itu, budaya menggambarkan cara hidup, nilai, kepercayaan dan sikap. et.al. %1!!4) dalam 6ahya %200'), menelaskan baha"a budaya sebagai sistem sosial yang diintegrasi oleh nilai nilai, kepercayaan dan peraturan bertingkah laku. $eliau uga men baha"a budaya ialah kaian tentang tingkah laku manusia dalam satu kumpulan yang berbe mengikut masyarakat, kumpulan etnik, suku dan lain lain sub budaya. 1

description

edu3063

Transcript of SOALAN 1

1.0 PENGENALANMalaysia merupakan sebuah negara yang sangat unik kerana terdiri daripada penduduk berbilang kaum dan etnik daripada pelbagai budaya. Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, banci penduduk di Malaysia sehingga tahun 2014 ialah seramai 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara. Warganegara Malaysia terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%), India (7.3%) dan lain-lain (0.7%). Dalam kalangan warganegara Malaysia, Melayu merupakan kumpulan etnik utama di semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus. Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan warganegara di Sarawak, manakala Kadazan/Dusun merekodkan sebanyak 24.5 peratus di Sabah. Dari segi agama, Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.3 peratus diikuti dengan agama Buddha (19.8%), Kristian (9.2%) dan Hindu (6.3%). Justeru, kita patut bersyukur kerana kita masih boleh hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Kamus Dewan (2010), mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai-nilai. Selain itu, budaya menggambarkan cara hidup, nilai, kepercayaan dan sikap. Sagor et.al. (1994) dalam Yahya (2007), menjelaskan bahawa budaya sebagai sistem sosial yang diintegrasi oleh nilai-nilai, kepercayaan dan peraturan bertingkah laku. Beliau juga menjelaskan bahawa budaya ialah kajian tentang tingkah laku manusia dalam satu kumpulan yang berbeza mengikut masyarakat, kumpulan etnik, suku dan lain-lain sub budaya.

