soalan 1

3
22/6 28/6/2013 1. Bincangkan perbandingan pengertian tamadun berdasarkan pandangan sarjana Barat dan sarjana Islam. Perbandingan pengertian tamadun berdasarkan pandangan sarjana Barat dan sarjana Islam ialah menurut ahli falsafah Jerman, Oswald Spenglar membezakan istilah tamadun dengan kultur. Menurutnya apabila masyarakat atau empire berada pada zaman kegemilangan, ciri-ciri sosial dan intelektual masyarakat terserlah, beliau menganggapnya sebagai kultur. Apabila kerajaan itu melalui zaman kegemilangan, masyarakat itu tidak lagi progresif, tidak berubah dan tidak aktif dikenali sebagai tamadun. Weber pula membahagikan kebudayaan itu kepada dua iaitu kebudayaan spritual dan kebudayaan kebendaan. Kebudayaan kebendaan adalah tamadun. Begitu juga dengan Said Hawa dalam bukunya, Al-Islam, mengkategorikan tamadun kepada dua iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliyah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam. Tamadun Jahiliyah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral (Marzuki Mahmood,1994:58-59).

description

mh

Transcript of soalan 1

Page 1: soalan 1

22/6 – 28/6/2013

1. Bincangkan perbandingan pengertian tamadun berdasarkan pandangan

sarjana Barat dan sarjana Islam.

Perbandingan pengertian tamadun berdasarkan pandangan sarjana Barat dan

sarjana Islam ialah menurut ahli falsafah Jerman, Oswald Spenglar membezakan

istilah tamadun dengan kultur. Menurutnya apabila masyarakat atau empire berada

pada zaman kegemilangan, ciri-ciri sosial dan intelektual masyarakat terserlah, beliau

menganggapnya sebagai kultur. Apabila kerajaan itu melalui zaman kegemilangan,

masyarakat itu tidak lagi progresif, tidak berubah dan tidak aktif dikenali sebagai

tamadun.

Weber pula membahagikan kebudayaan itu kepada dua iaitu kebudayaan

spritual dan kebudayaan kebendaan. Kebudayaan kebendaan adalah tamadun. Begitu

juga dengan Said Hawa dalam bukunya, Al-Islam, mengkategorikan tamadun kepada

dua iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliyah. Tamadun Islam ialah segala aspek

kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam. Tamadun Jahiliyah pula ialah segala

kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira

aspek kerohanian dan moral (Marzuki Mahmood,1994:58-59).

Page 2: soalan 1

2. Bincangkan ciri-ciri yang perlu ada dalam sesebuah tamadun.

Ciri utama yang mendasari sesebuah tamadun ialah pertumbuhan bandar atau

kota. Istilah-istilah yang membawa makna tamadun seperti civitas, maddana atau

hadarah dan nakarikam menggambarkan kehidupan di bandar. Selain itu, perlu dimiliki

oleh masyarakat bertamadun ialah mempunyai tingkah laku yang luhur dan murni. Hal

ini telah ditegaskan melalui perkataan civilize dalam bahasa Inggeris dan adab serta

abdun dalam bahasa Arab. Sebagai contoh, Rom misalnya terkenal dengan unsur seni

bina dan undang-undang. Maka generasi muda perlu dibekalkan dengan kemahiran

dan ilmu pengetahuan yang secukupnya agar kesinambungan kemajuan dapat

diteruskan. Ia dapat membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu bertamadun.

Terdapat beberapa ciri-ciri yang terkandung dalam tamadun iaitu kemajuan

teknologi ialah usaha manusia untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam

sekeliling telah menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif. Seterusnya ialah sistem

pemerintahan dan ekonomi, kewujudan sesuatu sistem pemerintahan yang teratur dan

berkesan merupakan salah satu ciri penting tamadun dan menjadi simbol ketamadun

sesebuah masyarakat. Ciri urbanisasi merupakan proses pertumbuhan dan pembinaan

bandar ekoran pertambahan pesat penduduk kesan daripada migrasi penduduk ke

kawasan bandar.

Tambahan pula, ciri organisasi sosial menunjukkan bahawa peningkatan kepada

jumlah penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang

merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Organisasi sosial ini merujuk kepada

pembahagian anggota kepada beberapa lapiasan sosial yang berbeza dari segi kuasa,

kekayaan, gaya hidup, pekerjaan dan sebagainya. Ciri kepercayaan dan agama

mempunyai pertalian yang rapat dengan adat dan cara hidup yang diamalkan.Proses

kemunculan tamadun bermula setelah manusia mula mencuba untuk memahami dan

menyesuaikannya dengan alam sekitar. Oleh itu manusia mempercayai objek-objek

alam yang dianggap mempunyai roh atau semangat yang dikenali sebagai kepercayaan

animisme.

Page 3: soalan 1

Tulisan dan bahasa juga merupakan salah satu ciri tamadun, sebahagian

daripada perkembangan ilmu pengetahuan dalam proses pembentukan tamadun.

Masyarakat memerlukan sistem komunikasi untuk berinteraksi sambil memberi atau

menerima maklumat. Ciri yang terakhir ialah budaya dan kesenian menurut Kamus

Dewan (1996), budaya didefinisikan sebagai tamadun, peradaban dan kemajuan.

Kebudayaan pula ditakrifkan sebagai seluruh cara hidup sesuatu masyarakat. Pada hari

ini, istilah adat tidak lagi digunakan dalam pengertian yang luas sebaliknya digantikan

dengan istilah kebudayaan.kesenian boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu seni

halus (fine arts) dan seni gunaan (applied arts). Seni halus mementingkan kecantikan

dan curahan perasaan manakala seni gunaan merujuk kepada sesuatu yang dilakukan

untuk menghasilkan bahan dan barangan yang nampak jelas sperti seni bina, tembikar,

alat perhiasan dan sebagainya.