2.0 SOALAN 1 (a) : ESEI DESKRIPTIFBuat rumusan anda dalam konteks sosiologi pendidikan. Rumusan anda mestilah mencakupi isi tersurat dan tersirat.Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap pelaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak-kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling. Sekolah menjadi jentera transformasi yang penting bagi merealisasikan hasrat ini agar dapat membentuk satu masyarakat yang bersatu padu. Terdapat beberapa cara untuk membolehkan anak-anak murid memahami amalan dan kepercayaan setiap kaum di Malaysia.Pertamanya, semangat perpaduan dan permuafakatan antara pelajar dapat dipupuk dalam persekitaran sekolah. Dalam persekitaran sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat membantu menyuburkan semangat perpaduan kaum dan membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Semangat perpaduan juga perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar. Contohnya, guru boleh menyelitkan pakaian tradisional setiap kaum semasa mengajar tentang pakaian tradisional. Oleh itu, murid-murid mendapat peluang untuk memahami dan mengetahui pakaian tradisional setiap kaum di samping tidak memandang rendah terhadap cara pemakaian kaum lain pada masa akan datang. Jelaslah, murid-murid dapat bekerjasama dengan kaum lain untuk membangunkan negara.Keduanya, penubuhan Sekolah Wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu SK, SJK (C) dan SJK (T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bersatu padu dan persefahaman antara satu sama lain. Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin dan perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung apabila mereka bersukan, makan di kantin dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Sekolah Wawasan memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui secara mendalam tentang agama, amalan dan kepercayaan pelbagai kaum di Malaysia. Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dan persefahaman dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal usia pelajar lagi. Hal ini memudahkan pelajar untuk bergaul dan bekerja sebagai satu pasukan dengan lebih selesa bersama pelajar-pelajar dari kaum lain.Ketiganya, kegiatan kokurikulum dapat memupuk semangat persefahaman di samping perpaduan dalam kalangan pelajar. Semangat perpaduan dan persefahaman adalah amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur. Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contoh, pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun dalam pasukan bola sepak. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan. Dengan itu, pelajar akan dilatih untuk bekerjasama antara semua kaum di Malaysia untuk mencapai objektif mereka. Keempat, guru dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti kumpulan di mana pelajar dari pelbagai kaum dapat bekerja dalam satu kumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah seperti kajian Sains, persembahan maklumat dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Tegasnya, melalui inisiatif ini pelajar bukan sahaja dapat menyempurnakan kerja kumpulan malah mendapat peluang untuk mengetahui dan memahami tentang budaya kaum lain di mana menjadikan mereka selesa bekerja dalam berpasukan.Kelima, langkah kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai salah satu mata pelajaran utama di sekolah rendah dapat mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu. Dengan itu, pelajar-pelajar dapat memahami erti perpaduan dan kepentingannya di Malaysia. Langkah bijak tersebut diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Antaranya, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa penjajahan British telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara. Oleh itu, pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli falsafah terkemuka iaitu George Santayana juga menyatakan bahawa sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya. Jelaslah, pelajar akan sentiasa menjaga keamanan negara di samping berganding bahu antara semua kaum untuk membangunkan negara.Kesimpulannya, pembinaan negara bangsa bersatu Malaysia yang beridentiti nasional memerlukan usaha yang gigih dan kerjasama padu daripada setiap golongan masyarakat dan kaum di Malaysia. Melalui sistem pendidikan diharapkan segala usaha menyemai semangat perpaduan, cinta dan setia kepada negara dapat diperkembangkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. guru diharapkan dapat memainkan peranan yang penting dalam menjayakan pembinaan negara bangsa kerana perpaduan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi agar ia menjadi budaya hidup masyarakat Malaysia.Nilai-nilai rohani dan budaya perlu diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaranMurid-murid memahami dan mengetahui tentang budaya kaum lain dengan lebih mendalamMurid-murid akan berasa selesa berkawan dan bekerja dengan murid-murid kaum lainMurid-murid sentiasa menjaga perpaduan dan bertoleransi antara setiap kaumRajah 1 : Perpaduan Dalam Konteks Sosiologi PendidikanMata pelajaran Sejarah dapat melahirkan murid-murid yang memahami kepentingan perpaduan dan bersatu paduMurid-murid mendapat peluang untuk berkomunikasi tentang budaya masing-masingMelalui aktiviti kumpulan dalam bilik darjah dapat meningkatkan permuafakatan antara murid-muridPelajar dilatih bekerjasama antara semua kaum di Malaysia untuk mencapai objektif merekaAktiviti kokurikulum dapat mewujudkan semangat perpaduan dan persefahaman antara murid-murid berbilang kaumSekolah Wawasan memberi ruang kepada murid-murid untuk berkomunikasi dan bekerjasama antara murid kaum lainIsi TersuratIsi Tersurat

3.0 SOALAN 1 (b) : ESEI DESKRIPTIFSebagai seorang guru, hurai dan bincangkan implikasi kelas mesra budaya terhadap murid dan sekolah. Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh kerajaan dan pentadbiran sekolah bagi membolehkan natijah terpuji dicapai selaras hasrat merealisasikan negara bangsa yang berjaya.Pendidikan merupakan entiti yang sangat penting dalam sesebuah negara. Negara yang memiliki pendidikan sempurna dapat membangunkan ketamadunan secara menyeluruh. Dalam sejarah dunia, pembangunan negara kebiasaannya selari dengan pembinaan sekolah-sekolah atau pusat pengajian walaupun memiliki perbezaan dari aspek pendekatannya. Produk-produk dari sekolah ialah aset terpenting yang mengubah struktur kemajuan negara. Kejayaan sekolah terletak kepada banyak faktor, antaranya peranan kelas dan bilik darjah itu sendiri. Hal ini ditandai oleh unsur-unsur yang terkandung di dalam bilik darjah yang mempengaruhi emosi murid.Bilik darjah sepatutnya menjadi tempat paling menyeronokkan bagi semua pihak. Kelas secara harfiahnya dapat ditakrifkan sebagai ruang tertentu yang menjadi tempat belajar murid-murid bagi menerima seberapa banyak input berguna sebagai persediaan untuk cemerlang dari semua aspek kehidupan. Pembelajaran juga diterima berlaku secara formal tetapi secara tidak langsung, terdapat juga nilai diterima melalui cara tidak formal melalui kurikulum tersembunyi. Kelas mesra budaya perlu diaplikasikan dengan berkesan supaya impaknya membawa kesan terbaik. Guru sepatutnya meneliti latar belakang murid-murid dan meraikan budaya yang berbeza dalam kalangan semua pihak termasuklah kepelbagaian sosiobudaya, ekonomi, tahap intelek dan latar belakang keluarga. Proses pembelajaran yang mesra budaya memberikan natijah yang besar dalam diri murid khususnya.

3.1 Implikasi Positif Kelas Mesra Budaya terhadap MuridMenurut Johanna Kasin Lemlech (1988), pengurusan bilik darjah ialah orkestra hidup. Bilik darjah yang mesra budaya melambangkan bilik darjah yang diuruskan dengan sempurna. Perkara ini memberi petunjuk jelas bahawa bilik darjah amat berguna kepada murid bagi tujuan melengkapkan rutin kehidupan mereka secara teratur. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang cekap, kekuatan interpersonal dan kemahiran-kemahiran mengendalikan teknologi akan cenderung untuk menampilkan kelas mesra budaya yang optimum.Implikasinya, murid akan mempelajari sesuatu mata pelajaran secara koperatif. Secara am, kelas mesra budaya menyebabkan murid berada dalam suasana bilik darjah yang kondusif serta memberangsangkan kerana guru bertindak sebagai pemantau tanpa mendiskriminasikan latar belakang, ras dan budaya. Semua ini dapat disatukan di dalam bilik darjah melalui proses pengajaran dan pembelajaran sempurna. Oleh itu, jurang perbezaan dapat diminimumkan dan kelainan sosiobudaya menyebabkan bilik darjah menjadi semakin bermanfaat.Pembelajaran koperatif memberi ruang kepada semua murid untuk berinteraksi secara berkumpulan dengan saling menyokong antara satu sama lain dipandu oleh guru. Hal ini amat bertepatan dengan metafora yang disebut oleh Johanna Kasin Lemlech di dalam bukunya Classroom Management : Methods and Techniques for Elementary and Secondary Teachers. Di dalam buku tersebut, beliau menganalogikan peranan guru sebagai konduktor atau komposer kumpulan orkestra yang memandu arah tetapi anak-anak buahnya sendiri akan bekerjasama, bergabung menghasilkan paduan muzik. Paduan muzik tersebut lahir daripada gabungan ahli muzik yang memiliki kepakaran berbeza dan latar belakang berlainan. Dalam konteks Malaysia, kelas yang mempunyai jurang sosiobudaya antara satu sama lain dapat dirapatkan melalui cara mengoptimumkan kewujudan kelas mesra budaya. Contohnya, pergaulan antara kaum Melayu, Cina dan India di dalam satu bilik darjah pasti mengeratkan hubungan budaya yang sihat.

Rajah 2 : Contoh pelan fizikal kelas mesra budaya

3.2 Implikasi Positif Kelas Mesra Budaya terhadap SekolahKesan positif paling penting dapat dilihat dari aspek sekolah itu sendiri. Kejayaan untuk menghasilkan kelas mesra budaya akan membawa penanda aras kecemerlangan bagi sekolah berkenaan. Guru yang memahami konsep kelas mesra budaya dan mengaplikasikannya pada bilik darjah mampu melihat kejayaan keseluruhan di peringkat sekolah dari pelbagai sudut termasuk akademik, kokurikulum dan sahsiah. Hal ini selari dengan pandangan sarjana penting pendidikan, Robert J.Marzano (2003) di dalam buku beliau What Works in Schools : Translating Research into Action. Beliau menyifatkan fungsi seorang guru membentuk kelas budaya sebenarnya memberi kesan besar malahan impaknya dua kali ganda berbanding mendidik dan mengarah murid mematuhi setiap peraturan sekolah.Pembinaan kelas mesra budaya nyata memberikan implikasi positif kepada pihak sekolah. Sekolah secara langsung menerima natijah baik daripada murid-murid yang berada di dalam kelas mesra budaya kerana keberkesanan yang ditonjolkan. Kelas seperti ini hakikatnya melibatkan sistem pengurusan bilik darjah. Sebagai contoh, kelas mesra budaya turut memberi pemberatan kepada persekitaran fizikal dan persekitaran sosioemosi. Guru bertanggungjawab menyediakan kemudahan fizikal paling kondusif di dalam kelas bagi membantu perkembangan murid. Secara tidak langsung, persekitaran sosioemosi murid turut dikembangkan secara sihat. Keceriaan, kebersihan dan susun atur kelas amat penting kerana iklim tersebut membantu dan merangsang murid untuk membentuk budaya positif seperti berdisiplin dan bekerjasama.Salah satu faktor kelas mesra budaya memberi kesan positif adalah kerana berlakunya perhubungan kelompok etnik. Menurut tokoh pendidikan Howard Seeman (1999) di dalam buku Preventing Classroom Discipline Problems : A Classroom Management Handbook, antara kesan positif yang dapat dilihat apabila sesebuah kelas mesra budaya itu memiliki ruang belakang di kelas atau lebih popular dengan nama red carpet. Guru dan murid berdiskusi serta membentuk bulatan di atas permaidani. Silaturahim antara murid dapat ditingkatkan tanpa mengira bangsa.

Pengurusan bilik darjah melibatkan perkara tersebut sangat penting diaplikasikan. Terdapat beberapa kaedah yang dapat diguna pakai seperti rajah di bawah :

Pengurusan Pengajaran dan PembelajaranPersekitaran SosioemosiPenilaian Berasaskan BudayaSosiolinguistikPedagogi Kelas BercantumPedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian KelompokPerhubungan Kelompok EtnikPersekitaran FizikalMesra BudayaPengurusan Bilik Darjah

Rajah 3 : Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya

3.3 Implikasi Negatif Kegagalan Kelas Mesra Budaya terhadap MuridKegagalan melaksanakan kelas mesra budaya semestinya mendatangkan implikasi dan akibat negatif. Sekiranya guru menghasilkan kelas tersebut tanpa kaedah praktikal, maka kecenderungan untuk gagal sangat tinggi. Natijahnya, murid-murid akan menimbulkan pelbagai kekecohan di dalam kelas. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara koperatif tanpa kawalan rapi daripada guru akan mengalih kelas mesra budaya kepada pertelingkahan serta menyerap unsur-unsur yang lebih ekstrem seperti rasis. Kelas tanpa adunan mesra budaya menyebabkan murid tidak memahami dan sukar menghormati antara satu sama lain kerana masing-masing di dalam persekitaran tersendiri sehingga tidak menyenangi budaya bangsa lain. Pendapat yang berbeza antara mereka khususnya melibatkan etnik lain tidak diterima kerana tidak ada perkongsian ilmu tentang budaya dan kepercayaan tersebut. Hal ini mendorong kekeliruan dan kekecohan budaya di dalam kelas.Menurut Shahabuddin Hashim et.al. (2007), kejayaan atau kegagalan sesuatu kelas itu bergantung sepenuhnya kepada ahli-ahli di dalamnya, dalam konteks lebih tepat, murid-murid berbilang bangsa yang berasa di dalam sebuah kelas. Kegagalan berlaku apabila murid-murid tidak menyumbang ke arah keharmonian kelas disebabkan tiada elemen yang menghubungkan mereka. Oleh itu, pertelingkahan berlaku apabila perbezaan bangsa, latar belakang, psikologi, tahap kecerdasan dan fizikal dipermain-mainkan tanpa sekatan. Implikasi negatif ini ketara dan meluas sekiranya kelas mesra budaya tidak diberi perhatian oleh guru.Sebagai contoh, sebuah kelas yang terdiri daripada murid majoriti berbangsa Melayu pasti akan dilibatkan dengan perbincangan tentang budaya kaum Melayu semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru yang tidak prihatin terhadap kaum lain dan tradisi budaya mereka pasti kurang disenangi. Murid-murid berbangsa Melayu mungkin cenderung untuk mengeluarkan pendapat berbentuk etnosentrisme yang mengandungi unsur-unsur prejudis dan diskriminasi terhadap kaum-kaum lain. Secara ringkas, implikasi negatif berlaku terhadap murid apabila proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam kalangan kurang memberangsangkan malah tidak mengambil kira aspek mesra budaya.

3.4 Implikasi Negatif Kegagalan Kelas Mesra Budaya terhadap SekolahSekolah yang tidak mementingkan kelas mesra budaya banyak menerima implikasi negatif. Masalah-masalah besar akan berlaku sekiranya unsur ini tidak dititikberatkan di sekolah khususnya di dalam bilik darjah. Integrasi budaya tidak akan berlaku bahkan keadaan lebih menyedihkan apabila terdapat murid-murid marginal atau terpinggir di dalam bilik darjah. Keciciran berlaku dan graf akademik juga pasti menurun secara mendadak.Menurut Profesor Ulung Dr.Shamsul Amri Baharuddin (2007), jika sistem persekolahan memisahkan murid mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik, maka pemupukan integrasi dan persefahaman dalam kalangan murid tidak akan berlaku sama sekali. Keadaan ini pastinya menyebabkan interaksi berlaku sesama sendiri dan berkisar dalam kalangan etnik yang sama. Jelaslah, perkara ini mampu dijadikan penanda aras untuk menilai persekitaran bilik darjah sama ada mempunyai unsur mesra budaya atau tidak. Sekiranya integrasi kaum termasuk perbezaan latar belakang pendidikan ibu bapa dan sosioekonomi mereka tidak difahami, input pengajaran di dalam kelas sukar disampaikan. Jurang hubungan antara pihak sekolah juga terbatas dan secara amnya, prestasi sekolah akan menurun dalam tempoh yang mendadak.Sebagai contoh, peranan murid-murid daripada kaum minoriti dipinggirkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah juga tidak mengambil inisiatif untuk mengadakan program seperti kebudayaan, aktiviti seperti RIMUP, lawatan adat kepercayaan atau perkhemahan bersepadu budaya. Oleh itu, implikasi negatifnya pasti melibatkan sekolah itu sendiri. Kemajuan sekolah pasti tidak akan berlaku secara menyeluruh dan akhirnya, wujud masalah-masalah disiplin akibat kekeliruan dan kecelaruan komunikasi.

3.5 Cadangan Penambahbaikan Kerajaan bagi Mencapai Hasrat Merealisasikan Negara Bangsa yang BerjayaPertamanya, Sekolah Wawasan yang diwujudkan oleh pihak kerajaan dapat mengatasi masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad. Sekolah Wawasan merupakan gabungan tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) di bawah suatu kawasan yang sama di mana ketiga-tiga jenis sekolah ini berkongsi segala kemudahan yang disediakan. Sekolah Wawasan ini diadakan untuk menggalakkan pergaulan serta persefahaman di antara tiga kaum ini. Dengan wujudnya ketiga-tiga kaum dalam satu sekolah sudah tentu masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad dapat diatasi kerana pelajar-pelajar yang berlainan kaum akan berkongsi menggunakan kemudahan yang disediakan dan secara tidak langsung akan bergaul dan memahami di antara satu sama lain. Wujudnya suasana seperti ini, maka perpaduan akan dapat diwujudkan.Keduanya, pihak kerajaan mewajibkan aktiviti kokurikulum di setiap sekolah di peringkat rendah menampakkan hasil yang positif. Melalui aktiviti kokurikulum seperti aktiviti kebudayaan, kesenian dan sukan menampakkan semangat perpaduan di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum. Aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan semangat tolong-menolong, semangat setia kawan dan saling percaya-mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang terlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum akan melahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalam perhubungan dan bersosial. Jelaslah, pelajar-pelajar dapat bergaul dengan mesra dalam bilik darjah untuk bekerja secara kumpulan tanpa mengira kaum.Ketiganya, pihak kerajaan telah mengambil tindakan yang wajar dengan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai satu mata pelajaran yang utama di sekolah. Dengan adanya mata pelajaran Sejarah, guru dapat menerapkan semangat patriotisme dalam diri murid-murid. Peristiwa-peristiwa sejarah seperti peristiwa 13 Mei boleh dijadikan pengajaran kepada murid-murid agar mereka memahami betapa pentingnya memahami dan bersatu padu dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia. Tegasnya, murid-murid dapat didedahkan dengan penerapan nilai murni dan semangat patriotisme dari bangku sekolah lagi.Akhirnya, pihak kerajaan mewajibkan setiap sekolah di Malaysia perlu mengikuti kurikulum yang sama. Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada murid-murid. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan tenaga kan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara iaitu modal insan.

3.6 Cadangan Penambahbaikan Pentadbiran Sekolah bagi Mencapai Hasrat Merealisasikan Negara Bangsa yang BerjayaPertamanya, pihak sekolah dapat menggalakkan perpaduan dalam kalangan pelajar dengan melancarkan kempen, ceramah, seminar dan kempen motivasi yang berfokuskan perpaduan dan integrasi nasional. Melalui pelancaran ini, pelajar-pelajar akan didedahkan kepada kepentingan perpaduan di negara kita yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Contohnya, pelajar digalakkan menyertai kempen motivasi yang dianjurkan supaya dapat mempelajari dan memahami konsep perpaduan yang cuba diterapkan oleh pihak sekolah. Melalui kempen motivasi ini, pelajar akan tahu akan kepentingan perpaduan dan integrasi nasional kepada negara dan sekali gus akan mengamalkannya.Keduanya, pihak sekolah perlu membenarkan pelajar-pelajar menggunakan kemudahan-kemudahan di sekolah tanpa mengira kedudukan dan kaum pelajar yang berbeza. Kemudahan seperti pusat sumber perlulah diberikan kepada pelajar tanpa mengambil kira latar belakang kaum mereka. Semua pelajar patut diberi kebenaran untuk menggunakan pusat sumber. Keadaan ini akan menunjukkan bahawa perpaduan dan integrasi nasional telah dipupuk dengan tidak mendiskriminasikan pelajar mengikut kaum untuk menggunakan pusat sumber.Ketiganya, pihak sekolah boleh mengadakan sambutan perayaan pelbagai kaum seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain di sekolah. Melalui cara ini, setiap pelajar dapat mempelajari adat resam serta kepercayaan kaum-kaum di dalam Malaysia. Hal ini akan menimbulkan rasa hormat dalam kalangan pelajar terhadap kaum yang lain selain dapat mengeratkan persefahaman di antara pelajar-pelajar yang berlainan kaum. Salah faham dan perbezaan pendapat antara kaum akan dapat dielakkan kerana pelajar-pelajar telah memahami budaya kaum lain. Keadaan ini telah menunjukkan wujudnya perpaduan dan integrasi nasional di dalam diri pelajar di mana mereka telah mengetahui budaya kaum-kaum lain.Keempatnya, pihak sekolah boleh menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara ke atas pelajar-pelajar di sekolah. Buku latihan sekolah perlu mempunyai Rukun Negara supaya pelajar dapat membacanya dengan senang. Pihak sekolah perlu memastikan pelajar-pelajar dapat menghafal prinsip-prinsip Rukun Negara dalam perhimpunan mingguan sekolah. Dengan ini, mereka akan mengetahui prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara. Hal ini akan menjadikan pelajar-pelajar saling hormat-menghormati serta memahami kebudayaan kaum lain dan hidup secara yang muhibah. Keadaan ini secara langsung telah menanam unsur perpaduan dan integrasi nasional di dalam diri pelajar melalui Rukun Negara yang dihafal dan diamalkan oleh mereka. 1